edu 3106

Upload: anonymous-uprqco7

Post on 09-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edu 3106

TRANSCRIPT

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Bincang dalam kumpulan kecil tentang pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Bentang hasil perbincangan.GUNESVARI A/P BALAKRISHNANGAVITHRA A/P MANIAMILAVENIL A/P RAMACHANDRANPantang Larang Kaum Cina Di MalaysiaKami akan membincangkan pantang larang yang berkaitan dengan berikut:A) Tahun Baru CinaB) PerkahwinanC) Sewaktu Mengandung Atau Sebelum KelahiranD) KematianE) pantang-pantang lainA) Tahun Baru CinaAcara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina (tuan yuan fan) paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga.Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina (mati,hantu ) mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.Pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana hitam akan membawa buruk bagi orang CinaHari pertama Tahun Baru Cina tidak boleh sapu lantai, kalau tidak ong (kekayaan) akan hilang. Jika terpaksa sapu lantai, harus sapu dari luar ke dalam.Semasa Tahun Baru Cina, jika tidak boleh memecahkan barang, jika terpecah barang, harus bercakap sui sui pin an atau luo di kai hua, rong hua fu gui. Hari ketiga Tahun Baru Cina tidak harus menziarahi kerana mempercayai hari ini mudah bergaduh dengan orang lain.B) PerkhawinanPerkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan iaitu Eksplisit - perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei niang) Implisit - perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Majlis PerkahwinanHari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Dalam masyarakat Cina, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa apa-apa barang bersamanya. Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak harus mengadap pintu bagi mengelak sebarang pertelingkahan pada masa akan datang.Wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. C) Sewaktu MengandungDalam masyarakat Cina ibu mertua yang bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.Masyarakat Cina juga lebih mementingkan anak lelaki. Ini kerana, anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.Pantang Larang sebelum melahirkan anak1.Dilarang makan daging arnab - jika makan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.2. Dilarang makan daging anjing - jika makan, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.3. Dilarang makan daging ayam jantan - barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.4. Dilarang makan ketam - barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk, seperti ais-krim, tembikai - kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.6. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku - bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu - ibu tidak mudah mengimbangi diri .

8.Dilarang tepuk bahu ibu - ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.Berpantang Selepas KelahiranWanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi perut masuk angin dan tidak boleh cuci rambut.Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. KENDURIMasyarakat Cina mengadakan kenduri apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu. Mencukur JambulMereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.

Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru.Memberi NamaNama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. (ada juga nama keluarga terdiri daripada dua perkataan, Ou Yong)

Biasanya, patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.

Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Pemberian wang dalam sampul putih (bai jin) biasanya disampaikan kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang menziarahi.Jumlahnya pula perlu berupa wang dalam angka yang ganjil.Pelawat harus memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih, duit kertas dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. DKematianUntuk ini, ramai (orang Cina) yang berada pada jarak yang jauh daripada mayat dan sesetengahnya tidak pun mahu melihat mayat dalam keranda dari jarak yang dekat semasa memberi penghormatan terakhir takut-takut terlekat sial. Seboleh-bolehnya mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh mereka (orang Cina) yang menziarahi. Ini kerana penyentuhan itu dianggap terlalu berbahaya.Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan.Mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali.Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan terseksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.

Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. E) Pantang Larang lain:MakanOrang tua dilarang memakan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi. Mereka yang mempunyai luka pada badan tidak dibenarkan memakan udang dan ketam kerana mengakibatkan luka susah sembuh.Pada tahun baru Cina, ikan yang dimakan tidak boleh putus kerana membawa petunjuk yang tidak baik.Para nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka makan kerana boleh membawa bencana dan kemalangan.Orang Cina tidak digalakkan bercakap semasa makan.Mereka dilarang mengetuk mangkuk dan pinggan dengan penyepit.Pantang Larang Lain : PenyapuMemukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun.

Adakalanya penyapu digunakan untuk menghilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan.

Pantang Larang Lain :Nombordigunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan (nombor plat kereta, alamat).Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.Pantang Larang Lain : Misai dan Janggut Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si keluarga dan saudara mara lelaki itu.

Pantang Larang Lain : Kuku jarimemotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat.

Sisa-sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan sumpahan terhadap pemilik kuku itu.PANTANG LARANG DALAM KALANGAN ETNIK BABA DAN NYONYA PERCAYA KEPADA PAWANG PERCAYA KEPADA KUASA HOO PERCAYA KEPADA PEMILIHAN TARIKH YANG SESUAI DALAM PERKAHWINAN BERDOA DI KARAMAT PERAYAAN CHENG BENGPANTANG LARANG YANG MASIH DIAMALKAN SEHINGGA KE HARI INI PERCAYA MERCUN DI BAKAR UNTUK MENGHALAU ROH-ROH JAHAT PADA TAHUN BARU CINA WANITA MENGANDUNG TIDAK DIGALAKKAN MEMAKU WANITA MENGANDUNG PERLU MENGAWAL TINGKAH LAKUMASYARAKAT KADAZANKELAHIRANPantang larang ibu mengandung:Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatuTidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatuSuami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut anak panjangTidak boleh makan buah mengandungi airTidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak sumbingTidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak sempurnaADAT & PANTANG LARANG SEWAKTU BERSALINSemasa isteri berpantang:Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur airBayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah- ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon GaiyahSahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

UPACARA MEMBERI NAMAAdat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari.Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi tersebut.Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari ke-8 di beranda rumah.Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu.Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya.Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa yang berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut. Apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan.

Anak dibawa oleh ibunya sendiri. Antara barangan yang perlu dibawa sekali:Sebuah bakul rotan, bertutup, bertali dan disondong. Diisi dengan pelbagai alatanSebilah pisau kecil untuk menghalau Rogon GaiyahSerangkai kemburangoh (jerangau) atau rumput yang dianggap sebagai ibu segala semangat dalam perubatan tradisiSebuah tangguk yang diperbuat daripada jaringUPACARA TURUN TANAHPANTANG LARANGMASYARAKAT ASLIKEMATIANSesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit.

Semua kanak kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai tidak mrnganggu kanak kanak. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu.SambunganSEKIAN, TERIMA KASIH.