buku log tenis full 2013

72
1 1.0 PENGENALAN Tenis merupakan satu sukan yang boleh dimainkan antara dua pemain (singles) atau antara setiap dua pemain yang bertindak sebagai satu pasukan (double). Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan. Tenis berasal dari United Kingdom pada lewat kurun 90- an sebagai “tenis halaman rumput” yang mana mempunyai kaitan rapat kepada pelbagai permainan padang/halaman rumput serta kepada permainan tenis dahulukala. Selepas penciptaannya, tenis terkenal sehingga ke kelas atasan Inggeris sebelum berkembang di seluruh dunia. Tenis merupakan salah satu acara dalam sukan olimpik dan dimainkan oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur. Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa yang tahu memegang raket, termasuk orang yang berkerusi roda. Peraturan permainan tenis masih tidak berubah sejak dari tahun 1980. Dua pengecualian iaitu pada 1908 hingga 1960 yang mana seorang pemain harus meletakkan kaki di atas tanah pada setiap masa, dan pengenalan tie break pada 1970. Penambahan terkini kepada pemain tenis

Upload: zetty-hassim

Post on 29-Dec-2014

207 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Buku Log tenis dan kemahiran asas :)

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log Tenis Full 2013

1.0 PENGENALAN

Tenis merupakan satu sukan yang boleh dimainkan antara dua pemain (singles) atau

antara setiap dua pemain yang bertindak sebagai satu pasukan (double). Tenis ialah satu

permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di

dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki

dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama

yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain

itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Tenis berasal dari United Kingdom pada lewat kurun 90-an sebagai “tenis

halaman rumput” yang mana mempunyai kaitan rapat kepada pelbagai permainan

padang/halaman rumput serta kepada permainan tenis dahulukala. Selepas penciptaannya,

tenis terkenal sehingga ke kelas atasan Inggeris sebelum berkembang di seluruh dunia.

Tenis merupakan salah satu acara dalam sukan olimpik dan dimainkan oleh masyarakat

dari pelbagai peringkat umur. Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa yang tahu

memegang raket, termasuk orang yang berkerusi roda. Peraturan permainan tenis masih

tidak berubah sejak dari tahun 1980. Dua pengecualian iaitu pada 1908 hingga 1960 yang

mana seorang pemain harus meletakkan kaki di atas tanah pada setiap masa, dan

pengenalan tie break pada 1970. Penambahan terkini kepada pemain tenis profesional

ialah penggunaan teknologi elektronik bersama satu system cabaran.

Tenis dinikmati oleh berjuta pemain yang berekreasi bersamanya dan juga

merupakan satu sukan yang terkenal di sleuruh dunia, terutamanya empat kejohanan

Grand Slam : Kejohanan Terbuka Australia, Kejohanan Terbuka US, Kejohanan Terbuka

Perancis dan Kejonanan Wimbledon.

2.0 Sejarah dan Perkembangannya

Page 2: Buku Log Tenis Full 2013

Ada beberapa pendapat tentang asal usul tenis. Ada yang menyatakan ianya berasal dari

negara Perancis pada kurun ke 11 yang dikenali sebagai “jeu de paume” yang bermakna

“Main dengan tapak tangan.” Bola yang digunakan ialah kulit kambing biri-biri yang

digumpal dan bola mesti melepasi tali seperti jaring badminton. Ada pula yang

mengatakan ia berasal dari England pada kurun ke 19 dan dimainkan oleh orang atasan

yang dikenali sebagai ‘real tennis’ atau ‘Royal Tennis’.

Harry Gem dan kawannya Augurio Perera telah mereka satu permainan yang

menggabungkan elemen-elemen raket dan permainan bola lisut pelota, yang dimainkan di

Birmingham, United Kingdom. Pada 1972, bersama dua orang doctor, mereka menemui

kelab pertama tenis dunia di Leamington Spa. Suruhanjaya Leamington telah

merekodkan satu kejohanan pertama tenis yang diadakan pada 23 Julai 1884 di Dewan

Shrubland. Walau bagaimanapun, pada Disember 1873, Major WC Wingfield seorang

pegawai tentera British telah mengubahsuai dan mengasaskan permainan ini berdasarkan

real tenis yang dimainkan di gelanggang rumput, reket seperti reket badminton dan jaring

setinggi 2.13m. Dari tarikh 1874 inilah tennis terus berkembang dan popular sehingga

kini.

2.1 Permainan Tenis di Malaysia

Permainan tenis diperkenalkan ke ngara kita pada awal abad ke-20 , walaupun ada pihak

yang berpendapat ia datang lebih awal lagi . Pada peringkat awal , ia hanya dimainkan

oleh orang-orang Inggeris dan kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Persatuan Tenis

Malaysia ( LTAM ) ditubuhkan pada tahun 1921 dan bergabung dengan persekutuan

Tenis Antarabangsa pada tahun yang sama. Kejohanan tenis pertama di negara ini

diadakan pada tahun 1921. Empat tahun kemudian kejohanan terbuka bermula. Pengaruh

pertandingan Piala Davis yang dianjurkan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa telah

menjalar ke negara kita , dan pada tahun 1953 pertandingan antara negeri yang sama

formatnya dengan Piala Davis, bermula, iaitu bagi merebut Piala Chua Choong Leong.

Kini terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Presiden LTAM antarabangsa YAB Encik Abdul Ghafar Baba.

Page 3: Buku Log Tenis Full 2013

Antara ringkasan perkembangan dan peristiwa penting tenis ialah :

1877

Kejohanan tenis Wimbledon diadakan di atas gelanggang rumput.

1878

Servis Overhead diperkenalkan.

1900

Pertandingan Piala Davis (antara negara) diperkenalkan.

1913

Penubuhan International Lawn Tennis Federation.

1926

Kejohanan Pertama Tenis Profesional di Madison Square New York.

1969

Rekod perlawanan paling lama iaitu 5 jam 12 minit di antara P.Gonzoles dari Amerika dan C.Pasarell di dalam 112 game.

1970

Sistem kiraan 'tie-break' diperkenalkn untuk menghadkan perlawanan berlarutan.

Page 4: Buku Log Tenis Full 2013

3.0 Etika Permainan

i. Sekiranya bola tenis memasuki gelanggang lain yang sedang bermain, kita haruslah

menunggu sehingga permainan atau pukulan di gelaggang tersebut berhenti atau tamat

sebelum meminta bola dikembalikan.

ii. Jika seseorang pemain meminta kita mengembalikan bola yang memasuki gelanggang

kita, maka kembalikan bola tersebut dengan menggolekkannya kepada pemain tersebut.

iii. Jika ingin memasuki atau keluar dari sesuatu gelanggang, jangan melintasi belakang

pemain yang sedang bermain. Tunggu sehingga permainan atau pukulan di gelanggang

tersebut berhenti dan dengan pantas hendaklah melintasi gelanggang tersebut.

iv. Apa jua keputusan pengadil, penjaga garisan mahupun pemain lawan, kita haruslah

menerimanya dengan hati yang terbuka dan dengan semangat kesukanan.

v. Kita tidak boleh memaki, menjerit atau mencederakan sesiapapun yang berada di dalam

gelanggang mahupun di luar gelanggang.

vi. Tidak boleh mengganggu pemain lawan dengan sengaja dengan membuat bising ataupun

melambaikan raket.

vii. Kita seharusnya bersopan di gelanggang dan mematuhi pakaian yang telah ditetapkan.

Page 5: Buku Log Tenis Full 2013

4.0 Keperluan dan Alatan

1. Gelanggang

Gelanggang tenis mempunyai bentuk segiempat tepat yang berukuran 78

kaki panjang (23.77m) x 27 kaki lebar. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian

dari net yang tergantung pada tali atau tali kebel dengan diameter

maksimum 1/3 daripada 1 inci (0.8 cm).

Setiap hujung net dipasang mengenai dan melepasi atas kedua-dua belah

tiang tetapi tidak melebihi 6 inci (15 cm) empat segi / 6 inci (15 cm)

diameter. Perletakan net di atas tiang tidak boleh melebihi 1 inci atas

daripada dawai perentang net.

Kedudukan tiang adalah 3 kaki (0.914m) dari net ke garisan luar

gelanggang, manakala tingginya pula mencapai bahagian atas dawai

perentang net / jaring iaitu 3 kaki 6 inci ( 1.07m ) dari atas tanah.

Bagi kombinasi permainan regu (rujuk undang-undang 34) dan

gelanggang perseorangan mempunyai perbezaan iaitu dengan

menggunakan ukuran yang disukat dengan reket yang dipanggil ‘single

stick’ iaitu untuk permainan perseorangan. Ianya perlu disokong kepada

ketinggian 3 kaki 6 inci. Titik tengah tiang (single) adalah diukur pada

jarak 3 kaki dari garis luar kedua-dua belah gelanggang permainan.

Jaring akan diregang sepenuhnya untuk memenuhi ruang antara dua tiang

dan bertujuan untuk menghalang bola dari melepasi gelanggang.

Ketinggian ditengah-tengah net/jaring mencapai 3 kaki. Ianya ditanda

dengan pita penanda yang tak melebihi 2 inci lebar (5 cm) dan perlu

berwarna putih.

Dawai atau tali kebel perentang diselaputi dengan kain pembalut tidak

lebih 2 ½ inci (6.35 cm) tebal dan berwarna putih. Pada jaring pita

Page 6: Buku Log Tenis Full 2013

penanda atau pembalut net tidak boleh dilekatkan dengan apa-apa tanda

iklan.

Garis yang mengelilingi gelanggang ialah garisan belakang dan garisan

tepi. Pada kedua-dua ruang antara net dan garis tepi (side line) dibahagi

sama rata iaitu dipanggil gelanggang servis (service court).

Ditanda pada tengah garis servis melepasi titik tengah garis jaring ke

garisan servis gelanggang sebelah jaring, garisan ditanda selebar 2 inci,

ianya selari dengan garis tepi.

Setiap garis belakang (base line) perlu digambarkan berhubung dengan

tengah garis servis dan satu garisan 4 inci panjang dan 2 inci lebar

dipanggil ‘penanda tengah’ atau ‘centre mark’ yang dilihat di dalam

gelanggang.

Semua garisan lain yang ada pun tidak melebihi 1 kaki atau 2 kaki lebar.

Semua ukuran dibuat bahagian luar garisan yang mana ianya adalah perlu

seragam (sama). Papan tanda pengiklanan di bahagian-bahagian

gelanggang tidak boleh mempunyai warna putih/kuning. Warna lembut

hanya dibenarkan sekiranya tak mengganggu pemain.

2. Alatan Kekal

Peralatan kekal gelanggang bukan hanya jaring, tiang jaring, kayu penanda

(gelanggang perseorangan), tetapi juga merangkumi penghadang keliling, kerusi

di sekeliling gelanggang sama ada kekal atau boleh ubah, pengadil (Umpire),

hakim-hakim (net-cord judge), footfoult judge dan pemungut bola ketika berada

di tempat sepatutnya.

Page 7: Buku Log Tenis Full 2013

Rajah 3.0 Ukuran Gelanggang Tenis

3. Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang

dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitutupi dengan pita

putih. Setiap hujung jaring dipasang mengenai dan melepasi atas kedua-dua belah

tiang tetapi tidak melebihi 6 inci (15 cm ) empat segi / 6 inci ( 15 cm ) diameter.

Perletakan jaring di atas tiang tidak boleh melebihi 1 inci atas daripada dawai

perentang net. Kedudukan tiang adalah 3 kaki (0.914 m) dari jaring ke garisan luar

gelanggang, manakala tingginya pula mencapai bahagian atas dawai perentang net /

jaring iaitu 3 kaki 6 inci ( 1.07 m ) dari atas tanah. Bagi kombinasi permainan regu

dan gelanggang perseorangan mempunyai perbezaan iaitu dengan menggunakan

ukuran yang diukur dengan reket yang dipanggil ‘single stick’ iaitu untuk permainan

perseorangan. Ianya perlu disokong kepada ketinggian 3 kaki 6 inci. Titik tengah

tiang (single) adalah diukur pada jarak 3 kaki dari garis luar kedua-dua belah

gelanggang permainan.

Page 8: Buku Log Tenis Full 2013

Jaring akan diregangkan sepenuhnya untuk memenuhi ruang antara dua tiang dan

bertujuan untuk menghalang bola dari melepasi gelanggang. Ketinggian ditengah-

tengah net/jaring mencapai 3 kaki. Ianya ditanda dengan pita penanda yang tak

melebihi 2 inci lebar ( 5 cm ) dan perlu berwarna putih. Dawai atau tali kabel

perentang diselaputi dengan kain pembalut tidak lebih 2 ½ inci (6.35 cm) tebal dan

berwarna putih. Pada jaring pita penanda atau pembalut net tidak boleh dilekatkan

dengan apa-apa tanda iklan.

Rajah 3.1 Ukuran Jaring Tenis

3. Bola

Bola yang diluluskan di bawah undang-undang tenis mestilah memenuhi

spesifikasi berikut:

Bola mestilah dilitupi kain (Fabrik) di permukaan luar dan berwarna sama

ada putih atau kuning.

Bola mesti memenuhi kehendak seperti Appendix I (Peraturan melakukan

ujian spesifikasi dalam undang-undang IV – saiz berat 1.975 oz ( 56.0 gm)

hingga 2.095 oz (59.4 gm).

Bola mesti mempunyai kemampuan lantunan 53.0 inci (134.62 cm hingga

5.8 inci (147.32 cm) bila dijatuhkan dari ketinggian 100.0 inci (254.00

cm) di atas permukaan keras dan datar. Ianya juga mesti mempunyai

kemampuan pantulan 220 inci (559 cm) hingga 290 inci (737 cm) dan

kembali (return) pada kelajuan 315 inci (800 cm) hingga 425 inci (1080

cm) pada 18 ib (8.165 kg) hentakan.

Page 9: Buku Log Tenis Full 2013

Untuk permainan pada ketinggian 4000 kaki dari paras laut tambahan 2

jenis bola mungkin digunakan:

Saiz yang sama seperti di atas kecuali kadar lantunan boleh melebihi 48

inci hingga 53 inci serta mempunyai tekanan dalaman lebih besar daripada

tekanan luaran. Bola ini dikenali sebagai ‘A Pressurised Ball’ Saiz berat

yang sama kecuali kadar lantunan 53 inci hingga 58 inci. Tekanan

dalaman hampir sama dengan tekanan luaran dan telah disesuaikan dengan

pemain selama 60 hari di gelanggang kejohanan berkenaan.

Semua ujian lantunan, saiz dan kemampuan lantunan akan dilakukan

selaras dengan undang-undang Appendix I.

Nota ;

i. Bola yang akan digunakan dalam pertandingan di bawah undang-undang tenis

mestilah didaftarkan dan diluluskan oleh ITF.

ii. Mulai 01 Januari 2000 hingga 31 Disember 2000, dua jenis bola tenis akan

digunakan sebagai percubaan.

4. Raket

Raket yang tidak menepati spesifikasi di bawah tidak dibenarkan penggunaannya di

bawah undang-undang tenis.

a. Permukaan reket hendaklah rata dan tali yang berselang-seli yang

dihubungkan dibahagian bingkai reket. Corak tali hendaklah seragam dan

dibahagian tengah talinya tidak tebal dan rapat. Tali hendaklah bebas dari

sebarang objek. Alat tambahan tidak dibenarkan ditambah kecuali yang

telah diluluskan dengan tujuan mencegah kerosakan atau getaran. Alat

yang dibenarkan itu mestilah bersaiz yang munasabah dan ditempatkan di

bahagian yang dibenarkan.

b. Panjang bingkai reket secara keceluruhannya tidak melebihi 29 inci (73.66

cm). Lebar termasuk pemegang dan keseluruhannya tidak melebihi 12 ½

inci (31.73 cm). Panjang bahagian permukaan bertali tidak melebihi 11 ½

inci (39.37 cm) dan lebarnya tidak melebihi 11 ½ inci (29.21 cm).

c. Bingkai termasuk pemegang hendaklah bebas dari sebarang objek atau

sebarang alat tambahan yang boleh mengubah bentuk reker atau

Page 10: Buku Log Tenis Full 2013

mengubah agihan berat reket dalam arah garis bujur yang mana ianya

mengubah kelakuan hanyunan atau untuk mengubah dengan sengaja

fizikal reket yang akan memberi kesan pada keupayaan reket semasa

permainan.

d. The International Tennis Federatation akan menentukan sama ada sesuatu

reka bentuk reket yang dikeluarkan boleh digunakan atau tidak. Undang-

undang di atas hendaklah dipatuhi oleh setiap individu, pengeluar reket

dan pertubuhan antarabangsa. Semua undang-undang di atas adalah

dirujuk kepada review dan hearing procedures of The International Tennis

Federations.

Perkara penting

a. Hanya satu corak yang dibenarkan digunakan pada reket.

b. Semasa permainan apabila servis dilakukan pemain hendaklah berdiri di

antara satu sama lain, pemain yang memulakan pukulan dipanggil server

dan penerima pukulan dipanggil receiver.

c. Alat pengawal getaran boleh ditambah pada tali reket dan hendaklah

diletakkan pada bahagian luar corak yang berselang seli.

d. Raket yang mempunyai berbagai corak tali tidak dibenarkan dalam

permainan tennis. Semasa permainan jika tali terputus, pemain boleh

memilih untuk meneruskan permainan atau sebaliknya

Page 11: Buku Log Tenis Full 2013

Rajah 3.2 Ukuran Raket Tenis dan Bola Tenis

5. Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.

Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh

menggangguperjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian

seragam hendaklahdipakai. Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam

juga perlu walaupunmereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian

pemain tenis terdiri daripadaseluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T

berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula,

skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna

putih.

5.0 Peraturan Permainan Tenis

Dalam sebuah permainan tentu saja terdapat peraturan-peraturan yang berfungsi sebagai

titik tolak bagaimana bermain tenis serta batasan-batasan mengenai apa yang boleh dan

tidak boleh dilakukan dalam sebuah permainan tenis. Kalau merujuk dari peraturan

lengkap yang dikeluarkan oleh ITF (International Tennis Federation), terdapat terlalu

Page 12: Buku Log Tenis Full 2013

banyak peraturan yang harus diketahui. Namun, yang umum yang seharusnya diketahui

ialah :

4.1 Skoring

Rajah 4.0 Tenis Scoreboard

Sebagai contoh, jika pemain A servis kepada pemain B dan B menang mata, skornya

ialah 0-15. Seterusnya jika A yang menang, skornya ialah 15-15. Jika B menang mata

selepas itu, skornya ialah 15-30. Pemain yang menang mata selepas mata 40, memenangi

perlawanan itu. Apabila kedua-dua pemain masing-masing memenangi 3 mata, skor

dipanggil “deuce” (40-40). Jika A memenangi mata berikutnya, skornya ialah “advantage

server” atau “van in”. Jika B pula memenangi mata berikutnya, skornya ialah “advantage

out” atau “van out”. Jika seseorang pemain di tahap ‘advantage’ menang mata, beliau

dikira memenangi perlawanan itu. Di tahap ini, pemain A dan B mesti memenangi 2 mata

berturut-turut untuk memenangi perlawanan.

Apabila skor mencapai 6 perlawanan, “tie break” atau “pemutus” digunakan bagi

perlawanan 3 atau 5 set. Jika ini berlaku, pemain yang memenangi 7 mata terlebih dahulu

adalah pemenang asalkan ia mendahului dua mata lebih. Jika skor mencapai 6 mata sama,

permainan akan dilanjutkan sehinggalah lebihan mata diperoleh. Skor dengan angka

digunakan pada keseluruhan permainan “tie break” ini.

4.1.1 Tie Breaker

Page 13: Buku Log Tenis Full 2013

Pengiraan Mata Tie-Break (12 Mata)

Untuk mengelakkan set yang berpanjangan seperti 16 –14, kebanyakan

pertandingan menggunakan sistem tie break 12 mata apabila pengiraan

permainan menjadi 6-6 bagi mana-mana set. Pengiraan permainan itu menjadi 7-6

apabila selesai tie- break 12 mata.

Perseorangan

Tie breaker diadakan jika A dan B mencapai 6-6 dalam sesuatu permainan .

Daripada meneruskan permainan sehingga salah satu mengatasi lawannya dengan

2 permainan berturut-turut permainan, 1 sahaja digelar tie breaker mengandungi 9

mata diadakan. A akan membuat servis dua mata di kanan dan di kiri

gelanggangnya , diikuti oleh B pula . Kemudian kedua-dua pemain tukar

gelanggang. Seterusnya A membuat servis dua mata . Jika kedua-dua A dan B

belum mencapai 5 mata, maka B servis mata selebihnya . Penerima boleh

menentukan di mana dia ingin menerima servis bagi mata akhir. Pemain yang

mencapai 5 mata memenangi tie breaker. Set itu berakhir dengan 7 – 6. Pemain

yang gilirannya membuat servis akan memulakan servis dalam tie breaker.

Permainan Bergu

Pemain-pemain yang akan membuat servis ditempatnya. Pasukan X membuat

servis 2 mata iaitu tiap-tiap satu servis sekali. Seterusnya pasukan Y yang

membuat servis 2 mata. A menang satu mata jika lawannya B tidak dapat

mengembalikan pukulan A atau memukulnya keluar dari gelanggang A.

4.1.2 Sudden Death

Telah diperkenalkan dalam permainan ini. Mata dikira dari 1,2,3,4 dan pemain

atau pasukan pertama yang memperolehi empat mata ini memenangi permainan

itu. Sebagai contoh, dius tidak akan diadakan. Dalam permainan perseorangan

dan bergu, jika mata menjadi 3-3, penerima memilih gelanggang dari mana ia

akan menerima servis. Dalam bergu campuran jika wanita melakukan servis bagi

mata ketujuh, pemain wanita dari pasukan lawan akan menjadi penerima , jika

Page 14: Buku Log Tenis Full 2013

lelaki melakukan servis, pemain lelaki pasukan lawan akan menerima. Sistem

pengiraan mata ini sesuai jika peruntukan masa tidak mencukupi.

i. Memulakan Permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu untuk menentukan

pemain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan

dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan

boleh dimulakan. Pemula servis akan berdiri di belakang garisan belakang,

iaitu di tempat membuat servis yang disediakan di sebelah kanan

gelanggangnya. Pemain lawan pula akan berada di bahagian kanan

gelanggaang. Pembuat servis hendaklah membuat servis dengan

memantulkan bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar

daripada kawasan servis lawan, pembuat servis diberi peluang untuk servis

kedua. Jika bola daripada servis kedua juga terkeluar, maka mata

diberikan kepada pemain lawan. Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-

dua pemain akan berusaha untuk mematikan bola ke kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggangnya,

pemain berkenaan akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang pula

untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis

secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripadanya mencapai

kemenangan. Dalam Permainan dan Tamat Permainan bola dikira dalam

permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam

hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang, kecuali

atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain

boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis; kerana pembuat

servis berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi

permainan akan memberikan isyarat jika permainan tamat. Permainan

ditamatkan setelah pemenangnya ditentukan. Apabila permainan tamat,

kedua-dua pemain atau keempat-empat pemain (bergu) bersalaman

sesama sendiri dan dengan pengadil.

Page 15: Buku Log Tenis Full 2013

4.1.3 LET(Servis Semula)

Apabila bola menyentuh jaring, jalur atau tali semasa pukulan servis dan jatuh

kedalam gelanggang sebenar lawan maka servis itu akan dilakukan sekali lagi.

Jika perkara ini berlaku dalam permainan ia masih dikira sah sebagai satu

pukulan yang baik. Keadaan dimana servis dipanggil semula juga berlaku apabila

permainan itu diganggu atau servis dilakukan oleh pemukul sebelum penerima

dalam keadaan bersedia. Ianya hanya sah jika penerima tidak membuat

percubaan untuk memukul bola tersebut.

4.2 Servis dan Penerima

Servis adalah pukulan pembuka suatu mata yang dilakukan pemain di sisi deuce court

dan penerima adalah pemain yang menerima pukulan serve di sisi diagonal dari pemain

serve atau sama-sama pada sisi deuce court. Pemain yang melakukan servis diharuskan

memukul bola ke arah deuce court pemain lawan pada daerah servis line. Pemain

mempunyai peluang sebanyak dua kali untuk melakukan servis. Namun bila servis

terkena net dan jatuh pada daerah di dalam daerah servis lawan, maka servis diulang

menurut jatah servisnya (contohnya apabila saat servis kedua bola menyentuh net, maka

servis diulang sebagai servis kedua dan mendapat kesempatan 1 kali servis lagi).

Untuk double, pemain yang pertama melakukan servis ditentukan sebelum game

dimainkan dan begitu juga dengan pihak lawannya. Setelah game selesai, maka penerima

kedua menjadi pemegang servis kemudian kembali kepada giliran untuk pemain kedua

dari tim yang servis pertama memegang kendali servis dst. Servis dilakukan di belakang

garis baseline, di sisi kanan lapangan (deuce court) menuju digonal ke arah daerah servis

lawan. Pemain yang menginjak garis baseline atau masuk ke daerah permainan tenis pada

saat tangan mengayun raket untuk melakukan servis dianggap melakukan kesalahan (foot

fault) dan mata untuk pihak penerima.

4.3 Daerah dan garis Permainan

Untuk game single atau perseorangan, daerah permainannya adalah zon a dalam minus

daerah alley, sedangkan untuk game double atau ganda garis permainannya meliputi

Page 16: Buku Log Tenis Full 2013

seluruh lapangan didalam garis baseline. Garis merupakan batas dari daerah permainan.

Apabila seluruh bahagian atau sebahagian dari bola menyentuh garis permainan maka

bola dinyatakan masuk kerana bola menyentuh lapangan yang dibatasi oleh suatu garis.

4.4 Mata

Seorang pemain kehilangan mata apabila:

i. Melakukan dua kali kesalahan pada servis

ii. Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.

iii. Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out).

iv. Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul.

v. Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.

vi. Seorang pemain menyentuh bahagian dari net dengan raketnya atau dengan

bahagian badannya saat bola masih dimainkan.

vii. Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.

viii. Bola menyentuh bagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain

raket tenis.

ix. Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.

x. Pada permainan ganda, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.

4.5 Pemain Menggangu Pihak Lawan

Jika pemain tersebut membuat atau melakukan aksi yang boleh menggangu pihak lawan

dalam membuat pukulan, kemudian jika ia dilakukan dengan sengaja, pemain tersebut

akan kehilangan mata ataujika tidak sengaja, mata tersebut akan dimainkan semula.

Kes 1 : Adakah pemain tersebut dikenakan denda jika dalam masa melakukan

stroke dia menyentuh lawannya ?

Keputusan :Tidak dikenakan tindakan kecuali jika pengadil perlawanan

membuapertimbangan pemain tersebut perlu diambil tindakan mengikut

peraturan 21.

Page 17: Buku Log Tenis Full 2013

Kes 2: Bila bola melantun balik melepasi jarring, pemain berkenaan mungkin

menjangkau melepasi jarring dengan tujuan untuk memainkan bola.

Apakah keputusan yang dibuat oleh pengadil, jika seseorang pemain itu

diganggu daripada membuat demikian oleh pihak lawan?

Keputusan: Mengikut peraturan 21, pengadil boleh memberikan mata kepada pemain

yang diganggu, ataupun mengarahkan permainan itu dimainkan semula.

4.6 Bola Jatuh di Atas Gelanggang

Bola yang jatuh diatas garisan adalah dianggap sebagai jatuh di dalam gelanggang yang

disempadani oleh garisan.

4.7 Bola Terkena Peralatan Kekal/Tetap

Jika bola yang didalam permainan tersentuh /terkena peralatan kekal (selain daripada

jarring, tiang jarring, kayu perseorangan, tali atau kabel besi, jalur atau pita) selepas jatuh

di atas gelanggang, pemain yang melakukan pukulan akan mendapat mata; jika bola itu

belum melantun di atas gelanggang terkena peralatan kekal maka mata akan diberikan

kepada lawannya.

4.8 Tunjuk Ajar (Coaching)

Semasa pertandingan berpasukan, seseorang pemain boleh menerima tunjuk ajar daripada

ketua pasukan yangbberada di sekitar gelanggang hanya ketika perubahan gelanggang

pada penghujung sesuatu permainan (game) tetapi tidak dibenarkan walaupun semasa

pertukaran gelanggang ketika permainan “tie break” dijalankan.Seseorang pemain tidak

dibenarkan menerima tunjuk ajar semasa permainan sedang dijalankan.Setelah amaran

yang secukupnya diberikan , seseorang pemain yang melakukan kesalahan boleh

dibatalkan permainan tersebut dengan kemenangan diberikan kepada pihak lawan.

Kes 1 : Sekiranya seseorang pemain menerima tunjuk ajar secara isyarat, adakah

ia akan diberikan amaran atau dibatalkan.

Keputusan : Pengadil mesti mengambil tindakan sebaik sahaja ia menyedari

berlakunya tunjukajar secara kias atau isyarat. Seandainya pengadil tidak

menyedarinya seseorang pemain yang lain boleh menarik perhatiannya

bahawa ada berlakunya tunjuk ajar.

Page 18: Buku Log Tenis Full 2013

Kes 2 : Bolehkah seseorang pemain menerima tunjuk ajar sewaktu rehat yang

dibenarkan di bawah Rule 30 (e) atau semasa permainan dihentikan dan ia

meninggalkan gelanggang?

Keputusan : Ya, dalam situasi in tiada halangan memberi tunjuk ajar apabila seseorang

pemain tidak berada di dalam gelanggang?

4.9 Pertukaran Bola ( Ball Change )

Keadaan di mana sepatutnya bola ditukar telah ditentukan selepas beberapa permainan

tetapi sekiranya tidak dilakukan mengikut turutan yang betul, maka kesilapan ini akan

diperbetulkan. Pemain perseorangan atau bergu yang sepatutnya membuat servis dengan

bola yang baru akan melakukannya selepas itu. Pertukaran bola di antara permainan

dilakukan seperti yang telah dipersetujui pada peringkat awalnya.

4.10 Permainan Beregu

1. Peraturan

Peratuaran bagi bergu adalah sama seperti yang disebutkan tadi kecuali perkara-

perkara di bawah:

2. Gelanggang

Lebar : 36 kaki (4 ½ kaki iaitu 1.37m lebih besar daripada gelanggang

perseorangan)

3. Servis bagi permainan beregu

Turutan melakukan servis ditentukan pada permulaan tiap-tiap set adalah seperti

berikut :

i. Pasangan yang melakukan servis di dalam game pertama dalam

tiap-tiap set akan menntukan siapa yang akan melakukan nya

dahulu. Pasangan lawan pula akan menentukan siapa di antara

mereka yang akam melakukan servis dalam game ke dua.

ii. Pasangan pemain dalam permainan pertama akan membuat servis

dalam permainan ke tiga.

iii. Pasangan pemain dalam permainan ke dua pula akan membuat

servis dalam permainan ke empat.

Page 19: Buku Log Tenis Full 2013

iv. Turutan ini akan diteruskan dalam permainan yang berikutnya.

Kes 1 : Dalam permainan bergu , seseorang pemain tidak muncul apabila

permainan mereka hendak dimulakan. Pasangannya meminta

supaya dibenarkanbermain perseorangan menentang pasangan

lawan. Bolehkah ia melakukan demikian?

Keputusan : Tidak boleh.

Page 20: Buku Log Tenis Full 2013

6.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS

6.1 Cara Memegang Raket

a. Continental Grip

Continental Grip, juga disebut Chopper cengkeraman, diperoleh bila

menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar dari buku jari telunjuk tepat

pada tanggal 2 bevel. Hal ini secara diperoleh ketika memegang raket seolah-olah

sebuah kapak, untuk memotong.  Maka nama kedua “Chopper pegangan”.

Continental grip yang sesuai untuk berbagai pukulan kerana itu sering diajarkan

untuk pemain baru. Cengkeraman Continental tidak memungkinkan untuk banyak

topspin pada groundstroke. Sejak tenis modern, terutama tenis lapangan tanah liat,

Page 21: Buku Log Tenis Full 2013

telah menunjukkan sebuah evolusi menuju topspin, cengkeraman Continental

sudah ketinggalan zaman dengan pemain profesional untuk memukul

groundstrokes. Hal ini masih lebih disukai pegangan untuk serves dan pukulan.

b. Forehand Eastern Grip

Grip forehand Eastern diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa

sehingga dasar dari buku jari telunjuk tepat pada bevel ke-3. Hal ini tentu

diperoleh saat menerima raket tergeletak di tanah, atau “berjabat tangan” dengan

raket dipegang tegak lurus. Forehand grip Eastern lebih memungkinkan untuk di

topspin forehand sambil tetap control kerana pergeseran di sepanjang menangani

hanya 45 darjah (dari tujuan multi-Continental grip).

Page 22: Buku Log Tenis Full 2013

c. Western Grip

Grip Western diperoleh bila menempatkan tangan sedemikian rupa sehingga dasar

dari buku jari telunjuk tepat pada tanggal 5 bevel. Dibandingkan dengan

cengkeraman Continental, pisau telah berputar 135 darjah. Hal ini akan memaksa

pergelangan tangan dalam putaran tidak selasa, tetapi memungkinkan untuk

sebesar mungkin spin. Hal ini pada dasarnya setara dengan cengkeraman

Backhand Timur, kecuali bahwa wajah SAMA raket digunakan untuk memukul

bola.

Page 23: Buku Log Tenis Full 2013

6.2 Kawalan Kaki dan Kesediaan.

Rajah 5.1 Kawalan Kaki dan Kesediaan Pemain

6.3 Jenis-jenis Pukulan

Page 24: Buku Log Tenis Full 2013

6.3.1 Pukulan ke Hadapan (“Forehand”)

a. Persediaan awal – bola rendah.

Berdiri dengan kedua-dua lutut separuh bengkok – kaki dibuka seluas

bahu.

Badan condong sedikit ke hadapan.

Tangan kanan mencengkam raket – tangan kiri membantu pegangan.

Badan dan kepala raket menghadap ke jaring.

Mata ditumpukan pada bola.

b. Melangkah ke hadapan – bola rendah.

Semasa memastikan bola akan datang ke sebelah kanan, tolak dengan

kaki kiri untuk bergerak ke hadapan.

Semasa bergerak, pusingkan badan supaya bahu kiri menghadap ke

arah pukulan / jaring.

Raket mula diangkat ke belakang dan ke atas.

c. Hayunan raket ke hadapan (bola rendah)

Raket diangkat tinggi ke belakang.

Tangan kiri membantu pergerakan serta mengawal imbangan badan.

Raket mula dihayunkan ke bawah dan ke hadapan.

Kilaskan badan supaya bahu kanan dibawa ke hadapan dan bahu kiri

ditarik ke belakang.

Badan direndahkan untuk pukulan yang sempurna.

d. Kontak Dengan Bola (bola rendah)

Sentuahn bola berlaku sedikit di hadapan kaki kiri.

Kontak bola pada paras lutut.

Kuncikan siku semasa kontak.

Tinggikan badan untuk pukulan yang kuat.

Berat badan mula dipindahkan ke atas kaki kiri.

Kederasan hayunan raket – menentukan daya pukulan.

Page 25: Buku Log Tenis Full 2013

e. Ikut lajak (bola rendah)

Berat badan dipindahkan sepenuhnya ke kaki kiri.

Tangan pukulan ikut lajak – raket dibawa ke paras kepala.

Pukulan yang kuat menyebabkan lengan pukulan dibawa tinggi

melintangi badan.

Badan ditegakkan dan menghadap ke jaring.

Cepat-cepat bersedia untuk menerima pukulan balik.

f. Pukulan ke Hadapan – Bola Tinggi

Persediaan awal dan melangkah ke hadapan (bola tinggi)

Cara persediaan awal dan melangkah ke hadapan – serupa dengan

pukulan bola rendah.

Hayunan raket ke belakang – juga serupa tetapi mengikut ketinggian

bola.

g. Kontak (bola tinggi)

Kontak dengan bola – tinggi – pada paras antara pinggang dan kepala.

Hayunan raket – lebih kuat dan laju agar bola dipukul terjunam ke

gelanggang lawan.

Pemindahan berat badan dan kilasan badan – serupa.

h. Ikut lajak (bola tinggi)

Ikut lajak – kelajuan dan kekuatan hayunan raket membawa muka raket

ke belakang badan.

Kekuatan pukulan mengakibatkan kaki kanan dibawa ke hadapan.

Badan menghadap ke jaring.

Page 26: Buku Log Tenis Full 2013

2. Pukulan Kilas (“Backhand”)

a. Gerak kaki dan pukulan awal adalah faktor penting.

Gerak kaki – kedua-dua belah kaki dalam keadaan sempurna semasa

memukul bola.

Pukulan awal – pukulan bola semasa melantun naik, bukan semasa jatuh

turun.

b. Bersedia

Mula bergerak ke sebelah tepi untuk mensasarkan bola.

Bergerak dengan langkah-langkah pendek.

Semasa bergerak, mula pusingkan badan supaya bahu kanan mengahadap

ke arah datangnya bola.

Boleh gunakan tangan kiri untuk menyokong pegangan.

Semasa bergerak, tukar cengkaman raket ke cengkaman pukulan kilas.

Kedua-dua hujung kaki menghadap ke garisan tepi.

c. Hayunan raket ke belakang.

Lengkapkan pusingan badan – bahu kanan menghadap ke arah datangnya

bola.

Berat badan di atas kaki belakang (kiri).

Hujung kaki kanan menghadap ke garisan tepi.

Hayunkan raket ke belakang secara melintasi badan.

Tangan kiri masih menyokong pegangan raket.

d. Hayunan raket ke hadapan dan kontak.

Berat badan mula dipindahkan ke atas kaki kanan.

Hayunan raket ke belakang mencapai tahap maksimum.

Pusingkan bahu sehingga bahagian belakang badan hampir menghadap ke

jaring.

Mulakan hayunan raket ke bawah dan ke hadapan.

Kuncikan pergelangan tangan kanan apabila memulakan hayunan raket ke

hadapan.

Page 27: Buku Log Tenis Full 2013

e. Kontak

Keadaan lengan semasa kontak – lurus.

Siku dan pergelangan tangan dikuncikan.

Berat badan diletakkan di atas kaki kanan.

Kontak dengan bola – paras lutut ke atas bergantung pada tingginya lantunan bola

sedikit di hadapan kaki kanan.

f. Ikut lajak.

Ikut lajak selepas pukulan.

Raket dibawa sehingga ke paras bahu.

Keadaan lengan kanan – lurus/separuh bengkok.

Pusingkan badan supaya dada menghadap ke jaring.

3. Pukulan Kilas Dengan Kedua-dua Belah Tangan

Cara cengkaman – cengkaman timur/jabat salam.

Pegangan – tangan kanan pada hujung bahagian pemegang raket dan tangan kiri

di hadapannya.

Hayunan raket di belakang – lebih dekat dengan badan dan lebih rendah sedikit

daripada hayunan sebelah tangan.

Hayunan raket ke hadapan lebih ke atas dan kedua-dua siku membengkok sebaik

sahaja kontak dengan berlaku.

Ikut lajak diteruskan ke atas sehingga raket dibawa ke bahu kanan.

Gerak kaki dan kedudukan kaki – sama.

Cara perlakuan

a. Bergerak ke arah pukulan.

Melangkah ke hadapan / ke sisi dengan kaki kanan untuk mensasarkan bola.

Raket dipegang dengan kedua-dua belah tangan selari dengan garisan belakang.

Raket mula diangkat ke belakang semasa bergerak.

Tapak kedua-dua kaki selari dengan garisan belakang.

Mula pusingkan badan supaya bahu kanan menghadap ke jaring.

Page 28: Buku Log Tenis Full 2013

b. Hayunan raket ke hadapan.

Berat badan diletak di atas kaki belakang (kiri).

Hayunan raket ke belakang mencapai tahap maksimum.

Mula hayunan raket ke bawah dan ke hadapan.

c. Kontak dengan bola.

Berat abdan dipindahkan ke kaki hadapan (kanan).

Kontak dengan bola berlaku pada paras pinggang.

Bola dipukul semasa berada agak jauh di hadapan badan.

Pukulan berlaku pada jangkauan maksimum pegangan dua belah tangan

d. Ikut lajak.

Ikut lajak – raket diangkat tinggi – paras bahu.

Berat badan di atas kaki kanan sepenuhnya.

Dada menghadap ke jaring.

6.3.2 Pukulan Sangga atau Voli

Page 29: Buku Log Tenis Full 2013

Voli Hadapan

Kedudukan bersedia.

Serupa dengan kedudukan bersedia untuk pukulan ke hadapan.

Hayunan raket.

Bergerak ke arah datangnya bola.

Apabila bersedia untuk memukul, ambil satu langkah pendek ke hadapan dengan

kaki kiri.

Raket di bawa ke satu sisi atau hadapan badan.

Hayunan raket ke hadapan – pendek.

Berat badan di atas kaki kanan.

Sentuhan raket dengan bola.

Bongkokkan badan ke hadapan supaya jangkauan membolehkan kontak dengan

bola.

Kontak – di hadapan badan.

Kekuatan untuk pukulan – lebih daripada aksi pergelangan tangan daripada

hayunan tangan.

Muka raket digerakkan ke hadapan – condong supaya bola dipukul ke hadapan

dan ke bawah.

Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan (kiri).

Lengan kiri membantu imbangan badan.

Arahkan pukulan ke ruang yang kosong.

Ikut lajak.

Ikut lajak yang pendek.

Raket diangkat ke atas emngikut ketinggian pukulan.

Berat badan sepenuhnya di atas kaki kiri.

Page 30: Buku Log Tenis Full 2013
Page 31: Buku Log Tenis Full 2013

7.0 Servis

Servis Cantas

Servis ini adalah servis umum dan boleh digunakan untuk semua permainan. Servis

cantas yang mempunyai putaran sisi kanan adalah lebih baik kerana ia melengkung ke

dalam kotak servis. Untuk servis ini, cekak pukulan kilas digunakan untuk kemudahan

memutar bola. Hayunan raket sebaiknya hendaklah jauh ke belakang dan badan

dibengkokkan sedikit ke belakang. Apabila bersedia membuat servis, berat badan

berpindah dari kaki belakang ke kaki depan.

Servis Datar

Servis datar adalah pukulan kuat tanpa putaran di mana lintasan bola adalah lurus dan

melantun dengan rendah. Ia biasanya digunakan dalam servis pertama sebagai ujian

terhadap pihak lawan. Untuk servis ini, kedudukan kaki dan badan adalah sama. Bola

dilambung supaya jatuh di depan di sebelah kanan kaki. Bola hendaklah dipukul dengan

kuat dan hayunan raket hendaklah licin manakalah berat badan ditumpukan pada

pukulan.

Servis Belit

Servis jenis ini mempunyai putaran sisi dan putaran atas serta melengkung ke dalam

kotak servis. Servis belit agak susah dan harus dipelajari hanya selepas seseorang itu

telah mempelajari servis cantas dan servis datar. Kedudukan kaki dan badan juga adalah

sama. Bola diletakkan pada sebelah kiri kerana pemain itu harus membuat satu pusingan

yang betul. Bola dilambung tetapi jangan terlalu tinggi dan biarkan jatuh pada garisan

Page 32: Buku Log Tenis Full 2013

belakang. Seharusnya bola dilambungkan dekat dengan badan. Semasa bola

meninggalkan tangan, lutut dibengkokkan dan bersedia untuk membuat pukulan.

1. Genggaman

i. Genggaman hendaklah bertenaga.

ii. Keselesaan dalam membuat lakuan servis diutamakan.

iii. Keselesaan adalah lebih efektif dan membantu seseorang itu untuk

mengetahui di mana permukaan reketnya.

2. Kedudukan sedia.

i. Berdiri di belakang sedikit dari garisan belakang gelanggang.

ii. Kedua-dua kaki berada dalam kdudukan yang selari dan kaki hadapan

menunjuk ke arah pihak lawan.

iii. Jarak kedua-dua belah kaki mestlah sesuai supaya lutut boleh bergerak bebas

dan pindahan berat badan tidak terganggu.

iv. Bahu kiri atau kanan mengarah ke jaring.

v. Reket digenggam kemas dan leher reket disokong oleh tangan yang sebelah

lagi.

3. Lambung bola

i. Pegang bola dengan menggunakan jari. Jangan meletakkan bola di atas tapak

tangan.

ii. Tangan yang melambung bola hendaklah relax dan lurus.

iii. Bola dilambung ke paras maksimum raket.

iv. Bola dilambung serentak dengan tangan yang memegang raket.

v. Bola mestlah dilambung lebih kurang 16 inci di hadapan pemain.

4. Hayunan belakang.

i. Bengkokkan tangan di bahagian siku supaya sudut antara lengan dengan

bahagian atas tangan menjadi 90 darjah.

ii. Kepala reket dihayun ke belakang badan.

Page 33: Buku Log Tenis Full 2013

iii. Serentak dengan iru, badan dibengkokkan ke belakang dengan berat badan di

atas kaki belakang.

iv. Semasa hayunan ke belakang dilakukan, pada masa itu juga lambungan bola

dibuat.

v. Bola dilambung tinggi lurus ke atas sebelah depan kaki.

vi. Mata fokus kepala bola yang dilambung.

5. Sentuhan

i. Dari kedudukan backswing, reket dihayun dari dari belakang ke atas dan ke

depan hingga tangan lurus.

ii. Pembuat servis menjangkau dan meningkit.

iii. Semasa menjingkit, keseluruhan badan menegang (stretched).

iv. Bola dipukul pada ketinggian yang maksimim supaya bola dapat dipikul

menjunam masuk ke gelanggang lawan.

v. Semasa sentuhan (impact), permukaan reket adalah pepat mengadap jaring

dan bola mengenai sweet spot.

vi. Semasa sentuhan (impact) berlaku, pergerakan pergelangan tangan (wrist

snap) adalah perlu untuk menolong mengarah bola ke gelanggang lawan.

vii. Berat badan di atas kaki hadapan sepenunya.

6. Ikut lajak (follow through)

i. Setelah sentuhan (impact) tangan yang memukul terus di bawa menghala ke

bawah dan kiri / kanan badan tanpa sebarang ‘check’

ii. Pemindahanberat badan dari kaki belakang ke depan.

iii. Pada masa ini, kaki yang dibelakang mula melangkah ke depan dan selari

dengan kaki hadapan.

7. Penutup/Finish

i. Lajakkan reket yang berterusan untuk memenuhi hayunan dari kananke kiri.

ii. Badan di bawa menghadap ke arah jaring.

iii. Kaki kanan selari dengan kaki kiri.

Page 34: Buku Log Tenis Full 2013

iv. Mata terus memandang bola dan berada dalam keadaan sedia untuk lakuan

seterusnya.

7.1 Latihan Ansur Maju (Servis Tenis)

Page 35: Buku Log Tenis Full 2013

PELAKSANAAN / BUTIR-BUTIR

MENGAJAR

CATATAN

Membaling bola untuk memberi

gambaran melakukan servis.

1. Melontar bola melintasi

jaring.

Melambung bola untuk melakukan

pegerakan servis.

Kedudukan kaki kiri mengarah ke

jarring sebelah kanan.

Servis – Melontar bola dan

memukul ke arah pagar.

Bermula denan kepala reket di

belakang badan, siku ditinggikan.

Had lontaran mesti sampai ke

paras jangkauan reket.

Apabila lontaran sudah baik,

bergerak ke garisan belakang dan

lakukan pergerakan servis yang

sempurna.

Servis – Latih tubi

Servis dari garisan belakang.

Imbangan reket menggunakan

tiga jari pertama dan sokong

- Lakukan sebanyak 10 kali

- Mula dari arah garisan belakang (base

line)

- Mulakan dari garisan belakang (base line)

- Lakukan sebanyak 10 kali

- Lambung bola menggunakan tanan kiri

dan membiarkan bola jatuh di hadapan kaki

kiri.

- Pegangan gaya “continental”

- melakukan pukulan servis 10 kali.

Page 36: Buku Log Tenis Full 2013
Page 37: Buku Log Tenis Full 2013

7.2 SERVIS DAN FASA-FASA

1. Fasa Persediaan.

Reket dipegang menggunakan cekak Kontinetal. Pemain memeriksa sama ada

pergelanggan tangan berada di atas pemegang.

Peservis berdiri menghadap kepada tiang jaring dengan badan berada pada

sudut 45 darjah ke garis belakang. Kedudukan kaki terbuka sedikit supaya

berat bedan boleh diubah ke belakang dan kemudian kehadapan.

Pergerakan servis bermula dengan lengan diluruskan kehadapan, memegang

bola kepada tali raket. Pemain memikirkan apa yang harus dilakukan dalam

servisnya.

GRIP STANCE

.

LOWER BODY

2. Fasa Pelaksanaan

Pemain memulakan pergerakan ke bawah dengan kedua-dua tangan berpisah dan

secara serentak bersedia untuk melambung bola dan membawa raket ke

belakang. Ingat tangan bergerak ke bawah dan ke atas bersama.

Tangan bergerak keatas serentak, satu tangan menangkat bola untuk dilambung

dan satu lagi membengkok di siku dalam persediaan untuk menghayun ke atas.

Page 38: Buku Log Tenis Full 2013

Peservis seharusnya berfikir untuk membentuk satu huruf W yang besar dengan

tangan.

Pemain menyondong ke hadapan semasa menghayun untuk meletakkan berat

badan ke atas bola, badan bergerak melalui laluan bola semasa servis.

Capai setinggi yang boleh untuk menyentuh bola. Raket berputar untuk

memukul bola dengan bahagian tengah tali.

3. Fasa Ikut Lajak.

Hayunan berterusan selepas membuat sentuhan dengan bola. Servis tidak

bermula dengan sentuhan dan berakhir dengan sentuhan.

Hayunan bergerak menuju ke jaring, melintasi hadapan badan, tetapi tidak

semestinya berakhir di bahagian badan yang berlawanan daripada permulaan.

Jika kaki belakang mengakhiri servis dengan berada di tempat permulaannya,

servis ini adalah salah. Kaki belakang seharusnya berakhir satu langkah ke

dalam gelanggang.

4. Membuat Servis

Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas, servis datar dan servis belit

atau pintal. Tiap-tiap satu mempunyai kegunaan dan kelebihan tertentu. Untuk

mendapatkan servis yang berkesan bergantung kepada cara pelepasan bola, iaitu

kedudukan bola di udara sebelum pukulan dibuat. Semasa membuat servis,

Page 39: Buku Log Tenis Full 2013

perkara penting ialah kedudukan kaki dan badan pemain berkenaan. Kaki depan

hendaklah berada pada sudut 45 darjah dengan garis belakang dan berat badan

tertumpu pada kaki belakang. Mana-mana kaki tidak dibenarkan memijak garisan

tempat membuat servis. Seeloknya sediakan dua biji bola dalam pegangan supaya

tidak mengganggu rentak servis apabila servis pertama gagal.

7.3 Pukulan Rejaman / Smesy

Kedudukan bersedia.

Sama seperti kedudukan bersedia untuk pukulan hadapan.

Memusing badan.

Bergerak ke bawah bola dan lakukan pengubahsuaian posisi sekiranya perlu –

gunakan langkah-langkah pendek.

Berat badan di atas kaki belakang (kanan).

Tangan kiri diangkat ke paras bahu – keadaan agak lurus.

Pusingkan badan supaya bahu kiri menghadap ke jaring.

Hayunan raket ke belakang.

Raket dihayun ke belakang.

Pegangan raket – seolah-olah ingin menggaru belakang dengan raket.

Tumit kaki belakang (kanan) diangkat.

Berat badan dipindahkan ke atas kaki hadapan (kiri).

Kepala mendongak ke atas.

Tangan kiri masih lurus di hadapan untuk imbangan

Kontak dengan bola.

Hayunkan raket ke hadapan untuk memukul bola sementara badan dikilas supaya

dada menghadap ke jaring.

Hayunan raket – sama seperti pelakuan membuat servis.

Kontak dengan bola – dilakukan pada jangkauan maksimum – kontak pada paras

di atas bahu dan sedikit di hadapan badan.

Page 40: Buku Log Tenis Full 2013

Ketepatan masa adalah perkara penting untuk pukulan smesy yang sempurna.

Ikut lajak.

Ikut lajak membuat pukulan.

Muka raket dibawa sehingga ke hadapan kaki kiri.

Pusingkan badan sehingga bahu kanan menghadap ke jaring.

Berat badan di atas kaki kiri.

7.4 Pukulan Lob

Sesuai dilakukan apabila pemain lawan berada di hadapan, iaitu berdekatan

dengan jaring untuk menyekat / menyerang pukulan balik.

Bola dipukul tinggi supaya melepasi jangkauan pemain lawan.

Boleh digunakan sebagai satu langkah pertahanan atau sebagai satu pukulan

serangan.

Page 41: Buku Log Tenis Full 2013

a. Bergerak ke arah bola.

Bergerak ke arah bola – berhenti sebelum memulakan pukulan.

Letakkan diri di sisi penerbangan bola.

Semasa bergerak ke bola, mulakan hayunan raket ke belakang.

b. Hayunan raket untuk memukul.

Hayunan raket untuk memukul – secara melengkung ke hadapan – lebih

hayunan ke atas daripada hayunan ke hadapan.

Kedudukan kepala raket semasa sentuhan – lebih rendah daripada paras

tangan pukulan.

Semasa kontak – muka raket hampir tegak serta bergerak ke atas – raket

mencengkam bola buat seketika dan menggeserkan bola ke atas.

Kontak dengan bola berlaku sedikit di belakang kaki hadapan – paras

pinggang.

Tenaga untuk memukul lebih berpunca daripada aksi pergelangan tangan

daripada hayunan raket.

Kesempurnaan pukulan bergantung pada putaran di atas (“topspin”) untuk

membolehkan bola diangkat tinggi.

c. Ikut lajak.

Ikut lajak yang sempurna diperlukan.

Raket dibawa sehingga atas kepala dengan badan hadapan menghadap ke

jaring.

d. Pukulan lob sebagai pukulan serangan.

Pukulan dilakukan di hadapan garisan belakang.

Pukulan yang rendah dan cepat.

e. Pukulan lob sebagai pukulan pertahanan.

Pukulan dilakukan di belakang garisan belakang.

Bola dipukul tinggi – agar member pemukul masa yang mencukupi untuk

memperbaik posisinya.

Page 42: Buku Log Tenis Full 2013

7.5 Pukulan Putaran Atas (“Topspin”)

Kontak bola dengan raket adalah penting.

Raket menyentuh bola di sisi sehingga hampir di atas bola.

Raket digerakkan ke atas dan ke hadapan – pergerakan muka agak melengkung –

bermula dalam keadaan tegak dan disudahi dengan muka raket hampir selari dengan

tanah.

Pergerakan raket menggeserkan bola di atas.

Pukulan putaran di atas yang sempurna akan menghasilkan lantunan bola yang laju

dan tinggi – jauh daripada pemain lawan.

Kerap digunakan semasa pukulan lob dan voli di hadapan.

7.6 Pukulan Putaran Bawah (“Underspin”)

Kontak bola dengan raket adalah penting.

Raket menyentuh bola di sisi sehingga di bawahnya.

Permukaan raket digerakkan secara ke hadapan dank e bawah.

Bola digeserkan ke bawah.

Pukulan yang sempurna akan menghasilkan lantunan bola yang lambat dan rendah.

Kerap dilakukan semasa pukulan kilas dan voli.

7.9 Drop forehand & backhand

Page 43: Buku Log Tenis Full 2013

7.10 Pukulan slice forehand dan backhand

Page 44: Buku Log Tenis Full 2013

8.0 Isyarat-Isyarat Tangan Rasmi Tenis

Penjaga Garisan

Angkat tangan hampir ke aras bahu dan tunjuk ke sisi

(sebelah bola keluar).

‘Keluar’ – bola mendarat di luar kawasan permainan.

Penjaga Garisan

Kedua-dua tangan diluruskan dan tunjuk ke bawah

(tapak tangan ke bawah).

‘Dalam’ – bola mendarat dalam kawasan permainan.

Penjaga Garisan

Kedua-dua belah tangan seolah-olah hendak menutup

muka.

‘Tidak nampak’ – kurang pasti bola dalam atau

keluar.

Page 45: Buku Log Tenis Full 2013

Penjaga Servis

Angkat tangan dan tunjuk ke atas.

‘Let’ – servis semua (tiada mata kepada mana-mana pihak)

‘Faul kaki’ – kesalahan kaki semasa melakukan servis.

Page 46: Buku Log Tenis Full 2013

8.0 Cadangan Latihan Kemahiran

8.1 Genggaman Raket sambil mengawal bola.

Melambung bola bertubi-tubi dengan memukul

pepatatau kilas sama ada setempat, berjalan atau

berlari.

Melambung bola berselang-seli dengan pukulan

pepat atau kilas sambil berjalan, berlari atau

setempat.

Melantun bola bertubi-tubi sama ada secara

pepatatau kilas.

Page 47: Buku Log Tenis Full 2013

Melantun dan mengetuk bola dengan bahagian bingkai

bertubi-tubi.

Lumba lari berganti-ganti sama ada dengan melantun,

melambung atau membawa bola.

Page 48: Buku Log Tenis Full 2013

8.2 Latihan Bayang / Permainan Dinding

Page 49: Buku Log Tenis Full 2013

9.0 Cadangan Program Latihan

Dalam merancang program latihan tenis , jurulatih harus bijak untuk

mengenalpasti kaedah-kaedah latihan yang bakal diaplikasikan berdasarkan fasa-fasa

yang terdapat dalam jadual latihan. Bagi fasa persediaan umum untuk minggu ke 5

hingga ke 12, beberapa kaedah latihan telah dikenalpasti supaya pemain dapat menjalani

latihan yang bersesuaian dengan tahap kecergasannya pada masa itu. Kaedah-kaedah

latihan yang dirancang juga perlu agar pemain lebih bersedia apabila menjalani latihan

yang lebih spesifik. Dalam fasa ini, terdapat beberapa kaedah latihan yang telah

dikenalpasti. Antaranya ialah:

Larian Jarak Jauh Perlahan(LSD).

Latihan Fartlek.

Latihan Beratan/bebanan.

Latihan kemahiran.

Komplementari.

Berikut dinyatakan dengan lebih spesifik kaedah-kaedah latihan tersebut:

1. LARIAN JARAK JAUH PERLAHAN

LSD ialah sejenis latihan yang digunakan untuk melatih daya tahan

kardiovaskular . Sejak 2 abad yang lalu, LSD mula menjadi sejenis aktiviti

yang popular. Di samping ianya ringkas, latihan ini juga mempunyai beberapa

kepentingan tertentu. Menurut sejarahnya Istilah LSD mula digunakan oleh

seorang pelari yang juga seorang pengarang Amerika, Joe Henderson yang telah

menerbitkan sebuah buku berjudul Long Slow Distance- The Human Way To

Train dalam tahun 1969.

Larian Jarak Jauh Perlahan atau ringkasnya LSD boleh didefinisikan

sebagai satu kaedah latihan berjangkamasa sebagai daya tahan aerobik dengan

kadar 2 hingga 3 meter sesaat. Aerobik adalah senaman yang menggerakkan

banyak otot, cukup untuk meningkatkan bekalan oksigen dari paru-paru ke

jantung dan lain-lain bahagian badan. Apabila kerap dilakukan, senaman aerobik

akan meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru. Bersesuaian dengan

Page 50: Buku Log Tenis Full 2013

namanya latihan ini memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan

bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari secara berterusan,

maka lebih baiklah kesannya terhadap sistem kardiovaskular. Untuk

menghasilkan daya tahan yang lebih lama seseorang yang melaksanakan LSD

perlu mengekalkan kelajuan atau intensiti kerjanya sekitar 40% hingga 70%

daripada kemampuan sebenar.Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan

oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh dan sesuai untuk diperkenalkan pada

awal musim persediaan umum bagi semua jenis sukan.

Setiap latihan yang diperkenalkan mestilah mempunyai tujuannya. Antara

tujuan latihan LSD ialah menambahkan myoglobin yang membawa oksigen

keseluruh anggota badan seterusnya meningkatkan sistem tenaga aerobik dan

merangsang pembukaan kapilari. Disamping itu LSD juga dapat membaiki

kebolehan untuk bertanding dalam sukan-sukan tertentu dan meningkatkan

kecergasan disamping merehatkan mental seseorang. Disamping itu latihan ini

juga boleh diibaratkan sebagai langkah awal dalam usaha mengurangkan risiko

berlakunya kecederaan sebelum mengikuti kaedah-kaedah latihan lain yang lebih

mencabar. Dalam melaksanakan latihan ini terdapat teknik-teknik tertentu yang

bertujuan melancarkan pergerakan disamping memberikan keselesaan yang lebih

kepada pelaku terutamanya pada bahagian anggota badan.Berikut disenaraikan

teknik-teknik tersebut:

Kepala – hendaklah memandang kehadapan

Sendi siku – membengkokkan lengan melebihi 90 darjah dan menghayun

tangan mengikut rentak larian.Untuk mencapai kelajuan yang lebih lengan

hendaklah dibengkokkan kurang daripada 90 darjah dan hayunan hendaklah

ditambah.Sekiranya terasa lenguh dilepaskan buat sementara.

Genggaman tangan – menggenggam dalam keadaan selesa

Lutut – lutut tidak perlu diangkat dan tangan hanya 30 darjah kebawah kecuali

untuk memecut.

Kaki – kaki belakang tidak perlu ditinggikan supaya tenaga dapat dijimatkan

semasa melakukan larian yang jauh.

Tapak kaki – tapak kaki hanya perlu menyentuh tanah seolah-olah tidak terus

dan sebelah lagi bergerak kehadapan tanpa bantuan.

Page 51: Buku Log Tenis Full 2013

Badan – badan hendaklah sentiasa dalam keadaan tegak.

Seperti kaedah-kaedah latihan yang lain, LSD juga mempunyai beberapa

keistimewaannya yang tersendiri. Antara keistimewaan tersebut ialah:

Seseorang yang melakukan LSD tidak memerlukan kemahiran tertentu seperti sukan-

sukan yang lain.

Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.

Tidak memerlukan tempat atau gelanggang yang dikhaskan sebaliknya hanya

memerlukan lokasi-lokasi sedia ada.

Terdapat faktor-faktor tertentu yang perlu diberi perhatian dalam merangka program

latihan secara LSD.Faktor- faktor tersebut ialah :

Umur

Tempoh kematangan maksimum manusia ialah antara 25 hingga 30 tahun.

Selepas 50 tahun kemerosotan kian nampak nyata. Apabila seseorang itu beransur

tua,kemungkinan mencapai perkembangan dan pemulihan adalah lebih perlahan.

Apabila merancang program senaman untuk orang biasa haruslah mengambil

pertimbangan terhadap taraf kecergasan semasa serta penyakit yang mungkin ada.

Jantina

Lazimnya kaum lelaki adalah lebih kuat daripada kaum wanita tetapi dari segi daya

tahan otot tiada apa-apa perbezaan yang nyata. Kaum wanita pernah disifatkan

mempunyai antara 80% hingga 90% kemampuan aerobik kaum lelaki. Tetapi apabila

berat badan dan kandungan lemak diambil kira perbezaan ini tidak begitu nyata. Pada

amnya wanita mempunyai kelonggaran yang lebih daripada kaum lelaki. Oleh itu tidak

semua kelenturan yang popular adalah sesuai bagi kaum wanita tetapi mungkin

membebankan seseorang yang mahu mencubanya. Kaum lelaki harus menerima

hakikat ini kerana jika mahu melakukan senaman pada tahap kemampuan kaum wanita

besar kemungkinan akan mengakibatkan kecederaan. Penyelidikan terbaru

menunjukkan bahawa daya tahan otot dan juga kekuatan kaum wanita agak tinggi.

Sebagai contohnya kaum wanita di Afrika sering membawa bahan yang amat berat

diatas kepala mereka sungguhpun badan mereka tidak begitu tegap.Selain itu,kaum

wanita tidak mempunyai hormon testoron seperti kaum lelaki. Oleh itu wanita tidak

Page 52: Buku Log Tenis Full 2013

akan mencapai perkembangan otot seperti kaum lelaki selagi tindakbalas kepada

senaman terutamanya latihan beratan. Dari segi fungsi kardiovaskular pula kaum

wanita mempunyai kadar jantung (9 hingga 10 denyutan seminit) lebih pantas daripada

kaum lelaki.

Taraf Kesihatan

Kesihatan semasa akan menentukan kesanggupan seseorang itu untuk melakukan

senaman. Ia juga mempunyai kadar perkembangan ataupun pencapaian kecergasan

yang dirancangkan. Intensiti senaman hendaklah dikurangkan apabila demam atau

sakit. Ini disebabkan badan manusia mengalami tekanan apabila seseorang itu

menghidap penyakit atau selesema. Oleh itu tekanan tambahan harus dielakkan .

Kecergasan Semasa

Kecergasan Semasa juga adalah faktor penting dalam menentukan sesuatu permulaan

yang sesuai kepada apa jua rancangan senaman. Ia juga mempunyai pencapaian dan

juga perkembangan yang lebih memuaskan dalam masa yang lebih singkat.

Seseorang yang telah mencapai taraf kecergasan yang amat tinggi akan mendapati

bahawa perkembangan adalah lebih susah dan memerlukan usaha yang lebih untuk

mencapai kemajuan yang nyata.

Pengalaman Yang Nyata

Seseorang yang pernah bersenam dan berlatih akan mendapati bahawa badannya

akan mengalami perubahan akibat senaman dengan lebih mudah. Otot-otot dan

kardiovaskular akan mengubahkan dirinya dengan lebih pantas kepada tekanan dan

beban senaman. Orang yang kerap berlatih biasanya akan mencapai satu taraf

kecergasan yang lebh baik berbanding mereka yang tidak pernah berlatih atau jarang

berlatih.

Keperluan Individu

Tiada siapa yang mengenali badan kita dan keperluan-keperluan khusus selain

daripada diri kita sendiri. Program latihan yang dirancang haruslah diselaraskan

dengan keperluan diri, penyakit, kemampuan bersenam, masa lapang yang boleh

diluangkan, minat, sokongan keluarga dan sebagainya. Dengan menggunakan

pengetahuan fisiologi senam, kita sudah pasti boleh membuat senaman lebih berkesan

dan berjaya.

Page 53: Buku Log Tenis Full 2013

RUJUKAN

Asma Saad : 2004 : Tenis : Meniti Tangga Kejayaan, Utusan Publications Sdn Bhd , Kuala

Lumpur

Cynthia McEntire 2000 : How to Play Tenis , Human Kinetic Publisher Inc, Georgia, United

States America

Jim Brown 1995 : Tenis, Leissure Press, UK

Wise Mariee 1999 : Tenis Drill, Human Kinetics, Price Evenue, South Australia, Australia