edu tugasan 1

14
Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru. Semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dalam konteks perguruan, profeison menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah mengeyorkan Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, mewujudkan dan membangunan masyrakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif,mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020 dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Profesion Keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan Negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikah Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Pendidikan memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi Negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan intergrasi kaum nasional bagi menjamin dan kesejahteraan Negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan da keberhasilan guru terhadap tanggungjawb, kelengkapan, keilmuan

Upload: alice-ling

Post on 06-Feb-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edu Tugasan 1

Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-

2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda

kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh

guru.  Semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini

menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

Dalam konteks perguruan, profeison menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran

untuk keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja

dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Bekas perdana Menteri Tun Dr.

Mahatir telah mengeyorkan Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada

guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju

dengan keyakinan terhadap diri sendiri, mewujudkan dan membangunan masyrakat

demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika, liberal dan

bertolak ansur, saintifik dan progresif,mempunyai daya perubahan tinggi dan

memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu,

guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020

dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Profesion Keguruan cukup

mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan

Negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab memastikah

Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya.

Pendidikan memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi

Negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga membuktikan bahawa

mereka mampu mengimbangkan kewujudan intergrasi kaum nasional bagi menjamin

dan kesejahteraan Negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan da

keberhasilan guru terhadap tanggungjawb, kelengkapan, keilmuan dan keperibadian

disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan professional.

“Murid pecah gegendang telinga ditampar guru”, begitulah tajuk berita akhbar

Berita Harian bertarikh 17 Ogos 2012. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat,

pelbagai andaian, tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti

guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangakan di kedai-kedai kopi atau

tempat-tempat rehat aedalah “Kenapa guru tersebut melakukan sedemikian rupa ?”

dan “ guru tersebut gila?” Jarang sekali kita mendengar pandangan yang membela

atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut umpama “digantung tidak bertali”

oleh lapisasn masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis ilmunya tanpa usul periksa

dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru tersebut benar-

benar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai

rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana

provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya? Persoalan ini

Page 2: Edu Tugasan 1

telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya percaya rata-rata akan menyalahkan

guru tersebut kerana tindakannya dan melupakan semua jasa guru tersebut

mendidik anak-anak muridnya sebelum ini. Dengan itu, kes yang telah berlaku ini

telah membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru sentiasa menghadapi cabaran

yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan

sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Selain itu,

pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah seperti masalah

murid dan bebanan kerja pasti akan menyebabkan tekanan stres di kalangan guru. 

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan

kestabilan di Negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting

untuk memacu pembangunan Negara kita bagi mencapai status Negara maju

menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu

menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan

penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung

menyumbang kepada pembangunan Negara yang dinamik mampan dan

menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada

produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan

cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang

baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.

Sistem pendidikan yang pesat berubah dalam usaha untuk merealisasikan

wawasan 2020 dan keinginan untuk bersaing dengan Negara-negar lain amat

memberi kesan banyak kepada para guru. Guru berdepan dengan pelbagai cabaran

semasa yang memerlukan mereka untuk bekerja lebih produktif dan melakukan

tugas dengan lebih berkualiti. Cabaran yang tidak dapat ditangani oleh guru akan

menyebabkan stress dan dan mengangu kualiti kerja guru. Stres di kalangan guru

merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan memberi kesan

kepada fizikal dan psikologikal guru (Payne & Firth, 1987). Dalam usaha untuk

melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya para guru

adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara iaitu

untuk menjadi Negara yang maju dan setaraf dengan Negara-negara maju yang lain.

Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan

mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan

prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-

tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain.

Lambatkan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan

menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan

Page 3: Edu Tugasan 1

emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk membantu pelajar mendapat pencapian

akademik yang baik dan membantu mereka mempunyai nilai-niali murni. (Koch,et

al.1982). Guru juga diminta menanamkan kebolehan berdikari kepada pelajar dalam

usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee, 1999).

Peningkatan ketidakhadiran kerja,pusing ganti yang tinggi dan persaraan

awal merupakan antara sebab mengapa banyak di kalangan guru berkaitan dengan

tekanan emosi, stes dan burn out. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan

mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar

dan juga mutu pendidikan(Weisberg & Sagie, 1999). Sres juga menyumbang kepada

penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan

(Lewis,1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dikawal akan menyebabkan burn out

di kalangan guru. Kesan burn out adalah lebih memudaratkan daripada kesan stress

seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang

renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru

dalam memenuhi matlamat pendidikan. “Stres memberi kesan kepada interaksi guru

dengan murid dimana ia boleh menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan

dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar

terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak

bertingkahlaku dengan baik” (Nelson et al 2001).

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum

melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya

itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu

persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala

terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti

menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat

negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa

melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan

dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di

luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari.

 Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru

bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di

dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain.

Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang

program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi. 

Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru

sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan

Page 4: Edu Tugasan 1

tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan

tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan

seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.

 Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan

perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi

diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru,

beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih

kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu,

penyelesaian yang wajar  harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres

atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk

menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan

menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan

negatif kepada murid. 

 Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres

adalah sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk

kepada isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk.

Kesukaran tidur atau dikenali sebagai ‘insomnia’ adalah salah satu penyakit yang

berpunca daripada tekanan stres. 

 Selain itu, terdapat juga banyak punca yang menyebabkan kes sebegini

berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja

adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan

sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan

ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di

tempat yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang

tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di

kawasan pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres.

  Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi

cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai

aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta

memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru

berasa stres. 

 Punca-punca peribadi juga merupakan guru mengalami tekanan emosi.

Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian

dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan

emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja

adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu sokongan

Page 5: Edu Tugasan 1

kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah

komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru

tersebut.

  Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan

yang biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah

memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah

rendah berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah kewangan telah

membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini telah menyebabkan

dia sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri dan

keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini akan menyebabkan guru mengalami

tekanan stres. 

   Berdasarkan punca-punca yang telah dibincangkan, banyak usaha dan

rancangan untuk mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar

mengatasi masalah beban guru sekolah agar isu ini tidak akan berterusan dan

menjadi semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga

guru tidak suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa

kesan buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan

haruslah bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami

tekanan emosi akibat bebanan kerja. 

   Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak

untuk menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan

Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya

skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu,

kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat

diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau

pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak

Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) juga mencadangkan

agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja

perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih

fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.  

   Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban

guru dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah

tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan

Menteri Pendidikan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban

tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan

diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru. 

Page 6: Edu Tugasan 1

   Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran,

Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan

pembantu guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas

pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di

sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas

perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh

pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru.

Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

   Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf

infrastruktur dan kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar

menyediakan suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha

sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan. Bagi seseorang guru yang

mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya dapat memiliki

penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran

atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan

sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu

sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan.

Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan

masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi

yang dihadapinya secara rasional,  seterusnya merancang cara penyelesaian secara

sistematik.

           Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai

kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja

menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan

tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat

diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami

masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa

dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting

dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu

merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya

untuk kegunaan diri.

  Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh

mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal

terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti

Page 7: Edu Tugasan 1

aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan

perlahan-lahan yang boleh menangani stres. 

  Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang

sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur

yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat

meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang,

seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti

rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka

terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi

yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

  Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan

berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan

emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan

cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi

dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin

hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang

dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya

menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi

olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk

mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.

Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali

tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan

juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah

tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi

pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk

guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia

dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan.

Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat

dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi

yang mantap serta optimistik dalam kehidupan. 

  Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya

dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu

pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi

memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami

kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai

dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang

Page 8: Edu Tugasan 1

masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya

dalam bidang pendidikan. 

 Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab

dan memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara

serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang

terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu

pengetahuan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar

murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.

 Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru

dalam menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar

akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut.

Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang

mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah

boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran

Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk

membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya

mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu

khususnya yang berkaitan dengan tekanan. 

Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban

kerja kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan

tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini

telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir

guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan

kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang

mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya

dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan

yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi.  Selain itu,

pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan

beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para

guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam

dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan

menjejaskan karier diri sebagai seorang guru. Cabaran dan peranan guru kini

bertukar sering dengan peredaran masa. Guru perlu lebih bersedia dan peka dalam

melahirkan idea dan menyampaikan ilmu serta menggunakan situsasi pembelajaran

secara cekap dan berkesan. Guru juga harus berfikiran luas dengan mengadunkan

aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas. Guru

Page 9: Edu Tugasan 1

erat moden harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik dan perlu bijiak

mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmu kepada masyarakat.

Guru haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada pada

masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap negative dalam melaksanakan

tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru yang

berjaya menhayati tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia

pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan

sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk

seseorang guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu

bersyukur kepada Tuhan dan menghindari larangan Tuhan serta sentiasa beriltizam

semangat berbakti. Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya

memahami kekuatan dan kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat

tanggungjawabnya terhadap profesion guru. Oleh itu, guru haruslah mendidik dan

mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangasa, warna,

jantina, bahasa, agama,kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek dan

akademik. Guru perlu bertindak laku baik agar dapat menjadi contoh yang baik

kepada pelajar. Tuntasnya, guru perlu menghayati etika guru dalam mengatasi

cabaran yang dihadapi pada masa kini.