pjm 3106 bangkit tubi separa kk(1)

Upload: han-amran

Post on 04-Apr-2018

432 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    1/24

    ISI KANDUNGAN:

    Bil. Isi Kandungan Muka Surat

    1. Pengenalan 2

    2. Objektif 2 3

    3. Latihan Bangkit Tubi Separa 3

    4. Cara-cara Melakukan Bangkit Tubi Separa 3 7

    5. Otot-otot utama yang terlibat semasa aktiviti Bangkit Tubi Separa

    a) Otot Anterior Abdominis:

    i. Rektus abdominis

    ii. External Obliques

    iii. Internal Obliques

    iv. Transverses Abdominis

    b) Posterior Abdominis

    i. Iliacus

    ii. Psoas Major

    iii. Quardratus Lumborum

    7 10

    6. Analisis Pergerakan Otot Bangkit Tubi Separa 11 - 13

    7. Analisis Otot-otot yang terlibat semasa aktiviti Bangkit Tubi

    Separa

    14 - 15

    8. Analisis tulang-tulang rangka serta sendi yang terlibat dalam

    aktiviti Bangkit Tubi Separa

    16 - 17

    9. Rumusan 18

    10. Rujukan 19

    11. Refleksi 20 21

    1

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    2/24

    LATIHAN BANGKIT TUBI SEPARA

    1.0 PENGENALAN

    Daya tahan otot ialah kemampuan otot untuk melakukan sesuatu aktiviti secara

    berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa letih dan lesu dalam jangka masa yang

    panjang. Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan daya tahan otot (Muscular

    Strength and Endurance Training) iaitu satu latihan Calisthenics yang tidak memerlukan

    penggunaan alatan jim yang mahal.

    Latihan ini adalah berkaitrapat dengan daya tahan otot-otot teras badan iaitu secara

    asasnya di antara bahagian diafram rusuk dan punggung (hip). Tumpuan utama latihan

    daya tahan otot ialah untuk membina kestabilan pengerakan agonist dan antagonistotot-otot teras khususnya di bahagian torso dan punggung (hip), khususnya di

    bahagian dinding anterior abdomen, dinding posterior abdomen serta hip flexsors.

    1.1 OBJEKTIF

    Objektif kerja projek ini ialah untuk memahami peranan, fungsi dan proses pergerakan

    sendi dan otot-otot dinding anterior abdomen serta otot-otot dinding posterior abdomen

    (hip flexsors) di bahagian torso dan punggung (hip), iaitu:

    1.1.1 Memahami bagaimana latihan jenis ini boleh dilaksanakan menggunakan

    rintangan berat badan dengan memberikan satu cabaran terhadap

    kemampuan mengawal dan mengimbangi berat badan semasa melakukan

    aktiviti latihan dengan posisi badan yang betul.

    1.1.2 Mengetahui bagaimana latihan daya tahan otot khususnya yang berkaitan

    dengan otot-otot teras dapat menstabilkan bahagian torso dan punggung

    badan.

    1.1.3 Menjelaskan bagaimana bangkit tubi separa dapat menstabilkan pergerakan

    agonist dan antagonist otot-otot teras untuk menampung postur badan kita

    2

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    3/24

    yang berkaitan dengan empat lapisan otot-otot anterior abdominis dan otot-otot

    posterior mempunyai hubungan pergerakan hip flexion sendi spinal.

    1.2 Latihan Bangkit tubi Separa

    Banyak kecederaan boleh berlaku disebabkan bentuk badan yang tidak dapat

    mengekalkan alignment semasa melakukan senaman, latihan ataupun dalam sesuatu

    pertandingan. Salah satu latihan daya tahan otot yang boleh digunakan untuk

    menguatkan daya tahan otot-otot teras ini ialah latihan bangkit tubi separa.

    Bangkit tubi separa adalah satu senaman ataupun latihan fizikal yang paling asas. Ia

    merupakan satu latihan jasmani di mana kita menggunakan otot rectus abdominis,

    transverse abdominus, obliques dan hip flexors untuk menaikkan badan daripada

    keadaan senggang ke keadaan separa duduk dan kembali semula dalam keadaan

    senggang tanpa menggerakkan kaki yang dibengkokkan kira-kira 90 darjah.

    Latihan bangkit tubi separa merupakan satu latihan fizikal untuk meningkatkan

    kekuatan dan ketahanan otot-otot di bahagian abdominis. Terdapat banyak variasi, dan

    ada sesetengah variasi yang boleh memudaratkan daripada membawa kebaikan. Di

    antara variasi berbahaya termasuk yang meletakkan tekanan melampau pada otot-otot

    trapezius dan otot-otot erector spine di bahagian bawah belakang. Latihan bangkit tubi

    adalah baik dan membawa manaafat jika caranya dilakukan dengan betul.

    1.3 Cara-cara Melakukan Bangkit tubi Separa

    Langkah 1:

    Baring di atas lantai. Gulung sehelai tuala dan sisipkan di bahagian bawah pinggang

    (saiz gulungan tuala akan memberikan kesan terhadap posisi badan semasa

    melakukan aktiviti ini, oleh itu gunakan tuala mandi yang cukup besar)

    Langkah 2:

    3

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    4/24

    Bengkokkan lulut lebih kurang 90. Rapatkan serta tanamkan kaki dengan kuat di lantai

    dan bahagian lutut biarkan terbuka. Ini akan dapat mengurangkan aksi tarikan langsung

    hip flexors semasa melakukan aktiviti bangkit tubi separa.

    Langkah 3:

    Biarkan kaki bebas tanpa ada sebarang bantuan kerana melalui bantuan mengekalkan

    kedudukan kaki akan secara langsung mengaktifkan aksi hip flexsors.

    Gambar I: Kedudukan mula bangkit tubi separa

    4

    Extensi penuh Abdomen

    Belakang yang melengkung dan

    disokong.gulungan tuala.

    Kedudukan pelvis 15 ke 20.

    Gambarajah I (a):

    Gambarajah I (b):

    Extensi penuh Abdomen

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    5/24

    Langkah 4:

    Mulakan aktiviti ini dengan memembuatkan torso lurus dan dikeraskan, kemudian

    bangkit dengan mengecutkan bahagian abdomen sambil menarik nafas. Semasa

    bangkit, pastikan muka sentiasa melihat ke atas ( lihat ke atas, bukan di sekeliling).

    Langkah 5:

    Apabila sudah mencapai sudut kenaikan 25 hingga 30 secara menegak, tahan untuk

    beberapa saat dan cuba mengecutkan abdomen sekuat mungkin. Pastikan bahagian

    pinggang sentiasa berada di atas gulungan towel dan pastikan juga tekanan sentiasa

    berada di abdomen.

    Gambar II: Kedudukan semasa fasa bangkit tubi separa

    5

    Belakang melengkung

    diantara 15 ke 30. Keadaan pelvis yang bergerak diantara 15

    ke 20 untuk extensi abdomen.

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    6/24

    Langkah 6:

    Turunkan torso perlahan dan dalam keadaan yang terkawal serta hembuskan nafas

    perlahan-lahan. Jangan menurunkan torso tanpa kawalan.

    1.4 Otot-otot utama yang terlibat semasa aktiviti Bangkit tubi Separa

    Dalam aktiviti bangkit tubi separa, otot primer utama yang terlibat ialah otot-otot

    abdominal. Latihan bangkit tubi separa melibatkan otot-otot abdominal iaitu otot-otot

    yang terletak di antara bahagian pelvis dan torac. Bahagian diafram tulang rusuk

    6

    Gulungan Tuala (saizyang sesuai)

    Gambarajah II (a):

    Gambarajah II (b):

    Dalam pergerakan bangkit, kedudukan spinal 30,

    pengecutan abdomen sepenuhnya berlaku

    Bila kedudukan pelvis dalam keadaan yang betul, pengecutan otot rektus abdominis

    dapat berlaku.

    Sudut fleksi

    spinal 30

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    7/24

    memisahkan bahagian abdomen dengan torac dan otot-otot di bahagian dasar pelvis

    adalah bahagian bawah abdomen.

    Ada empat otot abdomen di dinding abdominal bahagian hadapan, dan empat lagi otot

    abdomen di dinding abdominal bahagian belakang. Otot-otot di dinding abdominal

    hadapan ialah rectus abdominis, external obliques, internal obliques, dan transverses

    abdominis.

    Gambarajah (a) Otot di dinding abdomen hadapan:

    1.4.1 Otot Rectus Abdominis

    Otot rectus abdominis ialah otot yang dikenali sebagai otot the 6 pack. Rectus

    bermaksud lurus dan abdominis merujuk kepada abdomen. Otot ini menganjur lurus

    ke bawah abdomen. Ia menyambungkan diafram tulang rusuk dengan pelvis dan

    berfunsi menarik torso badan ke hadapan semasa aktiviti bangkit tubi separa. Otot ini

    juga ada ciri-ciri tendon yang misahkan antara otot untuk memberikan ciri pergerakan

    tuas dan memberikan bentuk the 6 pack pada abdomen. Selain itu, otot ini dengan

    otot-otot teras yang lain bertindak untuk mengekalkan kestabilan pada spine dan pelvis.

    7

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    8/24

    1.4.2 Otot External Obliques

    Otot external obliques berada di bawah kulit di bahagian sisi abdomen. Otot ini

    menyambungkan bahagian tulang rusuk bawah dan menganjur secara melintang ke

    arah pelvis. Ia akan membuat fleksi untuk spinal naik ke atas sama seperti rectus

    abdominis, dan juga berfungsi secara putaran dan memulas spinal. Selain itu ia juga

    berperanan untuk fleksi pinggang dan spinal ke arah sisi.

    1.4.3 Otot Internal Obliques

    Otot internal obliques berada di bahagian bawah otot external obliques. Ia

    menyambungkan pelvis dengan tulang rusuk secara melintang. Dalam aktiviti bangkit

    tubi separa, otot ini akan membuat fleksi untuk spinal naik ke atas, dan ia juga berfungsi

    dalam memulas, memutar serta fleksi spinal ke arah sisi. Oleh kerana otot ini

    berkedudukan jauh di dalam dan berhampiran dengan spinal, otot ini memainkan fungsi

    yang lebih dalam mengekalkan stabiliti pelvis dan spinal.

    1.4.4 Otot Transversus Abdominis

    Otot transversus abdominis ialah otot yang terletak paling ke dalam dari empat otot

    dinding abdominal, dan ia memainkan fungsi utama mengekalkan kestabilan bahagian

    bawah belakang. Otot ini tidak berperanan fleksi spinal ke hadapan semasa bangkit tubi

    separa, dan juga tidak berfungsi untuk memulas atau putaran spinal. Fungsi utamanya

    ialah untuk menstabilkan bahagian bawah belakang.

    Gambarajah (b) Otot di di dinding abdomen belakang.

    8

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    9/24

    Empat otot utama di dinding abdomen belakang ialah iliacus psoas major, psoas minor

    dan quardratus lumborum.

    1.4.5 Otot Iliacus

    Otot iliacus ialah otot yang menyambungkan bahagian dalam pelvis dengan tulang

    femur. Ia berfungsi untuk fleksi paha di bahagian punggung (hip) dan juga menarik kaki

    bergerak ke arah dada. Aksi feksi paha juga dikenali sebagai hip flexion , dan otot

    iliacus ialah otot utama dalam aksi hip flexion.

    1.4.6 Otot Psoas Major

    Otot psoas major ialah otot yang menyambungkan semua lumbar vertebra dengan

    femur. Fungsinya adalah sama seperti otot iliacus iaitu fleksi paha di bahagian

    punggung serta mengerakan kaki ke arah dada. Otot ini bersambung dengan otot

    iliacus di tulang femur dan kedua-dua otot ini dikenali sebagai otot iliopsoas. Kedua-dua

    otot ini merupakan otot utama berfungsi sebagai hip flexsor badan.

    Otot iliacus dan psoas major berfungsi sebagai hip flexsor yang menyambungkan

    bahagian bawah belakang dengan pelvis memberikan kesan yang amat ketara

    9

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    10/24

    terhadap posisi pelvis dan bahagian bawah belakang semasa apa-apa aktiviti

    abdominal, khususnya dalam aktiviti bangkit tubi separa.

    1.4.7 Otot Quardratus Lumborum

    Otot quardratus lumborum menyambungkan pelvis dengan bahagian bawah tulang

    rusuk dan juga lumbar vertebra. Ia terletak di sisi bawah bahagian belakang. Otot ini

    membantu menstabilkan pelvis, menstabilkan badan fleksi ke arah sisi, serta

    menstabilkan badan semasa meregangkan bahagian bawah belakang. Ia berperanan

    utama semasa aktiviti fleksi ke arah sisi ataupun sokongan ke arah sisi, dan otot ini

    ialah otot teras utama.

    Jadual I: Otot-otot yang terlibat dengan aktiviti bangkit tubi separa

    Otot Primer yang terlibat Penerangan

    Rectus abdominis Fleksi colum vertebra

    Internal obliques Mengecutkan abdomen dan putaran lateral

    External obliques Mengecutkan abdomen dan putaran lateral

    Transversus abdominis Mengecutkan abdomenOtot Sekunder yang terlibat Penerangan

    Otot iliacus Fleksi dan putaran lateral paha dibahagian punggung (hip), serta fleksisendi colum vertebra

    Psoas Major Fleksi dan putaran mandatar paha dibahagian punggung (hip), serta fleksisendi colum vertebra

    Otot quardratus lumborum Menstabilkan pelvis dan merupakan ototteras utama

    1.5 ANALISIS PERGERAKAN OTOT AKTIVITI BANGKIT TUBI SEPARA

    Ada tiga fasa utama dalam melakukan aktiviti bangkit tubi separa iaitu fasa persediaan,

    fasa bangkit dan fasa turun.

    1.5.1 Fasa Persediaan

    10

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    11/24

    Dalam fasa persediaan (gambar I), iaitu dalam keadaan senggang (supine), otot rektus

    abdominis adalah dalam keadaan ektensi kerana di bahagian bawah pinggang yang

    disisipkan gulungan tuala menyebabkan kedudukan pelvis naik disebabkan keadaan

    tulang spinal melengkung.

    1.5.2 Fasa Bangkit

    Semasa fasa bangkit (gambar II) di antara 30 ke 40 darjah bahagian torso, fleksi

    berlaku di bahagian lumbar spine, dan pengecutan konsentrik (isotonik) di bahagian

    otot-otot abdominal iaitu otot rektus abdominis, dan otot obliques berlaku secara

    maksimum. Kenaikkan bahagian torso di hadkan kepada 30 ke 40 darjah untuk

    meminimumkan penglibatan otot-otot iliopsoas yang bertindak sebagai hip flexsor.

    1.5.3 Fasa menurun:

    Semasa fasa menurun, pengecutan konsentrik di bahagian otot-otot abdomen iaitu otot

    rektus abdominis dan otot-otot obliques dikendurkan perlahan-lahan sehingga keadaan

    torso balik ke keadaan senggang (supine) semula. Dalam keadaan senggang (supine)

    ini, extensi di bahagian otot rektus abdominis akan berlaku semula kerana sisipan

    gulungan tuala di bawah pinggang.

    1.5.1 Fasa Bangkit

    Fasa fasa Bangkit Tubi Separa:

    11

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    12/24

    Jadual II: Analisa Pergerakan Otot Semasa Aktiviti Bangkit tubi Separa

    JENIS AKTIVITI : BANGKIT TUBI SEPARA

    PHASE JOINT JOINTACTIO

    N

    PLANE AXIS AGONISTMUSCLE

    S

    ANTAGONISTIC

    MUSCLES

    BANGKIT SendiSpinal

    Flexion Transverse

    TransverseConcentric

    1. Rectusabdomi

    nis2.External

    /internal

    obliques

    Iliopsoas( iliacus /psoas major)

    TURUN SendiSpinal

    Extension

    Coronal CoronalEccentric

    1. Rectusabdomi

    nis2.External

    /internal

    obliques

    Iliopsoas( iliacus /psoas major)

    12

    Dalam pergerakan bangkit, kedudukan spinal

    30, pengecutan abdomen sepenuhnya

    Bila kedudukan pelvis dalam keadaan yang betul, pengecutan otot

    rektus abdominis dapat berlaku.

    Sudut fleksi

    spinal 30

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    13/24

    1.5.2 Otot-otot umum yang terlibat semasa aktiviti Bangkit Tubi Separa.

    Gambarajah III (a): Otot-otot utama manusia di bahagian anterior.

    Gambarajah III(b): Otot-otot utama manusia di bahagian posterior

    13

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    14/24

    Otot-otot yang membantu otot-otot utama semasa melakukan aktiviti Bangkit Tubi

    Separa ialah otot pectoralis major, deltoid, otot abductor, quadriceps femoris.

    sternocleidomedialis, biceps brachii, dan brachialis iaitu di bahagian anterior.

    Sementara otot-otot yang membantu otot-otot utama di bahagian posterior pula ialah

    otot trapizius, deltoid, latissimus dorsi, rhomboids, triceps brachii. gluteus maximus,

    biceps femoris, gastronemius, tibialis posterior dan soleus.

    1.5.3 Sendi-sendi umum yang terlibat semasa aktiviti Bangkit Tubi Separa:

    14

    http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/46/Muscle_posterior_labeled.png
  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    15/24

    Gambarajah IV(a): Tulang-tulang rangka utama manusia

    Gambarajah IV(b): Jenis-jenis sendi utama manusia

    15

    http://www.teachpe.com/anatomy/the_human_skeleton_not_labelled.doc
  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    16/24

    Dalam melakukan aktiviti Bangkit Tubi Separa ini, kebanyakkan tulang rangka adalah

    terlibat iaitu seperti tulang scapula, humerus, sternum, spinal, illum, sacrum, pubis dan

    femur. Sendi-sendi utama yang terlibat ialah seperti sendi ball and socket antara

    tulang humerus dengan tulang scapula, serta sendi ensel antara tulang humerus

    dengan tulang radius dan ulna.

    16

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    17/24

    RUMUSAN

    Latihan daya tahan otot adalah penting untuk kanak-kanak khususnya yang berkaitan

    dengan latihan abdominal. Latihan abdominal yang betul akan membentuk postur yang

    baik dan stabil, mengurangkan kesakitan kronik dan kecederaan, serta dapat

    meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot secara keseluruhan. Melalui pelbagai

    latihan abdominal, khususnya bangkit tubi separa, kanak-kanak dapat belajar dan

    mengetahui cara dan fungsi pergerakan torso, maka kanak-kanak akan dapat belajar

    untuk melakukan sesuatu aktiviti latihan abdominal dengan prosedur yang betul serta

    bermanfaat.

    17

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    18/24

    REFLEKSI

    MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN

    910509-03-6253

    Tugasan ini merupakan satu tugasan yang agak sukar untuk dilaksanakan kerana

    Kursus PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi merupakan satu kursus yang menggunakan

    kaedah pendekatan sainstifik kajian manusia. Walaupun demikian, dengan bimbingan

    Pensyarah yang berdikasi iaitu En. Rasyid Bin Mohamad, serta bantuan rakan-rakan

    sekursus dan dengan kemudahan laman sesawang, maka akhirnya saya dapat

    menyiapkan tugasan ini.

    Melalui tugasan ini, pengetahuan saya tentang anatomi dan fisiologi manusia

    secara amnya dapat dipertingkatkan khususnya tentang istilah, peranan dan fungsi

    sistem otot. sistem rangka dan juga sendi-sendi yang berperanan dalam pergerakan

    seseorang manusia. Adalah menjadi harapan dan matlamat utama saya melalui

    pembelajaran yang diperolehi melalui kursus ini akan dapat melengkapkan

    pengetahuan saya untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

    Jasmani di sekolah dengan lebih baik dan berkesan.

    Secara peribadi saya menyatakan bahawa pemerolehan ilmu melalui

    perlaksanaan tugasan ini telah dapat memberikan satu manafaat yang besar kepada

    diri saya yang sudah bertugas sebagai seorang guru dalam jangka masa 20 tahun.

    Walaupun perlaksanaan kuliah untuk kumpulan PISMP ini padat dalam masa atau

    tempoh yang singkat, keberkesanannya ialah kursus ini telah mampu menyemaikan

    satu semangat baru kepada saya yang sudah pun bergelar sebagai seorang guru untuk

    menambahkan ilmu bagi meningkatkan lagi kemahiran serta kualiti pengajaran saya,

    khususnya dalam memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

    REFLEKSI

    18

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    19/24

    AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR

    910107-11-5055

    ALHAMDULILLAH, Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya saya telah berjaya

    menyiapkan tugasan ini. Walaupun dengan kongkongan waktu yang terbatas.

    Terima kasih saudara Farhan yang banyak membantu.

    Menyudahkan kerja kursus ini memberi ruang dan peluang mempelajari dan

    meneroka tajuk pelajaran Anatomi dengan lebih luas. Dari sumber bahan yang dirujuk

    dan bimbingan pensyarah En. Rasyid Bin Mohamad, dapatan pengetahuan yang

    diperolehi amat bermakna dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru

    Pendidikan Jasmani dan sukan.

    Dari tajuk pelajaran ini saya dapat mengetahui fungsi-fungsi, daya tahan dan

    keupayaan otot-otot untuk melakukan aktiviti secara berterusan dan berulang-ulang

    tanpa merasa letih dalam jangka masa panjang dengan latihan yang berterusan. Dari

    sini juga saya dapat mengetahui peranan, fungsi dan proses pergerakan sendi dan otot

    yang berlaku semasa melakukan latihan.

    Dalam menyudahkan kerja kursus ini juga, saya juga dapat memahami jenis

    latihan yang boleh dilakukan untuk mengawal dan mengimbangi keupayaan badan

    ketika melakukan pelbagai aktiviti.

    Mudah-mudahan ilmu yang amat bermanafaat ini akan saya gunakan sebaik

    mungkin dalam melaksanakan tugas dan kehidupan seharian.

    REFLEKSI

    MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI

    19

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    20/24

    910703-03-6177

    Terlebih dahulu saya ingin menyembah rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah

    memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan teratur

    dan terancang.

    Sepanjang saya melakukan tugasan ini, banyak ilmu-ilmu serta pengetahuan

    baru yang dapat saya perolehi dari segi cara berkomunikasi dengan pensyarah dan

    yang lebih penting bagaimana saya dapat membuat tugasan yang diberikan dengan

    sebaik mungkin. Tanpa bimbingan pensyarah, mustahil saya dapat menyiapkan

    tugasan ini dengan sempurna.Selain itu, kerjasama di antara saya dengan ahli

    kumpulan lain amat baik.Banyak yang dapat di selesaikan bersama. Percambahan idea

    banyak berlaku apabila kami berdua berbincang mengenai kerja kursus kali ini.

    Selain itu, saya juga banyak mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan

    sekelas untuk bertukar-tukar pendapat, mencambah fikiran serta senantiasa mencari

    sumber-sumber yang bermanfaat tidak kira sama ada menggunakan internet, rujukan di

    perpustakaan semata-mata untuk memantapkan penulisan saya.

    Disamping itu, dengan menyelesaikan kerja kursus ini juga, saya dapat

    memahami dengan lebih mendalam tentang subjek PJM3106 Anatomi dan Fisologi.

    Terdapat juga beberapa kesulitan serta masalah yang timbul semasa saya

    melaksanakan tugasan ini seperti talian internet yang lambat, masa yang agak terhad

    kerana saya perlu menyiapkan tugasan yang lain dan juga sikap negatif yang terdapat

    di dalam diri saya seperti sambil lewa dan malas. Namun begitu, dorongan ibu bapa,

    rakan-rakan dan juga sokongan pensyarah dapat membantu diri saya menguatkan

    iltizam melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

    telah membantu saya melakukan tugasan yang diberikan ini sehingga dapat disiapkan

    dengan teratur serta terancang. Sekian, terima kasih.

    20

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    21/24

    RELEKSI

    AHMAD AFNAN BIN TAJUDDIN

    910113-03-6265

    Alhamdulillah

    21

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    22/24

    Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat

    menyempurnakan tugasan ini walaupun banyak kekangan yang berlaku. Terima kasih kepada

    pensyarah penasihat iaitu En.Rasyid bin Mohamad yang telah banyak membantu saya dalam

    menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

    rakan-rakan saya terutamanya rakan-rakan sekumpulan yang telah banyak membantu saya

    dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa bantuan dan bimbingan dari mereka amat sukar untuk

    saya melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.

    Tajuk tugasan yang perlu saya sempurnakan ini telah banyak membantu saya terhadap

    pencarian maklumat serta pendedahan ilmu yang berkaitan dengan aspek anatomi dan fisiologi

    tubuh badan. Berdasarkan tugasan yang diterima kami ditugaskan untuk memilih satu

    kemahiran dalam pendidikan jasmani serta menjalankan satu analisis lengkap berkenaan

    pergerakan dalam aktiviti dan kemahiran yang dipilih. Dalam proses mengumpul maklumat,

    saya telah mendapatkan sumber maklumat di pusat sumber selain melayari internet. Sumber-

    sumber yang diperoleh sangat bermanfaat dan membantu saya. Begitupun, saya juga telah

    mendapatkan bimbingan dan rujukan dari para pensyarah matapelajaran berhubung kehendak

    soalan yang perlu dilaksanakan.

    Secara jelasnya, saya telah mempelajari pengetahuan baru dalam hidup saya berkaitan

    matapelajaran anatomi dan fisiologi. Berdasarkan tugasan yang dijalankan, saya dapat

    mengetahui jenis-jenis otot yang terlibat semasa melaksanakn aktiviti, fungsi-fungsi otot, daya

    tahan dan keupayaan otot-otot untuk melakukan aktiviti secara berterusan dan berulang-ulang.

    Selain itu, saya juga dapat memahami bagaimana proses pergerakan sendi dan otot yang

    berlaku semasa melakukan latihan. Keseluruhan analisis dari aktiviti yang telah dijalankan, saya

    dapat memahami jenis latihan yang boleh dilakukan untuk mengawal dan mengimbangi

    keupayaan badan ketika melakukan pelbagai aktiviti.

    Sesungguahnya semasa melaksanakan tugasan ini, banyak kemahiran , ilmu

    pengetahuan serta pengalaman yang baru dapat saya timba. Ilmu yang saya perolehi ini saya

    akan gunakan sebaik mungkin sebagai persediaan dalam proses pengajaran bagi pendidikan

    jasmani kelak. Diharapkan En. Rasyid bin Mohamad selaku pensyarah penilai akan berpuas

    hati atas segala hasil kerja yang telah disiapkan ini.

    Sekian, terima kasih.

    22

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    23/24

    BIBLIOGRAFI

    1. Waugh, Anne., and Grant, Allison.: 2006. Ross and Wilson Anatomy and Physiology

    in Health and Illness, 10th Edition. Churchill Livingstone Elsevier, UK.

    2. Jarmey, Chris.: 2008. The Concise Book of Muscles, 2nd Edition. Lotus Publishing,

    Chichester, England.

    3. Van De Graaff, Kent M., Ward Rhees,W., Palmer, Sydney L.: 2010. Schaums

    23

  • 7/29/2019 PJM 3106 Bangkit Tubi Separa KK(1)

    24/24

    Outlines Human Anatomy and Physiology. Mc Graw Hill, New York.

    4.Abdominal Muscle Anatomy Pictures of Abdominal Muscles (dirujuk pada 16.2.2010)http://www.ab-core-and-stomach-exercises.com/

    5. Abdominal Crunches ( dirujuk pada 20.2.2010)http://www.fitstep.com/Library/Exercises/Crunches.htm

    6. HYPERMUSCLE: MUSCLES IN ACTION (dirujuk pada 3.1.2010)

    http://www.med.umich.edu/lrc/Hypermuscle/Hyper.html#flex

    7. The Hip (dirujuk pada 3.1.2010)

    http://sportsmedicine.about.com/od/glossary/g/flexion_def.htm

    8. What is Sit-Ups (dirujuk pada 18.2.2010) www.twohundredsitups.com/what.html

    9. Abdominal Muscles (dirujuk pada 20.2.2010)

    24

    http://www.ab-core-and-stomach-exercises.com/http://www.fitstep.com/Library/Exercises/Crunches.htmhttp://www.med.umich.edu/lrc/Hypermuscle/Hyper.html#flexhttp://sportsmedicine.about.com/od/glossary/g/flexion_def.htmhttp://www.twohundredsitups.com/what.htmlhttp://www.twohundredsitups.com/what.htmlhttp://www.ab-core-and-stomach-exercises.com/http://www.fitstep.com/Library/Exercises/Crunches.htmhttp://www.med.umich.edu/lrc/Hypermuscle/Hyper.html#flexhttp://sportsmedicine.about.com/od/glossary/g/flexion_def.htmhttp://www.twohundredsitups.com/what.html