edu 3106-kaum_cina (1)

6
Perkahwinan Orang Cina Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu : 1) Perkahwinan sivil 2) Upacara minum teh 3) Jamuan makan Adat Resam Perkahwinan MERISIK Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. MEMINANG Adat meminang dijalankan dengan menghantar wakil berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. BERTUNANG Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku

Upload: megja

Post on 10-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

perkahwinan

TRANSCRIPT

Perkahwinan Orang Cina Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

1) Perkahwinan sivil 2) Upacara minum teh 3) Jamuan makan Adat Resam Perkahwinan

MERISIKAdat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.

MEMINANG Adat meminang dijalankan dengan menghantar wakil berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. BERTUNANG Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.

MAJLIS PERKAHWIN

Hadiah Pertunangan

Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan "Hadiah Pertunangan" kepada pihak keluarga perempuan. "Hadiah Pertunangan " yang diberikan ketika lamaran ini kebiasannya merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah dan beberapa barangan lain termasuk emas, "kek kebahagiaan", huat gao, mee panjang, gula-gula dan arak. Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah $999, $1999, $2999 atau lebih tinnginya kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Kek Kebahagiaan

Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan "kek menambah kebahagiaan" kepada saudara-mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman. HantaranPerkahwinanBeberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada keluarga pengantin lelaki atau rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin .Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka.

Katil Pengatin Keluarga pengantin lelaki akan menjemput anak lelaki saudara tidur di katil pengatin baru, ini adalah percaya boleh dapat membawa kesuburan kepada pasangan.KELENGKAPAN PERKAHWINAN

Baju Pengantin

Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Upacara mengikat rambutPada malam, sebelum hari perkahwinan, upacara mengikat rambut akan dijalankan pada masa yang sama ke atas pengatin perempuan dan lelaki di rumah masing masing. Wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik (bermakna masih mempunyai suami isteri, anak-anak dan cucu) akan datang untuk menolong mengikat rambut sambil mengucapkan kata-kata yang baik.

Lilin Naga dan PheonixLilin bewarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Phoenix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada hari perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat.

Tanda Kebahagiaan dan Sampul Merah Tanda Kebahagian merupakan hiasan paling penting dalam majlis perkahwinan masyarakat Cina. Kebanyakannya diukir pada serpihan logam atau kertas dan kemudiannya akan ditampal pada pintu masuk rumah, bilik pengatin baru dan juga pada kenderaan pengantin.

Permainan Pintu Perkahwinan Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan dikenali sebagai "Permainan Pintu Perkahwinan". Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan Li Shi iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah untuk mempertemukan pasangan terbabit Meninggal Rumah Pengatin Perempuan

Pengapit perempuan akan membawa payung merah untuk melindungi pengantin perempuan ke tandu pengantin lelaki. Payung merah tersebut akan melindunginya daripada roh jahat.

Upacara Minum TehKetika di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin tersebut akan melutut sebanyak tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka. Pasangan terbabit akan tunduk antara satu sama lain dan selepas itu, pengantin perempuan akan memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara-mara mengikut pangkat..

Jamuan PerkahwinanDalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai x-ju yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan"Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Minum Menyilang Tangan

Pada malam perkahwinan, pasangan pengantin berkenaan akan meminum arak daripada dua cawan yang diikat bersama oleh tali bewarna merah dan menyilangkan tangan sesama mereka. Mengikut kebudayaan masyarakat Cina, perbuatan ini merupakan ikatan janji perkahwinan sepanjang umurnya.