buku log lencana keahlian_pm_pr.pdf

34
SUKATAN KANDUNGAN DAN JALAN KERJA PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN (PENGAKAP MUDA / REMAJA) Disediakan oleh : Makrin Bin Hj. Sudi Pesuruhjaya Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah (Perhubungan & Multimedia) Penolong Setiausaha Latihan Negeri Sabah

Upload: wilson-king

Post on 29-Sep-2015

1.544 views

Category:

Documents


219 download

TRANSCRIPT

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    0 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    SUKATAN KANDUNGAN

    DAN

    JALAN KERJA

    PENYEDIAAN BUKU LOG

    LENCANA KEAHLIAN (PENGAKAP MUDA / REMAJA)

    Disediakan oleh :

    Makrin Bin Hj. Sudi

    Pesuruhjaya Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah (Perhubungan & Multimedia)

    Penolong Setiausaha Latihan Negeri Sabah

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    1 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    BIODATA

    Nama Penuh : ______________________________________

    No. Kad Pengenalan : ____________________________________________

    Tarikh dan Tempat Lahir : ____________________________________________

    No. Telefon bimbit : ____________________________________________

    Alamat e-mail : ____________________________________________

    Alamat surat-menyurat : ____________________________________________

    MAKLUMAT KEPENGAKAPAN :

    Tarikh Mula Berpengakap : ____________________________________________

    Nama Patrol (terkini) : ____________________________________________

    No. Kumpulan (terkini) : ____________________________________________

    Alamat Kumpulan (terkini) : ____________________________________________

    Daerah (terkini) : ____________________________________________

    MAKLUMAT WARIS :

    Nama Bapa / Penjaga : ____________________________________________

    Pekerjaan Bapa / Penjaga : ____________________________________________

    Alamat Bapa / Penjaga : ____________________________________________

    No. Telefon bimbit : ____________________________________________

    Saya mengakui bahawa semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

    Tandatangan : ____________________________

    Nama Penuh : ____________________________

    Gambar

    Beruniform Pengakap (WAJIB)

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    2 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    Nama Pengakap : ____________________________________________________

    No. K/P : ________________________ No. Kumpulan : _____________________

    Alamat Kumpulan : ___________________________________________________

    BIL PERKARA TARIKH NAMA PENGUJI TANDATANGAN

    PENGUJI

    1 Peraturan pakaian seragam pengakap

    2 Prinsip Rukunegara

    3 Lambang Pengakap Malaysia & Dunia

    4 Persetiaan & Undang-Undang Pengakap

    5 Hormat & Cogankata Pengakap

    6 Sejarah Pengakap Malaysia & Lord BP

    7 Simpulan & Ikatan

    Adalah disahkan dan diperakukan bahawa pengakap di atas telah lulus semua ujian yang diperuntukkan dalam Lencana Keahlian (Pengakap Muda / Remaja) sebagaimana ketetapan dalam Undang-undang Persekutuan Pengakap Malaysia. Oleh yang demikian, beliau telah layak untuk memakai lencana ini. Tarikh Lulus : _____________________ No. Sijil : ________________________ _____________________________ Tandatangan Pemimpin Kumpulan

    Nama :____________________________

    Tarikh :____________________________

    REKOD UJIAN LENCANA KEAHLIAN

    PENGAKAP MUDA / REMAJA

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    3 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    PERATURAN

    PAKAIAN SERAGAM

    PENGAKAP MUDA / REMAJA

    *Ahli pengakap digalakkan untuk :

    -Mengambil gambar diri sendiri atau rakan lain bagi menunjukkan

    keadaan uniform pengakap yang sepatutnya.

    -Menerima dan mengaplikasikan pemakaian uniform pengakap yang

    betul.

    -Mengetahui tatacara dan susunan lencana yang betul serta

    kelengkapan-kelengkapan asas lain dalam uniform seorang ahli

    pengakap.

    *Maklumat lengkap dan jelas mengenai uniform pengakap akan disampaikan

    secara ceramah dan ujian akan dibuat selepas sesi ceramah.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    4 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    1.1 BAJU Lelaki Unit Pengakap Biasa - Kemeja berwarna kelabu asap berlengan panjang

    (tucked-in). Unit Pengakap Laut - Kemeja berwarna putih berlengan panjang (tucked-in).

    Perempuan Unit Pengakap Biasa - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)

    berwarna kelabu asap berlengan panjang. Unit Pengakap Laut - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)

    berwarna putih berlengan panjang.

    ** Tiada butang di hujung lengan seperti pakaian lelaki.

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    5 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    *Baju potongan kebaya yang tidak mempunyai poket didada (poket di bawah) adalah pakaian / uniform pemimpin / kelana wanita.

    1.2 SELUAR / KAIN Semua Unit - Seluar slack atau gaun panjang berwarna biru tua (navy blue). 1.3 TOPI

    Unit Pengakap Biasa - Forage Cap berjalur merah dengan lencana topi (kain) untuk lelaki dan

    perempuan. Unit Pengakap Laut - Beret berwarna biru tua (navy blue) dengan lencana topi (kain) untuk lelaki dan perempuan.

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    6 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    1.4 SKAF Semua Unit - Skaf Pengakap Kebangsaan (Biru Gelap jalur merah dan

    putih) tanpa sebarang logo tambahan. 1.5 WOGLE

    Semua Unit - Wogel rasmi Pengakap Malaysia (PVC) 1.6 KASUT

    Kasut kanvas hitam bertali 1.7 STOKIN

    Semua Unit - Stokin berwarna biru tua 1.8 TALI PINGGANG

    Tali pinggang kulit/pvc dengan kepala (buckle) warna Gangsa (bronze).

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    7 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    1.9 TAG NAMA Semua Unit Lelaki / Wanita -Tag nama kain (bersulam) warna hitam dengan tulisan putih dipakai di atas poket kanan baju

    -Tiada garisan putih ditepi keliling tanda nama. Jika ada jahitan / sulaman disekeliling tanda nama hendaklah menggunakan benang berwarna hitam.

    1.10 TUDUNG Wanita - Kain tudung mengikut warna unit (baju).

    1.11 LENCANA ASAS Peket Kanan -Bendera Malaysia

    Atas Poket Kanan -Tanda Nama & Logo Pengakap Sedunia

    Poket Kiri -Lencana Keahlian

    Atas Poket Kiri -Tanda pangkat

    Lengan Kanan -Nama Negeri -Nama Daerah -Nombor Kumpulan

    Lengan Kiri -Nama Patrol

    Pengakap Muda (Warna)

    Pengakap Remaja (Nama Pahlawan Malaysia)

    1.12 LENCANA KEMAJUAN (Usaha / Maju / Jaya) -Diletakkan 1 cm di bawah nombor kumpulan (Lengan kanan) 1.13 LENCANA KEPANDAIAN (Kegemaran / Pengetahuan / Perkhidmatan)

    Pengakap Muda -Diletakkan di lengan kiri di bawah nama patrol. Pengakap Remaja -Diletakkan dibawah lima lencana tertinggi Pengakap Remaja.

    1.14 EPOLET

    Ahli Pengakap Muda dan Remaja tidak dibenarkan memakai apa-apa bentuk epolet di strap bahu.

    Epolet hanya dipakai oleh Penolong Pemimpin ke atas.

    MUHAMAD

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    8 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    ___________________________________________________________________

    Pengesahan Ujian Uniform Pengakap : Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    9 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    PRINSIP

    RUKUNEGARA

    *Ahli pengakap dikehendaki :

    -Melafazkan bacaan rukunegara bermula dari frasa Maka kami..

    -Menghuraikan secara ringkas mengikut fahaman ahli pengakap sendiri

    tentang kelima-lima prinsip Rukunegara.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    10 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    PRINSIP RUKUNEGARA

    BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

    Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

    Memelihara satu cara hidup domekratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

    akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

    kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

    dan teknologi moden.

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan,

    Kesetiaan kepada Raja dan negara, Keluhuran Perlembagaan,

    Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan.

    KEPENTINGAN RUKUN NEGARA Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat

    berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup, kebudayaan dan kepercayaan yang

    berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang

    mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita

    memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan rakyat dan

    membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawahbumbung

    yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.

    Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda

    Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara

    tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini

    dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan. Rukun Negara seharusnya

    dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara

    Malaysia.

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    11 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

    1.Kepercayaan kepada Tuhan

    Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada

    Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara

    ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan

    memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan

    kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di

    mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan

    terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

    Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan

    kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh

    meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

    Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap

    ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam

    Rukun Negara.

    2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

    Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan

    dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

    Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut

    Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua

    Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan

    Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan

    kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah

    menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang

    di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat

    setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa

    mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    12 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    3.Keluhuran Perlembagaan

    Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

    keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah

    sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada

    setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

    Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta

    memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan

    Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan

    kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia

    merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu

    gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia

    menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia

    adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,

    perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

    4.Kedaulataan Undang-undang

    Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama

    tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua

    warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.

    Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,

    hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang

    negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap

    negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu

    masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan

    menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur

    tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas

    selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak

    melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh

    Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan

    itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan

    atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    13 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    5.Kesopanan Dan Kesusilaan

    Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku

    seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan

    santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang

    dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah

    paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama

    lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan

    bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang

    berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah

    masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau

    perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu

    golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang

    tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip

    ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan

    berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Prinsip Rukunegara :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    14 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    LAMBANG PENGAKAP

    MALAYSIA & SEDUNIA

    *Ahli pengakap dikehendaki melukis dengan kemas lambang Pengakap

    Malaysia dan Lambang Pengakap Sedunia serta mewarnakannya mengikut

    warna yang betul.

    **Fotokopi dan menampal adalah tidak digalakkan.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    15 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

    Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 asas Persetiaan

    Pengakap iaitu : Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap

    masa, Menurut undang-undang Pengakap.

    Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap

    yang sepuluh.

    Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

    Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

    Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

    Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan

    Pengakap Sedunia".

    Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit

    pengakap:

    Kuning : Pengakap Kanak-Kanak

    Hijau : Pengakap Muda

    Merah : Pengakap Remaja

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    16 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA

    Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu

    taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

    Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak

    kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

    Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.

    Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap

    Sedunia.

    Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

    Warna putih-kesucian dan kebersihan.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    17 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    PERSETIAAN &

    UNDANG-UNDANG PENGAKAP

    *Ahli pengakap perlu tahu melafazkan persetiaan pengakap dengan cara yang

    betul. Sebaik-baiknya menguasai persetiaan pengakap dalam kedua-dua

    bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

    ** Ahli pengakap perlu tahu kata kata kunci dalam sepuluh undang-undang

    pengakap serta dapat menghuraikan setiap kata kunci tersebut mengikut

    fahaman mereka sendiri.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    18 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    PERSETIAAN PENGAKAP SCOUT OATH

    BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA

    ON MY ONOUR I PROMISE

    YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA THAT I WILL DO MY BEST

    AKAN TO DO

    TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA

    MY DUTY TO GOD, KING AND COUNTRY

    MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA TO HELP OTHER PEOPLE AT ALL TIMES

    MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

    TO OBEY THE SCOUTS LAW

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    19 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    UNDANG-UNDANG PENGAKAP

    LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP DIPERCAYAI TAAT BERGUNA BERSAUDARA BERBUDI KASIHKAN BINATANG MENURUT PERINTAH TABAH HATI BERJIMAT SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN, SUCI PERBUATAN

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Persetiaan & Undang-undang Pengakap :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    20 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    HORMAT & COGANKATA

    PENGAKAP

    *Ahli pengakap dikehendaki untuk :

    -Melakukan secara amali cara memberi hormat yang betul dan bila ianya

    dibuat.

    -Melakukan amali pergerakan HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL.

    -Menyebutkan cogankata-cogankata setiap unit pengakap.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    21 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    Hormat Pengakap

    Hormat pengakap menggunakan tiga jari dengan keadaan seperti di bawah.

    Hormat pengakap diberikan semasa :

    1. Berjumpa dengan pemimpin pengakap dan Jurulatih pengakap atau

    orang kenamaan.

    2. Menerima anugerah, sijil atau hadiah.

    3. Istiadat menaik / mengibar dan menurunkan bendera.

    Cogankata Pengakap

    UNIT PENGAKAP COGAN KATA

    Pengakap Kanak-kanak BUAT SEHABIS BAIK

    Pengakap Muda SELALU SEDIA

    Pengakap Remaja PANDANG LUAS

    Pengakap Kelana BERKHIDMAT

    ___________________________________________________________________

    Pengesahan Ujian Hormat & Cogankata Pengakap : Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    22 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    SEJARAH PENGAKAP

    *Ahli pengakap dikehendaki untuk :

    -memahami fakta-fakta sejarah mengenai pengakap di Malaysia dan

    pengasas pergerakan pengakap sedunia.

    -Mengetahui urutan penubuhan pengakap di seluruh Malaysia dan

    individu-individu tertentu yang mengasaskan pergerakan pengakap di

    negeri-negeri tersebut.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    23 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

    Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan

    secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C.

    Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua

    kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke

    Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak

    menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan

    Scouting".

    Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan

    Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

    1913 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Kuching.

    1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.

    1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman di Penang Free School

    1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W.

    Bloomfield

    1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar

    1926 - Melaka, oleh R. Brunstone

    1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith

    1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar

    1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle

    1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong

    1927 - Pahang, oleh G.M. Laidlow di Pekan

    1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab

    Sultan Abu Bakar).

    1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.

    Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada

    daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap

    ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan

    dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    24 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku

    Panglima Raja Kelantan).

    Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang

    Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta

    menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai

    Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

    Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang

    mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

    Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada

    Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia

    pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-

    majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan,

    Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat

    Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu

    dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut

    perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi

    pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara

    mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

    .

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    25 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    SEJARAH PENGASAS PENGAKAP

    Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau

    singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan

    Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu

    satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan

    satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

    Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari

    1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama

    penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya

    bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di

    Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama

    W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell

    meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah

    berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa

    tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi

    pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

    Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan

    derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik.

    Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan

    terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang

    dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak

    perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-

    13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

    Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5

    Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-

    sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas

    itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal

    sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga

    beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana

    keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    26 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri

    Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan

    Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke

    Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari

    daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda.

    Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah

    bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

    pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan

    kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan

    peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah

    memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan

    Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major

    Jeneral yang termuda.

    Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula

    merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap

    menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah

    dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah

    diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh

    pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan

    Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu

    perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula

    pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau

    Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W

    Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

    Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis

    dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting" kepada "Scouting for Boys".

    Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku

    tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-

    rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada

    beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya.

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    27 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan

    Jeneral.

    Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut

    mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah

    pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell

    telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan

    dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan

    ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

    Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London

    menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park,

    sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori

    tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir

    jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout

    of the World.

    Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap

    usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang.

    Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah

    kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell

    of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang

    Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

    Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa

    berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya

    Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri

    telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman

    permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

    Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan

    di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut

    diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    28 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan

    tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di

    tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home".

    Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di

    dalam kerja-kerjamu

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Sejarah Pengakap Malaysia & Lord BP :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    29 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    SIMPULAN & IKATAN

    *Ahli pengakap dikehendaki untuk :

    -Melukis dengan jelas simpulan / ikatan yang dinyatakan dalam buku

    log masing-masing.

    -Melakukan secara amali dihadapan penguji cara yang betul membuat

    semua simpulan / ikatan yang dinyatakan.

    -Menyatakan kegunaan setiap simpulan / Ikatan yang dinyatakan.

    CATATAN DI BAWAH INI TIDAK PERLU DISALIN !!

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    30 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    BUKU SILA (REEF KNOT)

    KEGUNAAN :

    -Menyambung dua hujung tali yang sama saiz.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Buku Sila :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

    BUNGA GETI (SHEET BEND)

    KEGUNAAN :

    -Mengikat dua hujung tali yang berlainan tetapi tidak sama saiz.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Bunga Geti :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    31 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    SUMPUL MANUK (CLOVE HITCH)

    KEGUNAAN :

    - Memulakan atau mematikan ikatan pada kayu. ___________________________________________________________________

    Pengesahan Ujian Simpul Manok : Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

    TINDIH KASIH (BOWLINE)

    KEGUNAAN :

    -Mengikat leher binatang supaya tidak terjerut

    -Membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk menarik mangsa.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Tindih Kasih :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    32 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    LILIT DUA SIMPUL (ROUND TURN TWO HALF HITCHES)

    KEGUNAAN :

    -Mengikat tali pada tiang

    -Mematikan ikatan ke pokok atau Pancang.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Lilit Dua Simpul :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

    LILIT PEMATI BIASA (COMMON WHIPPING)

    KEGUNAAN :

    -Mematikan hujung tali supaya tidak terurai.

    ___________________________________________________________________Pengesahan Ujian Lilit Pemati Biasa :

    Tandatangan Penguji : ____________________________ Nama Penguji : ____________________________ Tarikh ujian : ____________________________

  • Pasukan Latihan Negeri Sabah

    33 PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN

    Warnakan gambar di bawah dengan warna yang betul. Sila rujuk

    pemimpin pengakap atau buku rujukan.

    LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP MALAYSIA

    LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA