buku log krs_sem 1_edit 1.12.12

42
TAJUK 1 SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH Objektif Pelajaran: i. Menghuraikan latar belakang Sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah ii. Mengenalpasti tujuan penubuhan Kadet Remaja Sekolah Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara kehidupan (ad- deen). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Sri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Tan Sri Datuk Dr. 1

Upload: ahn-niel

Post on 10-Aug-2015

469 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

buku log

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 1 SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH

Objektif Pelajaran:

i. Menghuraikan latar belakang Sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah

ii. Mengenalpasti tujuan penubuhan Kadet Remaja Sekolah

Sejarah Penubuhan

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara kehidupan (ad- deen). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Sri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagairnanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober

1

Page 2: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan teiah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Tugasan :Dengan menggunakan kreativiti, tunjukkan bagaimana anda mengenali KRS dari aspek:1. Latar belakang Pengasas. 2. Sejarah Penubuhan di Malaysia.

RASIONAL PENUBUHAN

1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

2

Page 3: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan

mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehipengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:

1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa clan Negara Malaysia.

6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

TAJUK 2 STRUKTUR DAN ORGANISASI

Objektif Pelajaran:

3

Page 4: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

i. Membuat perbandingan Struktur dan Organisasi KRS pada peringkat kebangsaan, negeri, daerah, sekolah, dan kumpulan

ii. Menjelaskan fungsi Majlis Tertinggi KRS

STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN

a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysiab. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysiac. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolahd. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolahf. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM )

Bahagian Sekolahg. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua Orang)h. Bendahari : Dilantiki. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki

Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS

Dua Wakil Jurulatih TKRSj. Juruaudit : Dilantik

STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT NEGERI

4

Page 5: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysiab. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysiac. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negerid. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaane. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulumf. Pen.Setiausaha 1 : Penyelia PPSrg. Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS g. Bendahari Kehormat : Dilantikh. Ahli-ahli : Dilantik Termasuk

Pegawai Pelajaran Daerah 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS

Wakil PKPSM dan MGBi. Juruaudit : Dilantik

STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT DAERAH

a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysiab. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeric. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerahd. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK )e. Setiausaha : Penyeliaf. Pen. Setiausaha : Dilantikg. Bendahari : Dilantikh. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil

Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB

i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negerij. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )

Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan olehpengerusi setiap Jawatankuasa.

STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH

5

Page 6: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negerib. Penasihat : PPDc. Pengerusi : Pengetua / Guru Besard. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum e. Setiausaha : Dilantikf. Penolong Setiausaha : Dilantikg. Bendahari : Dilantikh. Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS )i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru

1 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah.

2 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.

3 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah.

4 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS

5 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.

Latihan

Susun struktur dan organisasi peringkat Institut Pendidikan Guru dan tunjukkan dimana kedudukan anda?

TAJUK 3 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

Objektif Pelajaran

6

Page 7: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

i. Menerangkan Prinsip-Prinsip Asas yang menjadi asas Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah

ii. Memupuk rasa bangga dengan menghormati Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Kadet Remaja Sekolah

PERLEMBAGAAN

Nama dan alamat berdaftar

1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah

2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:

a. Peringkat Kebangsaan:

Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur

b. Peringkat Negeri:

Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

c. Peringkat Daerah:

Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan

d. Peringkat Sekolah:

Sekolah berkenaan.

e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.

LOGO

7

Page 8: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Pengertian logo

1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

LAGU

Kadet Remaja SekolahMenuju satu ikatan bersaudaraBersatu menjulang keamanan negaraMenjayakan ilmu iman dan amal

Marilah kita membina peribadiMembentuk insan yang kreatifKe arah kecemerlanagn diriSepanjang masa yang berterusan

8

Page 9: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Remaja sambutlah cabaranMenjadi bangsa MalaysiaMaju dan cemerlangRemaja berwawasanJangan lupa kepada pencipta

Remaja hayati budayaIlmu iman dan amalKekalkan di hatiDan jiwamuWawasan Kadet Remaja Sekolah

BENDERA

1 Warna Hijau melambangkan

a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

KEAHLIAN

1. Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

9

Page 10: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

2. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara

3. KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.

4. Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.

5. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

6. Ahli KRS / tKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih diterima pakai.

KAWASAN KEGIATAN

1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah dan sekolah-sekolah.

2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak.

3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

TAJUK 4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Objektif Pelajaran

i. Mengemaskini rekod keahlian dalam KRSii. Membentuk pasukan dan kumpulaniii. Melantik AJK peringkat pasukan dan

kumpulan

PENDAFTARAN

10

Page 11: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

1 Merekodkan maklumat ahli dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan

2 Membayar yuran pendaftaran keahlian

MEMBENTUK KUMPULAN

1 Mengagihkan ahli kepada beberapa kumpulan platun2 Membina moto dan matlamat kumpulan

MELANTIK AHLI JAWATANKUASA

1 Melantik AJK induk2 Melantik AJK kumpulan

Matlamat Aktiviti KRS/TKRS

1 Mementapkan kefahaman tentang peranan pemimpin dalam KRS/TKRS

2 Merealisasi konsep Falsafah Pendidikan Negara sejajar dengan Wawasan 2020

3 Menggalakkan masyarakat turut serta menyumbangkan idea dan tenaga untuk kemajuan KRS/TKRS

Matlamat Penilaian dan Pengukuran

1 Melahirkan pegawai yang bertanggungjawab kepada amanah yang diberi sepanjang kursus dijalankan

2 Menilai secara terperinci kejayaan isi kandungan kursus TOT

3 Memupuk semangat sentiasa ingin maju dalam semua bidang yang diceburi.

TAJUK 5 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Objektif Pelajaran

i. Melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin pasukan atau kumpulan

ii. Menggunakan pakaian seragam dengan lengkap dalam setiap aktiviti yang disertai

iii. Melaksanakan aktiviti mengikut takwim dan perancangan yang telah dibuat

iv. Membuat perancangan yang berkaitan denganaspek penialaian dan pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS

11

Page 12: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Pakaian Rasmi KRS

1 Lelakia. Beret berwarna Sherwood Dark Green.b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.

(Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)d. Tali wisel merah.

e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.

f. Spike boot.

2 Perempuana. Beret berwarna Sherwood Dark Green.b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan

panjang dan warna Sherwood Dark Green.c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.d. Spike boot.e. Tali wisel merah.

*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.

TAJUK 6 DISIPLIN

Objektif Pelajaran

i. Ahli sentiasa patuh kepada peraturan KRS ii. Menjadi ahli KRS yang mempunyai semangat

patriotik

PERATURAN 1. Memakai Uniform lengkap dalam aktiviti yang formal2. Menghormati ketua3. Wajib hadir dalam setiap perjumpaan mingguan4. Wajib hadir dalam perkhemahan unit beruniform

MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Lagu-lagu patriotik

12

Page 13: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa semangat jiwa merdekaSemarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmuJalur gemilang... kami semua bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat MalaysiaJalur gemilang... megah kami terasaJalur gemilang... kibarkanlah wawasanMerah putih biru kuningJalur semangat kami semua

BerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah

Jalur gemilang

Sejahtera Malaysia Puji dan syukur pada IlahiAnugerahnya tiada terhinggaKedamaian kemakmuranMalaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjayaBerbakti pada nusa dan bangsaKami junjung cita-cita luhurPerpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwaMenghadapi cabaranKami sedia kami setiaBerkorban untuk negara

13

Page 14: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Bersemarak Malaysia tercintaKibarkan panji kebesarannyaKami rela menjaga namamuSejahtera Malaysia

Keranamu Malaysia Buruh, nelayan dan juga petaniGaya hidup kini dah berubahAnak-anak terasuh mindanyaLahir generasi bijaksana

Pakar IT, pakar ekonomiJaguh sukan dan juga jutawanBerkereta jenama negaraMegah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkiniKejayaan semakin hampiriBiar di kota ataupun desaKita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuahKeranamu kami bangsa berjayaKeranamu kami hidup selesaLimpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdekaKeranamu nyawa dipertaruhkanKeranamu rela kami berjuangDemi bangsa kedaulatan negara

Keranamu Negara MalaysiaMalaysia...Terima kasih Malaysia !

Warisan

Disini lahirnya sebuah cintaYang murni abadi sejatiDisini tersemai cita citaBercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterimaAndai aku disingkirkanKemana harusku bawakanKemana harusku semaikan cinta ini

BetapaDibumi ini ku melangkahKeutara selatan timur dan barat

14

Page 15: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Ku jejaki

AkuBukanlah seorang perwiraGagah menjunjung senjataNamun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiriDemi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKu ingin sampaikan pesananAku lah penyambung warisan

Wawasan 2020

Bendera berkibar di angkasaLambang negara gagahRakyat sepakat sehati sejiwaTekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa mukaPenuh tenaga murniBakti dicurah searah-sehalaDengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuanTiada lagi kepincanganKemewahan rata dirasaiBersama kita nikmati

Wawasan 2020Satu pandangan jauhBukan impian malah kenyataanBersama kita jayakan

15

Page 16: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 7 KEROHANIAN DAN MORAL

Objektif Pelajaran

i. Membaca doa yang berkaitan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

ii. Mengambil iktibar daripada kata-kata hikmah dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

Doa ketika bangun dari tidur

Maksudnya:Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Doa ketika memakai pakaian

Maksudnya:"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

16

Page 17: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

KATA-KATA HIKMAH

1. "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

2. "Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

3. "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno

4. "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius

5. "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

6. "Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein

7. "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

17

Page 18: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

8. "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menepati masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

9. "Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

10. "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

TAJUK 8 ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Objektif Pelajaran:i. Menerangkan tujuan dan prinsip

pertolongan cemasii. Boleh membuat anduh dan balutan dengan

betuliii. Mengaplikasikan kemahiran merawat luka

dan gigitan haiwan berbisa dalam kehidupan seharian

TUJUAN & PRINSIP PC

Asas Bantu Mula

Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan

Maksud Kecemasan

Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera, kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan kematian.

Objektifa. Menyelamat nyawa b. Mengelak mangsa cedera lebih serius c. Mengurangkan kesakitan d. Menguruskan pemindahan ke hospital

Ciri-ciri Seorang Penyelamata. Bertanggungjawab b. Berjiwa cekal, waras dan tenang c. Mengamati prinsip keselamatan diri

18

Page 19: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

d. Berpengetahuan dan berkeyakinan e. Terlatih

PRINSIP PERTOLONGAN CEMASPrinsip – prinsip penting yan patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas:

1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.2. Longgarkan pakaian jika perlu3. Hentikan darah jika berdarah4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau

mencemaskan berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat.

ANDUH DAN BALUTANTerdapat beberapa jenis anduh, antaranya ialah anduh besar, anduh kecil, anduh pergelangan tangan dan anduh menaik

LUKA TUSUKANLuka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBARCara merawat:Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendakiRendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk.

MERAWAT LUKALuka seperti terpotong, terhiris atau melecet. Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.

MELECURCuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit.

GIGITANDigigit Hama rumputHama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.

19

Page 20: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Rawatan:1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan

sabun2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan

menyebabkan bengkak.4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau

soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.

Digigit lintah dan PacatJangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit.

Rawatan:1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan

garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.

2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.

3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine.

4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.

Dipatuk UlarGigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa.

Rawatan:1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan

mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki.

2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka.

3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu.

4. Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap-tiap ½ jam

5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.

6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.

7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.

8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat

20

Page 21: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.

Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan.

TAJUK 9 AsasPertolonganCemas Melecur, pitam, patah Keracunan, terseliuh

PitamAdalah disebabkan oleh:

1 Tidak cukup gantian udara di dalam bilik2 Terlalu lapar atau terlalu kenyang3 Mendapat khabar yang mengejutkan4 Darah keluar terlalu banyak5 Melihat kejadian yang ngeri atau mencium bau yang busuk.

Tanda:Mukanya pucat, pening, denyutan nadi lemah dan bernafas dengan deras.

Cara mengatasi:1. Longgarkan pakaiannya pada leher, dada dan pinggang.2. Dudukkan dan bongkokkan kepalanya masuk ke celah

lutut atau baringkan.3. Beri cukup udara atau mengipas4. Jika sedar beri minuman panas5. Berehat ditempat yang redup jika diluar rumah.Jika disebabkan oleh lapar beri makanan yang ringan dahulu seperti biskut dan roti.

PengsanPengsan atau tidak sedarkan diri, selalunya disebabkan oleh fungsi saraf otak yang tidak berjalan dengan betul. Ini boleh disebabkan oleh:

6 Kekurangan darah dalam otak, pitam, rebah, terkejut atau terlalu panas.

7 Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala.

8 Otak tercedera9 Penyakit dalam otak.

21

Page 22: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Cara merawat:1. Jika mukanya merah, angkatkan muka dan bahunya. Jika

mukanya pucat baringkan ia.2. Bubuh benda yang lembut di bawah kepalanya3. Tahankan semua darah yang keluar, melainkan darah

keluar dari telinga.4. Longgarkan pakaiannya dileher, dada dan dipinggang5. Beri kemudahan supaya ia dapat bernafas dengan senang

iaitu kepala dipalingkan, lehernya lurus, dagu terkedepan, mulut tidak digalang, buangkan buih atau darah daripada mulutnya dan tanggalkan gigi palsunya jika ada.

6. Jika ia bernafas dengan kuat, baringkan pesakit itu secara terlangkup.

7. Elakkan daripada dikerumun, letakkan ditempat yang laqpang dan banyak udara.

8. Selimutkan tetapi jangan terlalu panas.9. Jangan diberi makan atau minum selagi belum sedar.10.Panggil doctor dengan segera.

KERACUNANTermakan Buah BeracunBuat ia muntah supaya keluar racun itu daripada badannya dengan segera iaitu dengan cara:

a) Menjuluk tekaknya dengan jarib) Beri ia segelas air panas yang bercampur dengan

dua camca garam, selepas tiap-tiap 5 minit sehingga ia muntah.

c) Bawa pesakit ke doctor dengan segerad) Kalau boleh tunjukkan muntah itu pada doctor.

TerseliuhAdalah disebabkan sendi terpusing menjadikan urat-urat tisu koyak akan tetapi tulang tidak terkucil.

Tanda : Bengkak di sekeliling sendi dan sakit pada sendi itu. Sakit bertambah bila anggota digerakkan.

Merawat :1. Balut kaki tinggalkan jari-jari terbuka. Balut dengan

pembalut panjang mengikut angka 8.2. Basahkan pembalut itu dengan air sejuk3. Bawa pesakit ke doktor4. Elakkan memijak dengan kaki yang cedera

22

Page 23: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 10 AsasPertolonganCemas Pemulihan pernafasan

PEMULIHAN PERNAFASAN

Memulihkan Pernafasan dengan cara “Mulut ke Mulut” atau CPRDalam keadaan tidak sedarkan diri, pesakit terbaring terlentang. Lidahnya mungkin tertarik ke belakang dan menghalang saluran udara. Jika pesakit itu tidak bernafas, baringkan terlentang dan angkatlah dagunya, kepalanya ditekan arah ke belakang. Keadaan ini lidahnya akan bergerak keatas lalu membukakan saluran udara.

Lekapkan bibir anda disekeliling mulut pesakit. Sementara itu menutup lubang hidung pesakit dengan pipi anda, anda terpaksa memicit lubang hidungnya dengan jari. Hembuskan udara masuk paru-parunya dan pastikan dadanya naik, kemudian lepaskan mulut anda. Penghembusan nafas ini hendaklah dilakukan dengan kadar sepuluh kali seminit. Usaha ini akan mengembangkan paru-paru dan menolong mengembalikan pernafasan.

23

Page 24: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 11Asas Kawat Kaki

Kawat kaki Bahasa Hukuman Pergerakan & Formasi kawat

SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWATSeseorang jurulatih kawat hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan pendidik seperti berikut :

i. Kesabaran menghadapi sesuatu.ii. Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh.iii. Mempunyai kemahuan untuk maju.iv. Bertanggungjawab.v. Berperikemanusiaan.vi. Taat setia yang tidak berbelah bahagi.vii. Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan.ix. Memuji dan menegur kesalahan.x. Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.xi. Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani.xii. Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.

BAHASA HUKUMAN

Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawat yang baik. Semua jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman. Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu "Bahasa amaran" dan bahasa perbuatan ". Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang dan terang.

Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa amaran" atau "bahasa perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-titik digunakan bagi memisahkan kedua-dua perkataan ini.

Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara " bahasa amaran " dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman diberi. Kadar masa berhenti seketika (“pause” ) tidak dapat ditentukan kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada yang " masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ".Jika perlu kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah "Semula".

Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan lantang. Seorang jurulatih hendaklah tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan memberi dua kesan; pertama setiap bahasa hukuman yang diberi merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman jika dibuat seperti

24

Page 25: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

berbual sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawat itu rosak .

MASA BAGI BAHASA HUKUMANJadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa perbuatan". Sebagai panduan, jarak masa ”bahasa amaran” diberi dengan kadar empat langkah semasa cepat jalan atau tiga langkah semasa perlahan jalan. Setiap ”bahasa perbuatan” diberi apabila kaki kiri menjejak ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.

MASA MEMBERI BAHASA HUKUMANBAHASA HUKUMAN HUKUMAN DIBERI SEMASA

CEPAT JALANHUKUMAN DIBERI SEMASA PERLAHAN JALAN

HENTIDALAM MASA BERJALAN SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE

TANAHSEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

CEPAT JALAN CEPAT ATAS KAKI KANAN DAN JALAN ATAS KAKI KIRI

TUKAR LANGKAH CEPAT.......CEPAT JALAN

CEPAT ATAS KAKI KANAN JEJAK KE TANAH DAN JALAN ATAS KAKI KIRI JEJAK KE TANAH

KEKANAN PUSING SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

KE KIRI PUSING SEMASA KAKI KANANJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN

HENTI(Semasa hentak kaki)

SEMASA KAKI KANANJEJAK KE TANAH

SEBELUM KAKI KANANJEJAK KE TANAH

MAJU(Semasa hentak kaki)

SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEBELUM KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

TUKAR LANGKAH MASA BERJALAN TUKAR LANGKAH

TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH ATAS KAKI KIRI

TUKAR ATAS KAKI KANAN DAN LANGKAH ATAS KAKI KIRI MELALUI KAKI KANAN

TUKAR LANGKAH PERLAHAN-PERLAHAN JALAN

SEMASA KAKI KANAN JEJAK KE TANAH

BUKA/TUTUP BARISAN SEMASA BERJALAN

SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

HORMAT SEMASA KAKI KIRIJEJAK KE TANAH

SEMASA KAKI KANAN MELALUI KAKI KIRI

TAJUK 12Asas Kawat Kaki

25

Page 26: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Pergerakan & Formasi kawat

PERGERAKAN & FORMASI KAWAT

KAWAT STATIK

BAHAGIAN SATUSEDIAHukumannya :

"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.(Sila lihat gambar 1)

Kesalahan Biasa1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.4 Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan

mengerekot.6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan 8. Tunduk atau mendongak.9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.

Ingatan:Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".

BAHAGIAN II SENANG DIRI

26

Page 27: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Hukuman :

"Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

(Gambar 2 dan 3).

Kesalahan Biasa :

1. Siku bengkok;2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;3. Tiada bawa kaki kanan ke kanan cukup jarak 12 inci;4. Menggerakkan kaki kanan menyebabkan rosak lurus barisan;5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kiri;6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

BAHAGIAN III REHATKAN DIRIHukuman :

"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:

27

Page 28: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) .Kedudukan kaki tidak berubah.

Kesalahan biasa :

1. Kedua tapak kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;2. Menggeliat dan bercakap-cakap.

Ingatan :Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.

Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

BAHAGIAN IVMASUK BARIS

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa :1. Datang berbaris tidak berlari 2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.3. Bercakap-cakap;4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulati

BAHAGIAN VMEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

28

Page 29: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

Perbuatan:Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

*julur

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.

Hukuman:

”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.

Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.

Kesalahan Biasa :

1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong depan

semasa mengambil lurus;3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak;4. Jarak dan bersetentang tidak betul;5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus;

29

Page 30: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.

Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

BAHAGIAN VI NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.

Hukuman :

" Dari kanan ...........Nombor"

Perbuatan :Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.

Kesalahan Biasa :1. Tidak mengira nombor dengan cepat.2. Bilang nombor dengan suara perlahan.3. Lupa nombor masing-masing.

Ingatan :

Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama.

30

Page 31: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 13 Istiadat (2 Jam) Istiadat Perhimpunan Istiadat Melantik Istiadat Meningkat Naik Istiadat Penyampaian Lencana Istiadat Bendera

31

Page 32: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 14 Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah Program UB di sekolah rendah Merancang program Program jangka pendek dan panjang Skim Latihan Refleksi Mikro Kokurikulum Pesanan, galakan dan motivasi Cintakan pertubuhan Sukarela

32

Page 33: Buku Log KRS_Sem 1_edit 1.12.12

TAJUK 15Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah

Program UB di sekolah rendah Merancang program Program jangka pendek dan panjang Skim Latihan Refleksi Mikro Kokurikulum Pesanan, galakan dan motivasi Cintakan pertubuhan Sukarela

PENTAKSIRAN1. Ujian Bertulis 40%2. Tugasan 60%

33