buku log praktikal

21

Click here to load reader

Upload: nurul-nadhirah

Post on 19-Jun-2015

4.898 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log Praktikal

Syukur ke hadrat Illahi dengan izinnya saya mampu menyempurnakan

” LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 2009/10. Saya ingin merakamkan

jutaan terima kasih terutamanya kepada

Page 2: Buku Log Praktikal

NAMA : NURUL SYUHAIDA BINTI MD. YUSOFF

NO. K/P : 860219-30-5168

TARIKH LAHIR : 19 FEBRUARI 1986

KOLEJ : KOLEJ RISDA MELAKA

JURUSAN : DIPLOMA SAINS PERTANIAN ( UPM )

NO. MATRIK : M03001040

SEMESTER : SEMESTER 5 2010 / 2011

ALAMAT : NO.24, JALAN 2/3, TAMAN PANDAN JAYA

75250 MELAKA

TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : PUSAT PERTANIAN PULAU

GADONG MELAKA

Page 3: Buku Log Praktikal
Page 4: Buku Log Praktikal
Page 5: Buku Log Praktikal
Page 6: Buku Log Praktikal

PUSAT PERTANIAN

PULAU GADONG

MELAKA

BAB 1

Page 7: Buku Log Praktikal

LATAR BELAKANG ORGANISASI

PELAN PEMBANGUNAN PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG, MELAKA

1. TUJUAN

Tujuan kertas ini adalah untuk menyediakan pelan pembangunan Kompleks

Pertanian Pulau Gadong sebagai pusat kecemerlangan di dalam pengamalan teknologi

pertanian, latihan dan destinasi pelancongan dan lawatan sambil belajar.

2. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG

Kompleks Pertanian Pulau Gadong adalah dibawah perkhidmatan persekutuan

terletak lebih kurang 9 km dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah. Pusat ini telah

dibuka pada tahun 1950’an dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Padi di kelolakan

bersama Jbatan Pertanian Negeri dan Persekutuan yang mana menumpukan kepada

aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih padi sehingga tahun 1970’an. Jenis tanah di

pusat ini adalah jenis asid sulfat. Pada masa ini, kompleks ini adalah dibawah pengurusan

kerajaan persekutuan yang mana telah menempatkan pegawai dan kakitangan Bahagian

teknikal Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Diantara Bahagian yang terlibat :

1. Bahagian Pembangunan Komoditi ( Bahagian Buah – buahan,

Bahagian Sayuran & Tanaman Ladang dan Bahagian Tanaman

Industri dan Ladang )

2. Unit Pengurusan Tanah

3. Unit Perlindungan Tanaman

4. Unit Pesticide

Setiap bahagian utama diketuai oleh seorang ketua. Fungsi utama kompleks ini adalah

sebagai pusat sumber teknologi pertanian, pengeluaran benih sayuran dan buah – buahan

dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada Jabatan Pertanian Negeri Melaka.

3. MAKLUMAT ASAS PERTANIAN

Page 8: Buku Log Praktikal

Status tanah pusat ini adalah “ tanah rizab Persekutuan atau “crown land”

dibawah Pekara 166(3), Perlembangan Persekutuan. Luas keseluruhan pusat ini adalah

42.32ha. Kompleks ini terletak di daerah Melaka Tengah. Peta lokasi Kompleks

Pertanian Pulau Gadong seperti lampiran 1, Peta kadestra seperti di lampiran 2.

Jenis tanah di kompleks ini adalah jenis asid sulfat, siri sedu dan siri carey. Tanah

jenis ini sesuai ditanam dengan kelapa sawit, koko, buah – buahan dan padi.

Pada amnya, pusat ini mengalami 1 atau 2 bulan musim kering setahun.

Mengalami musim hujan pada bulan Ogos dan September.

4. OBJEKTIF KOMPLEKS PERTANIAN PULAU GADONG :

Diantara objektif pembangunan pusat ini adalah :

1. Sebagai pusat pembelajaran teknologi tanaman khususnya mangga MA224,

Perladangan organik dan fertigasi secara hand – on..

2. Memberi sokongan pembangunan industri melalui perlaksanaan petak

pemerhatian, petak promosi dan ladang komersil.

3. Pusat pembiakan / pengeluaran bahan tanaman.

4. Pusat repository / tanaman ciku.

5. Pusat kecemerlangan latihan pertanian kepada pegawai, usahawan, dan murid

sekolah.

6. Inkubator usahawan belia dalam projek fertigasi.

7. Sebagai destinasi pelancongan pertanian.

5. STATUS SEMASA PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG.

Dibawah disertakan Peta Kawasan Kompleks Pertanian Pulau Gadong.

Page 9: Buku Log Praktikal

5.0.2 PENYATAAN MASALAH

Page 10: Buku Log Praktikal
Page 11: Buku Log Praktikal

2.0 JENIS – JENIS LATIHAN YANG DI JALANKAN

Page 12: Buku Log Praktikal

PEMBIAKAN ANAK POKOK BUAH - BUAHAN.

PENDAHULUAN

Anak pokok buah - buahan tempatan yang terdapat di negara ini boleh dibiakkan

dengan dua cara. Yang pertama ialah Mengawan dan yang keduannya Tak Mengawan.

Page 13: Buku Log Praktikal

Cara yang pertama hanyalah dilakukan dengan membiak daripada biji buah, manakala

cara yang kedua dilakukan dengan mencantumkan tunas atau ranting baka terpilih kepada

pokok penanti atau digalakkan perakaran ranting yang lebih dikenali sebagai Pembiakan

Tampang.

Pembiakan tampang mengandungi dua cara utama iaitu :

Dimana mata tunas atau ranting baka terpilih yang hemdak dibiakan

itu tidak dipisahkan daripada pokok asalnya sehinggalah cantuman

yang dibuat itu sempurna.

Dimana tunas atau ranting baka terpilih dipisahkan daripada pokok

asalnya dan dicantumkan kepada pokok penanti.

Cara yang pertama tadi termasuklah cantuman lidah, sandingan dan cantuman

pelana atau lain –lain lagi. Manakala cara yang kedua pula, termasuklah cantuman tepi,

cantuman baji, cantuman layang dan cantuman tunas seperti H, T, Forket dan sebagainya.

Disamping itu, cara pembiakan yang ketiga juga boleh dibuat iaitu dengan menggalakkan

ranting baka terplih mengeluarkan akar seperti tut dan keratan.

Page 14: Buku Log Praktikal

Tak Mengawan

Mengawan(semai dari

biji

Pembiakan Tampang

Cantuman Perakaran

Keratan Tut

Tunas atau ranting baka terpilih dipisahkan dari pokok asal dan dicantumkan kepada pokok penanti.

Cantuman TepiCantuman BajiCantuman LayangCantuman Tunas

- H, T, Forket dan Patch

Tunas atau ranting baka terpilih tidak dipisahkan dari pokok asal sehingga cantuman itu sempurna.

SandinganCantuman LidahCantuman Pelana

PEMBIAKAN

Page 15: Buku Log Praktikal

GAMBARAJAH 1 : PELBAGAI CARA PEMBIAKAN

Dalam melakukan cantuman pokok, pokok – pokok penanti diperlukan.

Pokok – pokok penanti yang digunakan hendaklah sesuai dan subur. Pokok penanti yang

sesuai digunakan ialah pokok yang berumur antara 6 bulan hingga 9 bulan. Manakala

kerja – kerja perakaran biasanya dibuat pada ranting – ranting pokok yang telah besar.

Semasa membuat cantuman, beberapa perkara perlu diberi perhatian :

1. Pokok penanti hendaklah sesuai dan subur.

2. Umur pokok penanti hendaklah antara 6 bulan hingga 9 bulan.

3. Ranting baka atau tunas hendaklah subur.

4. Ranting baka dan batang pokok penanti seelok – eloknya sama besar

bagi menjaminkan kejayaannya.

5. Ranting baka dan pokok penanti tidak mempunyai pokok pucuk muda

supaya pengaliran lembapan adalah pada kadar optima.

6. Perkakas yang digunakan hendaklah tajam dan bersih.

7. Jangan berlengah – lengah semasa membuat kerja – kerja cantuman.

Cantuman yang biasa dibuat adalah seperti berikut :

1. Sandingan

2. Cantuman Lidah

3. Cantuman Pelana

4. Cantuman Tepi

5. Cantuman Baji

6. Cantuman Layang

7. Cantuman Tunas - H

- T atau T terbalik

- Patch

- Forket

Page 16: Buku Log Praktikal

Alatan yang diperlukan.

Semasa membuat kerja – kerja pembiakan alat – alat dan bahan – bahan

hendaklah lengkap dan sesuai digunakan.

Cantuman

a) Pisau yang tajam

b) Plastik yang terang

c) Gunting pembiakan yang tajam ( secatcurs )

Tut

a) Pisau yang tajam

b) Plastik membalut yang terang

c) Tali rapia

d) Gunting

e) Kompos yang lembap

Keratan

a) Gunting

b) Hormon penggalak akar

Page 17: Buku Log Praktikal

Jenis latihan yang telah diberikan kepada saya semasa menjalani Latihan Industri di

Pusat Pertanian Pulau Gadong Melaka ialah melatih saya membiasakan diri untuk

membuat pembiakan anak pokok samaada buah – buahan atau bungaan.

Latihan pertama yang diajar adalah melakukan pembiakan melalui cantuman tepi.

Saya membuat cantuman tepi ini pada anak pokok mangga. Berikut adalah cara – cara

membuat cantuman tepi pada pokok mangga :

a) Cantuman Tepi

i. Batang pokok penanti yang subur ditorehkan pada tepi batangnya sedalam 1/3

bahagian batang itu. Panjang torehan itu lebih kurang 4 – 6 cm. Seeloknya