assignment kemahiran berfikir dan berkomunikasi- bml 6123

21
KOD KURSUS : BML 6123 KURSUS : KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI DISEDIAKAN OLEH: NUR IZZATI BINTI ABDULLAH ( M20092000799) DISEDIAKAN UNTUK: PROF. DR.MOHAMMED ZIN BIN NORDIN FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM

Upload: zatyhafiz-zainal

Post on 29-Jun-2015

657 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

KOD KURSUS : BML 6123

KURSUS : KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI

DISEDIAKAN OLEH:

NUR IZZATI BINTI ABDULLAH

( M20092000799)

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. DR.MOHAMMED ZIN BIN NORDIN

FAKULTI BAHASA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM

Page 2: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

KANDUNGAN

Muka surat

PENDAHULUAN 1

Definisi Tajuk 2

Teori 2

Komunikasi 2

Teori Komunikasi intrapersonal 3

Model Jendela Johari 3

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5

Mengapa Komunikasi Intrapersonal Penting ? 5

Ciri-ciri Komunikasi Intrapersonal 6

Page 3: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

APLIKASI MODEL JENDELA JOHARI DI DALAM BILIKDARJAH 6

CARA-CARA MENGATASI MASALAH YANG WUJUD DALAM JENDELA JOHARI 13

KESIMPULAN 15

BIBLIOGRAFI

PENDAHULUAN

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah suatu proses yang

melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara

seorang insan dengan seorang insan yang lain. Dalam konteks ini,

komunikasi adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran

maklumat, ilmu dan budaya yang berlaku secara langsung dan tidak

langsung, yang mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani

manusia sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya

yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam,

dan dalam keperluan perhubungan ibadat kepada Tuhan iaitu Allah

SWT Pencipta Yang Maha Agung sepanjang masa. Malah, al-Quran

telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan

perhubungan atau interaksi yang berkesan sesama insan. Antara ayat-

ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah:

Page 4: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

“Perkataan yang baik dan perbuatan yang memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya lagi Maha Pengampun.”

( al-Baqarah: 263 )

“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik yang menyenangkan hati.”

( al- Isra’: 28 )

Petunjuk daripada ayat-ayat al-Quran di atas telah menggariskan

bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah lembut, dan percakapan dan

bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi

dan interaksi berkesan sesama insan. Manakala pengetahuan tentang

teori komunikasi membolehkan kita membuat jangkaan tentang apa

yang mungkin berlaku dalam satu-satu situasi; membuat

perancangan bagi mengatasinya; dan menghadapi pelbagai situasi

atau konteks dengan lebih bersedia demi menggapai kejayaan.

1

DEFINISI TAJUK

Teori

Menurut Griffin (1997), teori adalah peta tentang kebenaran; teori

adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul

tentang sesuatu fenomena. Manakala Littlejohn (1996) pula melihat

teori sebagai percubaan untuk menerang atau menjelaskan

pengalaman, idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku. Beliau

juga berpendapat bahawa komunikasi sebagai tekaan yang bijak yang

Page 5: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

kita gunakan dalam kehidupan seharian; dan juga sebagai cubaan

untuk menerangkan sesuatu keadaan berdasarkan pemerhatian atau

kajian yang sistematik. Cragan & Shields (1998) pula mengatakan teori

sebagai kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di

antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelaskan,

menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan

terhadap fenomena. Teori dikatakan memberi penjelasan terhadap

fenomena yang menjadi ‘teka-teki’ kepada kita.

Komunikasi

Komunikasi dikatakan berasal dari perkataan Latin ‘communiatus’

yang bermaksud berkongsi sesuatu (Hamdan Adnan, 1993). Jadi

apabila kita berkomunikasi, bermakna kita sedang berusaha berkongsi

idea atau maklumat dengan individu atau orang yang kita

berkomunikasi dengannya. Menurut Carl Hovland (1953), komunikasi

merupakan proses penyampaian rangsangan (lazimnya secara lisan)

dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Sementara

Charles Osgood (1955) pula mengatakan bahawa komunikasi berlaku

apabila satu sistem atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau

sasarannya dengan memanipulasikan beberapa simbol alternatif yang

boleh disampaikan melalui saluran yang menghubungkan mereka.

Daripada beberapa pendapat di atas, dapatlah kita rumuskan

bahawa komunikasi merupakan satu proses pemindahan makna iaitu

maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman, lambang-lambang lain

daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran

tertentu dengan harapan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang

dikongsi bersama. 2

Teori Komunikasi Intrapersonal

Page 6: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

Komunikasi individu lebih dikenali sebagai komunikasi intrapersonal, yakni kita

mengenali diri sendiri dengan lebih dekat lagi dengan berfikir dan mengingati kembali

pengalaman silam demi membentuk perhubungan yang lebih bermakna di masa hadapan.

Menurut Rakhmat (2000: 49) komunikasi intrapersonal adalah proses pengolahan

informasi. Proses ini melewati empat tahap iaitu sensasi, persepsi, memori, dan

berpikir. Komunikasi intrapersonal merupakan komunikasi dalam diri sendiri, iaitu

seseorang itu berinteraksi dengan dirinya sendiri. (Sulaiman Md. Yassin, 2007).

Contohnya ialah berfikir, mengarang cerita, menulis buku, dan sebagainya.

Model Jendela Johari (Johari Window Model)

Model ini direka oleh Joseph Luft dan Harry Ingham pada tahun 1969 yang

kemudiannya menamakan model ini dari gabungan nama singkatan mereka, iaitu Jo dan

Hari sebagai salah satu cara untuk melihat dinamika kesedaran diri yang berkaitan

dengan perilaku, perasaan, dan motif manusia. Jendela ini mewakili pengetahuan tentang

diri sendiri sama ada maklumat peribadi ataupun maklumat umum. Model ini

menunjukkan bagaimana seseorang itu mendedahkan diri kepada orang lain (jendela)

serta memperoleh maklum balas tentang perhubungan intrapersonal mereka. Menurut

teori ini juga, diri manusia itu terdiri daripada empat bentuk ‘diri’, iaitu setiap diri itu

berbeza daripada yang lain. Walaupun berbeza, setiap diri itu saling mempengaruhi

antara satu sama lain.

3

Rajah Jendela Johari

Page 7: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

Jendela Johari terdiri daripada sebuah persegi yang terbahagi kepada empat, iaitu

Jendela Diri Yang Terbuka (Open Area), Jendela Diri Yang Buta (Blind Area), Jendela

Diri Yang Terselindung (Hidden Area), dan Jendela Diri Yang Tidak Diketahui

(Unknown Area). Jendela Diri Yang Terbuka ialah maklumat yang diketahui oleh diri

sendiri dan orang lain. Jendela ini melambangkan semua maklumat, sikap, perasaan,

keinginan, dorongan, dan idea-idea kita yang kita sendiri ketahui dan diketahui juga oleh

orang lain. Jendela Diri Yang Buta pula ialah maklumat yang diketahui oleh orang lain

tetapi tidak oleh diri sendiri, contohnya maklumat diri kita yang kita tidak ketahui adalah

perangai ganjil kita, bau badan kita, sifat kita yang gagap apabila gugup dan lain-lain

lagi.

Jendela Diri Yang Terselindung ialah maklumat yang tidak diketahui oleh

sesiapa, kecuali diri sendiri. Jendela ini adalah lambang diri kita yang kita sendiri tahu

tapi kita tidak ingin orang lain tahu. Contoh rahsia peribadi kita seperti masalah rumah

tangga, anak-anak, pekerjaan, kewangan, dan sebagainya. Jendela Diri Yang Tak

Diketahui pula ialah maklumat yang tidak diketahui oleh sesiapa, sama ada oleh diri

sendiri mahupun oleh orang lain. Di sini hanya kebesaran Allah Yang Maha Mengetahui

segala-galanya. Oleh kerana adanya perbezaan individu, maka besarnya kawasan

seseorang itu berbeza antara satu sama lain.

4

Page 8: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setiap orang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi, khususnya di dalam bilik

darjah. Sekiranya guru tidak faham dan tidak mahir dalam berkomunikasi dengan murid-

murid semasa mengajar, sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan

pengajarannya berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi

dengan murid-murid begitu terhad. Menurut kajian yang dilakukan oleh Flanders, 1970

(dalam Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah

telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik

darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar.

Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam

menyampai, memberi arahan dan mengkritik.

Anderson dan Brewer’s, 1946 (dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya

mendapati terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid

sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan integratif. Hasil kajian

tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif (menentukan

secara terperinci gerak-geri murid, enggan menerima langsung cadangan murid, suka

menengking dan memarahi murid, dan sebagainya) lebih banyak membawa kesan negatif

terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat

integratif (sentiasa bersetuju dengan cadangan murid, menerima perbezaan pendapat dari

murid, bersimpati dengan masalah murid, dan sebagainya) pula didapati lebih banyak

mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid.

Mengapa Komunikasi Intrapersonal Penting

Komunikasi intrapersonal penting kerana sebagai asas untuk berkomunikasi dengan

orang lain supaya lebih mantap dan berjaya; dapat menolong dalam membuat penilaian

diri bagi membantu pembuatan keputusan mengenai hal yang berkaitan dengan diri

sendiri dan masa depan; dan sebagai asas kepada memperbaiki setiap bentuk komunikasi

yang lain seperti komunikasi perantaraan dengan menggunakan telefon mahupun

komputer untuk berkomunikasi dan berutusan mesej.

5

Page 9: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

Ciri-ciri Komunikasi Intrapersonal

1. Komunikasi berlaku dalam diri sendiri

2. Individu adalah enkoder dan dekoder mesej

3. Individu itu sendiri menghantar dan menerima mesej sendiri

4. Individu memberi maksud mesej dan terus bertindak dalam diri sendiri

5. Individu sering bercakap dengan diri sendiri

6. Individu bermenung, merenung kembali dan berfikir untuk sekarang mahupun

masa depan

7. Individu bertindak kepada apa yang difikirkan

8. Individu mungkin dekod signal daripada persekitaran

9. Individu melakukan komunikasi intrapersonal sebelum berkomunikasi dengan

orang lain

APLIKASI MODEL JENDELA JOHARI DI DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan dan waktu

untuk guru berinteraksi dengan murid-murid juga begitu terhad. Oleh itu, segala respon

yang berlaku antara kedua-dua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan

segera, malah ia seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan

berfikir. Sehubungan dengan itu, apabila berhadapan dengan pelajar, guru bukan sahaja

perlu kreatif dan inovatif, tetapi guru juga perlu menggunakan pelbagai pendekatan yang

berlandaskan kepada teori dan model tertentu untuk menjamin kelangsungan komunikasi

yang berkesan. Dalam hal ini, kita sebagai guru boleh menggunakan teori yang terdapat

dalam model Jendela Johari untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan

pelajar di dalam bilik darjah.

Berdasarkan model tersebut, kita boleh mengamalkan Jendela Diri Yang

Terbuka(Open Area) apabila berhadapan dengan pelajar kita. Jendela ini melambangkan

semua maklumat, sikap, perasaan, keinginan, dorongan dan idea-idea yang diketahui oleh

6

Page 10: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

seseorang pelajar itu berkenaan dirinya sendiri dan maklumat itu diketahui juga oleh

rakan-rakan mereka. Antara maklumat itu adalah nama, rupa paras, agama, bangsa,

pendidikan dan kegemaran. Contohnya, untuk membina hubungan yang baik dengan

pelajar, kita boleh memulai dengan mendedahkan informasi yang ringan tentang diri kita

seperti nama, status perkahwinan, kelulusan, hobi dan sebagainya. Dalam hal ini,

lazimnya pelajar juga akan bertindak sama seperti kita, iaitu mereka juga akan berkongsi

maklumat tentang diri mereka dengan kita dan rakan-rakan mereka yang lain. Oleh itu,

semakin besar Jendela Diri Yang Terbuka, maka semakin produktif dan menguntungkan

hubungan kita dengan pelajar.

Selain itu, kita boleh perhatikan bahawa pelajar yang popular dalam kalangan

rakan-rakannya juga didapati mempunyai jendela terbuka yang luas. Lazimnya orang

yang popular mempunyai estim diri yang tinggi kerana mereka mempunyai banyak rakan

yang dapat membantu mereka mengenali siapa diri mereka. Sejauh mana seseorang

pelajar sanggup membuka jendela ini mempunyai kesan ke atas sejauh mana rakan-

rakannya dan guru sanggup menerima dirinya. Semakin banyak seseorang pelajar itu

bersedia mendedahkan maklumat dirinya, maka semakin mudah bagi guru dan rakan-

rakannya menerima kehadiran dirinya. Hal yang sama juga berlaku kepada diri kita,

sekiranya kita sanggup berkongsi lebih banyak maklumat tentang diri kita dengan pelajar,

maka semakin mudah bagi pelajar untuk menerima diri kita, dan keadaan ini

memungkinkan berlakunya komunikasi yang lebih berkesan antara kita dengan pelajar

kita.

Selain mendedahkan maklumat diri, kita sebagai guru juga boleh berkongsi

perasaan dan emosi dengan pelajar. Sebagai manusia biasa kita sering bermain dengan

emosi (mood). Mungkin dalam keadaan tertentu atau hari tertentu emosi kita terganggu,

maka di sini kita boleh berterus terang dengan pelajar tentang apa yang kita tidak suka

mereka buat. Dengan itu, pelajar akan lebih memahami diri kita dan sekiranya perkara

sebaliknya berlaku, kita sebagai guru juga harus menerima mereka seadanya. Sekiranya

hubungan guru dengan pelajar sudah intim, maka hal ini akan menguntungkan diri kita

sebagai guru kerana komunikasi kita dengan pelajar tidak ada halangan lagi. Pelajar juga

7

Page 11: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

tidak akan segan atau malu untuk mendedahkan maklumat diri mereka kepada guru,

misalnya tentang masalah kemiskinan keluarga, masalah perceraian ibu bapa, masalah

penderaan, masalah percintaan dan sebagainya. Semakin lama maklumat tersebut akan

terus bertambah secara vertical sehingga mengurangi Hidden Area (kawasan terlindung).

Keadaan ini dapat digambarkan melalui rajah Jendela Johari seperti berikut:

Kelemahan Jendela Diri Yang Terbuka (Open Area) ini ialah ada

kalanya jendela ini kita buka luas dan dengan suka relanya kita

mendedahkan banyak maklumat tentang diri kita kepada pelajar kita

tanpa ada hadnya, sedangkan maklumat yang kita dedahkan itu

kadang-kadang boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Contohnya ialah pendirian politik kita. Kadang-

kadang di dalam kelas, kita tidak sengaja akan menyentuh perkara

berkaitan senario politik negara dan memberikan pandangan tertentu

berkaitan isu politik. Mungkin apa yang kita perkatakan pada masa itu

ialah pandangan peribadi kita, tetapi apabila pelajar

menyampaikannya kepada ibu bapa mereka, perkara yang sebaliknya

akan berlaku. Oleh itu, kita sebagai guru haruslah menapis maklumat

yang hendak kita kongsi dengan pelajar terlebih dahulu agar tidak

berlaku perkara yang bertentangan dengan etika perkhidmatan kita.

Selain menggunakan Jendela Johari Yang Terbuka, dalam

keadaan tertentu kita sebagai guru juga boleh memanfaatkan Jendela

Diri Yang Buta semasa berada di dalam kelas. Hal ini boleh dikaitkan

Page 12: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

dengan sesetengah orang yang sangat ‘buta’ tentang diri sendiri dan

takut hendak mendengar pendapat orang lain berkenaan diri sendiri,

kecuali

8

perkara yang baik-baik sahaja. Ada kalanya kita mengetahui banyak

perkara berkenaan dengan pelajar kita, tetapi kita

tidak boleh mendedahkan kepada mereka segala apa yang kita

ketahui kerana mereka mungkin akan mengalami kesan negatif

daripada apa yang kita beritahu. Contohnya, nafas mereka berbau,

ketiak berbau, gigi kuning, badan berbau hapak dan hanyir, kedekut,

pentingkan diri, dan sebagainya. Ada orang tidak dapat menerima

kritikan seperti itu dan mereka mengalami kejutan yang dahsyat

sehingga merasa sangat rendah diri atau terhina. Oleh itu, dalam

konteks sebegini, kita sebagai guru perlulah mencari jalan atau cara

untuk memberitahu pelajar dengan lembut dan tidak mengguris

perasaan mereka. Penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami

atau halus dan tersirat, disusuli dengan memek muka yang berseri

mungkin dapat mengurangkan perasaan malu dalam kalangan pelajar

apabila terpaksa berhadapan dengan situasi begini. Malah, keadaan ini

turut disokong oleh Riwayat al-Bukhari yang berbunyi “Sesungguhnya

Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua hal”.

Walau bagaimanapun, kita sebagai guru juga terdedah kepada

kelemahan Jendela Diri Yang Buta ini kerana dikhuatiri pelajar kita pula

yang akan mengkritik peribadi kita secara tidak berhemah di hadapan

khalayak. Oleh itu, jelaslah bahawa kelemahan Jendela Diri Yang Buta

ini ialah kita dan pelajar kita berisiko untuk dimalukan dengan kritikan,

teguran, dan mungkin juga ejekan dan sebagainya.

Namun di sebaliknya pula, ada sesetengah orang sangat ingin

tahu siapa diri mereka yang sebenar dan sentiasa mencari maklum

Page 13: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

balas daripada orang-orang di sekeliling mereka. Mereka adalah orang

yang dapat menerima kritikan peribadi dengan hati yang terbuka

daripada orang lain dan memperbaki kelemahan diri supaya perkara

yang sama tidak berlaku berterusan dan mereka inilah antara orang

yang berjaya menjawat jawatan dan pangkat yang tinggi dalam

sesebuah organisasi. Keadaan ini adalah bertepatan dengan ciri-ciri

komunikasi intrapersonal yang ke-6, iaitu individu bermenung, merenung

kembali dan berfikir untuk sekarang mahupun masa depan dan ciri yang ke-7, iaitu

individu bertindak kepada apa yang difikirkan.

9

Bagi Jendela Diri Yang Terselindung pula, ia melambangkan segala maklumat

tentang diri kita yang kita tahu tetapi kita tidak mahu orang lain tahu. Dengan kata lain, ia

adalah diri kita yang kita rahsiakan. Ada orang yang suka memberitahu segala macam

maklumat berkenaan diri mereka kepada orang lain, dan ada juga orang, yang kalau boleh

langsung tidak mahu sesiapa pun tahu apa-apa berkenaan diri mereka. Mereka akan

bercakap-cakap tentang bermacam-macam perkara di dunia ini, kecuali berkenaan diri

mereka sendiri. Untuk mengaplikasikan Jendela Diri Yang Terselindung ini di dalam

kelas, kita haruslah memilih maklumat peribadi yang sanggup kita dedahkan kepada

orang lain, dan kita juga harus memilih kepada siapa maklumat itu sanggup kita

dedahkan. Adalah janggal sebagai guru, kita mendedahkan maklumat tentang perceraian,

atau keruntuhan rumah tangga kita kepada pelajar. Begitu juga dengan masalah sikap

kita, contohnya, suka berhutang, malas solat, panas baran, hipokrit, kaki judi, kaki

minum, kaki pukul, kaki mengurat, dan sebagainya. Lazimnya, kita hanya akan bercerita

tentang perkara yang baik sahaja tentang diri kita.

Oleh hal yang demikian, Jendela Diri Yang Terselindung ini sebenarnya

merupakan salah satu gangguan dan halangan komunikasi di dalam bilik darjah kerana

faktor psikologi guru atau pelajar yang melibatkan emosi yang kurang stabil boleh

menjejaskan tumpuan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, apabila

Page 14: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

emosi guru atau pelajar terganggu akibat masalah keluarga atau masalah rumahtangga,

tumpuan yang kurang teliti dan kurang mantap menghalang berlakunya komunikasi

secara berkesan antara guru dan pelajar. Ada guru yang masuk ke kelas dan memberi

kerja kepada pelajar, dan hanya duduk membuat hal sendiri tanpa mempedulikan pelajar

di sekelilingnya. Keadaan yang sama juga sering kita lihat pada pelajar kita yang sering

‘duduk’ dalam dunia mereka sendiri seolah-olah berkhayal dan kurang mahu

bersembang-sembang dengan rakan mereka atau menjawab pertanyaan guru. Semakin

banyak gangguan atau maklumat peribadi yang kita rahsiakan, semakin besarlah

gangguan dalam komunikasi kita di bilik darjah. Hal ini dapat digambarkan melalui rajah

Jendela Johari di bawah:

10

Seterusnya, kita juga boleh mengaplikasi Jendela Diri Yang Tak

Diketahui sebelum memulakan sesuatu komunikasi dengan orang lain

ataupun dengan pelajar kita. Jendela ini adalah lambang siapa

sebenarnya diri kita, tetapi kita tidak tahu dan orang lain pun tidak

tahu, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Contohnya,

apakah peristiwa atau perkara yang akan berlaku pada tahun 2020 ?.

Dalam konteks ini, kita perlulah banyak bermuhasabah diri, dan

bertawakal kepada Allah Subhanahuwataala agar kita sentiasa

mendapat rahmat dan hidayahNya. Bermuhasabah diri bermaksud

usaha menilai keadaan diri tentang amalan yang lalu dan

penghasilannya dalam usaha untuk memperbetulkan kesilapan dan

Jendela Diri Yang Terbuka

Jendela Diri Yang Buta

Jendela Diri Yang Terselindung

Jendela Diri Yang Tak Diketahui

Page 15: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

mempertingkatkan sifat-sifat terpuji. Manakala bertawakal pula

bermaksud berserah diri kepada Allah SWT setelah berikhtiar dan

berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Perkaitan antara bermuhasabah diri dan bertawakal dengan

Jendela Diri Yang Tak Diketahui ialah kita boleh mengingatkan pelajar

kita bahawa tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada Tuhan Yang

Maha Esa. Walau apa pun masalah yang kita hadapi, tetap ada jalan

penyelesaiannya, dan kita sebagai hambaNya perlulah berusaha

bersungguh-sungguh dan bertawakal kepadaNya, serta pasrah dan

redha dengan ketentuan Illahi. Hal ini demikian kerana manusia

hanya boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukannya, dan

sebagai guru kita haruslah membimbing pelajar agar membuat

perancangan dan persediaan yang rapi dalam pembelajaran,

menghadapi ujian, peperiksaan dan lain-lain lagi. Nescaya dengan

segala bimbingan dan nasihat yang dicurahkan, guru secara tidak

langsung dapat mewujudkan keintiman dan komunikasi yang berkesan

dapat ditingkatkan.

11

Walau bagaimanapun, Jendela Diri Yang Tak Diketahui ini

sebenarnya merupakan satu kekangan dalam komunikasi di peringkat

sekolah. Hal ini kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan

berlaku dan situasi seperti ini akan menimbulkan prasangka dalam diri

kita dan pelajar kita. Contohnya, kita telah berjanji dengan pelajar

untuk membawa mereka menyaksikan sebuah drama yang berkaitan

dengan Komponen Sastera di makmal bahasa pada hari tertentu.

Tetapi tiba pada harinya, kita tidak hadir ke sekolah kerana anak kita

sakit, ataupun kita menghadapi masalah kekeluargaan. Jadi, pelajar

yang teruja untuk menonton drama tersebut, tentu agak kecewa

dengan ketidakhadiran kita, tambahan pula mereka tidak

Page 16: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

dimaklumkan sebab-sebab ketidakhadiran kita ke sekolah. Mungkin

ada pelajar yang beranggapan bahawa kita telah memungkiri janji, dan

keadaan ini akan bertambah buruk apabila kita kembali ke sekolah dan

lupa pula akan janji kita dengan pelajar berkenaan.

Hal ini juga bertimbal balik sekiranya pelajar juga tidak dapat

melaksanakan perancangan yang telah dirancang bersama

kita.Misalnya, kita apabila kita telah berjanji hendak mengadakan

perbincangan dalam kelas tentang topik yang telah diberikan, tetapi

pada keesokan harinya, hanya separuh sahaja daripada pelajar yang

hadir ke sekolah. Tentu kita akan berasa agak kecewa dan akan mula

membuat pelbagai andaian tentang pelajar kita, walaupun mungkin

ada dalam kalangan mereka yang benar-benar menghadapi masalah,

seperti kematian ahli keluarga, ditimpa kemalangan, musibah banjir

kilat, rompakan, dan sebagainya. Dengan kata lain, semakin besar

ruang Jendela Diri Yang Tak Diketahui, semakin tidak berkesanlah

sesuatu komunikasi itu. Hal ini dapat digambarkan seperti rajah di

bawah:

12

CARA-CARA MENGATASI MASALAH YANG WUJUD DALAM

JENDELA JOHARI ( KOMUNIKASI INTRAPERSONAL)

Jendela Diri Yang Terbuka

Jendela Diri Yang

Terselindung

Jendela Diri Yang Buta

Jendela Diri Yang Tak Diketahui

Page 17: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

Anggapan kita terhadap diri kita sendiri sentiasa berubah-ubah

daripada masa ke masa. Ada kalanya perubahan itu berlaku perlahan-

lahan, ada kalanya ia berlaku dengan mendadak dan drastik sekali.

Segala perubahan yang berlaku pada kita akan membawa kesan

kepada komunikasi kita dengan orang-orang yang berada di sekeliling

kita. Berdasarkan Teori Komunikasi Intrapersonal, kita sebenarnya

dapat mengenali diri kita dengan lebih jelas sebelum kita memulakan

sesuatu komunikasi dengan orang lain. Namun, tidak ada satu teori di

dunia ini yang diakui sempurna, melainkan dengan kekurangan yang

perlu diperbaiki dan dimantapkan lagi, begitu jugalah dengan Teori

Intrapersonal berkaitan Jendela Johari yang terdapat beberapa

kelemahan dalam mengaplikasikannya. Untuk mengatasi kelemahan

tersebut, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya

ialah:

1. Untuk mengelakkan maklumat terdedah tanpa kawalan dalam

Jendela Diri Yang Terbuka, kita haruslah mengawal dan

menapis maklumat yang hendak kita dedahkan kepada

pelajar.

2. Bagi Jendela Diri Yang Buta pula, kita hendaklah mendengar

apa yang orang lain kata berkenaan diri kita. Dengan cara ini,

kita dapat melihat diri kita daripada sudut pandangan orang

lain.

3. Kita juga perlu dengan sengajanya mencari maklumat

tambahan berkenaan diri sendiri dengan meminta pendapat

orang di sekeliling kita tentang diri kita dan apa yang kita

buat.

4. Kita jangan bersikap defensif apabila orang memberi maklum

balas kepada kita, dengar sahaja dan ambil perhatian. Apabila

kita bersikap defensif, lain kali orang tidak mahu memberi

maklum balas lagi.

Page 18: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

5. Bagi Jendela Diri Yang Terselindung pula, walaupun

gangguannya melibatkan emosi, tetapi kita masih boleh

mencuba dengan cara mendedahkan lebih banyak maklumat

tentang diri kita yang selama ini kita rahsiakan. Cuba

terangkan siapa diri kita sendiri dari sudut pandangan kita

sendiri.

13

Dengan berbuat demikian, kita mungkin akan tercungkil maklumat-maklumat

yang selama ini kita pendamkan, atau yang tidak kita sedari.

6. Bagi mengatasi masalah komunikasi dalam Jendela Diri Yang

Tak Diketahui, kita haruslah banyak bermuhasabah diri dan

mensyukuri atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya.

Kita perlu menerima hakikat bahawa kita hanyalah manusia

biasa yang tidak mungkin dapat mengatasi kekuasaan Tuhan.

Walau bagaimana kita rancang sekalipun, sekiranya yang di

atas sana tidak perkenankan, maka ianya tidak akan berlaku.

Jadi kita haruslah berpegang kepada pepatah yang

mengatakan, “ tidak ada orang yang merancang untuk gagal,

tetapi orang yang gagal merancang itulah orang yang gagal”

7. Seterusnya, kita perlu berlatih melihat diri sendiri

sebagaimana orang lain nampak. Setiap ahli keluarga dan

sahabat kita melihat diri kita secara berbeza-beza, dan

mereka semuanya betul kerana diri kita adalah semua yang

mereka nampak. Cuba gambarkan bagaimana orang yang

rapat dengan kita, malah musuh kita melihat diri kita kita,

maka dengan ini kita akan dapat memahami diri kita dengan

lebih jelas.

Page 19: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

14

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, mengenali diri sendiri adalah langkah awal

dari proses penciptaan diri. Proses penyingkapan diri (self-disclosure)

dan meminta maklum balas (feedback) dalam model Jendela Johari ini

dapat dilakukan ketika kita berinteraksi dengan orang lain sebagai

jalan untuk membuka cakrawala diri . Pemahaman terhadap diri akan

memberikan kesempatan untuk merubah hal-hal yang ingin diubah

dan mengetahui kelebihan dan kekurangan diri dapat membantu

seseorang menentukan strategi dan hala tuju hidup yang lebih baik

dan yang lebih penting ialah memangkin kepada pembentukan

komunikasi yang berkesan. Tanpa mengetahui diri sendiri, penerimaan

dan perubahan diri menjadi perkara yang tidak memungkinkan.

Selain itu, komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan

maklumat atau perutusan, idea, atau pengetahuan kepada penerima

dengan baik, tepat dan sama makna tanpa menimbulkan kekeliruan

atau salah faham. Pengetahuan mengenai ciri-ciri komunikasi yang

Page 20: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

baik perlu wujud pada sumber, iaitu guru, saluran, iaitu media atau

bahasa dan penerima, iaitu murid-murid atau pelajar. Kombinasi

antara ciri-ciri baik pada sumber saluran dan penerima akan

membantu mencapai matlamat komunikasi yang berkesan. Hal ini

bertepatan dengan ciri-ciri dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara

yang diamalkan di negara kita iaitu memperlihatkan hubungan dan

jalinan yang amat erat dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan

antara guru dengan guru, dan antara guru dengan murid. Para

pentadbir sekolah dan pengurus sekolah atau institusi pendidikan

seharusnya peka dengan kepentingan komunikasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi yang berkesan

sesungguhnya merupakan asas pendidikan yang bermutu.

15

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000) Teori Dan Teknik Ucapan Berpengaruh.

PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Abdullah Sani Yahya, Abdul rashid Mohamed, dan Abdul Ghani Abdullah (2007) Guru

Sebagai Pemimpin. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Page 21: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

Astrid S. Susanto (1987) Komunikasi Teori dan Praktis, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Edward,A.D. and Westergate (1987) Investigating Classroom Talk. The Falmer Press,

London and Philadelphia.

Griffin, E.M. (1997) A First Look at Communication Theory, 4th ed. McGraw Hill,

New York.

Hovland,C.I., Janis,I.L. and Kelley, H.H., (1953) Communication And Persuasion.

University Press, Yale.

Jaafar Muhamad (1996) Kelakuan Organisasi. Leeds Publications, Kuala Lumpur

John F. Cragan & Donald Shield (1998) Understanding Communication Theory,

The Communication Forces For Human Action, Allyn & Bacon, United State of

America

Littlejohn, S.W. (1996) Theories of Human Communication, 5th ed. Wadsworth, New

York.

Mohd. Amir Sharifudin Hashim (1986) Pengurusan Bilik Darjah: Interaksi Guru

Murid. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohamad Hamdan Adnan (1993) Teknik Perhubungan Awam. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 22: Assignment Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi- BML 6123

Osgood, C. And Tannenbaum, P., (1955) The Principles Of Congruity In The

Prediction Of Attitude Change. Psychological Review.

Rakhmat Jalaluddin (2000) Psikologi Komunikasi. PT. Remaja Rosdakarya, Bandung

Saodah Wok, Narimah Ismail, dan Mohd. Yusof Hussain (2005) Teori - Teori

Komunikasi. PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Sulaiman Md. Yassin, Mohd Salleh Lebar, dan Azlina Abu Bakar (2002) Komunikasi

Dalam Pengajaran Dan Kepimpinan Pendidikan. Karisma Publications Sdn Bhd,

Selangor.