kuliah 1 bml 3183

36

Upload: haniza-abdul-rahim

Post on 20-Jun-2015

750 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 1 bml 3183
Page 2: Kuliah 1 bml 3183

PENGENALAN SEMANTIK

Page 3: Kuliah 1 bml 3183

Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.

Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

 Bahagian yang menyelidiki panduan tanda-

tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya.

DEFINISI SEMANTIK

Page 4: Kuliah 1 bml 3183

R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am.

Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti.

Page 5: Kuliah 1 bml 3183

Hashim Musa, Ong Chin Guan (1998). Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu penting atau bererti; sema juga beerti tanda atau lambang

Nik Safiah Karim (2001) Semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.

J.W.M Verhaar (1996:13) ~ semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna

Page 6: Kuliah 1 bml 3183

HAKIKAT BERMAKNAAbu Bakar Hamid (1967:160-165) dlm.

Abdullah Yusof (2009:14) makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna.

Awang Had Salleh (1959:633-640) dlm. Abdullah Yusof (2009: 15) ~ makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur.

Page 7: Kuliah 1 bml 3183

Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Schaff (1962:8) dlm. Hashim Bin Musa (1998:3) tertumpu kepada dua perkara utama. kaitan antara pernyataan bahasa dengan

maknanya. perubahan makna, sebab-sebab perubahan

makna, dan sejarah makna itu sendiri.

• De Saussure pula mengatakan bahawa konsep makna dalam bahasa tidak dapat dipisahkan daripada konsep lambang dan bahasa itu sendiri.

Page 8: Kuliah 1 bml 3183

Makna & SimbolEugene A. Nida (1996:8) dlm. Abdullah

Yusof (2009:15) ~ makna simbol-simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata.

Hashim Bin Musa ~ lambang bahasa adalah satu keseluruhan ciri akliah atau psikik yang mempunyai dua aspek, iaitu lambang bunyi dan makna.

Page 9: Kuliah 1 bml 3183

Ainon Ahmad (1994:48) dlm. Abdullah Yusof (2009:16), perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang.

lambang ~ satu jenis kod pada kumpulan objek yang dinamakan pula sebagai isyarat

tiga jenis lambang ~iaitu indeks, ikon, dan konvensi.

Page 10: Kuliah 1 bml 3183

ABSTRAK & KONKRIT

Perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai makna denotatif ataupun konkrit.

Perkataan yang memerlukan yang mendalam pula disebut sebagai membawa makna kabur (taksa) ataupun abstrak.Empat jenis makna abstrak ~ kekaburan

rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna.

Page 11: Kuliah 1 bml 3183

KETAKSAAN MAKNAAbdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan

Mohd Ra’in Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.

Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya.Burung hinggap di ranting pokok. Burung itu hinggap di atas pokok. Burung itu terbang di atas pokok.

Page 12: Kuliah 1 bml 3183
Page 13: Kuliah 1 bml 3183

kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar.

ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris.

kurang ketentuan makna - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman.

Pertentangan makna - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. 

Page 14: Kuliah 1 bml 3183

faktor berlakunya ketaksaan maknaberlaku akibat hubungan makna dengan alam.ketaksaan leksikel (homonim, polisemi)contoh :

di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar.

kekaburan  mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis)

cara mengatasi ketaksaan maknakonteks - penggunaan ayat dan konteks

penggunaannya.

Page 15: Kuliah 1 bml 3183

JENIS-JENIS MAKNAMakna Denotatif 

makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar

Makna Konotatifmakna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama

ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir

Makna Konseptualkonsep makna - menghubungkan kata dan

benda melalui perantaraan konsep pemikiran

Page 16: Kuliah 1 bml 3183

Makna Leksikalmelibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi

dan leksikonleksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa.

makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat

leksikograf - penyusun kamusleksikologi - kajian tentang makna dan

penggunaan perkataanleksikon - kamus

semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu

kata itu dilafazkan kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan

perbuatan

Page 17: Kuliah 1 bml 3183

Makna Etimologisbidang yang mencari maklumat mengenai

bahasa-bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. 

prinsip etimologis - masalah bentuk dan makna menjelaskan perkembangan katamerangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu

bahasapasangan kata dalam satu bahasa yang berasal

dari sumber yang samamemberi pengertian baru pada sesuatu kata

dengan merujuk kepada kata

Page 18: Kuliah 1 bml 3183

Makna afektifberkait dengan perasaan dan emosi, bukannya

fikiran atau daya fikirmuncul sebagai akibat reaksi pendengar atau

pembaca terhadap penggunaan bahasa Makna Gramatikal

struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis

jenis imbuhanawalanakhiranapitan sisipan - seperti gentar - gementar

Page 19: Kuliah 1 bml 3183

Makna Tematikapa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan

isi yang hendak disampaikan dalam mesej.makna tematik tidak akan terhasil melalui

penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap

 Makna Gayagaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh

penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen.gaya bahasa figuratif

peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut.

dialek variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan

oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakatgaya bahasa berirama

gaya bahasa puisi ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri  

Page 20: Kuliah 1 bml 3183

Makna Asosiatifmakna yang dimiliki sebuah leksem / kata

berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa.

Makna Stilistikperbezaan kata sehubungan dengan perbezaan

sosial atau bidang tertentu.Makna Kolokatif

ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu.

kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya

Page 21: Kuliah 1 bml 3183

Makna Idiom satuan bahasa (kata, frasa, kalimat)maknanya tidak dapat diramalkan dari makna

leksikal unsurnya mahupun makna gramatikalMakna Peribahasa

pelbagai takrifanbentuk bahasa yang menggunakan kalimat

atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku.

Makna Kontekstualmenurut konteksmelihat konteks penggunaanya 

Makna Referensialperkataan yang mempunyai referensi

Page 22: Kuliah 1 bml 3183

Peribahasa dan Simpulan BahasaPeribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang

mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.

mempunyai kata-kata yang bertujuan menyampaikan sesuatu perkara secara halus untuk pedoman hidup sebagai kiasan, teladan dan pengajaran

cabang peribahasa :simpulan bahasakiasan ibaratpepatahperbilanganbidalan tamsilperumpamaan lidah pendeta / kata hikmatat

Page 23: Kuliah 1 bml 3183

PERUMPAMAANperumpamaan - susunan kata dalam sesuatu

ayat yang memberi makna khas berlainan dari apa yang diucapkan atau ditulis / membandingkan sesuatu dengan benda lain laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak

lakubak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dll

ada juga perumpamaan yang tidak menggunakan kata petunjuk bersaksi ke lututpotong hidung rosak muka

Page 24: Kuliah 1 bml 3183

PEPATAHpepatah - ringkas, berkerat-kerat / berpatah-

patah, mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. ada sampan, hendak berenangada air adalah ikan

Page 25: Kuliah 1 bml 3183

BIDALANbidalan - mengandungi  nasihat, peringatan,

bimbingan, teladan dlljika pandai mengunting, hendaklah pandai

menjahitalah bisa tegal biasa

Page 26: Kuliah 1 bml 3183

SIMPULAN BAHASAsimpulan bahasa - dua / tiga perkataan,

mempunyai makna yang berlainan sama sekali dari makna asal perkataan tersebut. anak buahlipas kudungada angin

Page 27: Kuliah 1 bml 3183

KAEDAH MEMBERI MAKNA (TRADISIONAL)

SINONIM~ seerti / hampir samamaksud ayat sama / tidak berubah sama sekali 

ANTONIM ~ maksud berlawanantonim berpasangan - tanya lwn jawab, lelaki

lwn perempuanantonim berperingkat - putih lwn hitam, muda

lwn tua, kecil lwn besarantonim berhubungan - jatuh lwn bangun,

pensyarah lwn pelajar, beli lwn jual

Page 28: Kuliah 1 bml 3183

HIPONIMmencakupi makna beberapa perkataan

lain dalam satu  tata tingkat / hierarki

HIPERNIM - makna yang am. contoh : ikan

HIPONIM - makna yang khas contoh : ikan tenggirihiponim tulen - contoh : padi - beras - nasihiponim umum - nama umum. contoh : bunga

(umum) - mawar

Page 29: Kuliah 1 bml 3183

TEORI SEMANTIKSegitiga Makna Odgen dan Richard

3 bahagian - lambang, fikiran, benda. Saling berhubung secara langsung atau tidak langsung

lambang / simbol - benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran. Yang melibatkan perasaan, sikap, harapan, impian tidak termasuk simbol.

reference - referent - memenuhi satu keperluan

Page 30: Kuliah 1 bml 3183

Segitiga Semiotik Ullman3 cabang - pragmatik, semantik, sintak6 sebab berlakunya perubahan makna -

linguistik, sejarah, sosial, psikologi, menerima pengaruh luar, keperluan kata baharu.

Pemeringkatan Makna Osgoodada 7 skala - mengukur makna kata dari segi ruang semantik dan ruang yang ditakrif melalui soalan kuiz

Page 31: Kuliah 1 bml 3183

Analisis Komponen Katz dan Fodordikenali sebagai teori analisis komponenmengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan

makna antara satu dengan lain - struktur leksikal

menganalisis makna sesuatu perkataan secara terperinci

Imej bunyi / signifier~ de saussuremelalui ikatan assiotif psikologis - bunyi  yang

dihasilkan oleh seseorang dan benda-benda yang diperkatakan sebenarnya digambarkan sebagai satu entiti konsepsual melalui beberapa cara

Page 32: Kuliah 1 bml 3183

ANALISIS KOMPONEN MAKNASetiap kata mempunyai satu set komponen

makna. - tepat dan jelas.terdiri dari leksem sendiri contoh : perkaitan hospital boleh dihuraikan

sebgai mempunyai komponen berikut hospital - doktor, pesakit, jururawat,

bangunan, ubat-ubatan

Page 33: Kuliah 1 bml 3183

LEKSIKOGRAFI DLM PENGAJARANLeksikografi ialah buku yang mengandungi

kata-kata dan lain-lain yang disusun menurut abjad dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain

maklumat dalam kamus - entri, bentuk kata, ejaan dan ucapan, pembentukan kata

Page 34: Kuliah 1 bml 3183

PRAGMATIKpragmatik - menghuraikan makna

berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci

mesti ada gabungan semantik dan pragmatik - menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam.

dalam teori relevan - ada andaian asas

Page 35: Kuliah 1 bml 3183

PRINSIP RETORIK TEKSTUALretorik - keupayaan menggunakan bahasa

secara berkesan.ada kekemasan dan susunan wacanamenggunapakai 4 corak wacana - pemerian,

pendedahan, penghujahan, penceritaanlakuan lisan - laras bahasa yang mengkaji

bentuk bahasa yang diwujudkan dalam pelbagai lakuan

Page 36: Kuliah 1 bml 3183

LAKUAN BAHASA ungkapan linguistik wujud dalam perbualan atau wacana tindakan yang wujud secara langsung ketika seseorang berkomunikasi LOKUSI - lakuan pengucapan. bentuk nyata yang dituturkan ILOKUSI - lakuan niat pengucapan. apa yang dilakukan oleh penutur

dengan melafazkannya PERLOKUSI - lakuan tindakbalas pengucapan. reaksi pendengar apabila

telah mendengar sesuatu ujaran. jenis

lakuan bahasa tidak langsung - mempunyai kesantunan. menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur.

implikatur - makna tersembunyi dalam ujaran implikatur konvensional implikatur konversasional

bahasa sindiran - perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang tetapi tidak disebutkan secara tepat. Menyindir

bahasa  tersirat - bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud tetapi tidak disampaikan secara terus.