brosure edu makanan

3
年年 Sejarah Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Taoisme, Kuih Bakul atau Nian Gao merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari sebelum tahun baru. Kuih manisan yang melekit ini di persembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan dapat 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi lapuran tahunan kepada Maha Dewa Syurga ( 年 年 年 年 )(Yu Huang Da Di) atau "Thnee Kong" ( 年 年 /thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi lapuran yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut. Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya dimakan selepas Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina. Adat Resam Sungguhpun ia boleh dimakan pada bila-bila masa. Secara tradisinya, kuih ini lebih laris dijual, disediakan dan dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini. Nian gao (年年) or thnii kuih (年年) (loghat Hokkien POJ: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih ( 年 年 ) (loghat Teochew/Chaozhou) juga dipanggil Kue Keranjang dalam Bahasa Indonesia seperti Kuih Bakul dalam Bahasa Melayu, kerana ianya diisi di dalam berkas dari daun buluh atau pisang yg dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul'.

Upload: ooi-sheau-yee

Post on 14-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

brosur

TRANSCRIPT

Page 1: Brosure Edu Makanan

年糕:

Sejarah

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat

daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.

Bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Taoisme, Kuih Bakul atau Nian Gao merupakan

makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari

sebelum tahun baru.

Kuih manisan yang melekit ini di persembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya

akan dapat 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga

untuk memberi lapuran tahunan kepada Maha Dewa Syurga (玉皇大帝)(Yu Huang Da Di) atau

"Thnee Kong" (天公 /thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi

lapuran yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut.

Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya

dimakan selepas Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina.

Adat Resam

Sungguhpun ia boleh dimakan pada bila-bila masa.

Secara tradisinya, kuih ini lebih laris dijual, disediakan dan dimakan ketika sambutan Tahun

Baru Cina.

Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek.

Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang

menggunakan kuih ini.

Nian gao ( 年 糕 ) or thnii kuih ( 甜 棵 ) (loghat Hokkien POJ: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih ( 甜 棵 )

(loghat Teochew/Chaozhou) juga dipanggil Kue Keranjang dalam Bahasa Indonesia seperti

Kuih Bakul dalam Bahasa Melayu, kerana ianya diisi di dalam berkas dari daun buluh atau

pisang yg dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul'.

Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang

dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu

begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya.

Pantang Larang

Wanita yang memasak kuih bakul harus bersih daripada haid. Dilarang bercakap perkataan kotor kerana bimbang kuih bakul akan menjadi tidak masak. Tidak boleh bercakap sepanjang membuat kuih bakul supaya ia dibuat dgn sepenuh hati,

sedap dimakan dan dpt disimpan lama sehingga mencecah setahun jika disimpan dalam peti sejuk.

Page 2: Brosure Edu Makanan

Kepercayaan dan Kebudayaan Kaum

Kuih bakul atau ‘nian gao’ (yang bererti kuih tahun) merupakan kemestian baginya setiap kali

menyambut Tahun Baru Cina.

Kuih Bakul ialah simbol yang membawa tuah dalam menyambut tahun baru bagi masyarakat

kaum Cina.

Menurut masyarakat Tionghua moden hari ini, bunyi perkataan kuih bakul dalam Mandarin

hampir sama dengan perkataan yang bermakna ‘tahun yang lebih tinggi’ terutama dari aspek

pendapatan.

Masyarakat Cina percaya, tradisi memakan kuih bakul pada perayaan TBC boleh dipercayai

membawa tuah kerana namanya "nian gao" ( 年 糕 ) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud

'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud 'tinggi'

melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" ( 年 年 高 升 )(niánnián gāoshēng) atau

ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Asia Tenggara termasuk Malaysia, kuih bakul dimakan begitu shaja atau dicecah dengan

kelapa parut selain digoreng bersama ubi, keledek atau telur serta direbut untuk membuat

pelbagai jenis sup.

Shang hai : Jenis Shanghai biasanya dibungkus dalam batang yang tebal dan lembut agar

dihiris atau dibungkus selepas dihiris, lalu sama ada dikacau goreng atau dicampur ke dalam

sup. Gaya Shanghai ini memastikan warna kuih bakul putih, iaitu ciri-ciri yang paling nyata.

Kantonis : Jenis Guangdong biasanya dimaniskan dengan gula hitam, dengan warna kuning

tuanya yang menonjol. Adunannya dituang ke dalam bekas kek dan dikukus sekali lagi untuk

mengukuhkan adukannya. Adukan itu dikukus sehingga pejal dan dihidangkan dalam bentuk

hirisan tebal. Kuih bakul ini menjadi tegang dan amat melekit. Kuih bakul ini boleh dimakan

begitu sahaja, dan juga boleh dihidangkan sebagai puding yang berperisa air ros atau adunan

kacang merah.

Kuih ini, yang namanya yang bermaksud baik, bentuknya yang membetung bulat serta

keadaannya yang lekit dan manis, semuanya melambangkan petunjuk-petunjuk yang baik agar

supaya satu tahun baru yang makmur dan produktif, sempurna dan lengkap, berpenyatuan dan

perpaduan keluarga serta kebahagiaan dan kegembiraan yang bakal akan ditempuhi.

Ianya adalah sejenis kuih tradisional Cina yg melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat

daripada tepung pulut and gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat

Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore, Malaysia and Thailand.

Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan

Shanghai, dan masakan Kantonis dari Guangdong.