edu-3083

Upload: wanie-sabrie-ws

Post on 29-Feb-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru

Tajuk Berita : Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru 1.0Pengenalan Saya telah membaca sebuah berita yang didapati pada laman web (17hb Ogos 2012) yang bertajuk Pelajar Dipecah Gegendang Telinga Ditampar Guru. Menurut berita, hal ini berlaku di sebuah sekolah berdekatan bandar Dungun, seorang pelajar yang berumur 13, namanya Muhammad Bazly Burhan yang sedang mempelajari tingkatan satu pada sebuah sekolah berasrama telah ditampar beberapa kali oleh seorang guru.

Menurut perkataan Bazly, hal ini berlaku semasa dia menduduki peperiksaan dalam sekolah. Bazly mempercayai berlakunya kejadian ini adalah berpunca bahawa dia telah mengeluarkan kata-kata ejekan terhadap guru Bahasa Inggerisnya dan menyebabkan guru tersebut naik marah dan turut menarik kedua-dua telinga selain menampar beberapa kali di bahagian pipinya.

Seterusnya, melalui kata Bazly, dia tidak melawan perkataan atau melawan secara fizikal ketika ditampar oleh guru berkenaan malah dia turut meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang mengguris hati guru tersebut. Bazly juga memberitahu bahawa kejadian ini telah disaksikan oleh beberapa orang rakannya yang juga mengikuti peperiksaan tersebut.

Menurut perkataan Bazly, kita mengetahui bahawa guru tersebut tidak memberi peluang dan tidak menerima mohon maaf daripada Bazly dan terus menampar pipinya walaupun Bazly berjanji tidak lagi mengulangi perbuatannya. Menurut berita yang dibaca, Bazly mengatakan bahawa dia berasa telinganya sakit sebelum darah keluar, namun dia juga menahan kesakitan tersebut dan meminta maaf kepada guru berkenaan. Tetapi guru bersebut dia mempedulikannya sehingga melihat darah keluar baru berhenti menampar Bazly.

Selepas kejadian ini berlaku, Bazly tidak memberitahu kepada ahli keluarganya berkemungkinan dia berasa takut. Bazly hanya menyapu ubat minyak gamat di tempat lukanya selepas balik ke asrama. Namun demikian, kejadian ini juga diketahui oleh ibu bapanya daripada ibu kepada rakannya yang turut bersekolah di situ mengenai kejadian ini. Sebaik ibu bapa Bazly mengetahui kejadian ini, bapanya Burhan Abdullah yang berumur 46 datang mengambilnya di asrama lalu menghantar Bazly ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Selepas pemeriksaan, hasil dapatan doktor ialah gegendang telinga Bazly didapati telah pecah lalu bapanya membawa Bazly untuk mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Rawatan Pakar Kuantan sebelum merujuk semula kesnya ke Hospital Dungun. Kejadian berkenaan turut dilaporkan di Balai Polis Paka.

Seperkara lagi, bapa Bazly mengatakan bahawa dia berasa kesal atas kejadian ini apatah lagi kejadian ini berlaku di sebuah sekolah berasrama yang mempunyai tahap moral yang tinggi pada persepsi masyarakat umum. Dia juga mengatakan bahawa selepas kejadian itu, guru sekolah tersebut sepatutnya menghubungi dia dan berbincang, kalau perlu memohon maaf dan minta maaf. Tetapi sampai ke hari ini, guru dan pihak sekolah masih membisu, kalau anak rakan isterinya tidak memberitahu perkara ini sehingga hari ini dia masih tidak ketahui akan kejadian yang berlaku pada anaknya. Menurut berita ini, Sinar Harian difahamkan bahawa Burhan iaitu bapa Bazly sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes anaknya itu. Berdasrkan kejadian ini, guru yang berkenaan telah melanggar peraturan kod etika seseorang guru. Walau apa jua yang murid telah mengejek ataupun mengguris perasaan guru, guru juga tidak harus memukul atau menampar murid tersebut. Ini telah menjejaskan keprofesianalan seseorang guru dan menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada kerjaya keguruan. 2.0Isu-Isu Etika Kod Guru

2.1 Pengenalan Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, pembangunan dan perkembangan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Guru merupakan seorang yang professional. Ini bermakna guru adalah seseorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan mengganggu gugat martabat progesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincang isu mengenai salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan.

2.2 Isu Kesantunan Guru dan Isu Kepedulian Guru

Maksud etika guru ialah satu sistem yang diatur sabagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik. Dalam fokus etika guru, kesantunan guru merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Isu kepedulian guru merujukkan perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu atau tugas. Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. Kepedulian merupakan kuasa yang akan mengerakkan suatu proses perubahan.

Pada berita yang telah dibaca, guru berkenaan yang bertindak secara kasar terhadap anak muridnya itu telah melanggar peraturan etika kod keguruan dimana guru tersebut tidak bertindak kesantunan. Guru tidak memberi perluang untuk murid tersebut untuk membuat penjelasan, tidak menerima pemohonan maaf yang diberi oleh murid tersebut. Selain itu, guru juga tidak membuat komunikasi dengan murid tersebut untuk memahami situasi sebelum mengambil tindakan iaitu menarik telinga murid dan menampar murid.

Dalam kod etika isu kepedulian guru, guru ini tidak memikir sebelum bertindak. Guru bertindak terburu-buru disebabkan kemarahannya. Guru itu tidak meminggung perasaan murid tersebut kerana lalu menarik telinga dan menampar pelajar tersebut di dalam kelas dan pada waktu peperiksaan. Guru tidak dapat mengawal tingkah laku sendiri sehingga menjadikan gegendang telinga pelajar tersebut berdarah.

2.3 Akauntabiliti Terdapat Murid

Seterusnya dalam akauntabiliti terhadap murid, setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal ini. Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Etika sudah ada secara teori tetapi guru juga mempunyai aspirasi tersendiri. Guru dalam berita ini telah menampar beberapa kali pipi pelajar yang mengejek kepadanya dan menyebabkan pelajar tersebut mengalami kecederaan, guru ini tidak mengamalkan etika akauntabiliti terhadap murid. Dalam etika ini, seorang guru sepatutnya menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada murid kerana tingkahlaku guru akan menjadikan ikutan murid seperti kata pepatah Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Segala bentuk perlakuan dan wwatak guru biasanya akan diikuti oleh murid. Oleh itu, menurut kejadian dalam berita yang dibincang, guru tersebut tidak sepatut berkelakuan ganas terhadap seseorang pelajar dalam kelas tanpa mengawal perlakuan diri sendiri.

2.4 Akauntabiliti Terdapat Ibu Bapa

Seterusnya ialah akauntabiliti guru terhadap ibu bapa. Dalam membentuk etika keguruan setiap guru perlu menghormati akauntabiliti utama terhadap ibu bapa dan anak-anak mereka. Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak merupakan tugas ibu bapa. Namun apa yang berlaku pada masa kini terhadap ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab utama ini kepada guru-guru terutamanya kepada anak-anak mereka yang belajar di sekolah berasrama, maka tanggungjawab ini lebih diberikan kepada guru.

Oleh yang demikian, guru haruslah berusaha untuk membentukkan hubungan yang mesra dan mewujudkan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Namun demikian, guru Bahasa Inggeris Bazly tersebut tidak berbuat demikian, beliau tidak berbincang masalah Bazly dengan ibu bapanya dan juga tidak menghubungi serta memberitahu ibu bapanya akan kelakuan Bazly yang mengejek guru dalam sesi peperiksaan. Guru ini tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pelajarnya dan juga ibu bapa terus mengambil tindakan sendiri dengan menarik telinga dan menampar pelajar tersebut. Selepas kejadian itu, guru masih tidak menyedar bahawa kelakuan sendiri bermasalah dan melanggar peraturan kerana beliau tidak menghubungi ibu bapa Bazly untuk membuat perbincangan dan penerangan. Guru tersebut cuba membisukan dan menyembunyikan perkara ini.

3.0Punca Penimbulan Masalah

Apakah yang menyebabkan ramai guru-guru bertindak ganas? Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang professional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masayrakat? Pada pendapat pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr Mohd. Amin Shariff, biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami.

Beliau menjelaskan bahawa segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan, menarik telinga serta menampar akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikain hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negative yang berlebihan sebegitu akan terjadi.

Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi. Seterusnya beliau juga berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.

Selain itu, guru tersebut bertindak sedemikian juga berkemungkinan Bazly sering mengejek dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa maksud penghinaan lalu menyebabkan hati guru tersebut panas. Kelakuan pelajar-pelajar yang kurang bersopan kadang-kadang juga menghilangkan kesabaran seorang guru. Guru juga manusia yang punya rasa dan perasaan. Saya percaya guru tersebut menahan kesabaran dengan pelajar sendiri yang sering mengejeknya sudah sekian lama sehingga berlakunya masalah yang tidak diduga ini.Tahap kesabaran seorang guru pun ada batasannya. Pelajar harus ingat, guru bukannya hamba abdi yang boleh diejek dengan sesuka hati. Biasanya, pelajar-pelajar ini suka menghina guru-guru yang tidak sempurna dari segi fizikal contohnya tidak tampan, tidak cantik, pendek dan sebagainya. Jika ibu bapa mendidik anak-anak supaya berbudi bahasa sejak kecil lagi dengan orang yang lebih tua terutamanya guru mereka, saya percaya kejadian sebegini tidak akan berlaku di sekolah.

Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar.

Ibu bapa pula langsung tidak menyalahkan anak mereka apabila berhadapan dengan kes sebegini. Yang mereka tahu hanyalah salah guru dan pihak sekolah. Kenakalan dan kebiadapan anak yang berpunca daripada kekhilafan mereka dalam mendidik dan mengasuh langsung tidak dipertimbang. Mereka hanya tahu membawa kes ke mahkamah. Dalam hal ini, siapakah yang salah dan siapakah yang betul bukan persoalannya. Walaupun jika didapati guru itu bersalah di mahkamah, saya percaya masalah pelajar suka mempersenda guru tanpa rasa segan akan terus berlaku di setiap sekolah kerana mereka percaya jika guru bertindak ke atas mereka, ibu bapa pasti akan mempertahankan mereka sehingga ke mahkamah. Maklumlah, ibu bapa pada masa ini semuanya kaya dan berada. Kesalahan guru merupakan peluang terbaik untuk mereka mengambil tindakan sebegitu.

4.0Cara-cara Mengatasi

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pihak sekolah dan pihak ibu bapa haruslah saling berganding bahu untuk mendidik anak serta menimbul satu perhubungan yang baik antara ketiga-tiga pihak. Guru perlulah menghubungi ibu bapa Bazly untuk memberitahu ibu bapanya terhadapa kelakuan Bazly di sekolah yang sering mengejek dan tidak menghormati guru. Guru dan ibu bapa harus berkerjasama untuk mendidik Bazly kelakuannya tidak menjadi semakin serius sehingga berbiadap.

Selain itu, jika Bazly adalah membuat kesalahan pada kali pertama, maka guru tersebut haruslah memberi peluang kepada dia untuk berubah. Sekiranya Bazly berulang-ulang mengejek guru tersebut maka guru boleh membawa Bazly berjumpa dengan guru displin atau berjumpa dengan ibu bapanya dan bukan memukul atau membuat dendaan dengan cara diri sendiri.

Berita guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi adakah pihak media dan masyarakat bersimpati dengan guru sekiranya kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar?Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin dan menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri sendiri yang tertekan. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid. Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian semua pihak. Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah ada terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik. Seperkara lagi,tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan.

Seterusnya cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukarkan mereka ke tempat lain semata-mata. Sebaliknya jika mereka tidak berminat mengajar, lebih baik diambil tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut. Selain itu, untuk mengatasi masalah guru ganas ialah dengan menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.

Akhirnya, Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah.

5.0Penutup

Bagi guru, salah laku yang dilakukan oleh guru akan menjejaskan nama baik profesion perguruan di mata masyarakat dan bagi masyarakat pula, isu salah laku ini akan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru yang diamanahkan untuk mendidik anak mereka seperti kata pepatah ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri jalan bengkang bengkok.

Guru perlu sedar bahawa segala tindak tanduk dan perlakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat. Tambahan lagi jika guru itu bertugas di kawasan luar bandar yang penuh dengan peradaban hidup masyarakat kampung atau masyarakat yang senantiasa memandang tinggi kepada tatasusila kehidupan.

Guru perlu peka kepada persekitaran mereka seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dalam profesion keguruan pula seseorang guru yang memegang amanah untuk menjawat jawatan guru akan terikat dengan etika profesionalisme sebagai seorang guru yang mesti dijunjung dan dipatuhi selagi mana jawatan sebagai guru itu dipegang individu terbabit.

Sebagai seorang guru pula, segala etika tatasusila perguruan serta disiplin dan moral bagi seorang guru sudah dihafal dan dilaksanakan dalam kerjaya mereka sebagai guru.Pada masa sama, guru juga perlu memahami bahawa etika profesionalisme itu bukan saja tertakluk kepada perundangan yang tertulis dalam buku, tetapi menjangkaui kehendak dan keperluan semasa dan masyarakat.

Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya. Amanah dan jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam kerjaya perguruan, seseorang guru tidak boleh merungut, memberontak dalam diam dan secara terang dan mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan di sekolah di pedalaman atau negeri dan kawasan yang tidak mereka sukai.