buku log complete olahraga

34
PENGENALAN DAN PERJUMPAAN MINGGU PERTAMA Kursus olahraga diwajibkan kepada semua pelajar diploma sains ,diploma sains matematik,dan diploma teknologi makmal bagi semester 1 dan 2. Kursus ini didedahkan kepada pelajar dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan kemahiran asas dalam acara olahraga secara teori dan praktikal. Selain itu ia menimbulkan minat, memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan. Mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan suatu kejohanan balapan dan padang (olahraga) dengan jayanya. Pada minggu pertama perjumpaan iaitu pada 26 November 2011, waktu kelas bagi kumpulan saya iaitu kumpulan D adalah pada jam 10 pagi. Kami diperkenalkan dengan pensyarah kami iaitu Encik Mohd Rushdan bin Ainuddin. Kami didedahkan dengan rancangan instruksi dan corak pembelajaran sepanjang kursus ini. Melalui penerangan telah diberikan oleh pensyarah, kaedah pengajaran yang digunakan dalam kursus ini ialah sesi praktikal menggunakan kaedah demostrasi, latihan dan perbincangan. Prestasi pelajar pula dinilai melalui lima aspek iaitu kuiz, ujian kemahiran bagi acara lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, dan lari pecut. Setelah itu kami dikehendaki membentuk carta organisasi 1

Upload: skefadiuto

Post on 25-Jul-2015

502 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log Complete Olahraga

PENGENALAN DAN PERJUMPAAN MINGGU PERTAMA

Kursus olahraga diwajibkan kepada semua pelajar diploma sains ,diploma sains

matematik,dan diploma teknologi makmal bagi semester 1 dan 2. Kursus ini didedahkan

kepada pelajar dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan kemahiran asas dalam acara

olahraga secara teori dan praktikal. Selain itu ia menimbulkan minat, memahami dan

mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan. Mengaplikasikan kepegawaian dan

pengurusan serta dapat melaksanakan suatu kejohanan balapan dan padang (olahraga) dengan

jayanya.

Pada minggu pertama perjumpaan iaitu pada 26 November 2011, waktu kelas bagi

kumpulan saya iaitu kumpulan D adalah pada jam 10 pagi. Kami diperkenalkan dengan

pensyarah kami iaitu Encik Mohd Rushdan bin Ainuddin. Kami didedahkan dengan

rancangan instruksi dan corak pembelajaran sepanjang kursus ini.

Melalui penerangan telah diberikan oleh pensyarah, kaedah pengajaran yang

digunakan dalam kursus ini ialah sesi praktikal menggunakan kaedah demostrasi, latihan dan

perbincangan. Prestasi pelajar pula dinilai melalui lima aspek iaitu kuiz, ujian kemahiran bagi

acara lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh, dan lari pecut.

Setelah itu kami dikehendaki membentuk carta organisasi bagi setiap kumpulan.

Setelah berbincang selama hampir 30 minit, kami telah dapat melantik

pengerusi,setiausaha,bendahari, naib bendahari dan ahli jawatankuasa bagi kumpulan D.

Berikut adalah carta organisasi bagi kumpulan D:-

1

Page 2: Buku Log Complete Olahraga

BIL. JAWATAN NAMA

1. PENGERUSI Mohd Amirul Anuar Bin Mohd Tarmizi

2. SETIAUSAHA Camelia binti Syofian

3. BENDAHARI Erica Chung Fui Ying

4. NAIB BENDAHARI Muhammad Amirul Amsyar Bin Ab Razak

5. AHLI JAWATANKUASA:-

Gan Almaz

Gaythiri A/P Seenee

Nurasma binti Asaat

Priscilla Anak Nari

Syed Ahmad Wajeeh Bin Syed Sheikh

CARTA ORGANISASI KUMPULAN D

2

Page 3: Buku Log Complete Olahraga

MINGGU KEDUA

Pada 3 Disember 2011, seawal jam 8 pagi, semua pelajar yang mengambil kursus

olahraga CSP2071 dibawah kendalian Encik Mohd Rushdan dikehendaki berkumpul di tepi

Gimnasium untuk sedikit taklimat ringkas.

Selepas taklimat kami dibahagikan mengikut kumpulan masing- masing. Kami dike-

hendaki menjalani latihan olahraga selama 4 jam iaitu 2 jam untuk teori dan 2 jam untuk lati-

han kemahiran. Setiap kumpulan telah ditetapkan latihan iaitu acara lari pecut untuk kumpu-

lan A dan E, acara lontar peluru bagi kumpulan B, acara lompat tinggi bagi kumpulan C dan

acara lompat jauh bagi D. Setiap kumpulan diberi seorang instructor sebagai pembimbing.

Kumpulan saya dikehendaki membuat acara lompat jauh. Kami dibawa oleh

instructor ke lapangan lompat jauh. Sebelum itu, ketua kumpulan dengan beberapa orang

rakan dalam kumpulan dikehendaki mengambil alatan yang akan digunakan bagi setiap

latihan.

Pada 2 jam yang pertama kami diberi taklimat tentang acara lompat jauh. Instructor

menerangkan tentang teknik- teknik dan peraturan yang terdapat dalam acara lompat jauh.

Secara amnya terdapat empat fasa dalam acara lompat jauh iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan,

fasa layangan,dan fasa pendaratan.

Pada fasa penujuan,terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari

dari tempat permulaan ke papan lonjak. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama

dari titik permulaan meestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan

lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis,17-19 langkah untuk pelompat wanita

pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. Kelajuan bertambah sehingga sampai ke

papan lonjakan.

Fasa lonjakan memerlukan pergerakan tapak kaki adalah cepat manakala masa

lonjakan dan bengkokkan kaki hadapan diminimumkan. Pada fasa ini juga buku lali,lutut dan

pinggul diunjukkan sepenuhnya.

Dalam fasa layangan terdapat tiga teknik atau gaya lompatan iaitu gaya layar,gaya

3

Page 4: Buku Log Complete Olahraga

yang biasa digunakan oleh seseorang yang baru menceburi bidang ini. Gaya yang kedua ialah

gaya gantung iaitu gaya yang digunakan oleh kebanyakan pakar dan novis manakala gaya

yang terakhir ialah gaya tending kayuh iaitu gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Fasa yang terakhir ialah fasa pendaratan. Pada fasa ini apabila badan mula jatuh,

tangan dan kaki di rapatkan; tangan dan kaki di gerakkan ke hadapan. Bila tumit mula

mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian kehadapan.

Selepas rehat selama 30 minit, pembelajaran diteruskan dengan ujian kemahiran bagi

setiap pelajar. Setiap pelajar akan diuji dengan kemahiran lompat jauh yang telah dipelajari

pada jam yang pertama. Setiap pelajar diberi tiga kali percubaan, dan markah diambil pada

kali yang ketiga.

Setiap pelajar dalam kumpulan saya berjaya mengaplikasi kemahiran yang telah

dipelajari dengan sebaiknya. Kebanyakannya mendapat lebih dari 5 markah. Selepas semua

pelajar selesai membuat ujian kemahiran, kami dibenarkan pulang sekitar jam 11.30 pagi.

RINGKASAN BAGI ACARA LOMPAT JAUH

4

Page 5: Buku Log Complete Olahraga

CONTOH GAYA LOMPATAN ACARA LOMPAT JAUH

MINGGU KETIGA

5

Page 6: Buku Log Complete Olahraga

Pada minggu seterusnya iaitu pada 10 Disember 2011, sesi pembelajaran diteruskan

seperti minggu sebelumnya. Kami berkumpul seawall jam 8.00 pagi di berhampiran

gymnasium. Kami dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dikehendaki

menjalani latihan yang telah ditetapkan mengikut arahan instructor masing-masing.

Kumpulan saya dikehendaki membuat latihan lompat tinggi. Beberapa pelajar lelaki

dalam kumpulan saya dikehendaki mengambil alatan yang diperlukan untuk latihan. Kami

dibawa ke tempat latihan lompat jauh iaitu di Padang 12.

Seperti minggu yang sebelumnya, pada 2 jam yang pertama kami diajar secara teori

tentang acara lompat tinggi. Melalui pembelajaran yang disampaikan oleh instructor,kami

mengetahui lompat tinggi mempunyai lima gaya lompatan iaitu gaya gunting, gaya timur,

gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

Gaya gunting memerlukan pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak

dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada

dalam keadaan duduk berlunjur.

Gaya guling barat pula memerlukan pelompat penujuan ke palang adalah secara

bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat

dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat “berguling”

selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

Gaya pelana merupakan gaya yang hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat

menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke

bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

Gaya yang terakhir ialah gaya Fosbury Flop. Gaya ini merupakan gaya yang paling

popular selepas gaya gunting pada masa kini. Gaya ini bermula dengan fasa penujuan ke

palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang

dengan membelakangi palang.

Seperti acara lompat jauh, lompat tinggi juga mempunyai empat fasa lompatan iaitu

fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan.

Bagi gaya Fosbury Flop, pada fasa penujuan biasanya pelompat mengambil tujuh

hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah dalam bentuk

melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan

bahagian belakangnya dahulu.

Pada fasa kedua iaitu fasa lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja

6

Page 7: Buku Log Complete Olahraga

pelompat mengakhiri larian yang melengkng, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila

memijak tanda lonjakan yang semakin hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan

dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga

dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan

di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

Fasa yang ketiga ialah layangan dimana semasa di udara, pelompat menoleh ke

belakang (memandang palang) sambil melentikkan badannya. Tangan diletakkan di bahagian

sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan

membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Kedua-dua belah kakinya

diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada

palang dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa yang terakhir ialah fasa pendaratan iaitu serentak dengan mengangkat kakinya ke

atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat

ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat).

Ujian kemahiran dilakukan setelah kami diberi rehat selama 30 minit. Setiap pelajar

diuji sebanyak tiga kali dan diambil markah pada percubaan yang ketiga. Selepas semua

pelajar selesai membuat ujian tersebut, kami dibenarkan bersurai pada jam 11.30 pagi.

7

Page 8: Buku Log Complete Olahraga

CONTOH GAYA LOMPAT TINGGI

MINGGU KEEMPAT

8

Page 9: Buku Log Complete Olahraga

Pada perjumpaan yang ketiga diadakan pada 17 Disember 2011. Bertempat di tempat

yang yang sama iaitu berhampiran gymnasium, kami berkumpul seawall jam 8.00 pagi untuk

meneruskan pembelajaran mengenai acara yang telah ditetapkan.

Kumpulan saya iaitu kumpulan D, ditugaskan untuk acara lari pecut. Alatan untuk

acara lari pecut hanyalah blok permulaan. Kami diperkenalkan dengan alatan untuk acara lari

pecut dan cara menggunakannya.

Secara amnya terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk

pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan

blok permulaan.

Gaya dekam pula mempunyai tiga gaya permulaan , iaitu gaya peluru, gaya sederhana

dan gaya panjang. Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah sama, hanya

perbezaannya ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di garisan

permulaan. Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam

bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba, sama ada tinggi atau

rendah, masa bertindakbalas , kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabungkan semua

faktor tersebut. Dengan ertikata lain gabungan semua langkah dan prinsip-prinsip akan

menghasilkan kesan yang maksima.

Terdapat tiga fasa dalam acara lari pecut iaitu fasa permulaan,fasa sedia dan dan fasa

pecutan. Pada fasa permulaan terdapat tiga kedudukan iaitu pada kedudukan kegarisan,sedia

dan kedudukan berlepas.

Pada kedudukan kegarisan kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40

hingga 60cm dari garisan permulaan, manakala kaki belakang, pada jarak 40cm dari kaki

hadapan. Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang.

Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar. Bahu

hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan. Pelumba meletakkan kedua-dua

tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari lain tanpa

menyentuh garisan tersebut. Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak

atau luas bahu.

Kedudukan sedia memerlukan pelumba meletakkan lutut kaki hadapan pada

kedudukan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang

120 darjah daripada aras tanah. Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit

daripada bahu dan bahu pula haruslah lebih tinggi daripada kedudukan kepala. Manakala

kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua belah kaki menekan dengan kuat

pada blok permulaan dan pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan ‘ ke garisan’.

9

Page 10: Buku Log Complete Olahraga

Pada kedudukan berlepas pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru

kehadapan tanpa perlu menegakkan badan serta-merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua

kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan. Manakala tangan

dihayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan diri dari blok permulaan. Ini akan

mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 45 darjah bersudut daripada aras balapan, iaitu

dari kepala ke kaki.Seterusnya pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga

dari blok permulaan tetapi dalam kelajuan memecut.

Setelah mempelajari selok-belok dan peraturan yang terdapat dalam acara lari pecut

selama lebih kurang dua jam, kami diberi masa selama setengsh jam untuk berehat. Setelah

itu kami diuji dengan ujian kemahiran acara lari pecut mengikut peraturan yang telah

dipelajari pada jam yang sebelumnya. Setiap pelajar diuji dengan tiga aspek kemahiran iaitu

cara meggunakan blok permulaan, aspek pada kedudukan sedia dan aspek cara larian.

Markah keseluran bagi ujian kemahiran bagi acara lari pecut ialah 10 markah. Kebanyakan

ahli kumpulan saya berjaya mengaplikasikan kemahiran teori yang telah dipelajari dengan

sebaiknya. Setelah menandatangani kedatangan pada hari tersebut kami bersurai sekitar jam

11.30 pagi.

RINGKASAN BAGI ACARA LARI PECUT

10

Page 11: Buku Log Complete Olahraga

CONTOH GAYA LARI PECUT

11

Page 12: Buku Log Complete Olahraga

MINGGU KELIMA

Acara yang terakhir yang perlu kami jalani ialah lontar peluru. Kami menjalani

latihan pada 24 Disember 2011 bertempat di Padang 12. Kami berkumpul di sana pada jam

8.00 pagi.

Kami ditempatkan dalam kumpulan masing-masing dan dikehendaki mengikut

instructor masing-masing ke lapangan mengikut acara yang telah ditetapkan.

Kami dibekalkan dengan alatan untuk acara lontar peluru iaitu peluru ataupun dipanggil juga

bola besi.

Secara asasnya hanya terdapat dua teknik iaitu teknik meluncur dan teknik berputar.

Dalam teknik meluncur terdapat tiga fasa iaitu fasa persiapan dimana atlet perlu berdiri

dibelakang ring dengan punggung menghadap ke arah tempat yang ingin dilontarkan.Berat

badan ditumpukan pada kaki kanan ( untuk pelontar bertangan kanan ) dan atlit memegang

peluru dibawah dagu dan menggangkat tangan kiri untuk mengimbangi badan.

Fasa yang kedua ialah fasa meluncur iaitu atlet akan memberi tumpuan kepada kaki

kanan dan menggangkat badan untuk bersiap sedia untuk meluncur kebelakang.Atlit perlu

menendang kaki kiri kebelakang dan secara serentak kaki kanan digerakkan ke arah pusat

ring.Badan atlit tetap ditundukkan supaya memudahkan pergerakkan meluncur.

Fasa yang terakhir ialah fasa tolakkan. Atlit akan melontar dengan gerakkan berputar

pada kaki kanan kea rah sector lontaran. Pinggul diputar, dada didorong ke depan dan tubuh

di angkat ke hapadan. Manakala sisi tubuh bahagian kanan berputar ke depan mengelilingi

kaki kiri yang diluruskan dan tangan hendaklah diluruskan serta jari yang melontar akan

menyelesaikan tolakkan tersebut.

Dalam teknik berputar atlit perlu berdiri dengan kaki direnggangkan selebar jarak

bahu di belakang ring dengan punggung menghadap arah tempat yang ingin dilontarkan.Atlit

memegang peluru di leher. Kaki sedikit dibengkokkan dan pandangan serta tangan bebas

diarahkan ke belakang.

Pada fasa putaran atlet perlu Atlit akan berputar pada arah lawan jam dan kedua

telapak kaki ke arah pusat lontaran. Atlit akan terus berputar pada kaki kiri dan kemudiannya

bergerak melintasi garisan ring. Posisi tolakkan yang terjadi pada akhir putaran sama dengan

teknik meluncur. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dijulurkan ke depan dan kemudian

badan dibengkokkan pada pinggul ke arah belakang ring. Atlit akan berputar pada arah lawan

jam dan kedua telapak kaki ke arah pusat lontaran. Atlit akan terus berputar pada kaki kiri

dan kemudiannya bergerak melintasi garisan ring. Posisi tolakkan yang terjadi pada akhir

12

Page 13: Buku Log Complete Olahraga

putaran sama dengan teknik meluncur dan kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dijulurkan

ke depan kemudian badan dibengkokkan pada pinggul ke arah belakang ring.

Fasa yang terakhir dalam teknik berputar ialah fasa tolakkan iaitu kedua kaki berputar

dan diluruskan ke atas, menggerakan pinggul dan dada ke arah pusat lonatarn. Tolakkan

diselesaikan dengan meluruskan tangan dan jari. Setelah lontaran dibuat, atlit sering

melakukan gerakan reverse dengan cara yang sama dengan teknik meluncur.

Tedapat tiga aspek yang dikira dalam acara lontar peluru iaitu setiap peserta diberi

peluang dari tiga hinga enam lontaran/balingan.Setiap peserta telah membuat tiga

lontaran/balingan dan kemudian tiga terbaik daripada lapan peserta membuat tiga

lontaran/balingan berikutnya.

Dalam kejohanan, jarak kelayakan haruslah ditentukan dan pertandingan kelayakan bagi tiga

percubaan diadakan sebelum pertandingan sebenarnya.

Ujian kemahiran dijalankan kepada semua pelajar setelah kami diberi rehat selama 30

minit. Kami akan diuji mengikut teknik yang terdapat dalam acara lontar peluru iaitu teknik

meluncur. Kami dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil yang terdiri daripada tujuh hingga

lapan orang pelajar untuk satu kumpulan. Kumpulan pertama diuji terlebih dahulu diikutu

kumpulan kedua dan seterusnya. Walaupun dipanggil mengikut kumpulan, markah masih

diambil secara individu dan setiap pelajar dikehendaki menjalankan ujian kemahiran

tersebut.

Memandangkan hujan yang turun pada hari tersebut kami mempecepatkan ujian

kemahiran dan semua pelajar selesai menjalani ujian sekitar jam 11 pagi dan dibenarkan

pulang setelah selesai ujian.

13

Page 14: Buku Log Complete Olahraga

RINGKASAN ACARA LONTAR PELURU

CONTOH GAYA LONTARAN ACARA LONTAR PELURU

14

Page 15: Buku Log Complete Olahraga

MINGGU KEENAM

Perjumpaan pada minggu keenam iaitu pada 7 Januari 2012 hanya berkisar tentang

kejohanan yang akan dijalankan pada minggu yang terakhir memandangkan semua ujian

kemahiran telah selesai dijalankan. Penganjuran kejohanan merupakan acara wajib dan

merupakan kemuncak bagi kursus CSP2071.

Kami berkumpul seawal jam 8.00 pagi. Sementara menunggu kedatangan kesemua

pelajar, Encik Rushdan memberi sedikit ucapan ringkas tentang ujiankemahiran yang telah

kami selesai kami jalani. Beliau juga menegur sikap segelintir daripada kami yang tidak

menghadiri kelas dan tidak mengambil ujian kemahiran. Beliau mengatakan bahawa ujian ini

penting kerana ia akan dikira dalam peperiksaan akhir semester nanti.

Setelah semua pelajar berkumpul, perbincangan kami diteruskan dengan hal

kejohanan yang akan dianjurkan. Kami akan menganjurkan kejohanan olahraga merentas

desa.pelbagai hal – hal berkaitan telah dibincangkan antaranya ialah tentang ahli

jawatankuasa kejohanan, jarak laluan, makanan semasa hari kejohanan,dan hal – hal yang

berkaitan.

Hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan, setiap pelajar dikehendaki

membayar yuran kejohanan sebanyak RM10 kepada bendahari bagi setiap kumpulan. Hasil

daripada kutipan tersebut adalah untuk makanan dan keperluan lainpada hari kejohanan

tersebut.

Encik Rushdan juga telah menetapkan ahli jawatankuasa bagu kejohan tersebut. Berikut

merupakan tugasan bagi ahli jawatankuasa setiap kumpulan.

Kumpulan A :- Ahli jawatankuasa Teknikal

Kumpulan B :- Ahli jawatankuasa Kehakiman

Kumpulan C :- Ahli jawatankuasa Makanan

Kumpulan D :- Ahli jawatankuasa Kebersihan

Kumpulan E :- Ahli jawatankuasa Keselamatan

Kami diberi masa untuk berbincang tentang tugas yang telah diberikan. Ketika kami

dalam perbincangan, kami dibekalkan makan pagi iaitu roti dan air. Setelah itu kami

dikehendaki menandatangani kehadiran pada hari tersebut. Kami bersurai kira – kira jam 11

pagi.

15

Page 16: Buku Log Complete Olahraga

LAPORAN KEJOHANAN

MERENTAS DESA BAGI

PELAJAR YANG MENGAMBIL

KURSUS CSP2071

(OLAHRAGA)

TARIKH:- 11 FEBRUARI 2012-02-12

TEMPAT:- KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MASA:- 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

SASARAN:- PELAJAR DIPLOMA SAINS, DIPLOMA

SAINS (MATEMATIK) & DIPLOMA

TEKNOLOGI MAKMAL

16

Page 17: Buku Log Complete Olahraga

Kemuncak bagi kursus olahraga CSP2071 ialah penganjuran kejohanan. Pensyarah

kami iaitu Encik Rushdan telah menetapkan kami untuk menganjurkan kejohanan merentas

desa. Bagi memudahkan perjalanan dan pengurusan acara bagi kejohanan tersebut, kelima –

lima kumpulan iaitu kumpulan A,B,C,D dan E telah bergabung dan membentuk satu

jawatankuasa induk bagi kejohanan merentas desa yang akan dianjurkan.

Organisasi kumpulan A bertindak sebagai jawatankuasa teknikal manakala organisasi

kumpulan B bertindak sebagai jawatankuasa kehakiman. Bagi kumpulan C,D dan E

organisasi mereka masing – masing bertindak sebagai jawatankuasa makanan, jawatankuasa

kebersihan dan jawatankuasa keselamatan.

Berikut merupakan carta organisasi bagi Kejohanan Merentas Desa 2012 bagi pelajar

kursus CSP2071(diploma)

JAWATAN KUASA INDUK:

BIL. JAWATAN NAMA

1. PENGARAH Muhammad Hanif bin Yahya

2. PEN. PENGARAH

Frederick Juggo Anak Jugie

3. SETIAUSAHA Nuradibah binti Jaafar

4. PEN. SETIAUSAHA

Suraya binti Ashari

5. BENDAHARI L) Muhammad Khairul Sabirin bin IbrahimP) Norasma’ Ameena binti Mohd Hamzah

17

Page 18: Buku Log Complete Olahraga

JAWATANKUASA KEHAKIMAN:

Kumpulan B

JAWATANKUASA MAKANAN:

BIL. JAWATAN NAMA

1. PENGERUSI Khairul Amri bin Zulkeple

2. PEN. PENGERUSI Sharifah Shakinah Binti Syed Aziz

3. AJK Nabilah Binti Hasan

Mohd Iftar Johwan Bin Johny@ Hasbullah

Muhd Azim Syahmi Bin Kamaruddin

Coreen Lim Ai Lim

Nor Adiela Binti Razali

18

Page 19: Buku Log Complete Olahraga

JAWATANKUASA KEBERSIHAN

BIL JAWATAN NAMA

1. PENGERUSI Muhammad Amirul Anuar bin Mohd Tarmizi

2. PEN. PENGERUSI Camelia binti Syofian

3. AJK Erica Chung Fui Ying

Muhammad Amirul Amsyar Bin Ab Razak

Gan Almaz

Gaythiri A/P Seenee

Nurasma binti Asaat

Priscilla Anak Nari

Syed Ahmad Wajeeh Bin Syed Shiekh

JAWATANKUASA KESELAMATAN

Kumpulan E

19

Page 20: Buku Log Complete Olahraga

TENTATIF KEJOHANAN OLAHRAGA MERENTAS DESA 2012

TARIKH : 11 FEBRUARI 2012

TEMPAT : KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

8.00 pagi : Para pelajar mendaftar

8.30 pagi : Makan pagi

9.00 pagi : Senamrobik dan sesi memanaskan badan

9.45 pagi : Acara merentas desa dimulakan dengan pelepasan pelajar lelaki

10.30 pagi : Pelajar perempuan dilepaskan

11.15 pagi : Sesi penyampaian hadiah

i. Ucapan oleh pengerusi majlis

ii. Bacaan doa

iii. Ucapan oleh pensyarah, En. Muhd Rushdan bin Ainuddin

iv. Ucapan dan perasmian penutup oleh En. Wan, Pegawai Pusat

Kokurikulum UPSI.

v. Acara penyampaian hadiah untuk pemenang tempat pertama hingga ke –

10 untuk kategori lelaki dan perempuan

vi. Penyampai cenderahati kepada VIP

11.45 pagi : Makan tengahari

12.00 tengahari : Bersurai

20

Page 21: Buku Log Complete Olahraga

SENARAI PEMENANG KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Kategori lelaki

JOHAN : Mohamad Syahril B.Taib

NAIB JOHAN: Muhammad Khairul Sabirin Bin Ibrahim

TEMPAT KE – 3 : Ichsan Azhari B. Mohd Aras

KE – 4 : Mohamad Zulfikri B. Mat jusoh

KE – 5 : Muhammad Faiz Azeeim

KE – 6 : Muhammad Hafiz Bin Shahrin

KE – 7 : Muhammad 'Alim B.Zainaldin

KE – 8 : Ahmad Zamzuri Muhammad

KE – 9 : Muhammad Fiqry B.Zolkofili

KE – 10 : Syed Ahmad Wajeeh bin Syed Shiekh

Kategori perempuan

JOHAN : Nik Nurhasni binti Awang

NAIB JOHAN: Nur Abilah Anis Bt. Mohd Hanafi

TEMPAT KE – 3 : Nur Aliah Amira Bt.Affandi

KE – 4 : Noor Syaheerah Syazwani Bt.Surya

KE – 5 : Najwa Syarina Mohd. Nasir

KE – 6 : Siti Nor Farahieda bt Mohd Asri

KE – 7 : Priscilla Anak Nari

KE – 8 : Ivy Esther See

KE – 9 : Noraine Bt. Abgar

KE – 10 : Wan Nurhamizah Bt. Abdul Rahman

21

Page 22: Buku Log Complete Olahraga

PENUTUP

Kejohanan olahraga merentas desa 2012 yang bermula seawal jam 8.00 pagi berakhir

dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari. Semua pelajar berasa gembira dengan pengakhiran

yang baik tanpa sebarang masalah yang timbul.

Objektif kejohanan iaitu berfikiran secara kritis dan kreatif serta berani buat

keputusan semasa kejohanan.Bekerjasama dan bantu rakan sebaya dalam pengelolaan

kejohanan dan mempamerkan etika profesional ketika menjalankan tugas sepanjang

kejohanan dapt dicapai dengan cemerlang.

Hal ini dapat dilihat dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa dan pelajar dalam

memastikan kejohanan yang julung – julung kali diadakan ini dapat berjalan seperti yang

dirancang.

Disamping itu, pelajar juga dapat mempelajari kemahiran dan pengalaman baru

berkaitan penganjuran kejohanan. Walaupun kebanyakan daripada ahli jawatankuasa yang

dilantik tidak mempunyai pengalaman dalam penganjuran apa – apa kejohanan pun sebelum

ini. Pengalaman sebegini amat berharga bagi seorang pelajar apabila mereka telah berada di

alam pekerjaan kelak.

Dengan berakhirnya kejohanan merentas desa 2012 bagi pelajar kursus CSP2071 ini,

maka berakhirlah sudah kursus olahraga CSP2071 bagi pelajar diploma pada semester 2 bagi

sesi 2011/2012. Semoga ilmu yang diperleh sepanjang pembelajaran kursus ini dapat

digunakan dengan sebaik – baiknya apabila kami melangkah keluar dari universiti ini.

22

Page 23: Buku Log Complete Olahraga

LAMPIRAN

PETA LALUAN MERENTAS DESA 2012

23

Page 24: Buku Log Complete Olahraga

24

SESI SENAMROBIK

ACARA MERENTAS DESA KATEGORI LELAKI

ACARA MERENTAS DESA KATEGORI PEREMPUAN

Page 25: Buku Log Complete Olahraga

25

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH(JOHAN KATEGORI LELAKI)

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH(JOHAN KATEGORI PEREMPUAN)

PENYAMPAIAN CENDERAHATI