bml 6034 perbandingan tatabahasa bahasa melayu

198
BML 6034 PERBANDINGAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DR. ANIDA SARUDIN 1

Upload: mohd-zaizo-izani

Post on 02-Jan-2016

401 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota bm

TRANSCRIPT

Page 1: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

1

BML 6034 PERBANDINGAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

DR. ANIDA SARUDIN

Page 2: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

2

PENGENALAN• Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yangmendasari

atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayukhususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa

• Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasamenjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya.Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yangtersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudahdifahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

• Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukanbahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yangmeliputi bidang morfologi dan sintaksis

Page 3: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

3

DEFINISI TATABAHASA

• Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.

Awang Sariyan Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas

menyatakan tatabahasaialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betulbagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasainilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan olehpenutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.

Page 4: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

4

Abdullah HassanMenurutnya dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008)mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-caraperkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa

Page 5: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

5

Konsep Tatabahasa

• Konsep Tatabahasa Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum

yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermuladaripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan danproses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnyatatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.

Page 6: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

6

• Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan olehahli-ahli bahasa, iaitu:

• a) Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.

• b) Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.

• c) Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang ituberbahasa

Page 7: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

7

• Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengantatabahasa.

• Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidangmorfologi dan sintaksis.

• Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkajicara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkaitsecara langsung dengan proses pewujudan hukum

Page 8: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

8

Pendapat tentang tatabahasa• Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan

bagaimanaperkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis.

• Katanya, tatabahasa tidaklain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan sertapengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurutfungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubunganantara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu.

• Tambahannya lagi,tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis.Tegasnya, perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripadapengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan carameneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi

Page 9: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

9

• Namun begitu, Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran TransformasiGeneratif - Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai sejumlah aturan, dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatisdalam bahasa itu

Page 10: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

10

• Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itusendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan danfikirannya.

• Tegasnya, bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya.

• Tiap-tiap ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. Himpunan hukum ini disebut tatabahasa.

Page 11: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

11

• Dengan kata lain, mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya huraian tentang „wujud sistem bahasa‟ (decoding), tetapi juga, malahan ini yang terpenting, alat untuk membentuk ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem,suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding).

• Tegasnya lagi,sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama,menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakanyang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama, makademikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betulsalahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalamsesuatu masyarakat bahasa

Page 12: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

12

Sistem tatabahasa

• Sistem Tatabahasa Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu

sistem fonologi, tatabahasa dan semantik.Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu

Page 13: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

13

Morfologi• Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan

dibina.Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan,proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil.

• Menurut Bloomfield(1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentukberikut hadir di antara konstituennya. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologisebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Menurut pakar bahasa tempatan, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologiialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-carapembentukannya.

• Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmuyang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996)mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Page 14: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

14

• Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasatermasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan. Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu suntutein ‟ yang bermaksud menyusun atau susunan.

• Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawakepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalahbahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaanayat atau konstruksi ayat.

• Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan danpenyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu adamenyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa.

Page 15: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

15

Sintaksis

• Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasadan ayat dengan ayat bagi membina ayat.

Page 16: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

16

• Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yangspesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yangmelibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata.

• Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapatberdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dansaling bergantungan.

Page 17: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

17

Fungsi tatabahasa• Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk

yangtidak gramatis. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri, justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkanpenggunaan bahasa yang salah.

• Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidakgramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannyadari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri.

• Inilah penekanan fungsitatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna ataudarjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasaitu.

• Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan ataufrasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsisintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujukkepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain

Page 18: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

18

Tugas tatabahasa

• Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri. Perkara paling penting yang mendukungtugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Penghuraian ayat yangsempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistikyakni dari segi fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis.

• Hal ini penting keranatatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran).Sebagai contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkanketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkaitdengan fonetik, fonologi dan morfologi serta sintaksis.

• Malah dalam perkembanganlinguistik yang semakin maju, tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana iamerupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budayamahupun konteks yang lain

Page 19: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

19

Ciri-ciri penting tatabahasa

• Pada bahagian ini, saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting tatabahasa:

a) Mempunyai sistem tatabahasa.• Tatabahasa memainkan peranan atau tugas

tertentu dan berfungsi dalambahasa. Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya, subjek, predikat, objek, keterangan dan sebagainya. Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa.

Page 20: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

20

Unit/ Tingkat Tatabahasa

Ayat Klausa bidang sintaksis Frasa Perkataan bidang morfologi Morfem

Page 21: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

21

Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:

• Ayat: unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas,intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek danpredikat.

• Klausa: unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.

• Frasa: kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dan klausa.

• Kata: morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unitterkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalamaspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama, Kata Kerja,Kata Adjektif dan Kata Tugas.

• Mofem: unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian

Page 22: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

22

Tatabahasa Pegangan• Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan. Perkara

sebeginidiputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia.Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua institusi pendidikan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatubahasa.

• Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagimenentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah,institut perguruan dan universiti. Maknanya di sini, rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagimengajar bahasa di semua peringkat pendidikan.

• Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan. Tatabahasa pegangan menjadi rujukan penting untuk semua peringkat. Justeru, semua rumus-rumus tersebuthendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baikdalam menghasilkan ayat yang gramatis. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif

Page 23: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

23

Definisi Tatabahasa Pegangan

• Arbak Othman (1986) menakrifkan tatabahasa pegangan ialah tatabahasa yang memperlihatkan kesederhanaan dari segi penerimaannya oleh masyarakat sebagai sebuah tatabahasa yang berupaya menghuraikan seberapa mungkin keseluruhan yang dikatakan penggunaan standard bahasa Melayu itu.

Page 24: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

24

Konsep Tatabahasa Pegangan• Konsep Tatabahasa Pegangan -Bertitik tolak dari pengertian tatabahasa pegangan ini,

kita melihat pula konsepnya.Kesederhanaan yang dinyatakan di atas ialah kebolehan penghuraian yang dapatmerangkumi segala aspek bahasa Melayu dari segi penggunaannya sebagaiperantaraan kebangsaan di sekolah-sekolah sama ada untuk membolehkan rakyatnegara Malaysia khususnya bercakap dengan teratur dan cukup maksud yangdikehendaki oleh pemikiran moden, mahupun untuk membolehkan mereka menulisbahasa Melayu dengan baik dan jelas maksudnya melalui peraturan bahasa yang standard dalam perhubungan yang teratur dan bersistem dalam masyarakat Malaysiayang heterogen keperluannya itu.

Page 25: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

25

-Tatabahasa pegangan hendaklah tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut:

a) Penerimaan masyarakat. b) Penghuraian bahasa yang sederhana. c) Keperluan keteraturan yang standard dan berupaya menggambarkan pemikiran yang teratur tetapi diterima.

Seperkara lagi mengenai tatabahasa pegangan ialah tentang dasarpenghuraiannya. Konsep tatabahasa pegangan itu sendiri sudah cukup memberipersepsi atau gambaran bahawa tatabahasa serupa ini tidak dapat tidak akan bersikap preskriptif dalam banyak hal. Sifat ini tidak dapat dielakkan sebagai terpaksa mencirikansesuatu tatabahasa pegangan.

Page 26: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

26

Tatabahasa Pedagogi

• Tatabahasa Pedagogi -Tatabahasa pedagogi amat berbeza dengan

tatabahasa pegangan. Hal ini disebabkan pedagogi ialah satu kaedah di mana mengajarkan sesuatu bahasa mengikut tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi memainkan peranan yang cukup pentingkepada tatabahasa pegangan. Kita akan lihat huraian ini dalam konsepnya nanti.

Page 27: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

27

Definisi Tatabahasa Pedagogi

• Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berbeza daripada tatabahasa pegangan.

• Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkandengan tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraianrumus-rumus tatatabahasa dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa.

• Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaranyang mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah berbanding tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah.

Page 28: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

28

Konsep tatabahasa pedagogi• Konsep Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa pedagogi merupakan pelengkap kepada tatabahasa pegangan. Kenapa

perkara sebegini terjadi? Hal ini disebabkan tatabahasa pedagogi menggunakan semua huraian yang ada dalam Tatabahasa Dewan (tatabahasa pegangan) untuk tujuanmengajar bahasa.

• Rumus-rumus itu diolah dan dihurai semula supaya disesuai denganpelbagai tahap pembelajaran di sekolah rendah, menengah, institut perguruan dan universiti.

• Penghuraian rumus ini mengikut tahap mudah untuk sekolah rendah dan ketahap tertinggi untuk peringkat institusi pendidikan.

• Pokok utama tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan yang sesuaidengan setiap peringkat pembelajaran

• Dalam usaha mengubah suai huraian rumus,ada penjelasan yang lebih rapi perlu dilakukan seperti huraian mengenai pola-pola ayatdasar. Begitu juga dengan huraian kata adverba, kata sendi dan kata hubung.

Page 29: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

29

• Begitu juga bahagian yang perlu diringkas seperti bilangan golongan kata tugas yangterlalu banyak dengan fungsi yang tidak jelas boleh membantut dalam mempelajaribahasa. Malah, ada huraian bentuk dan fungsi kata tugas yang tidak diperlukan bagimengajarkan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan menengah

• Di samping itu, bagi mengajarkan bahasa Melayu di sekolah, semua muridsekolah belum mempunyai pengetahuan asas tentang linguistik. Oleh sebab itusebarang konsep yang memerlukan pengetahuan tentang teori linguistik perludigugurkan. Umpamanya, istilah fon, alofon, fonem, morfem dan pelbagai lagi perlu digugurkan.

• Konsep ini sebenarnya adalah abstrak dan memerlukan pengetahuanmendalam.Rumusannya, sesebuah tatabahasa pedagogi berfungsi memperlengkaptatabahasa pegangan. Dengan perkataan lain, buku tatabahasa pedagogimemperlengkap fungsi dan huraian Tatabahasa Dewan, iaitu menyesuaikannya untukpengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Page 30: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

30

Rumusan Tatabahasa

• Pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai perspektif. Di kalangan ahlibahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif, iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya.

• Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif, yang bersifat mengajarkan sistem sesuatu bahasa. Pendekatannya bersifat preskriptif. Tatabahasa jenis ini didasarkan pada data tertulis yang diiktiraf sebagai bahan yang mewakili sifat bahasaumumnya. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif.

Page 31: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

31

• Buku tatabahasa yang disusun oleh Za‟ba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif, hal itu tidak bermakna bahawa tatabahasa ini merupakan ciptaan ahli bahasa.

• Tatabahasa Melayu yang kita kenal sekarang ini sebenarnya didasar pada bahasa yang terdapat dalam karya besar seperti Sejarah Melayu ‟. Kajian Awang Sariyan (1985) telah membuktikan bahawa rumus-rumus tatabahasa yang menerbitkan ayat-ayat dalam Sejarah Melayu ‟ ialah rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat dalam teks moden juga, walaupun padalahirnya bentuk ayat-ayat itu berlainan.Jelasnya, dalam zaman perancangan bahasa kebangsaan kita, tatabahasa jenisinilah yang paling kita perlukan.

• Hal ini tidak bererti bahasa tatabahasa deskriptif tidakberguna sama sekali. Tatabahasa deskriptif berguna sebagai gambaran penggunaanbahasa sesuatu kelompok masyarakat pada sesuatu waktu tertentu, tetapi tidak semestinya dianggap benar menurut sistem bahasa baku. Dapat juga kita manfaatkan tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. Misalnya, jika huraian yang terhasil menunjukkan bahawa masyarakat melakukan kesalahan bahasa yang banyak sekali, maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa di kalangan masyarakat

Page 32: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

32

Sejarah perkembangan tatabahasa Melayu

• Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Antara karya awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat, hal sedemikian berkait rapat dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara.

• Daftar kata yang dihasilkanoleh Pigafetta, Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu Melayu.Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus.

• Huraian tatabahasa yang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts91623), Heumius (1650) dan Gueynier (1677).

• Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19,seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899) dan R.O. Winstedt(1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre(1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). Itulah serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.

Page 33: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

33

Sejarah perkembangan• Menurut sejarah, buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera

Melayu ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-muta ’allimin (Kitab Perkebunan Juru Tulis bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat diKepulauan Riau.

• Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. Bukutatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden danterbit dalam tahun 1812.

• Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruhtatabahasa bahasa Arab. Seorang ahli bahasa Indonesia, Harimurti Kridalaksanapernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya dari segi kelas kata. Menurut Harimurti Kridalaksana, kerangka kelas kata bahasaMelayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Sebagai contoh,Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama, perbuatan dan harf (partikel). Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab menjadi isifi‟il dan harf.

Page 34: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

34

• Walau bagaimanapun, buku tatabahasa ini tidaklah terkenal, barangkalikerana bahasa Melayu belum dipelajari secara formalnya. Dengan demikian, dapatdikatakan bahawa keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahusebagai rujukan tidaklah timbul pada masa itu.Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian, muncul seorang guru bahasa Melayu yangkemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. Beliau ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama Za`ba.

• Dalam tahun 1930-an, Za`ba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama, satu-satunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Selanjutnya beliaumenerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2

dan Penggal 3.

• Satu halyang jelas, tatabahasa Melayu disusun oleh Za`ba didasarkan pada kerangka nahu tradisional. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahutradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengandatangnya kuasa Inggeris. Dengan demikian , tidak hairanlah bahawa Za`ba sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dansedikit-sedikit nahu bahasa Arab

Page 35: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

35

• Di samping Za‟ba, ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang amat kurang diperkatakan orang. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Haji Sulaiman.Buku beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB Diraja Johor terbit pada tahun 1937. Dari segi uraian dan pendekatan, buku ini tidak banyak berbeza dengan buku yang terkarang oleh Za`ba. Sehingga kini, buku tersebut masih wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut.

• Sementara itu, ada juga orang asing sezaman dengan Za`ba menulis buku nahu Melayu. Misalnya R.O. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay

Grammar .

• Pada tahun 1939. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Buku ini lebihmenjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu.

• Pada penghujung tahun 1960-an, mulalah muncul penulis tatabahasa yang menggunakan pendekatan struktur. Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah olehFerdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Penerapantatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter Fries di Amerika..

Page 36: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

36

• Dalam hal nahu Melayu, penulis yang menerapkan acuan nahu struktur ialah Asmah Hj. Omar.

• Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An Introduction to Malay Grammar (1969),Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008).

• Huraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini jelas berbeza dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna semata-mata

Page 37: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

37

• Kemudian dengan agak tiba-tiba, satu aliran baharu terserap ke dalam bahasaMelayu. Aliran tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskanoleh Noam Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an.

• Ada ahli bahasa yangberpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah antara tatabahasatradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan bentuk sertamakna sekali gus. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu sehingga dapat dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang menggunakan acuannahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu.

Page 38: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

38

• Sebagai contoh, Nik Safiah Karim,Mashudi Kader, Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain menggunakan acuan nahu TGdalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu walaupun terdapat perbezaantentang hasil analisis masing-masing. Selain itu, ada juga ahli bahasa yang mencuba menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu. Misalnya Abdullah Hassan banyakmenghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis menurut aliran tagmemik.

• Kemudian, Farid M. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah mencuba memperkenalkan aliran relational grammar dalam menulis nahu Melayu melalui rencana dan kertas kerjamereka.Walau bagaimanapun sehingga sekarang nahu TG yang masih bersifat dominandalam penulisan tatabahasa Melayu, ini terbukti apabila Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan untuk semua peringkat. Namun begitu, terdapat juga nahu yang menggunakan pendekatan wacana. Nahu wacana mula popular sekitar tahun 1980-an.Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M. Simin. Nahu jenis ini mengkajipertautan dalam sesuatu teks

Page 39: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

39

Peringkat Perkembangan Nahu MelayuKarya awal Nahu-nahu Melayu:

• Bustanul Katibin (BK) - (1857) oleh Raja Ali Haji

• Pemimpin Johor (1878) oleh Muhammad Ibrahim Munsyi

• Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (KPPM) (1911) oleh Abdullah bin Abd.Rahman

• Senjuh Suratan (SS) (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof

• Kitab Pelita Mengarang (KPM) (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim binHj. Talib

• Kitab Punca Bahasa (KPB) (1928) oleh Abdullah bin Talib

• Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau

• Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934) oleh Za`ba

• Kitab Penanggam Bahasa (PB) (1936) oleh Ibrahim bin Hj. Salam

• Kitab Permulaan Mengarang (PM) (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman

• Jalan Bahasa Melayu (JBM) (1937) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman•

• Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (PDM) (1939) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman

• Pelita Bahasa Melayu (PBM)(1940) oleh Za‟ba

Page 40: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

40

• Golongan Kata:Berdasarkan penahu-penahu di atas, terdapat beberapa aspek golongan kata yangtelah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedahyang berbeza. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalammemerikan bahasa Melayu.

• Antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah:

BK - nama (isim), perbuatan(fiil) dan harf (partikel);a) KPPM - nama, perbuatan dan diwalb) SS - nama, keadaan nama dan perbuatanc) KPB - nama, ganti nama, sifat, perbuatan, kelakuan, faham kata,penyambut

kata seruand) JBM - nama, ganti nama, perbuatan, rupa nama, rupa kata, sendinama,

sendi kata, seruan dan ibu katae) PB - nama, perbuatan dan diwal kataf) PBM - nama & ganti nama, perbuatan, sifat, sendi, seruan

Page 41: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

41

• Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan perbuatan (kerjaan). Diwal sinonim dengan kata tugas untuk istilah moden. Antara diwal yang ditemui ialah:

• Tambahan perbuatan (kata bantu & kata perintah)• Penetap tutur, pandu. Sumpah (kata sendi nama)• Penempat tutur ( kata arah, kata waktu)• Janji kata (kata hubung syarat)• Penyambung kata, cadangan,perubahan (kata hubung)• Penguat kata (kata penguat)• Istifham (kata tanya)• Pengecualian kata (kata nafi,kata sangkal)• Seruan, hairan, tengking, herdik(kata seru)• Menyahut (kata pembenar)• Menjawab, menafikan (kata nafi)• Tempelak (kata penegas)• Perakam (kata pangkal ayat)

Page 42: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

42

Perbandingan Istilah Kata Dalam Golongan Kata

• Untuk istilah, kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. Maksudnya di siniperbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden.

• Antara istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut:

Page 43: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

43

Istilah lama Istilah moden

Diwal/ diwal kata Kata tugas

Penyambung kata Kata hubung

Sendi kata Kata hubung

Ibu kata Kata pangkal ayat

Diwal pandu Kata sendi nama dan kata hubung

Diwal pengetahuan Kata tanya

istifham Kata penegas

Janji kata Kata hubung

Penguat kata Kata penguat

Penempat tutur Kata arah

perbuatan Kata kerja

Page 44: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

44

Aspek Pengimbuhan

• Pengimbuhan:Untuk proses pengimbuhan, kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek seperti sedemikian:

• Huraian dan penjenisan• Cara pengejaan• Fungsi imbuhan• Peristilahan yang digunakan

Page 45: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

45

Sintaksis

• Pada bahagian sintaksis, secara umumnya aspek yang ditekan ialah:

• Definisi ayat• Binaan ayat (percantuman kata, penyambung

kata dan penunjuk kata)• Jenis ayat. Bagi jenis ayat, istilah yang

digunakan juga berbeza dengan istilah moden.

Page 46: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

46

Istilah lama Istilah moden

Ayat benar Ayat tunggal

Ayat terikat Ayat majmuk

Ayat songsang Ayat pasif

Kata ringkas Ayat tunggal

Kata lanjut Ayat majmuk

Kata selapis Ayat tungga

Kata bercampur Ayat majmuk

Kata berlapis Ayat majmuk pancangan

Page 47: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

47

• Rumusannya, setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspekyang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Malahada juga bidang ejaan, karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. Jelaslah pada tahun 1900-1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan peredaran semasa linguistik. Cuma di sini terdapat beberapa istilah lama yangpelbagai. Seharusnya istilah tersebut hendaklah diselaraskan agar tidak berlakusebarang kekeliruan seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu

Page 48: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

48

Penulisan Nahu MelayuPenulisan Nahu Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Era Tradisional (1857-1940) • Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah

Bustanul Katibin (1857) dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermulasemenjak zaman Raja Ali Haji. Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu tradisional.

• Namun pada 1940, seorang pendeta Melayu yang terkenal, iaitu Za‟ba telah menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya ,iaitu Pelita Bahasa 1-3 . Karya tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan parasarjana Melayu yang moden.

Page 49: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

49

• Era Moden (1960-2009) Karya Tatabahasa Melayu yang moden dapat dilihat setelah para sarjana

mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia.

• Di Indonesia, karya tersohor yangmenjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. al(2000), manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan LiawYock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Di Malaysia, karya tatabahasa mengikut alirantersendiri. Misalnya, Asmah Hj. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. al (2008) menghasilkan Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan kepada sistem pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan IPTA.

• Terdapat satu lagihasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa Dinamika (1994). Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmulinguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi IjazahKedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia.

• Justeru, era moden ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu. Sebenarnya banyak lagi karyatatabahasa Melayu yang dihasilkan, namun di sini sekadar untuk pengetahuan ringkas.Tokoh-tokoh yang lain ialah Arbak Othman, Asraf Hj. Wahab, Sulaiman Masri, Azhar M.Simin, Lufti Abas dan ramai lagi sarjana Melayu yang tidak dinyatakan.

Page 50: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

50

Pelopor nahu Melayu• Pelopor awal nahu Melayu ialah Raja Ali Haji dengan karya terkenal beliau,

Bustanul Katibin. Bidang-bidang nahu yang digarapkan oleh almarhum ialah tataejaan daripada Fasal 1-10, pembahagian kata Fasal 11-14, analisis kalimat Fasal 15-31.Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu nama (isim), perbuatan (fiil) dan partikel (harf). Analisis Kalimat dihuraikan di bawah tajuk “perkataan, kata -kata dan kata”.

• Dalam peristilahan terkini, „perkataan‟ disamakan dengan ayat dalam bahasa Melayu dan kalimat dalam bahasa Indonesia. Hal ini dapat diterima kerana Raja Ali Haji menakrif perkataan sebagai ,lafaz yang memberi makna‟ sementara , kata -kata‟ diertikan sebagai , barang yang tiada dengan orang yang mendengar daripada menantikan suatu yang lainnya‟ dan , kata‟ pula dimaksudkan sebagai ,melengkapi‟ ia segala yang tersebut itu. Maksud di sini perkataan pun boleh dianggap kata dan kata-kata pun boleh dikatakan kata.

• Namun begitu, bapa nahu Melayu yang terkenal ialah Za‟ba. Hal ini jelas dengan buku Pelita Bahasa Penggal 1-3 yang dihasilkan oleh beliau. Buku tatabahasa beliaulah sering dijadikan panduan dan pedoman untuk pengajaran dan pembelajaran waktu ketika itu. Sarjana-sarjana Melayu yang membuat kajian tentang nahu banyak merujuki Pelita Bahasa, misalnya Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim dan sebagainya lagi. Justeru dapat disimpulkan karya-karya awal yang mempelopori nahu Melayulebih kepada acuan tradisional

Page 51: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

51

Jenis-jenis Tatabahasa

• Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistikyang selari dengan teori linguistik. Di sini, kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.

a) Tatabahasa Formal (Formal Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Pemerian bahasa berdasarkan

bentuk linguistikPemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasaSetiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistemBerdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistikBerdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif.

Page 52: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

52

Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar)• Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian. • Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa.• Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis.• Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu

Page 53: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

53

Tatabahasa Nasional (Notion Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna

(semantik) dan rasa.• Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya.• Berdasarkan kesejagatan bahasa.• Berdasarkan struktur yang ideal.• Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis.• Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna.

Page 54: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

54

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Dikenali juga dengan nama Tatabahasa

Normatif.• Ciri yang dianggap betul sahaja yang

diberikan.• Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada.• Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau

pedoman.

Tatabahasa Preskriptif (Precriptive)

Page 55: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

55

• Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Jenis Tatabahasa

Struktur Frasa (SF).• Rumus tulis semulanya seperti X -------> Y.• Rumus tulis semula digunakan dengan tidak

mengira apa-apa konteks X

Tatabahasa Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar)

Page 56: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

56

Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal).• Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan

sosial.• Berasaskan rumus yang mengawal hubungan

manusia.

Page 57: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

57

Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa

Latin dan Yunani.• Dapat diaplikasi pada tatabahasa lain.• Bercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik

moden (era Struktural).

Page 58: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

58

Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada

tahun 1957.• Dilihat mencirikan konsep matematik.• Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai

struktur dalaman dan strukturpermukaan.• Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan

melalui Rumus Struktur Frasa(struktur dalaman).• Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformas

Page 59: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

59

Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang

pendidikan bahasa yakni para guru bahasa.• Berasaskan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

tertentu.• Penekanan terhadap pengajaran: a)Bahasa ibunda b) Bahasa pertama c) Bahasa kedua d) Bahasa asing

Page 60: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

60

Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Penganalisisan pola bahasa berasaskan

kaedah tertentu.• Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda

dalam unit bahasa.• Penekanan terhadap teori Keperihalan

Keadaan, Fonologi Prosodi( Suprasegmental) dan Kolokasi.

Page 61: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

61

Tatabahasa Stratifikasi (Stratification Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Diperkenalkan oleh S.M. Lamb pada tahun

1962.• Bahasa dilihat sebagai suatu struktur.• Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang

saling berkaitan.• Jenis tatabahasa yang popular pada tahun

1960-an.

Page 62: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

62

Tatabahasa Struktural (Structural Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah:• Bahasa dianggap sebagai strukturUnsur yang

membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu.

• Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya.

Page 63: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

63

• Di samping jenis deskripsi tradisional dan struktural ada banyak teori dan model deskripsi bahasa, seperti, Tagmemik (K.L. Pike 1954, 1958 dan W.A. Cooks 1969), Tatabahasa Tingkatan (S.M. Lamb 1966), Tatabahasa Kasus (J. Anderson 1971), Glosematik (J. Uldall 1930), Tatabahasa Skala dan Kategori (M.A.K. Halliday 1961),dan Tatabahasa Generatif (N. Chomsky 1957, 1964, J.J. Katz & P.M. Postal 1964), danlain-lain.Baru-baru ini muncul pula Tatabahasa Hubungan. Apa sahaja teori atau modeldeskripsi bahasa ini, ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa.

• Untuk berbuat demikiantatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaanantara struktur ayat yang pada permukaannya nampak serupa, tetapi jugamenunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatanberbeza

Page 64: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

64

Tokoh-tokoh Tatabahasa

• Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyakahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermuladengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan bukupelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, AGrammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt,

Malay Grammar (1914).

Page 65: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

65

• Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. VanOphuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain,Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za`ba dan lain-lain.

• Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima diMalaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasaMelayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.

Page 66: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

66

Penjenisan tatabahasa

• Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)• Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun

1960-an).• Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)• Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun

1980-an

Page 67: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

67

Sarjana Barati) W. MarsdenA Grammar of the Malay Language (1812)ii) R.O Winstedt A Malay Grammar (1914)

Page 68: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

68

Golongan kata menurut Winstedt (1972)

Page 69: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

69

Golongan kata menurut Za`ba (1940)

Page 70: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

70

Golongan kata menurut Asmah Hj. Omar

• Asmah Hj Omar An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008)

Page 71: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

71

Sarjana tempatan

• Sarjana Tempatan Terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam

penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.

Raja Ali Haji• Bustan al-Katibin (1957) Pembahagian kata kepada tiga iaitu kata nama, perbuatan

dan kata partikel (harf)

Page 72: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

72

• Arbak Othman• Nahu Bahasa Melayu (1986)Tatabahasa

Bahasa Malaysia (1981),

Page 73: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

73

• Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006)

Page 74: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

74

• Asraf Hj. WahabPetunjuk Tatabahasa • Golongan Kata Menurut Asraf (2007) secara umumnya ialah:

• Kata nama• Kata kerja• Kata adjektif• Kata sendi• Kata keterangan• Kata hubung• Kata seru• Kata sandang

Kelas kata utama ialah:

• Kata Nama• Kata Kerja• Kata Adjektif• Kata Tugas

Page 75: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

75

• Nik Safiah Karim dan et. al• Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

Page 76: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

76

• Zaharani AhmadNahu Praktis (2007)

Page 77: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

77

Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh

Aliran Tradisional• Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi

historografi nahu Melayu. Aliran inimenekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Za`ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) danWinstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya

Page 78: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

78

Aliran T.G• Aliran Tranformasi Generatif• Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang

memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu, proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yangmemberi kelainan kepada nahu TG.

• Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

• Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat menelitipenggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak bezakecuali atas dasar pemerian masing-masing

Page 79: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

79

Aliran Struktural

• Aliran StrukturalAliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik diBarat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis

Page 80: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

80

Aliran Tatabahasa Wacana• Nahu ini terkenal kerana analisis wacana mengikut teks. Sebenarnya aliran tatabahsawacana

dipopularkan oleh Sanat Mohd Nasir dan Azhar M. Simin pada tahun 1980-an.Di bawah merupakan penjenisan tatabahasa wacana.Berdasarkan huraian tatabahasa wacana, tatabahasa digolongkan kepada dua yangutama iaitu:

Tatabahasa bebas konteks

• a) Tatabahasa ayatTatabahasa yang ditulis berlandaskan ayat tunggal yang dicipta olehpenulis tatabahasa itu sendiri. Tatabahasa sebegini mementingkankesesuaian dengan teori linguistik yang diistilahkan sebagai nahu teoridahulu. Contohnya ialah tatabahasa yang berpegang pada teori nahu TG

b) Tatabahasa separuh wacana Walaupun asas penghuraian ayat berlandaskan ayat tunggal namun ia dipetik oleh penulis tatabahasa daripada teks sastera dan seumpamanya. Ini lebih dikenali sebagai korpus bahasa. Nahu jenis ini berlandaskancebisan bahasa yang dihuraikan secara nyata yang diistilahkan nahu bahasa dahulu. Contohnya, ialah nahu yang ditulis oleh Winstedt (1913), nahu Za‟ba (1945) dan nahu Asmah Hj. Omar kerana huraiannya masih berlandaskan cebisan atau serpihan bahasa yang digunakan mengikutkonteks sebenar.

c) Tatabahasa Peka konteks Merupakan tatabahasa wacana sepenuhnya.

Page 81: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

81

Perbezaan Antara Aliran Tatabahasa Yang Dipegang Oleh Tokoh-TokohTertentu

• Jika kita mengambil satu pegangan atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa, kitadapat mengesani alirannya. Hal ini cukup mudah kerana sebagai contoh, penggolongankata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria tertentu iaitu kriteria makna(semantik), kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik.

• Misalnya Za`ba, menggolong kata kepada kriteria semantik iaitu menamakan sesuatu, biasanya melibatkan orang, haiwan, benda, tempat dan konsep.

• Za`ba membahagikan kata nama kepada tiga iaitu nama khas, nama nika, ganti nama dan numeral. Sebaliknya Abdullah Hassan (1980) membahagikan kepada empat iaitu katanama, kata ganti nama, kata bilangan dan penjodoh bilangan.

• Nik Safiah Karim et al.(1986) membahagikan kata nama kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan ganti nama. Ada persamaan yang dibuat oleh Za`ba dan Nik Safiah Karim.

• Bagi Asmah dan Abdullah Hassan meskipun nampak berbeza dengan Za`ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yangdinyatakan di atas tadi. Asmah memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa yakni aliran struktural. Abdullah pula memerikan nahu mengikut tagmentatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik.

Page 82: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

82

Tatabahasa Tradisional vs Tatabahasa Formal ( Moden )

• Setelah muncul ilmu linguistik moden, penghuraian tatabahasa sebelumnya yangkesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional, termasuk tatabahasa Za`ba. Dari kaca mata linguistik moden, Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun1960.

Page 83: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

83

• Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan ataupola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada dekad 1960-an, tidak berhenti begitu sahaja. Seiring dengan perkembangan teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Tetapi menjelang dekad 1970-an, teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Contohnya, Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. al (1994) yang diguna secara meluas diMalaysia kini, merupakan salah satu contoh acuan teori TG.

• Seterusnya pada dekad 1980-an, pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mulamendapat popularitinya di Malaysia. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. Simin (1983) kemudian diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teoritatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu.

• Di samping itu, karya Sanat Mohd. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakansebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana.

• Namun begitu, ketokohan Za‟ba sebagai ahli bahasa yang menulis tatabahasa Melayu tetap diakui oleh sarjana Melayu yang terkemudian, seperti Abdullah Hassan(1986), Asmah Hj. Omar (1992), Azhar M. Simin (1983), dan Nik Safiah Karim et. al.(1979, 2008).

Page 84: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

84

Tatabahasa tradisional• Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. R.H. Robins (1967)

telahmenunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Memanglah sarjana-sarjana Yunaniini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikanbahasa. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalampengertian yang luas.

• Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik telah lamamempengaruhi tatabahasa. Bezanya hanyalah, pendekatan menggunakan linguistiktradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif, tetapi, linguistik modenpula bersifat struktural dan deskriptif . Seseorang individu yang menggunakan sebuahbuku tatabahasa lama untuk mempelajari sebutan, tatabahasa, atau makna,sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional . Ini jugalinguistik dalam pengertian yang luas.

Page 85: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

85

• Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Oleh itu, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan danpenggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa

Page 86: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

86

Definisi Tatabahasa Tradisional

• Seperti yang diketahui umum, tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani,Romawi, Pertengahan dan India. Berbalik kepada konsep dan sejarah, perkataantatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan , gramatikos` (berasal daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud ,seni bacaan dan penulisan yang betul .

• Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. (Lyons, 1971).

• Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yangbebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat danoleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa. Dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT berkonsep kepada penerangan(explaination). Oleh sebab itu, ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai `a fixed and unalterable set of rules ` (Gaeng, 1971). Maksudnya lebih kurang `peraturan yangtetap dan tidak boleh diubahsuaikan.

Page 87: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

87

Sejarah perkembangan tatabahasa tradisional

• Sejarah TT berkait rapatdengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelumMasihi.

• Plato mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan.

• Kajian yang dilakukan dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itubahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, misalnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel.

• Oleh sebab mereka berfalsafah, makaterbitlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai maknasecara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi

Page 88: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

88

• Kajian bahasa bentuk ini dilanjutkan oleh orang-orang Romawi yang mengkaji bahasa Latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian sama terhadapbahasa Arab. Kajian yang serupa juga dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini bagi menghuraikan bahasa Sanskrit. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hinggake abad pertengahan dan hanya pada abad ke-19, orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal, melahirkan selamanya berubah dari abad ke abad dalam persejarahanbahasa.

Page 89: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

89

• Zaman YunaniDalam pengkajian nahu, Plato ialah orang yang pertama menyelidiki tatabahasa itu sendiri. Misalnya Plato telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu, Logos. Logos terbahagi kepada dua, iaitu,`onoma’ dan `rhema’. Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama dankata kerja. Plato mendefinisikan kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat; manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. Perbincangan tentang bahasa danseluruhnya ada di dalam bukunya yang terkenal, iaitu Cratylus , iaitu yang berupa dialog.

Page 90: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

90

• Seiring dengan perkembangan linguistik, Aristotle (384-322 SM) menambah satulagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yangtidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Aristotle merupakansarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik, sesuai dengan konsep kala kini

(present )dan kala lampau (past ).

Page 91: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

91

• Sarjana lain iaitu Dionysius Thrax yang menjalankan kajian berdasar kepadabahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisi-puisinya. Disamping itu, Thrax pula telah menggolongkan kata kepada lapan, iaitu: kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata sendi nama, kata partikel, dan kata seru. Thrax juga telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne Grammatike yang menjadikan tatabahasa Yunani lebih „standard‟ untuk beberapa lama.

• Oleh demikian, kita dapat lihat dengan jelas cara Aristotle melihat nahu sebagai bahagian atau aspek logik formal telah menguasai pemikiran linguistik sesetengah sarjana. Kesannya, muncul pendekatan berbentuk tradisional dan notion.

Page 92: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

92

• Zaman RomawiSarjana Romawi asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanyamenyadur karya sarjana Yunani dan disesuaikan pula dengan tatabahasa Latin.Mungkin itulah hasil mereka yang agung, iaitu dalam menyusun tatabahasa Latin yangberasaskan tatabahasa Yunani.Salah seorang linguis Romawi yang terkenal ialah Priscian. Tatabahasa yangditulis oleh beliau masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkanpada tahun 500 Masihi dahulu. Buku tatabahasa berjudul Institutiones Grammatikae. Buku ini terdiri daripada 18 jilid dan perbincangan berkisar tentang proses pembentukankata dan ayat. Pada umumnya, tatabahasa Priscian dapat dianggap sebagai kajian ketatabahasaan orang-orang Romawi yang „representative‟.

Page 93: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

93

• Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin dianggap lebih sistematis sekali berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. Walau bagaimanapun, cara penggolongan kata yang dibuatnya tiada perbezaan dengan Thrax kerana masing-masing menggolongkan perkataan kepada lapan. Disebabkan peniruan model tatabahasa Yunani-Latin, telah meninggalkan satu tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala dan sebagainya adalah ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Tanggapan sebegini berlanjutan hinggake zaman pertengahan

Page 94: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

94

• Sebagai kesimpulannya, sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerjaanalisis tentang bahasa Latin, khususnya mengenai tatabahasanya yang kita anggap selama ini sebagai TT. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tatabahasa mereka masihlagi mempertimbangkan persoalan falsafah, iaitu berkisar di sekitar makna (semantik)iaitu suatu hal yang menjadikan mereka pokok dan dasar analisis

Page 95: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

95

Zaman Arab• Antara sarjana Arab seperti al-Khalil (718-786 TM), al-Masri dan

sebagainya telah berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik. Pada bahagian nahu, mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab, cukuplah klasifikasi bahasa mereka itu dilakukan dengan merujuk bentuk paradigmanya sahaja.

• Tatabahasa Arab tersebut dikarang dengan lengkap yang mencakupi bidang pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur, amanah dan khabar, sama seperti subjek dan predikat. Secara ringkasnya, pada zaman Arab ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata padamulanya telah beralih kepada bidang leksikografi.

Page 96: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

96

Zaman Pertengahan• Dalam abad pertengahan ini, minat orang Eropah terhadap bahasa Latin

semakin menjadi-jadi. Ini kerana bahasa Latin menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Kita terus kepada perkembangan tatabahasa untuk zaman pertengahan yang amat menarik iaitu dengan hasilnya , Tatabahasa Spekulasi, berupa pendekatan preskriptif.

• Asal perkembangan cara pemikiran seperti ini telah bermula daripada kefahaman yangpenutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran. Pemerian mereka biasanya dikenali dengan istilah „modistae‟ iaitu mereka ingin mengetahui ragam atau kepentingannya. Ahli tatabahasa modistae berusaha dalam teori menggambarkan tatabahasa. Caranya dengan menganggap bahasa Latin sebagaibahasa yang mulia. Di samping itu, terdapat bukti jelas mengenai tatabahasa aliranPort Royal yang memaparkan pendekatan berbentuk normatif. Nahu Port Royal mencari penerangan tentang fakta, menyatakan bahasa tersebut sebagai pantulan fikiran dan ini berlaku pada taakulan. Kesan yang jelas melahirkan satu era baharu yangdinamakan zaman perbandingan linguistik.

Page 97: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

97

Zaman India• Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya

kerana ia merupakanpembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden. Tradisi inilah yang membawaperubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah. Pengetahuan linguistik tatabahasa di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunaniiaitu seawal 300 SM. Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam kita Rig-Veda.

• Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejakkurun ke-4 SM. Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang-orang Hindu. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini menampakkan rencana bahasa yang lengkap sertateliti, yakni tidak berdasarkan kepada teori falsafah melainkan berasaskan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif sahaja.

Page 98: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

98

• Justeru, tatabahasa Sanskrit merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada „ilmu perbandingan bahasa‟. Menurut Bloomfield, tatabahasa dan tatabunyi Panini bukan sahaja penghuraiannya kemas dan lengkap,malah sangat tersusun dan teratur pula. Keistimewaan tatabahasa itu terletak padacaranya dikaji, dihurai dan disusun yang berasaskan pemerhatian yang halus.

• Rumusannya, tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan dengan huraian lengkaptentang bahasa Sanskrit telah membuka kepada jalan baru kepada bidang linguistik yang dinamakan linguistik perbandingan. Orang yang bertanggungjawab mengetengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones (sekitar 1746-1794). Tanpa usaha beliau, mungkin kita tidak akan mengenali linguistik deskriptif.

Page 99: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

99

Tokoh Tatabahasa Tradisional BaratZaman YunaniCratylus • - PlatoAristotle (384-322 SM)

Tehne Grammatike • -Dionysius Thrax

Zaman RomawiInstitutiones Grammatikae • -Priscian

Zaman IndiaTatabahasa Sanskrit • ciptaan Panini

Page 100: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

100

Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu Era Tahun 1800-1950

Bustanul Katibin (1857)• Raja Ali Haji

Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911)• Abdullah bin Abd. Rahman Kitab Pelita Mengarang (1925) • O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib

Kitab Punca Bahasa (1928) • Abdullah bin Talib

Ilmu Mengarang Melayu (1934) • Za‟ba•

Jalan Bahasa Melayu (1937) • Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman•

Pelita Bahasa Melayu (1940) • Za‟ba

Page 101: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

101

Contoh Tatabahasa Tradisional

Zainal Abidin Ahmad Za`ba(2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 - 3 . KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.• Bab 1 Bunyi Suara DigambarkanDengan Huruf • Bab 2 Huruf Benar & Huruf Saksi• Bab 3 Ejaan & Tulisan Jawi• Bab 4 Ejaan Jawi Pada PerkataanMemakai Penambah• Bab 5 Petua-Petua Ejaan Rumi• Bab 6 Petua-Petua Ejaan Rumi(sambungan)• Bab 7 Jenis-Jenis Perkataandan Kerja-Kerjanya• Bab 8 Perkataan Nama dan Gantinya• Bab 9 Perkataan Perbuatan• Bab 10 Perkataan Sifat• Bab 11 Perkataan Sendi dan Seruan• Bab 12 Perkataan Huruf-Huruf Penambah• Bab 13 Perkataan Huruf-Huruf Penambah (sambungan)• Bab 14 Kaedah Rangkai Kata• Bab 15 Ayat-Ayat Melayu:Kejadiannya & Ikatannya• Bab 16 Jenis-Jenis Ayat dan Uraiannya

Page 102: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

102

Pelita Bahasa Penggal 2• Bab 1 Bagaimana Hendak Mengarang• Bab 2 Sedikit Lagi Petua-Petua Mengarang• Bab 3 Kesalahan-KesalahanDalam Ayat Karangan• Bab 4 Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan• Bab 5 Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Nama• Bab 6 Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Nama (sambungan)• Bab 7 Kecacatan Karangan• Bab 8 Kecacatan Karangan(sambungan)• Bab 9 Menghiasi Karangan• Bab 10 Mengarang Pantun & Syair• Bab 11 Mengarang Sajak,Gurindam & Seloka• Bab 12 Mengarang Surat KirimanYang Senang-Senang• Bab 13 Lain-Lain Jenis Surat Kiriman• Bab 14 Memahamkan Karangan:Mengarangkan Semula• Bab 15 Beberapa Teladan Karangan

Page 103: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

103

• Rumusan:Pelita Bahasa Penggal 1 sebenarnya merupakan tatabahasa yang menekankan aspekfonetik & fonologi, morfologi dan sintaksis. Penggal 2 & 3 menjurus kepada aspek penulisan, iaitu mengarang karangan. Nahu ini sebenarnya nahu tradisional keranaacuannya adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Hal ini dinyatakan oleh Za`ba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. Nahu ini boleh dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum aliran linguistik struktural menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960

Page 104: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

104

Ciri-ciri Tatabahasa Tradisional

• Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu:

a) Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani).b) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan.c) Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif.

Page 105: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

105

• Jika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap.

• Contohnya dalam tatabahasa Melayu, kata nama didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun,bulan….(Za‟ba, 1954).

• Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuknotion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif , iaitu kajian yangmenekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikutidengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yanglainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yangsama

Page 106: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

106

• Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa, iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek danLatin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani-Latin. Antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahuini.

Page 107: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

107

• Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antarapara sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahlibahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yangtidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasaitu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraianatau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan.

Page 108: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

108

• Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikansaintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yangdijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akanberjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasaitu hidup.

Page 109: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

109

Ciri-ciri Tatabahasa Tradisional• Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah:• Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural.• Percampuran teori semantik dan gramatik• Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai

struktur.• Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang

disampaikan samaada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atautidak.

• Ayat-ayat dibina menggunakan konsep , word building• Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan

normatif.• Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan

Page 110: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

110

Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional

• Dalam mempelajari bahasa Malaysia, kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsurdan keadaan ini. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Swettenham (1886), Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Za`ba (1965) sendiri,terang-terang didasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin.

• Za`ba pula menerima unsur -unsur bahasa Arab.Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani, seperti yang ditiru oleh Latin kerana Za‟ba menerima adanya kata -kata jenis nama, perbuatan, sifat, sendi,dan seruan. Swettenham pula membincangkan unsur kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan, Za`ba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu 1, Za`ba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. Ini tidakberbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini masih belum berubah dalam buku Za`ba.

Page 111: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

111

Perbezaan tatabahasa tradisional dgn Tatabahasa moden

Tatabahasa tradisional Elemen/ perbezaan Tatabahasa moden

Bersifat turun-temurun mengikut tradisi

Definisi Bersifat menentukan, ketentuan atau ketetapan

Merujuk kepada huraian preskriptif dengan penekanan kpd aspek semantik

Struktur Merujuk kpd struktur bahasa berdasarkan atau berpandukan atau peraturan hukum dan ketetapan

kebiasaanya TT bersifatkanpreskriptif dalam prestij dialekdari aspek sosial

Konsep kajian tentang penggunaan kata,frasa, klausa dan ayat yangmana menekan kepada aspekbetul semata-mata

beracuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunanidan menganggap bahasa tersebut mulia dan agung.

Asas pegangan Berasaskan TT tetapi lebih memberi penekanan kepada aspek betul mengikut peraturan tatabahasa

Page 112: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

112

Tatabahasa tradisional Elemen/ perbezaan Tatabahasa modenMengutamakan aspek makna dan semantik sebagai asas kepada sintaksis

Penekanan Mengutamakan peraturan mengenai rumus penggunaan tatabahasa yang betul sahaja

Prinsip tatabahasa umum yang mengamalkan pendekatan preskriptif dan nosional.

Pendekatan Merupakan sebahagian daripada pendekatan-pendekatan yang digunakandalam TT

Bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pembinaan struktur bahasa

Tujuan bertujuan melahirkan masyarakat yang menggunakan bahasa yang tepat sama adalisan mahupun tulisan tanpamengelakkan kekeliruan

Diaplikasi pada tatabahasa lain Konsep 2 penentuan kaedah baku sebagai rujukan, pedoman danpegangan.

Tidak menunjukkan dengan jelas sudut pengaplikasiannya. Hanya jelas pada ejaan,tatabahasa dan makna

Sudut Aplikasi Dapat diaplikasikan dalamaspek bahasa: ejaan,tatabahasa, semantik, sebutandan laras.

Pelita Bahasa Contoh karya Tatabahasa Dewan

Page 113: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

113

Pengertian Linguistik Moden

• Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Lyons 1968). Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif.Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. Jadi, kajian saintifik ini hendaklah empirikal, khusus, dan objektif (F. Dinneen 1967:4).

• Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teoridan perkaedahannya, dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Jadi, bidang linguistik tidaklahmerupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan, tekaan atau emosiseseorang penulis sahaja

Page 114: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

114

• Dalam pelbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau, kajian ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews 1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:

• The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,comparative linguistics, and structural linguistics

• Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenalisebagai linguistik. Ronald W. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai “the study of human language”. David Crystal (1873) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasasecara saintifik.

• Kamus Dewan (Edisi Ketiga : 1994) memberikan pengertian linguistiksebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa.Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yangempirik, analitis, objektif, dan saintifik tentang sesuatu bahasa.

Page 115: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

115

• Justeru moden di sini merujuk kepada permulaan sejarah linguistik yang baharu setelah linguistik tradisional beralih arah kepada linguistik struktural yakni sekitar kurun ke-19 hingga ke-20. Linguistik moden juga dikenali dengan linguistik deskriptif yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure yang menjadi pengasas dan pendukungdalam perkembangan linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai bapa linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden.

Page 116: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

116

• Justeru moden di sini merujuk kepada permulaan sejarah linguistik yang baharusetelah linguistik tradisional beralih arah kepada linguistik struktural yakni sekitar kurunke-19 hingga ke-20. Linguistik moden juga dikenali dengan linguistik deskriptif yangdiperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure yang menjadi pengasas dan pendukungdalam perkembangan linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai bapa linguistikmoden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalambidang pengkajian bahasa secara moden.Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripadaperspektif penuturnya (Simpson 1980). Mereka melihat bahasa daripada perspektifsinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistikpada abad ke-19.

• Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand deSaussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya, ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale (de Saussure, 1916). Beliau tidak lagi melihat bahasasebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa,tetapi melihat bahasa daripada dalam, sebagai satu sistem (langue ). Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkanujaran.

• Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik, iaitu hubungan antara lambang dalam sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada perspektif penuturnya, kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting.

Page 117: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

117

Rumusan Tatabahasa Tradisional

• Pendekatan Nahu TradisionalDalam era teknologi moden, seseorang mungkin tertanya- tanya: mengapa perlunyacara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama iaitupendekatan tradisional? Kenapa mazhab tatabahasa Nesfieldian harus dibuang;apakah demikian juga nasibnya hasil-hasil kajian kesarjanaan Jespersen dan Fowler?Apakah pula bagusnya pandangan Bloomfield, Pike atau Halliday yang berbeza-bezadaripada pandangan tatabahasa tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkandengan hasrat semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama, atauyang terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin, dan selagikita belum begitu yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benarmengandungi kelemahan dan kekurangan, kita tidak semestinya perlu menerima tatabahasa moden semudah yang disangkakan.

Page 118: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

118

Apa salahnya dengan tatabahasa tradisional?

• Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa, tidak perlulah rasanya kitaberalih kepada tatabahasa baru. Akan tetapi, ianya tidak demikian kerana tatabahasa tradisional sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara di kalanganpemerhati yang sensitif

Page 119: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

119

• Antara kelemahan yang pernah ditemui adalah sebagaimana yang dibincangkan dibawah ini:1. Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya berdasarkan pada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit.

• Bahasa Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi, tetapi bahasa Inggeris bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi, kebanyakannya bergantung pada susunan dan fungsi kata. Tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskritterdapat dalam bahasa Tamil. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasamengikut penghuraian bahasa yang lain, setiap bahasa harus dihuraikan mengikutistilah yang tersendiri

Page 120: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

120

• Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan.Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar, dan tidak ada kriteria tunggal yang dapat digunakan untuk klasifikasi. Kata nama diberi definisinya sebagai nama bagi orang, tempat dan benda. Dalam ayat , Merah adalah warna yang saya suka‟, kata [merah] adalah suatu kata nama, tetapi ia tidak dapat memberi definisi mengikut pengertian , orang, tempat atau benda.

• Oleh sebab itu, kita akan mengatakan bahawa [merah]merupakan adjektif yang digunakan sebagai kata nama. Adjektif diberi pengertianmengikut apa yang ia lakukan atau tugasnya itu menerangkan kata nama atau iamemperluas makna dan menyempitkan penggunaan kata nama. Kata nama diberipengertian mengikut maksud „apa dia‟. Dalam hal [merah] tadi, berlaku klasifikasi silang dan tidak pula terdapat asas yang baik untuk pendefinisian [berlari] yang dikatakan kata kerja kerana ia „menunjukkan suatu perbuatan‟. Tetapi terdapat juga nama untuk sesuatu perbuatan itu seperti up dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan arah. Apakah ini harus dikelaskan sebagai kata nama?

Page 121: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

121

• Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam pendefinisian bukan sahaja bagi golongan kata, tetapi juga bagi klausa telah menimbulkan kekeliruan.

[Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini] Dalam ayat ini, jika [yang] dianggap sebagai, kerana dia, maka klausa , yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini akan dikelaskan sebagai klausa adverbial sebab-akibat; tetapi jika [yang] dianggap ganti nama relatif yang menerangkan kata nama , anak kami, klausa selepasnya itu akan dikelaskan sebagai klausa adjektif.

• Dalam ayat;Dialah adik saya yang menceritakan tentang berita tersebut] , yang menceritakan tentang berita itu menerangkan, adik saya. Dalam hal ini ia adalah klausa adjektif; ia juga dapat menerangkan dialah. Dalam hal ini juga ia dianggap klausa nama yang berfungsi sebagai komplemen kepada dialah. Di sini berlaku dua fungsi dan oleh itu menimbulkan konflik.

Page 122: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

122

• Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu eratik)Kita ambil sahaja ayat:[Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan].Kita akan bertanya, „Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut?

• Masalah makna boleh wujud kerana boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud, Kami bergantung padadinding yang sedang dibina atau Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang.

Page 123: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

123

• Semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dantatabahasa. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai identifikasi golongan kata dan analisis ayat, pada umumnya tatabahasa diberikan maksud sebagai kajian, bahasa yang betul.

• Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasadan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan preskriptif.

Page 124: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

124

• Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian ,subjek ayat dan kasus dalam ayat,subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek nasional, subjek eliptis,subjek apositif, subjek frasa, subjek klausa dan sebagainya.

Page 125: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

125

• Dalam tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi. Inikerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi

Page 126: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

126

• Sebagai tambahan, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam

• nahu tradisional. Dalam ayat seperti „Dia bercadang mengambil bas untuk ke

• Kelantan, Dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui siapa dia dan Diamengetahui banyak maklumat tanpa kajian, hubungan dalaman dapat menunjukkan sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu.

Page 127: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

127

• Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contohdikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses pembinaanayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai. Bagi setiap rumus, terdapat banyak kekecualian.

• Apabila kekecualian didapati lebih daripada yang seragam dalambahasa, bagaimanakah kita dapat mempelajari bahasa tersebut? Lebih pelik lagi ialah, semasa otak pelajar menemui keseragaman dalam apa yang dipanggil kekecualian,ahli bahasa menjadi bingung untuk menerangkan kebenaran tersebut. Di manakah kebenaran yang dikatakan nahu itu, sedangkan unsur yang tidak seragam masih merupakan sifat bahasa yang dipelajari itu

Page 128: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

128

• Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktural sering dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada awal tahun-tahun 1930-an. Ia berkembang antara tahun-tahun 1940-an hingga pertengahan tahun-tahun 1950-an. Sekarang kita meneliti beberapa kriteria penting mengenai tatabahasa struktural

Page 129: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

129

Definisi Tatabahasa Struktural• TS mempunyai konsep yang berupa penghuraian

(description). Oleh itu, aliran TSmenekankan bahawa tatabahasa:

• “…is concerned with the observable forms, structural functions and inter -relations of the compo nents of sentences of stretches of utterance” (Robins, 1971).

• Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini “…merangkumi bentuk-bentukmaujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponenayat dalam rantaian pertuturan

Page 130: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

130

Sejarah Perkembangan Tatabahasa StrukturaL

Ahli-ahli Prague Linguistic Circle tahun 1929 menggunakan istilah structuralism yang membawa pengertian bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan. Tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-unsur bukan sahaja sebagai struktur-struktur yang berasingan tetapi sebagai satu keseluruhan sistem. Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan,muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Harris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metodologi mereka. Aliran ini digelar Struktural,Taxonomist dan Bloomfieldian.

Page 131: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

131

• TS seringkali dikait dengan era Linguistik Moden, hal demikian kerana ahli-ahlibahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif. Antara tokoh yang menjadipengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohorkerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikena dengan nama Course in general Linguistics.

• Sesesungguhnya Ferdinand ialah orangpertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ferdinand menyatakan bahasamempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah TS yang menekan kepada aspeksistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinandberkembang dengan pelbagai mazhab tertubuh antaranya ialah mazhab Geneva,Draha dan Glosematik.

Page 132: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

132

• Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir jugabanyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenalialah Z.S. Harris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Harris jelasterpapar dalam buku berjudul.

• Structural Linguistics (1951). Dalam bukunya itu, Harrisdidapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankanuntuk mengkaji tatabahasa. Pada pertengahan tahun 1950-an, suatu perkembanganbaharu yang dibawa oleh Noam Chomsky iaitu Tatabahasa Tranformasi Generatif telah mengambil alih pengaruh TS.

Page 133: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

133

Carta perkembangan aliran tatabahasa

Page 134: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

134

Mazhab-mazhab linguistik

Page 135: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

135

Tokoh Tatabahasa Struktural

Tokoh Tatabahasa Struktural Barat• Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics • L. Bloomfield -Language (1933)• Edward Sapir-Language (1881)• Z.S. Harris -Structural Linguistics (1951) dan ramai lagi lagi

Page 136: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

136

Tokoh Tatabahasa Struktural MelayuEra Tahun 1960-an

-Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah:• Asmah Hj. Omar (1968)– Morfologi - Sintaksis,

Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.

• Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) –An Introduction to Malay Grammar

• Asmah Hj. Omar (1970) –Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V)

• Asraf (1971) –Mari Belajar Bahasa Kita

Page 137: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

137

Contoh Kandungan Tatabahasa Struktural• Asmah Hj. Omar. (1993).Nahu Melayu Mutakhir . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kandungan:

Page 138: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

138

• Sambungan

Page 139: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

139

Rumusan Tatabahasa Tradisioanal• Rumusan:Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran

struktural. Ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969.

• Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya, kajian bahasa Melayu dihuraikan daritingkat bawah, iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skalatatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif, iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dandigunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.

Page 140: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

140

Ciri-Ciri Tatabahasa StrukturalFokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasamerupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unittatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri.Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini:• Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan.• Bahasa ialah satu sistem• Sistem bahasa ialah arbitrari• Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalamkelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemendalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain.

Page 141: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

141

Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957).

Secara khususnya ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:• Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu

bahasa, justeru makna tidak diambil kira.• Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain.• Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur

tatabahasa.• Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat.• Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik.• Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul.

Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaankerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa

Page 142: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

142

Unsur Dan Unit Yang Membentuk Tatabahasa Struktural

Page 143: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

143

• Jadual di atas menggambarkan satu skema yang dapat menerangkan dengan jelas urutan tatatingkat yang disebut itu, bermula dengan unit yang paling besar atauatas, iaitu ayat dan berakhir dengn unit paling kecil, morfem. Skema tatatingkat unit-unit nahu di atas menunjukkan peringkat dalam konteks memperkatakan nahu.

• Tiap-tiap peringkat itu diisi atau diwakili oleh unsur atau unitnahu, yang merupakan ayat, klausa, frasa, kata dan morfem. Dari skema itu dapat dilihat bahawa ayat menduduki peringkat paling atas dandengan itu ayat dikatakan unit nahu yang paling besar disebabkan semua unit nahu lain terangkum di dalamnya. Ini bermakna dalam kajian nahu, tidak ada peringkat yang lebihatas daripada ayat.

• Semua penelitian akan bertumpu pada peringkat paling atas itu. Begitu juga hal dengan peringkat paling bawah dalam struktur nahu, morfem yang menempati danmerupakan unit nahu yang paling kecil. Pada peringkat fonem dan fon, keadaan ini terpisah menjadi satu kajian lain dan tidak termasuk dalam analisis tatabahasa. Kajian nahu struktural dipaparkan dengan berpandukan skema di atas.

Page 144: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

144

Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Tatabahasa Struktural

• Sebelum kita mengerti konsep asas tatabahasa struktural, kita mengenali dulu duaistilah penting dalam aliran struktural.Secara umum, struktur bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripadabahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain.

• Jika dilihatdari sudut unsur pembentukan, maka pengertian struktur dapat dibatasi sebagaibahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar yang secarafungsional bertalian satu sama lain.

• Sistem boleh dianggap sinonim dengan pengertian struktur seperti yangdikemukakan di atas adalah perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti olehpenutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasaitu. Jadi sistem lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya.Oleh sebab tatabahasa merangkumi dua bidang, morfologi dan sintaksis yang saling berkaitan, maka pendekatan struktural mencadangkan maksud morfologi itu diketahui terlebih dahulu.

• Morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yangbermakna, bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata. Prosedur penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Morfem hendaklah dikenal pasti sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa

Page 145: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

145

• Sesetengah ahli bahasa menghuraikan morfem sebagai , unsur pola nahu terkecil yang berulang-ulang kejadiannya‟ dan meninggalkan „makna‟ terkeluar daripada definisi. Perbezaan antara kata read dan reads dalam bahasa Inggeris adalah minimal, tetapi perbezaan antara read Dan readers (read + er + s) adalah bukan minimal. Oleh sebab itu konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas.

• Morfem merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna yang sama, yang bukan tersebar secara konstratif, sama ada dalam persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi bebas. Alomorf merupakan salah satu daripada morfem.

• Pada bahagian sintaksis pula ia lebih kepada analisis konstituen terdekat. Untukitu, boleh rujuk kepada sub-topik di bawah, iaitu Analisis Konstituen Terdekat untuk mendapat pemahaman lebih lanjut.

Page 146: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

146

Pengenalan Analisis Konstituen Terdekat

• Lebih satu dekad selepas terbitnya Language oleh Bloomfield, Rulon Wells berusahauntuk memperbaiki alat yang digunakan oleh Bloomfield, iaitu konstituen terdekat(immediate constituents). Tujuannya ialah untuk memberikan teori sistematis danbersepadu tentang penentuan konstituen bagi setiap ujaran.Selain itu, tujuan asas analisis konstituen terdekat ialah untuk menganalisissetiap ujaran dan setiap konstituen kepada urutan bebas yang maksimum.

• Tugas analisis konstituen terdekat merupakan tugas yang bukan sahaja menghuraikan kejadian ujaran, tetapi juga menghuraikan apakah konstituen yang membentuk ujarantersebut.Sekarang kita meneliti definisi konstituen terdekat yang dinyatakan oleh AbdullahHassan (1980) bahawa merupakan unsur yang secara langsung mempunyai hubunganuntuk mendirikan sesuatu konstruksi (binaan). Kita mencari konstituennya mengikutperingkat demi peringkat. Hubungan konstituen ini kebiasaannya dalam bahasa lisanditandai dengan intonasi tertentu. Terdapat dua cara penentuan konstituen terdekatiaitu ciri penggantian dan ciri perluasan

Page 147: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

147

Contoh Analisis Konstituen Terdekat

Page 148: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

148

• Adalah jelas bahawa jenis tatabahasa ini bukan sahaja bermaksud pengeluaran ayat-ayat; tetapi ia hanya suatu prosedur untuk mencari dan menentukan unit-unit.Dalam usaha mencari dan menentukan struktur unit-unit linguistik iaitu ayat atau kata, kita dapat membahagikannya kepada dua komponen bergantung pada darjahpenggugusan. Pembahagian binari seperti ini berlaku dengan jayanya pada semuaaras, dan pembahagian ini menunjukkan hierarki penstrukturan. Contohnya adalah seperti di bawah:

Page 149: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

149

Page 150: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

150

• Rumusannya, teknik analisis konstituen didapati banyak gunanya dari aspek menunjukkan kepada kita betapa struktur sesuatu ayat boleh diwakili sebagai jajaranbinaan mengikut tatatingkat berdasarkan pembahagian kepada dua (binari). Di bawah merupakan satu cara menganalisis ayat menggunakan konstituen terdekat denganpemaparan bahasa Melayu sebagai datanya.

Page 151: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

151

Analisis Konstituen Terdekat

• Ayat terdiri daripada konstituen-konstituen. Dua daripada konstituen terbesar dalamsesuatu ayat ialah konstituen subjek dan konstituen predikat, yang dikenali jugasebagai frasa subjek dan frasa predikat. Subjek dan predikat ini pula dapat dipecah-pecahkan kepada konstituen-konstituen yang lebih kecil, iaitu perkataan-perkataan.

• Binaan sesuatu ayat dapat dilihat sebagai terdiri daripada konstituen-konstituenkecil ini yang kemudiannya bergabung untuk membentuk konstituen-konstituen yanglebih besar. Perhatikan ayat berikut:

Page 152: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

152

• Budak itu sedang mendengar lagu.

Dalam ayat ini, dua konstituen terbesar iaitu; budak itu sedang mendengar lagu

• (subjek ayat) dan sedang mendengar lagu (predikat ayat). Subjek ayat dapat dipecahkan kepada dua konstituenkecil iaitu budak dan itu , manakala predikatnya dapat dipecahkan kepada konstituen-konstituen mendengar lagu dan sedang . Konstituen mendengar lagu pula dapatdipecahkan kepada mendengar dan lagu .

• Analisis ayat seperti ini, iaitu yang melihat hubungan antara konstituen-konstituennya disebut analisis konstituen terdekat. Analisis konstituen terdekat boleh dibuat pada peringkat frasa dan juga ayat.

Page 153: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

153

Contoh Analisis Konstituen TerdekatPeringkat frasa

Page 154: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

154

Contoh Analisis Konstituen TerdekatPeringkat ayat

Page 155: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

155

Rumusan Analisis Konstituen Terdekat

• Sebenarnya, teknik analisis ini mempunyai beberapa kelemahan yang menimbulkanmasalah. Masalahnya adalah berkaitan dengan semantik.

• Namun, bukan semua masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh teknik analisis konstituen terdekat, tetapi peranan intuisi seharusnya dielakkan agar tidak terlibat atau terkait dalam analisis.

• Disebabkan hal sedemikian, tatabahasa transformasi generatif cuba mengatasi dengan menggunakan rajah pohon melalui penggunaan rumus.

Page 156: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

156

Rumusan Tatabahasa Struktural• Tatabahasa Struktural juga dikenali sebagai aliran deskriptif. Aliran ini

diperkenalkanoleh Ferdinand de Saussure sebagai Bapa Linguistik Moden.

• Sebenarnya istilahstrukturalisme mendukung maksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit dan khusus kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem.

• Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pegangan yang membezakan langue danparole menghasilkan aliran ini. Ahli-ahli bahasa terdahulu meninggalkan aspek-aspeksejarah bahasa dan penyelidikan bersifat diakronik lalu menumpukan terhadap aspek-aspek sinkronik bahasa.

• Jika diteliti kepada perkembangan linguistik, memang jelasaliran struktural mendapat pengaruh yang mendalam seperti wujudnya pelbagaimazhab.

Page 157: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

157

• Bahasa pada dahulu kala menjadi bahan kajian sejak zaman berzaman. Sarjana-sarjana lampau seperti Plato, Stoic dan Aristotle sering membincangkan asal usul dansifat-sifat bahasa. Tradisi ini berlanjutan hingga ke abad 19 - 20. Dalam bidang tatabahasa, penyelidikan terhadap bahasa Yunani dan Romawi menimbulkan konsep preskriptif, iaitu tradisi yang menekankan aspek penggunaan bahasa yang ,betul sahaja.

• Justeru itu lahirlah pelbagai kajian terhadap tatabahasa dengan mengambil kira pendekatan berupa notion, normatif dan tradisional.

• Tradisi ini berkembang danmempengaruhi kegiatan kebahasaan seluruh dunia.

Page 158: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

158

• Pendekatan struktural berupa pendekatan sejarah (diakronik) yang disebabkanpengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi, maka pendekatan dalam bidang ilmu bahasa condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang selaras.

• Kajian ini lebih bersifat ilmiah dan empiris dengan fakta-fakta yang penting dan jitu untuk dijadikan bahan kajian. Aspek penting dalam strukturalisme ialah sosial dan formal.

• Dengan sosial dimaksudkan tujuan utama pendekatan ini yang digunakan bagi menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penuturnya. Formalpula diertikan sebagai semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti empirikalberasaskan sains.

Page 159: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

159

• Jadi kemunculan teori struktural adalah untuk mengatasi atau memberi jawapankepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat di atasi atau terjawab oleh aliran tradisional. Di samping itu, perubahan mendadak kajian bahasa yang selama ini berkisar terhadap sinkronik dilihat beralih kepada diakronik.

• Perubahan kajian menunjukkan betapa pegangan tradisional memperlihat kelemahan yang besar justeru aliran ini berusaha untuk membaiki dan memaparkan bahan data secaraempirikal. Melalui aliran struktural inilah pelbagai pendekatan muncul dalam memerikan tatabahasa antaranya formal, tagmemik, struktur, tingkatan, kasus, glosematik, skala – kategori, sistemik–fungsional, stratifikasi dan pelbagai lagi.

• Aliran tatabahasa transformasi generatif juga pada permulaannya mendapat pengaruh struktural, namun disebabkan terdapat beberapa kelemahan mewujudkan teori baharu dalam mengatasi permasalahan ini.

• Tatabahasa Transformasi Generatif kita akan teliti pada babseterusnya. Secara umumnya, pendekatan utama tatabahasa struktural ialah deskriptifiaitu penghuraian segala kemungkinan yang berlaku dalam sesuatu bahasa. Hal iniberbeza dengan tatabahasa tradisional yang mementingkan preskriptif. Perbezaanpendekatan inilah mewujudkan aliran struktural pada abad ke-19.

Page 160: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

160

Tatabahasa TG• Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang

linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures .

• Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax , iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal.

• Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik.

• TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi populardi kalangan para linguis seantero dunia. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif, Semantik Generatif dan sebagainya.

Page 161: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

161

Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

• Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untukmenghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya.

• Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya

Page 162: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

162

Tatabahasa T.G• Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky

yangmenganggap nahu sebagai, a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis , iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatifdengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagimenerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikankepada tiga komponen, iatu:

• sintaksis• semantik• fonologi

Page 163: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

163

Sejarah Perkembangan Tatabahasa T.G

Sebelum tahun 1957, penganalisisan tatabahasa yang terkenal adalah melalui alirantradisional yang berbentuk notion dan aliran struktural yang berbentuk formal. Aliranstruktural yang dipelopori oleh Ferdinand de Saussure dan L. Bloomfield denganmendasarkan konsep konstituen terdekat. Oleh sebab terdapat pelbagai kelemahandalam aliran ini, maka timbullah kesedaran untuk memperbaikinya.Tatabahasa transformasi mula-mula diperkenalkan oleh Noam Chomsky melaluidisertasinya untuk mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang bahasa berjudul Transformal Analysis

.

Page 164: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

164

Dua tahun kemudian, beliau telah melahirkan bukunya Syntatic Structure ;

Buku yang dilahirkan dalam tahun 1957 ini merupakan hasil kajian beliau yang penting dan dalamnya terdapat garis-garis pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif. Dalam tahun 1965, Chomsky memperluas perbincangannya melalui buku;• Aspect of the Theory of Syntax

Kemudian membicarakannya sekali lagi dalam bukuberjudul• Language and Mind

Pada tahun 1968. Hasil penulisannya telah diterima olehrakan-rakannya di Institut Technology Massachussetts (MIT), Amerika. Chomsky dan rakan-rakannya memperkenal aliran tatabahasa ini di kalangan ahli-ahli bahasa dan pelajar-pelajar bahasa

Page 165: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

165

• Aliran ini bukan sahaja berkembang di Amerika, malah pengaruhnya telah menular ke negara-negara Eropah. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara.

• Di negara kita, pengaruhtatabahasa ini jelas kelihatan dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh Lufti Abas pada tahun 1971.

• Abdullah Hassan, dalam bukunya Linguistik Am (1980) ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konseptatabahasa ini dan juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu transformasi. Itulah serba sedikit permulaan TTG menular ke Malaysia. Dan sekarang jelas menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat dengan pelbagai pembaharuan terhadap teori-teori TG misalnya Teori Kuasaan dan Tambatan,Teori Kasus, Teori Theta, Teori Kontrol dan sebagainya.

Page 166: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

166

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat

• Noam Chomsky-Aspect of the Theory of Syntax , Jackendoff (1971), Halle (1973), Siegel (1974), Aronoff (1976), Allen (1978) dan lain-lain.

Page 167: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

167

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif MelayuE

Era Tahun 1970 – 2009

Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah:

• Lufti Abas (1971) - Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu • Abdullah Hassan (1980) –Linguistik Am • Nik Safiah Karim et al. (1991)-Tatabahasa Dewan • Mashudi Kader (1981)-The Syntax of Malay Interrogatives • Nik Safiah Karim (1978)-Bahasa Malaysia Syntax • Ramli Hj. Salleh (1995)-Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori

Kuasaan dan Tambatan

Page 168: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

168

Contoh Kandungan Tatabahasa T.G

Page 169: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

169

Rumusan Tatabahasa T.G • Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting

terhadapprasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah keinstitusi pengajian tinggi. Tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. Ini terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika pada tahun 1975. Farid M. Onn di Universiti of Illinois pada tahun 1976.

• Berdasarkan aliranlinguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika, bukti penerimaan penuh terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara ataukaedah pegangan aliran lain. Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelanKamus Dewan sahaja.

• Di samping itu, nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadapstruktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Antara lain ialah penggunaanbahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Rumusannya, nahu inimelibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

Page 170: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

170

Komponen Tatabahasa T.G

Page 171: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

171

Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Transformasi Generatif

• Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitu generatif, kreatif,eksplisit, gramatis dan transformasional. Perkara ini tidak akan dibincangkan kerana ia memerlukan satu huraian yang terperinci, oleh itu saya hanya mengambil konsep yang utama sahaja dalam menerangkan TTG ini. Terdapat dua konsep utama yang diambilkira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan. Kita akan mengkaji kedua-dua konsep penting di bawah ini

Page 172: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

172

• Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai duabahagian bahasa, iaitu kecekapan dan perlakuan .

• Kecekapan ini (tatabahasa) beradadi dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitandan pemahaman, iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami.

• Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya.

• Kecekapan merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri daripada satu sistem rumus-rumus. Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan inti TTG.

• Jadi, kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau penggunaan bahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Perlakuan (performance) pulaberlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk prosespenerbitan

Page 173: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

173

Kecekapan dan Perlakuan Berbahasa

• Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya.

Page 174: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

174

• Oleh itu, diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini ialah: Competence (kecekapan atau pengetahuan) , iaitu ilmu atau pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang.

• Performance (perlakuan) , iaitu prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuinya pada keadaan yang sesuai dan tepat.

• Rumusannya, ahli-ahli nahu ini cuba melihat tingkat pengetahuan bahasaseseorang melalui kebolehannya menggunakan bahasa tersebut

Page 175: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

175

Skema Kecekapan dan Perlakuan

Page 176: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

176

Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan

• Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan padatahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika, bernama Noam Chomsky. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral.

• Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkatstruktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan

Page 177: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

177

• Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkatdalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsimenukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan.

• Pada peringkat struktur dalaman , iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayatdasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengankata lain, membentuk semantik ayat.

Page 178: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

178

• Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telahmengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakanbentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukanuntuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi.

• Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripadadua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabilaterdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman,maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa

Page 179: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

179

• Teori TG mengandaikan bahawa kedua-dua rumus nahu ini sebahagiandaripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Untuk memudahkankefahaman kita terhadap kedua-dua struktur ini, lihatlah contoh di bawah:

Page 180: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

180

Ayat Dasar (struktur dalaman)

• Encik Ali guru• Encik Ali bukan guru.• Encik Alikah guru?• Siapakah Encik Ali?

Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra.• Guru itu Encik Ali.

• Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayatberkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulah sebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat.

• Untuk pemahaman lebih lanjut, kita perlu menguasai konsep ayat dasardan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis.Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadibahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu

Page 181: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

181

Rumus Sintaksis

• Rumus Sintaksis terbahagi kepada dua iaitu:a) Rumus Struktur Frasab) Rumus Transformas

Page 182: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

182

Rumus Struktur Frasa

• Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsistruktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti.

• Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.

• Rumus struktur frasa dalambahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur beriku

Page 183: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

183

Contoh Rumus Struktur Frasa

Page 184: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

184

• Rumus struktur frasa boleh melahirkan rajah pohon ;

Page 185: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

185

• Rumus di atas kemudian mengalami satu proses yang disebut

penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti berikut:

Page 186: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

186

• Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur dalaman. Bentuk itu dianggap struktur dalaman oleh sebab tidak serupa dengan bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akanmenjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi.

• Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata

Page 187: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

187

Rumus Transformasi

• Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini.Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.

• Dalam bahasaMelayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. Oleh itu dapat diringkaskan bahawa

Page 188: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

188

RUMUS TRANSFORMASI

• Berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

• Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan.

• Struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenanfonologi.

• Proses transformasi melibatkan proses pengguguran, penyusunan semula atauperluasan.

Page 189: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

189

• Di bawah ini merupakan tiga proses transformasi iaitu proses pengguguran,penyusunan semula dan peluasan. Kita teliti satu persatu proses demikian untuk mendapat kefahaman serba-sedikit mengenai rumus transformasi.

Page 190: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

190

• Proses pengguguran

Page 191: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

191

• Proses Penyusunan semulaProses penyusunan semula mengubah susunan bentuk perkataan dalam ayat asal danditerbitkan satu struktur ayat gramatis yang baru. Hal ini mengakibatkan perubahanatau pengguguran kata-kata tertentu dan penambahan kata-kata lain pada ayat yangditerbitkan tanpa mengubah makna ayat

Page 192: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

192

• Contoh penyusuan semula

Page 193: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

193

Proses Peluasan• Proses peluasan melibatkan penambahan unsur-unsur dalam ayat baru. Unsur-

unsurini boleh terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata hubung.

Page 194: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

194

Analisis Rajah Pohon

• Maklumat yang disampaikan melalui analisis konstituen terdekat yang digunakan dalam tatabahasa struktural dapat juga disampaikan melalui analisis rajah pohon. Rajah pohon menggambarkan ayat sebagai sebuah pohon dengan dua cabang utama, iaitu subjek dan predikat, yang mempunyai dahan dan ranting, yang merupakan unsur-unsuratau konstituen dalam ayat. Konstituen-konstituen dalam sesebuah rajah pohon dikenali melalui binaan masing-masing, iaitu sama ada jenis frasa atau golongan kata tertentu. Berikut ialah beberapa singkatan bagi nama-nama frasa dan perkataan yang digunakan dalam analisis

Page 195: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

195

Contoh singkatan dalam Analisis Rajah Pohon

Page 196: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

196

Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif

• Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumisemua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi, dan merangkumi faktor-faktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengannama REST (Revised Extended Standard Theory). Teori ini lahir atau wujud hasildaripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. Teori inidiperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang juga dikenali , Tatabahasa Transformasi Klasik.

• Buku ini merangkumi tujuan teori-teorilinguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa. Kemudian, disusuli dengan Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teorimengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu. Namun padatahun 1972, satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theorydan menjadiRevised Extended Standard Theory pada tahun 1975. Pembaharuan lainyang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baikdaripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory (Teori Kuasaan dan Tambatan) pada tahun 1981. Terakhir teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist Program pada tahun 1995

Page 197: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

197

Rumusan Tatabahasa T.G

• Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapankepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atauterjawab oleh aliran struktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasatransformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis.Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis)Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atauaturan.Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasaManusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa (APB, iaitualat pemerolehan bahasa atau LAD, iaitu language acquition device)Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia

Page 198: Bml 6034 Perbandingan Tatabahasa Bahasa Melayu

198