buku log kesukarelawan sswp1033

42
BUKU LOG AKTIVITI PELAJAR SSWP1033 KESUKARELAWANAN NAMA PELAJAR : ARIYANTI MURNI BINTI SALLEH NO.MATRIK : 221113 KUMPULAN : B BIRO & JAWATAN : TIMBALAN PENGARAH Bi l. Tarikh/ Masa/ Tempat Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah 1 5/3/2015, Khamis, 8.00 am, Di DKG 1/1. Pembentukan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi program KESUKARELAWAN (SSWP 1033). Pembentukan Jawatankuasa dimulakan dengan melantik jawatan tertinggi iaitu Pengarah Projek, Timbalan Pengarah Projek, Setiausaha dan Bendahari. Kemudiannya diikuti dengan pemilihan bagi Biro. JAWATANKUASA PELAKSANAAN SSWP1033 KESUKARELAWAAN Pengarah Projek Kathiravan A/L Thanabalan Timbalan Pengarah 1. Sebagai pembuka/ pengerusi majlis bagi proses pembentukan dan pemilihan ahli jawatankuasa. 2. Dilantik menjadi timbalan pengarah 3. Bersetuju dengan pemilihan- pemilihan jawatankuasa projek Dan cadangan program. Pembentukan Ahli Jawatankuasa merupakan salah satu inisiatif untuk menggerakkan program yang akan dirancang bagi kelas kesukarelawan ini. Kesemua perlantikan dijalankan dengan adil dan saksama mengikut persetujuan majoritI setiap pelajar dalam

Upload: unie-onie

Post on 12-Aug-2015

211 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

BUKU LOG AKTIVITI PELAJARSSWP1033 KESUKARELAWANAN

NAMA PELAJAR : ARIYANTI MURNI BINTI SALLEHNO.MATRIK : 221113KUMPULAN : BBIRO & JAWATAN : TIMBALAN PENGARAH

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

1 5/3/2015,Khamis,8.00 am,Di DKG 1/1.

Pembentukan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi program KESUKARELAWAN (SSWP 1033). Pembentukan Jawatankuasa dimulakan dengan melantik jawatan tertinggi iaitu Pengarah Projek, Timbalan Pengarah Projek, Setiausaha dan Bendahari. Kemudiannya diikuti dengan pemilihan bagi Biro.

JAWATANKUASA PELAKSANAANSSWP1033 KESUKARELAWAAN

Pengarah ProjekKathiravan A/L Thanabalan

Timbalan PengarahAriyanti Murni Binti Salleh

SetiausahaNurwajihah Binti Mansor

1. Sebagai pembuka/ pengerusi majlis bagi proses pembentukan dan pemilihan ahli jawatankuasa.

2. Dilantik menjadi timbalan pengarah

3. Bersetuju dengan pemilihan- pemilihan jawatankuasa projekDan cadangan program.

Pembentukan Ahli Jawatankuasa merupakan salah satu inisiatif untuk menggerakkan program yang akan dirancang bagi kelas kesukarelawan ini. Kesemua perlantikan dijalankan dengan adil dan saksama mengikut persetujuan majoritI setiap pelajar dalam kelas.

Kesukarelawan ditakrifkan sebagai satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan balasan dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Page 2: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bendahari Kelly Chong Khai Yee

Biro AktivitiRaja Nur Hafsah SarinaNorhawazi Binti HussainNurul Emyira Binti Mohd AmerLee Yuen Hou

Biro ProtokolWong Yin NieLoh Pei ShanChua Hui ShanSee Sing Jing

Biro MakananAsma Edayu Binti IsmailNur Fadilah Bin ZulkifliSiti Aishah Binti MohamadNor Arina Binti Sattar

Biro CenderamataAnanurolhanum Binti ZainolNorshaheera Binti Abdul HamidRaja Amirah Farhanah

Biro PenajaanSaili Surianie Binti Mohd Ilias

Hazirah Binti HamzahNur Amira Syafiqah

Nur Fatin 'AmirahBiro Tugas Khas

Chong Vee ChunNor Diana Binti Abd.HadiSuriza Masdura Binti Hussin

Saya juga telah membuat group facebook bagi kelas ini. Kesemua ahli sebanyak 29 orang termasuk Dr. Fatimah Zailly Ahmad Ramli iaitu Pensyarah SSWP 1033.

Selain itu, kita juga dapat mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai aktiviti kesukarelawan. Aktiviti ini juga penting untuk membentuk jati diri dan persiapan untuk kerjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, diharapkan penubuhan jawatankuasa ini akan berkerjasama dan berusaha untuk menjayakan program kesukarelawan ke Kampung Orang Asli.

Page 3: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Biro LogistikMohamad Najib Bin Zailan

Nik Azmi Bin Nik ManMuhammad Khairil Shadiq

Seterusnya, setelah selesai proses pembentukan jawatankuasa. Kami beralih kepada perbincangan program yang bakal dijalankan. Melalui perbincangan ini, terdapat 5 program yang dicadangkan oleh pelajar iaitu

1. Pusat Serenti2. Hospital Sakit Jiwa3. Rumah Pemulihan Akhlak4. Kg. Orang Asli5. Rumah Perlindungan OKU

Kemudian, undian telah dibuat bagi mengenalpasti program utama yang akan dipilih sebagai program kesukarelawan bagi semester ini. Terdapat 3 pilihan iaitu

1. Kg. Orang Asli2. Pusat Serenti3. Rumah Pelindungan OKU

Pilihan no 1 merupakan program yang dipersetujui oleh majoriti pelajar kelas.Akhirnya sekali, perbincangan diteruskan berkaitan dengan penetapan lokasi dan juga tarikh yang sesuai untuk menjalankan program ini.

Page 4: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

2 12/3/2015, Khamis,8.00 am,Di DKG 1/1.

Perbincangan mengenai keperluan yang diperlukan dalam kertas kerja.

1. Penetapan yuran bagi program kesukarelawan iaitu minimum RM50.

2. Mendapatkan persetujuan semua untuk membuat baju program.

Selain itu, perbincangan bersama semua ahli jawatankuasa di dalam kelas ini juga turut membincangkan mengenai aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan semasa di tempat program.

Biro aktivitiBiro aktiviti menerangkan serba sedikit cadangan aktiviti yang akan dijalankan bersama kanak- kanak di tempat program seperti :

1. Melukis2. Puzzle3. Sukaneka

Selain itu, Majlis tertinggi iaitu Pengarah, Timb. Pengarah, Setiausaha dan bendahari perlu menyiapkan paperwork dan juga menghubungi pihak kampung untuk mendapatkan persetujuan bagi melaksanakan program.Biro makananBiro makanan turut menyatakan cadangan mereka dalam penyediaan makanan iaitu menu sarapan pagi iaitu nasi lemak dan air mineral serta roti, manakala menu tengahari pula nasi, ayam

Saya sebagai Timbalan Pengarah telah membantu Pengarah untuk menggerakkan perbincangan di dalam kelas berkaitan dengan program kesukarelawan ke kampung Orang Asli.

Perbincangan tersebut dijalankan bagi mengenalpasti perkara- perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kelancaran program ke kg. Orang Asli.

Melalui perbincangan ini, semua biro akan mengetahui kerja yang perlu dilakukan oleh mereka bagi proses pelaksanaan program.

Melalui perbincangan ini dapat memupukkan nilai- nilai murni di antara ahli jawatankuasa seperti

1. Kerjasama2. Persefahaman3. Persahabatan4. Bertimbang rasa5. Semangat

kekitaan

Page 5: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

masak merah dan sayur campur serta air sirap. (Berkemungkinan menu tengahari akan dimasak bersama- sama penduduk kampung).

Biro penajaanBiro penajaan pula mendapat sedikit input daripada Dr. Fatimah untuk mereka cuba mendapatkan penajaan dari pihak Zakat Kedah dan segala penerimaan penajaan akan melalui Dr. Fatimah.

Biro logistik dan keselamatan Seterusnya, biro logistik dan keselamatan pula ditugaskan untuk mendapatkan mask dan juga sarung tangan serta first aids dari Pihak Kesihatan Universiti. Selain itu, mereka juga akan mendapatkan pengangkutan bus dari pihak uum.

Biro tugas khasBiro tugas khas juga akan menyediakan design untuk baju dan juga banner dan mendapatkan persetujuan ramai melalui group facebook.

Setiap biro mendengar penerangan mengenai tugas- tugas yang perlu dilaksanakan.

Page 6: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil.

Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

3 19/3/2015,Khamis,8.00 amDi DKG 1/1.

Perbincangan pada minggu ini dipengerusikan oleh Pengarah Projek, Kathi. Perbincangan dimulakan dengan agenda pertama iaitu mengenai kertas kerja. Pengarah projek memberitahu bahawa kertas kerja sudah diupload ke dalam facebook group dan Dr Fatimah akan meneliti dan memeriksa kertas kerja tersebut sebelum difaks ke JAKOA.

Seterusnya, agenda kedua perbincangan pada minggu ini adalah mengenai tema program kesukarelawan. Setelah menerima beberapa cadangan dari rakan- rakan dan membuat undian.Maka tema program ini secara rasminya adalah “ KAMI SAYANG KAMI BANTU".

Agenda yang seterusnya, mengenai penetapan baju bagi program kesukarelawan yang terbahagi kepada 3 perkara iaitu design, warna dan juga material. Dari segi design baju, kami sekelas bersepakat untuk memilih design yang direka oleh pengarah projek iaitu IAMVOLUNTEER.Seterusnya, Dari segi warna pula, masih belum ditentukan. Walau bagaimanapun, rakan- rakan telah memberi cadangan warna seperti

Ungu Hijau Dark blue

Manakala, dari segi material baju pula, semua bersepakat menginginkan material baju jenis

Saya juga telah membuat jadual pelaksanaan projek.

Dalam pemilihan tema program, saya bertugas untuk mengadili pemilihan tema program yang diutarakan oleh rakan- rakan dan turut bersetuju dan menyokong cadangan tema program iaitu

“ Kami Sayang, Kami Bantu”

Dalam pemilihan baju program, Saya turut

Budaya SukarelawanTerdapat 5 jenis budaya sukarelawan. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Perundingan dan PerbincanganDalam penubuhan Kesukarelawan Team B ini, perbincangan dan perundingan banyak dilakukan bagi memastikan semua sukarelawan berkerjsama memastikan kelancaran program yang akan dijalankan. Ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam menyumbangkan pendapat atau pandangan.

2. Nilai- nilai demokrasiSetiap kali keputusan bagi sesuatu pekara, kami menggunakan nilai demokrasi bagi menentukan sesuatu perkara secara adil dan saksama.

Page 7: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

jersi.Perbincangan diteruskan lagi dengan membincangkan tentang aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan. Perbincangan ini diketuai oleh Ketua Biro Aktiviti.

Ketua Biro Aktiviti menerangkan draf aktiviti yang akan dilaksanakan seperti aktiviti gotong royong, kebudayaan, LDK bersama kanak- kanak dan lain- lain. Ia juga ditambah dengan beberapa cadangan seperti mengumpulkan buku kanak- kanak untuk disumbangkan di tadika dan mengumpulkan telekung ataupun sejadah untuk disumbangkan di surau di perkampungan terbabit.

Seterusnya, Ketua Biro Logistik pula memberitahu perkembangan tugas mereka iaitu mereka telah mendapatkan borang permohonan bas dari unic. Manakala, untuk peralatan pula, mereka masih menunggu senarai peralatan dari biro-biro yang berkaitan.

Perbincangan ini disambung oleh Ketua Biro Makanan. Ketua Biro ini memaklumkan bahawa mereka telah menetapkan menu makanan.

Seterusnya, Ketua Biro Cenderamata pula, menyatakan bahawa hadiah kepada kanak- kanak akan diberi alat- alat tulis, untuk keluarga pula akan diberi hamper dan juga memberi sijil kepada pegawai JAKOA, KETUA KG & PELAJAR SSWP1033(B).

bersetuju dalam pemilihan design IAM VOLUNTEER bagi baju program.

3. Kemesraan PerhubunganDalam sesuatu pertubuhan sukarelawan, kemesraan antara ahli kumpulan sangat dititikberatkan bagi memastikan semua pihak berasa selesa dan seronok dalam menjalankan kerja dan juga memudahkan kerja- kerja berpasukan.

4. Tolong MenolongSifat atau sikap ini merupakan suatu budaya sukarelawan yang utama sama ada proses pra program mahupun semasa dan juga selepas program. Ia merupakan sebahagian budaya yang perlu ditonjolkan bagi setiap ahli kumpulan.

5. InformalitiDalam pertubuhan sukarelawan, kebanyakan interaksi adalah secara informal, bersahaja dan flexible. Ia lebih memudahkan pergerakkan kerja- kerja sukarela.

Page 8: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Akhir sekali, perbincangan ini diteruskan oleh Ketua Biro Penajaan. Mereka memberitahu bagaimana mereka mahu mendapatkan tajaan iaitu

IM4U UNIC KUTIPAN DALAMAN & LUARAN JUALAN KUTIPAN DERMA

Page 9: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

4 02/04/2015,Khamis,8.00 am,Di DKG 1/1.

Perbincangan pada minggu ini diteruskan dengan membincangkan mengenai tarikh program sama ada ingin ditundakan atau teruskan dengan tarikh yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, tempoh masa program yang dirasakan pendek dan sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka, AJK program sebulat suara tetap ingin meneruskan program seperti yang dirancang. Namun sekiranya terpaksa menukar tarikh, 15/5/2015 merupakan tarikh kedua yang akan digunakan.

Seterusnya, perbincangan beralih kepada pertanyaan kepada setiap biro mengenai perkembangan mereka dan juga sebarang menerima sebarang persoalan dari pihak biro.

Biro aktivitiMereka menyatakan bahawa aktiviti sukaneka yang ditulis di dalam tentatif tidak akan dijalankan atas sebab masa yang terhad dan aktiviti LDK dirasakan sudah memandai.

Biro tugas khasMereka akan membuat tempahan baju dengan kadar segera kerana semua sudah setuju dengan harga, jenis baju dan warna baju. Biro ini juga ditugaskan membuat design banner dan diminta upload ke group facebook secepat mungkin untuk dapatkan persetujuan.

Peranan saya pada ketika ini adalah menjadi tulang belakang pengarah projek dalam perbincangan ini, mencatat sebarang keperluan yang diperlukan oleh biro dan perkembangan semasa biro serta memberi pendapat atau pandangan yang boleh membantu Ahli JawatanKuasa dalam menyempurnakan tugas mereka.

Saya turut membantu dalam membuat hebahan menggunakan flyer ini di dalam group facebook yang lain bagi memastikan semua pelajar Universiti Utara Malaysia mengetahui tentang kutipan derma yang akan dijalankan ini.

Hak SukarelawanTerdapat beberapa hak sukarelawan. Antaranya adalah;

1. Mendapatkan penerangan yang jelas tentang sesuatu perkara atau kerja. Dalam perbincangan kali ini, semua ahli mengetahui mengenai pertukaran tarikh program.

2. Mendapatkan latihan dan bimbingan dalam menjalankan kerja- kerja sukarela. Dr. Fatimah telah memberi bimbingan dalam setiap perkara berkaitan dengan program kesukarelawan kami sama ada dari segi penyediaan kertas kerja dan sebagainya.

3. Terlibat dalam membuat keputusan. Dalam pembuatan keputusan pertukaran

Page 10: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Biro protokolMereka telah ditugaskan untuk membuat flyer kutipan derma. Maka, mereka juga diminta untuk upload design flyer ke group facebook untuk dapatkan persetujuan segera. Jenis kutipan derma seperti wang, voucher buku, baju, dan sebagainya.

Biro penajaanBiro ini juga diminta untuk mencari penajaan dan menghantar permohonan penajaan kepada pihak berkenaan.

Seterusnya, site visit dijangka akan diadakan pada hari sabtu (4/4/2015). Pengarah, timbalan pengarah dan bendahari akan ke sana.

Dalam perbincangan ini, Dr. Fatimah turut menyatakan bahawa terdapat kemungkinan 3 atau 4 pelajar mobaliti dari Indonesia akan turut serta dalam program ini.

Selain itu, Dr. Fatimah juga meminta pengarah atau timbalan pengarah untuk menghubungi pihak JAKOA untuk melihat perkembangan selepas menghantar kertas kerja.

tarikh. Semua ahli telah terlibat sama ada menyokong atau menolak cadangan pertukaran tarikh.

4. Didengar aduan dan keresahan.Setiap kali perbincangan diadakan setiap biro akan menjelaskan tindakan mereka dan mengadu atau meluahkan keresahan berkaitan tugas mereka.

Page 11: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

5 4/04/2015, Sabtu,10.00 am,Ke Ulu Legong, Baling.

Saya, bersama pengarah dan juga Bendahari telah bertolak dari UUM pada jam 10.00 pagi untuk pergi ke Ulu Legong, Baling.

Tujuan kami ke sana adalah untuk berjumpa En. Rosman (Tok Batin) di Kampung Orang Asli bagi membincangkan mengenai program kesukarelawan yang mahu diadakan di perkampungan tersebut.

Sepanjang berada dalam perjalanan, kami bertiga sempat memikirkan soalan- soalan yang bakal ditanya kepada Tok Batin tersebut.

Kami tiba di sana lebih kurang jam 12 tengahari, kunjungan kami disambut baik oleh Tok Batin. Semua pertanyaan yang diberikan, Tok Batin telah memberi maklum balas seperti yang diinginkan dan juga memberi beberapa cadangan bagi program kami.

Perbincangan yang lebih mendalam akan dibentangkan pada kolum seterusnya.

Pada ketika ini, saya telah mengajukan soalan- soalan yang dikumpul kepada Tok Batin. Antaranya :

Bilangan rumah di kampung tersebut? Keperluan apa yang diperlukan? Anggaran jumlah kanak-kanak di

kampung tersebut? Berkenaan aktiviti memasak Berkaitan dengan pemeriksaan

kesihatan Anggaran penduduk yang akan turut

serta pada hari program dijalankan?

Lawatan ini merupakan lawatan yang mengejut kerana kami tidak mempunyai nombor Tok Batin dan juga lokasinya.

Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk melihat kawasan yang akan dijadikan tempat untuk program kesukarelawan ini.

Kami pergi ke lokasi dengan berpandukan Navigation. Ia menunjukkan arah jalan untuk ke lokasi tersebut walaupun beberapa kali sesat. Akhirnya, kami sampai juga ke lokasi.

Page 12: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

6 6/04/2015,Isnin,8.00 am,Di DKG 1/1.

Perbincangan pada minggu ini diteruskan lagi dengan membentangkan mengenai site visit yang telah dijalankan oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan juga Bendahari pada sabtu yang lalu.

Perbincangan ini menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu bagi menjayakan program ini. Antaranya,

KeperluanTok Batin iaitu En. Rosman memberi pendapat bahawa sekiranya ingin menyediakan sumbangan berbentuk hamper lebih elok sekiranya ia merupakan barang keperluan harian seperti beras, gula dan sebagainya.

Jumlah PenyertaanMenurut En. Rosman, di perkampungan tersebut mempunyai kira- kira 70 buah keluarga. Walau bagaimanapun, pada masa program dijalankan berkemungkinan bahawa kita akan mendapat separuh daripada jumlah tersebut turut hadir menjaya program tersebut.

Aktiviti-aktivitiSemasa lawatan ke kawasan kampung tersebut, Pengarah telah menerangkan serba sedikit mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Menurut

Saya berperanan menyediakan slideshow berkaitan dengan lawatan ke tapak yang dijalankan. Terdapat beberapa gambar yang diambil semasa membuat lawatan tapak. Antaranya:

Kawasan surau,

Kawasan dewan,

Sukarelawan Komuniti

Kerja komuniti dilaksanakan dengan penglibatan komuniti (meliputi pemimpin dan anggota) secara sukarela. Sukarelawan komuniti yang terlibat aktif perlu dilatih untuk menyumbang kepada kepentingan atau faedah bersama. Sebagai sukarelawan komuniti mereka juga seharusnya mempunyai minat terhadap komuniti mereka dan sedia berkongsi dengan rela hati, ikhlas, dan tanpa mengharapkan ganjaran material.

Dalam menjadi sukarelawan komuniti, kita perlu mengenali komuniti sasaran. Kesukarelawan Team B telah menetapkan komuniti sasaran program

Page 13: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

En. Rosman, beliau mencadangkan supaya program ini turut membersihkan kawasan perkuburan islam sebagai salah satu aktiviti.

Seterusnya, En. Rosman juga akan turut membantu dari segi menghubungi pihak catering, mendapatkan khemah dan juga persetujuan pihak tadika untuk menjalankan usahasama dalam aktiviti LDK bersama kanak- kanak.

Dalam perbincangan ini, selaku timb.pengarah juga menunjukkan slideshow berkaitan keadaan di perkampungan Orang Asli semasa site visit dilakukan. Selain itu, perbincangan ini juga turut mendapatkan pendapat, persoalan dan juga perkembangan tugas setiap biro- biro.

Kawasan perkuburan,

kami adalah masyarakat Orang Asli, Ulu Legong, Kedah. Kami telah mengkaji dan mencari maklumat tentang komuniti ini melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli dan juga pencarian melalui internet.

Selain daripada itu, kami turut membuat lawatan ke tapak program bagi mengenali individu/ ketua kampung/Tok batin bagi komuniti Orang Asli bagi menjalankan kerjasama dalam aktiviti yang akan kami jalankan. Melalui pertemuan ini, kami telah meneliti keperluan yang diperlukan oleh komuniti, berapa ramai anggota- anggota komuniti dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan kerja dan lebih berkesan.

Page 14: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

7 20/04/2015,Isnin,8.00 am,Di DKG 1/1.

Perbincangan ini diketuai oleh Dr. Fatimah selaku pensyarah kursus. Beliau memulakan perbincangan dengan meminta setiap wakil biro untuk menerangkan perkembangan mereka.

Biro Tugas KhasPerbincangan dimulai dengan Biro Tugas Khas, biro ini menyatakan bahwa banner masih menunggu pengesahan tarikh program sebelum membuat penempahan. Bagi t-shirt pula, mereka sudah membuat tempahan dan akan menerima baju pada 23/4 ini. Dr. Fatimah meminta biro ini untuk menempah lagi 4 helai baju untuk pelajar mobaliti dari Indonesia yang akan menyertai program ini.

Biro PenajaanSeterusnya, Biro Penajaan menyatakan mereka akan menerima sumbangan dari PPA CAS dan juga hamper dari pihak koperasi. Bagi Biro Cenderamata pula, mereka ingin meminta duit untuk membeli frame untuk sijil yang akan diberikan kepada VIP dengan harga RM4.50 satu frame. Mereka juga mencuba mendapatkan sumbangan daripada pihak PPA COB dan kilang beras di kodiang.

Biro MakananSeterusnya Biro Makanan menerangkan bahawa mereka masih menunggu nombor telefon pihak

Sebagai Timb. Pengarah, saya telah memberi idea untuk Biro Logistik untuk cuba pinjam peralatan bagi kerja pembersihan daripada pihak UPSB sebelum keluar membeli peralatan untuk digunakan supaya menjimatkan kos.

Seterusnya, saya mencatat perkara-perkara seperti senarai nama orang kampung yang akan menerima sumbangan, tarian sewang akan ditaja oleh pensyarah, berkaitan logo JKKK dan anggaran makanan untuk orang kampung. Perkara tersebut memerlukan saya untuk menghubungi En. Rosman, Tok Batin Kampung Orang Asli, Ulu Legong.

Saya juga turut memberikan sejumlah wang kepada Bendahari sebanyak RM30.00 melalui kutipan yang saya lakukan di kelas- kelas saya.

Saya juga telah menetapkan bahawa pada selasa 21/4 akan diadakan perbincangan diluar kelas yang akan dihadiri oleh semua ketua biro. Ia bertujuan untuk melihat sejauhmana tindakan mereka untuk menggerakkan program, terutama dari segi kewangan dan juga pengesahan tarikh program.

Kepimpinan

Kepimpinan dapat didefinisikan sebagai proses dimana seorang individu mempengaruhi sekumpulan individu bagi mencapai matlamat.

Kepimpinan bertujuan untuk melahirkan suatu bentuk organisasi, kesepaduan atau pemuafakatan.

Kepimpinan juga mampu menyerlahkan potensi kumpulan dengan member peluang kepada ahli untuk menyerlahkan bakat mereka dalam menjalankan kerja sukarela.

Kepimpinan juga bertujuan untuk menangani sesuatu permaslaahan atau konflik dalam menjayakan program.

Page 15: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

catering di Ulu Legong untuk proses selanjutnya. Di samping itu, mereka turut berusaha mendapatkan sumbangan dari Cafe Pusat Islam (duit) dan Cafe Cengkeh (mineral & roti) serta telah mendapat RM100 dari tajaan luar.

Biro ProtokolBagi Biro Protokol pula, mereka memberitahu, mereka telah menerima 3 keping Voucher Buku bernilai RM150 dan sumbangan beberapa buah buku. Mereka juga ingin mengetahui jumlah VIP yang akan hadir pada hari berkenaan.

Biro LogistikSeterusnya, Biro Logistik pula menerangkan bahawa mereka telah cuba mendapatkan atau pinjam mesin rumput untuk digunakan pada aktiviti pembersihan.

Biro aktivitiBagi Biro aktiviti pula, mereka menyatakan bahawa mereka telah memasukkan senarai pembahagian kerja dan gambar yang akan digunakan untuk pertandingan melukis dan mewarna ke dalam Facebook. Selain aktiviti tersebut, mereka turut merangka aktiviti gubahan/hiasan dan teka- teki untuk program bersama kanak- kanak. Peralatan program mereka akan membeli sendiri berikutan saranan daripada Dr. Fatimah. Mereka juga telah memberi tugas kepada Biro Tugas Khas untuk menjaga bahagian senaman pagi.

Majlis TertinggiSeterusnya, Majlis Tertinggi iaitu Bendahari telah

Saya telah menghubungi En. Rosman berkaitan dengan tarikh dan juga beberapa soalan yang lain.

Page 16: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

memberitahu jumlah terkini kewangan yang terkumpul iaitu RM1702.40. Manakala Timb. Pengarah pula, bertugas untuk menghubungi En. Rosman (Tok Batin) berkaitan perkara- perkara yang perlu diketahui oleh biro- biro berkaitan.

Page 17: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

8 21/04/2015,Selasa,8.30 pm,Di Foyer Library.

Mesyuarat di luar bilik kuliah ini diadakan bertujuan untuk melihat sejauhmana perkembangan dari segi kewangan yang paling utama dan juga beberapa hal lain turut dibincangkan. Memandangkan hari program semakin dekat dan juga masih terdapat beberapa hal yang masih belum diselesaikan.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Majlis Tertinggi dan juga Ketua biro/ wakil biro.

Terdapat beberapa perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini.

Tarikh Kewangan Makanan Peralatan Cenderahati VIP

Perbincangan lebih mendalam akan dibincangkan dalam kolum yang seterusnya.

Saya telah memainkan peranan mengetuai perjalanan mesyuarat pada malam tersebut dengan membincangkan perkara-perkara penting yang diperlukan.

Saya juga mencatat perkara- perkara yang perlu ditanyakan kepada En. Rosman seperti berkenaan cat dewan, sewa kanopi dan juga kerusi serta meja.

Mesyuarat diluar kuliah perlu apabila terdapat keputusan yang perlu dibuat dengan segera.

Penglibatan ketua-ketua biro juga dilihat sangat memuaskan kerana mereka telah dating pada waktu yang ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa mereka merupakan individu yang menepati masa.

Selain itu, pandangan yang diutarakan oleh mereka juga sangat membantu dan berkesan dalam menjayakan program ini.

Setiap biro memberikan kerjasama dan pendapat/ pandangan yang bernas semasa membuat keputusan untuk menangguhkan program ke tarikh yang lain.

Page 18: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

9 23/04/2015,Khamis,8.00 am,Di DKG 1/1.

Pada perbincangan kali ini, ia lebih kepada menerangkan kepada semua pelajar berkaitan dengan mesyuarat luar pada 21/4 yang dijalankan oleh MT bersama ketua-ketua biro di Foyer Library.Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut;

TarikhMengikut perancangan awal, tarikh program adalah pada 24/4 ini. Namun, disebabkan masa yang singkat dan masih terdapat beberapa perkara yang masih belum dipenuhi seperti dari segi kewangan. Maka, pada mesyuarat tersebut, semua sepakat untuk menundakan program pada tarikh 15/5/2015.

Majlis TertinggiBendahari memberitahu jumlah kewangan terkini iaitu RM2069.00. Ia belum ditolak dengan bayaran untuk baju.

Biro MakananBiro ini telah menyenaraikan dan mengira kos perbelanjaan bagi makanan. Terdapat 2 pilihan iaitu A & B. Pilihan A merujuk kepada tempahan makanan bagi 180 orang dan pilihan B merujuk kepada tempahan makanan bagi 200 orang.Biro makanan turut memberitahu bahawa, mereka akan berbincang dengan Pusat Islam untuk

Mendengar masalah yang diadukan oleh biro logistik berhubung dengan tugas mereka.

NetworkingNetworking dikenali sebagai jaringan kerja atau jaringan perhubungan. Ia dilihat sebagai suatu rangkaian perkongsian, persefahaman dan juga kerjasama.

Ia juga melibatkan kegiatan atau tindakan yang dijalankan untuk mewujudkan perhubungan iaitu antara individu dengan individu, kumpulan dengan kumpulan dan juga organisasi dengan organisasi sama ada secara formal atau tidak.

Melalui program kesukarelawan Team B, jaringan perhubungan melibatkan ketiga-tiga jenis perhubungan tersebut.

1. Individu dengan individu merujuk kepada

Page 19: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

meneruskan meletakkan tabung derma di masjid memandangkan tarikh program telah ditunda.

Biro CenderamataBiro ini telah menerima 50 goodies bag daripada PPA CAS dan PPA COB sebanyak 60 goodies. Bagi pemberian hamper untuk keluarga Orang Asli, biro ini menetapkan senarai barangan iaitu tepung gandum, bihun, biskut dan gula. Mereka juga menerima 2 hamper berjumlah RM25.00 sumbangan daripada Koperasi COOP.

Biro PeralatanBiro ini menghantar surat permohonan pinjaman peralatan ke pihak PALAPES dan juga peralatan untuk karaoke akan dibawa oleh Pengarah, Kathi.

Biro ProtokolBiro ini menjelaskan mereka telah menerima 5 beg, 3 buku dan sejumlah baju yang agak banyak serta voucher bernilai RM200. Mereka akan menggunakan voucher tersebut untuk membeli peralatan mewarna dan juga buku untuk disumbangkan kepada tadika.

Biro aktivitiBiro ini membincangkan mengenai persembahan yang akan dijalankan dan juga perancangan sekiranya hari hujan pada hari program.

Menjawab pertanyaan dari biro makanan mengenai tempahan makanan.Ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh saya sebagai Timbalan Pengarah untuk menyelami dan beramah mesra dengan setiap biro bagi mewujudkan komunikasi dan hubungan yang baik serta mengetahui perkembangan tugas mereka.

Pengarah dengan Timbalan Pengarah atau Pengarah dengan ahli dan sebagainya.

2. Kumpulan dengan Kumpulan. Dalam menjalankan program ini, terdapat beberapa kumpulan dibahagikan mengikut biro. Sesetengah biro perlu berinteraksi sesama mereka dalam melakukan tugas.

3. Organisasi dengan Organisasi. Perhubungan ini wujud apabila organisasi kelas berhubung dengan pihak organisasi lain untuk menjalinkan usahasama atau mendapatkan sumbangan/ penajaan.

Page 20: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

2.30 pm,Di bilik Dr. Fatimah dan bangunan HEP

Saya dan Ketua Biro Logistik telah mengambil surat permohonan pinjaman barang daripada Dr. Fatimah untuk diberikan kepada pihak HEP. Walaubagaimanapun, pihak yang ingin kami temui tiada pada waktu tersebut. Oleh itu, kami telah meninggalkan pesanan dan juga kertas permohonan kepada pegawai yang bertugas di kaunter HEP.

Saya telah bersama- sama biro logistik pergi ke bangunan HEP untuk bertanyakan berkenaan dengan permohonan mendapatkan pinjaman peralatan bagi aktiviti gotong royong seperti penyapu, pencakar dan sebagainya.

Nilai tolong menolong atau kerjasama telah berlaku dalam proses ini. Sebagai sukarelawan, saya perlu bergerak bersama- sama mereka untuk menjayakan kerja atau tugas- tugas tersebut.

Page 21: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankanPeranan Anda

Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

10 7/5/2015,Khamis,8.00 am,Di DKG 1/1.

Pada perbincangan kali ini, setiap biro dikehendaki untuk menerangkan perjalanan tugas yang diberikan kepada mereka samada sudah tercapai atau tidak.

Biro CenderamataBiro ini melaporkan bahawa barangan seperti frame gambar dan juga sijil telah dibeli. Bagi penyediaan hamper pula, mereka telah menyenaraikan barangan iaitu gula, biskut dan juga bihun sahaja memandangkan tepung akan diberi oleh kumpulan A kelas kesukarelawan. Mereka telah menetapkan bahawa pemberian hamper kepada 50 keluarga sahaja.

Biro PenajaanBiro ini masih menunggu respon daripada pihak yang memberi penajaan. Pada ketika ini, Dr. Fatimah telah menyatakan kepada biro ini bahawa selasa (12/5/15) merupakan hari terakhir untuk menyelesaikan segala urusan berkenaan dengan penajaan.

Biro Keselamatan dan logistikBiro ini melaporkan bahawa peralatan gotong royong dan First Aids telah diterima. Dr. Fatimah juga meminta biro ini berhubung dengan pemandu bus berkenaan dengan masa dan tempat pengambilan pelajar.

Saya telah menghubungi Team A berkaitan dengan pengambilan barangan yang mereka ingin berikan kepada Team B.

Tanggungjawab Sukarelawan

Sebagai sukarelawan, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Antaranya, sukarelawan perlu mengikuti dasar atau peraturan seperti mengikut jadual pelaksanaan program yang telah ditetapkan, memaklumkan kepada Majlis tertinggi secara tidak dapat hadir dalam mesyuarat atau aktivti, meletakkan kepercayaan kepada Ahli JawatanKuasa yang dilantik,dan juga menyuarakan pandangan bagi mengatasi masalah sesuatu isu .

Peranan Sukarelawan Pembantu Pemdorong Penyusun Perunding Pemudahcara Penyelaras

Page 22: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Biro ProtokolBiro ini menjelaskan bahawa mereka akan membuat kutipan derma yang terakhir pada 8/5/15 dan akan membuat pembelian buku pada minggu depan. Biro ini juga ingin mengetahui siapa VIP yang akan hadir pada hari kejadian. Walaubagaimanapun, Kathi selaku pengarah menyatakan belum mempunyai sebarang pengesahan berkaitan kehadiran VIP.

Biro Tugas KhasBiro menyatakan mereka akan membuat tempeh banner pada hari ini.Biro ini juga meminta semua pelajar untuk mengisi borang jaminan diri dan menyerahkannya.

Akhir sekali, Dr Fatimah memberi cadangan supaya barangan yang diterima perlu diletakkan di satu tempat sahaja iaitu DPP MAS. Malahan, sebulat suara telah bersetuju untuk mengasingkan barang- barang pada hari selasa ini jam 11 pagi di Dewan DPP MAS.

Page 23: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

11 12/05/2015,Selasa,11.00 am,DPP MAS

Pada hari ini, bersama beberapa ahli kumpulan telah bersama-sama mengumpul barang- barangan dan juga peralatan di DPP MAS. Aktiviti ini telah berlangsung dari jam 11.00 pagi sehingga 2.30 petang.

Dalam pada masa yang sama, kami telah bersama- sama melakukan aktiviti pembungkusan. Beberapa ahli telah dibahagikan untuk menyiapkan pembungkusan iaitu pembungkusan goodies kanak- kanak, pembungkusan sumbangan berbentuk makanan harian seperti tepung, gula dan sebagainya dan juga pembungkusan baju terpakai.

Saya membantu mengangkat barang- barang seperti kicap, sos, gula, baju dan sebagainya pada hari selasa di DPP MAS untuk aktiviti pembungkusan.

Saya memulakan aktiviti pembungkusan bersama rakan- rakan kelas yang lain.

Aktiviti pembungkusan ini dijalankan dengan baik. Bak kata pepatah “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”. Begitulah gambaran pada ketika itu.

Di sini, saya dapat melihat siapa atau ahli yang mana betul-betul memberi komitmen yang penuh bagi menjayakan program.

Page 24: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

12 11/05/2015,Isnin,10.00 am,Di Kedai nasi lemak.

5.00 pm,Di Bilik YDP MPP.

Saya dan ahli biro makanan telah pergi survey harga nasi lemak di kedai berhampiran roundboard depan pintu masuk UUM dan juga ke kedai nasi lemak di LEGO UUM.

Kedai yang pertama mengatakan mereka boleh menyediakannya seperti yang diminta. Harga bagi sebungkus nasi lemak RM2.00. Jika tidak mahu ikan bilis, harga boleh kurang sebanyak RM1.70. Manakala, kedai yang kedua pula menyatakan mereka tidak dapat memenuhi tempahan kerana jumaat mereka cuti.

Saya telah pergi ke bilik YDP Majlis Perwakilan Pelajar untuk bermesyuarat mengenai sumbangan yang dimohon kepada mereka. Dalam mesyuarat tersebut, YDP bertanyakan berapa anggaran kewangan yang mahu disumbangkan dalam program kesukarelawan ini.

Saya menerangkan secara ringkas bahawa kewangan masih tidak mencukupi, namun bukanlah dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, YDP mengambil kata putus untuk menyumbangkan sebanyak RM200.

Saya turut serta bersama biro makanan untuk menyelesaikan berkaitan dengan tempahan untuk makan pagi semasa hari program berjalan. Sebanyak 35 bungkus nasi lemak akan ditempah oleh biro makanan melalui panggilan telefon dengan jumlah harga RM70.00.

Saya telah mendapatkan jawapan berhubung dengan permohonan sumbangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar.

Pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh sukarelawan dalam memastikan setiap peringkat pelaksanaan program berjalan seperti yang dirancang.

Kursus Sukarelawan ini mengajar saya untuk bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Malah, semangat dan juga kerajinan merupakan faktor utama berjayanya sesuatu perkara.

Page 25: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

13 14/05/15,Khamis,8.00 am,Di DKG 1/1.

Perbincangan ini merupakan perbincangan yang terakhir sebelum pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 15/05/2015. Dalam perbincangan ini, Dr. Fatimah mengingatkan semua pelajar untuk menetapi masa perjalanan seperti yang ditetapkan iaitu pada pukul 6.00 pagi, pelajar diminta untuk tunggu di perhentian bus di setiap dpp masing- masing. Selain itu, dari segi pemakaian pula, pelajar dibenarkan untuk memakai seluar jeans, kasut bertutup dan membawa ubat sendiri serta kelengkapan solat. Kemudian, Dr. Fatimah meminta Syahira untuk menjaga/ menguruskan pelajar- pelajar mobaliti dari Indonesia. Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan mendengar penggerakkan setiap biro.

Biro LogistikBiro ini menyatakan bahawa bas akan bertolak pada jam 6.15 minit ke laluan C, kemudian ke Varsity Mall dan seterusnya ke Kachi Mall serta mengambil Dr. Fatimah di Shell Merbau berdekatan Changlun. Dari segi peralatan semua telah lengkap.

Biro PenajaanBiro ini menyatakan bahawa pemohonan sumbangan daripada YB baling masih tiada jawapan. Selain itu, mereka menerima 48 botol kicap dan sos daripada Mudim.

Saya mendengar penerangan atau taklimat terakhir sebelum bertolak ke Ulu, Legong pada keesokkan harinya.

Prinsip-prinsip Bersukarela

Bersedia berkongsi

Tidak mengharapkan balasan

Setiap manusia boleh menyumbang

Kerja sukarela harus mengikut situasi dan keperluan

Tanpa pilih kasih atau fahaman.

Prinsip-prinsip tersebut telah diterapkan sepanjang proses perancangan dan pelaksanaan program kesukarelawan dijalankan.

Bentuk- bentuk kerja sukarela

Masa Idea Tenaga Fizikal

Page 26: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Biro Tugas KhasBiro ini menyatakan terdapat 2 orang pelajar yang belum memberi surat jamin diri. Selain itu, Dr. Fatimah meminta biro ini membawa surat tersebut pada hari program. Biro ini juga melaporkan mereka telah mengambil banner program yang ditempah.

Biro CenderamataBiro ini menerangkan bahawa hamper bagi 56 keluarga telah siap dibungkus pada hari selasa (12/5) begitu juga dengan hamper bagi kanak- kanak serta sijil dan frame bagi pihak vip telah siap.

Biro MakananBiro ini telah membuat tempahan nasi lemak untuk makan pagi dan menerima sumbangan 2 kotak air mineral dari café cengkeh. Manakala, makanan tengahari dan petang adalah seperti yang dirancang.

Biro ProtokolBiro ini telah menyediakan skrip ucapan VIP dan juga pengarah. Mereka juga telah menyediakan buku atur cara program.

Biro AktivitiBiro ini menerangkan tugas setiap pelajar semasa program tersebut berlangsung. Pembahagian kumpulan telah dibuat bagi memudahkan kerja.

BendahariBendahari turut melaporkan aliran kewangan masuk dan juga keluar secara terperinci .

Material Kepakaran/

Kemahiran Ilmu Pengetahuan

Bentuk- bentuk ini sangat penting dalam menjalankan kerja sukarela. Setiap ahli perlu memberi sepenuhnya komitmen dalam menjayakan program dengan menepati masa, memberi idea penambahbaikan, menyumbang tenaga, ilmu dan juga kepakaran serta material bagi melaksanakan program kesukarelawan di Kampung Orang Asli, Ulu Legong.

Page 27: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Bil. Tarikh/Masa/Tempat

Aktiviti yang dijalankan Peranan Anda Refleksi dan perkaitan dengan topik kuliah

14 15/05/2015,Jumaat,6.00 am,Di Ulu Legong, Baling.

Pada hari ini program “kami sayang, kami bantu” dijalankan di Ulu, Legong Baling. Kami bertolak dalam jam 7.15 pagi dari uum ke tapak program dan sampai lebih kurang jam 9.45 pagi.

Setelah sampai, semua pelajar berkerjasama mengeluarkan barang dan peralatan yang akan digunakan dan membawanya ke dalam surau. seterusnya, kami mengagihkan tugas untuk persiapan pembukaan program seperti mengasingkan barang aktiviti, mengangkat khemah kecil sebagai tempat PA system dan sebagainya.Setelah selesai, kami meneruskan aktiviti dengan majlis pembukaan daripada pengacara majlis iaitu Asma Edayu dengan membuka majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Khairil.

Seterusnya, pengerusi majlis memanggil Ustazah iaitu Bendahari JKKK untuk memberi ucapan alu-

Saya telah mengambil/ memeriksa kedatangan bagi setiap pelajar supaya tiada pelajar yang tertinggal.

saya bertugas untuk mengutip sampah di kawasan sekitar perkampungan Orang Asli.

Saya juga turut serta menjayakan aktiviti outdoor

Dalam menjayakan program ini terdapat beberapa cabaran dan halangan. Antaranya mendapatkan kerjasama penduduk kampung Orang Asli supaya menghadiri program kami, masa yang terhad kerana program ini hanya satu hari sahaja dari pagi sehingga petang dan juga komunikasi.

Kebanyakkan Orang Asli kurang memahami bahasa pertuturan saya mungkin kerana saya daripada negeri yang berlainan. Hal ini memerlukan saya bercakap sesuatu perkara lebih perlahan dan teratur serta berulang kali sehingga mereka memahaminya.

Oleh itu, bagi menghadapi cabaran dan halangan ini, sukarelawan seharusnya bersikap positif, mencari jalan dan juga tidak berputus asa untuk

Page 28: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

aluan.

Seterusnya ucapan dari Pengarah projek,

bersama kanak- kanak.

Pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna pada waktu petang.

Saya bersama rakan-rakan merakamkan detik

beramah mesra atau berkomunikasi dengan mereka.

Sebagai sukarelawan juga, kita perlu mengenalpasti sumber- sumber yang ada seperti kemahiran, kebolehan, minat, daya kreatif dan tenaga manusia yang ada bagi digunakan untuk menjayakan pogram.

Page 29: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Kemudian, diteruskan dengan senaman aerobik bersama kanak- kanak Orang Asli.

Setelah selesai senanam, aktiviti diteruskan seperti dalam tentatif iaitu aktiviti gotong royong mengikut pembahagian tugas yang diberi dan juga pertandingan mewarna dijalankan. Aktiviti ini dimulakan pada jam 11 pagi sehingga 1 tengahari.

istimewa sebagai sukarelawan.

Page 30: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Salah satu aktiviti gotong royong iaitu pembersihan di kawasan perkuburan,

Kemudian, kami berhenti rehat untuk solat zohor dan makan tengahari juga dibahagikan kepada penduduk kampung orang Asli.

Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti outdoor bersama kanak- kanak.

Page 31: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

Dan juga aktiviti karaoke bersama Orang Asli di Ulu, Legong di Baling,

Dalam masa yang sama, pembahagian hamper kepada setiap keluarga turut dijalankan oleh Dr. Fatimah selaku pensyarah kursus ini dan juga rakan- rakan yang lain.

Setelah aktiviti tamat, kami memberi hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan juga goodies gula- gula kepada semua kanak- kanak yang mengikut aktiviti yang kami jalankan

Page 32: Buku log Kesukarelawan SSWP1033

serta membahagikan makanan petang.Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan pemberian sijil dan hamper kepada Isteri Tok Batin kerana sudi meluangkan masa menghadiri program kami,

Aktiviti bergambar juga dijalankan bagi melengkapkan program ini sebagai gambar kenang-kenangan yang sangat manis.

Sebelum bertolak meninggalkan perkampungan ini, kami bersama- sama memastikan kebersihan kawasan sekitar dan juga mengemas peralatan yang digunakan seperti sedia kala.