buku log olahraga (2)

59
NAMA : NURUL HANA BALQIS BINTI BAHAROM NO MATRIK : D20101037312 KUMPULAN : D SUB-KUMPULAN : B4 SESI : 2010 / 2011 PROGRAM : AT13-PENDIDIKAN KIMIA

Upload: cikgu-hana-lulu

Post on 29-Jun-2015

3.668 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log Olahraga (2)

NAMA : NURUL HANA BALQIS BINTI BAHAROMNO MATRIK : D20101037312KUMPULAN : DSUB-KUMPULAN : B4SESI : 2010 / 2011PROGRAM : AT13-PENDIDIKAN KIMIAINSTRUKTOR : CIK NUR HIDAYAH SUHAIMI

Page 2: Buku Log Olahraga (2)

BICARA BITARA...

Segunung kasih, selaut kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerana

dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyempurnakan BUKU LOG

OLAHRAGA ( UKS1051 ). Terima kasih diucapkan kepada En. Rushdan

Ainuddin, penyelia kursus ini kerana telah memberi nota-nota yang penting dan

bermanfaat mengenai olahraga. Terima kasih juga di ucapkan kepada Cik Nur

Hidayah Suhaimi, instruktor kumpulan olahraga kami kerana telah memberi

tunjuk ajar sepanjang 14 minggu pengajian di dalam kursus ini. Buku log ini telah

dimuatkan dengan pelbagai input yang telah diperoleh sepanjang tempoh

14minggu pembelajaran. Antara perkara yang telah dimuatkan dalam buku log

ini adalah diari mingguan yang telah saya coretkan mengenai pengalaman saya

sepanjang minggu pembelajaran. Di dalam buku log ini juga telah saya sisipkan

sejarah olahraga serta contoh rancangan mengajar yang pasti dapat memberi

pengetahuan berguna kepada para pembaca kelak.

Page 3: Buku Log Olahraga (2)

BIODATA DIRI

NAMA : Nurul Hana Balqis Binti Baharom

NO MATRIK : D20101037312

NO KAD PENGENALAN : 910526105580

KUMPULAN : D (B4)

PROGRAM : Pendidikan Kimia

KOD PROGRAM : AT-13

FAKULTI : Sains dan Matematik

Page 4: Buku Log Olahraga (2)
Page 5: Buku Log Olahraga (2)

MINGGU : 1TARIKH : 15 / 07 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : AuditoriumWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Pada minggu pertama pengajian kursus ini, En Rushdan Ainuddin telah mengumpulkan kami di auditorium. Beliau telah menerangkan tentang pengelolaan kursus ( RI ) UKS1051 ini dan telah menerangkan tentang aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang 14 minggu pengajaran. Selepas beliau memberi penerangan tentang rancangan Rancangan Instruksional ( RI ), beliau telah memberi penerangan dan pengenalan kepada olahraga. Di dalam penerangan tersebut, beliau telah menyatakan sejarah olahraga dunia dan perkembangannya. Setelah itu, beliau telah membincangkan tajuk tugasan yang bakal dilaksanakan oleh pelajar. Setelah itu, En. Rushdan Ainuddin telah membacakan senarai nama dan membahagikan kami kepada kumpulan-kumpulan kecil. Saya telah dimasukkan ke dalam kumpulan B4 bersama dengan 7 ahli yang lain.

ULASAN / CADANGAN : Kami telah mengetahui dengan jelas tugas kami sepanjang 14 minggu pembelajaran.

MINGGU : 2TARIKH : 22 / 07 / 2010HARI : Khamis TEMPAT : Belakang gimnasiumWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI : Pelajar telah berkumpul gimnasium mengikut kumpulan. Instruktor kami Cik Hidayah Suhaimi telah mengambil kedatangan pelajar. En Rushdan telah memberikan handout kepada setiap kumpulan kecil mengenai tugasan pengajaran yang mikro yang bakal dilaksanakan. Pengajaran mikro ini bermakna kami perlu menyiapkan rancangan pengajaran harian (RPH) mengikut giliran kumpulan dan melakukan sesi pengajaran berdasarkan RPH yang telah disediakan. Sebelum kelas berakhir, Cik Hidayah telah menerangkan format RPH yang perlu dilakukan dan perkara-perkara yang perlu di ambil kira semasa melakukan sesi pengajaran kelak.

ULASAN / CADANGAN : Kami telah mengetahui format RPH yang merupakan sesuatu yang baru bagi kami.

Page 6: Buku Log Olahraga (2)

MINGGU : 3TARIKH : 29 / 07 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSIWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI : Pada minggu ini kumpulan B1 telah memulakan sesi pengajaran mikro mereka. Mereka telah mengajar kami tentang lompat jauh selama dua jam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada 5 minit pertama, kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A,B,C dan D. Kami telah didedahkan dengan peraturan lompat jauh sebelum memulakan aktiviti secara berkumpulan. Guru telah menyatakan otot-otot yang terlibat dalam aktiviti lompat jauh. Dalam aktiviti pemanasan badan, pelajar telah diarahkan untuk membuat ’slow jog’ selama lebih kurang 5 minit. Kemudian guru telah mengarahkan kami mengikut pergerakan regangan yang dilakukan oleh mereka. Regangan dimulakan dari kepala, tangan, bahu hingga kaki. Aktiviti pembelajaran telah diteruskan dengan penerangan oleh guru tentang gaya-gaya dalam lompat jauh. Secara amnya, terdapat tiga gaya lompat jauh iaitu gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh. Selepas guru menerangkan gaya-gaya lompat jauh, guru telah menerangkan fasa-fasa dalam lompat jauh. Fasa-fasa dalam lompat jauh ialah fasa penujuan, fasa lompatan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Guru telah mendemokan fasa-fasa yang terlibat sambil pelajar mencuba untuk melakukan fasa-fasa yang terlibat. Aktiviti menjadi semakin rancak apabila guru mengadakan permainan kecil yang dipertandingkan di antara kumpulan-kumpulan kecil yang lain. Selepas aktiviti permainan kecil berakhir, guru telah mengetuai aktiviti penyejukan badan serta melakukan refleksi.

ULASAN / CADANGAN : Kami telah dapat mengetahui dengan mendalam mengenai acara lompat jauh.

MINGGU : 4TARIKH : 05 / 08 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSI WAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Pada minggu ini kami telah mempelajari acara lempar cakera. Guru-guru pengajaran mikro pada minggu ini adalah kumpulan B2. Kami telah beratur mengikut kumpulan yang ditetapkan. Guru telah menerangkan tentang sejarah dan alatan yang digunakan dalam permainan lempar cakera. Guru juga telah

Page 7: Buku Log Olahraga (2)

menyatakan undang-undang dan peraturan yang terlibat dalam acara lempar cakera. Kemudian guru telah mengarahkan kami untuk membuat satu bulatan besar. Seorang guru telah mengetuai kami dalam aktiviti pemanasan badan. Selepas itu, guru telah menerangkan 3 teknik memegang cakera sambil membuat demo. Guru juga telah menerangkan teknik untuk melempar cakera. Terdapat dua teknik yang telah diterangkan oleh guru iaitu teknik gaya berdiri dan teknik gaya berpusing. Semasa latihan ansur maju, guru telah menunjukkan cara memegang cakera dan hayunan awal, latihan fasa akhir dalam lempar cakera, teknik melempar cakera menggunakan gaya berdiri, fasa ketiga dalam teknik gaya berpusing menggunakan palang dan teknik gaya berpusing yang sebenar. Selepas guru menunjukkan semua perkara di atas, kami telah dibenarkan untuk membuat 3 percubaan melempar cakera. Selepas semua pelajar membuat percubaan, guru telah melakukan satu permainan kecil. Dua orang pelajar dari setiap kumpulan telah menyertai permainan kecil ini. Saya juga merupakan salah seorang wakil itu. Selepas selesai permainan kecil, kami telah dikumpulkan dalam satu bulatan untuk aktiviti penyejukan badan. Sebelum kelas berakhir, guru telah bertanya kepada kami mengenai otot-otot dominan yang terlibat dalam acara lempar cakera.

ULASAN / CADANGAN : Guru telah menerangkan kepada kami mengenai lempar cakera dengan baik sekali. Pelbagai input berguna telah kami perolehi.

MINGGU : 5TARIKH : 12 / 08 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSI WAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Pada minggu ini, kami telah mempelajari acara lontar peluru. Tepat pukul 5.00 petang, guru telah memberi pengenalan kepada sejarah lontar peluru dan peraturan dalam lontar peluru. Setelah selesai, guru mengarahkan kami untuk membentuk satu bulatan besar bagi aktiviti pemanasan badan. Pemanasan badan dimulakan dengan larian dalam bulatan dan diikuti dengan aktiviti regangan badan. Selepas aktiviti regangan, guru telah menerangkan kaedah lontaran yang betul. Iaitu lontaran gaya berdiri dan melontar, gaya melungsur selangkah dan gaya Parry O’ Brien. Sebelum melontar juga, kami telah belajar teknik pegangan peluru dengan betul. Iaitu teknik memegang peluru dengan tiga jari dan teknik memegang peluru dengan lima jari. Guru sentiasa mengingatkan kami untuk berhati-hati apabila menggunakan peluru yang sebenar. Selepas kami mencuba melontar peluru, guru telah mengadakan satu permainan kecil. Setiap kumpulan kecil telah menghantar 3 orang wakil. Kelas telah berakhir pada pukul 7.00 petang.

Page 8: Buku Log Olahraga (2)

ULASAN / CADANGAN : Lontar peluru merupaka acara yang berbahaya kerana melibatkan penggunaan peluru yang berat. Guru perlu memastikan semua murid mematuhi arahan dan mengutamakan keselamatan mereka.

MINGGU : 6TARIKH : 19 / 08 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : AuditoriumWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Pada minggu ini kami telah diarahkan untuk berkumpul di auditorium. Selepas semua pelajar masuk ke dalam auditorium, En. Rushdan b Ainuddin telah memulakan kuliah mengenai pengurusan pengelolaan temsya olahraga. Beliau telah menerangkan tentang kepegawaian. Antara perkara yang telah beliau kuliahkan adalah mengenai pegawai-pegawai kejohanan. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam temasya olahraga adalah pengerusi teknik, juri rayuan, referi balapan dan padang, ketua penjaga masa dan penjaga masa, ketua pencatat pusingan dan pencatat pusingan, pelepas dan penolong pelepas, pengurus teknik, penyelia peserta dan marsyal. Selepas kuliah berakhir, beliau mengingatkan kami untuk bersedia menghadapi kuiz yang akan diadakan pada minggu berikutnya.

ULASAN / CADANGAN : Kami telah memperolehi input yang sangat berguna mengenai pengelolaan olahraga kerana sebelum ini kami tidak pernah mengetahui jawatan kuasa yang terlibat dalam sesuatu temasya olahraga.

MINGGU : 7TARIKH : 26 / 08 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : AuditoriumWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :PAda minggu ke-7 ini, kami telah berkumpul di auditorium. Kami telah diberikan kuiz dan diingatkan untuk menyempurnakannya dalam masa 30 minit. Kuiz yang diberikan berkaitan dengan pengurusan dan pengelolaan temasya olahraga. Selepas kuiz diberikan, kami telah diberi taklimat mengenai temasya merentas desa yang akan dilaksanakan pada minggu ke-13. Selepas taklimat berakhir, kami telah memilih ahli jawatankuasa yang bakal menguruskan temasya merentas desa. Sesi pada hari ini berakhir lebih awal sejurus pemilihan AJK berakhir.

Page 9: Buku Log Olahraga (2)

ULASAN / CADANGAN : Kuiz yang diberikan telah dapat menguji tahap pengetahuan kami dalam olahraga.

MINGGU : 8TARIKH : 02 / 09 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : AuditoriumWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI : Pemilihan ahli jawatankuasa temasya merentas desa dan perbincangan mengenai perjalanan pertandingan.

MINGGU : 9 TARIKH : 23 / 09 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSIWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Pada minggu ini, saya dan ahli kumpulan yang lain telah membuat pengajaran mikro mengenai rejam lembing. Dalam sesi pengenalan, kami telah mengarahkan pelajar untuk beratur mengikut kumpulan. Kami telah menerangkan serba sedikit tentang sejarah dan alatan yang digunakan dalam permainan rejam lembing. Kami juga telah menerangkan otot-otot yang terlibat dalam rejam lembing. Selepas memberi pengenalan, kami telah mengarahkan pelajar untuk membuat dua barisan panjang bagi sesi pemanasan badan. Saya telah mengetuai aktiviti regangan pada hari tersebut. Aktiviti regangan yang telah dilakukan adalah dynamic stretching. Selepas sesi regangan, seorang ahli kumpulan saya telah menerangkan gaya memegang lembing. Terdapat tiga gaya memegang lembing. Gaya-gaya tersebut adalah gaya Amerika, gaya Finish dan gaya pegangan-U. Demo pegangan lembing telah ditunjukkan. Guru juga telah membuat demo larian sambil memegang lembing serta menunjukkan gaya rejaman dari atas bahu. Selepas sesi pengajaran berakhir, kami telah mengadakan satu permainan kecil untuk para pelajar. Saguhati kecil telah kami berikan kepada wakil yang menang. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah berakhir dengan aktiviti penyejukan badan dan sesi refleksi.

ULASAN / CADANGAN : Sebagai guru, kami telah melakukan pelbagai persediaan sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini telah dapat melatih kami mengenai tugas sebagai guru yang sebenar.

Page 10: Buku Log Olahraga (2)

MINGGU : 10TARIKH : 30 / 09 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSIWAKTU : 5.00-7.00 petangAKTIVITI : Pada minggu ini, kumpulan terakhir telah mengajar kami acara lompat tinggi. Pada pukul 5.00 petang, kami telah diminta untuk beratur mengikut kumpulan yang disediakan. Guru telah memberi penerangan tentang aktiviti dan sejarah lompat tinggi. Guru juga telah memberitahu kami tentang otot-otot yang terlibat dalam aktiviti lompat tinggi. Selepas itu, guru telah menyatakan fasa-fasa yang terlibat dalam lompat tinggi iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan pendaratan. Guru juga telah menerangkan dan menunjukkan gaya lompat tinggi iaitu gaya Frosbury Flop. Selepas semua penerangan telah diberikan, aktiviti pemanasan badan telah diberikan. Kami telah diarahkan untuk membentuk satu bulatan besar. Aktiviti yang telah dilakukan adalah larian 9meter dan lompat bintang. Selepas pemanasan badan, kami telah ditunjukkan peralatan-peralatan yang terlibat dalam lompat tinggi. Guru telah membuat demo fasa lompatan gaya gunting. Kami telah diberikan 3 kali percubaan untuk melakukan kesemua fasa-fasa lompat tinggi. Selepas itu, guru telah mengadakan permainan kecil. Pelajar yang tidak terlibat dalam permainan telah diberikan kuiz. Guru telah memberikan sedikit cenderahati kepada pemenang. Kelas telah berakhir pada pukul 7.00 petang selepas aktiviti penyejukan badan dan sesi refleksi.

MINGGU : 11TARIKH : 07 / 10 / 2010HARI : Khamis TEMPAT : Padang UPSIWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Aktiviti pada minggu ini adalah lari pecut. Sebelum instruktor ( kak dayah ) megajar kami teknik-teknik yang betul dalam lari pecut 100meter, kami telah melakukan regangan badan dengan memberi penekanan kepada regangan kaki kerana regangan pada bahagian kaki penting agar tubuh bersedia untuk melakukan pergerakan maksimum ketika larian. Antara aktiviti regangan yang dilakukan ialah ankling, middle high dan high knee stretching. Selepas aktiviti regangan, instruktor kami telah menerangkan peraturan asas dalam lari pecut iaitu perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang pelari terbatal daripada pertandingan. Selain itu juga, beliau telah menerangkan sebab penggunaan kasut berpaku dan starting block. Setelah selesai memberi

Page 11: Buku Log Olahraga (2)

penerangan, instruktor telah menunjukkan teknik asas dalam fasa ke garisan, sedia dan bermula. Semua pelajar telah mencuba untuk melakukan fasa ke garisan, sedia dan mula seperti yang telah didemokan oleh instruktor. Selepas sesi ansur maju berakhir, kami telah diberi peluang untuk menggunakan starting block yang disediakan. Instruktor juga telah membantu kami untuk menggunakan blok pemula dengan cara yang betul. Kelas telah berakhir pada pukul 7.00 petang.

ULASAN / CADANGAN : Teknik yang efisien dalam lari pecut penting untuk membantu memaksimumkan larian dalam lari pecut 100meter.

MINGGU : 12 dan 13TARIKH : 14 & 21 Oktober 1010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSIWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI : Ujian kemahiran telah dilakukan pada minggu 12 dan 13. Segala teknik dalam acara-acara olahraga telah dinilai oleh instruktor. Kami diberi markah mengikut ketetapan yang telah disediakan. Acara-acara yang diuji adalah larian 60meter, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.

MINGGU : 14 TARIKH : 28 / 10 / 2010HARI : KhamisTEMPAT : Padang UPSIWAKTU : 5.00-7.00 petang

AKTIVITI :Temasya Merentas Desa telah dianjurkan sebagai syarat lulus dalam kepegawaian dan pengelolaan olahraga. Semua pelajar terlibat dalam temasya olahraga ini.

Page 12: Buku Log Olahraga (2)
Page 13: Buku Log Olahraga (2)
Page 14: Buku Log Olahraga (2)

LOMPAT KIJANG

Pengenalan

Lompat kijang satu acara padang yang tergolong dalam kategori lompatan. Acara ini dikhususkan untuk lelaki sahaja, tetapi sejak 1993 acara ini mula disertai juga oleh wanita. Malah, dalam beberapa kejohanan olahraga peringkat antarabangsa di Eropah telah diadakan acara lompat kijang untuk wanita. Sebagai acara olahraga, lompat kijang masih menjadi milik lelaki di peringkat sekolah di negara kita walaupun di peringkat kebangsaan diadakan juga untuk wanita.

Berdasarkan sejarah olahraga, dipercayai acara lompat kijang ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dari Scotland dan Ireland. Pada asalnya, acara ini dikenal sebagai hop-step and jump, tetapi kemudiannya dikenal sebagai triple jump. Pada tahun 1900, acara ini telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik, Iaitu dalam siri kedua sukan ini.

Bagaimanapun, corak lompatan pada ketika itu amat berlainan dengan cara dan peraturan lompatan sekarang. Ketika itu, dua lonjakan (hop) mesti didahului sebelum membuat lompatan. Ini berbeza dengan peraturan sekarang di mana hanya satu lonjakan yang diikuti oleh satu langkah dimestikan sebelum membuat lompatan.

Kelengkapan

Sebagaimana lompat jauh, lompat kijang juga memerlukan lorong larian dan ruang khas untuk membuat lompatan. Antara ruang dan peralatan yang diperlukan dalam acara ini adalah seperti berikut.

Lorong Larian

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai untuk pecutan, lonjakan dan lompatan adalah diperlukan. Jarak lorong larian yang piawai berukuran 58m panjang dan 1.22m lebar.

Papan Pelepas ( Take Off Board)

Page 15: Buku Log Olahraga (2)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda kawasan pelepasan untuk memulakan lonjakan. Papan pelepas ini berukuran 20cm X 1.22m yang diletakkan 13m dari hujung terdekat kawasan pendaratan.

Petunjuk Plastisin

Ia digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat oleh peserta. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas, dan sebarang kesan tapak kaki yang dihasilkan pada plastisin ini, menandakan pembatalan pada lompatan itu.

Kawasan Pendaratan (Landing Area)

Kawasan pendaratan digunakan untuk pendaratan sesuatu lompatan. Kawasan ini diisikan dengan pasir yang dilembabkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m X 2.75m.

Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat di dalam kotak pendaratan, Yakni ke titik terdekat yang mampu dilompat oleh pelompat. Dalam kebanyakan kejohanan antarabangsa, ukuran dibuat mengunakan alat elektronik.

Pengukur Halaju Angin

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat, sama ada lompatan tersebut dibantu oleh tiupan angin atau tidak. Namun, dalam kejohanan peringkat sekolah, daerah malah negeri, alat ini jarang digunakan.

Bendera Isyarat

Bendera digunakan oleh pengadil atau pegawai untuk mengawasi langkah pelompat pada papan pelepas, dan satu lagi digunakan oleh pegawai yang mengawasi petak mendarat. Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu warna putih untuk memberi isyarat lompatan yang sah dan warna merah untuk isyarat lompatan yang batal.

Kasut Berpaku (Spike)

Kasut yang sesuai penting untuk larian dan lompatan. Kasut berpaku dan bertumit plastik yang keras sesuai digunakan untuk acara ini.

Page 16: Buku Log Olahraga (2)

Aspek Dan Teknik Melompat

Ada enam aspek penting dalam lompat kijang yang perlu diberikan perhatian, iaitu kelajuan larian, pelepasan, lonjakan, langkahan, lompatan dan pendaratan.

A. Kelajuan Larian

Larian yang tidak sesuai dan tidak dirancang boleh menyebabkan corak langkah tidak konsisten, penggunaan tenaga yang maksimun sebelum lompatan dibuat, lompatan yang tidak tepat, dan pendaratan yang tidak selesa boleh menyebabkan kecederaan.

Lompat kijang lebih memerlukan daya tumpuan dan kebolehan untuk mengimbangkan tenaga yang baik. Untuk menguasai keseimbangan ini, corak larian hendaklah dikawal dan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan terancang. Melalui kombinasi yang sesuai, ketiga-tiga tahap iaitu lonjakan, langkahan dan lompatan akan dapat dimaksimumkan. Tahap yang maksimum ini dapat diwujudkan apabila daya momentum yang mendatar pada larian dan menegak pada lonjakan, langkah dan lompatan dapat dikawal dan dielakkan daripada kehilangan.

Teknik larian yang baik diukur berdasarkan jarak larian optimum.i. Langkah antara 15 hingga 20 kali atau 2m - 2.5m sebelum membuat

lompatan disarankan.ii. Untuk ketepatan, check-mark pada jarak 4 – 6 langkah dari papan pelepas

boleh dibuat.iii. Lakukan larian mrngikut kelajuan dan kesesuai dengan check-mark agar

pelepassan dibuat dengan baik dan sempurna.

B. Pelepasan

Dalam satu-satu lompatan , terdapat tiga pelepasan yang akan berlaku sebelum pendaratan dibuat. Setiap pelepasan inilah yang akan menentukan keupayaan dan jarak yang mampu dicapai oleh seseorang pelompat. Penghasilan corak pelepasan yang baik dapat memaksimumkan daya lompatan serta mengurangkan gangguan akibat sudut hentian yang terjadi ketika momentum menegak berlaku. Pada tahap pertama, Pelompat hendaklah mendisplinkan dirinya, yakni hendaklah membahagikan keupayaan tangannya kepada nisbah tertentu. Ini penting untuk menyimbangkan tenaga antara komponen momentum menengak dan mendatar.

C. Lonjakan

Page 17: Buku Log Olahraga (2)

Selepas pelepasan pertama, lonjakan akan dibuat. Dalam peraturan lonjakan , kaki yang sama hendaklah digunakan apabila membuat lonjakan dan pendaratannya. Maksudnya, sekiranya pelompat melonjak menggunakan kaki kanan, maka pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga. Penggunaan keupayaan mengikut proposi yang cekap adalah perlu supaya tidak menjejaskan tahap selanjutnya. Dengan ini, lonjakan yang dapat mengawal kehilangan momentum mendatar hendaklah ditekankan.

Oleh itu, penggunaan teknik lonjakan yang baik amat perlu. Teknik ayunan tangan (arm shift) dan kayuhan kaki (cycling) disarankan. Melalui teknik ayunan tangan ke hadapan manakala kaki pula mengayuh akan dapat meningkatkan keupayaan disamping mengawal keseimbangan semasa pendaratan dilakukan dengan sebelah kaki.

D. Langkah

Selepas pendaratan dari tahap pertama tadi, pelepasan untuk tahap kedua pula mengikuti. Tahap langkah ini merupakan tahap yang paling lemah dalam ketiga-tiga tahap yang wujud dalam acara lompat kijang ini. Peraturan pada tahap ini berbeza daripada peraturan yang dikenakan pada tahap lonjakan tadi. Pada tahap ini, penggunaan kaki yang sama untuk melangkah dan mendarat dianggap batal.

Ini bermakna, sekiranya pelompat menggunakan kaki kanan untuk melangkah, maka pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula. Disebabkan tahap ini merupakan tahap yang paling lemah, ia perlu diperbaiki untuk mencapai jarak lompatan yang lebih jauh. Teknik ayunan dua belah tangan dan pembukaan yang luas disarankan. Dengan membuat ayunan kedua-dua belah tangan ke hadapan, pelompat akan dapat membuat satu kombinasi dengan kakinya yang dibuka luas yang dapat menolak badannya ke hadapan dengan lebih kuat lagi.

E. Lompatan

Tahap terakhir teknik lompatan bagi lompat kijang tidak banyak bezanya dengan acara lompat jauh. Perbezaannya hanyalah daripada segi keupayaan yang wujud. Pada tahap ini, tenaga yang ada telah pun dikurangkan dengan banyaknya semasa lonjakan dan langkahan dibuat.

Berasakan hakikat ini, teknik ayunan punggung dan kayuhan separuh kaki disarankan. Teknik ini akan membantu pelompat menghasilkan momentum menegak yang kuat sebelum kaki mencecah pasir.

Penggunaan pergerakan kaki teknik jack-knifing adalah disarankan. Teknik ini sesuai digunakan pada pendaratan yang terakhir yang mana ia berupayaan mengelakkan momentum menegak daripada terus terhenti.

Page 18: Buku Log Olahraga (2)

Selanjutnya juga, teknik ini berkemampuan memindahkan pusat graviti yang terdapat pada badan pelompat ke bahagian kaki dan sebahagian kecil ke tangan. Maka, melalui pengawalan kaki dan tangan setelah pelompat mencecahkan kakinya ke pasir, ia akan dapat mengawal keseimbangan badannya untuk terus bergerak ke hadapan.

Undang-undang dan Peraturan

i. Setiap peserta akan diberikan peluang membuat tiga atau enam lompatan seperti yang ditentukan oleh pegawai pertandingan. Jika bilangan peserta ramai, lompatan kelayakan akan dijalankan untuk menentukan peserta ke pusingan akhir.

ii. Lompatan paling jauh daripada lompatan yang sah dibuat akan dikira sebagai pencapaian terbaik peserta.

iii. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di lorong melompat.

iv. Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihan papan lompatan, lompatan itu tidak dikira atau dibatalkan dan jarak lompatan yang dibuat tidak diambil kira.

v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak terhad, asalkan peserta tidak terkeluar daripada lorong larian yang disediakan.

vi. Jika peserta membuat lompatan sebelum kaki memijak papan lompatan, maka lompatan itu juga dikira batal.

vii. Pengukuran lompatan dibuat pada sudut 90° dari tempat paling hampir disentuh oleh peserta di dalam kawasan sempurna atau sah sahaja diukur.

viii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut atau spike untuk membuat lompatan.

Page 19: Buku Log Olahraga (2)
Page 20: Buku Log Olahraga (2)

LARI PECUT

Pengenalan

Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian terpantas ini bergantung pula pada beberapa faktor seperti jarak, kederasan tiupan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga intensif daripada perlumbaan itu. Ini bererti adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada satu jarak yang ditetapkan umpamanya 50 meter, 100 meter, 200 meter, dan 400 meter.

Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut. Faktor ini amat berkesan dalam menentukan kelajuan lariannya. Faktor ini ialah kelajuan kaki dan jarak langkah semasa berlari. Untuk memperoleh kelajuan tertinggi, pelari haruslah mempunyai koordinasi yang baik, mobiliti atau kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badab semasa berlari. Tentang faktor jarak langkah pula, terdapat jarak optimum pula berbeza-beza seorang pelari dengan pelari lain, yang dipengaruhi panjang kaki, kekuatan dan mobiliti bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 hingga 2.0 meter pada larian pecut. Jarak langkah ini boleh dipertingkatkan dengan cara memperbaiki mobiliti Dan kekuatan.

Sejarah Lari Pecut

Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatat. Sukan Olimpik Kuno di Greek mengandungi hampir hampir keseluruhan acara daripada acara pecut. Pada zaman moden, antara rujukn terawal ialah pertandingan lari pecut yang diadakan di kalangan pekerja serta orang suruhan golongan bangsawan. Salah satu perlumbaan pecut yang dicatat ialah perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent, England. Pada abad ke-19 lari pecut ini menjadi semakin popular. Perkembangan larian pecut pada abad ini telah dihalang oleh ketiadaan undang-undang Dan peraturan piawai Dan prosedur permulaan serta ketiadaan penjagaan masa yang tepat Dan betul. Pelbagai cara permulaan diadakan, sehingga selalu menjadi masalah untuk menerima cara yang mana dapat diterima oleh semua pelajar.

Page 21: Buku Log Olahraga (2)

Walau bagaimanapun setelah pelbagai cara digunakan, persetujuan dibuat untuk menjadikan permulaan berdiri sebagai permulaan yang paling baik Dan sesuai serta dapat diterima oleh semua pihak. Cara ini dianggap sebagai kaedah terbaik ketika ini. Cara ialah dengan meletak kaki hadapan pada garis permulaan, manakala kaki belakang berada 15-20 cm daripada garis itu. Tubuh pelari pula dicondongkan ke hadapan sehingga pada sudut 90 darjah atau selari dengan padang.

Peralatan Untuk Acara Lari Pecut

Dalam acara-acara pecut, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan oleh seorang pelari pecut. Antaranya ialah seperti berikut:

a) Kasut LariKasut lari atau spike amat penting kepada seorang atlit. Terdapat

berbagai-bagai jenis kasut lari, tetapi sebaik-baiknya gunakan kasut lari yang ringan. Paku pada spike tersebut mestilah tidak melebihi 11 batang dan tidak melebihi 25 mm panjang.

b) Blok Permulaan

Walaupun penggunaan blok permulaan (starting Blok) ini tidak diwajibkan, namun dalam acara lari pecut, ia amat perlu. Malahan , dalam kebanyakan kes, blok permulaan ini telah membantu pelari-pelari meningkatkan larian mereka. Namun demikian penggunaan blok permulaan ini perlu mengikut beberapa peraturan.

c) Pakaian Yang Sesuai

Ahli-ahli sukan khususnya olahraga hendaklah menyediakan pakaian trek yang sesuai untuk dipakai sebelum atau selepas mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Kegunaannya ialah untuk mengawal suhu badan pelari.

Peraturan

a) Kasut

Peserta-peserta boleh bertanding dengan berkaki ayam atau berkasut pada sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Tujuan berkasut di dalam pertandingan ialah untuk memberi perlindungan dan cengkaman kuat di atas tanah agar langkah peserta-peserta menjadi tetap.

b) Bilangan Paku

Page 22: Buku Log Olahraga (2)

Tapak dan tumit kasut dibuat begitu rupa supaya ianya dibolehkan untuk 11 tempat paku. Sebarang bilangan paku sehingga ke 11 boleh digunakan tetapi bilangan tempat paku tidak boleh melebihi 11.

c) Panjang PakuApabila pertandingan dijalankan di atas balapan getah tiruan serba

cuaca , bahagian paku yang teranjur dari tapak atau tumit tidak melebihi 9 mm.

d) NomborSetiap peserta hendaklah diberi dua nombor yang mesti dipakai di

belakang dan di dada supaya jelas kelihatan.

e) Gangguan Di atas Balapan

Sesiapa di antara peserta yang menyinggung, berlari atau berjalan melintasi atau mengganggui peserta lain yang boleh membantut kemajuan langkah peserta itu, boleh menyebabkan penyingkirannya. Jika di dalam mana-mana perlumbaan seseorang peserta disingkirkan kerana sebab-sebab di atas, referi mempunyai kuasa memerintahkan perlumbaan itu dijalankan semula.

f) Berlari di dalam lorong

Di dalam semua perlumbaan di atas lorong, setiap peserta akan berlari di dalam lorong yang ditetapkan kepadanya dari mula hingga akhir. Sekiranya seseorang peserta di tolak atau di paksa berlari di luar lorongnya oleh peserta lain, dan sekiranya tidak menguntungkan, peserta itu seharusnya disingkirkan.

g) Keluar dalam masa pertandingan

Seseorang peserta selepas meninggalkan balapan dengan sendirinya tidak di benarkan menyambung permulaan semula.

h) Pusingan Dan Saringan

Pusingan-pusingan permulaan (saringan) akan diadakan dalam acara-acara balapan apabila bilangan peserta-peserta terlalu ramai untuk membolehkan pertandingan dijalankan dengan memuaskan di dalam satu pusingan (akhir). Di mana pusingan-pusingan awal diadakan semua peserta mesti bertanding dan melayakkan diri di dalam pusingan-pusingan seterusnya.

Gaya Permulaan Bagi Acara Pecut 100 Meter

a) Gaya Peluru

Page 23: Buku Log Olahraga (2)

Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28 cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

b) Gaya Sederhana (Medium)Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis

gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

c) Gaya Panjang (elongated)Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang Dan

kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana dengan meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.

Latihan Ansur Maju / Butiran Mengajar / Asas Biomekanik (100 meter)

Aktiviti / Butiran Mengajar Asas Biomekanik

1. Lari atas bebola kaki

Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki.

Murid skip dengan menggunakan bebola kaki.

2. Angkat lulut tinggi.

Lutut angkat sama tinggi dengan pinggang. Badan condong ke hadapan lebih kurang 45 darjah. Kepala tegak jangan terhangguk. Mata tumpu terus di hadapan

lebih kurang 2m ke hadapan. Bahu relaks.

3. Hayunan tangan

Siku bengkok lebih kurang 90 darjah. Hayun tangan ke belakang

Murid berlari di atas bebola kaki untuk mendapatkan lonjakan ke hadapan.

Hentakan kaki keseluruhan akan mengakibatkan kecederaan pada sendi-sendi kaki.

Badan tegak menambahkan seretan udara rintangan udara.

Berat tubuh harus diubah ke hadapan dengan menolak kaki ke belakang (Law of Action Reaction) Hukum Newton Ketiga.

Dapat kurangkan rintangan angin. Tubuh kita bersifat serupa dan

seimbang . Langkah kaki kanan akan memutarkan kearah kiri

Page 24: Buku Log Olahraga (2)

melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul. Tangan hayun dengan cepat Dan bebas. Jari bengkok sedikit.

4. Berlari mengikut lorong

Murid melakukan larian pecut sejauh 30 cm dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan.

Murid akan melakukan lari pecut sejauh 30 m dengan teknik yang betul.

(action dan reaction) Kurangkan rintangan.

Teknik Permulaan Dekam

1. Permulaan Sederhana

Berdiri di belakang garisan permulaan.

Jarak di antara bahagian hadapan blok dengan garisan permulaan antara 30-50 sm.

Pastikan blok permulaan dipasang dengan baik, ketat dan kemas. Ia diletakkan bersudut tegak dengan garisan permulaan.

2. Kedudukan Ke Garisan

Kaki berada di atas blok-blok permulaan. Kaki hadapan haruslah diselaraskan dengan lutut kaki belakang.

Lengan hendaklah diluruskan dan jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan.

Letakkan kedua-dua tangan di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari Dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan

Jarak yang sesuai memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada atlit semasa berada dalam kedudukan sedia.

Untuk keselamatan dan daya tolakan yang lebih berkesan.

Untuk membolehkan permulaan pada satu garisan lurus ke bahagiandalam lorongnya yang berselekoh.

Berat badan dipindahkan ke lutut belakang dan kedua-dua tangan.

Bahu dibuka dan tangan diletakkan di belakang garisan permulaan.

Bahu berada di hadapan daripada tangan.

Page 25: Buku Log Olahraga (2)

seluas bahu. Kedudukan kepala adalah seperti

biasa, mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan.

3. Kedudukan Sedia

Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah. Lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras tanah.

Pinggang hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu. Bahu pula harus tinggi sedikit daripada kepala.

Tangan diluruskan. Kedudukan kepala tidak berubah.

Tekan kedua-dua belah kaki dengan kuat pada blok permulaan.

Mata memandang pada titik satu meter ke hadapan.

4. Kedudukan berlepas

Bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badab serta-merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat.

Tolakan jari tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok.

Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan.

5. Permulaan Larian

Kaki lonjakan dibawa ke hadapan. Tubuh badan direndahkan. Kepala ditundukkan sedikit. Mata tertumpu pada trek. Langkah permulaan pendek pada

Untuk menolak pusat graviti ke hadapan.

Hukum Newton 1- Jasad yang statik / bergerak akan sentiasa ada kuasa lain yang mengubahnya.

Badan yang dekam dan kepala yang ditunduk sedikit membentuk arrow dinamik untuk menambahkan kelajuan dan mengurangkan rintangan semas berlepas.

Semasa keluar daripada blok permulaan tolakan kedua-dua belah kaki pada blok.

Semasa larian tolakan kaki ke bumi.

Hayunan tangan lebih pants dari larian.(Hukum Newton Ketiga)

Atlit perlu equilibrumnya atau rasa tumit ke hadapan semasa berlepas apabila angkat tangan daripada bumi menghayunkannya.

Langkah 1-10 dilakukan lebih

Page 26: Buku Log Olahraga (2)

10 meter pertama. Kaki diluaskan sedikit.

6. Semasa Larian

Atlit memecut dengan langkah panjang dan cepat.

Lutut diangkat tinggi. Mengayun lengan dengan kuat. Lari atas bebola kaki. Siku dirapat pada badan dan

dibengkok pada sudut 90 darjah.

pantas, dan kaki dibuka luas.(stabiliti)

Badan dicondong ke hadapan untuk pusat graviti supaya atlit sentiasa mencari stabiliti baru dan dengan ini berlari pantas ke hadapan. Atlit berlari di atas bebola kaki.

Hayunan tangan yang kuat menghasilkan tarikan yang kuat untuk mengangkat tinggi.

Hayunan tangan membantu menghindari peredaran yang tidak diperlukan antara pergerakan kaki.(aerodinamik)

Langkah-Langkah Keselamatan

1. Kesihatan Sebelum menjalani satu-satu latihan: Perhatikan tentang fizikal peserta. Perhatikan kedudukan mental peserta. Beban latihan- sesuai dengan keadaan peserta.

2. Pakaian Memakai pakaian yang selesa / sesuai untuk membuat pergerakan Tidak memakai barang hiasan. Kasut kanvas- sesuai untuk jogging.

3. Tempat Latihan Permukaan padang / trek yang rata dan tidak berlopak. Kawasan /ruangan yang selesa. Tiada halangan-halangan.

4. Alatan Menggunakan alat sesuai dengan peringkat umur. Keadaan alat yang sesuai. Menggunakan alat-alat dengan cara yang betul.

Page 27: Buku Log Olahraga (2)

Penutup

Acara lari pecut memerlukan seseorang individu yang berkebolehan untuk berlari dengan pants serta mengambil masa yang paling singkat. Namun begitu, jika seseorang atlit itu tidak didedahkan dengan teknik larian yang betul maka kelajuannya tidak dapat ditingkatkan. Mengaitkan setiap latihan lari pecut dengan prinsip biomekanik juga dapat membantu para atlit memperoleh kejayaan yang diidam-idamkan oleh setiap individu.

Page 28: Buku Log Olahraga (2)

LARI BERGANTI-GANTIPengenalan

Lari berganti-ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan juga acara untuk peserta untuk wanita. Dalam sesuatu pertandingan olahraga , lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai.

Lari berganti-ganti juga adalah acara yang paling menarik dalam bidang trek dan padang. Biasanya acara berganti - ganti 4x 100 dan 4 x 400 meter disusun pada akhir program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukan-pasukan yang bertanding dalam sesuatu pententangan hebat dari segi kederasan dan kemahiran penukaran baton.

Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dikesan selepas keputusan terakhir tersebar sebaba ada kemingkinana ada baton yang terjatuh, pelari - pelari menerima baton luar daripada zon terhad untuk pertukaran baton atau pembatalan lain. Dalam keadaan ini , pasukan yang mempunyai keempat-empat pelari yang pantas dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan di mana pelari-pelarinya yang mempunyai kepantasan sedarhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan baik.

Page 29: Buku Log Olahraga (2)

Oleh kerana teknik larian dipelajari, maka pelajar-pelajar perlu diajar kemahiran - kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton. Susunan pelari-pelari mengikut kualiti masing- masing perlu diambil kira. 'Synchronisation ' antara kempat-empat atlit sangat penting sebab ini akan memastikan kelicinan dalam teknik penukaran baton yang baik bila mereka sampai ke peringkat antarabangsa.

Sejarah

Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir abad ke 19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari peminat oalahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh 403. 34 m ) iaitu suku batu dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Sejak dari itu lari berganti- ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai.

Dua tahun kemudian wujud pula ' Pennsylvania Realy carnival ' yang merupakan acara tahunan di bandar Amerika syarikat. Dari situ acara lari berganti-ganti dikembangkan ke bandar-bandar lain di Amerika dan terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Terdapat pelbagai acara berganti-ganti, walaupun kebanyakan peminat sukan olahraga didedahkan dengan acara 4 x 100 dan 4 x 400 m sahaja. Antaranya termasuklah sebagai acaar dalam beberapa kejohanan olahraga ialah 4 x 200 meter, 4 x 800, 4 x 1500 m dan lari berganti-ganti jarak jauh. Selain daripada itu terdapat lari berganti-ganti campuran atau gabungan seperti 100 x 200 x 400 x 800 meter, 100 x 100 x 200 x 400 meter dan 200 x 200 x 400 x 400.

Menurut sejarah hanya acara 4 x 100 sahaja yang diadakan pada tahun 1893 di Pennsylvania. Ini bermakna 4 x 400 meter adalah cabang daripada 4 x 100 meter.Dalam acara 4 x 400 meter atau satu pusingan balapan, menjadikan keseluruhan jarak yang dilalui oleh keempat-empat orang pelari ialah 1600 meter.

Cara larian adalah sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain, iaitu peserta pertama akan berlari sejauh satu pusingan dengan membawa baton untuk diberi kepada pelari kedua, yang akan berlari seterusnya kepada pelari ketiga dan pelari terakhir. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga , acara 4 x 400 diletak sebagai acara terakhir yang kadang -kadang merupakan penentu

Page 30: Buku Log Olahraga (2)

kepada pencapaian sesebuah pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan punggutan pingat.

Peralatan baton

Baton mestilah tiup kosong, licin danbulat. Diperbuat daripada kayu, logam atau benda yang kejor / tegar dalam satu pecahan . Panjangnnya tidak lebih daripada 30 cm daripada 28 cm. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130mm ( 4.75 inci ) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram. Baton eloklah terang supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan.

Ukuran balapan

Panjang balapan bagi acara balapan termasuklah acara lari berganti-ganti 4 x 100m dan 4 x 400m ialah tidak kurang daripada 400m. Balapan mestilah tidak kurang daripada 7.32 m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lain- lain benda yang sesuai lebih kurang 50mm tinggi dan 50 mm lebarnya. Jika di atas balapan rumput , bendera hendaklah dipacakkan diatas garisan pada setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta -peserta daripada berlari diatasnya. Bendera -bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi ke sebelah dalam. Bendera berukuran 0.25m x 0.2 m.

Balapan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 6 lorong dan lapan lorong . Lebar lorong ialah antara 1.22 hingga 1. 25. Bagi acara 4 x 100m pelari pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-masing. Dalam acara 4 x 400m pula, pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua hingga akhir lencungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing.

Peserta-peserta dibenarkan memotong masuk di mana bahagian balapan selepas lengkungan pertama. Tempat memotong akan ditandakan dengan bendera bertiapng tinggi di kedua-dua belah balapan. Bagi acara 4 x 100m, pelari pertama akan berlari sejauh 106m, pelari kedua dan pelari ketiga sejauh 126m dan pelari keempat sejauh 120m . bagi acara 4 x 400 pula, peserta akan berlari pada jarak yang sama . Zon pertukaran baton dalam acara 4 x 100 ialah pada jarak 20m.

Prinsip-prinsip mekanik dalam lari berganti-ganti

Kompenan kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa, sinyisis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Pembentukan konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik dalam lari berganti- ganti membolehkan murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak

Page 31: Buku Log Olahraga (2)

apabila mereka melakukan sesuatu ianya dapat memberi kesan yang baik kepada peserta.

Lari berganti- ganti adalah acara pecut ( sprint event ) oleh kerana kebanyakan prinsip-prinsip mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut.

1) Hukum pergerakan Newtona) Hukum inertia

Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya ada sesuatu kuasa yang menghalakannya.

b) Hukum halajuKelajuan badan terpulang kepada kekuatannya daya tekanan yang bertindak.

c) Hukum tindak balasUntuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan berlawanan.

2) Pusat gravitiPusat graviti adalah pusat perimbangan badan

3) Gerakan badan yang jatuhkan ( falling body )Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat graviti semasa membuat permulaan seberapa ke hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari . Semasa lari pecut, tubuh badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat sekali.

4) Daya tekananPergerakan berlaku jika ada tekanana) Daya sentrifigalb) Daya sentripetal

5) Kelajuan dan langkahJika kelajuan bertambah ,amaka langkah menjadi lebih panjang.

6) PergerakanPergerakan terdiri daripadaa) Pergerakan terus - yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda.b) Pergerakan paksi - yang mempunyai satu paksi cthnya pergerakan kaki

yang berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan.

Domain psikomotor

Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki kualiti tindakbalas pergerakan.

Domain Afektif

Perasaan dan sensitiviti

Page 32: Buku Log Olahraga (2)

Permulaan dalam lari berganti- ganti

Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat adalah seperti berlari untuk lari pecut hanya perbezaan pada landasan larian. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya pada sebelah kanan lorong itu mengikut garisan lurus kelengkungan bahagian dalam lorong itu sebab-sebabnya antara :

1) Boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (liner motion ) jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari selekoh.

2) Dapat mengurangkan sedikit jarak larian. Selepas mencapai kelajuan . Pelari itu mestilah berlari sebeberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam badan ke depan serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu.Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika mengambil selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. Dekamkan badan adalah untuk keseimbangan . Badan dicondongkan untuk imbangan daya tarikan sentrifigal dan sentripetal. Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya tarikan sentripetal maka kita akan tercampak keluar dari trek.

Fasa- fasa lari berganti - ganti

1) Fasa sokonganPelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Mendarat atas bebola kaki pada masa permulaan fasa ini.

2) Fasa tolakanPergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya.

3) Fasa pemulihanKaki belakang ditarik tinggi ke belakang.

4) Fasa hayunanLutut kaki depan ditinggikan ke depan

Kedudukan pelari 4 x 100

Pelari pertama

Boleh berlari lencong dengan pantas. Bermula dengan gaya dekam baton di tangan kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis.

Pelari kedua

Menunggu di zon kederasan di tempat sesah ( check mark ). Berdiri di belah kanan dan berada dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda

Page 33: Buku Log Olahraga (2)

yang telahditetapkan. Pelari kedua mempunyai kepantasan dan daya tahan . Pertukaran baton mestilah dilakukan dalam zon pertukaran baton.

Pelari ketiga

Berdiri di sebelah kiri lorong seperti nota pelari kedua dan aksi adalah sama. Pelari ini merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan.

Pelari keempat.

Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu mempunyai kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ' Anchor man '. semua pelari akan menunggu mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir.

Kedudukan pelari 4 x 400 meter

Pelari pertama

Bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari pertama akan berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir.

Pelari kedua

Pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ini akan memotong masuk lorong pertama selepas lencongan pertama.

Pelari ketiga dan keempat

Menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat. ( Ini adalah untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan. )

Langkah-langkah ansur maju dalam lari berganti-ganti

Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara maju bari acara lari berganti-ganti.

1) Fasa permulaan pegangan dan hayunan batonSetiap pelajar diminta untuk memegang seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri

Page 34: Buku Log Olahraga (2)

berlari dengan membawa baton dengan cara yang betul. Guru meminta murid agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan.

25 meter

Gambarajah : lari ulang alik dengan membawa baton.

2) Fasa memberi dan menerima batonDalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran hantaran baton. Oleh itu teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah :a) teknik pandang

Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400m dimana pemerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menarima baton tersebut.

b) teknik tanpa pandangTeknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penarima baton menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan sambil penghantar baton tiba di tempat yang ditandakan . Sebaik sahaja penghantar baton tiba di tempoat yang ditandakan , penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlari pada kelajuan maksima. Penerima baton menghulurkan tangan ke belakang lurus dan tapak tangan dibuka menghala ke atas dalam bentuk 'V ' apabila mendapati isyarat daripada penghantar baton. Penerima baton tidak memandang ke arah penghantar baton semasa menerima baton tidak akan terjejas.

Langkah ansur maju.

Pelari - pelari 1, 2, 3 dan 4 berbaris antara mereka berjarak hantaran antara satu sama lain dan mereka berlari setempat. Pelari

Page 35: Buku Log Olahraga (2)

hendaklah mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan tangan. Bila diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan menersukan hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan. Seterusnya baton dihantar dari belakang ke hadapan iaitu dari nombor 1 ke no 2 ke no 3 dan no 3 ke no 4. Apabila pelari nombor 4 menerima baton itu, semua pelari menukar arah dan latihan diulangkan.

Dimana pelari nombor satu berada di belakang sekali. Pelari nombor satu membawa baton di tangan kanan. Pelari kedua menerima baton dengan tangan kiri, manakala pelari ketiga menerima baton dengan tangan kanan dan pelari keempat menerima baton dengan tangan kiri. Setelah menerima baton pelari keempat jatuhkan baton didepannya dan meneruskan larian anak. Apabila pelari nombor satu tiba di maan baton dijatuhkan, dia akan menungutnya dan meneruskan aktiviti ini.

Berdua - Pelari pertama dan perlari kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari pertama memegang baton dan memberi siyarat di mana pelari kedua bertindak mengeluarkan tangannya ke belakang dan menerima baton . Selepas baton dihantarkan , pelari pertama berlari ke depan pelari kedua sehingga dia mendapat isyarat dari pelari kedua untuk menerima baton daripadanya. Proses ini berterusan diatas trek. Selepas beberapa kali latihan, pelari tadi menukar tangan untuk menerima baton iaitu dari kanan ke kiri bagi pelari pertama dan kiri ke kanan bagi peserta pelari kedua.

Hantaran terus - Bilangan pelari terdiri daripada angka yang genap. Keperluan : trek 400m dan pertanda dengan bendera pada tiap-tiap 50m di trek. Jumlah stesyen adalah lapan.

Organisasi

Pada tiap-tiap stesyen letakkan pelari-pelari Pelari pada stesyen satu bermula membawa baton dengan tangan

kanan. Pelari pada stesyen kedua menerima baton dengan tangan kiri, kemudian menghantar baton pada peserta stesyen tiga yang menerima dengan tangan kanana. Tiap- tiap pelari berbuat demikian sehingga baton balik kenombor satu daripada pelari nombor lapan.

Selepas menghantar baton, pelari anak balik ke tempat asalnya. Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepaanjang

latihan ini. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih.

Hantaran berterusan - ( sembilan pelari sepasukan ).

Page 36: Buku Log Olahraga (2)

Semua pelari pergi kelapan-lapan stesyen seperti aktiviti lapan berpasukan. Pelari nombor satu dan pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan, dan dia akan menerima kembali dengan tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tangan kanan dan tangan kiri.

Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan. Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh minit. Seperti biasa prserta pertama tiba di stesyen pertama, peserta kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila perseta pertama memberi isyarat. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. Selepas nombor lima menerima baton dalam tangan kanan, semua pelari berpusing dan jarak pelari pertama pada kali ini.

3) Fasa larian dalam zon pertukaran baton.Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan. Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100m ialah 20 meter. Semua atlit perlu didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton. Sebagai pemberi, atau orang yang akan menerima baton kepada penerima, seseorang itu perlu memberi isyarat apabila ingin menyerahkan baton dan hantar dalam kawasan terhad. Baton juga perlu diserahkan sepanjang 1 / 3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu dalam tangan penerima. Sebagai seorang penerima , larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan janganmemandang ke belakang. Terima baton dengan cepat semasa pelari menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Penerima baton perlu berada di luar pertengahanlorong jika menerima dengan tangan kanan. Lari dalam separuh bahagian lorong bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton.

Langkah ansur maju.

1) Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke kawasan akhir penanda. Lakukan aktiviti berulang-ulang.

2) Lakukan aktiviti ini secara berpasanagan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar kawasan zon dan penerima akan berlari anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima baton. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut.

Page 37: Buku Log Olahraga (2)

3) Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. Aktiviti ini dilakukan seperti tahap 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. Peserta akan mengambil tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. Buat permulaan, peserta membuat larian anak. Setelah beberapa kali dilakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan murid melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan kemas dan betul.

4) Fasa penamat

Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat, pastikan rentak larian tidak berubah. Dada peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu garisan penamat. Peserta yang dadanya dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang.

Langkah ansur maju.

Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat murid mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini dilakukan berulang-ulang.

Undang-undang dalam lari berganti-ganti.

Dalam satu acara berganti-ganti terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh peserta dalam setiap pasukan. Antaranya :1) Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain

sebaik sahaja baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya. Pasukan-pasukan yang bertanding dinasihatkan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga semua peserta telah melintasi zon terhad.

2) Peserta-pserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari satu kaki.

3) Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah di zon pertukaran yang telah ditetapkan. Zon bagi jarak pertukaran baton sejauh 20 meter.

4) Jika terjadi sesuatu perkara seperti baton terjatuh semasa sesi pertukaran setiap pelari yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki mengambilnya semula.

5) Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh diluar daripada kawasan hantaran maka pelari yang mennjatuhkan baton tersebut mestilah memungutnya atau mendapatkannya semula.

Page 38: Buku Log Olahraga (2)

ULASAN

Kursus UKS1051 ( OLAHRAGA ) ini adalah sangat penting untuk bakal-bakal

guru, bukan sahaja guru sains sukan malah dalam semua bidang lain. Hal ini

kerana, dalam kursus ini, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai acara

olahraga dan telah di ajar teknik yang betul dalam setiap acara. Hal ini dapat

membantu para guru kelak jika diamanahkan untuk mengajar subjek pendidikan

jasmani. Kursus ini juga sangat berguna kerana seperti yang kita tahu, kerajaan

sedang melakukan pelbagai usaha untuk memastikan guru akan datang bersifat

fleksibel iaitu mampu mengajar bukan sahaja bidang akademik malah bidang

sukan dan kemahiran ko-kurikulum yang lain. Justeru, kursus ini dapat

membantu memantapkan kemahiran bakal guru-guru dalam segenap bidang.

Selain itu juga, di akhir kursus ini semua pelajar perlu mengadakan satu temasya

merentas desa. Hal ini dapat membantu bakal guru memahami dan mempelajari

cara-cara untuk mengelolakan sesuatu temasya sukan. Kelak ketika mengajar

Page 39: Buku Log Olahraga (2)

nanti, guru-guru tidak akan berasa gentar dan kaget jika mereka diamanahkan

untuk melakukan kertas kerja temasya sukan tahunan dan pengelolaannya.

Pada dapatan saya, kursus ini harus diteruskan kerana banyak manfaat yang

dapat diperoleh para pelajar mengenai bidang olahraga.

Page 40: Buku Log Olahraga (2)

LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara

dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling

barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan

selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal

melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut.

Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan

kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi

penujuan dan lonjakan yang tepat adalah amat penting. Posisi badan, sudut dan kelajuan

Page 41: Buku Log Olahraga (2)

melonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh

dan lompat galah.

Gaya Guling Barat

Gaya ini sesuai untuk atlet yang baru mula belajar melompat. Ia senang dipelajari

dan pendaratannya adalah selamat. Ia juga sesuai untuk melompat paras ketinggian yang

rendah.

Penujuan

Penujuan adalah bahagian yang penting untuk kejayaan sesuatu lompataan. Atlet

hendaklah menuju palang pada sudut lebih kurang 45 darjah daripada kiri jika atlet

menggunakan kaki kanan dan daripada kanan jika menggunakan kaki kiri. Ini akan

memastikan kaki sepakan berada di luar dan kaki lonjakan berada di dalam.

Gunakan langkah-langkah minimum untuk fasa penujuan. Satu larian yang

menggunakan tujuh langkah, bermula dengan kaki lonjakan akan memberi atlet satu

penujuan yang baik dan mencukupi. Penujuan larian harus dilakukan dengan perlahan

tetapi melakukan pemecutan yang jelas pada tiga atau empat langkah terakhir. Penujuan

lompatan harus diakhiri dengan kaki lonjakan dan badan berjarak lebih kurang satu

panjang lengan dari pada palang.

Page 42: Buku Log Olahraga (2)

Bibliografi

Sejarah olahraga ( 2010). Diperoleh pada Ogos 24, 2010 daripada http://www.nsc.gov.my (sejarah olahraga).pdf

Pengenalan olahraga ( 2010 ). Diperoleh pada Ogos 24, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/pj2051kplimajor04KP

Page 43: Buku Log Olahraga (2)
Page 44: Buku Log Olahraga (2)
Page 45: Buku Log Olahraga (2)