bmm 3103-pengertian dan konsep

11

Click here to load reader

Upload: artventure-ipkt

Post on 19-Jun-2015

16.444 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

PENGERTIAN DAN KONSEP

PentaksiranPengujianPenilaianPerkaitan antara Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian

BMM 3103

Page 2: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

PENTAKSIRAN

Page 3: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

DEFINISI

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Page 4: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

PENGUJIAN

Page 5: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

DEFINISI

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Page 6: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

KONSEP

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.

Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.

Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Page 7: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

PENILAIAN

Page 8: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

DEFINISI

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

Page 9: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

KONSEP

Perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Page 10: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya

Page 11: BMM 3103-Pengertian Dan Konsep

mozuba education tools 2009