edu kohler.pptx

13
Ciri-ciri teori celik akal Kohler Penyelesaian bagi sesuatu masalah itu diperoleh secara tiba-tiba. Ia bergantung kepada pengalaman atau pembelajaran yang sedia ada bagi membolehkan seseorang menyusun struktur fikiranya. Berfikir dan menyusun semula struktur fikirannya yang sedia ada sebelum mendapat struktur baharu. Golongan celik akan sentiasa berada dalam lingkungan pemerhatian dan dapat melihat kaitan bagi sesuatu rangsangan.

Upload: pari-mala

Post on 12-Feb-2016

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu kohler.pptx

Ciri-ciri teori celik akal Kohler Penyelesaian bagi sesuatu masalah itu diperoleh secara

tiba-tiba.

Ia bergantung kepada pengalaman atau pembelajaran yang sedia ada bagi membolehkan seseorang menyusun struktur fikiranya.

Berfikir dan menyusun semula struktur fikirannya yang sedia ada sebelum mendapat struktur baharu.

Golongan celik akan sentiasa berada dalam lingkungan pemerhatian dan dapat melihat kaitan bagi sesuatu rangsangan.

Page 2: edu kohler.pptx

TEORI GESTALT [TEORI CELIK AKAL KOHLER]

Eksperimen Teori Celik Akal Kohler

Page 3: edu kohler.pptx

Eksperimen Kohler 1 Seekor cimpanzi dimasukkan ke dalam sangkar bersama

beberapa kotak.

Di atas sangkar, digantung pisang yang hanya dapat dicapai apabila cimpanzi dapat menyusun kotak-kotak berkenaan.

Cimpanzi tersebut membuat pelbagai percubaan tetapi gagal mendapat pisang tersebut.

Apabila cimpanzi dduduk seketika, merenung pesekitarannya lalu mendapat idea.

Dia menyusun kotak-kotak tersebut mengikut saiz dan memanjat kotak untuk sampai ke atas lalu menggapai pisang tersebut.

Page 4: edu kohler.pptx
Page 5: edu kohler.pptx

Eksperimen Kohler 2 Di dalam sangkar cimpanzi, terletak dua batang

buluh. Di luar sangkar pula terletak pisang pada jarak dua batang buluh.

Cimpanzi membuat pelbagai cubaan rawak untuk mendapatkan pisang tersebut tetapi gagal.

Setelah penat berusaha, cimpanzi itu duduk berehat sambil memerhati persekitarannya.

Wah, tiba-tiba dia bangun dan menyambung dua batang buluh berkenaan!

Akhirnya berjaya mendapatkan pisang itu.

Page 6: edu kohler.pptx
Page 7: edu kohler.pptx

Hasil Kajian Kohler Peristiwa mendapat idea secara tiba-tiba

dikenali sebagai pengalaman [AhHa!]. Pengalaman AhHa! adalah kedapatan idea. Menurut pandangan Gestalt, apabila cimpanzi

merenung persekitaranya, dia berjaya melihat perkaitan antara objek-objek yang berada di persekitaranya.

Page 8: edu kohler.pptx

Kajian a. cimpanzi dapat melihat ketinggian sangkar dan ketinggian saiz kotak-kotak di dalam sangkarnya.

Kajian b. Cimpanzi dapat menjangka jarak pisang dan kepanjangan dua batang buluh yang bersambung.

Kajayaan melihat perkaitan tersebut maka timbullah idea secara tiba-tiba.

Idea tiba-tiba [mentol yang menyala dalam kepala].

Page 9: edu kohler.pptx

Ulasan Kajian Kohler Kajian Kohler menunjukkan bahawa

pembelajaran yang komlpeks berlaku bukan semata-mata melaui kaedah cuba ralat.

Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperolehi pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks.

Page 10: edu kohler.pptx

kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan/ menghayati perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Contohnya cimpanzi yang berjaya melihat perkaitan perkaitan antara ransangan [objek-objek] yang ada dalam persekitaran tersebut.

Celik akal dapat membantu murid-murid mencipta cara mengingati sesuatu yang telah dipelajari. Contohnya seorang murid murid mencipta perkataan HOMES (Tasik Huron, Ontario, Michigan, Erie, Superior) untuk mengingati nama tasik-tasik besar di Amerika Syarikat. 

Page 11: edu kohler.pptx

Aplikasi Teori celik akal Kohler dalam Pdp Pengalaman AhHa! Guru harus menyediakan rangsangan

yang berkaitan dan tunjuk perkaitan antara rangsangan berkenaan.

Dengan itu murid dapat melihat perkaitan antara rangsangan tersebut dan ia dapat memudahkan pemahaman murid.

Page 12: edu kohler.pptx

guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.

Sebagai contoh, apabila guru mengajarkan sesuatu

tajuk baru kepada murid.

Guru hendaklah menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik akal murid memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran.

Page 13: edu kohler.pptx

Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dengan gunakan gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya.

Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu. Guru perlu memberi banyak contoh yang khusus.

Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta.

Jika penerangan guru tidak jelas maka murid tidak dapat mencapai celik akal.