edu final

Upload: mat-ey

Post on 01-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edusem7kajiankes

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Pengenalan

Masalah ponteng sekolah yang berlaku di kalangan murid merupakan masalah utama dan kerap berlaku di kalangan para murid sekolah. Masalah tingkah laku ini boleh di kategorikan sebagai tingkah laku delikuen kerana ia tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng didefinisikan sebagai tingkah laku menipu ataupun dalam kata lain ialah melarikan diri daripada tanggungjawab, tempat bertugas dan sebagainya. Tingkah laku ponteng di kalangan murid sekolah boleh dilihat sebagai tingkah laku melarikan diri dari sekolah atau kelas yang boleh dikatakan melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang murid. Sekolah pula ditakrifkan sebagai tempat untuk belajar, mengajar ataupun tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Oleh itu sekolah dalam kata yang mudah ialah tempat untuk menuntut ilmu bagi para pelajar.Melalui hasil temubual antara cikgu-cikgu, saya merasakan yang klien saya ini mempunyai salasilah keluarga yang agak sibuk dan dia (klien) kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada keluarganya. Ini telah menyebabkan dia menjadi nakal untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain. Seterusnya, dia juga merupakan anak tunggal dan secara kebiasaanya anak tunggal ini akan menjadi nakal disebabkan ibubapa mereka tidak menegur dan hanya menuruti sahaja apa yang dikhendaki oleh dia (klien).Saya juga mendapati kebanyakkan daripada rakan rakan klien di dalam kelas tidak suka untuk berkawan dengan dia. Klien hanya duduk berseorangan di dalam kelas. Ini merupakan salah satu pemerhatian yang dapat dibuat oleh saya semasa melakukan pengajaran.

LATAR BELAKANG MURID

Latar Belakang Klien

Nama : Danial Zafry Bin Azlisufryzal

Kelas : 4 Cemerlang

Tarikh lahir : 19/9/2005

Makanan kegemaran : Nasi Kandar

Hobi : Badminton

Cita-cita: Askar

Pekerjaan Ayah : Penolong Sains USM

Perkerjaan Ibu: Pegawai Kastam

MASALAH YANG DIKENAL PASTI

Masalah Yang Dikenal PastiDanial merupakan anak tunggal sebuah keluarga yang sederhana. Ibu Danial menjual nasi lemak dibantu oleh ayahnya setiap pagi di tepi jalan raya hadapan rumahnya. Setiap pagi ayahnya akan menjual nasi lemak dibantu oleh ibunya yang memasak nasi lemak di rumah. Danial hidup dalam serba sederhana. Namun Danial diberikan dan dibekalkan keperluan yang cukup untuknya ke sekolah. Danial pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Danial adalah penghidap penyakit asthma. Namun Danial mempunyai satu masalah di mana Danial selalu ponteng sekolah ataupun dia ponteng kelas matematik itu sahaja terutamanya apabila hari tersebut ada subjek Matematik. Tingkah laku ini memang telah menjadi kelaziman kepada Danial. Danial memang tidak akan menghadirkan diri setiap kali tiba waktu subjek Matematik. Keadaan ini disokong lagi dengan tiada tindakan daripada ibu bapa Danial sendiri. Ibu dan ayah tidak kisah jika Danial tidak ke sekolah kerana perkara ini telah dilazimkan sejak Malik di bangku sekolah rendah.Masalah-masalah yang dikenalpasti ini merupakan hasil daripada pemerhatian saya sepanjang saya mengajar kelas 4 Cemerlang selama 4 minggu. Saya kerap memasuki kelas itu kerana saya telah mengajar Bahasa Malaysia sebanyak empat waktu dan Dunia Muzik sebanyak satu waktu. Masalah yang ditimbulkan oleh klien sangat jelas kelihatan semasa apabila saya membawa mereka pergi ke bilik muzik. Klien akan mengganggu rakan di sepanjang perjalanan untuk sampai ke bilik muzik. Pada saat itu, klien tidak lagi mengendahkan apa yang telah diarahkan oleh saya untuk beratur secara lurus dan berjalan di dalam keadaan senyap.Masalah ini juga sering dibincangkan oleh guru-guru di dalam bilik guru. Saya pernah bertemu bual dengan guru kelas 4 Cemerlang dan beliau sendiri mengatakan yang beliau juga sukar untuk mengawal dan memarahi klien disebabkan sikap klien yang sudah sememangnya tidak mendengar nasihat daripada guru. Ini menyebabkan guru tersebut kecewa dan berputus asa untuk menasihatinya.Semasa saya mengajar, saya mendapati klien akan membuat bising dengan mengetuk meja dan menyanyi. Apabila ditegur, klien akan senyap seketika sahaja dan kembali membuat bising. Apabila klien merasa bosan untuk menyanyi seorang diri, dia akan mula untuk mengganggu rakan sekelas membuat kerja dan mencuri pensel dan pemadam untuk dijadikan bahan untuk membaling.

TEORI YANG DIPILIH

Teori Yang DipilihTeori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT)

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Malik seperti Malik mudah mengalah sebelum mencuba untu mempelajari subjek Matematik dan mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.Corey telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

CARA RAWATAN

Cara Rawatan

Kaunselor dan klien tidak dapat dipisahkan bahkan hubungkait antara satu sama lain. Wujudnya proses kaunseling adalah kerana adanya klien. Oxford Advanced Learner's Dictionary (1989) telah mendefinisikan klien sebagai individu yang menerima bantuan atau pertolongan daripada pakar atau professional. Bagi seorang kaunselor, suatu tugas yang professional adalah mengenalpasti bagaimana individu-individu yang bermasalah boleh dibantu melalui kaunseling. Oleh itu, menjadi tanggungjawab dan kebijaksanaan kaunselor untuk memilih teori dan intervensi kaunseling yang sesuai dengan kliennya supaya dapat membantu dan membimbing mereka dalam menyelesaikan sesuatu kes atau masalah. Untuk membantu murid ini, terdapat lima intervensi kaunseling kanak-kanak yang boleh diaplikasikan iaitu terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio. Berdasarkan lima terapi tersebut, guru boleh memilih terapi yang bersesuaian dengan murid. Dalam kes ini, saya memilih dua terapi iaitu terapi seni dan terapi bermain. Pertama guru menggunakan terapi seni. Terapi seni bertujuan untuk membantu klien mengekspresikan emosi dan gambaran perasaan ke dalam bentuk seni, lukisan, warna dan bentuk. Untuk menjalankan terapi seni, guru perlu menyediakan tempat dan alatan melukis yang sesuai. Guru perlu memastikan bilik tersebut kalis bunyi supaya tidak mengganggu proses terapi. Seterusnya hubungan rapport dibina bagi mempercepatkan kesan sesi terapi ini. Semasa berjalannya sesi terapi ini, guru akan menggalakkan lagi perkembangan proses imaginasi dan kreativiti klien. Masa yang sesuai perlu diberi agar klien berasa selesa dan selamat. Selain itu, komunikasi verbal dikurangkan dan unsur-unsur seni dititikberatkan agar klien dapat menggambarkan perasaan dan pemikirannya yang sebenar. Akhir sekali, selepas klien menyiapkan hasil seninya, guru boleh membimbing klien memahami makna lukisannya dan secara tidak langsung, satu perbincangan boleh dijalankan berdasarkan hasil seni klien. Perbincangan perlulah berlangsung dalam suasana yang selesa dan berarah positif. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, klien didapati suka menconteng. Maka atas sebab itulah, guru merasakan terapi seni merupakan salah satu terapi yang sesuai diaplikasikan dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Hasil seni yang dilukis oleh klien akan menjelaskan emosinya dan pemikirannya ketika itu iaitu sama ada klien berasa gembira, risau, marah atau sedih. Pemilihan warna yang digunakan oleh klien juga membantu guru mengenal pasti emosi klien dan masalahnya. Kebaikannya di sini ialah klien dapat bersikap jujur dan bebas meluahkan perasaannya.Seterusnya guru juga menggunakan terapi bermain. Terapi bermain dapat dikelaskan kepada empat jenis iaitu bermain secara sendiri, bermain cara selari, bermain sambil bersosial dan bermain secara koperatif. Dalam kes ini, guru menggunakan terapi bermain sambil bersosial. Merujuk kepada kes Danial Zafry, klien didapati sering mengganggu rakan-rakannya. Hal ini berkemungkinan klien inginkan perhatian daripada rakannya dan mahu berkawan. Namun atas sikap dan cara yang tidak sesuai itu menyebabkan murid lain tidak berminat untuk berkawan dengan Danial Zafry. Selain itu, klien juga suka berteriak dan menjerit di dalam kelas. Jadi dapat disimpulkan bahawa klien inginkan perhatian daripada orang lain. Apabila klien membuat bising di dalam kelas, namanya akan dipanggil. Jadi klien rasa denga cara tersebut, barulah guru dan rakan memberikan perhatian terhadapnya.Definisi terapi bermain adalah penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk membentuk proses interpersonal. Tujuan terapi bermain adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan meningkatkan diri tentang matlamat hidup. Selain itu terapi bermain juga dapat mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi serta meningkatkan tahap tumpuan. Ia juga dapat mengendalikan masalah yang mengganggu perkembangan normal kanak-kanak.. Terdapat empat jenis permainan iaitu bermain secara diri sendiri, bermain secara selari, bermain sambil bersosial dan bermain secara koperatif. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada responden, didapati Danial Zafry mempunyaI beberapa kes dan masalah. Berikut merupakan kes/masalah yang dihadapi oleh Danial Zafry: 1. Ponteng kelas dan tidak hadir semasa kelas matematik2. Mengganggu rakan ketika pdp 3.Membuli rakan 4. Degil 5. Menipu dan melawan guru 6. Berlari didalam kelas 7.Cepat bosan dalam pengajaran pembelajaran

Merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Danial Zafry, intervensi yang sesuai diaplikasi adalah terapi bermain. Dengan terapi bermain, Danial Zafry dapat dilatih berkawan dan berhubung sosial antara rakan-rakannya. Selain itu, Danial Zafry juga dapat dilatih untuk menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian melalui terapi permainan ini seperti permainan simbolik.Berdasarkan meklumat di atas, tingkah lakunya sering mengganggu rakan-rakan dan tidak menghormati hak rakan-rakan iaitu belajar dalam keadaan yang kondusif. Kehadirannya bukan sahaja menyebabkan murid lain berasa terganggu malah guru juga tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan efisien kerana terpaksa fokus terhadap tingkah lakunya. Terapi bermain merupakan suatu proses kaunseling yang berbentuk desensitisasi (secara beransur-ansur), pembelajaran semula yang sistematik demi membantu dan membentuk tingkah laku positif bagi proses perkembangan kanak-kanak. Kegunaan terapi ini dapat membantu kanak-kanak belajar menerima dan menghormati orang lain. Masalah Danial Zafry seperti membuli dan mencuri barang murid lain juga dapat diatasi melalui terapi bermain. Hal ini kerana, terapi bermain dapat membantu Danial Zafry dalam memperlajari kemahiran bersosial dan berinteraksi secara positif dengan rakan- rakan, guru, ibu bapa dan orang lain. Menurut Carmichael, terapi bermain ditafsirkan sebagai penggunaan simbolik model teoritikal demi menggalakkan perkembangan proses interpersonal kanak-kanak. Tambahan lagi, terapi bermainan juga dapat melatih perkembangan moral seperti berdisiplin dan kejujuran. Hal ini kerana setiap permainan mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain. Oleh itu, ia dapat mendidik nilai kejujuran dalam diri seseorang pemain dalam mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Berdasarkan masalah/kes yang dihadapi oleh Danial Zafry, dapat disimpulkan bahawa Danial Zafry mempunyai masalah dalam kemahiran interpersonal dan komunikasi sesama rakan dan guru. Oleh itu, guru pembimbing perlu memastikan permainan yang dipilih sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh kliennya. Bermain sambil bersosial adalah satu jenis permainan yang amat sesuai dijalankan keatas Danial Zafry. Hal ini kerana, bermain sambil bersosial dapat melatih murid untuk membina kemahiran komunikasi mereka. Mereka akan bermain bergilir-gilir atau berlakon dengan watak tertentu yang memerlukan komunikasi antara satu sama lain. Melalui aktiviti lakonan ini, klien dapat menghayati watak serta merasai perasaan mereka mengikut watak yang ditetapkan. Contohnya, seorang berlakon menjadi guru, seorang berlakon menjadi murid bermasalah, tiga orang berlakon menjadi murid biasa. Watak yang sesuai diletakkan bagi Danial Zafry adalah sebagai seorang guru atau murid biasa. Selepas daripada lakonan mereka, guru pebimbing atau kaunselor boleh mengajukan soalan. Sekiranya Danial Zafry melakonkan watak sebagai guru, soalan yang boleh ditanyakan adalah seperti "apakah perasaan Danial Zafry apabila melihat murid berlari dan bermain ketika Danial Zafry sedang mengajar?". Bagi situasi kedua pula Danial Zafry diberikan watak sebagai murid biasa. Kemudian guru pebimbing atau kaunselor menyoal beberapa seoalan selepas sesi lakonan tamat. Contoh soalan adalah seperti "apakah perasaan Danial Zafry apabila diganggu oleh rakan ketika Danial Zafry sedang belajar?" Persoalan-persolan tersebut dapat membantu klien untuk berfikir secara rasional dan mematangkan pemikiran mereka. Menurut Vygotsky melalui bermain dapat menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak secara tidak langsung. Selepas klien menamatkan sesi terapi bermain, menjadi tugas seorang guru pembimbing atau kaunselor untuk menilai tingkah laku yang ditunjukkan oleh kliennya. Oleh itu, menjadi tugas saya sebagai guru pembimbing Danial Zafry untuk menilai perubahan tingkah lakunya disamping sentiasa membimbingnya apabila menemui masalah atau halangan-halangan yang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya. Saya mengharapkan yang klien saya ini akan berubah ke arah kebaikkan dan mendapat motivasi untuk belajar dan berjaya kelak.

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI

Internet1) http://www.slideshare.net/Syahir89/proses-kaunseling-tingkah-laku2) http://mazitakaunselor.blogspot.sg/p/teori-teori-kaunseling.html3) http://ekaunseling.koleksiminda.com/Teori-REBT.php4) http://lpkeperawatan.blogspot.com/2013/12/terapi-bermain.html#.VQKcPWSUf3o5) How Art Therapy can help Children. (n.d). Dilayari di laman. http://www.arttherapyjournal.org/art-therapy-for-children html

Buku1) Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.