contoh minit mesyuarat prasekolah

11
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KEDUA 2013. TARIKH : 10 JANUARI 2013 MASA : 12.30 TENGAH HARI TEMPAT : BILIK SAIDATINA AISYAH KEHADIRAN : 1. PUAN HJH NOORAZIZA BT SABARUDDIN 2. PN NORZAITUN IZAM BT 3. PN NOORZURAINI BT AWANG 4. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR 5. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR 6. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL 7. PN NORKAMISAH BT HARUN 8. PN YUSNI BT ABD KARIM 9. PN ZALMAWATI BT MUSA 10. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL 11. PN HASLIDA BT MOHAMED AGENDA MESYUARAT : 1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH 1.1 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab. 1.2 Penyelaras mengucapkan selamat dating dan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir pada mesyuarat kali kedua ini. 2) UCAPAN TUAN GURU BESAR 2.1 Tuan Guru Besar, Puan Hjh Nooraziza bt Sabarudin mengucapkan tahniah kerana telah selesai mengadakan mesyuarat pertama yang lepas. 2.2 Dalam melaksanakan tugas dan menunaikan tanggungjawab, sokongan daripada rakan sejawat adalah sangat penting. Yang membezakan kejayaan sesuatu tugasan itu bukanlah pengalaman, tetapi usaha dari diri seseorang itu sendiri

Upload: nurul-izzah-khalil

Post on 01-Dec-2015

5.514 views

Category:

Documents


111 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KEDUA 2013.

TARIKH : 10 JANUARI 2013

MASA : 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK SAIDATINA AISYAH

KEHADIRAN :

1. PUAN HJH NOORAZIZA BT SABARUDDIN2. PN NORZAITUN IZAM BT3. PN NOORZURAINI BT AWANG4. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR5. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR6. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL7. PN NORKAMISAH BT HARUN 8. PN YUSNI BT ABD KARIM9. PN ZALMAWATI BT MUSA10. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL11. PN HASLIDA BT MOHAMED

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH

1.1 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.1.2 Penyelaras mengucapkan selamat dating dan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir pada

mesyuarat kali kedua ini.

2) UCAPAN TUAN GURU BESAR

2.1 Tuan Guru Besar, Puan Hjh Nooraziza bt Sabarudin mengucapkan tahniah kerana telah selesai mengadakan mesyuarat pertama yang lepas.

2.2 Dalam melaksanakan tugas dan menunaikan tanggungjawab, sokongan daripada rakan sejawat adalah sangat penting. Yang membezakan kejayaan sesuatu tugasan itu bukanlah pengalaman, tetapi usaha dari diri seseorang itu sendiri

2.3 Walaupun Prasekolah mempunyai kurikulum yang berbeza dan terasing daripada subjek-subjek lain, tetapi guru-guru Prasekolah haruslah berdiri sama tinggi dengan guru-guru aliran perdana yang lain.

2.4 Prasekolah seharusnya mempunyai pelan taktikal tersendiri untuk mengesan ansur maju murid-murid.

2.5 Sistem APDM dan SSM – Kebenaran menggunakan komputer riba sekolah untuk tujuan mengisi dan melengkapkan maklumat murid ke dalam sistem.

2.6 Guru-guru tidak seharusnya sentiasa mengeluh, sebaliknya merenung jauh ke dalam diri untuk menjadi guru yang hebat. Jangan sekadar bekerja untuk mencukupkan masa.

2.7 Menasihati guru-guru agar sentiasa mengadakan perbincangan secara ilmiah dari masa ke semasa.

Page 2: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI

PERTAMA

3.1 Pencadang : Puan Jaysafina bt Mohd Bakir

3.2 Penyokong : Puan Zalmawati bt Musa

4) PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit

5) DOKUMEN MENGAJAR PRASEKOLAH

5.1 Fail dokumen mengajar haruslah mengikut susunan yang telah diselaraskani. Maklumat guruii. Surat Aku Janjiiii. Takwim Prasekolahiv. Senarai nama murid

5.2 Rancangan Pengajaran Tahunan menggunakan dokumen yang sama dengan tahun sebelumnya iaitu 2012 dan dilampirkan semasa hari pertama menghantar.

6) PENGURUSAN PANITIA

6.1 Berdasarkan pelan taktikal yang telah dibuat.6.2 Terdapat 5 program yang telah dirancang iaitu

i. Celik Hurufii. Bacalah Sayangiii. Actioniv. Bijak Prasekolahv. Mini Bestari Solat

6.3 Penggunaan Buku Kalam diselaraskan untuk program Celik Huruf.6.4 Program Action adalah dalam Bahasa Inggeris.6.5 Mini Bestari Solat dijalankan dua kali dalam setahun.

7) TAKWIM PRASEKOLAH

7.1 Lawatan7.2 Sambutan Hari Lahir.7.3 Aktiviti bulanan semasa perhimpunan.7.4 Bengkel Keceriaan (gotong royong bersama ibu bapa)7.5 Hari Pelaporan Prasekolah (Jun dan Oktober) menyelaraskan Buku Pelaporan.

8) PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

8.1 Skala perkembangan murid8.2 Senarai Semak8.3 Rekod Anekdot8.4 Rekod Berterusan

9) PENGURUSAN PRASEKOLAH

9.1 Ucapan terima kasih kepada PPM yang telah sama-sama membantu menyiapkan mural.9.2 Syor menyediakan sarapan yang berkhasiat kepada murid seperti susu, buah, sayur

Page 3: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

9.3 Air masak perlu sentiasa disediakan9.4 Makanan tidak perlu lebih pedas dan makanan yang tidak bertulang seperti ikan.9.5 Semasa murid makan, guru perlu ada bersama.9.6 Mengamalkan konsep ketertiban.9.7 Kalau ada kerosakan kena sentiasa update.9.8 Konsep 1 pinggan dan 1 cawan seorang murid.9.9 Bantuan daripada PPM diperlukan untuk kawalan murid semasa Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Pada jam 9.00 pagi, PPM seharusnya sudah selesai masak dan masuk ke dalam kelas. Begitu juga pada jam 11.00 pagi.

10) HAL-HAL LAIN

10.1 Bayaran sumbangan berjumlah RM10 sebulan bermula Januari sehingga November telah dipersetujui bersama ibu bapa dibayar sekaligus.

10.2 Tiada sebarang kutipan bayaran selain fotografi untuk hari graduasi.10.3 Setiap guru kelas perlu menyerahkan senarai nama dan tarikh lahir kepada penyelaras.10.4 SMPK sudah boleh dikemaskini dan SMM sebelum 20 Januari 2013.10.5 Setiap guru kelas perlu menyediakan buku komunikasi.10.6 Surat Perlantikan Jawatankuasa Pewaris Prasekolah 2013.10.7 Guru perlu mengemaskini data murid-murid yang sudah pernah bersekolah di sekolah yang lain

sebelum mendaftar ke Prasekolah SK Wira.10.8 Penyelaras mengakhiri mesyuarat dengan serangkap pepatah iaitu,

“ Jika belajar menerima kekurangan dan kelebihan, pasti hati menjadi tenang”.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….

(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)

Setiausaha Penyelaras

Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013

SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….

(HJH NORAZIZA BT SABARUDIN)

Pengerusi

Jawatankuasa Prasekolah 2013

SK Wira

Page 4: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI PERTAMA 2013.

TARIKH : 19 NOVEMBER 2012

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : KELAS PRA INTAN

KEHADIRAN :

1. PN NOORZURAINI BT AWANG2. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR3. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL4. PN YUSNI BT ABD KARIM5. PN ZALMAWATI BT MUSA6. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL7. PN HASLIDA BT MOHAMED8. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR

AGENDA MESYUARAT :

1) Yuran pendaftaran prasekolah tahun 2013.2) Orientasi prasekolah.3) Pemilihan buku kerja 2013.4) Pelan Taktikal & Pelan Operasi.5) Lain-lain

1) YURAN

1.1 Bayaran takaful RM1.50 dimasuhkan1.2 Sumbangan Januari sebanyak RM110 diteruskan1.3 Bayaran uniform diteruskan1.4 Cadangan dari Puan Zalmawati agar meminta pendapat dan persetujuan daripada ibu bapa untuk

mengutip wang sumbangan bulanan sekaligus semasa hari pendaftaran supaya tidak timbul masalah untuk bayar setiap bulan.

1.5 Penggunaan sampin dan tudung sekolah akan diseragamkan. Kata sepakat dicapai untuk memilih warna biru turquoise sebagai warna tema bagi tahun 2013. Oleh sebab itu bayaran akan ditambah daripada RM30 kepada RM40.

1.6 Bayaran fail peribadi murid RM6.1.7 Tag nama murid RM4.1.8 Hasil perbincangan telah sepakat menggunakan “Buku Kalam” digunakan untuk Tunjang

Komunikasi Bahasa Malaysia yang berharga RM20.1.9 Buku-buku untuk mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang berharga

RM10.1.10 Jumlah besar RM240

Page 5: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

2) ORIENTASI PRASEKOLAH

2.1 Sesi orientasi murid prasekolah akan diadakan pada 27 Disember 2012 iaitu hari Khamis.

2.2 Persiapan akan dilakukan pada 26 Disember 2012

2.3 Setiap PPM diminta menyediakan tanda nama sementara untuk murid-murid.

2.4 Tentatif program adalah seperti berikut :

i. Pendaftaran

ii. Taklimat daripada penyelaras

iii. Ucapan Penolong Kanan

iv. Perlantikan AJK Permuafakatan dan Bacaan Akujanji

v. Bayaran yuran

2.5 Pembentangan slide prasekolah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012

3) PEMILIHAN BUKU KERJA 2013

3.1 Hasil perbincangan telah sepakat menggunakan “Buku Kalam” digunakan untuk Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang berharga RM20.

3.2 Buku-buku untuk mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang berharga RM10.

4) PELAN TAKTIKAL & PELAN OPERASI

4.1Menggunakan pelan taktikal dan operasi tahun 2012 tetapi ditambah baik.4.2Mewujudkan program Bacalah Sayang dan Bijak Prasekolah.

5) LAIN-LAIN

5.1 Perancangan untuk menggunakan duit lebihan prasekolah.

Page 6: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

6) UCAPAN PENAGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM atas kerjasama yang diberikan dalam melicinkan perjalanan mesyuarat. Beliau berharap agar semua guru dan PPM bersikap komited dan menanamkan semangat keseronokan bekerja semasa menjalankan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….

(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)

Setiausaha Penyelaras

Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013

SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….

(HJH NORAZIZA BT SABARUDIN)

Pengerusi

Jawatankuasa Prasekolah 2013

SK Wira

Page 7: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KETIGA 2013.

TARIKH : 11 MEI 2013MASA : 12.30 TENGAH HARITEMPAT : KELAS PRA INTAN

KEHADIRAN :

1. PUAN MAIMON BT YUSOF2. PN NOORZURAINI BT AWANG3. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR4. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR5. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL6. PN YUSNI BT ABD KARIM7. PN ZALMAWATI BT MUSA8. PN HASLIDA BT MOHAMED

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH 1.3 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.1.4 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir pada

mesyuarat kali kedua ini.

2) UCAPAN PENOLONG KANAN TADBIR2.1 Terima kasih kerana menjemput menyertai mesyuarat.2.2 Mengucapkan tahniah kerana kelas prasekolah semakin ceria.2.3 PK meluahkan harapan untuk menang dalam setiap pertandingan yang disertai.2.4 Meminta maaf kerana terlepas pandang. Memita guru-guru prasekolah memberitahu dan

berbincang sekiranya terdapat masalah.

3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI PERTAMA

3.3 Pencadang : Puan Yusni bt Abd Karim3.4 Penyokong : Puan Yusni bt Abd Karim

4) PERKARA BERBANGKIT4.1 Tiada perkara berbangkit

5) PENGURUSAN PRASEKOLAH

5.1 SISTEM FAIL5.1.1 17 buah fail yang berkenaan telah diwujudkan dan sedang dikemaskini dari semasa ke semasa.

5.2 FOTOGRAFI PRASEKOLAH5.2.1 Menetapkan untuk menempah dari jurugambar yang sama.5.2.2 Menetapkan untuk menyediakan borang kepada ibu bapa untuk mebuat pilihan sama ada mahu gambar berserta frame gambar atau hanya mahukan gambar sahaja tanpa frame.5.2.3 Sesi fotografi akan diadakan pada bulan Julai.

Page 8: Contoh Minit Mesyuarat Prasekolah

5.2.4 Menetapkan gambar secara kelas tidak perlu memakai jubah konvo, hanya memakai baju hari Jumaat.5.2.5 Cadangan dari Puan Maimon untuk membuat jubah konvo untuk prasekolah.

5.3 PERTANDINGAN DAPUR EMAS5.3.1 Untuk penambahbaikan keadaan dapur, Puan Maimon mencadangkan membuat satu laporan kerosakan dan membuat surat kepada Bahagian Pembangunan Sekolah untuk meminta sumbangan.5.3.2 Setiap surat dan laporan yang dikemukakan perlu disertakan dengan gambar sebagai bukti.5.3.2 Penyelaras memaklumkan bahawa guru dan PPM boleh sama-sama membantu dan menyumbangkan idea.

5.4 BIJAK PRASEKOLAH5.4.1 Program akan diadakan pada 15 Jun 2013.5.4.2 SK Wira sebagai tuan rumah dan bertanggungjawab menyediakan dewan, backdrop dan siaraya.5.4.3 Senarai ahli jawatankuasa lain telah disiapkan berserta dengan perincian tugasan setiap jawatankuasa.

5.5 FUTSAL PRASEKOLAH5.5.1 Latihan sudah mula diadakan pada 13 Mei 2013.5.5.2 Latihan akan diadakan pada sebelah pagi. 5.5.3 Pertandingan Futsal Prasekolah Zon 2 akan diadakan di Ferro Futsal pada 22 Jun 2013.

5.6 GOTONG ROYONG5.6.1 Gotong-royong prasekolah akan diadakan sekali dengan gotong-royong perdana.

5.7 PERSEMBAHAN HARI GURU5.7.1 Berbincang untuk menetapkan Persembahan Pakaian Beragam sebagai persembahan untuk

hari guru.

6) HAL-HAL LAIN6.1 Penyelaras menyatakan bahawa dengan adanya pertandingan Anugerah Dapur Emas, PPM dapat

berbuat sesuatu yang lebih bermakna dan terancang pada sebelah petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)Setiausaha PenyelarasJawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….(PN MAIMON BT YUSOF)Naib PengerusiJawatankuasa Prasekolah 2013SK Wira