buku log ppim (ika)

Upload: adlin-afiqah-roslan

Post on 08-Jul-2015

4.231 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

BIODATA DIRI NAMA: ADLIN AFIQAH BINTI MOHD ROSLAN NO. KAD PENGENALAN: 950120-14-6522 UMUR: 16 TAHUN TARIKH LAHIR: 20 JANUARI 1995 TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR SEKOLAH: MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA ALAMAT SEKOLAH: MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA, JALAN SIMPANG KERAYONG, 77000, JASIN, MELAKA. ALAMAT RUMAH: NO. 6 JALAN P16B/2, PRESINT 16, 62150 PUTRAJAYA.

LATAR BELAKANG PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteriputeri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T SEJARAH

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

FALSAFAH Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berkaian seragam yang bergerak pada peringkat kebagsaan , negeri dan daerah di institud pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijlankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri kearah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

OBJEKTIF Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun Pergerakan Puteri Islam Malaysia menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli dari kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan institusi pengajian tinggi, maka Pergerakan Puteri Islam Malaysia menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keprihatinan diri masing-masing seperti berikut:Objektif di Peringkat Sekolah Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang

Taat kepada Allah, Raja dan Negara Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. 1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat. 1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Objektif di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Kerajaan dan Swasta) Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan, disamping memperkukuhkan segala apa yang termaktub di dalam 4.1 di atas adalah juga untuk:2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara. Menguasai berbagai bidang ilmu. Berakhlak mulia. Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan

berketrampilan. 2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara. 2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat. 2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

Objektif di Peringkat Luar Sekolah (Skuad Puteri) 3.1 Untuk membimbing ahli-ahli Skuad Puteri malalui satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu mereka melalui daya usaha sendiri, untuk mengembangkan kemampuan supaya dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan cara ini, puteri berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. 3.2 Untuk membantu ahli-ahli Skuad Puteri membuat penyesuaian dan sosioekonomi dengan keadaan persekitaran 3.3 Mengalami kesulitan-kesulitan yang menggangu klien atau masalah yang dihadapi oleh klien supaya memahami keperluan klien dan seterusnya memberi bantuan. 3.4 Bagi membentuk sifat-sifat sosial yang positif dan menggalakkan puteri berfikiran secara rasional. 3.5 Membiasakan diri ahli puteri dengan budaya kerja berdisplin yang

maksima agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah. 3.6 Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan puteri ke tahap yang paling optima. 3.7 Mewujudkan serta merapatkan perhubungan yang sihat di antara ahli-ahli Skuad dengan masyarakat atau kelompok klien yang siknifikan, untuk menyelami dan mengenalpasti keperluan kedua-dua belah pihak. 3.8 Menggalakkan integrasi masyarakat melalui kerja-kerja yang ditangani bersama untuk warga Malaysia demi keutuhan Negara tercinta.

MATLAMAT Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

VISI Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui programprogram yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

LOGO

PENGERTIAN LOGO Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :o PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri o PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin PENGERTIAN WARNA Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama o Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

PAKAIAN

Baju Kawad

Baju Pemimpin

Baju Puteri

Baju Riadah

BENDERA

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan o Setiap upacara rasmi o Tatacara Perjumpaan Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan Bendera Malaysia Bendera PPIM

Bendera Negeri

SULUH KATA

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia berikrar akan: P atuh kepada ibubapa U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith T aat kepada Allah dan Rasul E rat ukhwah Islamiyah R ela berbakti kerana Allah I man dipupuk ilmu dituntut I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna ilayhi rajiun) S olat ditunai setiap waktu L arangan Allah dijauhi A khlak mulia pengukuh keimanan M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan

LAGU

IKRAR PUTERI