bml 3113 _tugasan 2

Upload: anasahid74

Post on 14-Apr-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    1/18

    BML 3113

    SEJARAH BAHASA,KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA KUMPULAN NO ID NO TELEFON

    ROHANA BINTI MOHAMEDUPSI-28

    (A121 PJJ)

    D 20102043360 012 2979804

    NAMA TUTOR E-LEARNING :PROFESOR MADYA DR.AZHAR BIN WAHID

    TARIKH SERAH : 19 OKTOBER 2012

    PEMARKAHAN

    1. ESEI ILMIAH

    TUGASAN 2

    2. E-FORUM

    3. KUIZ/ UJIAN

    4. JUMLAH

    PORTFOLIO (TUGASAN 2)

    BERDASARKAN KAJIAN TERHADAP SUKU BANGSA ATAU ETNIK

    YANG DIKAJI,BERI CONTOH-CONTOH KATA,AYAT,BAHAN

    SASTERA,OBJEK BUDAYA ATAU APA SAHAJA YANG MEMBUKTIKAN

    KEAKRABAN DENGAN BAHASA,KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN

    MELAYU

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    2/18

    ISI KANDUNGAN

    Bil TAJUK Halaman

    1.0 Pengenalan 1

    2.0 Bahasa Etnik Banjar 2

    3.0 Kosa Kata dan Bilangan Bahasa Banjar 2 -3

    4.0 Ciri-Ciri Kebudayaan Masyarakat Banjar 3

    4.1 Makanan 4

    4.2 Seni Bina/ Rumah 5

    4.3 Seni Tari 5-6

    4.4 Pakaian 6

    4.5 Tradisi Lisan 6

    5.0 Kebudayaan Bukan Kebendaan

    5.1 Adat Perkahwinan 7

    5.2 Adat Masuk Rumah Baru 7

    5.3 Pantang Larang Wanita Hamil 8

    5.4 Adat Menanam Uri 9

    5.5 Adat Naik Buaian 9

    5.6 Budaya Bapukung 10-11

    5.7 Adat Upacara Kematian 12

    5.8 Perubatan 13

    6.0 Rumusan 14

    Rujukan

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    3/18

    1

    1.0 PENGENALAN

    Secara umumnya kita semua menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada

    pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia.

    Namun yang demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di

    Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun

    masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza.Etnik Banjar merupakan

    salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah

    kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui

    mengenai etnik Banjar ini. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang

    kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Banjar serta adat

    istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Masyarakat Banjar

    adalah sebahagian dari rumpun Melayu di nusantara kepulauan Melayu. Kepulauan Borneo

    yang berpusat di Kalimantan adalah asal pertumbuhan masyarakat Banjar yang mampunyai

    tradisi kemalayuan berlandaskan prinsup Islam. Kedatangan masyarakat Banjar kepulauan

    Melayu telah membawa bersama adat serta cata hidup yang diamalkan di Kalimantan. Adat

    tersebut dapat dilihat dari segi loghat percakapan mereka, pergaulan ,kebudayaan dan lain-lain

    lagi.

    2.0 BAHASA ETNIK BANJAR

    Bahasa Banjar diidentifikasikan mempunyai varias-variasi dalam pengucapan ataupun

    perbezaan kosa kata antara satu kelompok dengan kelompok suku banjar yang lain. Perbezaan

    ini disebut sebagai dialek, ianya dibezakan kepada dua dialek besar iaitu bahasa Banjar Hulu

    Sungai atau dikenali bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar Kuala.Dialek Banjar Hulu

    dituturkan di daerah Kabupaten Tapin, Hulu Sungai Selatan. Manakala dialek Banjar Kuala

    dituturkan oleh penduduk sekitar kota Banjarmasin, Martapura, dan Pelaihari.Bahasa Banjar

    merupakan bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sesetengah tempat di semenanjung

    Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia.Bahasa Banjar merupakan salah satu

    cabang bahasa yang berkembang daripada Bahasa Melayu. Asal bahasa ini adalah di provinsi

    Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan

    lain-lain.

    Bahasa Banjar dikatakan berasal daripada bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa

    Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    4/18

    2

    Melayu, Jawa dan bahasa Dayak.Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu

    Banjar terbahagi kepada dua iaitu:bahasa Banjar Hul Bahasa Banjar Kuala.Bahasa Banjar Hulu

    hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila

    menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan

    tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut

    "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain

    adalah perkataan yang dimulakan dengan vowel selalunya sebut dengan bunyi /h/ pada

    awalan.Kebanyakkan anak muda sekarang tidak mahir di dalam bahasa banjar. Jika

    dibandingkan dengan masa dahulu mereka memang telah mempelajari bahasa ini sejak kecil

    lagi manakala anak muda sekarang tidak terlalu didedahkan dengan bahasa ini sehingga

    mereka tidak tahu untuk bertutur di dalam bahasa ini. Hal ini juga telah diterbitkan di dalam

    akhbar Sinar Harian pada 1 Jun 2010 yang bertajuk Belia Banjar Kurang Kuasai Bahasa iaitu

    mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM)

    Abdul Latif Datuk Masud hanya lebih kurang 60 peratus masyarakat Banjar yang berumur

    dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas sahaja yang dapat bertutur bahasa ini.

    3.0 KOSA KATA DAN BILANGAN BAHASA BANJAR

    Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/. Kosa kata loghat Banjar

    Hulu tetap ada bezanya sesama subloghat bahasa Banjar, tetapi jelas tidak ditemui dalam

    dialek Banjar Kuala, ataupun sebaliknya kosa kata seperti unda(aku), dongkah(sobek

    besar), atung(taat) dan sebagainya dalam loghat Banjar Kuala tidak ditemui dalam loghat

    Banjar Hulu. Contoh kata seperti di bawah:

    Banjar Hulu Banjar Kuala Melayu

    baduhara bakurinah dengan sengaja

    bibit jumput/ambil ambil

    bungas/langkar mulik/baik rupa cantik

    caram calap tergenang air

    ampah mara arah

    banyu hangat banyu panas air panas

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    5/18

    3

    3.1 BILANGAN

    Berikut merupakan kata bilangan asas dalam Bahasa Banjar. Kata-kata bilangan dalam bahasa

    Banjar mirip dengan kata-kata bilangan bahasa Melayu.Contohnya adalah seperti di bawah:

    4.0 CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MASYARAKAT BANJAR

    Terdapat beberapa ciri kebudayaan yang unik tentang bangsa Banjar yang membezakan

    mereka dengan bangsa migrasi yang lain. Keunikan ciri budaya yang ada terdapat pada bentuk

    rumah, makanan, muzik, teater, tradisi lisannya, tarian dan senjatanya. Di bawah ini akan

    dihuraikan ciri-ciri budaya orang banjar yang seperti:

    4.1 MAKANAN

    Masyarakat banjar juga terkenal dengan pelbagai makanan dan manisan yang menjadi

    juadah kepada masyarakat ini sejak dahulu hinggalah sekarang Antara makanan tersebut

    adalah wadai kepeng. Wadai kepeng ini pada masa dahulu disediakan selepas selesai

    menanam padi ataupun di sebarang majlis doa kesyukuran atau doa selamat (rujuk gambar 1).

    Proses menyediakan kuih ini tidaklah sukar dan selalunya masyarakat Banjar akan

    membuatnya secara bergotong-royong.Seterusnya, masyarakat Banjar juga mempunyai lauk

    tradisi iaitu ikan wadik (rujuk gambar 2). Makanan ini seakan-akan pekasam namun tidak

    Bahasa BanjarBahasa

    Melayu

    asa satu

    dua dua

    talu tiga

    ampat empat

    lima lima

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    6/18

    4

    masam. Cara penyediaan ikan wadik ini adalah dengan menggunakan ikan daripada jenis ikan

    darat seperti sepat atau puyu yang banyak terdapat di kawasan penanaman padi.

    Rajah 1 : Wadai Kepeng Rajah 2: Ikan Wadik

    4.2 SENI BINA / RUMAH

    Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciri-

    cirinya yangmempunyai perlambang, mempunyai penekanan pada atap, ornamental, dekorasi

    dan simetris.Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan

    ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935. Umumnya rumah

    tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan yang menjorok

    dari samping kanan dan kiri bangunan utama kerana itulah disebut Rumah Baanjung. Anjung

    merupakan ciri khas rumah tradisional Banjar, walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar

    yang tidak beranjung (rujuk gambar 3).

    Gambar 3

    4.3 SENI TARIAN

    Azrul Affandi Sobry dalam rencananya di Berita Harian (Khamis, 15 Mac 2012)

    menyatakan bahawa sebenarnya memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam

    masyarakat Banjar, tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Hal ini mungkin

    berikutan daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    7/18

    5

    pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal, berkemungkinan ia tidak

    dibawa ke sini. Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi

    berpakaian. Hal ini kerana, orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang turut

    digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar mencerminkan

    imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian tradisi etnik yang lain, sarat

    dengan aksesori. Jika diperhatikan, sebenarnya masyarakat Banjar mempunyai rentak muzik

    yang tersendiri kerana rentak yang diiramakan mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara

    hidup yang diamalkan. Tarian yang terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini

    dengan menyelitkan elemen kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain

    membuktikan bahawa etnik ini sangat mementingkan pengekalan busana asal masyarakat ini

    (rujuk gambar 4).

    Rajah 4: Tarian Banjar

    4.4 PAKAIAN

    Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang dewasa kaum

    lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai pasangannya

    dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian dada terbelah

    berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan pakaian ini ditambah

    dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan dalam acara-acara rasmi

    seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan kain sarung. Warna yang

    digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti warna kuning.

    Rajah 5: Pakaian Tradisional Masyarakat Banjar

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    8/18

    6

    4.5 TRADISI LISAN

    Tradisi lisan suku Banjar banyak dipengaruhi oleh budaya Melayu, Arab dan Cina.Ianya

    berkembang sekitar abad ke-18, di antaranya adalah Madihin dan Lamut. Madihin berasal dari

    bahasa Arab yang bermaksud madahyang bererti pujian.Madihin merupakan puisi rakyat yang

    dilisankan dan ditulis dalam bahasa Banjar dengan bentuk fizikal dan mental sesuai dengan

    khazanah Banjar di Kalimantan Selatan. Manakala Lamut adalah sebuah cerita tentang

    keagamaan, sosial, budaya Banjar. Lamut berasal dari negeri Cina, pada mulanya

    menggunakan bahasa Tionghoa. Namun setelah di bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang

    Cina, maka bahasanya diterjemahkan ke dalam bahasa banjar.Masyarakat Banjar tempo dulu

    (bahari) sangat gemar berpantun sampai sekarang ini. Yang lebih menggembirakan bukan saja

    orang orang tua tetapi juga kaula muda Tanah Banjar masih tetap menggemari pantun

    bahkan akan tetap melestarikannya.

    Struktur pantun Banjar sama seperti pantun Melayu yang bersetruktur : baris pertama

    dan kedua adalah sampiran, baris ketiga dan keempat adalah isi. Jumlah suku katanya baris

    pertama sama dengan baris ketiga dan baris kedua sama dengan baris keempat. Atau jika

    terjadi selisih suku katanya tidak lebih dari dua suku kata saja. Atau dari baris pertama, kedua,

    ketiga dan keempat sama jumlah suku katanya. Rima persajakan pada pantun Banjar ada yang

    berima (a),(b),(a),(b). dan ada pula yang berima (a),(a),(a),(a)

    Terkadang pantun Banjar ada yang unik, mirip dengan syair yakni baris barisnya hampir

    tidak dapat dibedakan sampiran dan isi dan rima sajaknya (a),(a),(a),(a). Yang lebih unik lagi

    apabila pantun ini merupakan lirik dari lagu atau nyanyian yakni terjadi pengulangan baris

    sehingga menimbulkan bunyi dan irama yang harmonis. Contohnya Pantun Adat Istiadat ini

    adalah ragam pantun yang membimbing atau berupa nasihat agar bertingkahlaku, sopan

    santun, berahlak yang baik terhadap orang tua, pada seseorang baik terhadap yang muda mau

    pun yang tua, juga dalam bermasyarakat.

    ambawa papan ka muhara

    Papan handak diulah pasak

    Parak hadapan urang tuha

    Mun bajalan babungkuk awak

    Banyak raragi lawan rarampah

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    9/18

    7

    Ada katumbar lawan jintan

    Handak tulak ka luar rumah

    5.0 KEBUDAYAAN BUKAN KEBENDAAN

    5.1 ADAT PERKAHWINAN

    Asimilasi dalam perkahwinan di negara ini pastinya lebih menyerlah dan ketara kerana

    kebanyakannya berhijrah dari tanah lain. Lebih ketara adalah asimilasi dalam budaya

    perkahwinan melayu. Seperti yang kita ketahui, perkahwinan adalah satu sisi budaya

    yang unik dan berbeza bagi setiap masyakat dan etnik. Etnik Banjar juga tidak terlepas

    dari senarai asimilasi budaya perkahwinan ini. Pada masa sekarang, ramai yang

    mengakui bahawa semakin sukar untuk melihat pengantin Banjar mengenakan pakaian

    tradisional dan menjalankan adat perkahwinan asal mereka. Namun yang demikian,

    budaya perkahwinannya tidak akan dilupakan. Menurut Drs. Syarifuddin dalam Adat

    Melayu Serumpun, Abdul Latif Abu Bakar (2001) mengatakan bahawa, orang Banjar

    memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang sangat penting. Seperti istiadat

    perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat Banjar juga berlangsung

    dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana yang cukup ringkas. Menurut Azrol

    Affandi Sobry dalam rencananya Pengantin Berpapai Sebelum Naik Rumah (Sabtu,

    17 Mac 2012) mengatakan bahawa, sebelum upacara perkahwinan berlangsung,

    mereka tidak ada adat merisik seperti kebanyakan masyarakat yang lain (rujuk gambar

    6).

    Gambar 6 : Perkahwinan Etnik Banjar.

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    10/18

    8

    Menurut Abd. Rahman Hj. Abdullah (1985), sekiranya dahulu jodoh mereka ditentukan

    orang tua, mereka sekarang boleh memilih pasangan yang sesuai dengan pandangan

    hidup mereka.

    5.2 ADAT MASUK KE RUMAH BARU

    Dalam masyarakat Banjar, budaya masuk rumah baru bagi masyarakat ini menurut

    Khairi Muhammad Nor di dalam rencana yang ditulis Azrul Affandi Sobry, mereka perlu

    memastikan kepala tiang rumah dibalut dengan kain tiga warna. Duit syiling bernilai 10

    sen atau 5 sen akan digunakan. Mereka akan membalut duit syiling tersebut dengan

    kain putih dan dimasukkan kepada kepala tiang itu. Semasa memasukkan duit syiling

    tersebut, mereka akan berniat supaya dimurahkan rezeki kepada orang yang masuk ke

    rumah itu. Orang ramai juga akan membacakan yasin dan selawat ketika tiang

    dinaikkan. Sekiranya terdapat tujuh tiang yang perlu dinaikkan maka ketujuh-tujuh tiang

    tersebut hendaklah dinaikkan dengan dimulakan dengan kepala tiang yang telahdimasukkan dengan duit syiling tersebut. Selepas gelegar dipasang barulah tetamu

    akan pulang dan jika kerja belum selesai maka mereka perlu datang pada keesokan

    harinya pula. Setelah selesai tuan rumah akan mengadakan kenduri.

    5.3 PANTANG LARANG WANITA HAMIL

    Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu yang lain.

    Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti bagi

    mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi wanita yanghamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang lain. Menurut

    Zahrah Ijan (2012) di dalam artikel Berita Harian oleh Azrul Affendi Sobry, pantang

    larang bagi wanita hamil masyarakat Banjar adalah mereka tidak dibenarkan duduk di

    tengah pintu. Hal ini boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan susah untuk keluar.

    Seterusnya, jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak

    sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Perkara ini

    disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang.

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    11/18

    9

    Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka

    perlulah dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah

    sahaja kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila

    ada orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau

    membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain.

    Bagi wanita yang bakal bersalin penggunaan air pelongsor sangat popular dan

    digunakan sehingga ke hari ini. Tujuan penggunaan air ini adalah bagi memudahkan

    proses melahirkan anak. Tempoh bagi wanita berpantang pula adalah selama 44 hari.

    Bagi wanita yang berpantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan serta mereka

    akan mengamalkan minum air halia setiap hari. Amalan yang diamalkan sepanjang

    berpantang bagi orang Banjar adalah mereka akan menggunakan barut sepanjang

    bermeter-meter. Di dalam balutan ini akan dimasukkan pelbagai jenis herba seperti

    halia, jintan manis dan bawang putih. Kaki perempuan yang bersalin juga akan dibedung

    supaya tidak boleh terlalu mengangkang. Manakala selepas 10 hari, akan dilakukan

    urutan supaya dapat menaikkan peranakan dan urutan akan dilakukan sebanyak 3 kali.

    5.4 ADAT MENANAM URI

    Selain daripada adat perkahwinan, terdapat beberapa lagi adat yang semakin dilupakan

    dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Banjar. Walau yang demikian,sebahagiannya masih diteruskan terutamanya di kawasan kampung kerana masih

    berada dalam kalangan mereka yang tinggal di dalam kawasan tersebut. Antaranya

    ialah kaedah menanam uri iaitu uri yang keluar bersama bayi dengan membasuh dan

    membaca bacaan tertentu sebelum ditanam. Kemudian, uri tersebut ditanam bersama

    sembilu, cabai, bawang, asam, garam dan dimasukkan ke dalam periuk tanah yang

    mempunyai lubang di bawahnya dan tidak dikambus.

    Menurut Azrul Affandi Sobry (2012), mengatakan bahawa upacara bersunat pula

    dilakukan dalam suasana yang cukup ringkas, majlis kenduri doa selamat dan hidanganpulut kuning. Selalunya bagi anak lelaki, mereka berpakat bersunat beramai-ramai

    kerana diadakan kenduri selepas berkhatan. Bagi anak perempuan, sunat dilakukan

    oleh bidan kampung. Selain itu, upacara belah mulut turut dilakukan oleh bidan

    kampung. Cincin akan digunakan untuk diletakkan di dalam mulut tidak kira cincin milik

    ibu mahupun milik bidan diiringi bacaan tertentu yang diamalkan.

    5.5 ADAT UPACARA NAIK BUAIAN

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    12/18

    10

    Terdapat beberapa budaya yang masih diamalkan oleh orang Banjar pada masa

    sekarang antaranya adalah upacara naik buaian. Walaupun tidaklah semeriah dengan

    budaya asal namun pelaksanaannya masih dapat dilihat sehingga kini.

    Antaranya adalah upacara naik buaian yang selalunya diadakan pada bulan maulud

    ataupun pada Rabiulawal yang mana disertai dengan upacara berzanji dan marhaban.

    Kelainannya upacara ini adalah mengikut jantina bayi tersebut. Jika bayi tersebut adalah

    lelaki, mereka perlu dipakaikan dengan kain batik lepas dan dialas dengan kain belacu

    yang dicelup dengan dua warna secara berselang-seli. Warna yang digunakan adalah

    putih kemudian merah dan putih kembali. Bagi bayi perempuan pula yang

    membezakannya adalah warna kain belacu yang bermula dengan merah dan berselang-

    seli dengan putih dan kemudian merah.

    Upacara ini dilakukan tanpa upacara cukur jambul. Mereka hanya akan

    membawa bayi tersebut mengelilingi buaian sebanyak tiga kali. Di tepi buaian itu

    diletakkan sebuah bakul yang mengandungi segantang beras, satu gula kabong, sebiji

    kelapa, sepiring pulut, sebiji telur rebus, dan dua batang lilin. Dua batang lilin tersebut

    akan dinyalakan sambil berdoa supaya diterangkan hati secerah cahaya lilin tersebut.

    Selesai upacara, semua barang akan diserahkan kepada orang yang

    meletakkan bayi ke dalam buaian. Pada tali buaian pula diikat makanan seperti tiga biji

    ketupat nasi, tiga biji ketupat pulut, kuih cincin dan pisang dengan tujuan kehidupankanak-kanak tersebut akan menjadi semanis-manis makanan tersebut. Selesai sahaja

    selawat makanan ini akan diserahkan kepada kanak-kanak yang datang melihat dan

    memeriahkan majlis.

    5.2 BUDAYA BAPUKUNG

    Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi mereka unik sekali. Kedudukannya nampak

    tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi.

    Sebenarnya, budaya yang dinamakan bapukung bukan sekadar untuk majlis cukurjambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini. Di mana sahaja, bayi diletak

    dalam buaian dalam cara yang sama (rujuk gambar 7).

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    13/18

    11

    Gambar 7 : menunjukkan budaya bapukung yang masih diamalkan.

    Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian tetapi

    diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik lain yang

    menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). Walaupun keadaan bayi

    kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan sebegini menyebabkan bayi

    tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat. Budaya bapukung

    sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan dakapan kepada

    bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu.

    Menurut Asmah Ramli (2012) dalam rencana oleh Azrul Affandi Sobry, bayi seawal usia

    sebulan sudah boleh dipukung. Bayi akan merasa lebih selesa berbanding kaedah

    buaian yang biasa. Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa

    dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung.

    Cara membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti

    dalam rahim ibu. Biasanya, orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar

    boleh memuatkan buaian bapukung dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang

    (Asmah Ramli, 2012 dalam rencana Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak, Selesa oleh

    Azrul Affandi Sobry).

    Justeru, orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa anak

    bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. Pada kebiasaannya, ketika

    mendodoi anak dalam bapukung, ada nyanyian khusus yang digelar dudoi lagu Banjar.

    Asmah Ramli (2012) mengatakan lagu yang dinyanyikan adalah seperti berikut,

    Yun ayun anakku ayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas bakijim lakasi guring,

    umak aur banyak gawian. Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna dinana

    anakku guring, guring di dalam, dalam Bismillah, jauhi culas jauhkan kulir, kus samangat

    hidup baiman.

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    14/18

    12

    Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti

    buaian lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena.

    Menurutnya lagi, jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi.

    Menurut temuramah yang telah dijalankan iaitu Encik Samsudin Bin Jilani berumur 62

    tahun pula, beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat Banjar,

    pukung adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang Banjar khususnya bagi

    menidurkan bayi. Mereka akan membuat buaian menggunakan kain batik atau pelikat.

    Buaian ini akan dipanggil ayunan.

    Bayi akan diletakkan di dalam ayunan dengan cara bayi tersebut akan berada dalam

    keadaan duduk dan kain tersebut akan diikat sehingga ke bahagian leher bayi tersebut.

    Oleh itu, bayi yang berada dalam pukongan hanya akan menampakkan kepala sahaja.

    Bayi yang berada dalam keadaan ini membolehkan mereka tertidur. Ini merupakan

    salah satu cara yang berbeza daripada masyarakat lain bagi menidurkan bayi.

    5.7 ADAT UPACARA KEMATIAN

    Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih

    mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai

    budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai

    pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk beduk

    bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya kematian.

    Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak tujuh kali

    manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang menziarahi sertamembacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh mereka akan

    menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula waluh dan ayam

    bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat terbabit di akhirat kelak.

    Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa sebarang

    bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali kuburdan

    sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40 oang jemaah

    maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah akan menyediakan

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    15/18

    13

    sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang. Untuk mengebumikan

    jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah diletakkan di atas kain

    usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas. Pengusung tersebut dibuat

    daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan mengelilingi di bawah mayat tersebut

    sebanyak tiga pusingan apabila pengusung diangkat supaya mereka tidak terlalu

    mengingati arwah.

    Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan

    kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia

    isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat Banjar

    juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari pertama, kedua,

    ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100. Setahun sekali juga

    akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah.

    5.8 PERUBATAN

    Rencana oleh Azrul Affandi Sabry di dalam Berita Harian pada 13 Mac 2012 telah

    memperjelaskan mengenai perubatan masyarakat Banjar. Walaupun pada masa

    sekarang terdapat banyak kaedah perubatan moden, namun bagi masyarakat Banjar

    mereka masih lagi menggunakan pengamal perubatan tradisional yang dulu menjadi

    rujukan utama mereka. Oleh itu, masih terdapat lagi pengamal perubatan tradisionalyang menggunakan ayat al-Quran sebagai kaedah utamanya. Boleh dikatakan

    kebanyakkan pengamal perubatan ini mewarisi kebolehan daripada generasi terawal

    yang membawa bersama kemampuan mereka daripada Banjarmasin. Kemahiran ini

    pula sukar dipelajari dan tidak pula menggunakan kaedah tertentu, namun sekadar

    bacaan ayat al-Quran.

    Pengamal perubatan Fatimah Butit menceritakan penggunaan senjata seperti

    keris juga adalah sebahagian amalan khusus yang diwarisi sebahagian orang Banjar.

    Disebabkan 90 peratus daripada generasi pertama dahulu adalah orang yang hebatdalam agama dan handal dalam perubatan serta amalan dalaman maka orang Banjar ini

    terkenal dengan perubatan berasaskan Islam. Tidak ramai yang menggunakan mantera

    untuk perubatan, sebaliknya semua adalah dari ayat al-Quran.

    Perubatan bagi orang Banjar pula tidak terhad kepada beberapa jenis penyakit

    sahaja. Mereka boleh mengubati daripada demam, dirasuk sampailah kepada membuat

    air selusuh untuk wanita mahu bersalin. Air penawar serta penerang hati juga mereka

    boleh membuatnya. Jika menggunakan khidmat perubatan Banjar mereka tidak

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    16/18

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    17/18

    15

    bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan

    campur.Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar,

    perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan

    bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalaan adat resam dan

    organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah

    agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan

    juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan

    pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di

    sektor awam mahupun swasta.

    Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama

    kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak

    masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar

    dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.Melalui

    pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat Banjar sememangnya

    merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada identiti dan cara hidupnya yang

    tersendiri. Namun yang sedemikian, kami percaya bahawa mereka tetap berpijak pada

    bumi Malaysia dan sedia bersama-sama dalam membangunkan negara. Proses

    asimilasi yang berlaku tidak menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat

    mereka melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Maka, kesedaranperlulah dipupuk bahawa etnik Banjar juga merupakan sebahagian daripada rumpun

    Melayu dan perlu dihormati dan dijaga identitinya.

    RUJUKAN

    Abdul Latiff Abu Bakar. (2001). Adat Melayu Serumpun. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya.

  • 7/30/2019 Bml 3113 _tugasan 2

    18/18

    16

    Abd. Rahman Hj. Abdullah. (1985). Adat Istiadat Dan Upacara Perkahwinan DaerahKalimantan Selatan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

    Dr. Omar Farouk Bajunid. (1989). Pengantar Kesenian Perak. Universiti Malaya KualaLumpur.

    Habsah Bt Mohd Nordin & Zainal Jazlan. (2005) Istiadat Perkahwinan Melayu Perak.Ipoh:

    Sakan Multitrading.

    Wan Maizura Wan Mahmud. (2007). Masyarakat Malaysia. Selangor: Pustaka CahayaIntelek.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Orang Banjar Warisi Darah Pejuang. Berita Harian,

    N8-N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 12). Buat Tebuk Bina Kampung Sukar Jejaki OrangLuar. Berita Harian, N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Banjar Pakar dalam Sektor Pertanian. BeritaHarian, N8-N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 13). Bahasa Berbeza Dari Segi Slanga, Dialek, KosaKata.Berita Harian, N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Perubatan Banjar Guna Ayat Suci. Berita Harian,N8-

    N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 14). Pantang Larang Wanita Hamil Seperti OrangMelayu. Berita Harian, N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak, Selesa.Berita Harian, N8-N9.

    Azrul Affendi Sobry. (2012, Mac 15). Tarian Masyarakat Banjar Lemah-Lembut. BeritaHarian, N9.

    https://www.facebook.com/pages/Kulaan- Banjar- Kerian/167420489940489 .

    .http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=utusan_mala