bahan asgmnt kak lin 1.doc

53
uzik berasal dari perkataan Yunani "Mousike" dan perkataan Latin "Muzica" Muzik juga berasal daripada perkataan "Muses" iaitu gelaran bagi 9 orang anak perempuan Zues (Tuhan/Dewa Yunani ). Mereka dikenali sebagai kumpulan muzik yang pandai menyanyi dan bermain muzik. Charles Darwin : muzik bermula daripada peniruan manusia terhadap bunyi-bunyi binatang seperti siulan burung dan sebagainya. Muzik dalam dunia Arab dikenali sebagai "Handasah as-Sawt" yang bermaksud seni bunyi secara estetik. Hukum Muzik Pendapat Yang Mengharamkan Muzik Muhammad Nasaruddin Al-Albaniy dan Ibnu Al-Qayyim Al- Jauziyyah berpendapat hukum muzik dan nyanyian adalah haram berdasarkan : Firman Allah ( surah Luqman : 6 ) : Maksudnya : "Dan ada di antara manusia yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan ( manusia ) dan agama Allah tanpa pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang yang beroleh azab yang menghina." Golongan ulama yang mengharamkan muzik dan nyanyian mentafsirkan maksud "perkataan yang tidak berguna" seperti ayat di atas sebagai perkataan yang membawa manuisa lalai iaitu melalui muzik dan nyanyian. Keempat-empat 4 mazhab Ahli Sunnah Waljamaah juga mengharamkan muzik dan nyanyian. Imam Malik bin Anas Mengharamkan lagu dan orang yang mendengarnya. Beliau menambah bahawa penyanyi dan pendengarnya adalah orang-orang fasiq. Imam Syafie Lagu adalah "Laghasun" iaitu perkataan yang tidak berguna yang

Upload: zullida

Post on 15-Nov-2015

286 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

uzik berasal dari perkataan Yunani"Mousike"dan perkataan Latin"Muzica"

Muzik juga berasal daripada perkataan "Muses" iaitu gelaran bagi 9 orang anak perempuan Zues (Tuhan/Dewa Yunani ). Mereka dikenali sebagai kumpulan muzik yang pandai menyanyi dan bermain muzik.Charles Darwin :muzik bermula daripada peniruan manusia terhadap bunyi-bunyi binatang seperti siulan burung dan sebagainya.

Muzik dalam dunia Arab dikenali sebagai"Handasah as-Sawt"yang bermaksud seni bunyi secara estetik.

Hukum Muzik

Pendapat Yang Mengharamkan Muzik

MuhammadNasaruddin Al-Albaniy dan Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyahberpendapat hukum muzik dan nyanyian adalah haram berdasarkan :

Firman Allah ( surah Luqman : 6 ) : Maksudnya :"Dan ada di antara manusia yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan ( manusia ) dan agama Allah tanpa pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang yang beroleh azab yang menghina."Golongan ulama yang mengharamkan muzik dan nyanyian mentafsirkan maksud"perkataan yang tidak berguna"seperti ayat di atas sebagai perkataan yang membawa manuisa lalai iaitu melalui muzik dan nyanyian.

Keempat-empat 4 mazhabAhli Sunnah Waljamaah juga mengharamkan muzik dan nyanyian.Imam Malik bin AnasMengharamkan lagu dan orang yang mendengarnya. Beliau menambah bahawa penyanyi dan pendengarnya adalah orang-orang fasiq.

Imam SyafieLagu adalah "Laghasun" iaitu perkataan yang tidak berguna yang dibenci dan sama dengan kebatilan. Menurut beliau lagi, muzik, lagu dan nyanyian hukumnya haram.

Imam Abu HanifahFatwanya lebih keras berkata bahawa muzik, lagu, nyanyian termasuk dosa yang harus ditinggalkan dan dijauhi dan diwajibkan segera bertaubat darinya. Para murid beliau pula berpendapat mendengar lagu adalah fasiq dan menikmatinya adalah kufur.

Imam Ahmad Bin HanbalSecara tegas mengharamkan semua jenis lagwan berupa lagu, nyanyian atau permainan alat-alat muzik. Disarankan apabila melihat permainan seperti drum, gitar dan sebagainya harus dipecahkan dan dimusnahkan jika terlihat.

Pendapat Yang Mengharuskan Muzik

Al-Ghazali, Ibnu Hazm dan Yusuf Al-Qaradhawimengharuskan muzik dan nyanyian. Mereka menggunakan hujah dan penafsiran yang berbeza terhadap dalil yang digunakan oleh golongan ulama yang mengharamkan muzik.

Ibnu Hazmmenafsirkan bahawa" perkataan yang tidak berguna "yang tidak dimaksudkan dalam surah Luqman ayat 6 adalah kata-kata yang kasar, mencela, mencerca atau memaki dan bukannya nyanyian. Beliau menyebutkan, orang yang menikmati muzik atau nyanyian hingga leka, membawa kepada maksiat dan untuk melakukan maksiat, hukumnya tetap berdosa. Namun jika muzik atau mendengar lagu diniatkan untuk mendapat ketenangan dan membantu ke arah ketaatan kepada Allah maka hukumnya harus. Ringkasnya ia bergantung pada niat.

Namun bukanlah semata-mata niat yang mengharuskan hukum muzik dan nyanyian sebaliknya muzik dan nyanyian tertakluk pada batasan-batasan syara' seperti : Pergaulan (lelaki dan wanita harus diasingkan, tidak boleh berlaku percampuran) Aurat penyanyi (penyanyi tidak boleh mempertontonkan pakaian dan perhiasan yang melampau)

Pendengar (penyanyi wanita hanya untuk didengar oleh wanita sahaja dan di tempat yang tertutup) Wang ringgit (Jika duit dikeluarkan semata-mata untuk mendengar lagu dan melihat penyanyi tanpa membawa kepada kebaikan, maka jatuh hukum membazir, kerana harta yang diberikan oleh Allah tidak disalurkan ke jalan diredhaNyai, ini sama seperti menonton wayang dan memasuki pusat hiburan seperti Funfair dan pusat game.

lirik lagu (tidak melalaikan seperti, kisah cinta antara dua manusia yang melampau)

Muzik dan nyanyian bukan untuk nilai komersial semata-mata iaitu hanya untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan soal dakwah islam melalui seni muzikApa yang tersenarai dia atas masih tidak cukup untuk mengharuskan muzik, masih banyat yang perlu dipatuhi.

Kaedah fiqhmenyebutkan"al-ash fi al-ashya' al-ibahahertinya, asal setiap sesuatu adalah harus hukumnya. Hujah ini juga digunakan oleh para ulama untuk mengharuskan muzik dan nyanyian. Maksudnya, selagi tiada nas yang jelas mengharamkan muzik dan nyanyian, maka hukumnya harus.

Yusuf al-qaradhawiUlama kontemporari yang turut membicarakan serta menulis tentang muzik dan nyanyian. Berpendapat bahawa hukum muzik dan nyanyian bergantung kepada lirik dan keadaan sama ada ia melekakan atau tidak. Haram muzik terletak jika kita membawanya kepada maksiat dan melalaikan,tetapi jika muzik tidak membawa kesan buruk dan boleh membawa kepada semangat dan kecintaan kepada Allah maka hukumnya harus.

Pendapat-pendapat yang mengharuskan muzik dan nyanyian juga bersandarkan beberapa hadith :

Daripada Aisyah r.a bahawa dia pernah menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki dari seorang Ansar. Maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya :Hai Aisyah, apakah mereka disertai dengan hiburan/nyanyian, kerana sesungguhnya orang-orang Ansar itu memang suka mengadakan nyanyian.(Hadis Bukhari)Daripada Aisyah r.a bahawaRasulullah telah masuk ke biliknya dan pada waktu itu ada dua orang jariah menyanyikan lagu bu'ath, Baginda terus berbaring dan memalingkan mukanya. Ketika itu Saidina Abu Bakar r.a telah masuk, lalu Abu Bakar menengking kedua jariah itu maka Rasulullah s.a.w pun membuka kelubung wajahnya sambil berkata : Biarkanlah mereka itu menyanyi. Selepas itu Abu Bakar keluar dan kedua jariah itu pun keluar."( Hadis Muslim )Ibnu Masud menyebutkan: Nyanyian menumbuhkan kemunafikan dalam hati seperti air menumbuhkan tanaman. Ini dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya dan dikatakan shahih isnadnya oleh Syaikh Al Albani dalam Tahrim alath Tharb (halaman 145-148), ucapan seperti ini juga dikeluarkan oleh Asy Syabi dengan sanad yang hasan.

Dalam Al Muntaqa halaman 306, Ibnul Jauzi menyebutkan pula bahwa Ibnu Masud berkata: Jika seseorang menaiki kendaraan tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan ikut menyertainya dan berkata, bernyanyilah kamu! Dan apabila dia tidak mampu memperindahkannya, syaitan berkata lagi: Berangan-anganlah kamu (mengkhayal). (Dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam Al Mushannaf 10/397 sanadnya shahih).

Pada halaman yang sama beliau sebutkan pula keterangan Ibnu Umar ketika melewati sekelompok orang yang berihram dan ada seseorang yang bernyanyi, dia berkata: Beliau berkata: Ketahuilah, Allah tidak mendengarkanmu! Dan ketika melewati seorang budak perempuan bernyanyi, ia berkata: Jika syaitan membiarkan seseorang, tentu benar-benar dia tinggalkan budak ini.

Dalam kitab yang sama beliau (Ibnul Jauzi) melanjutkan: Al Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr ditanya tentang nyanyian. Ia menjawab: Saya melarangmu dari nyanyian dan membencinya untukmu. Orang itu bertanya: Apakah nyanyian itu haram? Al Qasim menukas: Wahai anak saudaraku, jika Allah memisahkan al haq (kebenaran) dan al bathil (kebathilan) pada hari kiamat, maka di manakah nyanyian itu berada?

Ibnu Abbas juga pernah ditanya demikian dan balik bertanya: Bagaimana pendapatmu jika al haq dan al bathil datang beriringan pada hari kiamat, maka bersama siapakah al ghina (nyanyian) itu? Si penanya menjawab: Tentu saja bersama al bathil. Kemudian Ibnu Abbas berkata: (Benar) pergilah! Engkau telah memberikan fatwa (yang tepat) untuk dirimu. Dan Ibnul Qayyim menerangkan bahawa jawaban Ibnu Abbas ini berkenaan dengan nyanyian orang Arab yang bebas dan bersih dari pujian-pujian dan penyebutan terhadap minuman keras atau hal-hal yang memabukkan, zina, homoseks, atau lesbian, juga tidak mengandung ungkapan mengenai bentuk dan rupa wanita yang bukan mahram dan bebas pula dari iringan muzik, baik yang sederhana sekalipun, seperti ketukan-ketukan ranting, tepukan tangan, dan sebagainya.

Dan tentunya jawaban beliau ini akan lebih keras dan tegas seandainya beliau melihat kenyataan yang ada sekarang ini.

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid mengomentari jawaban ini dan menyatakan bahwa jawapan ini (jawapan Al Qasim dan Ibnu Abbas) adalah jawaban bijak dan sangat tepat. (Lihat Muntaqa Nafis halaman 306).

Ibnu Baththah Al Ukbari (ketika ditanya tentang mendengarkan nyanyian) berkata: Saya melarangnya, saya beritahukan padanya bahawa mendengarkan nyanyian itu diingkari oleh ulama dan dianggap baik oleh orang-orang tolol. Yang melakukannya adalah orang-orang sufi yang dinamai para oleh muhaqqiq sebagai orang-orang Jabriyah. Mereka adalah orang-orang yang rendah kemahuannya, senang mengadakan bidah, menonjol-nonjolkan kezuhudan, . (Muntaqa Nafis halaman 308)

Asy Syabi mengatakan bahwa orang-orang yang bernyanyi dan yang (mengundang) penyanyi untuk dirinya pantas untuk dilaknat. (Dikeluarkan oleh Ibnu Abiddunya, lihat Kasyful Qina halaman 91 dan Muntaqa Nafis min Talbis Iblis halaman 306).

Fudhail bin Iyadl mengatakan bahwa al ghina (nyanyian) adalah mantera zina. (Kasyful Qina halaman 90 dan Mawaridul Aman halaman 318).

Dalam kitab yang sama (halaman 318), disebutkan pula nasihat Yazid Ibnul Walid kepada pemuka-pemuka Bani Umayah: Wahai Bani Umayah, hati-hatilah kamu terhadap al ghina, sebab ia mengurangi rasa malu, menghancurkan kehormatan dan harga diri, dan menjadi pengganti bagi khamr, sehingga pelakunya akan berbuat sebagaimana orang yang mabuk khamr berbuat. Oleh karena itu, kalau kamu merasa tidak dapat tidak (mesti) bernyanyi juga, jauhilah perempuan, karena nyanyian itu mengajak kepada perzinaan.

Adl Dlahhak menegaskan: Nyanyian itu menyebabkan kerusakan bagi hati dan mendatangkan murka Allah. (Muntaqa Nafis halaman 307).

Dalam kitab yang sama, Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada guru-guru anaknya: Hendaklah yang pertama kau tanamkan dalam pendidikan akhlaknya adalah benci pada alat-alat muzik, karena awalnya (permainan musik itu) adalah dari syaitan dan kesudahannya adalah kemurkaan Ar Rahman Azza wa Jalla.

Imam Abu Bakar Ath Thurthusi dalam khutbah (kata pengantar) kitabnya, Tahrimus Sima, menyebutkan:

[ oleh karena itu saya pun ingin menjelaskan yang haq dan mengungkap syubhat-syubhat yang bathil dengan hujjah dari Al Quran dan As Sunnah. Akan saya mulai dengan perkataan para ulama yang berhak mengeluarkan fatwa ke seluruh penjuru dunia agar orang-orang yang selama ini secara terang-terangan menampakkan kemaksiatan (bernyanyi dan bermain musik) sadar bahwa mereka telah teramat jauh menyimpang dari jalan kaum Mukminin. Allah taala berfirman:

Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin, Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek tempat kembali. ( An Nisa: 115) ]

Selanjutnya beliau (Imam Ath Thurthusi) menyebutkan bahwa Imam Malik melarang adanya nyanyian dan mendengarkannya. Menurut Imam Malik, apabila seseorang membeli budak wanita dan ternyata ia penyanyi, hendaklah segera dikembalikan, sebab hal itu merupakan aib. Ketika beliau ditanya tentang adanya rukhshah (keringanan) yang dilakukan (sebagian) penduduk Madinah, beliau menjawab: Yang melakukannya (bernyanyi dan bermain muzik) di kalangan kami adalah orang-orang fasik.

Imam Abu Hanifah dan Ahli Bashrah maupun Kufah, seperti Sufyan Ats Tsauri, Hammad, Ibrahim An Nakhai, Asy Syabi, dan lain-lain membenci al ghina dan menggolongkannya sebagai suatu dosa dan hal ini tidak diperselisihkan di kalangan mereka. Madzhab Imam Hanafi ini termasuk madzhab yang sangat keras dan pendapatnya paling tegas dalam perkara ini. Hal ini ditunjukkan pula oleh shahabat-shahabat beliau yang menyatakan haramnya mendengarkan alat-alat musik, walaupun hanya ketukan sepotong ranting. Mereka menyebutnya sebagai kemaksiatan, mendorong kepada kefasikan, dan ditolak persaksiannya.

Intisari perkataan mereka adalah: Sesungguhnya mendengar nyanyian dan muzik adalah kefasikan dan bersenang-senang menikmatinya adalah kekufuran. Inilah perkataan mereka meskipun dengan meriwayatkan hadits-hadits yang tidak tepat apabila dinisbatkan (disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Mereka (ulama madzhab Hanafi) juga menyeru agar seseorang berusaha dengan sungguh-sungguh untuk tidak mendengarkan jika melewatinya atau jika bunyi muzik itu kebetulan berada di rumah tetangganya. Hal ini pernah dilakukan Abu Yusuf ketika mendengar ada yang bernyanyi dan bermain musik di sebuah rumah, beliau berkata: Masuklah dan tidak perlu izin, karena mencegah kemungkaran adalah fardlu (wajib). Maka jika tidak boleh masuk tanpa izin, terhalanglah bagi manusia menegakkan kewajiban ini.

Kemudian Imam Ath Thurthusi melanjutkan pula keterangannya bahwa Imam Syafii dalam kitab Al Qadla, Al Umm (6/214) menegaskan sesungguhnya al ghina adalah permainan yang dibenci dan menyerupai kebathilan bahkan merupakan sesuatu yang mengada-ada. Siapa yang terus-menerus (sering) bernyanyi maka ia adalah orang dungu dan ditolak persaksiannya.

Para shahabat Imam Syafii yang betul-betul memahami ucapan dan istinbath (pengambilan kesimpulan dari dalil), madzhab beliau dengan tegas menyatakan haramnya nyanyian dan musik dan mereka mengingkari orang-orang yang menyandarkan kepada beliau (Imam Syafii) mengenai penghalalannya. Di antara mereka adalah Qadly Abu Thayyib Ath Thabari, Syaikh Abi Ishaq, dan Ibnu Shabbagh. Demikian pernyataan Imam Ath Thurthusi rahimahullah. (Mawaridul Aman Muntaqa min Ighatsati Lahfan halaman 301).

Ibnul Qayyim menyebutkan bahwa Imam Ibnu Shalah dalam fatwanya menyatakan:

Adapun yang perlu diketahui dalam permasalahan ini adalah bahwa sesungguhnya duf (rebana), alat musik tiup, dan nyanyian-nyanyian, jika terkumpul (dilakukan/dimainkan secara bersamaan) maka mendengarkannya haram, demikian pendapat para imam madzhab dan ulama-ulama Muslimin lainnya. Dan tidak ada keterangan yang dapat dipercaya dari seseorang yang ucapannya diikuti (jadi pegangan) dalam ijma maupun ikhtilaf bahwa ia (Imam Syafii) membolehkan keduanya (nyanyian dan muzik).

Adapun persaksian yang dapat diterima beritanya dari shahabat-shahabat beliau adalah dalam permasalahan bagaimana hukum masing-masingnya bila berdiri sendiri, terompet sendiri, duff sendiri? Maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan mendapatkan keterangan rinci tentang hal ini dan tidak memperhatikannya dengan teliti, bisa jadi akan meyakini adanya perselisihan di kalangan ulama madzhab Syafii dalam mendengar seluruh alat-alat musik ini. Hal ini adalah kekeliruan yang nyata dan oleh sebab itu, hendaknya ia mendatangkan dalil-dalil syari dan logis. Sebab tidaklah semua perselisihan itu melegakan dan bisa jadi pegangan. Maka siapa saja yang meneliti adanya perselisihan ulama dalam suatu persoalan dan mengambil keringanan (rukhshah) dari pendapat-pendapat mereka, berarti ia terjerumus dalam perbuatan zindiq atau bahkan hampir menjadi zindiq. (Mawaridul Aman 303)

Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid Al Atsari hafidhahullah mengomentari pernyataan Ibnul Qayyim ini dengan menukil riwayat Al Khalal (dalam Al Amru bil Maruf) dari Sulaiman At Taimy yang mengatakan: Kalau kamu mengambil setiap keringanan (rukhshah) dari seorang alim atau kekeliruannya, berarti telah terkumpul pada dirimu seluruh kejahatan. (Lihat Mawaridul Aman halaman 303)

Diriwayatkan dari Imam Syafii secara mutawatir bahwa beliau berkata: Saya tinggalkan di Baghdad sesuatu yang diada-adakan oleh orang-orang zindiq, mereka menamakannya at taghbir dan menghalangi manusia --dengannya-- dari Al Quran. (Juzuttiba As Sunan Wajtinabil Bida oleh Dliya Al Maqdisi dalam Mawaridul Aman halaman 304)

Ditambahkan pula oleh Abu Manshur Al Azhari (seorang imam ahli lughah dan adab bermadzhab Syafii, wafat tahun 370 H): Mereka menamakan suara yang mereka perindah dengan syair-syair dalam berdzikrullah ini dengan taghbir, seakan-akan mereka bernyanyi ketika mengucapkannya dengan irama yang indah, kemudian mereka menari-nari lalu menamakannya mughbirah. (Talbis Iblis halaman 230 dalam Kasyful Qina halaman 54)

Maka kalaulah seperti ini ucapan beliau terhadap at taghbir dengan illahnya (alasan) karena menghalangi manusia dari Al Quran, --padahal at taghbir itu berisi syair-syair yang mendorong untuk zuhud (tidak butuh) terhadap dunia, para penyanyi mendendangkannya sementara hadirin mengetuk-ngetuk sesuatu atau dengan mendecakkan mulut sesuai irama lagu--, maka bagaimana pula ucapan beliau apabila mendengar nyanyian yang ada di jaman ini, at taghbir bagi beliau bagai buih di lautan dan meliputi berbagai kejelekan bahkan mencakup segala perkara yang diharamkan?!

Adapun madzhab Imam Ahmad sebagaimana dikatakan Abdullah, puteranya: Saya bertanya pada ayahku tentang al ghina menumbuhkan kemunafikan dalam hati, ini tidaklah mengherankan aku. (Lihat Mawaridul Aman 305).

Pada kesempatan lain, beliau berkata: Saya membencinya. Nyanyian itu adalah bidah yang diada-adakan. Jangan bermajlis dengan mereka (penyanyi). (Talbis Iblis halaman 228 dalam Kasyful Qina halaman 52).

Ibnul Jauzi menerangkan: Sesungguhnya nyanyian itu mengeluarkan manusia dari sikap lurus dan merubah akalnya. Maksudnya, jika seseorang bernyanyi (bermain musik), berarti ia telah melakukan sesuatu yang membuktikan jeleknya kesehatan akalnya, misalnya menggoyang-goyangkan kepalanya, bertepuk tangan, menghentak-hentakkan kaki ke tanah. Dan ini tidak berbeda dengan perbuatan orang-orang yang kurang akalnya, bahkan sangat jelas bahwa nyanyian mendorong sekali ke arah itu, bahkan perbuatannya itu seperti perbuatan pemabuk. Oleh sebab itu, pantas kalau larangan keras ditujukan terhadap nyanyian. (Muntaqa Nafis 307)

Ibnul Qayyim pun menjelaskan dalam Mawaridul Aman halaman 320-322: Sesungguhnya ucapan Ibnu Masud yang telah disebutkan tadi menunjukkan dalamnya pemahaman shahabat tentang keadaan hati, amalan-amalannya, sekaligus jelinya mereka terhadap penyakit hati dan obat-obatnya. Dan sungguh, mereka adalah suatu kaum yang merupakan doktor-doktor hati, mereka mengobati penyakit-penyakit hati dengan obat terbesar dan paling ampuh.

Beliau melanjutkan: Ketahuilah bahwa nyanyian bagaikan angin panas yang mempunyai pengaruh amat kuat dalam menebarkan bibit-bibit kemunafikan. Dan kemunafikan tersebut akan tumbuh dalam hati bagaikan tumbuhnya tanaman dengan air.

Inti pernyataan ini adalah nyanyian itu melalaikan hati dan menghalanginya dari Al Quran dalam upaya pemahaman serta pengamalannya. Kerana sesungguhnya Al Quran dan al ghina tidak akan bersatu dalam sebuah hati, selamanya. Ya, karena keduanya memiliki berbagai perbedaan yang menyolok dan sangat bertolak belakang. Al Quran mencegah kita untuk memperturutkan hawa nafsu, menganjurkan kita menjaga kehormatan dan harga diri sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya yang mulia, juga mengajak kita menjauhi dorongan-dorongan (syahwat) dan keinginan hawa nafsu serta berbagai sebab kesesatan lainnya. Al Quran juga melarang kita mengikuti dan meniru langkah-langkah syaithan. Sedangkan al ghina mengajak kita pada kebalikan dari yang diperintahkan dan dicegah oleh Al Quran. Bahkan al ghina memperindah pandangan kita terhadap syahwat dan hawa nafsu, mempengaruhi yang tersembunyi sekalipun dan menggerakkannya kepada seluruh kejelekan serta mendorongnya untuk menuju kepada hal-hal yang (dianggap) menyenangkan.

Oleh karena itu, ketika melihat seorang yang memiliki kedudukan terhormat, kewibawaan, dan kecermelangan akal, serta keindahan iman dan keagungan Islam, dan manisnya Al Quran akan tetapi ia senang mendengarkan nyanyian dan cenderung kepadanya, berkuranglah akalnya dan rasa malu dalam dirinya pun mulai menipis, wibawanya lenyap, bahkan kecermelangan akalnya telah pula menjauhinya,.

Akibatnya syaitan bergembira menyambut keadaan ini. Imannya pun mengeluh dan mengadukannya kepada Allah Azza wa Jalla dan akhirnya Al Quran menjadi sesuatu yang berat baginya. Lalu ia (iman itu) berdoa kepada Rabbnya: Ya Rabbku, jangan Kau kumpulkan aku dengan musuh-Mu dalam hati (dada) yang sama.

Akhirnya, ia akan menganggap baik hal-hal yang dianggapnya jelek sebelum ia mendengarkan nyanyian dan membuka sendiri rahasia yang pernah dia sembunyikan. Setelah itu ia pun mulai berpindah dari keadaan dirinya yang semula penuh dengan kewibawaan dan ketenangan menjadi orang yang banyak bicara dan berdusta, menggoyang-goyangkan kepala, bahu, menghentakkan kakinya ke bumi, mengetuk-ngetuk kepala, melompat-lompat dan berputar-putar bagai keledai, bertepuk tangan seperti perempuan, bahkan kadang merintih bagai orang yang sangat berduka atau berteriak layaknya orang gila.

Sebagian orang-orang arif berkata: Mendengar nyanyian mewariskan kemunafikan pada suatu kaum, dusta, kekafiran, dan kebodohan.

Warisan yang paling besar pengaruhnya akibat nyanyian adalah rasa rindu (asyik) terhadap bayangan (gambaran khayal), menganggap baik segala kekejian, dan apabila ini terus berlanjut, akan menyebabkan Al Quran menjadi berat di hati, bahkan menimbulkan rasa benci apabila mendengarnya secara khusus.

Oleh sebab itu, jika hal yang seperti ini bukan kemunafikan, apalagi yang dikatakan hakikat kemunafikan itu? Demikian keterangan Ibnul Qayyim rahimahullah.

Adapun rahasia penting tentang hakikat kemunafikan adalah perbedaan atau perselisihan yang nyata antara lahir dan bathin. (Mawaridul Aman halaman 322).

Penyanyi maupun yang mendengarkannya berada di antara dua kemungkinan. Bisa jadi dia akan membuka kedoknya berbuat terang-terangan sehingga jadilah ia orang yang durhaka. Atau di samping bernyanyi, ia juga menampakkan ibadahnya, akibatnya jadilah ia seorang yang munafik.

Dalam hal terakhir ini, ia menampakkan rasa cintanya kepada Allah dan kampung akhirat, sementara hatinya mendidih oleh gelegak syahwat, kecintaan terhadap perkara yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, yaitu suara alat-alat musik dan permainan-permainan lainnya, serta hal-hal yang diserukan oleh nyanyian. Hatinya pun penuh dengan kejelekan itu dan kosong atau sepi dari rasa cinta terhadap apa yang dicintai Allah dan Rasul-nya. Inilah intinya nifak.

Juga seperti yang telah kita sepakati bahwa iman adalah keyakinan, perkataan, dan perbuatan. Tentunya perkataan dan perbuatan yang haq (taat). Padahal iman itu hanya tumbuh di atas dzikrullah dan tilawatil Quran, sedangkan nifak sebaliknya. Ia merupakan perkataan yang bathil dan amalan-amalan sesat dan tumbuh di atas al ghina.

Salah satu ciri kemunafikan adalah kurangnya zikrullah, malas dan enggan menegakkan shalat, kalaupun shalat mematuk-matuk seperti burung makan jagung, sangat sedikitnya zikirnya kepada Allah. Perhatikan firman Allah mengenai orang-orang munafik ini:

Jika mereka menegakkan shalat mereka menegakkannya dalam keadaan malas, mereka ingin pujian dan perhatian manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit. (QS. An Nisa: 142).

Ibnul Qayyim meneruskan: Seandainya mereka yang memiliki bashirah memperhatikan dan membandingkan keadaan orang-orang yang bergelut dengan nyanyian dan mereka yang senantiasa menyibukkan diri dengan zikrullah, nyatalah baginya betapa dalamnya pengetahuan dan pemahaman para shahabat terhadap hati dan penyakit-penyakit serta pengubatannya. (Demikian penjelasan Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Mawaridul Aman 322-323).

" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur: 63).

Khilaf[sunting|sunting sumber]Dalam Islam,kebolehan berlagu merupakan suatu perkara yang sering menjadikhilafdikalangan paraalim ulamadanImam-imamsehinggalah sekarang.MenurutAl-Qadi(Qadi) Abu Thaiyyib Ath-Tabrani mengutarakan beberapa pendapat dariImam Asy-Syafie,Imam Malik,Imam Abu Hanifah,Sufyandan segolongan Ulama lain, bahawasanya mendengar lagu dan seumpanya (cth: membuat lagu ,menyanyi lagu dan sebagainya) adalahharam.

Dalamkitabatau buku bertajuk Abadul Qadha,Imam Asy-Syafie ada mengatakan, "Sesungguhnya menyanyi itu makruh dan siapa yang membiasakannya beerti bodoh dan harus ditolak kesaksiannya."

Abu Taiyyib pula mengatakan: "Mendengarkan nyanyian dari wanita yang bukan muhrim tidak boleh menurut pendapat ulama Syafie, baik samaada penyanyi itu terbuka atau tertutup auratnya dengan Hijab sekalipun(dalam hijab),baik mereka telah merdeka atau budak-budak lagi.Dia(Abu Thaiyyib) mengatakan bahawa telah berkata Imam Syafie,"Pemilik jariah (kanak-kanak permpuan),bila dia mengumpulkan manusia untuk diperdengarkan nyanyiannya,maka mereka adalah bodoh dan harus ditolak kesaksiannya.Dia berkata juga:" Diceritakan dari Asy-syafie,beliau tidak suka bermain loteri.Beliau berkata,"Itu dibuat oleh orang-orang Zindiq supaya melupakan Al-Quran."

Juga Imam Syafie mengatakan,"Menurut Hadis Rasullullah,permainan muzik lebihmakruh(perkara dibenci Allah lebih hampir kepada haram namun belum haram) daripada permainan lainnya.Dan aku(Imam Syafie)tidak suka pula catur.Bahkan aku tidak suka setiap (permainan) yang dipermainkan manusia kerana permainan bukanlah sifat orang yang punya agama dan harga diri"

Adapun Imam Malik melarang nyanyian,"Menurut hadis Rasullullah,permainan muzik lebih makruh daripada permainan lainnya.Beliau(Imam Malik)mengatakan ,"Bila seseorang membeli jariah yang ternyata seorang biduan (seniman muzik),seeloknya dia mengembalikannya saja.Ini pendapat kebanyakan ulamaMadinahkecualiIbrahim Bin Sad sahaja.Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah ,beliau tidak menyukai nyanyian,bahkan mendengar nyanyian dari perempuan dan wanita itu adalah termasuk dosa.Demikian pula semua ulama Kufah seperti Sufyan ats-Tsauri,Hammad,Ibrahim dan Asy-Syabi dan lain-lain.Ini semua telah dinukilkan oleh Abu Thaiyyib Ath-Thabrani.

Akan tetapiAbu Thalib Al-Makiyyitelah menukilkan dari sekelompok ulama bahawa mendengarkan nyayian dan lagu itu adalah harus saja.Kata beliau,:"Sekelompok sahabat Rasullallah seperti Abdullah bin Jaafar,Abdullah bin Zubair, Mughirah bi Syubah,Muawiyahdan lain-lain juga mendengarkannya(lagu dan nyanyian)Bahkan perkara itu turut dilakukan oleh Salafuz Soleh Baik dari kalangan sahabat Rasullullah(Muhammad s.a.w) mahupun tabie yang baik serta para ulama Hijjaz Makkah(Mekah),memperdengarkan pada hari-hari kebesaran Islam tertentu seperti hari Thasriq).(11,12,13 Zulhijjah).

Tambahan pula,penduduk Madinah seperti penduduk Makkah,suka memperdengarkan lagu ataupun nyanyian sehingga sekarang.Sehingga didengarkan kisah bahawa Abu Marwan Al-Qadi juga menyediakan tempat tontonan khas untk penonton di majlis nyanyian.Bahkan Atha'mempunyai 2 orang jariah suka menyanyi dan didengari oleh saudara-saudara Atha'.Kata Abu Talib Al-Malikiyyi,"Pernah ditanyakan kepada Abu Hassan Bin Salim,:"Bagaimanakah engkau boleh menganggap dosa mendngarkan nyanyian,sedangkan Al-Junid,Sirri-As-Siqthi dan Zun Nuun juga mendengarkannya?"Kemudian dia (Abu Hassan Bin Salim) berkata,:"Bagaimana boleh ku anggap berdosa mendengarkan nyanyian,sedangkan orang yang lebih baik dariku juga membolehkan dan mendengarkannya(nyanyian atau lagu).Bahkan Abdullah Bin Jaafar Ath-Thaiyyari juga mendengarkannya.Hanya saja aku larang adalahlaghwun(permainannya yakni alat muzik) dalam mendengarkannya(nyayian).

Turut disini dikhabarkan,dirawikan oleh Yahya Bin Muaz,dia berkata,"Kami kehilangan 3 hal,dimana kami tidak melihatnya bertambah melainkan sedikit kecantikan wajah bersama,apabila dipelihara kecantikan ucapan,apabila menepati janji." Dalam sebuah kitab,diceritakan bahawa Harts Al-Muhasibi,seeorang ahliSufi,juga membolehkan nyanyian.

Abu Talib Al-Malikiyyi juga mengatakan,"Ibnu Mujahidtidak mahu menghadiri undangan kecuali di situ terdapatnya nyanyian."

Harts Al-muhassibi juga mengatakan,"Suatu ketika kami dalam undangan resepsi bersama Abu Qasim Bin Mani,Abu Bakar Bin Daud,dan Ibnu Mujahid.Kemudian keluar seorang biduan(penyanyi).Lalu Ibnu Mujahid memberikan arahan kepada Ibnu Mani agar(memastikan)Ibnu Daud turut mendengar."

Ibnu Daud mengatakan,"Ayahku bercerita kepada ku dari Ahmad Bin Hambal,bahawa beliau (Ahmad) adalah daripada nyanyian(penyanyi) demikian juga bapaku.Dan aku mengikuti bapaku." Abu Qassim bin Mani mengatakan,:"Adapun abangku,Ahmad Bin Mani bercerita padaku dari Salleh Bin Ahmad bahawasanya bapanya mendengarkan ucapan dari Ibnul Khabazah.Maka Mujahid berkata kepada Ibnu Daud,"Tinggalkan aku.kamu dari bapamu."Dan dia berkata kepada Ibnu Bin Mani,"Tinggalkan aku.Kamu dari abangmu.(Mujahid berkata)Apa hendak kau katakan wahai Abu Bakar Bin Daud tentang orang yang melagukan sebait syair?Apakah ia haram?Ibnu Daud menjawab ,"tidak.""Jika suaranya sedap,apakah haram mendendangkan lagu?"tidak juga.""Jika melagukannya,memanjang,dan memendekannya apakah haram?"Tidak pernah aku mendukung satu syaitan.Bagaimana aku mendukung 2syaitan."

Abu Talib Al-Malikiyyi juga mengatakan,"Abu Hassan Al-Asqalani,yang temasuk dalam parawaliitujuga mendengarkan lagu.Bahkan beliau turut mengarang sebuah kitab yang menolak bahawa mendengarkan lagu juga adalah haram temasuk dalam kemungkaran.Demikian juga sesetengah pendapat ulama lain."

Diceritakan oleh salah seorang sheikh,dia berkata,:"Aku melihat Abu Abbas Al-Khadir as,maka aku bertanya padanya,"Bagaimanakah pendapat kamu tentang nyanyian yang menjadi persengketaan para ulama?"Dia menjawab:"Lagu adalah nyanyian sesuatu yang dapat menjerat(menggodakan)kecuali terhadap para ulama."

Juga diceritakan dari Mimsyad Ad-Dainuri,dia berkata,"Aku melihat NabiMuhammadSAW dalam mimpi.Aku bertanya,"Wahai Rasullullah,apakah engkau melarangi berlagu?Baginda menjawab,"Aku tidak melarangnya.Akan tetapi katakan pada mereka,hendaklah nyanyian itu dimulai dengan Al-Quran dan ditutup dengan Al-Quran pula."

Diceritakan dari Tahir Bin Bilal Al-Hamdani Al-Waraq,seorang yang termasuk dalam golongan Ulama besar (Ulama Muktabar)dia berkata,"Aku sedang berbaring di tepi pantai.Suatu hari,aku melihat sekelompok orang dimana salah seorang dari mereka bernyanyi.Aku melarangi (perbuatan mereka)dalam hatiku.Di sebuah Masjid aku berkata bahawa mereka itu suka bernyanyi.Kemudian pada malam hari itu,aku bermimpi melihat Nabi Muhammad SAW meletakkan tangannya pada dadanya sambil mendengarkan Abu Bakar berlagu.Kemudian menoleh(Tahir)kepada Rasullullah dan berkata,"Ini hak dengan hak."Atau saya mengatakan,"Ini hak dari hak."Aku ragu dalam hal ini."

Al-Junaid mengatakan,Rahmat akan turun pada kelompok ini dalam tiga tempat.Ketika berzikir.Kerana mereka tidak bercakap kecuali dalam maqam orang-orangSiddiq(kerana sering menyebut orang-orang baik).Dan ketika mendengarkan (lagu)kerana mereka mendengarkan dengan ada serta menyaksikan kebenaran.

Dari Ibnu Juraij,dia suka mengajak orang mendengarkan lagu.Maka ditanyakan kepadanya,"Apakah pada hari Kiamat,hal ini termasuk dalam kebaikan atau keburukan?"Dia menjawab,"Ini tidak termasuk dalam kebaikan mahupun keburukan. Kerana ini hanya menyerupai permainan.AllahSWT telah berfirman:

Allah tiada menyeksamu tentang sumpahmu yang tiada dengan sengaja....

(Surah Al-Baqarah:225)

Demikianlah pendapat ulama. Yang penting seseorang itu perlulah mencari jalan kebenaran dan mempertimbangkan sesuatu mengikut halal dan haram apabila melakukannya.

==Kesimpulan==[sunting|sunting sumberHukum Fiqh Semasa Tentang Hiburan

Apakah Hukum Bernyanyi/Mendengar Lagu dan Muzik?

>>Sebahagian mereka yang berkata HARAM:(Sheikh Albani,Ibnu Qayyim dll)

-Kaedah Fiqh:" " iaitu menghalang perkara yang harus kerana bimbang membawa kepada Haram.

-Dalilnya: "dan diantara manusia ada orang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya ejek-ejekan,mereka itu memperoleh azab yang menghinakan"(Luqman:ayat 6)

-Mengfokuskan pada kalimah ini:" " yang membawa maksud Percakapan Kosong.Ibnu Mas'ud,Ibnu 'Abbas dan Ibnu Umar menyatakan kesohihan maknanya ialah Nyanyian.

~Lalu Ibnu Hazim membidas makna tersebut dengan berkata:"tiada lah hujah akan perkara ini atas beberapa sebab iaitu:-tiadanya hujah yang disandarkan pada Rasulullah-berlaku perselisihan makna dalam kalangan sahabat dan tabi'in-nas yang dikemukan itu membatalkan hujah mereka kerana perlakuan ini disifatkan sebagai kekafiran tanpa khilaf(dipersetujui ulama2) kerana mempermainkan agama Allah."

~Imam Ghazali menyokong bidasan(dakwaan) Ibnu Hazim,katanya:"ada pun yang mempergunakan (percakapan kosong/nyanyian) terhadap agama sebagai bahan gantian unutk menyesatkan manusia dari jalan Allah(agama Allah),sungguh ianya HARAM lagi dicela walaupun ia membaca Al-Quran tapi (bertujuan) menyesatkan manusia dari agama Allah,maka ianya juga HARAM."

>>Sebahagian mereka yang berkata Harus/membenarkan: (Syaukani,Sheikh Yusof Al-Qardawi,Imam Ghazali dll)

-Kaedah Fiqh:" " iaitu hukum asal sesuatu perkara harus.-Dalillnya: "dan yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka dan membebaskan beban2 dan belenggu2 yang ada pada mereka"(Al-A'raf:ayat 157)

-Mengfokus pada Kalimah ini:" " yang membawa maksud Segala Yang Baik.Menurut Syaukani:"telah dijelaskan oleh Ibnu Abdul Salam dalam ( ):maksud pada ayat ini ialah Keseronokan/Keenakan"

dan dikuatkan dengan ayat ini: "Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik"

Sudah Menjadi Lumrah Kehidupan,Manusia Perlukan Hiburan,lalu islam datang mengislahkannya dengan meletakkan beberapa syarat dan batas dalam hiburan,antaranya ialah:

1) selamat dari perkara yang bercanggah dengan syariat2) selamat dari unsur perbalahan dan godaan syahwat3) tidak berkait dengan perkara2 haram dari setiap sudut baik muziknya,alatnya dan liriknya4) tidak berlebih2an dan melampau-lampau5)tidak membawa kepada berlakunya fitnah

-Semoga Bermanfaat-

rujukan dari kitab: karangan Sheikh Dr. Yusof Al-Qardawi.PANDANGAN ULAMA TERHADAP MUZIK Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam? Al Ghazali menjelaskan (Ihya' Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang. Menurut Prof Louis Lamya' menyentuh perspektif hukum hudud Islam, jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa'ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi'iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam. Kesimpulan dan tarjih: 1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat 2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara' tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman, makan, dan ikhwan; mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah. 3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa. Muzik Dan Nyanyian (At-Taghanni Dan Al-Ghina) Muzik bererti nada yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandungi irama, lagu, dan keharmonian (terutama menggunakan alat-alat yang dapat menghasilkan bunyi). Muzik ialah seni menyusun suara atau bunyi. Dari pengertian ini terlihat bahawa muzik tidak terbatas pada penyusunan suara yang indah saja tetapi juga pada penyusunan bunyi-bunyian. Adapun nyanyi bererti mengeluarkan suara bernada, berlagu, baik dengan lirik maupun tidak. Baik muzik mahupun nyanyi, keduanya hanya merupakan salah satu naluri universal kemanusiaan yang wajar. Unsur umum bagi muzik dalam berbagai kebudayaan adalah irama. Hukum Muzik dan Nyanyian Ulama Fiqh berbeza pendapat mengenai hukum muzik (At-Taghanni - dalam istilah Fiqh) dan nyanyi (Al-Ghina). Ada yang membolehkannya dan ada pula yang melarangnya. Beberapa ulama membolehkan penggunaan alat-alat muzik dan nyanyian seperti Daud Az-Zahiri (pendiri Mazhab Az-Zahiri) dan Imam Malik (pendiri Mazhab Maliki). Meskipun begitu, mereka masih mengajukan syarat atau ketentuan-ketentuan agar muzik dan nyanyian tersebut dibolehkan. Syarat-syarat yang dimaksud adalah sebagai berikut. Kandungan dan/atau pesan yang terkandung dalam rangkap-rangkap nyanyian tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam, seperti bisikan ungkapan yang mendorong seseorang berbuat maksiat. Perlaksanaannya tidak menyimpang dari ketentuan-ketentuan agama. Masing-masing kelompok ulama mengajukan hujah yang mendukung pendapat mereka. Muhammad bin Ali Asy-Syaukani (tokoh Fiqh dan hadis dari Yaman) menjelaskan banyak di antara ulama Fiqh berpendapat bahawa hukum menyanyi dan alat muzik adalah haram, sedangkan ulama Madinah dan ulama Mazhab Az-Zahiri membolehkannya. Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf bin Abdullah Al-Fairuzabadi Asy-Syirazi (393 H/1003 M - 476 H/1083M; salah seorang tokoh Fiqh Mazhab Asy-Syafii) tidak melarang muzik secara keseluruhan. Muzik boleh digunakan dalam pesta berkhatan. Sedangkan muzik yang akan membangkitkan nafsu dan digunakan di luar kedua macam pesta tersebut hukumnya haram. Adapun nyanyi dibolehkan jika dengan tujuan untuk memacu (mempercepat jalannya) unta yang sedang berjalan. Imam Al-Ghazali (tokoh terkemuka dari Mazhab Asy-Syafii) berpendapat bahawa banyak nas syara yang menunjukkan kebolehan menyanyi, menari, memukul rebana yang diiringi dengan gerakan-gerakan yang menggunakan alat-alat perang, seperti senjata dan perisai pada hari-hari raya. Hal ini menurut Imam al-Ghazali, dapat dikiaskan dengan hari-hari gembira lainnya seperti dalam acara berkhatan1. Akan tetapi, muzik dan nyanyian itu banyak macamnya, di antaranya muzik dan nyanyian yang akan menimbulkan fitnah (hal-hal yang tidak baik, seperti dilakukan dengan cara-cara yang merangsangkan, suara yang menggoda dan syair-syair yang porno). Muzik dan nyanyian semacam ini dilarang. Muzik dan nyanyian yang tidak dilarang (dibolehkan) adalah yang tidak mengandung unsur negatif tersebut. Lebih jauh lagi Imam Al-Ghazali mengutip salah satu pendapat Imam Asy-Syafii (pendiri Mazhab Asy-Syafii) yang mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya tidak ada di antara ulama Hijaz yang membenci mendengarkan muzik dan nyanyian, kecuali nyanyian yang di dalam syairnya terdapat ungkapan yang tidak baik, seperti ungkapan-ungkapan porno yang dapat membangkitkan nafsu berahi. Ulama Fiqh dari Mazhab Hanafi hanya melarang (mengharamkan) nyanyian yang di dalamnya terdapat kata-kata (ungkapan-ungkapan) yang tidak sopan yang dilarang oleh agama; misalnya menyebut dan mengungkap sifat-sifat kelelakian seorang pria. Adapun nyanyian yang bebas dari syair-syair tidak sopan tersebut, seperti nyanyian yang memuat pujian terhadap keindahan alam, hukumnya boleh (halal). Penggunaan Alat Muzik Ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa alat-alat muzik yang disiapkan untuk perayaan pesta perkahwinan boleh digunakan dalam acara perkahwinan tersebut. Namun demikian, ada di antara ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa muzik boleh digunakan dalam setiap acara gembira. Adapun mengenai nyanyian yang dibolehkan adalah nyanyian yang mengandung syair yang baik, yakni yang bebas dari ungkapan yang dilarang agama2. Tiada perselisihan antara Ahli Madinah mengenai keharusan Al-Ud, sejenis alat muzik bertali seperti gambus dan gitar3. Ulama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa tidak halal menggunakan alat-alat muzik seperti gambus, seruling, gendang, baik dalam acara pesta perkahwinan maupun acara-acara lainnya. Seandainya ada acara walimah yang di dalamnya digunakan alat-alat muzik, maka tidak wajib memenuhi undangan pesta tersebut. Adapun menyanyi dengan memerdukan suara hukumnya boleh4. Perbahasan Mengenai Dalil-dalil Dalil-dalil Yang Membolehkan Ulama yang membolehkan menggunakan alat muzik dan nyanyian mengajukan beberapa dalil untuk memper-kuat pe-ndapat mereka. Dalil-dalil dimaksud antara lain sebagai be-rikut. 1. Surah Luq-man, ayat 19 yang bermak-sud; ...dan lunakkanlah suaramu. Sesungguh-nya seburuk-buruk suara ialah suara keledai Imam Al-Ghazali memahami ayat ini melalui Mafhum Mukhalafah-nya, sehingga Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa Allah taala memuji suara yang baik. Dengan demikian, tidak terlarang mendengarkan nyanyian yang baik. 2. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Aisyah Bte Abu Bakar berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempat-ku. Di saat itu ada dua gadis di sampingku yang sedang menyanyi-kan lagu Hari Buats (kisah suatu peperangan di benteng Buats). Saya melihat Rasulullah S.A.W berbaring sambil memalingkan mukanya.Ketika itu Abu Bakar As-Siddiq datang dan marah kepadaku. Kata Abu Bakar Di rumah Rasulullah s.a.w ada seruling setan? Mendengar ucapan Abu Bakar tersebut Rasulullah s.a.w bersabda Ya Abu Bakar! Biarkanlah keduanya menyanyi, sesungguhnya bagi setiap kaum ada ulang tahunnya dan hari ini adalah ulang tahun kita (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 3. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Aisyah pernah mengahwinkan seorang wanita dengan seorang laki-laki Ansar. Ketika itu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya Wahai Aisyah, tidak adakah kalian mempunyai hiburan (nyanyian) sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan (nyanyian) (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal) 4. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Hadis yang menceritakan bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang para pahlawan yang gugur dalam peristiwa Perang Badr (17 Ramadan 2H) sambil memukul gendang. Di antara syairnya berbunyi, Dan kami mempunyai nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari (Riwayat Ahmad bin Hanbal). Dalil-dalil Yang Melarang Ulama yang melarang menggunakan alat muzik dan nyanyian antara lain adalah Ibnu Al-Jauzi (tokoh hadis Mazhab Hanbali), Imam Al-Qurtubi dan Muhammad bin Ali Asy-Syaukani. Mereka mengajukan beberapa dalil sebagai hujah untuk mendukung pendapat mereka. Dalil-dalil yang mereka gunakan antara lain sebagai berikut. 1. Firman Allah taala dalam surah Al-Isra, ayat 64 yang bermaksud; Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu (suaramu - saut)... Dalam terjemahan Al-Quran Departemen Agama Indonesia kata Saut bererti ajakan. Menurut Mujahid (w.104 H, salah seorang Tabiin), kata Saut (suara) bererti nyanyian. Ertinya syaitan menggunakan nyanyian sebagai salah satu jalan untuk menyelewengkan manusia. Maka sebab itu nyanyian dilarang. 2. Firman Allah taala dalam surah An-Najm, ayat 59-61 yang ertinya; Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu menertawakan dan tidak menangis? Sedangkan kamu melengahkan(nya). Ibnu Abbas mengertikan kata Samidun (dalam terjemahan Al-Quran Departemen Agama Indonesia diartikan melengah-kan[nya]) dengan makna bernyanyi (dalam keadaan bernyanyi-nyanyi). Pendapat ini didukung oleh Mujahid dan Ikrimah bin Abu Jahal (w. 105 H). 3. Firman Allah taala dalam surah Luqman; ayat 6 yang ertinya; Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan. Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w, di antaranya Ibnu Abbas dan Ibnu Masud, dan tabiin seperti Mujahid, Qatadah bin Diamah As-Sadusi Al-Basri (w.118H) dan Ibrahim An-Nakhai (w.177H) serta sebahagian ahli tafsir seperti Ibnu Katsir (w.774H) menafsirkan kata Lahwa Al-Hadis (perkataan yang tidak berguna) dalam ayat di atas dengan makna nyanyian atau menyewakan jasa biduanita. 4. Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; ...Tetapi saya melarang dua macam suara, yakni suara (tangisan) orang yang ditimpa musibah yang disertai dengan mancakar muka dan merobek-robek baju, dan suara dari orang-orang yang sedang menyanyi dengan menggunakan seruling syaitan (bunyi seruling yang membisingkan) (Riwayat At-Tirmizi). Ungkapan ini dikemukakan Rasulullah s.a.w dengan suara yang tinggi (marah) sehingga seruling yang ditiup itu dikatakan sebagai seruling setan. 5. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan. Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: Ya bilakah ia akan terjadi. Rasulullah s.a.w menjawab Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khabar telah muncul di tengah-tengah masyarakat (Riwayat At-Tirmizi) 6. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram. (Riwayat Al-Bukhari) 7. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Sesungguhnya akan terdapat dalam umatku orang-orang yang menghalalkan zina, sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram. (Riwayat Al-Bukhari)5 Ulama Fiqh yang membolehkan muzik dan nyanyian mengajukan sanggahan terhadap dalil-dalil dan pemahaman yang dikemukakan oleh kelompok ulama yang melarang muzik dan nyanyian. Pemahaman kelompok yang melarang kedua hiburan tersebut terhadap dalil yang mereka ajukan dibantah oleh ulama yang membolehkan kedua hal tersebut. Terhadap pembatasan makna kata Saut yang terdapat dalam surah Al-Isra, ayat 64 dengan erti nyanyian, menurut Ibnu Katsir di dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim bahawa sekalipun secara bahasa kata Saut merupakan kata yang mengandung arti kiasan. Sebab, pada umumnya manusia tidak dapat mendengar suara iblis (Iblis dan Syaitan). Manusia hanya dapat merasakan bisikan-bisikan iblis yang mengajak kepada sikap durhaka kepada Allah taala. Menurut Muhammad Quraish Shihab (ahli tafsir kontemporeri dari Indonesia) merupakan pembatasan yang tidak mempunyai dasar. Kalaupun pembatasan tersebut diterima dan kata saut diertikan dengan makna nyanyian, maka nyanyian yang dimaksud adalah nyanyian yang didendangkan oleh syaitan sebagaimana yan ditunjuk oleh bunyi ayat tersebut dan di saat ada nyanyian yang didendangkan oleh bukan setan, maka belum tentu termasuk yang dikecam oleh ayat tersebut. Seperti halnya pemahaman terhadap surah al-Isra, ayat 64, pemahaman terhadap surah Luqman, ayat 6 dibantah oleh kelompok yang membolehkan muzik dan nyanyian. Menurut mereka kata-kata Lahwa Al-Hadis tidak dapat diertikan dengan nyanyian. Muhammad Quraish Shihab menjelaskan, seandainya kata tersebut memang diertikan nyanyian, maka yang dikecam oleh Allah taala melalui ayat tersebut adalah kata-kata dimaksud digunakan sebagai alat untuk menyesatkan manusia. Jadi, bukan terletak pada nyanyian atau bukan nyanyian. Memang dapat difahami jika nyanyian yang mengandung kata-kata yang tidak sejalan dengan ajaran Islam harus ditolak. Ibnu Hazm mengatakan: Apabila Ibnu Abbas dan Ibnu Masud menafsirkan kata lahwa al-hadis dengan makna nyanyian, maka sesungguhnya teks ayat itu sendiri-dalam hal ini Li Yudillan Sabil Allah (untuk menyesatkan dari jalan Allah) telah menentang penafsiran tersebut. Sebab, demikian Ibnu Hazm, Lahwa Al-Hadis yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah lahwa al-hadis yang jika dilakukan akan mengakibatkan kekafiran bagi pelakunya. Misalnya, seorang membeli mushaf dengan tujuan untuk menyesatkan orang lain dan memperolok-olok serta mempermainkannya, maka tentu yang bersangkutan akan tergolong orang-orang yang kafir dan Lahwa Al-Hadis semacam inilah yang dikecam oleh ayat tersebut. Adapun Lahwa Al-Hadis yang tidak bermaksud menyesatkan orang lain dan memperolok-olok, tetapi untuk menghibur diri tentu tidak dikecam oleh ayat tersebut. Artinya, ayat itu tidak ditujukan kepada orang-orang yang menghibur diri tanpa bermaksud menyesatkan manusia lainnya dari ajaran Allah taala. Adapun orang yang tidak melalaikan kewajiban agamanya sekalipun dia sibuk menyanyi, orang dimaksud tetap sebagai orang yang baik (muhsin). Demikian juga halnya dengan An-Najm, ayat 59-61 yang didalamnya terdapat kata Samidun yang oleh ulama yang melarang muzik dan nyanyian diertikan sebagai dalam keadaan menyanyi-nyanyi. Menurut Quraish Shihab, erti tersebut tidak disepakati oleh ulama tafsir, kerana kata tersebut sekalipun digunakan oleh suku Humyar (suku bangsa Arab) dalam erti menyanyi, tetapi di dalam kamus-kamus bahasa Arab seperti Mujam Al-Maqayis Fi Al-Lugah dijelaskan bahawa akar kata Samidun adalah samada yang maknanya berkisar pada berjalan bersungguh-sungguh tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, atau secara majaz (kiasan) dapat diertikan serius atau tidak mengindahkan selain apa yang dihadapinya. Dengan demikian, lanjut Quraish, kata samidun, sebagai yang dikatakan oleh Ibnu Katsir, dalam ayat tersebut dapat diertikan orang yang lengah (Ghafilun). Terhadap dalil yang berupa hadis Nabi s.a.w juga dikritik oleh ulama yang membolehkan muzik dan nyanyian. Menurut Ibnu Hazm, hadis-hadis yang dikemukakan sebagai dalil untuk mengharamkan muzik dan nyanyian adalah hadis-hadis yang tidak dapat dipertanggungjawabkan, semuanya Maudu(hadis rekaan) atau Maqtu (sanadnya terputus). Hadis Abu Amir atau Abu Malik Al-Asyjari: Sesungguhnya akan terdapat dalam jajaran umatku orang-orang yang menghalalkan zina, sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram. (Riwayat Al-Bukhari) misalnya, dari segi sanadnya adalah Hadis Munqati, sebab ada perawi yang tidak disebutkan, yakni antara Imam Al-Bukhari dan Hisyam. Akan tetapi, anggapan atau penilaian ini dibantah oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani. Menurut Ibnu Hajar, hadis tersebut berdasarkan syarat (kategori) Imam Al-Bukhari yang terkenal sebagai hadis yang bersambung (tidak terputus mata rantai) sanadnya. Matan (teks hadis) tersebut menjelaskan bahawa azab diturunkan kerana mereka menghalalkan zina, minuman keras, menghalalkan sutera dan membolehkan tampilnya biduanita di depan forum yang bercampur laki-laki dan perempuan serta menghalalkan penggunaan alat muzik di luar batas-batas yang dibenarkan agama. Jadi bukan nyanyian yang mengakibatkan turunnya azab tersebut. Berkata Al-Fakihani: Aku tidak ketahui dalam kitab Allah dan tidak pula dalam Sunnah satu hadits sahih yang jelas dalam pengharaman alat hiburan. Sesungguhnya semuanya hanya bersifat umum dan bukan dalil Qat`ii.6 Dr Wahbah Az-Zuhaili berpendapat: Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) bagi nya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Adapun lagu-lagu yang mendorong pada kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemunkaran di radio dan tv yang banyak terdapat di zaman kita hari ini. Tidak syak lagi bahawa meninggalkan dari mendengar (muzik & nyanyian) di zaman ini lebih baik kerana terdapat syubhat di dalamnya. Orang-orang beriman sentiasa menjauhi syubhat sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits sahih. Sesiapa yang meniggalkan syubhat, ia telah memelihara agama dan maruahnya. Sesiapa yang berjalan-jalan di tepi-tepi kawasan larangan, ditakuti ia akan termasuk di dalamnya........

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwinalah satu ulama yang memiliki perhatian dan minat besar terhadap kesenian adalah Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (W 1111). Dalammagnun opusnya, Ihya ulumuddin,al-Ghazali menyisahkan satu bab khusus pembahasan soal kesenian, khususnya seni suara dan musik. Al-Ghazali mengumpulkan, menganalisis, serta memberikan kritik dan penilaian terhadap pendapat dan komentar para ulama tentang musik

Dalam menghukumi musik, kata al-Gazali, para ulama berbeda pendapat. Sejumlah ulama seperti Qadi Abu Tayyib al-Tabari, Syafii, Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan lainnya menyatakan bahwa musik hukumnya haram. Seperti kata Imam Syafii, Menyanyi hukumnya makruh dan menyerupai kebatilan. Barang siapa sering bernyanyi maka tergolongsafeh(orang bodoh). Karena itu, syahadah-nya (kesaksiannya) ditolak.

Bahkan, kata al-Syafii, memukul-mukul(al-taqtaqah)dengan tongkat hukumnya makruh. Permainan seperti itu biasa dilakukan orang-orang zindiq, hingga mereka lupa membaca al-Quran. Al-Syafii mengutip sebuah hadits yang mengatakan bahwa permainan dadu adalah salah satu jenis permainan yang paling dimakruhkan dibanding permainan-permainan yang lain. Dan saya, tegas al-Syafii, sangat membenci permainan catur. Bahkan semua jenis permainan. Sebab permainan bukanlah aktivitas ahli agama dan orang-orang yang memiliki harga diri(muruah). [1]

Begitu juga dengan Imam Malik. Guru al-Syafii ini melarang keras musik. Menurutnya, Jika seseorang membeli budak perempuan, dan ternyata budak tersebut seorang penyanyi, maka pembeli berhak untuk mengembalikan budak tersebut (karena termasuk cacat). Pendapat Imam Malik ini kemudian diikuti oleh mayoritas ulama Madinah kecuali Ibnu Said. [2]

Hal senada diungkapkan Abu Hanifah yang mengatakan bahwa musik hukumnya makruh, dan mendengarkannya termasuk perbuatan dosa. Pendapat Abu Hanifah ini didukung oleh sebagian besar ulama Kufah, seperti Sofyan al-Tsauri, Himad, Ibrahim, Syubi dan ulama lainnya. Pendapat-pendapat di atas dinukil dari Al-Qadi Abu Tayyib al-Tabari.[3]

Adapun pendapat ulama yang memperbolehkan mendengarkan musik datang dari Abu Thalib al-Makki. Menurut Abu Thalib, para sahabat Nabi SAW, seperti Abdullah bin Jafar, Abdullah bi Zubair, Mughirah bin Syubah, Muawiyah dan sahabat Nabi lainnya suka mendengarkan musik. Menurutnya, mendengarkan musik atau nyanyian hampir sudah mentradisi dikalangan ulama salaf ataupun para tabiin. Bahkan, kata Abu Thalib, ketika dia berada di Makkah, pada saat peringatan hari-hari besar, orang-orang Hijaz merayakannya dengan pagelaran musik. [4]

Tradisi seperti itu juga dilakukan oleh orang-orang Madinah. Seperti yang diakui sendiri oleh Abu Thalib bahwa dia pernah melihat Qadi Marwan memerintahkan budak perempuannya untuk bernyanyi di hadapan orang-orang sufi. Al-Ata juga memiliki dua budak wanita yang keduanya pandai bernyanyi dan sering dipentaskan di depan saudara-saudaranya.

Suatu ketika Abi Hasan bin Salim ditanya Abi Thalib, Mengapa engkau melarang mendengarkan musik, sementara al-Junaedi, Sirri Al-Saqati dan Dzunnun al-Misri senang mendengarkan musik? Hasan bin Salim menjawab, Saya tidak pernah melarang orang mendengarkan musik, sebagaimana halnya orang-orang yang lebih baik dariku. Aku hanya melarang bermain dan bersenda gurau dalam mendengarkan musik. [5]

Antara bentuk dan isi

Menurut al-Ghazali, baik al-Quran maupun al-Hadits, tidak satupun yang secara vulgar menghukumi musik. Memang, ada sebuah hadis yang menyebutkan larangan menggunakan alat musik tertentu, semisal seruling dan gitar [6].

Namun, sebagaimana yang dikatakan al-Ghazali, larangan tersebut tidak ditunjukkan pada alat musiknya (seruling atau gitar), melainkan disebabkan karena sesuatu yang lain(amrun kharij).Di awal-awal Islam, kata al-Ghazali, kedua alat musik tersebut lebih dekat dimainkan di tempat-tempat maksiat, sebagai musik pengiring pesta minuman keras.

Orang Islam tidak boleh meniru gaya hidup seperti itu. Nabi SAW sudah mewanti-wanti dengan mengatakan:Man tsyabbaha biqaumin fahuwa minhum(barangsiapa meniru gaya hidup suatu kaum maka ia termasuk bagian dari kaum itu).

Di samping itu, musik juga dianggap membuat lalai mengingat Tuhan, menggoda kita berbuat kemaksiatan, bertolak-belakang dengan prinsip ketakwaan, dst [7]. Penilaian seperti itu mayoritas muncul dari ulama-ulama fiqh yang lebih menitik beratkan pada aspek legal-formal.

Berbeda dengan ulama tasawuf yang tidak terlalu terganggu bahkan banyak menggunakan musik sebagai media untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Contohnya musik pengiring tarian mawlawiyyah yang sering dimainkan sufi besar Jalaluddin Rumi.

Memang, sejak awal seringkali terjadi ketegangan antara (pandangan) fiqh dan tasawuf. Yang pertama lebih menitik beratkan pada aspek legal-formal dengan berpegang kuat pada teks-teks agama (al-Quran dan al-Hadits). Sementara yang kedua lebih menitik beratkan pada substansinya dengan berpijak pada realitas kongkrit.

Menurut al-Ghazali, mendengarkan musik atau nyanyian tidak berbeda dengan mendengarkan perkataan atau bunyi-bunyian yang bersumber dari makhluk hidup atau benda mati. Setiap lagu memiliki pesan yang ingin disampaikan. Jika pesan itu baik dan mengandung nilai-nilai keagamaan, maka tidak jauh berbeda seperti mendengar ceramah/nasihat-nasihat keagamaan. Juga sebaliknya.

Dalam kaidah fiqh dikenal sebuah kaidah:al-ashlu baquu ma kana ala ma kana(hukum asal sesuatu bergantung pada permulaannya). Artinya, ketika sesuatu tidak ada hukumnya di dalam al-Quran maupun al-Hadis, maka sesuatu itu dikembalikan pada asalnya, yaitu halal(al-ashlu huwa al-hillu).

Atau dalam kaidah yang lain disebutkan:Al-ashlu fil muamalah al-ibahah illa ma dalla dalilun ala tahrimiha(hukum asal di dalam muamalah adalah halal kecuali terdapat dalil yang melarangnya). Musik masuk dalam kategori muamalah, bebeda dengan ibadah yang kedudukannya tidak bisa ditawar lagi.

Musik Islam dan non-Islami

Sekarang ini muncul penilaian di sebagian kalangan masyarakat yang mengidentifikasi musik dan lagu tertentu sebagai Islami dan non Islami. Asalkan lirik lagunya dibumbui nama-nama Tuhan, maka disebut Islami.

Bahkan cenderung menyamakan Arabisasi dengan Islamisasi. Semisal, musik/lagu yang beraroma padang pasir (gambus/berbahasa Arab) dianggap musik Islam sementara lainnya dicap bukan dari Islam.

Penilaian tersebut tidak hanya keliru, melainkan menyebabkan kita tercerabut dari akar kebudayaan kita sendiri. Keislaman bukan terletak pada bentuk dan penampilan (ekspresi) melainkan substansinya.

Juga muncul keinginan sebagian orang yang ingin menundukkan kesenian di bawah agama dengan memasukkan pesan-pesan keagamaan ke dalam kesenian tertentu. Contohnya dengan menaburi lirik-lirik lagu dengan pesan-pesan keagamaan.

Menurut Abdurrahman Wahid, hal ini disebabkan adanya ketimpangan relasi kuasa antar keduanya. Agama mencoba menundukkan kebudayaan melalui proses legitimasi. Proses ini berfungsi melakukan penyaringan terhadap hal-hal yang sesuai atau bertentangan dengan agama. Dengan ini, yang diperbolehkan adalah yang memperoleh legitimasi, sementara yang lain tidak [8].

Sebetulnya, tidak tepat menghadap-hadapkan antara agama dan kesenian (termasuk musik). Keduanya memiliki independensi masing-masing. Terkadang hubungan keduanya bersifat mutualis-simbiosis. Juga tidak jarang keduanya saling serang dan menyerang. Dalam kehidupan, itu pasti terjadi, dan tidak perlu disesalkan. Tinggal bagaimana menempatkan keduanya pada proporsi masing-masing secara adil, bebas, dan merdeka. Wallahu alam bi sawab.

Pada Dasarnya Semua Hal DibolehkanDalam Islam, pada dasarnya semua hal dan manfaat yang Allah ciptakan adalah untuk kepentingan manusia. Oleh kerana itu, semuanya dibolehkan. Tidak ada yang haram kecuali apa yang dilarang dalam nas iaitu Al-Quran dan as-Sunnah.Para ulama menetapkan prinsip pembolehan ini berdasarkan ayat al-Quran yang jelas. Diantaranya :Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu (QS: 2:29)Berlainan dengan ibadah. Tidak diwajibkan ibadah kecuali Allah telah perintahkan seperti solat dan zakat.Menyangkut rutin harian kita, prinsip yang berlaku adalah kebebasan kecuali apa-apa yang telah Allah larang. Ini termasuk dalam hal jual beli, makan minum, belajar maupun hiburan.Bermain gitar (alat muzik)Secara dasarnya hukum bermain gitar ataupun alat muzik lain adalah harus selagi tidak melanggar syariat Islam yang dapat mengubah hukum dari halal kepada haram.Dr. Yusuf Qaradhawi berkata dalam bukunyaDisini saya ingin menegaskan bahwa prinsip dasar pembolehan tidak hanya terbatas pada hal atau benda, tapi termasuk seluruh kegiatan dan tingkahlaku manusia yang tidak berhubungan dengan ibadah.(Buku Halal dan Haram)Kegiatan dan tingkahlaku yang dimaksudkan adalah kebiasaan atau urusan sehari-hari seperti bersukan, belajar dan juga berhibur.Terdapat beberapa pandangan terhadap hal ini. Ada yang menghalalkan dan juga yang mengharamkan dalam hal memainkan alat muzik.sepertiIbnu ShalahdalamMuqaddimah Ulumul Hadits,Imam an-NawawidalamAl-Irsyad,Imam Ibnu KatsirdalamIkhtishar Ulumul Hadits,Imam Ibnu HajardalamTaghliqul Taliq,Ibnu HazmdalamAl-Muhalla,as-SakhawydalamFathul Mugits,ash-ShananidalamTanqihul AfkardanTaudlihul AfkarjugaSyaikh al-Islam Ibnu TaimiyahdanImam Ibnul Qayyimdan masih banyak lagi. Di sini penulis cenderung dengan pendapatSyaikh Nashiruddin al-Albaniyang setuju dengan pandanganIbnu HazmdalamAl-Muhalla.Syaikh Nashiruddin Al-Albani,dalamDhaif al-Adab al-Mufrad(hal. 14-16) berpendapat hadits yang mengharamkan alat-alat musik adalahMunqathi(terputus sanad)Imam Ibnu Hazmdalam kitabnyaAl-Muhalla, juz VI, hal. 59 mengatakan:Jika belum ada perincian dari Allah SWT maupun Rasul-Nya tentang sesuatu yang kita perbincangkan di sini [dalam hal ini adalah nyanyian dan memainkan alat-alat musik], maka telah terbukti bahwa ia halal atau boleh secara mutlak. (Dr. Abdurrahman al-Baghdadi,Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 57).Maka, memainkan alat muzik apa pun , hukumnya adalah harusHalal dan haram berhiburSabda baginda rasulullah :Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Quran) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian(hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).Hukum memainkan alat muzik (contoh gitar) atau berhibur dapat tergantung pada beberapa pertimbangan iaitu:1.Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuat2.Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnya3.Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebut4.Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan itu5.Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukanNiat dan tujuan sesuatu Muzik atau hiburan dibuatSeperti sabda RasulullahSesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan(Muttafaqun Alaih)Dalam soal bermain alat muzik, ia terdapat 2 bahagian iaitu bermain dengan niat dan tujuan atau bermain tanpa niat dan tujuan. Bermaintanpa tujuan dan niat, seperti perbuatan secara fitrah dan semulajadi atau kebiasaan manusia seperti dalam keadaan kegembiraan dan semangat, kesedihan dan duka. Dalam hal bermain dengan tujuan dan niat, ini dilihat dari baik buruk niatnya, berniat untuk menghilangkan jemu, ingin mendatangkan semangat (yang tidak melalaikan) atau berniat untuk mencari kemewahan dunia, keglamouran dan kepopularan.Kesan sesuatu muzik atau hiburan itu kepada pendengarnyaFirman Allah,Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)"(Surah Al-Araf, ayat 157).Demikian juga denganmuzik atau hiburan, boleh atau tidak dengan melihat kesannya terhadap umat (pendengar) apakah ia membawa kebaikan atau kerusakan.Dalam soal ini, apakah ia membawa kesan positif, memberi peringatan atau kesan negative, melalaikan sehingga membazir masa dan melupakan perkara penting yang lain.Isi Kandungan muzik atau hiburan tersebutFirman Allah swt :

Jauhilah kamu akan najis (kekotoran) iaitu dari berhala (syirik) dan perkataan keji (bohong, palsu dan kotor)(Surah Al-Hajj : 30).Isi muzik atau hiburan juga terkait dalam soal boleh atau tidak pada hal ini. Adakah yang diisi itu dengan kata-kata kotor dan lucah serta keji, atau dalam muzik apa yang dialunkan itu sesuatu alunan yang membawa maksud yang tidak baik atau pemujaan.Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau hiburan ituBoleh atau tidaknya juga ditentukan oleh cara melaksanakan suatu hiburan itu. Melaksanakan suatu hiburan dengan sopan santun, budi pekerti, aurat terjaga dan lelaki dan perempuan berasingan. Atau melaksanakan suatu hiburan dengan menggerakan badan yang mengiurkan, terlompat-lompat, terbuka aurat dan percampuran lelaki dan perempuan.Secara hikmah dan faedah dari Firman Allah,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..."(An Nur: 30)"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya ..."(An Nur: 31)Keadaan waktu muzik atau hiburan itu dilakukanWaktu melakukan atau melaksanakan juga menentukan boleh atau tidak bermain alat music dan berhibur ini. Apakah waktu pelaksaan itu semasa ada kematian, kelahiran, waktu ibadah, perkahwinan dan hari raya seperti hadis ini:"Daripada Aisyah Radhiallahu anha bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (Idul Adha), ketika itu Nabi Shallallahu alaihi wasallam menutup wajah Baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam membuka wajahnya dan bersabda:"Biarkan mereka, wahai Abu Bakar kerana hari ini adalah Hari Raya."(Hadis Shahih Muttafaq Alaih)HaramJika memainkan alat muzik atau menghiburkan, dengan niat dan tujuannya untuk mendapat nama, popular dan glamour, untuk mendapat pujian dari orang ramai dan dipandang tinggi, hukumnya haram. Sekalipun menghiburkan dengan nasyid, tetapi mempunyai niat yang salah dan buruk, ia menjadiharam.Hiburan yang melalaikan pendengar, melupakan tanggungjawabnya sebagai hamba-NYA, sebagai anak dan sebagai pelajar, mengkhayalkan diri sehingga membazir masa, hukum hiburan ituharam. Pedulilah samada yang membawa hiburan itu kumpulan nasyid, jika kumpulan nasyid ini menghiburkan pendengar dengan membawa lagu kekasih, tetapi ia mengkhayalkan para pendengar terutama wanita dengan tergedik-gedik berangan mahukan lelaki, hiburan itu menjadiharam. Walau kumpulan My Chemical Romance menyampaikan lagu My Mother dengan membawa mesej untuk sayangi ibu dan memberi kesan yang baik pada pendengar, ia dapat menjadi halal.Isi lirik lagu yang dinyanyikan, kata- kata yang keluar ketika memainkan alat muzik seperti kata-kata kasar dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang bercanggah dari syariat Islam. Maka hukumnya menjadiharam. Apabila melaksanakan permainan alat muzik, nyanyian dan hiburan ini, ia disertakan sekali dengan tari menari, joget tehenjut-henjut, gerakan badan yang mengiur dan mengghairahkan, pakaian yang tidak cukup kain serta tiada batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Maka hiburan iniharam. Sama juga jika berhibur pada waktu yang membawa kepada fitnah, seperti waktu kematian atau waktu solat yang dapat menyebabkan tertinggalnya solat itu, hukumnya adalahharam.Untuk lebih detail dan jelas dan ingin lebih tahu pendapat-pendapat lain tentang pengharaman hiburan boleh bacadi siniKesimpulanPengharaman muzik dan hiburan ini disebabkan faktor melalaikan, melalaikan dari memperingati Allah, terleka terhadap suruhan Nya dan terlupa tanggungjawab sebagai hamba. Hiburan ini adalah salah satu agent lupa bagi diri manusia ini yang sememangnya sering terlupa. Sepertihakikat realitinya hari ini semua muzik membawa keburukan dan kelalaian dan kefasikan dan kerosakan. Sehingga seorang penyanyi boleh merosakkan pelbagai generasi dengan hanya bermodal satu atau dua buah lagu sahaja.Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak HARUS atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga adaDisiplindanBatasannya.Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.Semuanya datang dari Allah, ambillah yang baik dan jauhkan lah dari yang buruk. Sila tegur dan betulkan jika ada silap. Wallahualam.Muzik diharuskan dalam Islam dengan syarat ia tidak mengandungi perkara-perkara yang haram seperti senikata lucah dan unsur-unsur pemujaan dan cara ia dipersembahkan sehingga melalaikan. Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi'ii (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat.

Ulama' Fiqh ' terdahulu membenarkan muzik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan dan juga perayaan. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan.

Malangnya industri muzik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Kembali kepada persoalan apakah Hukum mendengar lagu atau konsert K-POP... Di sini saya berpendapat Hukumnya adalah Haram sekiranya Artis K-POP:

* Mendedahkan aurat mereka kepada yang bukan mahram...* Memperdengarkan lirik yang berunsur lucah, yang merangsang syahwat, yang menarik rangsangan di antara bukan mahram untuk melakukan maksiat, berpelukan, perzinaan dan sebagainya...* Haram juga sekiranya konsert atau nyanyian tersebut melalaikan pendengar sehingga meninggalkan ibadah fardhu atau terganggu tumpuannya ketika melakukan ibadah Fardhu.* Juga Haram sekiranya terdapat aktiviti permujaan kepada mana-mana makhluk, berhala dan sebagainya... Maka dengan itu sekiranya artis K-POP itu menjadi pemujaan atau kegilaan kepada remaja-remaja maka wajarlah artis itu ditegah daripada memasuki Malaysia dan digantikan dengan Ustaz Azhar Idrus...Harap dapat membantu Saudari Haifa Aida...

Untuk Makluman saudari, mendengar dan meminati lagu K-POP boleh membawa kepada peribadi, sahsiah diri dan akhlak yang kurang baik... Maka saya sarankan saudari beralih kepada lagu-lagu Nasyid semasa yang juga mempunyai muzik dan lirik yang indah yang dapat membantu saudari dalam membina peribadi, sahsiah dan juga akhlak yang lebih baik atau sekurang-kurangnya dapat meningkatkan motivasi saudari untuk menjadi insan yang lebih baikSeni Dan Hiburan Dalam Islam -

Dengan nama Allah yang Maha Peyayang dan Maha Pengasihani. Alhamdulillah , segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT Tuhan semestta alam. Ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar NAbi Muhammad SAW. , ahli keluarga baginda , sahabat sahabat Baginda, dan para pengikut yang terus berjuang di atas landasan kebenaran hingga ke hari akhirat.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa zaman sekarang seni dan hiburan semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita sekarang sama ada tua mahupun remaja dan juga tidak ketinggalan dalam kalangan kanak-kanak. Isu ini semakin hangat diperkatakan bagi golongan sekarang.

Untuk pengetahuan semua isu ini bukanlah perkara yang baru dalam kalangan masyarakat umat Islam kerana isu ini telah lama diperdebatkan di zaman umat Islam terdahulu. Islam telah menghidupkan cita rasa keindahan dan mengukuhkan seni keindahan , tetapi dengna syarat-syarat yang tertentu yang membawa permasalahan dan tidak mendatangkan kerosakan.

Selain itu, Islam juga telah menghidupkan berbagai jenis seni sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuannya dan sekaligus membezakan dari perkembangan ilmu pengatahuan yang lain, seperti seni khath dan seni ukir sebagaimana yang kita dapati di masjid, rumah, pedang, kerusi dan lalin-lain.

Sebagai contoh, seni sastera yang terdapat dalam masyarakat bangsa arab dimana meraka sangat arif dalam hal ini, termasuklah dalam hal ilmu pengetahuan yang diambil dari bangsa lain. Al-Quran sebagai contoh yang terbaik bagi seni sastera yang tertinggi, sebab membaca dan memperdengarkan kepada orang yang berakal dan berfikir menjadi makanan jiwa dan perasaan yang tidak ada tolok bandingannya. Ini kerana ianya bukan sekadar ditinjau dari segi aspek isi dan kandungan melainkan dari segi cara penyampaian, cara bacaan yang baik dan lunak untuk diperdengarkan dan menyenangkan hati.

Tidak diragukan lagi bahawa masalah seni adalah masalah yang sangat penting kerana perhubungan dengan naluri dan perasaan dan idealisme peribadi dengan berbagai alat yang sangat berkesan , sama ada yang boleh didengar mahupun dibaca. Seni merupakan media untuk mencapai suatu tujuan yang status hukumnya seiring dengan tujuan itu sendiri. Jika digunakan dalam urusan halal dan jika digunakan untuk urusan haram hukumnya haram.

Sememangnya kita tahu bahawa Seni dan Hiburan terbahagi kepada banyak bahagian tetapi saya akan lebih kepada bahagian dari segi nyanyian dan muzik. Pada zaman ini nyanyian dan muzik amat popular dalam kalangan masyarakat pada zaman sekarang. Isu ini ssemakin meluas dan hangat diperkatakan walau dimana saja sama ada di kedai runcit mahupun di kedai-kedai makan di tepi jalan. Isui ini sering menjadi perhatian bagi media cetak dan media elektronik.

Sebagaimana yang kita tahu setiap rumah akan ada sebuah televisyen atau radio. Dan seseorang itu akan nampak ganjil jika tidak memiliki sebuah daripada mereka. Dan ini boleh dikatakan WAJIB bagi setiap rumah sama ada glongan kaya mahupun golongan sederhana. Ianya telah menjadi peralatan asas bagi setiap rumah. Ini tidak menjadi masalah sangat bagi masyarakat sekarang untuk terjerumus ke dalam kancah sosial.

Untuk pengetahuan semua untuk merasai keindahan itu kita terdapat pelbagai cara ada yang dapat dilihat oleh mata, ada yang dapat didengar oleh telinga, dan ada yang dapat dirasai oleh pancaindera-pancaindera yang lain. Tapi saya lebih terjerumus ke arah keindahan yang dapat didengaratau kita juga boleh kata sebagai lagu atau nyanyian.

Dimana kita tahu bidang nyanyian telah banyak dipersoalkan dalam Islam. Sebagai contoh, Bagaimana hukum Islam mengenai lagu dan muzik??Dan kita tahu bahawa banyak pendapat yang berbeza telah diberikan oleh para ulama tentang isu mengenai lagu dan muzik. Antara pendapat yang diberikan oleh para ulama ialah:

Sebahagian kaum muslimin menyatakan nyanyian dan muzik adalah halal jika dan merupakan kenikmatan hidup yang diperbolehkan oleh Allah SWT

Sebahagian lagi menyatakan nyanyian itu seruling syaitan dan perkataan yang tidak berguna itu boleh menghalangi dari zikrullah dan solat. Seperti contoh, jika yang menyanyi itu adalah seorang perempuan atau wanita kerana suara seorang wanita adalah aurat bagi seorang lelaki yang bukan muhrim kepadanya.

Sebahagian ini pula, tidak pasti dengan atua bersikap ragu-ragu terhadap sikap kedua-dua diatas.

Selain persoalan itu terdapat banyak lagi persoalan yang diajukan oleh kaum muslimin. Salah satu soalannya ialah Apakah nyanyian boleh dimainkan dimainkan dengan muzik ataupun tidak?????Persoalan ini telah menjadi isu perdebatan yang hangat dan perbincangan yang panjang lebar dalam kalangan para ulama Islam sejak pertumbuhan Islam. Mereka telah bersepakat untu7k mengharamkan segala bentuk nyanyian yang mengandungi perkataan yang kotor, fasiq dan mendorong seseorang untuk melakukan maksiat.

Tetapi nyanyian itu pada dasarnya hanya dari segi perkataan.

Jika perkataan itu disusun dengan baik maka ianya akan menjadi baik

Jika perkataan itu disusun ddengan buruk maka ianya akan menjadi buruk

Jika perkataan itu disusun dengan haram maka ianya akan menjadi haram

TERDAPAT DALIL ORANG-ORANG YANG MENGHARAMKAN LAGU(NYANYIAN) DAN BANTAHAN DARI ULAMA-ULAMA

Terdapat beberapa dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian diterima iaitu :

Golongan yang mengharamkan nyanyian mengunakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Masud dan Ibnu Abbas bahawa mereka mengharamkan nyanyian berdasarkan firman Allah SWT:

Dan di anatara manusia(ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah SWT tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah SWT itu olok-olok. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan (Luqman:6)

Dari orang-orang yang mengharamkan nyanyian adalah firman Allah SWT dalam memuji orang orang yang beriman. Firman Allah SWT

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat,

Mereka berpaling daripada(Al-Qashash:55)

Ini termasuklah Al-Laghwu(perkataan yang tidak berguna), maka wajib kita menghindarinya. Terdapat 3 golongan iaitu:

1.Golongan yang mendengar nyanyian untuk membantu dirinya melakukan maksiat kepada Allah SWT maka dia seorang yang fasiq.

2.Golongan yang mendengar nyanyian dengan niat yang baik untuk menghiburkan diri dan untuk memperkuatkan ketaatannya kepada Allah SWT , maka orang itu dikatakan membuat kebaikan dan termasuk dalam kebenaran.

3.Golongan yang tidak berniat apa-apa sama ada kebaikan mahupun kejahatan orang ini termasuk dalam golongan lagha(sia-sia).

Dalil dengan hadith dari Siti Aisyah sesungguhnya Allah SWT mengharamkan qainah(penyanyi perempuan), menjualnya, memakan hasilnya dan mengajarinya.

Jawapannya ialah:

1.Yang dimakskudkan dengan qainah ialah hamba perempuan yang menyanyi di hadapan lelaki dalam majlis dikhuatirkan boleh menimbulkan fitnah. Apabila menimbulkan fitnah ia akan menjadi haram.

Golongan yang mengharamkan nyanyian ke atas wanita dengan alasan yang tidak munasabah iaitu suara wanita adalah aurat , padahal perkara tersebut tidak mempunyai dalil, dan tidak pula yang mirip dengan dalil dari agama Allah bahawa suara wanita itu salah satu aurat.

Kemungkinan semua nash-nash yang dijadikan dalil diatas mungkin shahih tetapi tidak sharih (jelas) dan tidak ad asaut pun yang sampai kepada Rasulullah untuk mengatakan nyanyian itu haram.

DALIL-DALIL ULAMA YANG MEMPERBOLEHKAN NYANYIAN

Terdapat juga dalil yang memperbolehkan nyanyian seperti berikut:

Ditinjau dari segi nash-nash.

-agama memiliki toleransi dan agama yang bersih serta mudah.

- menunjukkan Islam agama yang tidak memaksa umatnya, serta

kemudahan yang diberikan dan menunjukkan toleransi kepada kaum

non-muslim.

- penting memelihara tradisi suatu kaum yang berbeza-beza dan

mempunyai pelbagai ragam.

Ditinjau dari segi roh Islam dan kaedah-kaedah

- tidak mempunyai masalah jika hanya untuk dinikmati oleh jiwa dan dianggap baik oleh akal dan fitrah serta disenangi oleh telinga untuk didengari.

- muzik dan suara yang indah itu merupakan naluri manusia dan fitrah yang melekat pada mereka. : Seperti contoh:bayi dalam buaian akan tenang apabila mendengar suara ibunya dan mengalihkan perhatian dari tangisan. Para ibu apabila mendodoikan anak akan mengundangkan lagu untuk anak-anaknya.

-untuk menghiburkan hati yang dalam keadaan yang gundah-gulana dan untuk mengubat hati yang berada dalam keletihan dad kebosanan tetapi dengan keadaan yang tidak berlebihan.

GOLONGAN-GOLONGAN YANG MEMBOLEHKAN NYANYIAN

Telah kita sebutkan nash-nash Islam dan kaedah-kaedah yang membolehkan nyanyian walaupun bercanggah pendapat. Ustaz Syaukani berkata:

Ahlul Madinah dan ulama yang bersependapat dengan , mereka dari kalangan Zhahiriyah serta jamaah dari kaum sufi berpendapat bahawa menyanyi itu diperbolehkan, meskipun dengan gitar dan biola

Selain itu Ustaz Manshur menceritakan mengenai mendengar lagu, bahawa sesungguhnya Abdullah bin Jafar tidak memandang nyanyian itu terlarang. Bahkan ia sering mengubah lagu untuk hamba-hambanya perempuannya lau mendengarkan nyanyian mereka dengan alat muzik.

Tambahan pula, Imam Ar-Rauyani menceritakan dari Al-Qaffal, bahawa sesungguhnya mazhabnya Imam Malik bin Ana situ memperbolehkan menyanyi menggunakan alat muzik, demikian juga Ustaz Mansur Al-Faurani juga menceritakan dari Imam Malik tentang bolehnya mempergunakan gitar.

Mereka semua mengatakan halalnya mendengar lagu menggunakan alat-alat muzik. Tidak ada salahnya jika menggunakakn alat muzik untuk menyedapkan lagi lagu yang dikumandangkan. Terdapat banyak lagi golongan yang tidak dinyatakan

BATASAN DAN PENSYARATAN YANG HARUS DIPELIHARA

Walaupun telah banyak kita pelajari tetapi kita juga hendaklah tahu mengenai batasan-batasan dan syarat yang dikenakan supaya tidak terpesong kea rah yang lain. Syarat-syarat ini hendaklah dijaga dalam mendengarkan lagu, antaranya ialah:

Tegaskan bahawa semua lagu itu tidak diperbolehkan. Ini bermaksud tema atau isinya mestilah atau harus sesuai dengan adab dan ajaran dalam Islam.

Contoh :menyanyi dengan kata-kata Abu Nawas:

Sudahlah mencela diriku; Kerana celaan itu meerangsang permusuhan. Sembuhkanlah aku dengan ubat; Yang dahulu dikenal sebagai penyakit.

Ini kerana merupakan tasykik(keraguan)terhadap dasar-dasar keimanan

-lagu-lagu yang dilarang seperti menyanjungi orang-orang

zalim para thaghut , dan orang-orang fasiq yang telah melakukan penderitaan kepada umat Islam.

-lagu-lagu yang menyanjungi orang yang bermata keranjang dan hidung belang sama ada lelaki atau wanita.

katakanlah wahai lelaki yang beriman, hendaklah mereka memelihara pandangannya (An-Nur:30)

katakanlah wahai wanita yang beriman :hendaklah mereka menahan pandangannya (An-Nur:31)

Penampilan dan gaya juuga perlu dijaga. Apabila mengalunkan suara unttuk menyakitkan hati seseorang ini akan mengalihkan nyanyian tersebut menjadi haram, syubhat atau makruh. Sesungguhnya Al-Quran telah memberikan wasiat kepada para isteri Rasulullah SAW:

janganlah kamu tunduk(melunakkan)dalam berbicara

sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya

(Al Ahzab:32)

Lagu-lagu tidak boleh disertai dengan perbuatan haram minum arak, menampakkan aurat tanpa ada pensyaratan dan batas.

Nyanyian juga tidak boleh berlebihan sebagaimana barang-barang yang diperbolehkan.

-terutama menyentuh hati dan perasaan. Dimana berbicara tentang

cinta dan kerinduan.

-seimbangkan antara keperluan dunia dengan agama serta hak sosial.

-agama telah mengharamkan ghuluw (berlebihan)dan pemborosan di

dalam segala hal , sekalipun dalam beribadah.

-kita hendaklah membahagikan waktu dengan adil dengan 3 perkara:

@adil dan seimbang

@Allah SWT akan menanyai setiap insane tentang umur

untuk apa dihabiskan

@tentang masa muda untuk apa dipergunakan

Jika lagu yyang dimainkan membangkitkan syahwat hendaklah kita menjauhinya dan menutup semua pintu di mana angin fitnah dapat menghembus ke dalam hati, agama dan akhlak.

MENGAPA ULAMABERSIKAP KERAS DALAM MASALAH LAGU

Ulama akan bersikap keras apabila ianya membabitkan alat muzik.. Ini kerana beberapa alasan.

Mengambil sikap berhati-hati , bukan mengambil yang lebih mudah.

Tertarik dengan Hadith-Hadith dhaif dan palsu.

Keadaan lagu yang sedap mendominasi

-kebanyakan lagu pada zaman ini lebih terjerumus kearah yang menyimpang dan keluar dari batasan.

NYANYIAN DALAM BERBENTUK MAKSIAT

Menjadi sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kalangan elit atau masyarakat yang glamour yang tenggelam dalam duniawi, mengabaikan solat, serta mengikuti syahwat dam bercampur-aduk lagu dengan kemaksiatan.

Tambahan pula dengan permainan gadis-gadis cantik sehingga mendengar lagu dalam keadaan seperti ini dapat menimbulkan perbuatan yang memalukan dan kefasiqan terhadap perintah Allah SWT.

BEBERAPA FAKTOR YANG MENGUBAH HUKUM MENDENGAR NYANYIAN DARI MUBAH MENJADI HARAM

Faktor yang ada pada penyanyi. -contoh:seorang wanita tidak halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya, sehingga haramnya di sini kerana takut fitnah bukannya lagu itu sendiri.

Faktor yang ada pada alat muzik. -jika alat yang digunakan termasuk dalam perkara haram seperti lelaki yang menyerupai wanita. Contohnya seruling, sejenis gitar dan gendang. Alat tersebut adalah dilarang.

Faktor yang ada pada isi lagu. -seperti perkataan yang mencaci dan kata-kata kotor, atau kata-kata dusta terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya.

Faktor yang ada pendengar. -ini selalunya terjadi kepada golongan remaja iaitu apabila remaja mendengar nyanyian dengan nafsu syahwat maka nyanyian itu adalah haram.

Faktor kewangan -apabila kita mempunyai wang yang banyak , maka kita akan menyalahgunakan wang tersebut. Kerana itulah kewangan juga salah satu factor yang menjadi masalah.

Apa yang menyebabkan seruling dan gitar menjadi haram ialah terdapat 3 alasan:

1.kerana ia boleh mendorong seseorang untuk minum khamar.

2.alat-alat muzik tersebut bagi orang yang mendekatkan jangka waktunya dengan khamar.

3. berkumpul dengan muzik sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Fasiq, maka kita dilarang untuk menyerupai dengan mereka.

Saya akhiri juadah yang saya bentangkan dengan apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan perkataan haram. Sesiapa yang mengucapkan perkataan haram dengan lantang maka dia seharusnya takut denga Allah SWT kerana perkataan haram amat berisiko tinggi dan salah mengucapkannnya akan menerima hukuman yang teramat berat dari Allah SWT.

Jika masalah haramdiketahui dengan nash yang tetap dan tegas atau ijma yang disepakati. jika tidak demikian maka pintu maaf dan kemudahan menjadi longgar, padahal para salafus solleh adalah suri teladan yang teramat baik. Jdi janganlah kita mempermainkan perkataan haram sesuka hati untuk menyatakan hukum. Oleh itu kita hendaklah memahami apa yang diharuskan dalam Islam dam apa yang tidak diharusskan dalam Islam. Janganlah kita seesuka hati menyatakan hokum yang tidak shahih dan tidak mempunyai akar umbi yang betul.

Oleh itu untuk seni dan hiburan tidak salah dari segi agama tetapi perlulah mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh agama untuk kesenangan umat Islam hhuga pada masa hadapan. Jadi kita hendaklah sama-sama membangunkan Islam.

DUNIA HIBURAN NEGARA INI SESAK DENGAN HIBURAN YANG MELALAIKAN! Setujukah anda? Kita dihidang dan dilambakkan dengan hiburan di sana sini, siang dan malam - di kaca telivisyen; di peti radio; di kertas akhbar, buku dan majalah; di alam maya internet; di pentas; dan seanika tempat lagi ! Hebat sungguh dan akibatnya terdapat kalangan umat Muslim yang menjadi lalai terhadap kewajipan dan tanggungjawab terhadap Allah swt.

Apa yang terpapar sekarang ini lambakan hidangan hiburan ini telah menggalakkan budaya berseronok-seronok. Berhibur dan berseronok-seronok tanpa mengira waktu dan taraf hubungan. Lelaki wanita bukan muhrim bergaul bebas. Kesudahannya, berlaku keterlanjuran dan hubungan perzinaan. Tidak hairanlah kalau kita sering disajikan dengan berita-berita anak luar nikah, buang bayi dan bunuh bayi.

Hukum Muzik &Nyanyian

Nyanyian dalam IslamNyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam merupakan agama yang indah dan Allah sendiri sebagai pencipta alam semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga menyukai kecantikan dan juga keindahan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya(As-Sajdah:7)Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengansebaik-baiknya (sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang maha indah dan menyukai keindahan.

Hukum NyanyianUlama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut syarak. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan muzikadalah haram manakala sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.

Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan MuzikSeperti sedia maklum terdapat sebahagian u