buku log bola baling

Upload: nor-atiqah-fahrul-radzi

Post on 08-Apr-2018

787 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    1/16

    PENGENALAN

    Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah

    wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah

    diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak

    cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat

    dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur

    pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa

    di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi

    salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di

    peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda

    mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi

    dalam permainan bola sepak.

    SEJARAH PERMAINAN

    Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling

    Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi.

    Ianya mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek, harpaston pada

    Zaman Kerajaan Rom dan fangballspiel pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun

    ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang

    dipanggil haandbold berasal dari Denmark, hazena berasal dari negara Bohemia dan

    Slovakia dan torball berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggappencetus kepada permainan bola baling masa kini.

    Haandbold

    Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah

    yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak.

    Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada

    tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di

    sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkanpermainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya

    dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.

    Hazena

    Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama

    kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x

    32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25

    minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    2/16

    gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan

    dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.

    Torball

    Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman.

    Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur

    4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh

    Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang

    berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu,

    penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di

    Berlin.

    Bola Baling Padang

    Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan

    padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan

    beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini

    telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan

    perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini

    dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan

    menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru

    itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di

    Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah

    dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan

    kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi

    baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru

    dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu

    dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah

    dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan

    Bola Baling Dewan

    Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan

    kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling

    dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan

    pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan

    serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya

    menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan

    perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satulagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    3/16

    lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula,

    acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah

    satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.

    Perkembangan di MalaysiaSeperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal

    usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola

    baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim

    Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari

    Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola

    baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini

    kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru

    seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari

    Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola

    baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.

    Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri

    Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor.

    Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling

    peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

    Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur

    bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti

    MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab

    Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi

    Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai

    acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.

    Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah

    Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong

    sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah

    seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula,

    beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun

    1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah

    menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan

    Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta

    Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    4/16

    Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg.

    Dato Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat

    antarabangsa seperti:(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)

    (b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling

    Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

    (c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)

    (d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

    Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu

    kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah

    Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling

    Di atas merupakan Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    5/16

    PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

    Peraturan

    Gelanggang Permainan

    Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang

    permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang

    lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang

    dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol).

    Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang

    garisan tepi dan 2m di belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-

    tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang

    gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah

    jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang

    gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan

    balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar

    kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat

    sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti.

    Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan

    tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    6/16

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    7/16

    Rajah di sebelah atas merupakan Ukuran Gelanggang Permainan, manakala rajah di

    sebelah bawah merupakan Ukuran Tiang Gol.

    Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat

    Masa Permainan

    Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas

    ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa

    permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap

    separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap

    separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau

    sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakanselepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    8/16

    separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di

    antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan

    oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi.

    Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti

    sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.

    Isyarat Akhir

    Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa

    perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui

    isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika

    terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit.

    Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan

    memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa

    perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan

    memintatime-outdan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang

    ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan

    biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka

    balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu

    balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika

    pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, makabeliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal

    dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu

    lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa

    yang wujud.

    Pemberhentian perlawanan (time-out)

    Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranyaberlaku situasi seperti:

    seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang

    diminta oleh pasukan yang bermain

    melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan

    Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-

    out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil

    tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya

    akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengantime-out. Pengadil juga akanmemberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T.

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    9/16

    Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilantime-out selama satu

    minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

    Rajah di sebelah menunjukkan Isyarat Time-out kepada penjaga masa. Rajah di sebelah

    bawah pula menunjukkan Isyarat daripada pengadil.

    BOLA PERLAWANAN

    Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk

    bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi

    kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang

    digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala

    bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g.

    Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan

    bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiapperlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan

    dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga

    masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan.

    Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan

    bola yang baru kecuali perlu.

    Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan

    (a) P

    P

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    10/16

    asukan

    etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan

    selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang

    penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam

    gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang

    berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4

    pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan

    pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya

    salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan

    beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan

    juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa

    perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini.

    berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain

    berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan

    tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa

    atau penjaga skor untuk bermain.

    Pertukaran Pemain

    Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang bolehtanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada

    pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan

    ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa

    dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain

    yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang

    pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga

    akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan

    penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan

    diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.

    Peralatan

    etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-

    masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap

    penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan

    berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang

    berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nomboryang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    11/16

    warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai

    kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-

    barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang

    tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin,

    rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah

    di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta.

    Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan

    selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

    PENJAGA GOL

    Seorang penjaga gol dibenarkan:

    (a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di

    dalam kawasan gol.

    (b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar

    kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain.

    Penjaga gol tidak dibenarkan:

    (a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.

    (b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali

    bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.

    (c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolekdi luar kawasan gol.

    (d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan

    pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.

    (e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari

    kawasan gol.

    KAWASAN GOL

    Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk

    garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan

    dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan

    sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol.

    Contoh situasi yang sering berlaku ialah:

    (a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola

    (b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang

    memanfaatkan pemain tersebut.

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    12/16

    Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang

    memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak

    lawan.

    SYARAT-SYARAT PERMAINANPemain dibenarkan:

    (a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola

    dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha

    (b) memegang bola tidak melebihi tiga saat

    (c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah

    (d) apabila berdiri atau berlari:

    melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan

    melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dankemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

    menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan

    kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan

    (e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain

    (f)bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika

    hendak melakukan hantaran

    Pemain tidak dibenarkan:

    (a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di

    atas lantai.

    (c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang.

    KESALAHAN PERMAINAN

    Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.Pemain dibenarkan:

    (a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat

    penguasaan bola itu

    (b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola

    menjauhi pihak lawan.

    (c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak

    lawan tidak menguasai bola.

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    13/16

    Pemain tidak dibenarkan:

    (a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan

    (b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki

    (c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar

    (d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya

    Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut

    situasi yang berlaku.

    JARINGAN GOL

    Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan

    penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut,

    maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan

    semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah.

    Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan

    isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain

    lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah

    diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang

    bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

    BALINGAN MULA (THROW-OFF)

    Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk

    memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol

    permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan

    separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi.

    Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama

    maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap

    balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis

    masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula

    dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu

    balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang- kurangnya tiga meter dari pembaling

    untuk memulakan permainan

    BALINGAN MASUK (THROW-IN)

    Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola

    keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu

    balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    14/16

    gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di

    tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan

    masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi

    gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan

    kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3

    meter jauh dari pembaling itu.

    BALINGAN PENJAGA GOL

    Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:

    (a) kawasan gol dimasuki pemain lawan

    (b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek

    masuk ke kawasan gol.(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas

    lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol

    Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol

    melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah

    dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.

    BALINGAN PERCUMA

    Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma

    diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara

    amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu

    balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

    Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi.

    Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang

    bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.

    Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadildan balingan yang dibuat adalah sah.

    BALINGAN TUJUH METER

    Balingan 7 meter diberi apabila:

    (a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol

    dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.

    (b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di

    kawasan gol.

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    15/16

    Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7

    meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh

    pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang

    hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain

    tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel

    dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah

    berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan

    dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

    BALINGAN PENGADIL

    Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan

    jika:(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak

    (b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang

    perlawanan

    (c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang

    dilakukan

    Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan.

    Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil

    bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut.Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

    DENDA / HUKUMAN PERMAINAN

    (a) Amaran / Kad Kuning

    kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan

    perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan

    (b) Hukuman / Gantung Dua Minit

    tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan

    penggantian pemain yang tidak sah

    perlanggaran peraturan permainan

    kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan

    (c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain

    melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan

    telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga

    tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya

  • 8/7/2019 Buku log bola baling

    16/16

    mengugut pemain di luar gelanggang pemain

    kekasaran hingga mencederakan pihak lawan

    kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh

    dibatalkan penyertaan