bml 3012 - sejarah bahasa melayu

Upload: pak-li-sandakan

Post on 14-Jul-2015

3.128 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BML 3012 SEJARAH BAHASA MELAYU

MODUL BML 3012: SEJARAH BAHASA MELAYU _______________________________________________________________ Panel Penulis Azhar Wahid Razali Ayob FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2011

Cetakan Pertama/First Printing 2011 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pe ngeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara e lektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Pen didikan Sultan Idris terlebih dahulu. All right reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information stor age and retrieval system, without permission in writing from the Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diterbitkan di Malaysia/Published in Malaysia by Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Tel: 05-450 6000, Faks: 05-459 5169 Laman Sesawang: www.upsi.edu.my E-mel: [email protected] Atur huruf oleh/Typesetting by Penerbit FBK, UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Dicetak oleh/Printed by

KANDUNGAN Panduan Kursus vi Unit 1 : Asal usul peranan bahasa Melayu 1 Unit 2 : Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu 14 Unit 3 : Perkembangan bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu klasik 31 Unit 4 : Perkembangan bahasa Melayu abad ke-19 dan ke-20 52 Unit 5 : Perkembangan bahasa Melayu moden 79 Unit 6 : Bahasa Melayu dalam persuratan 100 Unit 7 : Badan-badan dan pertubuhan bahasa 119 Unit 8 : Sumbangan tokoh bahasa dan persuratan melayu 144 Unit 9 : Bahasa Melayu dalam pendidikan 166 Unit 10 : Isu-isu bahasa Melayu 184

PANDUAN KURSUS

iv PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan k andungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini den gan cemerlang. Kursus BML 3012 Sejarah Bahasa Melayu merupakan kursus major bernilai 2 jam kred it. KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntuk kan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 80 ja m waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi ini adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran BML 3102 Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 20 Tutorial di Pusat 10 Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) 20 Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 20 Video P&P melalui MyGuru2 6 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 4 30 50 Jumlah Masa Pembelajaran 80

v HURAIAN BML 3012 SEJARAH BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus BML 3012, anda diharap dapat: 1. Menghubung kait sejarah asal-usul bahasa Melayu daripada zaman kuno hingga za man moden; 2. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan; 3. Mempamerkan rasa kecintaan dan bangga terhadap bahasa Melayu; dan 4. Bekerja secara berpasukan bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan. SINOPSIS KURSUS Kursus ini mendedahkan pelajar dengan sejarah asal-usul bahasa Melayu. Perbincan gan dan penelitian mencakupi tahap perkembangan bahasa Melayu purba, menjadi lingua franca seterusn ya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Di samping itu, kursus ini turut me mberi penekanan terhadap badan-badan bahasa dan tokoh-tokoh bahasa dalam memperkembangkan bahasa Melayu sehingga mencapai tahap bahasa Melayu moden. KANDUNGAN KURSUS Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada sepuluh unit semuanya yang terkandung dalam modul seperti berikut: UNIT 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Definisi bangsa dan bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu Pengertian bangsa Melayu Teori asal usul bangsa dan bahasa Melayu Teori dari luar Nusantara Teori Nusantara Teori yang diterima umum Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

vi UNIT 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU Konsep filum, rumpun dan keluarga bahasa Filum Austris dan rumpun bahasa Austronesia Keluarga bahasa Nusantara Keluraga bahasa Melayu Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 3 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK Tahap bahasa Melayu kuno Zaman Hindu sebelum Seriwijaya Zaman Seriwijaya Zaman Majapahit Catatan dan bukti bahasa Melayu kuno Ciri-ciri bahasa Melayu kuno Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 4 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN PRAMODEN Zaman Peralihan Zaman Melaka dan Islam Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Zaman kedatangan dan sumbangan orang Eropah Zaman pemerintan British di Tanah Melayu Zaman sebelum dan selepas merdeka Sumbangan dan usaha orang tempatan Perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 5 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu Ciri-ciri bahasa Melayu moden dan perbezaannya dengan bahasa Melayu klasik Petikan-petikan contoh Perancangan bahasa Melayu Moden Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan

vii UNIT 6 BAHASA MELAYU DALAM PERSURATAN Zaman persuratan Melayu kuno Zaman persuratan Melayu klasik Zaman persuratan Melayu moden Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 7 BADAN-BADAN DAN PERTUBUHAN BAHASA Pejabat Karang Mengarang PBmPB ASAS 50 GAPENA Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka MBBIM MABM Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 8 SUMBANGAN TOKOH BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU Tokoh-tokoh zaman bahasa Melayu pramoden Tokoh-tokoh zaman bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka Perkembangan kesusasteraan Melayu Peranan wartawan dan media massa Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 9 BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN Laporan Barnes 1950 Laporan Funn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956 Laporan rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961 Akta Bahasa kebangsaan 1963/67 Laporan Kabinet 1979 Akta Pendidikan 1996 Pemberitahuan Undang-undang No 410/1967 Pembentukan Dasar Pelajaran Negara Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan UNIT 10 ISU-ISU BAHASA MELAYU Penyatuan bangsa Identiti bangsa dan Negara Dasar Bahasa Negara dan fungsi bahasa Melayu Akta Pendidikan 1996 PPSMI Bahasa Melayu dan teknologi maklumat Kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan Rumusan Kata kunci Penilaian kendiri Rujukan PENAKSIRAN Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan 2 Kuiz 20 Dalam talian menggunakan MyGuru2 Forum 10 Dalam talian menggunakan MyGuru2 Kerja Kursus 30 Tugasan berterusan akan diberikan oleh pensyarah Peperiksaan Akhir 40 Peperiksaan bertulis pada akhir semester. Jumlah 100

viii HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain. Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursu s Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangka n. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit. Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas. A

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 1 UNIT 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan etimologi istilah Melayu 2. Menjelaskan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu. 3. Membezakan pendirian para sarjana berkenaan dengan asal-usul bangsa dan bahas a Melayu PENGENALAN nit ini akan memerihalkan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Perbincangan asalusul bangsa dan bahasa Melayu akan memfokuskan konsep Melayu dan etimologi istilah Melayu. T eori dan hipotesis tempat asal bangsa dan bahasa Melayu yang dikemukakan oleh sarjana Bar at dan sarjana tempatan akan dibincangkan. DEFINISI BANGSA DAN BAHASA MELAYU iapakah yang dikatakan orang Melayu dan bahasa Melayu ini? Berbagai pendapat tel ah dikemukakan oleh para pengkaji untuk mencari tanah asal bangsa Melayu. Beberapa orang sarjana Barat seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) dan sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar (Malaysia) dan Salmetmujana (Indonesia) telah cuba menelus uri latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno untuk mencari tanah asal bangsa Melayu. Asal usul perkataan Melayu Sebelum membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu kita perlu memahami asal-usul perkataan Melayu . R.O Winstedt dalam bukunya The Malays, A Cult ural History membahagikan pergetian Melayu kepada dua makna, iaitu pertama, orang Melayu adal ah bumiputera di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Kedua dalam makna yang lebih luas , orang Melayu adalah penduduk asal kepulauan Melayu, Formosa, Filipina dan beberapa puak yang mendiami wilayah Indo-China. Definisi yang dikemukakan oleh Winstedt tidak dapat member gambaran jelas tentang siapa Melayu sebenarnya. Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang te lah disingkatkan kepada Malaya ,dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan Himalaya berasal d aripada perkataan Hima dan alaya . Hima bererti salji atau salju, sedangkan alaya bererti tem . Dengan itu himaalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi. Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskr it. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut U S

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 2 mengekalkan sebutan aslinya, iaitu Malaya manakala di seberang sebelah Selatan men galami perubahan bunyi kepada Melayu . Ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada p erkataan Malaiyur-pura yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Perkat aan Malaiyurpura ini bererti kota malaiyur, atau kota gunung. Dari situ wujud perkataan malaiyur kemu dian menjadi malaiyu seterusnya menjadi malayu dan akhir sekali lahirlah perkataan melayu seperti man a pada hari ini. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa perkatan melayu berasal daripada p erkataan pamalayu , iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Si nghasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Prasasti tersebut dibina sebagai peringatan tentang berlaku nya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud Ekspidisi Melayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu. Bukti seterusnya ialah catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama Melayu bagi kerajaan Malayu itu ber asal dari nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, iaitu sungai Melayu. Pe namaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Siak, Terengganu dan Inderagiri. Ber dasarkan cerita, air sungai tersebut begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Oleh hal demikian, n ama Melayu diberikan dari nama sungai tersebut. Melayu yang dimaksudkan adalah sama dengan pengertian dala m bahasa Jawa, iaitu lari. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi ( Darwis Harahap,1992:13 ). Mereka menggunakan bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh ITsing sebagai Kw'un Lun di Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh. Dalam catatan-catatan orang Barat sejak abad ke-16 Masihi, seperti Tome Pires, J ohn Davis, J.A Pope dan William Dampier mencatatkan semua penduduk di kawasan Selat Melaka seba gai Malayan/Malay. Namun kaedah atau ciri mereka mengklasifikasikannya tidak jelas. J.Crawfurd pula mencatatkan orang Melayu menghuni separuh daripada Pulau Sumatera dan turut meng huni seluruh Semenanjung Tanah Melayu kecuali orang aslinya serta di sekitar Pulau Borneo ata

u Kalimantan. Pengertian bangsa Melayu Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Ka mus Dewan (2006 : 1014) mendefinisikan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia.

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 3 Istilah Melayu ini juga boleh digunakan dalam pengertian yang luas dan juga semp it. Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut sebagai gugusan pulau-p ulau Melayu. UNESCO(1972) pula dalam kajiannya merumuskan bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, mempunyai ketinggian sederhana penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berham piran dengan Republik Chile di timur, kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hing ga ke Pulau New Zealand di selatan. Takrifan yang dikemukakan oleh UNESCO ini memberi ruang kepada sesiapa sahaja un tuk menjadi ahli suku bangsa Melayu asalkan memenuhi keperluan-keperluan dalam takrif tersebut. B erdasarkan definisi ini dapat disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan sebagai Melayu itu dari segi penen tuan taraf kewarganegaraan, penduduk yang menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh menj adi sesiapa sahaja selain rakyat Melayu sendiri. Pengertian Melayu dari segi suku bangsa bermaksud mereka ini mestilah berketurunan suku Melayu dari segi darah dagingnya. Agama Islam tidak menjadi sy arat. Namun di Malaysia orang yang bernama Melayu itu mestilah beragama Islam dan mengamalkan a dat istiadat Melayu. Hal ini dinyatakan dengan tegas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Mel ayu dalam perkara 160(2) yang menakrifkan; * orang Melayu sebagai seorang yang beragama Islam * bertutur bahasa Melayu * mengamalkan adat istiadat Melayu * lahir sebelum hari Merdeka sama ada di Persekutuan

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 4 Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Ne geri Brunei 1959, tercatat dalam Bab 82 (1) yang mensyaratkan Perakuan ini membuktikan dengan jelas tentang keprihatinan bagi sesebuah negara yang merdeka dalam menangani kedaulatan bahasanya. Dari segi penakrifan antropologi, Syed Husin Ali menjelaskan bahawa orang Melayu itu dari segi lahiriah Dari segi etnologi pula, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan si stem kemasyarakatan dwisisi (budaya dan agama) dan kegenerasian yang termasuk dalam b angsa Mongoloid. Dari segi definisi budaya Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di duni a Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masin g yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Menurut Syed Hussein Al-Attas menerusi bukunya Mitos Peribumi Malas , para pengkaji barat mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak Malayo-Polinesia. Gagasan ini termasuk mereka yang menghuni kawasan geografi yang dikenali kini sebagai Myanmar, Kemboj a, Indonesia, Filipina dan Kepulauan Polinesia sehingga ke kepulauan Hawaii. Orang Melayu dipe rcayai menghuni kepulauan Melayu kira-kira pada 50,000 SM. Mengapa agaknya sukar untuk kita mengesan tanah asal bangsa Melayu. * lazimnya berkulit sawo matang, * berbadan sederhana besar serta tegap dan Bahasa rasmi adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan huruf yang ditentukan oleh undang-undang bertulis.

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 5 TEORI ASAL-USUL BANGSA DAN BAHASA MELAYU ebagaimana sukarnya mengesan asal usul perkataan Melayu begitu juga halnya untuk kita mengetahui asal-usul bangsa Melayu. Untuk mengetahui asal-usul bahasa kita perlu terlebih dahulu mengetahui asal-usul bangsa Melayu. Hal ini berlaku kerana tidak banyak bukti-bu kti sejarah yang ditemui kerana cuaca dan iklim tropika di kepulauan Melayu ini memungkinkan kepu pusan bukti-bukti arkeologi dan kesukaran menjejak bukti. Sumber sejarah Asia Tenggara tidak didokumentasikan dengan baik dan penulisan se jarahnya berdasarkan laporan dari orang luar terutamanya dari sarjana Barat, inskripsi da n jumpaan arkeologi, artifak seperti patung dan tapak prasejarah, dan teks-teks klasik atau hikayat. Namun begitu beberapa teori atau pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana mengenai sejarah dan perkemban gan bangsa dan bahasa Melayu. Secara ringkas ada dua teori atau pandangan yang dikemukakan berk enaan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu, iaitu TEORI DARI LUAR NUSANTARA (TEORI YUNAN) amai sarjana Barat dan sarjana tempatan yang mempercayai bangsa Melayu berasal d ari luar kepulauan Melayu, iaitu Tanah Besar Asia. Teori ini lebih popular dan kadang kal a dinamai Teori Yunan. Berikut pandangan dan hujah mereka yang menyokong teori ini. SARJANA BARAT Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria) Robert Von Heine Geldern (1932) telah mengkaji bahan-bahan arkeologi, bahan-baha n tinggalan kebudayaan lama di daratan Asia Tenggara seperti kebudayaan Hoa Binh, Dongson, d an kebudayaankebudayaan lain yang mempunyai persamaan dengan penduduk-penduduk di kepulauan Asia Tenggar a. Beliau merupakan seorang ahli prasejarah dan guru besar di Iranian Institute dan School for Asatic Studies juga membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu di Asia Tengah. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria telah membuat kajian terhadap kapak tua. Beliung ini berbentuk segi dan panjang ditemui di sekitar S R TEORI ASAL-USUL BANGSA DAN BAHASA MELAYU Bangsa dan bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia (Teori Yunan) Bangsa dan bahasa Melayu berasal dari kepulauan Melayu (Teori Nusantara)

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 6 Hulu Sungai Brahmaputra, Irrawady, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk jenis kap ak yang sama ditemui di beberapa tempat di kawasan Nusantara. (Amat Juhari Moain, 1998). Beli au juga berpendapat bahawa orang-orang zaman neolitik (orang darat Mon-Khmer) yang membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu (Ismail Hussein, 1984:2). G eldern membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut di bawa oleh orang Asia Tengah (daerah Yuna n) ke Kepulauan Melayu. Hendrick Kern (Sarjana Belanda) H. Kern yang menyelidiki bahasa Melayu Polinesia mendapati banyak perkataan yang terdapat di Malaysia, Formosa(Taiwan), Filipina, Madagaskar, pulau-pulau di Lautan Pasifik hingga ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa , Chochin Cina dan Kampuchea. Beliau berpendapat tempat asal kebudayaan Melayu adalah dari tiga dae rah berkenaan dan daratan sepanjang pantai di sekitarnya.. Dengan itu bahasa Melayu juga dianggap berasal dari induk yang sama. Berikut, tiga puluh kata-kata Austronesia telah dibuat perbandingan, iaitu Tebu ubi lalat Nyiur padi babi Buluh ikan yu asu (anjing) bambu (awi) gurita kutu Mentimun udang aalawa Jelatang ikan pari lisa Tuba penyu laba-laba Talas buaya langau pisang (punti) tuna besi Pandan nyamuk wangkang

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 7 J.R Logan J. R. Logan telah mengkaji tentang adat resam yang sepunya antara penduduk-pendu duk di tanah pergunungan di antara negeri Assam, India dengan kepulauan Hindia Timur sejak pe rtengahan abad yang lalu. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat oleh beliau, beliau telah membuat rum usan bahawa penduduk di Alam Melayu ini berasal dari Assam India. Rumusan ini berdasarkan kesamaan dari segi adat resam penduduk-penduduk di kedua-dua tempat tersebut. Persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah dari keturunan yang sama (Abdul Rashid Daing Melebek ,2005). J.R. Logan juga mer upakan orang yang mula-mula menggunakan perkataan Indonesia untuk daerah Alam Melayu, iaitu mendah ului A. Bastian.(Darwis Harahap, 1992 : 2) John Reinhold Foster (1776) Menurut Abdul Rashid. Daing Melebek (2005) J.R Foster telah berlayar ke lautan P asifik dan Asia Tenggara untuk mengkaji bahasa-bahasa Austronesia. Beliau telah menulis sebuah b uku yang berjudul 'Voyage Around the World'. Dalam buku yang ditulisnya beliau menyentuh tentang k esamaan bentuk kata antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-du a bahasa ini berasal dari bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia purba. Bahas a ini dituturkan oleh penduduk kepulauan Hindi atau kepulauan sebelah utara yang berdekatan dengan ben ua Asia. SARJANA TEMPATAN Asmah Hj Omar(Sarjana Malaysia) Asmah Hj Omar(1988) turut bersetuju bahawa orang Melayu berasal dari Asia Tengah. Namun begitu, proses migrasi atau perpindahan mereka tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu jalan. Ada yang melalui jalan darat (tanah Semenanjung), ada yang melalui jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah timur, iaitu melalui Laut China Selatan. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abd Hamid Mahmood (Sarjana Mal aysia) Nik Safiah Karim dan lain-lain dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) m enyokong teori bahawa penutur-penutur bahasa Melayu datang dari daerah Yunan dan telah turun da lam beberapa

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 8 gelombang pergerakan manusia. Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahu n 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Masyarakat Austronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Me layu dan lautan Pasifik. Ismail Hussein (Sarjana Malaysia) Ismail Hussein dalam bukunya Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita bersetuj u bahawa bangsa Melayu berasal dari golongan Austronesia di Yunan yang kemudiannya bergerak dalm dua puak yang besar, iaitu Melayu Proto (2500 SM) dan Melayu Deutr o (1500 SM). Faktor perhubungan dan geografi telah menyebabkan bahasa yang asalnya satu berkembang di dalam lingkungan yang tersendiri. Bahasa awal inilah yang dinamakan bahasa Melayu Proto atau Melayu Kuno. Slametmuljana (Sarjana Indonesia) Slametmuljana turut menyokong teori migrasi yang dikemukakan oleh sarjana Barat. Perpindahan bangsa dari tanah asalnya ke Austronesia telah berlaku berpuluh abad yang lampau, namun tambah beliau tidak boleh kita beranggapan bahawa pada waktu perpindahan gelombang yang pertama dari benua Asia, wilayah Austronesia ini tanp a penduduk. a) Jelaskan alasan yang dikemukakan oleh sarjana perihal bangsa Melayu yang dikatakan datang dari Asia Tengah. TEORI NUSANTARA alaupun terdapat ramai sarjana baik sarjana Barat mahupun sarjana tempatan berse tuju asal bangsa dan bahasa Melayu itu dari daratan Asia, namun ada juga yang menolak anda ian tersebut dengan mengemukakan bukti dan hujah masing-masing. Berikut beberapa sar jana yang mengemukakan pandangan bahawa bangsa Melayu tidak datang dari mana-mana sebalikn ya telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama. W

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 9 SARJANA BARAT John Crawford (Sarjana Inggeris) Beliau membuat kajian tentang perbandingan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, bahasa Melayu dengan bahasa Sunda, bahasa Melayu dengan bahasa Madura, bahasa Melayu de ngan bahasa Bali, bahasa Melayu dengan bahasa Bugis dan juga dengan beberapa bahasa di Indon esia Timor, Pulau Roti dan Pulau Sawu. Perbandingan perkataan tersebut juga beliau lakukan di anta ra bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisanya, Campa, Formosa, Maori, Tahiti, Croline, Guham da n beberapa bahasa lain di Lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. John Crawfurd menjelaskan terdapat banyak persamaan perkataan di antara bahasa Melayu dengan bahasa dari kawasan Po linesia yang terdapat di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Beliau menyimpulkan bahasa Melayu d an bahasa Jawa menjadi induk bagi semua bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa ini dinamakan 'Malaya n'. John Crawford juga menambah hujahnya dengan bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembila n belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliu juga menyimpulkan orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana tempat, tetapi merupa kan induk yang tersebar ke tempat lain. Beliau juga berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa yang t ertua dan menjadi bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain. K.Hilmly (1980) dan P.W. Schmidt (1906) Beliau mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara. Beliau menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahas a Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat beliau telah di sokong oleh P.W Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di at as merupakan bahasa ambilan sahaja. (Asmah Hj. Omar, passim, 28-29) P.W Schmidt P.W. Schmidt (1906-2000) Beliau merupakan seorang tokoh yang beragama Katholik dan merupakan pemimpin aga ma itu, namun beliau telah mengarang banyak buku mengenai bahasa. Antara tulisannya yang terke nal ialah tentang bahasa-bahasa di Nusantara dan perbandingan bahasa. Beliau juga mengatakan bahaw a terdapat hubungan antara bahasa Austronesia dengan bahasa-bahasa di daratan Asia Tenggara seperti Campa, Jarai, Rade, dan Sedang. ( Amat Juhari Moain, 1998)

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 10 SARJANA TEMPATAN Sutan Takdir Alisjahbana Beliau menamakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti di negara Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia merupakan bangsa Melayu. Penduduk-pend uduk ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama. Mereka turut dikatakan bukan han ya mempunyai persamaan dari segi warna kulit tetapi turut mempunyai persamaan dari segi saiz bentuk badan. Manusia kuno seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Pen emuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ATMA,UKM) Beliau menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputera bukanlah pendatang, sebaliknya sudah berada di Semenanjung sejak 35,000 tahun lalu. Dengan mengemukakan bukti kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni, beliau menolak teori migrasi sarjana Barat yang diguna pakai sejak 1930-an dan mengemukakan teori evolusi atau perubahan. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya evolusi pada pendapat beliau ialah per dagangan jalan darat dan juga perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar. Beliau ju ga menegaskan orang Melayu dan bumiputera berasal daripada satu baka sahaja dan yang membezakan oran g Melayu dengan bumiputera pada hari ini adalah anutan agama. Beliau menambah tidak pernah berla ku dalam sejarah orang Melayu dan bumiputera di pesisir Selat Melaka yang mereka itu tiba di kawa san ini mengikut gelombang Proto Melayu, Deutro-Melayu atau Melayu. Pendapat Heine Geldern adalah antara sarjana paling awal mencadangkan pendekatan migrasi yang menunjukkan bagaimana kapak bat u dan beliung batu licin berbentuk empat segi muncul dalam kebudayaan baru di Asia Tenggara ju ga ditolak kerana kajian terperinci terhadap kapak beliung dan tembikar ini tidak menunjukkan ciri -ciri yang betul-betul sama.Sifat kapak beliung dan tembikar berbeza dari segi saiz, bentuk dan kandung an bahan yang digunakan.Hasil penyelidikan arkeologi dan analisis bukti arkeologi di pesisir S elat Melaka juga menunjukkan kemunculan tiba-tiba barang baru di zaman Neolitik adalah disebabkan perdagangan antara kawasan, bukan melalui perpindahan penduduk atau migrasi. Berdasarkan pemahaman anda tentang etimologi Melayu, bincang bersama rakan dan bina semula satu pentakrifan tentang bangsa dan bahasa Melayu.

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 11 TEORI YANG DITERIMA UMUM encari tanah asal bangsa dan bahasa Melayu agak sukar dan sehingga kini masih ka bur. Namun begitu pendapat yang menyatakan asal bangsa dan bahasa Melayu dari Tanah Besar A sia atau lebih dikenali dengan Teori Yunan diterima umum dan lebih popular. Secara keselu ruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: 1. Kapak Tua yang ditemui di Asia Tengah dan di Kepulauan Melayu menunjukkan ada nya proses migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam yang diamalkan oleh suku Nag a di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar. 3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, iaitu bahasa Cham. In i mengukuhkan kepercayaan penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yun an dengan menyusuri Sungai Mekong. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertal ian bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus pertaliannya dengan dataran Asia Teng ah atau Yunan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Mel ayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Melayu Negrito , Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro. Sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli seja rah mengandaikan orang Melayu Negrito telah ada sejak tahun 8000 SM di Tanah Semenanjung. Mereka tinggal di dalam gua dan sumber pencarian mereka adalah berburu binatang. Alat perburuan mereka diper buat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, p ada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, dan Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepul auan Melayu berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Neg rito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, bera mbut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,5 00 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai deng an kemahiran bercucuk tanam.Kedatangan Melayu-Deutro menyebabkan kelompok Melayu-Proto berund ur ke kawasan pedalaman iaitu memasuki hutan, lembah dan kawasan-kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini telah melarikan diri ke kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehing ga kini dan keturunan mereka dikenali sebagai orang asli yang terdiri daripada orang asli Negrito, Sen

oi, Jakun dan Temuan. Petempatan Melayu-Proto ini telah terpisah-pisah. Namun begitu, bahasa yang ditu turkan oleh mereka telah berkembang dan melahirkan dialek-dialek dan bahasa yang berlainan. Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kun o yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. Golongan Melayu-Deutro pula dikatakan mempunyai peradaban le bih tinggi daripada Melayu-Proto. Golongan ini mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu seperti mem bina petempatan dipesisiran pantai dan turut tinggal menetap disamping mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pelayaran. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka telah membuka petempatan baru dan seterusnya terus berkembang di kawasan tersebut. M

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 12 Encyclopedia Britannica mencatatkan bahawa "bangsa Melayu adalah kelompok yang b erasal dari Yunan dan telah merantau di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari rumpun bahasa Austranesia dalam keluarga bahasa Melayo-Polynesia" Di sini j elas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar, iaitu lautan Pasifik dan lauta n Hindi. Jika benar bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari kepulauan Melayu, sebelum itu dari manakah asal mereka? Bicangkan bersama rakan anda. RUMUSAN . Ada pelbagai pendapat tentang etimologi Melayu, misalnya kerajaan Mo-lo-yeu di percayai wujud di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Kata Melayu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit. . Secara ringkas ada dua teori atau pandangan yang dikemukakan berkenaan asal-us ul bangsa dan bahasa Melayu, iaitu teori yang menyatakan bangsa dan bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia (Teori Yunan) dan satu lagi menyatakan bangsa dan bahasa Melayu telah berad a di kepulauan Melayu sejak sekian lama (Teori Nusantara) . Teori Yunan diterima umum dan lebih popular dengan alasan-alasan yang menyokon g teori ini adalah seperti: kapak tua yang ditemui di Asia Tengah dan di Kepulauan Melayu menunjukkan adanya proses migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke kepulauan Melayu. adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam yang diamalkan oleh suku Naga d i daerah Assam yang terletak berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, yang berasal daripada da taran Yunan dan secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa Melayu deng an bangsa Kemboja dan dataran Asia Tengah atau Yunan. . Teori Nusantara dikemukakan oleh sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Ta kdir Alisjahbana dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. Namun begitu teori ini kurang popular. Antara hujah pendukung teori ini; Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas dan hal ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. Persamaan yang berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa Champa adalah satu fenomena "ambilan" Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Mel

ayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mew ujudkan tamadun bersendirian. Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah .

________________________________________________________________Asal usul Bahasa Melayu 13 KATA KUNCI 1. Etimologi 2. Teori migrasi 3. Teori Yunan 4. Teori Nusantara 5. Melayu Proto 6. kapak tua 7. Negrito 8. Melayu Deutro 9. kebudayaan Melayu 10. kebudayaan dongson PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah perbezaan antara konsep bahasa Melayu dan orang Melayu? 2. Bincangkan takrif orang Melayu menurut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Jelaskan mengapa ada sarjana yang bertegas menyatakan bangsa Melayu tidak dat ang dari mana-mana. 4. Mengapakah ada pengkaji menyatakan untuk mencari tanah asal orang Melayu agak kabur? RUJUKAN Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. KL:DBP.Bab 1:Penyebaran bangs a dan bahasa Alexander Adelaar and Nikolaus P. Himmelmann (2005). The Austronesian Languages of Asia and Madagascar. London: New York. Darwis Harahap (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa melayu. Pulau Pinang : Penerbi t USM. Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). KL:DBP. Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. KL:DBP.Bab 1: Asal-usul bahasa Melayu. Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. KL:DBP Dewan Ba hasa dan Pustaka. Bab 1: Sejarah ringkas bahasa Melayu. Slametmuljana (1975). Asal bangsa dan bahasa Nusantara.Jakarta: Balai Pustaka. B ab 1: Asal bangsa dan bahasa Nusantara; dari Foster sampai Heyerdah.

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 184 UNIT 10 ISU-ISU BAHASA HASIL PEMPELAJARAN Pada akhir unit ini anda dapat: 1. Memahami isu-isu dalam memartabatkan bahasa Melayu 2. Mengenal pasti isu-isu bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. 3. Membezakan di antara isu dan masalah dalam memartabatkan bahasa Melayu. 4. Menyenaraikan sebab-sebab berlakunya isu ketidakyakinan terhadap kemampuan ba hasa Melayu dalam mengungkap ilmu moden. 5. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Mel ayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. PENGENALAN su-isu dalam memartabatkan bahasa Melayu adalah isu-isu yang banyak cabangnya. O leh kerana bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan secara t idak langsung isu memartabatkan bahasa Melayu menjadi agenda nasional. Dalam unit ini kita akan membincangkan pelbagai isu dalam kerangka memartabatkan bahasa Melayu. Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah isu penyatuan bangsa , isu indentiti bangsa dan negara, isu penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar mata pelajaran sains dan ma tematik, isu bahasa Melayu dalam era ICT dan sebagainya. ISU PENYATUAN BANGSA pabila memperkatakan isu penyatuan bangsa, secara langsung kita sebenarnya mempe rkatakan kedudukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sebelum negara kita merdeka, kerajaan Melayu Melaka berhadapan dengan masyarakat yang berbilang kaum. Dalam bidang pen tadbiran, perdagangan, pendidikan, undang-undang dan komunikasi seharian, bahasa Melayu te lah dipilih kerana sifanya yang mudah dipelajari. Dalam hal ini jelas kepada kita bahasa Melayu mem ainkan peranan penting sebagai penyatuan kepada masyarakat berbilang kaum di Melaka ketika itu. Bahasa Melayu ketika itu sudah bersifat sebagai bahasa antarabangsa. Selepas merdeka isu penyatuan bangsa menjadi semakin penting. Sebagai sebuah neg ara yang berdaulat Malaysia perlu mempunyai lambang dan martabat bangsanya sendiri. Tugas untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu menjadi sukar kerana setiap kaum berasa ke lompoknya perlu dilindungi. Tugas memimpin rakyat untuk menjadi satu bangsa Malaysia yang bersat u padu dan kukuh I A

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 185 bukanlah satu tugas mudah. Untuk mencapai matlamat ini sekali lagi bahasa Melayu dipilih untuk memainkan peranannya sebagai bahasa perpaduan. Dalam konsep sebuah negara bangsa kita tidak boleh melupakan dan kehilangan baha sa, agama dan budaya kita. Kita juga tidak boleh hilang identiti etnik kita. Jika kita ket urunan Melayu kita tetap kekal sebagai Melayu, begitu juga dengan orang Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Dusu n dan sebagainya. Pada hakikatnya kita perlu menerima Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan kit a semua adalah bangsa Malaysia. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersat u padu. Bagi membentuk masyarakat Malaysia dan bangsa Malaysia, kita perlulah terlebih d ahulu menyatukan setiap bangsa dan keturunan yang ada di Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat mencorakkan bentuk bangsa Malaysia yang diingini. Cita-cita perpaduan dan integrasi kaum ini dapat dijelmakan melalui persefahaman, tolak ansur, perkongsian kuasa, hormat-menghormati, toleransi, kes etiaan dan patriotik. Slogan 'Malaysia Boleh' seharusnya dijadikan kata keramat untuk membentuk dan me nyatukan bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Kerajaan telah memilih bahasa Melayu sebagai bahas a rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebang saan. Sikap sinis sebahagian rakyat kita yang melihat bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa tin ggi seharusnya diperbetulkan. Apa yang perlu dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia ialah meleta kkan semula bahasa Melayu pada kedudukan yang sepatutnya seperti yang telah dimaktubkan dalam perle mbagaan negara dan akta bahasa kebangsaan. ISU IDENTITI BANGSA DAN NEGARA ewujudan sesuatu bahasa berkait rapat dengan kewujudan bangsanya. Begitulah haln ya apabila slogan Bahasa Jiwa Bangsa , bukan sekadar usaha kita membina identitinya sahaja tet api melihat jiwa yang ada dalam bahasa dan bangsa itu. Sejarah asal-usul bahasa Melayu berka it rapat dengan sejarah asal-usul bangsa Melayu. Walaupun pelbagai kajian telah dilakukan namun sehingga hari ini kita masih kabur untuk mencari tanah asal bangsa dan bahasa Melayu. Sejarah telah membuktikan bangsa dan bahasa Melayu terkenal dan mampu menjelajah ke seluruh pelosok alam Melayu malah ke seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh Panglima Awang yang ikut berlayar bersama Ferdinan de Maggellan. Walaupun nama Panglima Awang tidak terca tat dalam manamana manuskrip Melayu, namun nama Panglima Awang tercatat dalam pelbagai catatan seja rah bangsa asing. Misalnya Figafeta menyebutnya sebagai seorang lelaki dari Melaka . Bagaiman apun ada juga ahli

Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujuda n Panglima K Mengapakah dikatakan bahasa mampu menjadi alat penyatuan bangsa sesuatu negara?

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 186 Awang. Malah nama tokoh pahlawan Melayu itu turut diubah dan dikenali sebagai Enr ique , Henry The Black , Henrich , Ariberto , Espinosa dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa Empayar Melaka sebelum kejatuhannya di tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan sebuah kerajaan Melayu yang hebat dan besar. Martabat dan kedudukan bangsa dan bahasa M elayu diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Bahasa Melayu bukan sekadar menjadi bahasa istana da n bahasa persuratan malah menjadi bahasa perdagangan di Melaka. Bahasa Melayu telah diber i nilai ekonomi oleh masyarakat dan empayar Melaka. Bahasa Melayu turut menjadi bahasa undang-undang. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah bukti penting bahasa Melayu mampu me mperkatakan perihal perundangan. Dalam hal ini jelas kepada kita bahasa Melayu menjadi ident iti kerajaan Melayu Melaka ketika itu. Ketika zaman penjajahan kedudukan bahasa Melayu merosot dengan teruk. Peranannya mula diketepikan dan bahasa asing terutama bahasa Inggeris ketika pendudukan Inggeris di Tanah Melayu mengambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu semakin tenat dan orang Melayu seolaholeh sudah hilang identiti dan jati diri bangsa. Selepas merdeka kesedaran untuk memartabatkan semula bahasa Melayu giat dilakuka n. Malah sebelum merdeka semua parti politik bersetuju supaya satu bahasa dipilih untuk d ijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Tanah Melayu yang merdeka. Maka dipersetujui supaya bahasa Melayu dipilih dan memainkan peranannya sebagai bahasa yang akan menyatukan semua penduduk Tana h Melayu ketika itu. Sejak hari itu kedudukan bahasa Melayu terus dimantapkan. Pelbagai u saha telah diambil agar kedudukan bahasa Melayu berada pada landasan yang betul. Dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia dan memajukan negara mengikut acu an sendiri usaha pendaulatan untuk membentuk identiti bangsa perlu dibuat melalui bahasa ke bangsaan yang dipilih, iaitu bahasa Melayu. Bak kata pepatah 'di mana bumi dipijak di situlah langit di junjung', membawa pengertian yang cukup mendalam kerana ' maju bangsa majulah bahasa'. Walaupun pe lbagai usaha telah dibuat bagi memajukan bangsa yang bersatu padu, namun ianya belum dapat direalis asikan sepenuhnya. Ini menunjukkan jalan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti bangsa dan negara masih jauh dari jangkauan. Perkembangan muktahir ini melihat kedudukan bahasa Melayu terus dicabar dan dias ak dari pelbagai sudut. Desakan globalisasi, cabaran bahasa Inggeris, krisis keyakinan terhadap k emampuan bahasa Melayu mengungkapkan ilmu tinggi dan gelombang ICT menjadikan kedudukan bahasa M elayu semakin

terancam. Dalam hal ini usaha membina dan membentuk identiti bangsa dan negara m elalui bahasa melalui jalan sukar. Lebih malang lagi bahasa Melayu terus dicemar dengan penggu naan bahasa slanga yang melampau dan amalan merojakkan bahasa Melayu. Jika keadaan ini tidak dibend ung, kedudukan bahasa Melayu akan menjadi lebih parah. Usaha membentuk identiti bangsa dan negara melalui bahasa perlu dilakukan dengan bersungguhsungguh. Keghairahan kita menguasai bahasa asing dengan mengabaikan bahasa Melayu adalah sesuatu yang amat malang. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain menghormati dan memar tabatkan bahasa kita sedangkan kita sendiri alpa untuk mempertahankan. Khazanah sesuatu ilmu ban gsa itu hanya akan kekal jika diungkapkan dalam bahasa ibundanya sendiri. Slogan 'Bahasa Jiwa Bangs a' bukan sekadar ungkapan kosong tetapi perlu penghayatan setiap pendukungnya. Setelah lebih 400 tahun bangsa dan

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 187 bahasa Melayu terjajah memang agak sukar untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa bahasa Melayu pernah menjadi identiti bangsa Melayu. ISU DASAR BAHASA NEGARA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU A. DASAR BAHASA NEGARA Dasar bahasa negara dengan jelas disebut dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 15 2) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971). Tafsiran terhadap kedudukan dan f ungsi bahasa Melayu telah dibuat dalam beberapa undang-undang dan peraturan-peraturan jabatan kerajaan. Secara ringkas, dasar bahasa negara seperti yang termaktub dalam undan g-undang menetapkan perkara-perkara yang berikut: (i) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. (ii) Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan. (iii) Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasaba hasa lain. B. FUNGSI BAHASA MELAYU Dalam hal ini fungsi bahasa Melayu ditafsirkan sebagai: Bahasa kebangsaan dan menjadi; (i) lambang identiti negara dengan penggunaan berstatus tinggi digunakan dalam majlis-majlis rasmi negara. (ii) bahasa yang difahami oleh seluruh penduduk Malaysia (iii) alat komunikasi lisan dan tulisan dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di ja batan kerajaan dan swasta Kenapa dikatakan usaha membentuk identiti bangsa dan negara melalui bahasa agak sukar dilakukan?

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 188 Bahasa rasmi yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, iaitu digunakan un tuk (i) perhubungan dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam (ii) perhubungan antara jabatan sektor awam dengan pihak sektor swasta. (iii) perhubungan antara jabatan sektor awam dengan orang ramai dan sebaliknya. Bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Fungsi ini diringkaskan seperti yang t erdapat dalam Akta Pendidikan 1995 adalah seperti berikut: (i) menjadi bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran (bukan bahasa) di peringkat pendidikan prasekolah, rendah dan menengah kerajaan. (ii) Menjadi bahasa pengantar bagi semua subjek yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi awam (kerajaan). (iii) menjadi mata pelajaran wajib yang diajarkan di sekolah rendah jenis kebang saan Cina dan Tamil. (iv) Subjek wajib yang diajarkan di semua jenis dan peringkat institusi pendidik an swasta. Bahasa persuratan, kesenian, kebudayaan, media massa, agama, falsafah dan sebagainya. Bahasa yang mempunyai nilai ekonomi dan berfungsi sebagai bahasa perbankan, perniagaan, perdagangan, industri.dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Bahasa yang berfungsi sebagai bahasa ilmu tinggi, sains, teknologi dan maklumat. Pelbagai istilah dicipta bagi memenuhi fungsinya untuk memperkatakan bidang sain s, teknologi maklumat, inetrnet dan sebagainya. Perkara ini dilakukan untuk menjadi kan bahasa Melayu mampu memenuhi keperluan pembangunan Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Apakah yang anda fahami dengan Dasar Bahasa Negara? Senaraikan fungsi utama bahasa Melayu dalam sektor awam.

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 189 AKTA PENDIDIKAN 1996 epentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu mendorong kerajaan supaya Bahasa Inggeris digunakan bagi menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk kursuskursus sains dan teknologi tertentu di peringkat universiti. Perubahan sikap ini sebenarnya b ertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Akta Pelajaran 1961 dan semangat perlembagaan. Terd apat pelbagai sebab kenapa perlunya Akta Pendidikan 1995 diperkenalkan yang antaranya; abad ke-21 adalah abad yang lebih mencabar dan untuk menjadi negara maju seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 penyediaan tenaga kerja mahir dan pembangunan ekon omi mestilah dimantapkan. hasrat kerajaan menjadikan Malaysia pusat pendidikan utama di rantau ini bahasa Inggeris perlu diwajibkan pada semua peringkat persekolahan (walaupun dik atakan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar) akta baru ini diyakini dapat meningkatkan perpaduan rakyat di negara ini akta baru ini juga dikatakan dapat menyediakan peluang pendidikan yang sama rata kepada rakyat Malaysia. Akta Pendidikan 1995, Fasal 17 (1) memperuntukkan bahawa: Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pen didikan dalam Sistem pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditentu kan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Mente ri daripada subseksyen ini . Akta ini masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu dan pendidikan aliran Mela yu. Sekolah jenis kebangsaan masih dibenarkan menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tam il sebagai bahasa pengantar. Institusi pendidikan swasta yang menggunakan bahasa Inggeris s ebagai bahasa pengantar dibenarkan terus menggunakannya. Menteri Pelajaran ketika itu (Utusan Malaysia, 12 Januari 1996) memberi jaminan kedaulatan bahasa Malaysia tidak terhakis walaupun Institu si Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar me reka. Kelonggaran penggunaan bahasa Inggeris di IPTS diberikan dalam dua keadaan sahaj a, iaitu apabila; pensyarah tidak boleh berbahasa Melayu pelajar asing tidak tahu bahasa Melayu IPTS yang berkembang pesat, hampir semuanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Walaupun bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib, perkara ini ti dak menjamin kedudukan bahasa Melayu. Ketika ini dilaporkan terdapat hampir 600 IPTS dengan b ilangan pelajar lebih 200,000 orang. IPTS di Malaysia sudah mula menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari luar Malaysia. Potensi

K

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 190 yang besar untuk mengembang dan menyebarkan bahasa Melayu kepada pelajar asing t entunya agak perlahan. Akta pendidikan 1996 membenarkan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengan tar dengan meluas. Keghairahan mengguna dan mermartabatkan bahasa Inggeris ini akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di dala m perlembagaan. Keadaan ini boleh membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kita tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris tetapi usaha selama ini yang mu la menampakkan hasil terutamanya sebagai alat perpaduan sedikit sebanyak mula terje jas. Dalam hal ini kedudukan dan kepentingan bahasa Inggeris hendaklah dilihat sebagai hubungan yan g berasaskan keperluan antarabangsa dan kedudukan bahasa Melayu pula harus dilihat sebagai ba hasa kebangsaan yang berkait rapat dengan jati diri dan maruah bangsa. Jika bahasa Melayu diangg ap sebagai tidak mampu mencapai matlamat wawasan 2020 atau sebagai ilmu, rakyat tentu sahaja tidak yaki n dengan kemampuannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malah sebagai bahasa per paduan. PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS ada tahun 2003, kerajaan telah menetapkan supaya bahasa Inggeris digunakan sebag ai bahasa pengantar dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekol ah dan matrikulasi. Selain itu semua universiti awam turut menyahut seruan kerajaan den gan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk kursus-kursus sains dan matematik termasuk kursus teknologi. Perlaksanaan ini tanpa disedari dengan sendirinya mengubah Dasar Pend idikan Kebangsaan yang selama ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. P IPTS diberi kelonggaran untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kursus-kursus yang dikendalikan. Jelaskan kenapa kelonggaran ini diberikan kepada IPTS?

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 191 Kebaikan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Sebahagian besar bidang ilmu dan maklumat hari ini tersebar melalui bahasa Ingge ris. Kegagalan pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan membantutkan usaha menguasai ilmu. Ha l ini berlaku kerana pengguasaan teknologi maklumat dan komunikasi serta kegiatan ekonomi anta rabangsa bergantung pada pengguasaan bahasa Inggeris. Para pendukung yang mahukan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu berpendapat antaranya; Menguasai bahasa Inggeris tidak akan mengurangkan jati diri dan martabat bahasa Melayu. Belajar bahasa apa sekalipun akan memberi faedah kepada kita. Dengan menguasai b anyak bahasa, maka khazanah ilmu akan bertambah. Hanya mata pelajaran sains dan matematik sahaja yang terlibat. Dengan menggunaka n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, penggusaan bahasa Inggeris pelajar dapat memp erkukuh dan memantapkan lagi. Banyak istilah-istilah dan bahan rujukan berkaitan dengan mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Jika bahasa Inggeris dikuasai dengan baik oleh p elajar, maka mereka tidak akan berhadapan dengan masalah untuk membuat rujukan dalam bahasa I nggeris terutama penuntut-penuntut di universiti. Proses globalisasi kini menuntut kita menguasai bahasa Inggeris. Tanpa bahasa In ggeris, usaha memajukan negara akan menjadi lambat. Banyak negara lain seperti China, Jepun da n Korea hari ini mula memberi tumpuan kepada bahasa Inggeris. Implikasinya terhadap bahasa Melayu Perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini sesuatu yang amat drastik dan m engejutkan pejuangpejuang bahasa dan pencinta bahasa Melayu. Setelah hampir 50 tahun bahasa Melayu memaink an peranan sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan sebagai ba hasa pengantar dalam sistem pendidikan, perubahan ini ternyata mendapat reaksi yang pelbagai. A ntara hujah mereka yang melihat kedudukan dan martabat bahasa Melayu merosot dan tercabar, iaitu: Jika masalah penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu sepatutnya kaedah penga jaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang perlu dimantapkan. Kemerosotan penguasaan baha sa Inggeris mungkin disebabkan sistem dan kaedah yang digunakan selama ini tidak se suai atau gagal mencapai matlamat yang diharapkan. Resolusi ke-2 Kongres Bahasa dan Persur atan Melayu ke-6 pada 5 September 2002 mengusulkan agar; Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas untuk mencari langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan tidak menjejaskan kedudukan dan fungsi

bahasa Melayu Guru sebagai agen pelaksana dalam dasar berkenaan juga menghadapi masalah besar dengan pengguasaan bahasa Inggeris. Kajian yang dilakukan oleh DPB-UKM pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah menunjukkan guru belum bersedia untuk mengajar mata pelaja ran sains

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 192 dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7% guru sains dan 62.2% guru matem atik yang mampun menerangkan konsep sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Seterusnya bahasa Inggeris akan digunakan dalam soalan peperiksaan awam. Pada peringkat awal keraj aan menjelaskan penggunaan dwibahasa dalam kertas soalan peperiksaan. Namun pada hak ikatnya, pada masa hadapan tentunya bahasa Inggeris akan digunakan sepenuhnya untuk mengu bal soalan peperiksaan. Penggunaan bahasa Melayu semakin merosot. Istilah-istilah yang dicipta dalam pel bagai bidang ilmu tidak akan digunakan dan istilah baharu tidak akan dicipta lagi. Buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tentunya tidak akan diterbitkan lagi kerana sudah tidak ada pembac anya. Secara perlahan-lahan keadaan ini akan menghakis penggunaan dan martabat bahasa Melayu. Mengajar ilmu melalui bahasa ibunda adalah lebih berkesan. Beberapa kajian yang dilakukan di luar negara membuktikan bahawa belajar melalui bahasa ibunda adalah lebih cepat dan berkesan. Misalnya di negara Brunei Darussalam yang mengamalkan dasar dwibahasa. Kerajaan Brunei mengubah bahasa pengantar pendidikannya daripada Bahasa Melayu kepada bahasa Ing geris pada tahun empat pendidikan rendah. Setelah mendapat pendidikan asas melalui Bah asa Melayu, mata-mata pelajaran sains dan matematik diajarkan melalui bahasa Inggeris. Perub ahan bahasa pengantar ini telah menimbulkan beberapa kesan. Kanak-kanak menghadapi kesukaran apabila bahasa pengantar ditukar daripada Bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Pengguna an bahasa Inggeris itu telah mengganggu proses pemahaman matematik. Prestasi mereka dalam peperiksaan juga menurun. Penguasaan Bahasa Melayu juga mula merosot. (Abdullah Hassan, 2007:868). Keadaan yang sama juga boleh berlaku lejar-pelajar di Malaysia. Setel ah sekian lama bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan, perubahan ini t entunya akan mengganggu proses pembelajaran. Peranan bahasa Melayu semakin kurang terutamanya sebagai bahasa ilmu dan dikhuat iri akan hanya menjadi bahasa pasar sahaja. Hal ini tentunya akan menjejaskan kedudukan d an martabat bahasa Melayu. Menurut Kamal Syukri (Abdullah Hassan, 2007:62) sesuatu yang agak ganjil apabila di lebih kurang 30 buah negara sedunia bahasa Melayu telah diiktiraf seb agai bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi, di negara kita sendiri keupayaan bahasa Melayu sebaga i bahasa ilmu diragui. Berdasarkan isu pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI), teliti laporan akhbar berikut. Beri komen anda Kebaikan pelaksanaan PPSMI Penentangan terhadap PPSMI Implikasinya terhadap bahasa Melayu daripada aspek perlembagaan dan undang-undang

________________________________________________________________________________ _____ ________________________________________________________________________________ _____ Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 193

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 194 MENGEMBALIKAN MARTABAT, KEWIBAWAAN DAN KEYAKINAN TERHADAP KEMAMPUAN BAHASA MELAYU enentangan terhadap pelaksanaan PPSMI telah mendorong pihak kerajaan melalui Kem enterian Pelajaran untuk mengambil tindakan memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan. Langkah mengembalikan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu adalah tidak mencukupi untuk mengembalikan maruah dan kedudukan bahasa Melayu yang semakin tercabar dalam era teknologi maklumat. Langkah-langka h lain yang boleh diambil untuk mencapai matlamat itu, boleh ditumpukan kepada dua strategi ,iaitu cara mengatasi masalah sikap negatif terhadap keupayaan dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai pengantar sains, teknologi dan pendidikan tinggi, dan cara membina budaya ilmu, sains dan teknologi dalam bahas a Melayu dalam penerokaan ilmunya. 1. Mengadakan kempen, konvensyen dan syarahan umum pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, peruntukan kewangan dana dalam bentuk belanjawan kerajaan dan sumb angan daripada pihak sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaanl, 2. Mengadakan skim penggalakan dan insentif kepada ahli akademik dan ilmuan untu k menulis dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu buku dalam bidang pengkhususan masing-masi ng, 3. Menubuhkan sebuah sebuah badan atau organisisi yang bertanggungjawab: (i) merancang dan melaksanakan penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran , penggalakan, penggunaan dan penilaian buku-buku dan bahan-bahan rujukan dalam pe lbagai media dalam semua bidang sains, teknologi dan teknologi maklumat, (ii) mengadakan perhubungan dan kerjasama akademik dengan institusi-institusi, p usat-pusat penyelidikan, penerbitan buku dan jurnal dan perpustakaan yang terkemuka di selu ruh dunia, (iii) menubuhkan kerjasama yang erat dengan Indonesia, Brunei dan Singapura berd asarkan keperluan dan tanggungjawab bersama untuk memajukan bahasa Melayu terutamanya me lalui MABBIM dan MABM, (iv) menubuhkan hubungan dan kerjasama yang erat dalam penerbitan, penyelidikan dan promosi tentang semua perkara yang berkaitan dengan bahasa, sastera, budaya, sains, tekn ologi, perindustrian, perdagangan, perhubungan antarabangsa dan diplomasi dengan negara -negara dan institusi seluruh dunia, 4. Mengadakan gerakan promosi yang gigih, agresif dan meyakinkan untuk mengantar abangsakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama ASEAN mengambil alih bahasa Inggeris., 5. Menubuhkan beberapa buah Akademi Pembelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Mode n Wilayah

untuk melatih pelajar-pelajar secara intensif penguasaan bahasa Inggeris dan bah asa-bahasa moden yang lain bagi melaksanakan tugas-tugas khusus seperti teknologi tinggi, perdaga ngan antarabangsa, diplomasi dan hubungan diplomasi dan sebagainya. P

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 195 BAHASA MELAYU DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT) edakan teknologi maklumat dan teknologi internet menjadikan dunia ini semakin ke cil. Menyedari kepentingan hal ini para pendukung kemajuan bimbang bahasa Melayu tidak mampu memperkatakan ilmu-ilmu baharu terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komp uter. Bahan maklumat yang terdapat dalam internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Mereka percaya untuk menjadikan negara ini terus maju peranan bahasa Inggeris mestilah diperkas akan kerana bahasa Inggeris bahasa 'global', bahasa teknologi, bahasa ICT, bahasa internet, bahasa perdagangan dan mempunyai nilai ekonomi. Dasar kerajaan melalui pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahas a Inggeris adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Penggubalan Akta Pendi dikan 1995 dan Akta IPTS 1996 adalah bukti kesungguhan pihak kerajaan untuk melihat rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Keghairahan ini sebenarnya membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Tanpa disedari kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dicabuli. Menu rut Nik Safiah Karim (Abdullah Hassan 2006:713) bahasa Melayu hari ini menerima pelbagai cabara n yang dikategorikan kepada dua, iaitu: i. Dari segi bahasa Melayu itu sendiri, dan ii. Dari segi luaran, khususnya sikap pihak-pihak tertentu terhadap bahasa Ingge ris dan bahasa Melayu. Dari sudut (i), antara aspek-aspek yang perlu disedari ialah: a. Perlunya diusahakan supaya bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang dihormati oleh warganegara Malaysia dan digunakan pada situasi-situasi yang relevan. b. Menentukan bentuk bahasa Melayu segar dan bertenaga untuk memikul tugas dan cabaran abad ke-21. Dari sudut (ii) pula, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : a. Pihak yang memperjuangkan bahasa Inggeris perlu disedarkan bahawa keghairahan mereka akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan b. Tidak ada warganegara yang menolak kepentingan bahasa Inggeris, kerana bahasa tersebut penting sebagai bahasa perhubungan di dunia antarabangsa dan bahasa unt uk menimba ilmu pengetahuan. Yang perlu disedari ialah bahawa kaitan emosi berbeza. Hubunga n dengan bahasa Inggeris hendaklah dilihat sebagai hubungan yang berasaskan unsur utiliti , kerana statusnya sebagai bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan yang berkait ra pat dengan jati diri dan maruah bangsa. Di sini unsur emosi memainkan peranan penting. L

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 196 Untuk menangani cabaran bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat ini Hassan Ah mad (Abdullah Hassan, 2006: 695) mencadangkan beberapa tindakan perlu dibuat. Antara nya; Fenomena 'globalisasi' perlu ditangani dengan bijak kerana ianya bukanlah suatu gerakan atau proses ketamadunan dunia yang boleh membawa kepada persefahaman budaya yang lebi h mendalam antara manusia di seluruh dunia tetapi adalah merupakan proses penguasa an dan persaingan antarabangsa yang kuat dengan bangsa yang lemah. Maklumat bukan ilmu kerana yang disebarkan melalui internet ialah maklumat - ber bagai-bagai jenis maklumat, termasuk maklumat lucah dan kotor. Bahan yang bercorak ilmu, kal au ada pun, disebarkan melalui ensiklopedia tentang dunia dan tamadun Barat. Internet sudah menjadi komplek membeli belah global, tempat peniaga seluruh dunia menjual maklumat seba gai barang dagangan. Untuk menghadapi cabaran Teknologi Maklumat (TM) global yang semakin bercorak ko mersial dan propagandis itu, dan yang mungkin boleh memusnahkan budaya dan sistem nilai bangsa kita, kita memerlukan suatu dasar TM negara yang dapat mengimbangi maklumat global itu , dasar yang dapat memperkenalkan tamadun Malaysia ke seluruh dunia melalui lebuhraya makluma t global, dasar yang dapat melibatkan seluruh rakyat Malaysia dalam proses kemajuan TM di negara ini. Rancangan untuk membuat dan mengeluarkan berbagai-bagai perisian program kompute r dalam bahasa Melayu hendaklah diadakan. Jika kita mahu penduduk Malaysia berbahasa Mel ayu celik komputer, celik makjlumat, dan menggunakan TM, maka rancangan pembuatan dan peng eluaran perisian program komputer, termasuk program pemprosesan kata, dalam bahasa Melay u penting. Kesimpulannya, ledakan dunia ICT memberi cabaran baru kepada perkembangan bahasa Melayu. Untuk berdepan dengan cabaran ini kita sering mendengar alasan tidak cukup istil ah dikemukakan apabila mereka mencadangkan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sebagai ba hasa ICT, kekurangan buku dalam bahasa Melayu. Oleh itu kegiatan penyebaran dan pembinaan bahasa mestilah diteruskan. Usaha menterjemah ilmu-ilmu baharu terus digiatkan dalam konteks glo bal untuk menyediakan bahasa Melayu sebagai bahasa ICT. Bincangkan bagaimana usaha-usaha boleh dilakukan agar bahasa Melayu dapat memainkan peranananya dalam teknologi komunikasi dan maklumat.

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 197 KEMPEN MINGGU DAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN ada 30.1.1960 Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961. Pelancaran ini dilakukan oleh P engerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Pelancaran pertama Minggu Bahasa Kebangsaan ini bertujuan: ...menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan sehari-hari; menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka ada memakai bahasa kebangsaan yang difahamkan oleh daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan; untuk meyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan dia boleh dipakai menjadi bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; hendak menerangkan kepada ahli-ahli pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang lalu dan terus berjalan hingga sekarang, P

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 198 dan hendak menerangkan kepada orang rama bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar di dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama dari segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan. Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah Setelah Tanah Melayu merdeka kesedaran perlunya usaha gigih memartabatkan bahasa Melayu digerakkan. Dewan Bahasa dan Pustaka diberikan amanah dan tugas besar untuk mera ncang, membina dan seterusnya menyebarkan penggunan dan perkembangan bahasa Melayu ke seluruh p elosok tanahair. Salah satu usaha yang dilakukan pertama kalinya ialah dengan melancarkan Minggu Bahasa Kebangsaan dengan tujuan seperti yang disebut di atas. Pelbagai acara telah diadakan untuk memeriahkan lagi Minggu Bahasa Kebangsaan in i yang dijalankan dalam dua bentuk; acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan peraduan-peraduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu. Program ini diadakan meliputi semua peringkat, iaitu pada peringkat daerah, peri ngkat negeri dan peringkat kebangsaan. Pelbagai acara umum telah diadakan seperti penerangan mela lui poster-poster, pelekat-pelekat, cogan-kata, iklan filem-filem dan ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar bahasa. Pada setiap peringkat sambutan yang diberikan sangat menggalakkan, malah pada peringkat kebangsaan seluruh pihak meliputi kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, pihak syarikat-syarikat swasta, pertubuhan bahasa dan sastera dan rakyat turut menyambut dan menyertai M inggu Bahasa Kebangsaan ini. Semenjak tarikh tersebut usaha penggalakkan melalui kempen-kempen bahasa masih d iteruskan sehingga hari ini. Persatuan-persatuan bahasa dan kesusasteraan terutamanya GAPE NA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus giat memartabatkan bahasa Melayu melalui kempenkempen bahasa. Pelbagai aktiviti dan program telah diatur. DBP dengan kerjasama kerajaa n telah menjadikan bulan September setiap tahun sebagai Bulan Bahasa dalam usaha terbaha ru meningkatkan kecintaan orang ramai terhadap bahasa Melayu. Pelbagai acara diadakan seperti Ke mbara Bahasa, Semarak Bahasa, pertandingan-pertandingan kebahasaan seperti berbalas pantun, de bat, menulis esei dan sebagainya.

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 199 Setelah sekian lama kempen-kempen kebahasaan dijalankan dengan penyertaan dan so kongan pelbagai pihak, satu persoalannya ialah sejauhmanakah kempen-kempen ini memberi kesan menyeluruh dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Adalah tidak adil untuk menuduh kempenkempen tersebut gagal dan tidak berkesan. Jika ditinjau sepintas lalu tahap penggunaan bahasa Me layu oleh warganegara Malaysia daripada pelbagai kaum dan keturunan jelas membuktikan bahasa Melayu di terima baik. Terbukti di sini bahasa Melayu menjadi alat perpaduan dan penyatuan bangsa dan negara Mal aysia. Usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu perlu dilakukan oleh semua pihak untuk terus mema ntapkan penggunaan bahasa Melayu. Satu hari nanti pasti kedudukan bahasa Melayu akan mencatatkan se jarah gemilang seperti yang pernah dicatatkan pada zaman Empayar Melaka. RUMUSAN Penyatuan bangsa penting untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Bahasa Melayu boleh menjadi alat penyatuan atau perpaduan. Bahasa menjadi lambang sesuatu bangsa kerana itu slogan Bahasa Jiwa Bangsa , menjad i asas identiti dan jati diri bangsa Melayu dan Malaysia. Malaysia mempunyai dasar bahasa yang jelas seperti yang dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa 1963/67 (Disemak 1971). Bahasa Melayu memenuhi pelbagai fungsi seperti dalam pentadbiran awam, pendidika n, sektor swasta dan komunikasi seharian. Akta Pendidikan 1995 tanpa disedari telah mengurangkan peranan bahasa Melayu dal am sistem pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris mempunyai kebaikannya seperti meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan sebagain ya. Pelaksanaan pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris juga mempunyai keburukkannya seperti penggunaan bahasa Melayu semakin merosot dan mengurangkan peranannya sebagai bahasa ilmu. Ledakan ICT menjadikan bahasa Melayu semakin tercabar dan perlu menyesuaikan dir i menangani perubahan yang berlaku. Pelbagai kempen bahasa yang dijalankan dapat membantu meningkatkan imej dan mart abat bahasa Melayu. Senaraikan kempen-kempen bahasa yang anda fikir boleh menarik minat orang ramai untuk menyertainya.

Isu-isu bahasa ________________________________________________________________________________ _____ 200 KATA KUNCI penyatuan perpaduan bahasa kebangsaan bahasa rasmi identiti bangsa minggu bahasa martabat bahasa global globalisasi bahasa ICT bahasa tamadun tinggi internet PENILAIAN KENDIRI 1. Bersama tutor anda bincang isu-isu lain yang berkaitan dengan kedudukan dan k edaulatan bahasa Melayu. 2. Cadangkan kempen-kempen bahasa yang sesuai dilaksanakan di sekolah untuk meny emarakkan penggunaan bahasa Melayu. 3. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk identiti bangsa dan negara Malaysia melalui bahasa Melayu. 4. Jelaskan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan. 5. Mengapakah ahli-ahli bahasa bimbang pelaksanaan pengajaran mata pelajaran sai ns dan matematik akan membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu? 6. Jika mutu pengusaan bahasa Inggeris merosot, pada pandangan anda apakah langk ah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya? 7. Dengan merujuk laman web DBP teliti aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu. RUJUKAN Abdullah Hassan (2006). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1-V1. Kuala Lumpur: DBP Abdullah Hassan. ed (2007). Mengapa Kami Bantah. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia Ahmad Adam (1994). Isu bahasa dan pembentukan bangsa. Kuala Lumpur: DBP Awang Sariyan (1995). Ceritera bahasa. Kuala Lumpur:DBP Hari ini dalam sejarah. Kuala Lumpur: Arkib Negara

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 14 UNIT 2 KELUARGA BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami dan mengetahui rumpun keluarga bahasa Austrik. 2. Mengenal pasti rumpun Austronesia. 3. Mengenal pasti rumpun bahasa Melayu. 4. Menyenaraikan persamaan ciri-ciri bahasa yang ada dalam rumpun bahasa Melayu. PENGENALAN nit ini akan mendedahkan konsep dan memahami perkaitan di antara filum, rumpun d an keluarga bahasa. Kita juga akan menyelusuri rumpun bahasa Austronesia dan keluarga bahasa yang berada di bawah bahasa tersebut. Asal usul keluarga bahasa Nusantara khususnya b ahasa Melayu dan dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu turut dibincangkan. KONSEP FILUM, RUMPUN DAN KELUARGA BAHASA enurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa mempunyai perkaitan kekeluargaan diantara semua bahasa-bahasa yang terdapat di dunia. Perkaitan kekeluargaan tersebut boleh di a nologikan kepada perkaitan antara kekeluargaan manusia. Demikian dalam bahasa juga ada per kaitan yang dekat dan yang jauh. Jika sesebuah bahasa tersebut mempunyai banyak ciri-ciri ya ng sama antara mereka akan menganggotai kelompok yang lain yang mempunyai anggotanya sendiri. Walau ba gaimanapun, antara kedua-dua kelompok itu masih mempunyai perkaitan. Berdasarkan perkaitan tersebut bahasa di kelaskan dalam kelompok yang diberi nam a-nama khas berdasarkan lama-waktu masing-masing. Lama-waktu tersebut ialah umur bahasa ters ebut yang dikira samasa bahasa itu berpecah dari induknya. Dengan berdasarkan lama-waktu bahasa t ersebut yang mempunyai perkaitan, kekeluargaa, bahasa-bahasa di golongkan dalam rumpun, kelua rga, dan subkeluarga. Terdapat tiga konsep penting yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita me nyelusuri susur galur sesuatu bahasa, iaitu; Filum Kelompok bahasa yang menjangkau masa lebih 5,000 tahun. Rumpun Sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 hingga 5,000 tahun Keluarga Sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun U M

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 15 Sesuatu bahasa yang sedikit menyimpang atau menunjukkan sedikit kelainan juga di sebut sebagai bahasa sekeluarga. Sesuatu keluarga bahasa boleh terdiri daripada beberapa bahasa yang dipanggil subkeluarga bahasa berdasarkan tempat dan nama bahasa tertentu. Ketiga-tiga konsep ini dapat dilihat melalui rajah berikut: Konsep Filum, Rumpun dan Keluarga Bahasa FILUM RUMPUN RUMPUN KELUARGA 1 KELUARGA 2 KELUARGA 1 KELUARGA 2 Sub keluarga 1 Sub keluarga 1 Sub keluarga 2 Sub keluarga 2 Sub keluarga 3 Sub keluarga 3 FILUM AUSTRIS DAN RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA elalui ilmu perbandingan bahasa, para penyelidik mendapati bahasa-bahasa Austrik merupakan salah satu cabang bahasa terpenting bahasa dunia. Filum bahasa Austrik dibahagik an kepada tiga rumpun bahasa yang besar, iaitu Bahasa Austroasia, Bahasa Tibet Cina dan Bahasa Austronesia. Menurut Ismail Hussein (1966) ketiga-tiga rumpun bahasa ini menguasai lebih sepa ruh daripada bahasa benua Asia. Filum bahasa ini adalah bahasa yang awal berdasarkan kebudayaan Dong son di Yunan yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. Ketiga-tiga rumpun bahasa ini ialah ba hasa-bahasa Austroasia, bahasa-bahasa Tibet Cina dan bahasa-bahasa Austronesia. Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia (1998), menjelaskan istilah Austronesia terbentuk daripada unsur formatif bahasa Yunani yang bermaksud pulau-pulau selatan . Jumlah bahasa dal am keluarga bahasa ini dianggarkan dalam lingkungan 500 hingga 1000 bahasa. Austronesia melipu ti Madagaskar, Indonesia, Filipina, Farmosa, dan kelompok pulau Melanesia, Mikronesia, dan Poli nesia di Pasifik. Dari segi geografi, secara mudah Austronesia merentasi kira-kira 130 garis bujur timu r, satu garis yang lalu barat Pulau-pulau Caroline dan New Guinea. Kawasan barat mempunyai 300 bahasa, d engan jumlah penutur lebih 170 juta orang. Bahasa yang terdapat dalam rumpun bahasa Austrones ia seperti bahasa Jawa dengan bilangan penuturnya 60 juta orang, bahasa Melayu, bahasa Aceh, Batak , Minangkabau di M

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 16 Sumatera, bahasa Sunda di Jawa Barat, bahasa Madura, Bali, Sasak di pulau-pulau timur Jawa, bahasa Iban, bahasa Ngadju, bahasa Madagaskar, dan bahasa Bugis di Sulawesi. Manakala b ahasa Astronesia yang ditutur di Filipina seperti bahasa Tagalog, bahasa Ilokano, bilkol. Secara ringkas rumpun bahasa Austronesia tersebar meliputi kawasan kepulauan-kep ulauan Lautan Teduh dari Pulau Ester sebelah timur dan Kepulauan Asia Tenggara sehingga ke Pulau Madagascar di sebelah Barat. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran rumpun bahasa Austronesia. Peta 2: Rumpun Bahasa-bahasa Austronesia http://webspace.ship.edu/cgboer/languagefamilies.html Menurut Asmah Haji Omar (1988), istilah Austronesia untuk rumpun bahasa Melayu per tama kali digunakan oleh sarjana linguistik bandingan, iaitu Wilhelm Schamidt. Beliau meny impulkan bahawa bahasa-bahasa itu satu ketika dahulu berasal dari satu sumber yang sama, tetapi perkaitan kekeluargaan itu disusur-galurkan kepada jarak masa yang lama, iaitu 5,000 tahun ke atas. Sum ber yang menurun bahasa-bahasa di daratan dan di pulau-pulau di beri nama Filum Austrik. Istilah ini merujuk kepada kelompok bahasa yang lama waktunya 5,000 atau lebih. Filum Austrik dipecahkan ke pada dua cabang, iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia. Istilah Austronesia dibentuk dari unsur Latin austro dan unsur Yunani nesos, iaitu pulau , dengan itu Astronesia bermaksud pulau-pulau sela tan . Walaupun bahasa Melayu bukan sebuah pulau tetapi bahasa Melayu dan bahasa bangsa asli, iaitu Jakun dan Temuan digolongkan dalam bahasa austronesia.Sebelum istilah Austronesia digu nakan, Austronesia dikenali sebagai Malayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Hu mboldt. Perhubungan ketiga-tiga rumpun bahasa ini dapat dilihat melalui rajah berikut;

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 17 Filum Bahasa Austrik Rumpun bahasa Austronesia Rumpun bahasa Tibet Rumpun bahasa Austroasia Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga bahasa, iaitu Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) Bahasa-bahasa Polinesia Bahasa-bahasa Melanesia Bahasa-bahasa Mikronesia Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat d alam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan; sistem bunyi pembentukan kata perbendaharaan kata pembentukan ayat Berikut beberapa contoh kata-kata bilangan dari satu sampai sepuluh dalam bebera pa bahasa Austronesia. Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ProtoAustronesia esa/isa duSa telu sepat lima enem pitu walu siwa sa-puluq Aceh sa duwa lhee peuet limng nam tujh apan sikureueng plh Bali sa dua telu empat lima enem pitu akutus sia dasa Jawa kuno sa rwa telu pat lima nem pitu wwalu sanga sapuluh Jawa baru siji loro telu papat lima nem pitu wolu sanga sepuluh Sunda hiji dua tilu opat ima genep tujuh dalapan salapan sapuluh

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 18 Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tagalog is dalaw tatl pat lim nim pit wal siym samp Malagasy iry ra tlo fatra dmy nina fto vlo svy flo Minangkaba u cik duo tigo ampk limo anam tujuah dalapan sambilan puluah Melayu satu dua tiga empat lima enam tujuh apan sembilan sepuluh a) Bagaimanakah sesuatu bahasa itu dikelompokkan? b) Apakah rumpun bahasa yang menguasai lebih separuh daripada bahasa benua Asia.? KELUARGA BAHASA NUSANTARA edudukan Nusantara ialah di sebelah barat Austronesia. Nusantara disebut juga se bagai Hesperanesia. Hespera bererti barat manakala nesia yang disesuaikan dengan sebut an pada mulanya nesos kepada nuswa dan nusa bererti pulau. Ini bermakna Hesperanesia ial ah pulaupulau barat, iaitu pulau-pulau yang terdapat di bahagian barat Austronesia. Selain itu , ada juga pengkaji memberi nama lain, iaitu Indonesia. Bahasa Nusantara merupakan keluarga bahasa y ang paling besar berbanding keluarga bahasa yang terdapat dalam rumpun Austronesia yang lain sepe rti Mikonesia, Melanesia dan Polinesia. Cabang bahasa Nusantara dipercayai mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, i aitu kirakira 200-300 bahasa. Keluarga bahasa Nusantara atau kepulauan Melayu dibahagikan kepa da kelompokkelompok dan setiap kelompok boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian mengikut kaw san. Bagi memudahkan penelitian, keluarga bahasa Nusantara dibahagikan mengikut daerah dan pulau iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Filipina, Nusa Tenggara, Maluku, Madagaska r dan Tanah besar Asia Tenggara. Pengelompokan ini dapat dilihat seperti yang berikut; K

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 19 1. Kelompok Filipina Terdapat lebih 25 kumpulan bahasa dalam kelompok ini seperti bahasa Ivatan, Ilok ano, Ibanag, Itawes, Kalingga, Ifugaw, Bontok, Kankana-I, Pangasinan, Pampanggo, Tagalog, Bikolano, H anunoo-Mangyan, Ilonggo, Waray, Sebuano, Aborlan Tagbanwa, Batak, Bukidnon, Mamanwa, Maranaw, Ma gindanaw, Bilaan, Tausug dan Baau. BAHASA Natan Utara Selatan Meso Mindanao Sambalic Cordilleran

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 20 2. Kelompok Sumatera Di Sumatera terdapat beberapa jenis bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawas an ini seperti; Bahasa Aceh (di hujung utara pulau Sumatera). Bahasa Gayo (di Aceh Tengah) Bahasa Alas (di Sumatera Utara) Bahasa Batak (di Sumatera Utara terutama di Tapanuli Utara). Bahasa Batak (di Tapanuli Selatan). Bahasa Minangkabau (di Sumatera Barat). Bahasa Minangkabau masih dekat dengan ba hasa Melayu. Bahasa ini mempunyai beberapa dialek seperti Padang, Bukit Tinggi, Pagar uyung, Paya Kumbuh, Lubuhsikaping, Pariaman dan lain-lain termasuk dialek Negeri Sembil an yang terdapat di Tanah Semenanjung Malaysia. Batak Alas Gayo Rejang Lampung Mentawai Enggano Melayu Minangkabau Mandailing Angkola Nias Aceh Kerinci Simalur Bahasa-bahasa

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 21 Bahasa Kerinci (di sekitar Gunung Kerinci). Bahasa ini menyamai bahasa MelayuMinangkabau. Oleh sebab itu, ada pengkaji yang menyifatkannya sebagai dialek Minangkabau. Bahasa Rejang (di pantai barat Pulau Sumatera bahagian selatan). Bahasa Lampung (di hujung selatan pulau Sumatera). Bahasa Simalur (di Pulau Simalur, di pantai barat Sumatera) Bahasa Nias (di Pulau Nias dan Pulau Batu di pantai barat Sumatera). Bahasa Mentawai (di Pulau Mentawai, di pantai barat Sumatera). Bahasa Enggano (di Pulau Enggano, di luar pantai Pulau Sumatera bahagian selatan ). Bahasa Melayu (di pantai timur pulau Sumatera, iaitu dari Aceh Timur hingga ke S umatera Selatan). Terdapat beberapa dialek Melayu seperti Temiang, Deli, Serdang, Langkat, Asahan, Panai, Riau, Jambi, Kuantan, Palembang, Siak, Bengkulu, Bangka dan Beitung. Dialek Riau ialah dialek paling utama kerana daripada dialek ini lahirlah bahasa Melayu/bahasa Indonesia. Di daerah Jambi, Palembang dan Riau terdapat banyak prasasti bahasa Melayu kuno sedangkan di kepulauan Riau terdapat banyak manuskrip bahasa Melayu klasik. 3. Kelompok Kalimantan Di Kalimantan atau borneo terdapat pelbagai jenis bahasa yang tersebar luas di p elbagai daerah dari Kalimantan Indonesia hingga ke Sarawak, Sabah dan negara Brunei. Melayu Dayak Melanau Bisaya BAHASA KALIMANTAN Murut Dusun Bajau Sulu Tidung Basap Labu Kenyah Kayan

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 22 Antara bahasa tersebut ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini terbahagi kepada beberapa dialek seperti dialek Melayu Sarawak, Brunei, Sabah, Sambas, Pontianak, Banjarmasin, Sanggau, Sintang, Kutai, Berau, Pasir, Mattan dan beberapa dialek yang lain. Dialek-dialek ini ada yang t erpecah kepada beberapa subdialek lagi seperti Melayu Sarawak, Melayu Brunei dan lain-la in. Bahasa Dayak. Bahasa ini mempunyai beberapa jenis seperti Iban, Bdayuh, Kendayan , Mualang, Ambawang dan lain-lain. Bahasa Malanau di Sarawak seperti Mukah, Matu, Oya dan lain-lain. Bahasa Bisaya terdapat di Sabah, Teluk Brunei dan juga Limbang, Sarawak. Bahasa Murut terdapat di Sarawak, Brunei dan juga di Sabah. Bahasa Dusun ini terdapat di Sabah. Sebahagian menamakannya sebagai Kadazan. Bahasa Bajau ini terdapat di Sabah dan juga Kalimantan, Indonesia. Bahasa Sulu yang terdapat di Sabah, di Kalimantan Timur dan Filipina. Bahasa Tidung terdapat di pantai timur Sabah dan Kalimantan Timur. Bahasa Kenyah ini terdapat di Sungai Kayan, di Sungai Baram. Bahasa ini juga ter dapat di Kalimantan Indonesia dan di Sarawak. Bahasa Kayan terdapat di Kalimantan Tengah, Kapuas Hulu dan Sungai Mendalam. 4. Kelompok bahasa-bahasa di Pulau Jawa dan Madura. Di pulau Jawa terdapat lima bahasa yang besar, iaitu Melayu Yakarta, Madura, Jaw a, Osing dan Sunda. BAHASA DI PULAU JAWA DAN MADURA Melayu Jakarta Madura Jawa Osing Sunda

Keluarga bahasa dan kedudukan bahasa Melayu ________________________________________________________________________________ _____ 23 Bahasa Melayu Jakarta, turut dikenali sebagai bahasa Betawi. Bahasa ini mengandu ngi beberapa dialek dan dituturkan di Kota Jakarta. Bahasa Sunda dituturkan di Jawa Barat terutama di Bogor, Bandung, Tasik Malaya, Bahasa Jawa di Jawa Tengah dan Jawa Timur serta di beberapa daerah lain seperti di Sumatera, Kalimantan, Sulawesi dan Irian Jaya, iaitu di mana terdapat penempatan orang Jawa. Terdapat beberapa jenis dialek bahasa Jawa seperti Ponorogo, Banyuma s, Pekalongan, Kendal, Pati-Kukus-Demak-Japara, Surabaya, Malang dan lain-lain terd apat di Suraka