buku log futsal
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

Minggu 1
Tarikh : 27 Februari 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : Pengenalan futsal
.
Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani
telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan diYMCA. Di Brazil, versi ini telah
dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini
telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu
badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de
Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA
telah diadakan di São Paulo, dengan tuan rumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut
mendahului Paraguay dan Uruguay.
Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal
International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de
Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football
Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga
gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi
dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan
futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang
membentuk pasukan lima-sebelah.
Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindak balas pantas, hantaran tepat dan
cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak
mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan
cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah,
memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola
itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

Minggu 2
Tarikh : 05 Mac 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : Peralatan, keperluan dan cara permainan
Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh
disesuaikan. Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai
parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan. Bola futsal dibuat dari kulit atau bahan
sintetik, saiz 4 untuk dewasa dan Size 3 untuk junior. Berat lebih ringan dari bola sepak biasa
400 – 440 gms. Ciri Khas ialah daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.
Kasut futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard), pastikan tapaknya dibuat daripada bahan getah
supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat. Diperkuat
dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut. Penghadang Kaki (Shinguard)
adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan. Bahan dan
mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas,
Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti
penebat seperti getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai. Gawang Gol serta ukuran 3 meter
0.75 m 2 meter 1m Pandangan dari depan Pandangan dari Sisi.

Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah berada di
kawasannya sendiri. Bola masuk atau keluar dimana bola dikira masuk sekiranya berada di
dalam kawasan permainan, kawasan “touchline” dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika
berada di luar kawasan- kawasan tersebut. Jaringan Dikira apabila bola melepasi garisan gol di
antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.
Minggu 3
Tarikh : 12 Mac 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) Kemahiran menghantar dan menyerkap
2) Peraturan dan undang-undang permainan (1,2,3,4 )
Pada minggu ini, pembelajaran kami diteruskan dengan Kemahiran menghantar dan menyerkap
Kemahiran menghantar sangat penting bagi seseorang pemaian Futsal. Hal ini demikian kerana,
pengantaran yang tepat kepada rakan dapat menguasai perlawanan dan memberi tekanan kepada
musuh. Tujuan pembelajaran ini adalah membantu para pelajar menguasai hantaran leret dengan
teknik yang betul dan kelajuan yang sesuai serta tepat ke sasaran. Teknik ini merupakan elemen
terpenting dalam perlawanan futsal.
Undang-undang 1, 2, 3, dan 4. Ia bertujuan untuk menjelaskan pemahaman serta pengetahuan
kami mengenai peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain dalam
permainan Futsal. Setelah diterangkan, barulah saya tahu bahawa futsal mempunyai undang-
undang yang sangat ketat dan tersusun.
UNDANG-UNDANG 1 (GELANGGANG PERMAINAN)
A) Dimensi Panjang : Minimum 25 meter
Maksimum 42 meter
Lebar : Minimum 15 meter
Maksimum 25 meter

UNDANG-UNDANG 2 (BOLA)
A) Ciri-ciri dan ukuran bola:
- Berbentuk sfera
- Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai
- Ukuran lilit tidakm kurang 62 cm dan tidak lebih 64cm
- Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan
permainan.
- Tekanan angina 0.4-0.6 atmosfera ( 400-600g/sm padu).
UNDANG-UNDANG 3 (BILANGAN PEMAIN)
A) Pemain-pemain
- Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan.
- Setiap pasukan mengandungi tidak lebih lima pemain dan salah seorang menjadi
penjaga gol.
B) Prosedur Penggantian :
Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan adalah tujuh. Bilangan penggantian
yang dilakukan di dalam sesuatu perlawanan tidak terhad. Pemain boleh digantikan dan
boleh kembali ke gelanggang sebagai pamain lain.
UNDANG-UNDANG 4 (ALATAN PEMAIN)
A) Peralatan Asas
- jersi atau baju,
- seluar pendek, jika seluar dalam ‘thermal’ digunakan, warnanya hendaklah sama
dengan warna utama seluar pendek.
- Stoking
- Shinguard
- alas kaki, hanya alas kaki yang diperbuat daripada ‘canvas’ atau kasut latihan dari
kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang
sama dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.

B) Penjaga Gol
- Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya
dengan pemain-pemain lain dan juga Pengadil.
- Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang
digunakan oleh pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh
nombor pemain tersebut.
Minggu 4
Tarikh : 19 Mac 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) Kemahiran menggelecek, menukar arah dan halaju
2) Peraturan dan undang-undang (5,6,7,8)
Pada minggu keempat, pembelajarn kami diteruskan lagi dengan kemahiran teknikal dalam
permainan Futsal. Kami diajar kemahiran untuk menggelecek, menukar arah dan had laju.
Saya semakin berminat untuk bermain futsal kerana dapat menguasai teknik mengelecek
dengan baik. Teknik ini diajar kepada para pelajar agar semua pelajar dapat menghasilkan
mengawal bola dengan baik. Kami diingatkan agar perlu mennyesuaikan diri dengan bola
terlebih dahulu. Kemudian membiasakan diri untuk menggunakan pelbagai bahagian kai
semasa mengawal bola. Sebelum itu, kami meneruskan sesi pembelajaran dengan penerangan
mengenai undang-undang 5, 6, 7 dan 8. Seperti sebelum ini, tujuannya adalah untuk
membolehkan pelajar mengaplikasikan setipa undang-undang yang dipelajari dalam permainan
Futsal dan mengadakan perlawanan dalam kumpulan.
UNDANG-UNDANG 5 (PENGADIL)
A) Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk
menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia
ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan
sehingga dia keluar.

B) Keputusan-keputusan Pengadil
Keputusan-keputusan pengadil terhadap sebarang fakta berkaitan dengan permainan
adalah muktamad. Pengadil dan pengadil kedua hanya boleh menukar sesuatu
keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, jika mereka berpendapat ia adalah
perlu untuk berbuat demikian, dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau
perlawanan ditamatkan.
UNDANG-UNDANG 6 (PENGADIL KEDUA)
A) Tugas-tugas
- Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang
yang bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel.
- Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-
undang Permainan dan Pengadil Kedua juga:
- Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku
perlanggaran undang-undang.
- Memastikan penggantian dilakukan dengan betul Jika berlaku gangguan yang tidak
wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil akan menamatkan tugas Pengadil
Kedua dan mendapatkan penggantinya dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa.
Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil akan
menamatkan tugas Pengadil Kedua dan mendapatkan penggantinya dan melaporkan
kepada pihak yang berkuasa.
UNDANG-UNDANG 7 (PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA)
A) Tugas-tugas
- Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik.
- Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di
sebelahan yang sama dengan zon penggantian.
- Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai
dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang
dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.

UNDANG-UNDANG 8 (JANGKAMASA PERMAINAN)
A) Tempoh Masa Permainan
- Perlawanan hendaklah dibahagikan kepada dua tempuh masa yang sama, iaitu 20
minit setiap satu.
- Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam
Undang-undang 7.
- Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan
penalti dibuat.
Minggu 5
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus :1) Amali kemahiran menanduk untuk pelbagai tujuan
2) Peraturan dan undang-undang (9-12)
Sesi pengajaran pada minggu ini dimulakan dengan amali kemahiran menanduk untuk
menjaringkan gol. Ia bertujuan untuk mempamerkan kebolehan menanduk untuk membuat
hantaran, kawalan, menjaring gol an untuk ‘clearance’. Menanduk bola ialah pemain A
membaling bola ke udara, manakala pemain B pula akan menanduk dan bola tersebut akan
ditangkap semula oleh pemaian A dengan menggunakna tangan. Seterusnya, menanduk
bola secara bergilir-gilir. Pemain A dan B akan saling menanduk bola antara satu sama lain.
Seterusnya , pensyarah menrangkan kepada kami lanjutan undang-undang dalam permainan
Futsal iaitu undang-undang 9, 10, 11 dan 12. Perlawanan antara kumpulan diadakan selepas itu.
UNDANG-UNDANG 9 (PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN)
Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan:
- pada permulaan perlawanan
- selepas satu gol telah dijaringkan
- pada permulaan separuh masa kedua perlawanan
- pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai.

UNDANG-UNDANG 10 (BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN)
A) Bola di Luar Permainan apabila:
- Keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di
udara.
- Permainan diberhentikan oleh pengadil.
- Ia menyentuh siling.
B) Bola di Dalam Permainan termasuk apabila:
- Ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang
- Ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang
UNDANG-UNDANG 11 (CARA MENENTUKAN JARINGAN)
A) Jaringan Gol
- Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan
apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol
dan di bawah palang gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis
dengan tangan atau lengan oleh seorang pemain pasukan menyerang, termasuk
penjaga gol.
UNDANG-UNDANG 12 (KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK
BERTERTIB)
Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bertertib adalah dihukum seperti berikut:
A) Sepakan Penalti
- Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan
salah satu dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira
kedudukan bola tetapi dengan syarat bola berada di dalam permainan.
B) Sepakan Percuma Tidak Terus
- Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol
melakukan salah satu dari kesalahan-kesalahan seperti :

- Setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak
oleh rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan
oleh pemain pasukan lawan.
- Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja
kepadanya oleh rakannya
Minggu 6
Tarikh : 02 April 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) Amali kemahiran menjaring menggunakan pelbagai bahagian kaki
2) Peraturan dan undang-undang permainan (13-16)
Seterusnya, sesi dilatihan pada minggu ini dimulakan dengan amali kemahiran menjaring
menggunakan pelbagai bahagian kaki. Kami diarahkan untuk membentuk barisan separa bulatan
di hadapan jaring gol. Setelah itu, seorang demi seorang akan menendang bola untuk
menjaringkan gol. Kami diajar teknik atau langkah yang perlu diambil bagi menghasilkan
tendanagn atau sepakan gol yang baik. Sebelum kami bermain dalam kumpulan, pensyarah kami
menyambung penerangan mengenai undang-undang permainan.
UNDANG-UNDANG 13 (SEPAKAN PERCUMA)
A) Jenis-jenis Sepakan Percuma
- Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan
itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak
tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan
oleh pemain lain.
UNDANG-UNDANG 14 (KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL)
Kesalahan terkumpul ialah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus yang disebut
di dalam undang-undang 12. Lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan setiap pasukan pada
tiap-tiap separuh masa adalah dicatatkan di dalam catatan perlawanan. Pengadil-pengadil boleh

meneruskan permainan dengan melaksanakan peraturan. Kelebihan jika pasukan itu belum lagi
melakukan lima kesalahan terkumpul dan pasukan lawan tidak digagalkan dengan peluang jelas
untukmenjaringkan gol.Jika masa tambahan dimainkan, kesalahan-kesalahan terkumpul daripada
tempoh kedua masih dikira. Sebarang kesalahan terkumpul semasa masa tambahan adalah
dicampurkan kepada jumlah keseluruhan pasukan daripada tempoh kedua.
UNDANG-UNDANG 15 (SEPAKAN PENALTI)
Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di
dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di
dalam permainan.Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklah
dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau
pada penghujung setiap separuh masa tambahan.
UNDANG-UNDANG 16 (SEPAKAN KE DALAM)
Sepakan ke dalam adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh
dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam boleh diberikan dalam keadaan:
- Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau
terkena siling.
- Dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi.
- Kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola.
Minggu 7
Tarikh : 16 April 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) Kemahiran menjaga gol
2) Peraturan dan undang-undang Permainan (17,18)
Pada minggu ini, kami diajar mengenai kemahiran menjaga gol. Kami diajar kemahiran asas
yang diperlukan dan perlu dikuasai oleh seorang penjaga gol yang baik. Untuk menjadi seorang

penjaga gol yang baik, ketangkasan pergwrakan serta pemerhatian yang tajam sangat penting.
Hal ini demikian kerana, panjaga gol perlu mengagak atau menjangka posisi yang mana akan
dijaringkan oleh pemain pihak lawan. Seterusnya, pensyarah menghabiskan sesi penerangan
mengenai undang-undang permainan iaitu undang-undang 17 dan 18. Setelah itu, kami bermain
dalam kumpulan seperti biasa.
UNDANG-UNDANG 17 (PENGHANTARAN GOL)
Penghantaran gol adalah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh
dijaringkan terus dari penghantaran gol. Penghantaran gol diberi apabila keseluruhan bola yang
akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang melintasi garisan gol sama ada di udara
atau di tanah dan gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang11.
UNDANG-UNDANG 18 (SEPAKAN PENJURU)
Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol boleh dijaringkan
terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan. Sepakan penjuru diberi kerana
keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di
tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11.
Minggu 8
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) Kemahiran ’shielding’ dan ’blocking’
2) Strategi dan taktik permainan futsal
Minggu ini, kami diajar mengenai kemahiran ‘Shielding’ dan ‘blocking’ . Kedua-duanya
adalah teknik untuk menghalang pihak lawan dari menembusi kawasan pertahanan gol.
Pada hari tersebut juga kami diajar mengenai strategi dan taktik permainan dalam Futsal.
Kedua-dua pengisian ini akan membolehkan para pelajar mempamerkan kebolehan
melakukan shielding dan kawalan bola dengan keyakinan yang tinggi. Selain itu juga,
menunjukkan kefahaman dalam strategi dan taktik permainan melalui gerakan-gerakan

yang mengelirukan. Taktik amat penting dalam apa jua permainan kerana ia mempengaruhi
kalah atau menang bagi sesebuah pasukan. Bagi menghasilkan taktik yang baik, kerjasama
anatar semua ahli kumpulan sangat penting. Setelah selesai diajar mengenai kemahiran dan
pelbagai taktik lain, kami diarahkan untuk bermaian dalam kumpulan dan mempraktikkan
apa yang diajar pada hari tersebut.
Minggu 9
Tarikh : 30 April 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) ’Restart’ dan ’set play’
2) Ciri dan kriteria pemilihan pemain futsal (Talent Id)
Pada minggu ini, pengajaran kami diteruskan lagi dengan ‘Restart’ dan ‘Set play’. Kami
diajar bagaimana untuk memulakan semula perlawana apabila bola telah keluar dari
gelanggang dan sebagainya. Pada hari tersebut juga, kami diterangkan oleh pensyarah
mengenai ciri dan kriteria pemilihan pemainan dalam permainan Futsal. Kebiasaannya,
pemain akan dipilih berdasarkan kecerdasan fizikal, ketangkasan, kecekapan dalam
mengawal bola dan sikap kerjasama sesame ahli kumpulan malah banyak lagi. Kesemua
ciri-ciri ini perlu ada dalam diri pemaian yang baik kerana ia amat mempengaruhi kejayaan
atau kemenangan sesebuah pasukan.
Pada minggu ke-10 ini, kami telah melakukan ujian amali futsal iaitu cara bagaimana
seorang pemain futsal itu dipilih. Ada tiga ujian iaitu pertama, kami perlu membawa bola
secara zig zag dari ujung gelanggang sehingga ke hujung gelanggang. Kedua, kami perlu
memasukkan bola menggunakan kedua-dua belah kaki, kaki kiri dan kanan. Ketiga, ujian
‘shooting’ atau menjaringkan gol. Setiap pelajar perlukan melakukan ketiga-tiga ujian ini
untuk lulus.

Minggu 10
Tarikh : 07 Mei 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : 1) Sistem permainan dan pergerakan pemain ketika menyerang dan bertahan
Formasi 1-2-1
Sistem formasi ini memiliki 1 orang pemain belakang, 2 orang pemain tengah, dan 1 pemain
sebagai penyerang. Pemain belakang menjadi benteng didepan gawang untuk menghalang bola
yang masuk ke garisan tengah dan garisan pertahanan. Dan pemain belakang juga berfungsi
untuk membangun serangan dari garisan belakang. Dua pemain diposisi tengah bertugas
memberikan keseimbangan permainan pasukan dalam bertahan dan menyerang. Pemain tengah
juga dapat berfungsi sebagai penyerang gol, dengan melakukan kerjasama dengan pemain depan.
Maka dari itu, formasi 1-2-1 juga dituntut untuk dapat menggantikan posisi pemain yang
meninggalkan pos mereka.
Formasi 2-2
Sistem formasi ini menempatkan 2 orang digaris pertahanan belakang, sedangkan 2 orang
pemain berada didepan sebagai penyerang. Keseimbangan permainan akan terasa karena jumlah
pemain penyerang dan pemain bertahan berjumlah sama. Pemain belakang harus disiplin untuk
menahan laju serangan dan menjaga daerah pertahanan dari ancaman gol musuh. Sedangkan
penyerang mempunyai tugas utama iaitu mencetak gol kegawang lawan.
Sebagai pemain belakang, dituntut untuk memberikan umpan-umpan matang ( passing ) kepada
pemain penyerang, saya disini sangat diperlukan supaya penyerang mendapat bola yang bagus
untuk ditendang menjadi gol.

Minggu 11
Tarikh : 14 Mei 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : Pengajaran mikro
Pada minggu ini, kami telah terlibat dengan pengajaran mikro mengikut jadual yang telah
ditentukan. Rasional pengajaran mikro ialah, pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam
menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan
berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan
Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum
dimaktab/institut perguruan di Malaysia.
Minggu 12
Tarikh : 21 Mei 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : Pengajaran mikro
Tujuan pengajaran mikro ini adalah untuk menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan,
dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri. Membolehkan guru pelatih menguasai
kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan. Membentuk pelajar membaiki
kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan
maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya. Agar pelajar
dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Mengurangkan ketegangan
yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.

Minggu 13
Tarikh : 28 Mei 2012
Masa : 8pagi – 10pagi
Tempat : Gelanggang serbaguna
Fokus : Ujian kemahiran
Minggu ini melakukan ujian kemahiran ia merangkumi semua ujian yang kami pelajari dari awal
hingga akhir. Kami dinilai dari pelbagai sudut untuk mendapatkan teknik yang betul dan tepat.
Diantara ujian yang kami jalani termasuklah membawa bola,menggelecek,menanduk,
menendang dan sebagainya. Akhir sekali pensyarah kami menilai dan member markah pada
setiap ujian yang kami lakukan.