bml 3113 sejarah bahasa melayu tugasan 1

60
BML 3113: SEJARAH BAHASA MELAYU (a) Esei Ilmiah (a) (b) (b) Jawapan dan respon/interaksi melalui e-forum (c) Salinan Jawapan ujian/ kuiz DISEDIAKAN OLEH NAMA NO ID NO:TEL ROZITAH BT MAT DERUS D20111049926 0124972684 NAMA TUTOR E-LEARNING : ABDUL HALIM BIN ALI TARIKH SERAH: 15 NOVEMBER 2012 PEMARKAHAN ESEI ILMIAH (a) (b) FORUM JUMLAH

Upload: hatizor-jie

Post on 14-Feb-2015

309 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

BML 3113: SEJARAH BAHASA MELAYU

(a) Esei Ilmiah (a) (b)

(b) Jawapan dan respon/interaksi melalui e-forum

(c) Salinan Jawapan ujian/ kuiz

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO ID NO:TEL

ROZITAH BT MAT DERUS D20111049926 0124972684

NAMA TUTOR E-LEARNING : ABDUL HALIM BIN ALI

TARIKH SERAH: 15 NOVEMBER 2012

PEMARKAHA

N

ESEI ILMIAH

(a)

(b)

FORUM

JUMLAH

Page 2: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0 ESEI ILMIAH

1.1 Kajian mengenai suku bangsa atau etnik dan hubungannya dengan

rumpun Bahasa Melayu.

Pengenalan

Definisi Bangsa/Bangsa Melayu/ Asal Usul Bangsa Melayu 1

Teori Yunan 5

Teori Nusantara / Bahasa Melayu 6

Bahasa Melayu(Abad ke 13 hingga 18 Masehi 10

Bahasa Melayu (Abad ke19 dan 20 Masehi) 13

Asal-usul Etnik Minangkabau 15

Taburan Geografi Etnik Minangkabau/Suku-suku Dalam Etnik Minang 16

Keturunan Minangkabau 17

Salasilah Minangkabau 20

Hubungan Etnik Minangkabau Dengan Rumpun Bahasa Melayu 22

Dialek Minangkabau Dalam Bahasa Melayu 26

Kesimpulan 27

Rujukan

Page 3: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

1.2 Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji,

beri contoh-contoh kata ayat, ayat, bahan satera, objek bahasa atau

apa sahaja yang sesuai untuk embuktikan hubungan kekeraban dengan

bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

2.0 Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep kaum dan bangsa.

2.2 Pada penilaian anda kenapa suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat

mempelajari kesusateraan dan kebudayaan Melayu tetpi tidak pada hari ini.

2.3 Budaya popular dikatakan menggugat identity dan jati diri bangsa.Hujahkan.

2.4 Pada penilaian anda mampukah bahasa dan kesusateraan Melayu memainkan

peranannya dalam kegiatan ekonomi.

2.5 Setujukah anda jika dikatakan majlis perkahwinan telah dokimersialkan. Beri hujah

anda dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.

Esei Ilmiah (a)

Page 4: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

ABSTRAK

Terdapat dua teori atau pandangan berkenaan asal-usul bangsa dan Bahasa Melayu iaitu

yang menyatakan bangsa dan Bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia( Teori Yunan)

dan satu lagi teori yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu berada di Kepulauan Melayu

sejak sekian lama ( Teori Nusantara). Walau bagaimanapun Teori Yunan lebih popular

berdasarkan beberapa tinggalan artifak sejarah yang menjadi alasan-alasan yang

menyokong teori tersebut. Filum merupakan kelompok bahasa induk yang paling tua

usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun pula bermaksud kumpulan bahasa yang

mempunyai lama-waktu antara 2500 – 5000 tahun. Manakala keluarga pula bermaksud

bahasa yang kurang dari 2500 tahun. Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai

persamaan dan kelainan yang terdapat di kalangan keluarga bahasa. Ini berdasarkan sistem

bunyi, pembentukan kata,perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. Ramai etnik

Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia berhijrah ke Semenanjung Malaysia iaitu di

Negeri Sembilan dan Johor.Penghijrahan tersebut berlaku lantaran adat Minangkabau yang

menyebelahi kaum wanita menyebabkan kaum lelaki terpaksa merantau untuk membina

kehidupan Oleh itu pengaruh Minangkabau telah meluas di negeri-negeri tersebut.

Sesungguhnya Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk beberapa dialek.

Antaranya ialah dialek Minangkabau yang dituturkan oleh etnik Minangkabau. Kelompok

Minangkabau telah mempengaruhi penutur-penutur Bahasa Melayu dengan dialek etnik

tersebut.

Page 5: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Pengenalan

Definisi Bangsa

Bangsa adalah merupakan sekumpulan manusia yang bersatu pada satu wilayah

atau kawasan dan mempunyai perhubungan dengan wilayah tersebut. Keinginan

membentuk kesatuan bersama muncul kerana terdapat persamaan nasib dan sejarah

sehingga menimbulkan persatuan dalam suatu kominiti masyarakat membentuk kesedaran

bangsa.

Aspek budaya, bahasa, agama dan tradisi adalah merupakan bentuk kesamaan

tersebut. Aspek-aspek tersebutlah yang menjadi perkara pokok untuk membentuk seuah

kesedaran untuk bersatu, bergabung dan berbangsa walau di mana sekalipun di dunia ini.

Ahli sosiologi mendefinisikan bangsa sebagai kelompok yang ditakdirkan untuk bersama,

senasib sepenangungan dalam sesuatu negara. Menurut Ernest Eman-Prancis,Bangsa

terbentuk kerana adanya keinginan untuk hidup bersama dengan perasaan kesetiakawan

yang agung. Kebanyakan bangsa terbentuk kerana adanya faktor-faktor yang membezakan

dengan bangsa lain iaitu NASIONALISME. Antara fakto-faktor tersebut ialah kesamaan

keturunan,wilayah, bahasa, adat istiadat, kesamaan politik, perasaan dan agama.

Bangsa Melayu

Melayu adalah merujuk kepada mereka yang bertutur menggunakan bahasa Melayu.

Melayu juga merujuk kepada mereka yang megamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa

Melayu merupakan bangsa yang termuda di kalangan bangsa-bangsa lain di dunia.

Menurut catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) yang ditulis sekitar tahun644 Masihi telah

menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah

Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-le-yeu.Nama Mo-le-yeu adalah diambil daripada

nama sebatang sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebu,iaitu sungai Melayu.

Berdasarkan daripada cerita, arus sungai tersebut mengalir dengan deras Pengertian

Melayu adalah sama dengan pengertiannya dalam bahasa Jawa, selaju orang berlai. Jadi

Melayu yang diertikan itu adalah sama denan pengertiannya dalam bahasa Jawa, iaitu lari.

2

Page 6: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indon- Melayu (Austonesia) yang bergerak dari

Yunan. Adalah dipercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu ini terletak di daerah Jambi. Seorang

rahib I – Tsing telah mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu yang merujuk kepada dua

buah kerajaan yang dilawatiinya sekitar tahun 675 Masihi(Darwis Harahap,1992:13) Mereka

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad

ke tujuh. Perkataan Melayu dikatakan berasal daripada perkataan `Himalaya` yang telah

disingkatkan kepada `Malaya`, dan kemudiannya menjadi Melayu. `Hima` dan `alaya`

adalah dua patah perkataan yang masing-masing bermakna salji aatau salju . Manakala

`alaya` pula membawa maksud tempat. Jadi Himalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di

puncak gunung yang tinggi.

Kata Melayu, mengikut Slametmuljana sebenarnya berasal daripada perkataan

Sanskrit. Perkembangan bahasa itu berlaku di dua tempat yang berbeza iaitu di seberang

Utara Selat Melaka yang mengekalkan sebutan `Malaya`. Di sebelah Selatan Utara Selat

Melaka pula perkataan `Malaya` telah mengalami perubahan sebutan kepada `Melayu`.

Di samping itu terdapat juga pengkaji perkataan Melayu berasal daripada

perkataan `pamalayu, iaitu berlakunya peristiwa penyerangan oleh Raja Kertanegara dari

Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempada Sumatera Barat. Maka telah didirikan

sebuah prasasti, iaitu prasati Amoghapasa sebgai peringatan berlakunya ekspedisi

angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1826.

Menurut kajian UNESCO (1972), bangsa Melayu adalah merupakan satu

keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama. Mereka mempunyai

bentuk fizikal tubuh badan yang hamper sama, berkulit sawo matang, rambut lurus,

mempunyai ketinggian sederhana penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu

Madagaskar yang terletak di pantai timur benua di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter

Land)s Afrika di Lautan Pasifik berhanmpiran dengan Republik Chile di timur. Kemudiannya

dari kepulauan Haeaii dan Taiwan di utara hingga ke selatan Pulau New Zealand. Hal ini

menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu.

3

Page 7: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Jadi, takrifan ini dapat disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan sebagai Melayu

itu adalah dari segi penentuan taraf kewarganegaraan, penduduk yang menjadi rakyat

negara Melayu berkenaan boleh menjadi kepada sesiapa sahaja selain rakyat Melayu

sendiri. Pengertian Melayu dari segi suku bangsa bermaksud mereka ini mestilah

berketurunan suku Melayu dari segi darah dagingnya dan agama Islam tidaklah menjadi

syarat.

Secara amnya.terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang

itu berbangsa Melayu iaitu penakrifan dari segi undang-undang dan penakrifan dari sudut

antropologi. Menurut penakrifan undang-undang di Malaysia, Melayu mestilah seorang yang

beragama Islam, bertutur bahasa Melayu.mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir

sebelum merdeka sama da di Persekutuan Tanah Melayu(Malaya) atau Singapura atau

pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekuuan atau Singapura. Walau bagaimanapun

takrifan ini ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Pun begitu istilah tersebut

adalah kurang tepat dari segi hakikat sebenarnya kerana terdapat juga orang Melayu yang

bermastautin di luar Persekutuan Malaysia.

Menurut penakrifan antropologi pula.Syed Husin Ali menjelaskan bahawa orang

Melayu itu dari segi lahiriahnya adalah berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar

dan tegap serta selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Manakala dari segi

etomologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan system

kemayarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk ke dalam bangsa.

Asal-usul Bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu sukar ditentukan. Namun begitu terdapat dua teori yang

cuba merungkai mengenainya iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara. Selain itu terdapat

juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal dari pengikut Nabi

Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di Sungai Jambi dan Palembang. Kejadian itu berlaku

ketika banjir besar berlaku di bumi. Pendapat tersebut belum dapat disahkan

kebenarannya.

4

Page 8: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Teori Yunan

Penemuan beberapa artifak sejarah telah menjadi penyokong kepada kedua-dua

teori tersebut yang dipersetujui oleh beberapa sarjana R.H. Geldern, J.H.C Kern, F.R

Foster,J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Antara artifak yang ditemui

ialah kapak tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu. Hal ini

menunjukkan bahawa terdapatnya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan

Melayu. Penemuan mengenai adat resam bangsa Melayu yang mirip kepada suku Naga di

daerah Assam(berhampiran dengan sempadan India dengan Myammar).Teori yang

menyatakan bangsa Melayu itu berasal dari Yunan adalah dapatan daripada penggunaan

bahasa Melayu yang dikatakan serumpun dengan bahasa Kemboja. Berkemungkinan

penduduk Kemboja yang berasal dari Yunan telah menyusuri Sungai Mekong telah

berlakunya perhubungan antara bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus

menandakan pertaliannya antara dataran Yunan.

Berdasarkan teori tersebut ,terdapat tiga gelombang yang utama iaitu, orang

Negrito,Melayu Proto dan juga Melayu Deutro. Gelombang pertama dikenali sebagai

Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi. Kira-kira dalam tahun

1500 Sebelum Masehi, muncul pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-

Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah di

Asia Tenggara. Melayu-Deutro hidup berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.

Dan biasanya memilih seorang ketua sebagai ketua pemerintah yang bertindak sekaligus

sebagai ketua agama. Mereka menganuti fahaman animisme. Mereka mempunyai

peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenali

kebudayaan logam. Mereka juga menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.

Mereka juga lebih bijak dan mahir dalam bidang astronomi,pelayaran dan bercucuk

tanam.Kehadiran mereka menyebabkan orang Melayu-Proto seperti orang

Jakun,Mahmeri,Temuan,Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain terpaksa

berpindah ke pedalaman. Justeru, Melayu-Deutro adalah merupakan masyarakat Melayu

yang ada pada masa kini yang menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Kumpulan pertama dan kedua injlah dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang

terdapat di Nusantara kini adalah berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

5

Page 9: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Teori Nusantara

Teori Nusantara disokong oleh J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan

juga Gorys Keraf. Teori-teori tersebut telah disokong dengan alasan-alasan seperti bangsa

Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun tinggi. Hal ini kerana pada abad ke 19, taraf

ini hanya dapat dikesapi setelah perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan

orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

Pendapat tersebut disokong oleh K.Himly yang menyatakan bahasa Melayu adalah

serumpun dengan bahasa Champa. Maka persamaan yang berlaku adalah merupakan satu

fenomena `ambilan`.

Manusia Kuno Humo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.

Jadi penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan ada kemungkinan orang

Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut. Mereka juga yakin bahawa mereka

telah mewujudkan tamadunnya sendiri.

Melayu Asli ataupun Melayu Proto merupakan masyrakat Melayu pertama yang

mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian. Manakala Melayu Deutro yang tiba sekitar

tahun 1500 SM pula mempunyai kemahiran menangkap ikan. Mereka membina

penempatan di sepanjang pesisir pantai. Kedua-dua golongan tersebut telah berkahwin

dengan masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa dan penduduk tempatan yang

berasal daripada keturunan Australia dan Negrito. Pendapat tersebut disokong dengan

bukti-bukti alatan-alatan batu yang dijumpai dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan

alatan dari Asia Tengah, Persamaan adat resam Melayu dan Assam, Bahasa Melayu dan

Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang Kemboja adalah dari Sumber

Sungai Mekong.

Kesimpulannmenurut sejarah,ya masyarakat Melayu adalah berasal dari

percampuran di antara tiga tiga rumpun bangsa yang berbeza iaitu Negrito,, Austro – Asiatic

dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.

6

Page 10: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Bahasa Melayu

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia) mempunyai perbezaan yang ketara

dengan bahasa di Asia Tengah(Bahasa Indo-Eropah) adalah antara alasan yang

menyokong Teori Yunan tersebut.

7

Page 11: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Carta aliran di atas menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa

dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austronesia dan Tibet-

China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama

dengan bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang La.

Rumpun bahasa Austronesia ini terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil:

1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.

Contohnya: Bahasa Melayu,Acheh,Jawa,Sunda,Dayak,Tagalog,Solo,Roto,Sika dan

lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia.

Contoh: Bahasa Hawaii, Tonga,Maori dan Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia.

Contoh: Bahasa-bahasa Kepulauan Fiji,Irian dan Kepulauan Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia.

Contoh: Bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,Marshall,Carolina dan Gilbert.

Kira-kira 200 hingga 300 bahasa cabang bahasa yang tergolong dalam Bahasa

Melayu. Bentuk Bahasa Melayu yang ditutrkan di kepulauan Melayu pada zaman dahulu

dikenali sebagai Bahasa Melayu kuno. Kesan-kesan tinggalansejarah seperti batu-batu

bersurat seperti batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu yang dipercayai

bermula pada akhir abad ke -7.Antara batu-batu bersurat tersebut ialah:

1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (638M)- Palembang

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684M) –Palembang

3. Batu Bersurat Kota Kapor (686M0 – Pulau Bangka, Palembang

4. Batu Bersurat Karang Brahi (686)- Palembang

8

Page 12: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Selain daripada empat batu bersurat yang dinyatakan tadi, terdapat juga bahan-

bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke abad

ke- 13 Masehi. Antaranya ialah:

1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah

2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029M

dengan tulisan pada kaki alasnya

4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan

perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)

Pada zaman ini terdapat tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan

Bahasa Melayu telah dijumpai :

1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India

memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.

2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) yang juga ditulis dalam tulisan India dengan

beberapa perkataan Arab.

3. Batu Bersurat Terengganu pula dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu.

Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303M

hingga 1387 M dan ditulis dalam tulisan Jawi.

9

Page 13: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Pada abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu

denganberkembangnya agama Islam ke rantau ini. Hal ini telah mempengaruhi bangsa dan

bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit

mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi Bahasa Melayu

ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima

Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan

perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini.

Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta

menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran

agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan

baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya

keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan

Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam“Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang,

sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang

Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak

menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan

penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Beberapa contoh usaha mereka ialah :

1. Seorang ketua kelasi berbangsa Itali,iaitu Pigafetta dalam pelayarannya bersama

Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada

tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang di

pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan. Kamus itu adalah daftar kata

Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada

tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu

tersebar. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di

Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada

pemerintah Portugis. Beliau mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu

dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

10

Page 14: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah

bangsaBelanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu,

telahmenggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :“Bahasa mereka,

Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,tetapi juga digunakan

di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeriTimur, sebagai suatu

bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”Satu bukti tentang

tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah

pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu.

Antaranya ialah :

1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)

2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)

3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London. Dalam abad ke-17,

terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar

kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi. Tokoh-

tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka

berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah

menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh

ialah :

1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)

2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)

3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)

4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

11

Page 15: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat

AlSalakin”. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-

tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda)

telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan

ArshadAlBanjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di

Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”

Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan

Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian

daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20,

tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu

selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh

Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed

AluwiBa’aluwi (1899 M)Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia

persuratan Melayuialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan

Bahasa”(1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M).

Padamasa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri

Johor”dan “Kitab Pemimpin Johor”.Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi ipusat

pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh

Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi

satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa

pentadbiran di semua pusat pemerintahan. Di samping itu ia juga menjadi bahasa

pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan

kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di

pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian

besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

12

Page 16: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum

berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pegawaipegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia

Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa

Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus

menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana

Bahasa Melayu.

Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W.

Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan

serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil

terhadap Bahasa Melayumembawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini,

menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan

segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk

bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.

Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus

dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan

sekolah Melayu atau Arab. Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad

ke-20, semangat kebangsaan memuncak dan orang-orang Melayu telah mula mengorak

langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan,

budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-

cita tersebut. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini.

Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan

tanah air daripada penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai jua dengan termaktubnya Artikel

152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa

Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan

sebagaimanayang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Maka bermulalah

zaman baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi

seluruh Kepulauan Melayu suatu masa dahulu.

13

Page 17: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Setelah meneliti susur galur bagaimana Bahasa Melayu berfungsi pada masa dahulu

maka nyatalah pengaruh Bahasa Melayu amat besar di Kepulauan Nusantara.

Sebagaimana yang diketahui terdapat pelabagai etnik atau suku kaum dalam rumpun

Melayu.Antaranya minang,banjar,bugis patani dan lain-lain lagi. Kesemua etnik ini

menggunakan bahasa Melayu walaupun menggunakan pelbagai dialek di tempat masing-

masing. Contohnya etnik minang. Kita akan mengkaji hubungan etnik minang dengan

rumpun Bahasa Melayu.

Asal- usul Etnik Minangkabau

Suku Minangkabau terdiri daripada masysrakat Deutro Melayu (Melayu Muda) yang

melakukan migrasi dari daratan China Selatan ke Pulau Sumatera sekitar 2000 – 2500 tahun yang lalu.

Kelompok masyarakat ini menyususri Sungai Kampar.hingga ke dataran tinggi Luhak Nan tiga. Kemudia

mereka bermigrasi lagi hungggake Daerah Pesisir di pantai barat Pulau Sumatera. Ramai masyarakat di situ

bersasal dari Selatan India dan Parsi. Migrasi tersebut berlaku kerana peranan Pantai Barat Sumatera

sebagai pelabuhan alternatif selain Melaka.

Negara Indonesia adalah sebuah negara majmuk dengan masyarakat dari pelbagai

sudut dan perkembangan kebudayaan. Kepulauan Indonesia adalah merupakan suatu

gugusan yang terpanjang dan terbesar di dunia. Menurut Suryadinata,dkk(2003),terdapat

kira-kira 1000 etnik atau sub etnik dalam bangsa Indonesia. Mereka telah hidup semenjak

ratusan tahun dahulu. Kepelbagaian etnik tersebut tinggal di kawasan-kawasan tertentu.

Salah satu etnik golongan etnik yang terdapat di Indonesia ialah suku bangsa Minangkabau.

Mereka mendiami dataran di bahagian barat Pulau Sumatera. Daerah asli Minangkabau

terdiri daripada 3 kesatuan wilayah adat yang disebut Luhak Nantiga(wilayah yang tiga).

Daerah-daerah tersebut ialah Luhak Agam,Luhak Limapuluh dan Luhak Tanah Datar.

14

Page 18: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Orang Minangkabau adalah penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai

Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba

di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Selepas itu berlakulah

pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk tempatan dan daripada keturunan

mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri

Sembilan. Pemimpin hanya dipilih dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan

yang dipanggil ‘Penghulu’ dan kemudiannya dipanggil ‘Undang’ asalnya daripada suku

Biduanda. Akhirnya, wujudlah institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan.

Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang bermaksud

‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada

peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari

kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu.Oleh itu, bagi

mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan

beradu kerbau.

Putera dari Jawa tersebut bersetuju dan menyediakan seekor kerbau yang besar dan

ganas. Masyarakat Minangkabau pula hanya menyediakan sekor anak kerbau yang lapar

dan ditajamkan tanduknya. Semasa bertanding si anak kerbau tidak sengaja merodok

tanduknya ke perut kerbau yang besar dan ganas itu untuk mencari puting susu bagi

menghilangkan kelaparannya. Malangnya, kerbau yang besar dan ganas itu mati kerana

tertusuk tanduk si anak kerbau tersebut. Maka masyarakat Minangkabau telah berjaya

menyelesaikan perselisihan tersebut secara aman.

Taburan Geografi Etnik Minangkabau

Bahagian Sumatera Barat menempatkan kira-kira 68.44% etnik Minangkabau

daripada seluruh etnik Minangkabau itu sendiri. Namun begitu peratus etnik Minangkabau

adalah lebih rendah daripada etnik Jawa dan Sunda yang tinggal di tempat mereka. Hal ini

menunjukkan bahawa etnik Minangkabau mungkin lebih ramai bermigrasi keluar berbanding

dengan dua etnik tersebut. Kira-kira 3.18% etnik Minangkabau tinggal di Jakarta dan mereka

merupakan kelompok migran dari Sumatera ke Jakarta.

15

Page 19: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Ramai di antara mereka tinggal di Sumatera Barat, Riau, Utara Bengkulu,

Bahagaian Barat Jambi, Bahagian Selatan Sumatera Utara, Barat Daya Acheh dan juga

Negeri Sembilan di Malaysia. Masyarakat Negeri Sembilan adalah merupakan perantau asal

Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke 14. Etnik

Minangkabau merantau jauh dari daerah asal mereka kerana tidak mempunyai tanah

pertanian cukup. Jadi mereka berpindah ke sektor perdagangan seperti berniaga kain dan

kedai makan.

Suku-suku dalam Etnik Minangkabau

Terdapat banyak suku dalam etnik Minangbakau.Suku-suku yang terbesar adalah

suku Piliang, Caniago,Bodi, Koto,Tanjung, Sikumbang,Jambak,dan Malayu. Terdapat juga

suku pecahan dari suku-suku utama tersebut. Kekadang beberapa keluarga dari suku yang

sama tinggal dalam sebuah rumah yang disebut Rumah Gadang. Pada mulanya hanya

terdapat empat suku dan dua laras. Antara empat suku tersebut adalah Suku Koto, Piliang,

Bodi dan Caniogo.

Manakala dua laras yang berikut ialah Lareh Koto yang diasaskan oleh Datuk

Ketumanggung. Mereka mengamalkan system budaya Aristokrasi Meliteristik. Lareh Bodi

Caniogo yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang pula mengamalkan budaya

Demokrasi Sosialis. Tidak lama kemudian, muncul laras yang baru yang bernama Lareh

Nan Panjang. Laras tersebut diasaskan oleh Datuk Sakalok Dunia Nan Mamego-mego.

Kini suku-suku dalam Minangkabau telah berkembang dan mencapai ratusan suku.

Antara suku-suku tersebut ialha Suku Tanjung,Sikumbang,Sipisang, Bendang, Guci,

Jambak, Kutianyie,Kampai,Payobada,Pitopang,Mandailing, Mandaliko, Dalimo, Simabua,

Salo, Sumagek dan Singkuan.

16

Page 20: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Keturunan Etnik Minangkabau

Ramai etnik Minangkabau yang telah Berjaya samada di Indonesia mahupun di

Malaysia dalam pelbagai bidang. Antaranya :

Bidang Akademik

Azyumardi Azra – pemikir Islam yang terkemuka

Rustam Abdullah Sani, ahli polotik

Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia yang pertama

Bidang Hiburan

Acha Septriasa, artis Indonesia

Ade Irawan, artis Indonesia

Afgan Syah Reza, artis Indonesia

Asmirandah,artis Indonesia

Aznil Nawawi, artis Malaysia

Bunga Cinta Lestari, artis Indonesia

Camelia Malik, artis Indonesia

Ahli Sukan

Aidil Zafuan Abdul Razak, pemain bola sepak Malaysia

Zaquan Adha Abdul Razak, pemain bola sepak Malaysia

Markis Kido, pemaina badminton Indonesia

17

Page 21: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Pejuang Negara

Adnan Bin Saidi, pahlawan kemerdekaan Malaysia

Cut Nyak Dhien, pahlawan nasional Indonesia

Teuku Umar, pahlawan nasional Indonesia

Penulis

Abdul Muis, penulis novel, ahli politik

Chairil Anwar, penulis puisi

Hamka, penulis novel,ulama,ahli politik

Marah Roesli, penulis novel

Zainal Abidin Ahmad, penulis cerpen

Umar Junus, pengarang

Ahli Politik

Abdul Halim, Perdana Menteri Indonesia

Abdul Samad Idris, Menteri Malaysia

Ahmad Boestamam, pengasas Parti Rakyat Malaysia

Amirsham Abdul Aziz, Menteri Malaysia

Burhanudin al-Hilmi, Presiden Parti Islam Se- Malaysia

Hamdan Tahir,Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Malaysia

Mohammad Eunos Abdullah,ahli politik Singapura

Ahli Politik

Emirsyah Satar, Pengarah Garuda Indonesia

Rinaldi Firmansyah,Pengarah Telekom Indonesia

18

Page 22: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Raja/Sultan dan Permaisuri

Raja Melewar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama

Sultan Abdul Jali RahmadSyah 1,Pengasas Kesultanan Siak

Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama

Tunku Bahiyah,Raja Permaisuri Agong Malaysia kelima

Tunku Jaafar, Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Tunku Kursiah, Raja Permaisuru Agong Malaysia pertama

Seniman

Ibrahim Anom, pelukis Malaysia

Zubair Said, pencipta lagu kebangsaan Singapura

Azmyl Yunor, penyanyi,pencipta dan penggubah lagu Malaysia

Wartawan

Abdul Rahim Kajai ,bapa kewartawanan Melayu

Rohana Kudus,pengasas majalah Sunting Melayu

Rosihan Anwar,pengasas akhbar Pedoman

19

Page 23: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Salasilah Keturunan Minangkabau

Berikut adalah contoh salasilah keturunan etnik Minangkabau:

Keturunan Dari Minangkabau

Langsir + Sendeng(Suku Biduanda)

Negeri Sembilan

Roman + Abu Tempah + Pileh Lembek + Labuh

1.Esah +Ujang

2.Zaharah +Sulaiman

3.Saejah + Jamaluddin Baba

1.Sidik + Saerah2.Kamariah + Mohd Yusof

1.Zahrin + Zaharah2.Abu Hassim + Ijah3.Abu Bakar + Shamsiah4.Halimah + Sulaiman

Zaharah +Kamaruddin

Rabiah +Abd.Latif

(Jemiah +Abd.Rashid)

Mohd Taib+Fatimah

Zainab +Abd.Aziz

(Jalaludin) +H.Sareah

Yusof +YahD' Hj Mohd. Kamil + D'

Raja Zainarah

1.Zaidin +TengkuMaimunah

2.Norsiah +Megat

3.Normah +Samad

4.Khairuddin+Jamilah

5.Amiruddin

1.Zahariah+Aziz

2.Napsiah

3.Baharuddin +Rohana

4.Zainon +Mohd.Diah

1.Dato' Zahari   +Datin Jamiah

1.Ramli

2.Fadzilah

20

1.Mohd Ali+Rahimah

2.Habibah+Abd.Rahman

3.Maimunah+Sulaiman

1.Zaleha+Mohd.Azrul

Tiadaanak

1.Lina

2.Faizal

Page 24: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

6.Nozan

5.Zaiton +Idris

6.Mustafa +Nor Tifah

7.Sharif +Saufi

8.Zakiah+Nordin

9.Abd Maulud +Ros

10.Ismail +Siti

11.Abd Ghani

2.Zaharum

4.Shafie+Zaliha+Nora

5.Siti Hawa+Agil

6.Ahmad+Neng

2.Khatijah+Razali

3.Norhana+Khairi

 4.Salamah+Ruzlan

5.Habibah+Nurizam

3.Farrah

ANAKPANGGILAN MENGIKUT PANGKAT

CONTOH

1 Ulong (Yang tertua) Pak Long

2 Engah Pak Ngah

3 Alang Pak Lang

4 Uda Pak Uda

5 Andak Pak Andak

6 Uteh Pak Teh

7 Anjang Pak Anjang

8 Acik Pak Cik

9 Ucu (Yang termuda) Pak Ucu

Penggunaan Pangkat Nama diatas kadang kala juga diambil kira kepada anak-anak yang telah meninggal semasa lahir dan menjadikan susunan pangkat anak yang hidup terselang.

21

Page 25: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Hubungan Etnik Minangkabau Dengan Rumpun Bahasa Melayu

Menurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa mempunyai perkaitan kekeluargaan di

antara semua bahasa yang terdapat di dunia. Perkaitan kekeluargaan tersebut boleh

dianalogikan kepada perkaitan antara kekeluargaan manusia.Lama-kelamaan bahasa

tersebut yang mempunyai perkaitan, kekeluargaan, bahasa-bahasa digolongkan dalam

rumpun, keluarga dan subkeluarga.

Filum (Kelompok bahasa yang menjangkau masa lebih 5000 tahun) bahasa Austris

dibahagikan kepada tiga rumpun bahasa yang besar, iaitu Bahasa Austroasia, Bahasa Tibet

Cina dan Bahasa Austronesia. Tiga rumpun tersebut ialah :

1. Bahasa-bahasa Austroasia terdiri daripada bahasa- bahasa di

Annam,Nicobar,Mon Khemer dan MUnda

2. Bahasa Tibet Cina terdiri daripada bahas-bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam

dan lain-lain.

3. Bahasa Austronesia terdiri daripada empat lkeluarga bahasa yang lebih kecil

iaitu :

i. Bahasa Nusantara(Bahasa Kepulauan Melayu) seperti Bahasa

Melayu,Acheh,Jawa Sunda,Dayak,Tagalog dan lain-lain.

ii. Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Tonga,Hawaii,Haiti dan

Maoiri.

iii. Bahasa-bahasa Malanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan

Fiji, Kepulauana Kaledonia dan Irian

iv. Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan

Marshall, Marianna,, Gilbert dan Carolina.

Semua rumpun bahas Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat

dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan, system bunyi,pembentukan kata,

pembentukan ayat dan perbendaharaan kata.

22

Page 26: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Latar belakang dari segi hubungan kekeluargaan bahasa antara bahasa Melayu

dengan bahasa Minangkabau disesuaikan daripada Ethnolongue: language of the World

(2000) adalah seperti berikut:

Austronesian

Melayu – Polynesian

Western Melayu – Polynesia

Sundic

Malayic

Malayan

Aboriginal Malay - Local Malay

Para Malay

Minangkabau

Maka berdasarkan carta di atas, amat jelas sekali akan keakraban antara bahasa Melayu

dengan bahasa Minangkabau iaitu di bawah cabang Malayic dan subcabang Malayic ini

adalah terdiri daripada Malayan. Aboriginal Malay pula terdiri daripada bahasa-bahasa

Jakun, Temuan dan Seletar yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Manakala Local Malay pula adalah penutur-penutur dialek yang tersebar di

Nusantara iaitu di

Kalimantan.Malaysia.Sumatera(Bangkahulu,Enim<jambi,Kerinci,Loncong,Lubu,Lembak,Lem

atang,Lintang,Musi,Ogan,Palembang,Pensek,Pasemahranu,Rawas,Suku

Batin,Sidang,Kelingi,Semedo,Serawai,Kaur, dan Kayu Agung dan lain-lain) di Maluku,

Jawa,Bali,Sulawesi,Thailand dan lain-lain.

23

Page 27: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Para Malay pula terdiri daripada tujuh buah bahasa. Antaranya bahasa Duano` di

Malaysia,bahasa Pekal, Rejang, Muko-muko di Sumatera dan Urak Lawoi` di Thailand.

Bahasa Minangadalah bahasa yang terpenting . Ianya tersebar di Semananjung Malaysia

dan Sumatera serta wilayah lain di Indonesia. Sumatera Barat merupakan kawasan utama

bahasa Minang kabau. Ianya terdiri daripada pelbagai dialek seperti dialek

Agam,Payokumbuh,Tanah Si Junjung, Batusangkar Pariangan,Singkarak, Talang Mamak,

Ulu, Kerinci – Minangkabau. Kira-kra seramai 6.5 juta orang (termasuk 5 juta di Jakarta,

iaitu 3.3% daripada penduduk nya.) Negeri Sembialn merupakan tempat tertumpunya

bahasa Minangkabau dituturkan. Ianya dikenali sebagai salah satu dialek Melayu. Selain

Negeri Semabilan terdapat beberapa tempat lagi yang menjadi tempat tumpuan bahasa

Minang. Antaranya ialah Ulu Muar dan di kawasan Kajang dalam daerah Hulu Langat,

Selangor. Sebagaimana yang diketahui Bahasa Melayu sudah tidak asing orang

Minangkabau.

Dialek Minang Dalam Bahasa Melayu

Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu,

tetapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa.

Contohnya: “Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia” Maksudnya :

Sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia.

Bahasa Minangkabau merupakan salah satu cabang bahasa Autronesia. Walaupun

ada perbezaan pendapat mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa

Melayu, ada yang menganggap bahasa yang dituturkan masyarakat ini sebagai sebahagian

dari dialek Melayu, kerana banyaknya kesamaan kosakata dan bentuk tuturan di dalamnya.

24

Page 28: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Justeru anggapan bahasa ini merupakan bahasa mandiri yang berlainan dengan Melayu

serta ada juga yang menyebut bahasa Minangkabau merupakan bahasa proto-Melayu.

Selain itu dalam masyarakat penutur bahasa Minang itu sendiri juga sudah terdapat

berbagai macam dialek bergantung kepada daerahnya masing-masing. Bahasa

Minangkabau masih lagi dipertikaikan mengenainya samada ianya termasuk dalam Bahasa

Melayu atau bukan. Setiap kata dalam Bahasa Melayu dipastikan ada persamaannya dalam

Bahasa Minangkabau tetapi mengandungi perbezaan dalam pengucapannya berdasarkan

dialek ataupun loghat.

Orang Minang adalah merupakan penutur utama Bahasa Mianang. Penutur-penutur

tersebut terdiri daripada orang Minang dari Sumatera Barat atupun yang merantau ke

daerah lain di Indonesia mahupun Semenanjung Malaysia. Namun begitu Bahasa Melayu

dengan pelbagai loghat daerah sekitar Minangkabua juga dituturkan di Wilayah Melayu

Kampar dan Kuantan, Riau,Wilayah Kerinci,Jambi,Wilayah Pantai Barat,Sumatera

Utara(Daerah Barus- Sibolga) dan juga di Negeri Sembilan,Malaysia.

Bahasa Minang mempunyai beberapa dalek yang dituturkan berlainan di setiap

kampong. Bahasa standard Minang yang digunakan adalah dari dialek kawasan Padang

(Baso Padang aau Baso Urang Awak).

Contoh:

Bahasa Minang: Sadang kayu di rimbo tak samo tinggi, kok kunun manusia.

Bahasa Melayu: Sedangkan pohon di rimba tidak sama tinggi, apa lagi manusia.

Bahasa Minang: Co a koncek baranang co itu lo inyo.

Bahasa Melayu: Bagaimana katak berenang, begitulah pula dia.

25

Page 29: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Bahasa Minang mudah difahami. Walaupun bahasa ini agak berbeza dengan

Bahasa Melayu lainnya di Pulau Sumatera serta memiliki banyak kosakata yang terdengar

susah difahami, namun jika difahami rumus-rumusnya maka tidak akan kesulitan dalam

memahaminya. Dibawah ini ada beberapa rumus yang mudah difahami:

1. Akhiran O

Rumus ini paling mudah dipahami. Kata-kata dalam bahasa indonesia yang berakhiran A

diganti saja dengan O. Contohnya; bunga=bungo, cinta=cinto, suka=suko, gula=gulo,

mata=mato, telinga=talingo, kepala-kapalo, dada=dado, ada=ado, luka=luko, dll.

2. “ing” menjadi “iang”

Contohnya; kucing=kuciang, kambing=kambiang, pening=paniang, burung=buruang, dll.

3. “ur” menjadi “ua”

Contohnya; kubur=kubua, cukur=cukua, ukur=ukua, kasur=kasua, hancur=ancua, dll.

4. “us” menjadi “uih”

Contohnya; hangus=anguih, lurus=luruih, dll.

5.“ut” menjadi “uik”

Contohnya; cabut=cabuik, kusut=kusuik, angkut=angkuik, lutut=lutuik, belut=baluik,

takut=takuik, kabut=kabuik, mulut=muluik, semut=samuik, perut=paruik, dll.

Pengaruh dialek Minang dalam Bahasa Melayu Siak juga amat ketara.Lenggok

intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok intonasi orang Siak.

26

Page 30: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Kesimpulan

Sesungguhnya Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca suatu masa

dahulu. Pengaruhnya amat besar hingga ke seluruh Nusantara. Lantaran pengaruhnya yang

luas maka pelbagai suku bangsa Melayu yang menggunakannya tetapi dalam pelbagai

dialek. Oleh kerana system pembahagian harta lebih tertumpu kepada kaum wanita maka

kaum lelaki Minang telah merantau meninggalkan kampung halaman demi mencari

kehidupan yang lebih baik.

Etnik Minang telah ramai bermigrasi dari Sumatera Barat ke Negeri Sembilan dan

Johor di Semenanjung Malaysia. Penutur- penutur Bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh

Bahasa Minang. Hal ini disebabkan negara itu mempunyai sejarah yang panjang dengan

suku Minangkabau dari Sumatera. Sesungguhnya Bahasa Melayu mempunyai pelbagai

dialek dan setiap dialek itu mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata.

27

Page 31: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

RUJUKAN

1. Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006). Sejarah bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Utusan Pub.& Dist.

2. Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Pustaka dan Pustaka

3. A. Samad bin Idris et.al.(1970). Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan

dari Segi Sejarah dan Kebudayaan, Seremban: Pustaka Asas Negeri

4. Ahmad Adam(1994). Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

5. http:// www.suplirahim.multiply.com

6. http://wwwmaimunasiyana.blogspot.com

7. http://wwwtutor.com.my

8. http://wwwamaljaya.com

9. http://wwwkedah.edu.my

Page 32: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

ESEI ILMIAH (b)

Datuk Perpatih Nan Sebatang dipercayai pernah berlayar dari Sumatera

Barat dan sampai di Melaka serta singgah di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dikenali

dengan penduduknya daripada etnik Minangkabau. Sebagaimana yang diketahui etnik

Minangkabau adalah etnik yang berasal dari Sumatera Barat. Perkembangan dan pengaruh

kelompok etnik tersebut makin meluas dalam masyarakat Melayu di Semenanjung

Malaysia. Pengaruh etnik Minangkabau jelas didapati dalam system keluarga yang

melibatkan adat dalam keluarga, perkahwinan seperti peminangan,majlis

kenduri,pakaian,dan makanan. Di samping itu terdapat juga pengaruh dan keakrabannya

dengan budaya dan satera Melayu dalam bidang kesenian seperti tarian,lagu,alat muzik dan

seni mempertahankan diri iaitu silat. Pengaruh Minangkabau juga boleh dilihat dalam seni

binanya dan juga satera.

Adat Dalam Keluarga

Penduduk bangsa Melayu di Negeri Sembilan yang berjumlah kira-kira seperempat

juta itu masih mempunyai hubungan dengan daerah asal mereka iaitu Minangkabau.

Mereka masih menggunakan banyak adat-istiadat Minangkabau dalam tatacara hidup.

Terdapat beberapa adat yang tidak lagi diamalkan di Minangkabau tetapi masih tetap

segar dan diamalkan. Sesungguhnya hubungan sejarah ini telah bermula pada pertengahan

abad ke lima belas lagi.

Pantun mereka berbunyi;

Legug legah bunyi pedah

Pedati orang pergi ke Padang

Genta kerbau berbunyi juga

Biar sepiring dapat pagi

Walau sepinggan dapat petang

Pagaruyung teringat juga

1

Page 33: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia.

Adat ini telah menyebabkan kaum lelaki Minangkabau keluar merantau untuk mencari ilmu

dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun

seringkali keluar meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka

akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka

digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar

supaya mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada

keluarga dan kampung halaman. Pepatah juga ada mengatakan bahawa orang Minang

dikatakan mempunyai sifat berdikari kerana dapat bertahan dengan keluar dari tanah

kelahirannya dan mengadu nasibnya di kota ataupun negari lain. Kini jika dilihat ramai etnik

Minang tersebar di kota-kota seperti Jakarta, Palembang,Acheh, Medan dan lain-lain. Malah

mereka juga ada yang merantau hingga ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Bahasa

Baso Minang atau Bahasa Minang adalah suatu bahasa Austronesi yang digunakan

oleh etnik Minang di Sumatera Barat,Barat Riau, Negeri Sembilan, Kampar dan Kuantan

dan juga penduduk lain yang merantau ke daerah-daerah Indonesia. Terdapat perteligkahan

pendapat mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu. Hal ini

disebabkan terdapatnya keakraban atau kemiripan dalam tatabahasa mereka. Ada

pendapat yang menyatakan bahawa bahasa Minangkabau adalah suatu bahasa dan

bukannya suatu dialek.

2

Page 34: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Terdapat pelbagai loghat dalam bahasa Minang seperti Loghat atau dialek Minang(baku),

loghat Payakumbuh,Loghat Pesisir,Loghat Loghat Pariaman; Loghat Pesisir; Loghat Melayu

Minangkabau (Pekan); Loghat Kerinci; Loghat Sibolga (diwilayah ini Bahasa Minang disebut

Bahasa Melayu, untuk membedakan dengan Bahasa Batak dan Mandailing), Loghat Aneuk

Jamee (Aceh Tenggara), Loghat Noghori (Negeri Sembilan) dan loghat lain yang dipercayai

lebih dari 200 banyaknya, kerana hampir setiap negeri di daerah Minang mempunyai loghat

tersendiri. Kaedah yang disampaikan adalah Loghat Baku Minang.

Bahasa MelayuBahasa Minangkabau

A diakhir kata diucapkan O Apa;Lada; Raja

Apanya?

Apo;Lado; Rajo

Aponyo?

E di awal kata diubahsuai menjadi A

Tengah; Tegah; Tenang Kemana;Benar: Kerja

Tangah; Tagah; Tanang

Kamano; Bana(r); Karajo

Kata dengan dua vokal E & A serta berakhir huruf S, maka dua vokal tersebut bertukar tempat. Dan huruf akhir S diubahsuai menjadi H

Lemas

Emas

Keras

Kertas

Cemas

Bekas

Lameh

Ameh

Kareh

Karateh

Cameh

Bakeh

Kata dengan dua vokal E & A serta berakhir huruf T, maka dua vokal tersebut bertukar tempat. Dan huruf akhir T diubahsuai menjadi K

Dekat

Kelat

Semangat

Dakek

Kalek

Samangek

Kata yang diakhiri dengan AT/AD diubahsuai menjadi EK

Kuat; Ahad; Dapat

Kilat; Hangat

Kuek; Ahek: Dapek;

Kilek; Angek

Kata dengan 2 huruf akhir AP diubahsuai menjadi OK

Ucap; Tangkap; Harap

Suap; Lelap; Tiap

Ucok; Tangkok; arok

Suok; Lalok; Tiok

Page 35: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Kata dengan huruf akhir T diubahsuai menjadi K

Bukit; Renggut Bukik; Rangguik

Kata dengan huruf awal H, maka huruf H tsb tidak diucapkan

Hamba; Hari: Harap

Hangat

Ambo; Ari; Arok

Angek

Kata berakhir huruf S diubahsuai menjadi H

Habis; Keris

Bagus

Abih; Karih

Baguih

Partikel ‘kan’ diucapkan ‘an’ saja Ditempatkan; Diuruskan Ditampek’an; Diuruih’an

Kata dengan huruf akhir R atau L, maka huruf akhir tsb tdk diucapkan

Kabar; Kidal; Bual

Perdagangan

Berkawan

Kaba; Kida; Bua

Padagangan

Bakawan

Kata yang mengandungi huruf I atau U sebelum huruf terakhir, diucapkan seakan-akan terselip vokal A diantaranya (tidak jelas)

Kasih;

Buyung; Kandung

Kasiah; Buyuang; Kanduang

(a tidak jelas)

Penggunaan Bahasa Indonesia memang berleluasa di kalangan masyarakat Minang

namun begitu mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu, bahasa

Minangkabau. Walaupun Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan

bahasa Melayu tetapi berbeza dari segi sebutan dan juga tatabahasa hingga menjadikannya

unik dari bahasa Melayu. Perbezaan yang terdapat dalam Bahasa Minangkabau tidak

menjadi masalah kepada penutur Bahasa Melayu untuk berinteraksi sesama mereka. Malah

dalam bahasa pergaulan sehari-hari di pelbagai tempat di Riau, masysrakat umumnya

menggunakan Bahasa Minang. Murid darjah satu sekolah rendah di Pekan Baru masih ada

yang menghitung menggunakanangka:`ciek, duo,tigo,ampek….

4

Teks dan Tatabahasa

Page 36: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Hubungan yang rapat antara teks Minang dan Melayu menunjukkan seperti ada

perbenturan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Minang. Kesukaran memisahkan kedua-

duanya, sebaliknya saling menyatukan hingga menyebabkan Ph.S.Van Ronkel (1909;1921)

telah mendaftarakan manuskrip berbahasa Minang ke bahasa Melayu di Jakartan dan

Leiden dalam satu catalog. Malah tradisi ini dilanjutkan oleh penyusun catalog selanjutnya.

J.Pijnappel (1855), menyatakan bahawa Hikayat Syeikh Jalaludin adalah teks Melayu. Ia

digunakan untuk mengajara Bahasa Melayu kepada bakal pegawai Belanda di Indonesia.

Teks tersebut sesungguhnya penuh dengan unsur bahasa Minang termasuk tatabahasanya.

Oleh kerana itu kedua-dua bahasa itu dikenali sebagai dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan

bahasa Minang, bukannya dialek Minang atau dialek Melayu.

Kata

Sesungguhnya terdapat mekanisme untuk memindahkan kata Melayu kepada kata

Minang dan sebaliknya. Penutur bahasa Minang juga cenderung melihat bahasa Minang

sebagai bahasa lisan. Mereka bertutur menggunakan bahasa Minang dan menulis dalam

bahasa Melayu. Contohnya, tradisi surat- menyurat. Seorang anak berketurunan Minang

yang buta huruf meminta orang lain menulis surat kepada ibunya turut buta huruf juga.

Orang yang membacakannya adalah dalam bahasa Melayu dan bukannya bahasa Minang.

Malah novel-novel terbitan Balai Pustaka juga adalah dari pengarang-pengarang berbahasa

Minang. Jadi bahasa Melayu dan bahasa Minang mempunyai kesinambungan.

Wujud hubungan yang erat antara kata Minang dengan kata Melayu. Penukaran atau

penambahan fonem tertentu terhadap beberapa fonem, kata Minang dapat berubah menjadi

kata Melayu. Contohnya, kata terkenal dalam teks (5 MS 1589) yang dieja sebagai takanal

yang telah diMelayukan. Perkataan beza dalam MS 1589 juga adalah merupakan

pemelayuan kata Minang yang berasal daripada perkataan benso.

Pengaruh Bahasa Melayu Minang amat ketara dapat dilihat pada kata urang `orang`,

mahadu `mengadu`, dihirik `ditarik`, nan tigo `yang tiga` dan sebagainya. Bahasa yang

digunakan dalam teks cerita yang berasal dari Minangkabau yang berbahasa Melayu,

kebanyakannya terpengaruh dengan bahasa Minangkabau daripada segi kosa kata,

morfologi, dan ejaan sementera daripada segi struktur ayatnya tidak begitu dipegaruhi oleh

bahasa Minankabau.

5

Hikayat Sejarah Melayu

Page 37: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Pada prinsipnya Minangkabau di Sumatera Barat adalah terangkum dalam Dunia

Melayu dan sekali gus merupakan salah satu suku Melayu sejak zaman berzaman. Hakikat

orang Minangkabau merupakan Suku Melayu dicatatkan dalam Sejarah Melayu sendiri

yang memberi bayangan selewat- lewatnya pada abad ke-14 Raja Minangkabau adalah

keturunan Raja Melayu dari Bukit Siguntang, iaitu Sang Si Perba, abang kepada Sang Nila

Utama, pengasas Kesultanan Melayu Melaka:

Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat

anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar

Zul-Karnain. Maka datanglah Patih Suatang, raja Minangkabau, ke Palem-bang dengan

segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta seorang anak raja itu hendak dirajakannya

di alam Minangkabau. Maka oleh Demang Lebar Daun diberikannya yang bernama Sang

Si Perba, serta dengan sekalian alatnya. Maka oIeh Patih Suatang dibawanya kembali ke

alam Minangkabau, dirajakannya di sana. (Sejarah Melayu edisi A. Samad Ahmad,

1986: 21-22)

Walau bagaimanapun,faktor penganutan agama Islam dan penuturan bahasa

Melayu merupakan faktor utama etnik Minang dikenali sebagai suku Melayu. Hal ini kerana

ciri-ciri khas masyarakat Melayu terletak pada tiga perkara utama: 1) taat kepada agama

Islam, 2) berpegang kuat kepada nasab ibu (matrilineal), dan 3) kecenderungan untuk

merantau.

Adat Perkahwinan

Agama Islam merupakan agama bagi masyarakat Minangkabau. Oleh itu, majlis

pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang

tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon

6

mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak berasal daripada suku yang sama (kecuali

persukuan itu berasal dari negeri/luhak yang lain), saling menghormati antara satu sama lain

dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami (maripulai) harus mempunyai sumber

Page 38: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan

sumbang. Selain itu, masih terdapat peraturan tertentu dan upacara adat agama Islam yang

harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah,

baralek gadang, jalang menjalang, dan sebagainya. Adat perkahwinan dalam masysrakat

Melayu yang bermula dengan majlis merisik, meminang,akad nikah adalah sama seperti

adat Minangkabau. Lantaran itu pengaruh Minang memangnya akrab dalam masyarakat

Melayu.

Makanan

Terdapat banyak restoran Minang di merata Indonesia dan di negara-negara jiran

seperti Malaysia dan Singapura. Pengaruh masakan MInang memang tidak dapat dinafikan

di kalangan masyarakat Melayu. Beberapa jenis masakan Minang telah menjadi menu

popular di kalangan penduduk Malaysia. Antara menu yang popular itu ialah rendang, soto

padang (makanan sup),sate padang, nasi padang dan dendeng alado(daging dendeng

berlada).

Rendang ( bahasa Minang: Randang) merupakan salah satu masakan tradisional

Minangkabau yang menggunakanrempah, daging dan santan kelapa yang menjadi bahan

utamanya. Masakan tersebut telah menjadi terkenal di Indonesia, Malaysia ataupun negara

lain. Asal-usul rendang berasal dari Sumatera, khususnya Minangkabau. Bagi masyarakat

Minang, rendang telah menjadi masakan tradisi yang dihidangkan dalam berbagai acara

adat dan hidangan seharian. Sebagai masakan tradisi, masakan ini berkembang ke

kawasan serantau berbudaya Melayu lainnya, mulai dari Madailing, Riau, Jambi hingga ke

negeri seberang di Negeri Sembilan yang banyak dihuni perantau asal Minangkabau.

Restoran Minangkabau juga dikenali sebagai Restoran Padang. Oleh kerana itulah rendang

tersebut terkenal dengan meluas baik di Sumatera ataupun Semanjung Malaysia. Rendang

juga terkenal dalam kesusastraan Melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah yang

membuktikan bahawa rendang sudah dikenali dalam seni masakan Melayu sejak 1550-an

(pertengahan abad ke-16). Oleh itu sememangnya wujud keakraban pengaruh Minangkabau

dalam masyarakat Melayu.

7

Senibina Minangkabau

Rumah adat Minangkabau disebut sebagai Rumah Gadang. Ia biasanya didirikan di

atas sebidang tanah milik keluarga induk dalam suku tersebut secara turun temurun. Rumah

Page 39: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Gadang ini dibuat berbentuk empat persegi panjang dan terbahagi kepada dua bahagian

hadapan dan belakang. Umumnya berbahan kayu, dan sepintas kelihatan seperti bentuk

rumah panggung dengan atap yang khas, menonjol seperti tanduk kerbau yang biasa

disebut gonjong dan dahulunya atap ini berbahan ijuk sebelum berganti dengan atap zink..

Di halaman depan rumah gadang, biasanya didirikan dua sampai enam buah Rangkiang

yang digunakan sebagai tempat penyimpanan padi milik keluarga yang menghuni rumah

gadang tersebut. Jika kita lihat pada masa kini, masih terdapat senibina rumah gadang

dengan rekaan bentuk tanduk kerbau di bumbung rumah tersebut terutamanya di Negeri

Sembilan.

Ukiran Kayu

Jika lihat pengaruh ukiran kayu Minangkabau amat meluas dalam masyarakat

Melayu. Banyak bangunan tradisional, muzium budaya, perabot seperti kerusi meja, almari,

katil , mahupun rumah persendirian contohnya yang menggunakan ukiran kayu

Minangkabau yang sememang cantik dan hakus seni buatannya. Ada di antara masyarakat

Melayu yang menempah khas barangan buatan ukiran Minang ini. Maka jelaslah betapa

akrabnya pengarruh Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Kesenian

Tarian Piring

Tarian Piring merupakan salah satu seni tari yang di,iliki oleh etnik Minangkabau.

Walaupun begitu, tarian tersebut ditarikan juga di Negeri Sembilan. Tarian Piring ini

merupakan tarian yang dipersembahkan pada musim padi sebagi anda kesyukuran denga

hasil tanaman para petani di Sumatera Barat. Manakala di Negeri Sembilan, tarian tersebut

ditarikan semasa majlis perkahwinan oleh olongan hartawan dan angkasawan. Jadi

memang wujud keakraban seni tari tersebut diantara budaya Minang dan budaya Melayu.

8

Randai

Page 40: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Randai merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau yang melibatkan muzik,

nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahankan diri iaitu silat. Pelbagai cerita berupa

cerita lagenda dan tradisional diselitkan melalui nyanyian dan lakonan semasa

persembahan randai tersebut.

Gurindam merupakan sejenis dendangan tradisional Melayu dalam bentuk pantun

yang bermula daripada bahagian cerita dan juga berfungsi untuk menyampaikan bahagian

cerita yang tidak dilakonkan ataupun didialog.Oleh itu dengan adanya elemen gurindam

dalam persembahan randai makan sememangnya hubungan yang akrab antara etnik

Minangkabau dengan etnik Melayu. Sesungguhnya randai yang terkenal di Padang di

Indonesia menjadi sinonim dengan masyarakat Minang di sana sebagaimana bangsawan

yang dikaitkan dengan masyarakat Melayu di Malaysia.

Lagu Minang Klasik

Terdapat banyak lagu Minang klasik yang terkenal de kalangan masyarakat Melayu seperti

Ubek Kan Denai, Ubekkan Denai,Kampung Nan Jauh Di Mato, Ayam Den Lapeh dan lain-

lain. Pernah suatu masa dahulu lagu-lagu Minang tersebut menjadi siulan anak-anak muda

pada ketika itu. Suasan begitu jelas menunjukkan betapa akrabnya etnik Minang denga

masysrakat Melayu samada di Malaysia, Singapura mahupun Brunei.

Alat Muzik

Serunai

Serunai atau puput serunai adalah alat muzik aerofonik bagi masyarakat Minang.

Serunai ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan. Alat muzik ini juga dimainkan secara

perseorangan ataupun beramai-ramai ketika bekerja di sawah padi. Ia juga dimainkan

semasa upacara pencak silat masyarakat Minangkabau. Serunai ini boleh dimainkan

bersama-sama alat muzik tradisional lain seperti gendang. Jika kita amati, serunai juga

dimainkan semasa pertunjukan wayang kulit di Kelantan bersama-sama alat muzik lain

seperti gong, gendang,geduk,canang dan kelenang. Maka jelaslah alat muzik serunai yang

berasal dari etnik Minang mempunyai hubungan yang akrab dengan budaya masyarakat

Melayu. 9

Cak Lempong

Page 41: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Cak Lempong bersaiz kecil dan diperbuat daripada gangsa dan menggunakan

teknik acuan. Permainan alat ini mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu

berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini muzik Cak Lempong telah bertapak di

negeri-negeri lain dan juga diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

Dalam situasi tertentu Cak Lempong boleh dijdikan sebagai alat muzik dalam persembahan

Dikir Barat dan Wayang Kulit di Kelantan. Maka memang jelaslah akan pengaruh yang

akrab antara Minangkabau dalam budaya Melayu.

Pakaian

Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan.

Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada

kurun ke-15 iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan

budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga

kini.

Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima

mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan

samping dan dihias pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga

dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang

berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas

bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau

Batu Bara di Sumatera. Jadi jika kita lihat pakaian rakyat Negeri Sembilan sememangnya

wujud hubungan yang akrab dengan masyarakat Minangkabau.

Songket

Songket adalah jenis kain tenunan tradisional Melayu di Indonesia, Malaysia, dan Brunei.

Songket digolongkan dalam keluarga tenunan brokat. Songket ditenun dengan tangan

dengan benang perak dan emas dan pada umumnya dikenakan pada acara-acara resmi.

10

Page 42: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Benang logam metalik yang tertenun berlatar kain menimbulkan kesan kemilau yang

bersinar. Perkataan songket berasal dari istilah sungkit dalam bahasa Melayu dan bahasa

Indonesia yang bererti `mengait` atau`mencungkil`. Hal ini kerana cara pembuatannya

dengan cara mengait dan mengambil sejemput kain tenun dan kemudia menyelipkan

benang emas.

Sejak dahulu lagi hingga kini, songket adalah pilihan popular untuk pakaian adat

perkawinan Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali. Kain ini sering diberikan oleh

pengantin laki-laki kepada pengantin wanita sebagai salah satu hantaran persembahan

perkawinan. Pada masa kini, pakaian resmi lelaki-lelaki Melayu pun kerap mengenakan

songket sebagai kain yang dililitkan di atas celana panjang atau menjadi destar, tanjak, atau

ikat kepala. Sedangkan untuk kaum perempuannya songket dililitkan sebagai kain sarung

yang dipadu-padankan dengan kebaya atau baju kurung. Sebagai benda seni, songket pun

sering dibingkai dan dijadikan penghias ruangan. Penerapan kain songket secara modern

amat beraneka ragam, mulai dari beg tangan wanita, songkok, bahkan bekas pensel.

Pusat tenunan songket termasyhur di Indonesia ialah di Pantai Sikek,

Minangkabau,Sumatera Barat manakala Kelantan, Terengganu dan Brunei pula adalah

pusat tenunan songket yang terkenal di luar Indonesia. Berdasarkan maklumat tersebut

maka sudah nyata akan wujudnya hubungan yang akrab antara etnik Minangkabau dengan

budaya Melayu.

Sastera – Puisi Teromba

Teromba merupakan salah satu genre puisi tradisional yang lahir dalam komuniti

masyarakat Melayu keturunan Minang dan mengamalkan budaya hidup yang berteraskan

Adat Perpatih. Selain teromba, puisi tradisional ini turut dikenali sebagai terasul, tambo dan

salasilah. Bagi masyarakat Minang, teromba dimaksudkan sebagai peraturan yang

memperlihatkan betapa pentingnya peraturan dalam kehidupan manusia. Dalam hal ini,

masyarakat Minang melihat kehidupan yang dijalani tanpa peraturan sama seperti menjalani

kehidupan yang tidak beradat.

11

Page 43: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Sebagai genre puisi, teromba yang masih diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera

dan di Negeri Sembilan, Malaysia, tergolong dalam puisi yang tidak terikat; iaitu tidak

mempunyai bentuk dan struktur tertentu, berangkap atau tidak. Dalam adat Minangkabau,

teromba digunakan dalam istiadat perkahwinan dan sebagai sumber utama masyarakat

Minang untuk berbicara mengenai adat. Teromba wujud dan dihasilkan oleh masyarakat

dahulu secara kolektif yang diwarisi secara lisan dan hafalan.

Pepatah `alam takambang menjadi guru`, merupakan pepatah Minang yang terbiasa

dengan kehijauan alam yang telah mencetuskan falsafah, pemikiran, peruaturan dan hukum

kehidupan melalui susunan ayat yang mengandungi inti makna mendalam melalui teromba.

Dalam masa yang sama, masyarakat Melayu yang kukuh akar budi berupaya membentuk

masysrakat yang halus jiwa dan pemikirananya melalui penciptaan teromba.

Komunikasi secara perbilangan, terasul, pepatah, gurindam, syair dan teromba

merupakan himpunan satera Minangkabau yang mempunyai hubungan yang rapat dalam

kesusateraan Melayu. Berikut adalah contoh teromba yang begitu dekat dengan satera

Melayu bahkan kepada masyarakat Melayu juga.

Hendak seribu daya

Tak hendak seribu bicara

Biar putih tulang

Jangan putih mata

Bulat tak datang menggolek

Pipih tak datang melayang

Kalau tak dipecahkan ruyung

Di manakah dapat sagunya (Kia Wahab, Kampung Peraku, Negeri Sembilan, 11 April 2001)

Maka amat jelas betapa akrabnya hubungan sastera Minang dalam sastera dan

kebudayaan masyarakat Melayu. Keutuhan falsafah Melayu yang tersembunyi dalam

teromba tetap tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

12

Page 44: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Cerita Penglipur Lara

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan cerita-cerita yang mempunyai

keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Dalam masyarakat Minangkabau, cerita

Penglipur Lara dikenali sebagai Kaba. Cerita-cerita yang disampaikan oleh `Tukang

Cerita`,dengan kepakarannya sendiri. Melalui gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan

lagi dengan persembahan menggunakan alat-alat muzik dan lagunya yang tersendiri seperti

rbab, biola dan sebagainya. Cerita - cerita tersebut disampaikan dalam bentuk prosa lirik.

Seni Silat

Silat dierkenalkan di Semenanjun Tanah Melayu melalui Melaka pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Hanya golongan yang rapat denganistana sahaja berpeluang

untuk mempelajari silat. Seni silat ini seterusnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan

seterusnya menjadi kesenian desa.

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia telah diasaskan oleh Tk Syeikh

Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul

Makmur.

PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia

pada waktu ini yang mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian

Melayu tua. Seni Silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan

pergerakan permainan serta bela diri dari Minangkabau, Palembang (Melaka), Pahang dan

Jawa Tengah (di ambil dari maklumat terkini Tk Syeikh Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri).

Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta

seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.

Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian islam di terapkan juga seperti

membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat,

fikiran serta perasaan pesilat. Ilmu ini juga pernah dimiliki oleh Laksamana Hang Tuah,

Dato' Bahaman, Mat Kilau dan pendekar - pendekar melayu zaman silam.

13

Page 45: Bml 3113 Sejarah Bahasa Melayu Tugasan 1

Gabungan seni silat tua dari Minangkabau, Palembang (Melaka), Pahang dan Jawa Tengah,

telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih yang dapat mendidik, mendisiplinkan

murid, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini

tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah s.w.t.

Kesimpulan

Berdasarkan bukti-bukti dan contoh-contoh yang telah dinyatakan maka

sememangnyalah terdapat pengaruh yang akrab antara etnik Minangkabau dengan bahasa,

kesusateraan dan kebudayaan Melayu. Jika kita amati, keakraban tersebut jelas terjalin

hingga ke masa kini. Sesungguhnya pertalian dan hubungan yang rapat antara rumpun

Melayu memang tidak dapat dinafikan.

14