bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

37
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam 1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar 2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Abdullah Hassan NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613) KUMPULAN UPSI 06 A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014

Upload: maee68

Post on 12-Apr-2017

1.072 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK

Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam

1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar

2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu – Abdullah Hassan

NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613)KUMPULAN UPSI 06

A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3

SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAHDR. IDRIS BIN MOHD RADZI

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Page 2: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

1.1 KATA ADJEKTIF 2

1.1.1 CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF 2 - 6

2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR

EDISI KE EMPAT 6

2.1 DEFINISI 6 - 9

2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 9

2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS

DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN 9 - 10

3.0 ABDULLAH HASSAN - SIRI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 10

3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF 10 - 16

4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN 16 - 19

5.0 PENUTUP 19 - 20

RUJUKAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

Page 3: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Bahasa digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Manusia berkomunikasi dengan

pelbagai cara. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mudah dipelajari dan difahami.

Bahasa Melayu mempunyai morfologi dan sintaksis yang mudah dan ringkas.Bahasa

merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk menyatakan makna yang ingin

disampaikan. Perkataan bermakna dan ayat digunakan dalam komunikasi.Perkataan yang

digunakan boleh terbina secara semula jadi sebagai satu perkataan atau dibina dengan

mencantum imbuhan kepada perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan

berlainan menjadi sebuah perkataan baharu.  Gabungan perkataan – perkataan ini akan

menghasilkan pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan maklumat dan penerangan.Setiap

perkataan pastinya mempunyai makna.  Bahasa adalah hak atau kepunyaan setiap masyarakat

yang menuturkannya. Semakin besar jumlah atau bilangan penuturnya, semakin luaslah

daerah penguasaan dan penyebaran bahasa itu. Secara tidak langsung akan wujud atau berlaku

banyak perbezaan dari segi penggunaannya. Dalam hal ini, menurut Nik Safiah Karim et al

(1996),  proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan

morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.

Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang

dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu

Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau

ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku

Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,

proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,

2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan

penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa

Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang

daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan

adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk

kata.

1

Page 4: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.1 KATA ADJEKTIF 

Kata adjektif umumnya dikenali sebagai kata sifat, Perkataan yang menjadi unsur inti

dalam binaan frasa atau ayat adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata

adjektif atau beberapa perkataan yang terdapat kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang

lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan

daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata

penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam sesuatu ayat

berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

(Nik Safiah Karim et.al 2004)

Terdapat juga ahli bahasa yang  menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata

kerja, iaitu kata kerja yang berkaitan dengan keadaan.  Ini kerana kata adjektif itu akan

menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu keadaan.  Kata kerja adjektif juga dapat

menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan

ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai

golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan

kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara.  Pendeta

Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)

1.1.1Ciri-ciri kata Adjektif.

Menurut Ahmad Khair dan Norliza Hj Jamaludin ,terdapat enam kriteria dalam menentukan

kata sifat yang perlu difahami.

a)Kata adjektif sebagai penerang kata nama.

Ciri utama dalam kata sifat adalah kata adjektif berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam

fungsi ini kata adjektif lazimnya hadir dalan frasa nama. Dalam keadaan ini kata adjektif hadir

selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu.

Contohnya;

-udara nyaman

2

Page 5: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

-lelaki tampan

-kanak-kanak yang pintar.

Dalam contoh ayat yang diberi dapatlah kita fahamkan kata adjektif berfungsi sebagai

penerang nama apabila kata adjektif hadir selepas kata nama atau selepas kata hubung relatif

yang dan juga hadir selepas kata relatif yang dan kata bantu.

b)Fungsi predikat.

Kata adjektif juga boleh berfungsi sebagai predikat iaitu pelengkap kepada subjek.Contohnya

i.Abang sulung saya rajin.

Abang sulung saya ( subjek) dan rajin ( predikat)

ii.Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali.

Sambutan hari kemerdekaa ( subjek) dan meriah sekali ( predikat)

c)Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.

Kata penguat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat

hadapan , kata penguat bebas dan kata penguat belakang. Contoh penguat hadapan ialah

terlalu, paling, makin dan kurang. Kata penguat bebas pula ialah agak , sungguh dan amat.

Manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali,benar dan nian. Kata penguat menjadi

penanda bagi mengenal pasti kata adjektif .

d)Kata adjektif boleh dibuat perbandingan.

Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau

perbandingan yang tidak setara . Perbandingan sama tara boleh dilakukan dengan

menggandingkan imbuhan se bersama-sama kata adjektif atau menggandingkan perkataan

sama dengan kata adjektif seperti dalam contoh ayat yang diberikan.

1.Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu.

2.Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taiping.

3

Page 6: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Perbandingan tidak setara pula menggunakan perkataan lebih dan kurang atau digandingkan

kata adjektif dengan imbuhan ter bersama bagi melakukan perbandingan. Contohnya;

1.Anak bongsunya lebih manja berbanding anak-anak yang lain.

2.Rumah barunya kurang selesa berbanding rumah lamanya dahulu.

3. Wanita itu merupakan pelakon terkenal di Malaysia.

e)Imbuhan se- dan ter-

Setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi golongannya.

Bagi kata adjektif penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se dan ter. Imbuhan

se dan ter ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalinagan. Kedua-dua imbuhan ini

dapat menunjukkan perbandingan (mimbuhan se) atau darjah kepalingan imbuhan ter.

Contohnya;

PerkataanImbuhanKata terbitan

     

baik se sebaik

     

  ter terbaik

     

luas se seluas

     

  ter terluas

     

mahal se semahal

     

  ter termahal

     

4

Page 7: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

f)Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa

Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa atau ayat lazimnya terdiri daripada

kata dasar ( Norliza Jamaludin, 2011) Kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai

penerang atau predikat lazimnya merupakan kata dasar.Contohnya:

Zaman awal

Perkara aneh

Pemimpin bijak.

Contoh ayat;

- Makanan di restoran itu enak sekali.

- Kakak sulungnya tidak cerewek dalam memilih pakaiannya.

Pangkat-pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

Baju dia cantik.

Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

Tenaganya sekuat Badang.

Buah jambu itu semanis gula.

5

Page 8: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.

Contoh:

Cuaca hari ini sangat mendung.

Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.

Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT

2.1 DEFINISI

Kata sifat adalah kata dari golongan kata karyaan. Fungsinya dalam sesuatu ayat mempunyai

persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak diikuti atau mengambil

objek. Ada beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai

penambahan sendiri. Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja

tidak.

Kata Sifat Tabii

Kata sifat tabii pula lebih memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat

atau perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan

sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan kepada

subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )

Kata Sifat Warna

Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah

berdiri sebagai unsur adverva.

6

Page 9: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata Sifat Ukuran

Merujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.

Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan saiz

atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat ukuran

saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga seperti kata sifat warna iaitu tidak

dapat berdiri sebagai adverva.

Kata Sifat Bentuk

Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri pada benda bernyawa atau tidak bernyawa

yang konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat

bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.

Kata Sifat Indera

Menerangkan akan ciri-ciri sesuatu perkara berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah

satu daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh;

i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat )

ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )

iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar )

iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik )

v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu )

Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau bahagian

dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya;

a) Dia menyanyi dengan merdunya.

b) Dia masuk dengan senyap-senyap.

Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya.

- Dia bertutur dengan manisnya.

Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap

tidak betul.

- Dia bercakap dengan tawarnya.

Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi sebagai

bahagian daripada adverva gaya. Contohnya:

- Projek ini berjalan dengan licinnya.

- Mereka bercakap dengan kasar sekali.

7

Page 10: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya;

- Dia bercakap dengan menggerutu sekali

- Dia bercakap dengan lembiknya.

Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.

Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera.

Contoh;

- tenteram ( gabungan pandang, dengar dan pandang )

- selesa ( gabungan sentuh dan pandang )

- bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau )

- kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau )

Kata sifat gabungan indera merupakan satu perkataan yang mengandungi lebih

daripada dua indera.

Kata Sifat Waktu

Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan

sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera.

Perkataan –perkataan ini berkait rapat dengan waktu atau masa.

Kata Sifat Jarak

Menerangkan mengenai jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu

adalah seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh;

- Orang jauh sudah pun tiba.

- Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.

Kata Sifat Kecepatan

Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan.

- Dia berjalan cepat.

- Dia bergerak lambat.

Kata Sifat Kuasa Tenaga

Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya.

- Dia menggertak kuat-kuat.

- Dia berdiri dengan tegapnya.

- Sungai mengalir lesu.

8

Page 11: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata Sifat Taraf

Merujuk kepada taraf kedudukan atau tahap pengiktirafan seseorang dalam masyarakat

meliputi aspek kebendaan atau bukan kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan

sebagainya. Kata sifat subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya.

2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS

Bentuk kata sifat

Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan.

Bentuk akar

Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan.

Bentuk berlapis

Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat. Terhasil

dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan –se.

2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN

PINJAMAN

Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat seperti;

Pro-, anti- ,

Dalam sistem bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai

kata sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti

ayat contoh berikut;

- Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan

yang baru dipilih..

- Prokerajaan menang dalam peperangan itu.

-iah

Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah, rohaniah dan akaliah.

-isme

Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat

akhiran. Contohnya;

- Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol.

- Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.

9

Page 12: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

-wi

Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan

akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi

–is.

-is digunakan pada penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan

digunakan diakhiran. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Belanda

Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical. Contohnya;

Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia

Geographical

Economical

Phonological

Geografis

Ekonomis

Fonologis

3.0 ABDULLAH HASSAN

SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)

menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil

perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993),

Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif.

Tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.

3.1 Awalan Kata Adjektif

Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-,

se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... –an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan –el-, -er- dan - em-.

Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di atas

tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan –an,

imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini

dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya.

Jadual : rajah Binaan kata adjektif

Awalan Dasar dan Sisipan Akhiran

teR-

peN-

ke- -el-

se- er- -an

10

Page 13: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

meN- -em

beR-

peR-

Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu:

teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini.

Awalan teR-

Bentuk awalan teR-

Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau Ø. Bentuk R dalam

awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya:

teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik

Fungsi Awalan teR-

menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan darjah

sesuatu kata terbitan tersebut.

Makna Awalan teR-

Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling.

Contoh:

a. Perbandingan ( besar ___ terbesar ‘lebih besar’, labuh ____ terlabuh ‘lebih labuh’ )

b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang )

c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap )

Awalan peN-

Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan peN-

juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti frasa

adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama.

Bentuk Awalan peN-

Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-

bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya.

Fungsi Awalan peN-

Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan

kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila dilihat

fungsinya dalam frasa nama.

Makna Awalan peN-

Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata

dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;

11

Page 14: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat

Awalan ke-

Awalan ke- berlaku sebagai awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.

Bentuk Awalan ke-

Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan

oleh kata dasar.

Fungsi awalan ke-

Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.

Makna awalan ke-

Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.

a. Menunjukkan keadaan

hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang

b. Bilangan atau giliran

dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta

Awalan beR-

Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.

Bentuk Awalan beR-

Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan.

Fungsi Awalan beR-

Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang

berfungsi sebagai adjektif.

Makna Awalan ber-

Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang

wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;

a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’

b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’

c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’

Awalan meN -

Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun

awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan

yang berfungsi sebagai kata adjektif.

12

Page 15: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Bentuk Awalan meN-

Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-,

meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya.

Fungsi awalan meN-

Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang

berfungsi sebagai kata adjektif.

Makna Awalan meN-

Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar,

meluas dan berlarutan, contohnya:

kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang

Awalan se-

Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat

digunakan sebagai kata adjektif.

Bentuk Awalan se-

Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan

yang menjadi pangkal kata dasar.

Fungsi Awalan se-

Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.

Makna Awalan se-

Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang

asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam.

Contohnya;

kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil

Awalan pada di- pada Di raja

Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan

ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya

difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif.

Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah,

Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.

Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna

‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445).

Dalam bahasa Sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya

‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’. Apabila

imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya,

13

Page 16: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah

adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )

Akhiran Kata Adjektif

Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama

juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran -

an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru tatabahasa

Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga

membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam

egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian

akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif.

Bentuk Akhiran –an

Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada

sebarang kata dasar.

Fungsi Akhiran -an

Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan

akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan

sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak

digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif

saja. Contohnya;

duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )

Apitan

Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan

perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.

Imbuhan beR- ... –an

Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang

berfungsi sebagai kata adjektif.

Bentuk Apitan ber- .... –an

Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan

yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.

Fungsi Apitan beR- ... –an

Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR-

... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Makna Apitan beR- .. –an

14

Page 17: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata

nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :

hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )

jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )

kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )

Apitan ke- -- - an

Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang

berfungsi bagi menerangkan kata nama.

Bentuk Apitan ke- .... –an

Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi

pangkal kata dasarnya.

Fungsi Apitan ke- ... –an

Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama

yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi

sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.

Makna Apitan ke- .. –an

Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai

sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi

kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:

Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran.

Apitan peR- ... – an

Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.

Bentuk Apitan peR- .... –an

Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini

adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.

Fungsi Apitan peR- ... –an

Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu

menerangkan sifat kata nama.

Makna Apitan peR- .. –an

Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan.

Contohnya:

hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )

tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )

15

Page 18: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Sisipan

Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan

perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan

pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.

Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em-

Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em- adalah

tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.

Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em-

Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif

yang memberi sifat pada kata nama.

Makna Sisipan –el-, -er- dan –em-

Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang

terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada

kata nama. Contohnya:

sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,

serbak .... semerbak ( bau semerbak )

gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )

4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN

Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)

menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil

perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993)

Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif

dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses

yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna

terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu

persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk

bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan

tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan

di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada

makna asal.

Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat

sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah

16

Page 19: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang

boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai

subjek disebut sifat ragam nama.

Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @

kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun

yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah

kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-

jenisnya. Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di

belakangnya, kata keterangan jenis-jenis yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja

dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat.

Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan

perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang

diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku

yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari

kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan

darjah sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak.

Frasa   Adjektif

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa

perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan

bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang

berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam

predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur

penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.

Contoh-contohnya:

(i) frasa adjektif sebagai predikat:

 

Subjek (FN)  Predikat (FA)

1. Kakaknya  sangat pandai.

2. Markahnya  rendah.

3. Orang muda itu  baik sungguh.

4. Perangainya  tentu baik.

5. Anaknya  masih kecil lagi.

6. Warna bajunya  kemerah-merahan.

17

Page 20: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

7. Perusahaan itu  paling besar sekali.

8. Suara penyanyi itu  merdu.

9. Malam ini  gelap benar.

10. Pejabatnya  jauh dari sini.

 

(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:

Subjek Predikat

Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )

11 Dia

12 Mereka

13 Kanak-kanak itu

14 Jirannya

15 Jalan itu

berjalan sangat cepat

pulang segera

tidur sungguh nyenyak

datang terlalu kerap

menurun amat curam

(iii)  frasa adjektif sebagai unsur penerang:

Subjek Predikat

Frasa Nama Penerang

16 Dia

17 Harimau

18 Pak Lutfi

19 Asam pedas

20 Bas ekspres

budak pandai.

binatang liar.

orang kaya.

masakan asli.

kenderaan cepat.

Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

18

Page 21: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat

- sangat pandai -

- Terlalu nakal -

sudah besar -

belum tua -

- malas benar

- jahat betul

- baik Amat

masih kecil Amat

- cantik Sekali

- ganas -

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula

terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:

(i) binaan satu perkataan

(ii) binaan dua perkataan

5.0 PENUTUP

Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa, setiap perbezaan aliran yang

dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang

dipelajari. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif

dan disertai dengan kata penguat. Bagi Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan walaupun

terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun

pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian

penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar

memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah

Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang

mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula menegaskan kata sifat boleh berupa kata

dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek

ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.

19

Page 22: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Rujukan dan kajian terhadap sesuatu aspek tatabahasa, membolehkan kitab mengesan

aliran penahunya. Penggolongan kata dalam sesuatu aspek tatabahasa yang diklasifikasikan

berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria

sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya

daripada satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta

menerapkan ke atas bahasa melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh

dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga

dengan bahasa mereka.

Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata

penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir

di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau

kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat

Tatabahasa merupakan satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam

konteks ahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting

kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna

pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula

dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan

penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam

segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-

sama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.

20

Page 23: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.

Bhd.

2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan

Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu

Malaysia.

3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi

Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana

Enterprise.

5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,

(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 24: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 1

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

 Kriteria Penggolongan Kata

Golongan kata

kata nama

kata nama am

kata nama khas

kata kerja

kata kerja tak transitif

kata kerja transitif

kata adjektif

sifatan

warna

pancaindera

bentuk

ukuran

perasaan

cara

waktu

jarak

kata tugas

penyambung ayat

prakluasa

prafrasa & pascafrasa

pascakata

Page 25: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 2

Binaan frasa adjektif

Binaan frasa adjektif

Binaan satu perkataan

Binaan dua perkataan

Kata adjektif + Kata adjektif

Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna

Dua kata adjektif yang menerangkan makna berlawanan

kata adjektif + Kata nama

Frasa adjektif yang membawa maksud

keserupaan

Frasa adjektif yang membawa maksud

kiasan

Page 26: Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU