kkp bmm 3113 -kajian tindakan

48
1.0 PENDAHULUAN Pendidikan merupakan wahana utama yang menjadi agen penggerak bagi melakar wajah masyarakat yang dingini serta mekanisme terpenting kearah menjayakan pembangunan sesebuah Negara. Justeru, pendidikan yang berkualiti diperlukan untuk membangunkan sistem pendidikan yang utuh lagi mantap demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran Negara yang dicintai. Langkah ini juga penting bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan bagi merealisasikan matlamat pendidikan Negara serta menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Bagi menyahut cabaran tersebut, para pendidik seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran menyelidik agar langkah yang diatur tidak sumbang untuk berhadapan dengan medan perjuangan dunia pendidikan. Tugas melaksanakan penyelidikan kini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan untuk memacu kemajuan pendidikan khususnya bagi meningkatkan prestasi pencapaian kurikulum dan kokurikulum. Kajian Tindakan berupaya menjadikan guru sebagai pakar dalam bilik darjahnya. Tidak ada orang yang lebih pakar dalam bilik darjah selain daripada guru itu sendiri. Di sinilah letaknya konsep dan amalan keupayaan guru atau ‘teacher empowerment’, sekali gus amalan penyelididkan ini dapat meningkatkan profesionalisme pendidik. Sebagai seorang professional, seseorang guru cekap dan tepat menangani pelbagai isu dan cabaran dalam dunia pendidikan. 1

Upload: mohd-nazeri-bin-mohd-yusof

Post on 30-Nov-2015

373 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan wahana utama yang menjadi agen penggerak bagi

melakar wajah masyarakat yang dingini serta mekanisme terpenting kearah

menjayakan pembangunan sesebuah Negara. Justeru, pendidikan yang berkualiti

diperlukan untuk membangunkan sistem pendidikan yang utuh lagi mantap demi

kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran Negara yang dicintai. Langkah ini juga

penting bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan bagi merealisasikan

matlamat pendidikan Negara serta menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf

dunia.

Bagi menyahut cabaran tersebut, para pendidik seharusnya melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran menyelidik agar langkah yang diatur tidak

sumbang untuk berhadapan dengan medan perjuangan dunia pendidikan. Tugas

melaksanakan penyelidikan kini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan

untuk memacu kemajuan pendidikan khususnya bagi meningkatkan prestasi

pencapaian kurikulum dan kokurikulum. Kajian Tindakan berupaya menjadikan guru

sebagai pakar dalam bilik darjahnya. Tidak ada orang yang lebih pakar dalam bilik

darjah selain daripada guru itu sendiri. Di sinilah letaknya konsep dan amalan

keupayaan guru atau ‘teacher empowerment’, sekali gus amalan penyelididkan ini

dapat meningkatkan profesionalisme pendidik. Sebagai seorang professional,

seseorang guru cekap dan tepat menangani pelbagai isu dan cabaran dalam dunia

pendidikan.

Kajian Tindakan 1, BMM 3113 yang dikursuskan kepada kami dalam Program

Pensiszawahan Guru Sekolah rendah adalah lebih lengkap, terperinci dan amat

membantu untuk membuat kajian tindakan.Segala aspek telah dibincangkan

mengikut proforma yang telah ditentukan.

Kursus ini amat membantu dalam menghadapi tugas dan murid dalam bilik

darjah mahupun di sekolah setiap hari kerana guru sering menghadapi pelbagai

masalah berkaitan pendidikan seperti masalah disiplin,ponteng dan masalah

pengajaran dan pembelajaran.Seseorang guru yang profesional tidak seharusnya 1

membenarkan masalah ini daripada berterusan.Penyelesaian masalah perlu

dilakukan dan guru perlu bertindak secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan.

Dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ,guru pasti

akan menghadapi risiko dan ketidakpastian.Sebarang keputusan yang dibuat

memerlukan guru mengaitkannya dengan maklumat, data, fakta dan bukti yang

berkaitan dengan sesuatu masalah.Proses mengumpul ,memproses, mentafsir dan

menganalisa data merupakan proses penyelidikan.

Penyelidikan dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi

pengetahuan baru melalui pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan

masalah pendidikan dan seterusnya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan

amalan pendidikan.Disebabkan masalah pendidikan sering berubah mengikut

tempat , keadaan dan masa,maka apa juga maklumat atau ilmu pengetahuan baru

yang diperolehi dalam satu-satu penyelesaian penyelidikan pendidikan mungkin

tidak lagi relevan pada masa dan dalam situasi lain.

Penyelidikan dalam pendidikan dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji pola

tingkah laku murid, para guru, pentadbir, dan pekerja di sekolah atau institusi

pendidikan yang lain.Penemuan melalui kajian merupakan ilmu pengetahuan baru

yang akan digunakan untuk meningkatkan pendidikan dan amalan pengajaran dan

pembelajaran.Terdapat empat bentuk ilmu yang akan diperolehi melalui

penyelidikan pendidikan ;

Diskriptif : untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang apa yang

berlaku di sekolah semasa pengajaran.

Ramalan : untuk mengenalpasti bagaimana pembolehubah

mempengaruhi tindakbalas seseorang pada masa akan datang.

2

Kawalan dan Penambahbaikan : untuk mengenalpasti pembolehubah

serta campurtangan ( intervensi ) yang dapat meningkatkan dan

menambahbaikan pencapaian hasil pembelajaran

Penjelasan : mengenalpasti teori yang menjelaskan, menjangkakan dan

mengawal fenomena untuk membolehkan berlaku peningkatan pelbagai

aspek pembelajaran.

Dengan itu, amat jelas kajian tindakan akan melalui beberapa proses, kaedah

dan prosedur yang telah diberi garis panduan yang perlu diikuti bagi membantu

guru menyelesaikan satu-satu masalah pendidikan yang berlaku di sekolah.

2.0 PENDEKATAN KUANTITAIF

Burn dan Grove ( 1991 ) menjelaskan bahawa kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara formal, objektif, melalui proses yang sistematik apabila data-data yang diwakili dalam bentuk nombor ( numerical data ) yang digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai dunia ( pendidikan ).Penyelidikan kuantitatif merupakan satu kajian saintifik yang sistematik berkenaan sifat-sifat kuantitatif dan fenomena serta hubungan antara keduanya menggunakan kaedah statiskal yang bermula daripada pengumpulan data, berdasarkan hipotesis atau teori.

Tujuan penyelidikan kuantitatif adalah membina dan menggunakan model matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian dengan fenomena semulajadi.Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan, menjangka dan mengawal fenomena yang menjadi perhatian.Seterusnya keadaan semasa akan diperjelaskan, diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif serta dikaji punca dan kesannya terhadap pendidikan.Pengukuran menjadi utama kerana ia dapat menjelaskan hubungan kuantitatif dengan mengaitkan penemuan emperikal dengan penjelasan secara matematik.

Penyelidikan kuantitatif digunakan secara meluas dalam bidang sains semulajadi ( natural sciences ) dan sains sosial selain untuk menyelidik aspek-aspek yang berbeza dalam pendidikan.Meskipun penyelidikan pendidikan telah beralih jauh daripada pendekatan menggunakan model matematik dan mula bertumpu kepada penyelidikan kuantitatif,namun begitu, penggunaan nombor-nombor boleh menjadi alat pengukuran yang mantap sama ada sebagai sebahagian daripada projek kajian yang besar yang menggunakan pelbagai

3

kaedah atau sebagai asas kepada satu kerja yang telah siap dan lengkap.Dengan penggunaan perisian canggih seperti SPSS dan R, interpritasi data dalam bentuk nombor, carta dan graf dapat dibuat dengan mudah dan cepat.

Para penyelidik penyelidikan kuantitatif lazimnya berpegang kepada faham positivisme dengan membuat andaian bahawa kita hidup di dalam dunia yang stabil, serupa dan padu ( coherent ).Dunia dan fenomenanya, bagi penyelidik kuantitatif, adalah sesuatu yang boleh diukur, difahami dan generalisasi.

( Sumber : Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan, Akhiar Pardi & Shamsina Sahamsudin )

Menurut Mok Soon Sang , dalam bukunya, Penyelidikan dalam Pendidikan, 2010 Pendekatan Kuantitatif yang digunakan untuk penyelidikan empirical merujuk kepada sesuatu jenis kajian yang memberi focus atas tugas untuk mengenal pasti dan menguji hukum dan peraturan berasaskan tingkahlaku dan situasi yang unik.

Penyelidikan yang berdasarkan pendekatan kauntitatif memfokuskan kajian yang memudahkan kefahaman terhadap perkara atau situasi yang kompleks melalui kaedah saitifik.Lazimnya, focus kajian kuantitatif tertumpu kepada kajian hubungan dan interaksi antara pembolehuabah.Sasaran utama penyelidikan kuantitatif ialah objektif.Tugas utama ialah menguji hipotesis atau model kajian dengan teliti.Banyak ciri pendekatan kuantitatif ini juga boleh dihayati dalam pendekatan positivis.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Data diperolehi akan dinilai menggunakan analisis statistik yang diwakili menggunakan nombor.

Bertujuan menguji hipotesis menggunakan prosedur secara formal.

Pengguaan kawalan untuk meminimumkan kesan faktor-faktor yang mungkin mengganggu dapatan kajian.

Menggunakan bilangan subjek yang ramai.

4

Kajian yang objektif.

Menggunakan pendekatan deduktif.

( Sumber : Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan, Akhiar Pardi & Shamsina Sahamsudin )

PENGUKURAN DAN PENGUMPULAN DATA KUANTITATIF

Apakah pengkukuran ?

Pengukuran ialah proses memberi nilai kepada perkara yang diukur. ( variable ) dalam sesuatu kajian dengan sistematik.

Nilai nombor atau berbentuk kategori ( kualitatif ) diberi kepada perkara yang dikaji.

Bergantung kepada pemboleh ubah kualitatif atau kuantatif.

Bergantung juga kepada skala pengukuran dan alat pengukuran.

Perkara yang dikur adalah konsep atau konstruk atau gagasan yang terdapat dalam antribut yang dicadang untuk diukur.

JENIS-JENIS SKALA PENGUKURAN

Nominal – berbentuk dikotomi (Yes,No)

Ordinal – berbentuk kategori, pangkat (setuju, tak pasti, tidak setuju)

Sela – nilai ‘0’ yang mutlak (markah ujian)

Nisbah – nilai ‘0’ yang tidak mutlak (height)

PEMBOLEH UBAH

Merupakan satu peristiwa (event), kategori, kelakuan (behavior) atau ciri (atribute) yang menerangkan konstruk serta mempunyai nilai tertentu bergantung pada sesuatu kajian.

5

Ada beberapa jenis pemboleh ubah

• Pemboleh ubah kategori (categorical variable)

a. Cth: male-female, married-single, pass-fail, income level, educational level, nationality and religion

• Pemboleh ubah berterusan (continuous variable)

a. Diukur secara bernombor dan boleh ke nilai infiniti within a range

b. Cth: weight, height, age, achievement, aptitude, skills

1. Pemboleh ubah Bersandar ( Dependent Variable )

• Nilainya bergantung kepada pemboleh ubah yang menyebabkan nilainya berubah

• Contoh: motivasi, prestasi pencapaian

2. Pemboleh ubah Tidak Bersandar atau Boleh dimanipulasi atau Eksperimental ( Penyebab ) / ( Independent Variable )

dimanipulasi nilainya/caranya oleh penyelidik untuk menyebabkan nilai pemboleh ubah bersandar berubah. Ini sering berlaku dlm kajian eksperimental

Cth: Masa mengulangkaji vs pencapaian Kaedah mengajar kerap digunakan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar/eksperimental

6

ALAT UKURAN / INSTRUMEN

Adalah sebarang alat yang digunakan untuk mendapatkan bukti tentang pemboleh ubah yang dikaji.

Contoh: Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian IQ, EQ, SQ, skala sikap, inventori masalah, soal selidik, skala pemeringkatan, skedul (protokol temu bual), senarai semak dan sebagainya.

KOMPONEN SKALA

Tingkah laku kognitif – kepercayaan, pengetahuan

Tingkah laku afektif - perasaan

Tingkah laku psikomotor – perlakuan fizikal, amalan, tindakan

7

RANGSANGAN PERSETUJUAN

Ransangan persetujuan kepada item POSITIF menunjukkan sikap yang POSITIF:

a. Saya berupaya menyempurnakan tugasan dengan cemerlang.

b. Saya jangka akan mendapat pencapaian yang baik dalam kursus ini.

c. Bahan kursus ini berguna kepada saya.

Ransangan persetujuan kepada item NEGATIF menunjukkan sikap yang NEGATIF:

a. Saya TIDAK berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang.

b. Saya menjangka pencapaian yang TIDAK baik dalam kursus ini.

c.. BUKAN mudah saya mengaplikasikan bahan kursus ini dalam pengajaran.

JENIS SKALA

1. SKALA LIKERT (Rensis Likert 1932).

• Mempunyai darjah persetujuan kepada sesuatu pernyataan.

Biasanya:

o Sangat Setuju (5), o Setuju (4), o Kurang Setuju (3), o Tidak Setuju (2), o Sangat Tidak Setuju (1).

Bagi item negatif, nomborkan sebaliknya

Untuk mendapat ukuran kuantiti tentang perkara yang dikaji, jumlahkan kesemua respon kepada pernyataan dan bahagikan skor tersebut dengan bilangan pernyataan yang dijawab.

Skor yang melebihi 3 menunjukkan tahap tinggi (positif) manakala kurang daripada 3 menunjukkan tahap rendah (negatif).

8

2. SKALA DUA MATA

• Mempunyai 2 pilihan respon sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’, ‘benar’ atau ‘palsu’.

• Pengukuran adalah terhad

• Untuk mendapat ukuran keseluruhan, kesemua respon dijumlahkan dan kemudian dibahagikan dengan bilangan item.

• Nilai skor melebihi 0 menunjukkan positif, manakala kurang daripada 0 menunjukkan nilai negatif.

3. SKALA SEMANTIK (Osgood et al. 1957)

• Semantik bermaksud pengukuran yang mempunyai makna.

• Menggunakan penggunaan frasa atau perkataan tentang sikap / persepsi pada 2 kontinuum daripada rendah ke tinggi.

• Lazimnya skala 1 hingga 7.

• Skor melebihi 3.5 adalah sikap baik dan rendah daripada 3.5 adalah sikap negatif.

• Contoh: (1) Tidak Baik------- Baik (7)

(1) Tidak Adil ------- Adil (7)

4. SKALA THURSTONE

• Menggunakan penggunaan frasa atau perkataan tentang sikap / persepsi pada 2 kontinum daripada rendah ke tinggi.

• Lazimnya skala 1 hingga 11.

• Skor melebihi 6 adalah sikap baik dan rendah daripada 6 adalah sikap negatif.

• Contoh:

(1) Jahat-------(6) berkecuali------- Baik (11)

(1) Aktif--------(6) berkecuali-------pasif (11)

9

TEKNIK MENGUMPUL DATA KUANTITATIF

Jenis : Pemerhatian berstruktur

: Temubual berstruktur

: Ujian

: Soal selidik

: Pemerhatian tidak sedar

Ciri: Instrumen digunakan

: Data dalam bentuk nombor

: Cara persembahan data telah ditentukan

: Data dalam bentuk respon yang ditentukan oleh instrument

Ciri data kuantitatif:

Data diletakkan dalam jadual

Interpretasi (makna data) diperolehi berdasarkan prosedur statistik

1. SOAL-SELIDIK

Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian.

Soal-selidik yang berkesan:

• Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas dan terfokus (tidak mengelirukan responden).

• Bentuk item terbuka membolehkan responden menyatakan jawapan dengan menggunakan bahasa tersendiri.

• Item boleh juga diberikan dalam bentuk beberapa pilihan untuk memberi peluang kepada responden memilih satu atau lebih jawapan yang sesuai (misalnya, mata pelajaran yang diminati).

10

Ciri-ciri Soal Selidik

Ringkas dan padat serta mengandungi bilangan item yang sesuai dan mencukupi.

Paparan muka borang biarlah mempunyai reka bentuk yang menarik.

Item perlu ringkas dan jelas.

Elakkan daripada item yang boleh menaikkan “perasaan/emosi yang kuat”, yang boleh mendorong kepada jawapan yang tidak tepat.

Untuk kerahsiaan maklumat, nama responden tidak dimasukkan dalam borang soal-selidik, melainkan ia sangat diperlukan. Keperihatinan ini menggalakkan responden untuk memberi jawapan yang tepat bagi maklumat yang dirahsiakan.

11

CONTOH SKALA LIKERT DALAM SOAL SELIDIK

INVENTORI

Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang individu, seperti minat, sikap dan sebagainya.

Inventori sikap, misalnya, digunakan untuk mengukur pendirian/perasaan seseorang terhadap idea, prosedur, tugas dan sebagainya.

Inventori sikap digunakan untuk mengukur intensiti perasaan seseoarang yang wujud dalam bentuk selanjar (continuous).

Inventori sikap yang spesifik biasanya lebih sukar diperoleh berbanding ujian pencapaian disebabkan inventori sikap biasanya lebih mengkhusus kepada sikap tertentu berbanding dengan pencapaian akademik.

12

CONTOH INVENTORI

13

2.0 PENDEKATAN KUALITATIF

Menurut Strauss dan Corbin (1997: 11-13), yang dimaksud dengan penelitian

kualitatif adalah jenis penelitian yang menghasilkan penemuan-penemuan yang tidak

dapat dicapai (diperoleh) dengan menggunakan prosedur-prosedur statistik atau cara-

cara lain dari kuantifikasi (pengukuran). Penelitian kualitatif secara umum dapat

digunakan untuk penelitian tentang kehidupan masyarakat, sejarah, tingkah laku,

fungsionalisasi organisasi, aktivitas sosial, dan lain-lain. Salah satu alasan

menggunakan pendekatan kualitatif adalah pengalaman para peneliti dimana metode

ini dapat digunakan untuk menemukan dan memahami apa yang tersembunyi dibalik

fenomena yang kadangkala merupakan sesuatu yang sulit untuk dipahami secara

memuaskan.

Bogdan dan Taylor (1992: 21-22) menjelaskan bahwa penelitian kualitatif adalah

salah satu prosedur penelitian yng menghasilkan data deskriptif berupa ucapan atau

tulisan dan perilaku orang-orang yang diamati. Pendekatan kualitatif diharapkan mampu

menghasil kan uraian yang mendalam tentang ucapan, tulisan, dan atau perilaku yang

dapat diamati dari suatu individu, kelompok, masyarakat, dan atau organisasi tertentu

dalam suatu setting konteks tertentu yang dikaji dari sudut pandang yang utuh,

komprehensif, dan holistik. Penelitian kualitatif bertujuan untuk mendapatkan

pemahaman yang sifatnya umum terhadap kenyataan sosial dari perpektif partisipan.

Pemahaman tersebut tidak ditentukan terlebih dahulu, tetapi didapat setelah melakukan

analisis terhadap kenyataan sosial yang menjadi fokus penelitian. Berdasarkan analisis

tersebut kemudian ditarik kesimpulan berupa pemahaman umum yang sifatnya abstrak

tentang kenyataan-kenyataan (Hadjar, 1996 dalam Basrowi dan Sukidin, 2002: 2)

Penyelidikan kualitatif merupakan satu kaedah inkuiri dalam pelbagai disiplin

akademik , secara tradisi di dalam sains sosial , termasuk kajian pemasaran .Ia bermula

dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku: sosiologi, antropologi dan psikologi,Tujuan

penyelidik kualitatif adalah untuk mengumpulkan pemahaman mendalam tentang

tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca tingkahlaku

tersebut.Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan dibuat,bukan

sekadar apa, di mana dan bila.Hanya sampel yang kecil diperlukan tetapi diberi

14

tumpuan .Kajian kualitatif adalah mengenai penerokaan isu-isu ,memahami fenomena

dan menjawab soalan-soalan mengapa dan bagaimana melalui analisis maklumat tidak

berstruktur seperti temu bual, laporan, diari,jurnal, e-mail,nota, borang maklumbalas,

gambar dan video serta perbincangan kumpulan kecil dan pemerhatian dalam konteks

kajian.Ia tidak bergantung kepada nombor-nombor statistika.Penyelidikan kualitatif

digunakan untuk mendapatkan celik akal mengenai sikap manusia,persepsi,

tingkahlaku, sistem nilai, sikap ambil berat, motivasi,aspirasi, budaya dan gaya hidup.

( Sumber : Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan, Akhiar Pardi & Shamsina Sahamsudin )

Manakala pendekatan kualitatif yang digunakan dalam penyelidikan empirikal

merujuk kepada suatu jenis kajian yang memberi focus atas pengajian erti dan makna

serta fenomena yang berkaitan dengan situasi semula jadi.

Seharusnya kefahaman asas terhadap sesuatu perkara bukan diletak kepada

erti atau makna yang sebenar, tetapi diletak atas kesan praktif yang berlandaskan

prinsip operasi.Maka tugas penyelidik kualitatif ialah memeriksa peranan ertinya, dan

bagaimana manusia membentuk kefahaman dunia mereka.Penyelidikan kualitatif yang

berguna dapat menyinar sudut gelap, mengubah persepsi orang dengan persepsi yang

lain daripada persepsi sedia ada.Lazimnya, penyelidik melibatkan diri dalam situasi

kajian kualitatif secara aktif, dan memperoleh hasil dapatan yang baru dengan lebih

berguna.Banyak ciri pendekatan kualitatif ini juga boleh dihayati dalam pendekatan

interperatif.

( Sumber : Penyelidikan dalam Pendidikan, Mok Soon Sang )

15

KONSEP DAN RAGAM PENELITIAN KUALITATIF

Istilah penelitian kualitatif menurut Kirk dan Miler (1986: 9) pada mulanya

bersumber pada pengamatan kualitatif yang dipertentangkan dengan pengamatan

kuantitatif. Pengamatan kuantitatif melibatkan pengukuran tingkatan suatu ciri tertentu.

Untuk menemukan sesuatu dalam pengamatan, pengamat harus mengetahui apa yang

menjadi ciri sesuatu itu. Untuk itu pengamat pengamat mulai mencatat atau menghitung

dari satu, dua, tiga dan seterusnya. Berdasarkan pertimbangan dangkal demikian,

kemudian peneliti menyatakan bahwa penelitian kuantitatif mencakup setiap penelitian

yang didasarkan atas perhitungan persentase, rata-rata dan perhitungan statistik

lainnya. Dengan kata lain, penelitian kuantitatif melibatkan diri pada perhitungan atau

angka atau kuantitas.

Di pihak lain kualitas menunjuk pada segi alamiah yang dipertentangkan dengan

kuantum atau jumlah tersebut. Atas dasar pertimbangan itulah maka kemudian

penelitian kualitatif tampaknya diartikan sebagai penelitian yang tidak mengadakan

perhitungan. Pemahaman yang demikian tidak selamanya benar, karena dalam

perkembangannya ada juga penelitian kualitatif yang memerlukan bantuan angka-

angka seperti untuk mendeskripsikan suatu fenomena maupun gejala yang diteliti.

Dalam perkembangan lebih lanjut ada sejumlah nama yang digunakan para ahli tentang

metodologi penelitian kualitatif (Noeng Muhadjir. 2000: 17) seperti : interpretif grounded

research, ethnometodologi, paradigma naturalistik, interaksi simbolik, semiotik,

heuristik, hermeneutik, atau holistik, yang kesemuanya itu tercakup dalam klasifikasi

metodologi penelitian postpositivisme phenomenologik interpretif.

Berdasarkan beragam istilah maupun makna kualitatif, dalam dunia penelitian

istilah penelitian kualitatif setidak-tidaknya memiliki dua makna, yakni makna dari aspek

filosofi penelitian dan makna dari aspek desain penelitian.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF16

Tujuan : mencari kefahaman tentang interpretasi manusia mengenai fenomena.

Dunia sebenar diihat bersifat dinamik yang berubah mengikut persepsi manusia.

Kawalan nilai : nilai dilihat mempunyai kesan dan seharusnya difahami dan diambil kira semasa mengendalikan dan melaporkan kajian.

Fokus secara holistik : gambaran keseluruhan diberi.

Orientasi penemuan : teori dan hipotesis terbina daripada data yang dikumpul.

Data subjektif : data merupakan persepsi manusia dalam persekitaran di mana mereka berada.

Intrumentasi : manusia merupakan alat utama untuk mendapatkan maklumat.

Analisis dibuat secara induktif.

PENGUMPULAN DATA KUALITATIF

Setelah fokus penyelidikan dikenalpasti, maklumat-maklumat yang relevan

dan cukup perlu dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas

analisis dan refleksi.

Sebarang maklumat dalam apa jua bentuk yang dapat menjelaskan lagi

situasi dikaji dinamakan data.

Dalam usaha mencari data, guru / pensyarah penyelidik hendak tidak

mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murid, hasil

kerja, kertas jawapan,peperiksaan, pekeliling dan dokumen lain yang

berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru.

17

TEKNIK-TEKNIK MENGUMPUL DATA KUALITATIF

Pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru / pensyarah penyelidik untuk

memperolehi data.Teknik manakah yang sesuai bergantung kepada tujuan, situasi dan

kemahiran penyelidik.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan suatu aktiviti lumrah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Seorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk

memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid

dengan murid.Pemerhatian juga membantu guru menetukan kesediaan dan

penerimaan murid terhadap pengajarannya.

Perkara yang penting dalam pemerhatian ialah guru penyelidik hendaklah

berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh prasangka terhadap

sasaran yang dikaji.Melalui pemerhatian yang terancang dan sistematik,banyak

data yang pelbagai dan berguna dapat diperolehi untuk membantu penyelidikan

tindakan dalam pendidikan.

Cara Pemerhatian

1. Pemerhatian Secara Langsung

Cara ini boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala

perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji.

Teknik ini tidak memerlukan apa-apa peralatan khas melainkan pen

dan kertas sahaja.

18

Guru / pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan

sebelum melakukan pemerhatian.

Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan;

1. Apakah yang hendak diperhatikan?

Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih guru

penyelidik hendaklah menentukan aspek-aspek yang boleh

diperhatikan, sama , pada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan

murid atau perlakuan penyelidik sendiri.Perkara-perkara

tersebut hendaklah spesifik dan dapat dinyatakan secara

eksplisit.

2. Mengapakah pemerhatian tersebut dilakukan ?

Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri ( existing

theories ) tentang sesuatu isu.Pemerhatian membantu seorang

penyelidik membina semula teori tersebut agar memperolehi

satu fahaman baru ( theoriecal reconstruction )

3. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh

masa yang diperlukan ?

Guru / pensyarah penyelidik hendaklah jelas tentang masa

waktu untuk membuat pemerhatian agar data yang relevan

dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain

yang lebih utama.

19

Penggunaan Alat Perakam

Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang

berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan

kumpulan sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat

dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman

audio melalui proses tiga fasa berikut:

1. dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran

umum,

2. dengar semula untuk mencari data-data penting

3. dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting

Gambar Foto

Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan

perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik. Foto juga dapat menonjolkan

“body language” terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati

kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.

Rakaman Video

Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan

menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa

peristiwa.

Keempat-empat teknik tersebut di atas mempunyai kelebihan dan

kekurangan masing-masing. Teknik-teknik ini adalah saling melengkapi. Maka

jika digunakan dengan wajar merupakan alat yang amat berguna untuk

mengumpul data.

20

Temu bual

Temubual atau temu ramah adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk

meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya.

Melalui temubual, guru/ pensyarah penyelidik dapat memahami mengapa

seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu.

Kejayaan sesuatu temubual bergantung antara lain kepada kualiti soalan-

soalan yang ditujukan kepada sasaran yang dikaji. Secara umum

temubual boleh digolongkan kepada tiga jenis:

1. Berstrukur

2. Tidak Berstruktur

3. Separuh berstruktur

Soalan-soalan yang ditujukan telah dirancang secara rapi dan teratur

supaya respons yang spesifik diperolehi.

1. Tidak berstruktur

Memulakan dengan suatu ransangan umum, sasaran dikaji

digalakkan memberi respons secara bebas, soalan-soalan lanjutan

dirangka mengikut keperluan semasa.

2.Separuh struktur

Temubual jenis ini mengabungkan dua jenis yang awal.

21

Dalam perjalanan temubual, suasana yang mengizinkan berdasarkan kod-kod

etika tertentu perlu diwujudkan dahulu untuk menentukan kerelaan pihak

ditemubual menyumbangkan maklumat-maklumat yang ikhlas dan benar

Soal Selidik

Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis.

Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran

pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas

ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan.Ia mudah dikendalikan

dan sesuai untuk bilangan sasaran yang besar dan sekiranya penilaian kuantitatif

diperlukan untuk refleksi kemudian.

Dalam merangka soal selidik, bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira

tahap kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataan-perkataan

yang digunakan hendaklah disemak agar tidak mengelirukan responden.Semasa

mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden hendakalah dijamin untuk data

yang boleh dipercayai.

Diari atau Jurnal

Diari atau jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang

berfokus kepada sesuatu isu tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya

perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan,

reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen.

Untuk meningkatkan keberkesanan penulisan diari atau jurnal catatan hendaklah

dilakukan secara konsisten agar perkembangan pemikiran dapat direkodkan

sebelum dilupa. Tetapkan satu masa tertentu setiap hari atau setiap minggu berbuat

demikian.

Dalam catatan diari atau jurnal, fakta hendaklah dibezakan daripada interpretasi

dengan menggunakan notasi khas. Rujukan silang (cross reference) hendakalah

22

dibuat untuk mengaitkan dengan catatan lain sama ada dalam diari, jurnal ataupun

rekod lain.

Catatan tarikh, lokasi serta konteks atau situasi dapat membantu penyelidik dalam

peringkat analisis data. Selain daripada itu, bahan-bahan lain seperti foto, keratan

akhbar, lakaran dan sebagainya juga dilampirkan dalam diari atau jurnal.

Buku Log

Buku log merupakan catatan yang lebih memberi tumpuan kepada turutan peristiwa

dan masa atau waktu berkenaan. Catatan seperti ini sangat berguna untuk mengkaji

masalah-masalah berhubung dengan pengurusan masa dan pengelolaan aktiviti.

Portfolio

Portfolio ialah satu koleksi bahan-bahan sokongan yang digunakan sepanjang

perjalanan sesuatu projek serta ulasan refleksi pada peringkat-peringkat tertentu.

Bahan-bahan serta catatan daripada portfolio dapat membantu penyelidik

memahami proses pengelolaan serta pemikiran yang menyusulnya.

Senarai Semak

Melalui senarai semak, penyelidik dapat meninjau kewujudan perlakuan-perlakuan

tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang ditetapkan mengikut kriteria fokus

penyelidikan. Di samping itu, ia dapat mengukur kekerapan sesuatu perlakuan

ditunjukan oleh kumpulan sasaran yang dikaji.

Untuk membolehkan guru/pensyarah penyelidik membuat analisis serta

memperolehi kefahaman baru tentang sesuatu isu dalam pendidikan, cukup data

yang relevan perlu diperolehi daripada sumber-sumber berkaitan.Untuk tujuan

tersebut, pelbagai teknik boleh digunakan. Setiap teknik yang diperkenalkan di sini

mempunyai kelebihan serta kekurangannya.Oleh yang demikian, guru/ pensyarah

penyelidik hendaklah memilih teknik yang sesuai mengikut konteks berkenaan. Di

23

samping itu, untuk mendapat penjelasan yang lebih menyeluruh, data-data

hendaklah diperolehi daripada pelbagai sumber melalui teknik-teknik yang berlainan.

ANALISIS DATA KUALITATIF

Konsep Analisis Data Kualitatif

Proses analisis data dalam sesuatu kajian kualitatif merupakan satu proses yang

dilakukan secara berterusan bermula daripada proses pengumpulan data

(Bogdan & Biklen, 1992; Merriam, 2001; Taylor & Bogdan, 1984).

Kelebihannya

memudahkan pengkaji menguruskan data dari beberapa aspek seperti

menetapkan fokus dalam pengumpulan data, mencari bukti tambahan

24

daripada data yang dianalisis dan dapat mengurus data dengan kemas

bagi memudahkan pencarian semasa analisis secara intensif dilakukan.

memberi fokus dan hala-tuju yang membolehkan data, maklumat atau

bukti yang dikutip, relevan untuk menjawab persoalan kajian.

dapat membantu pengkaji pengumpulan bukti bagi tujuan pengesahan

data

Dua Proses Dalam Analisis

1. Analisis semasa pengumpulan data

Melibatkan proses membaca, mengesan kekurangan pada data dan

pengesahan data

2. Analisis selepas pengumpulan data

Membentuk kategori

Membentang data

Membuat kesimpulan

APA YANG DIBUAT DENGAN DATA

1. Kumpul secara sistematik

sistem fail

label

2. Tulis semula / tambah maklumat daripada pemerhatian secara tidak formal

3. Baca 25

Mengesan data yang kurang

Mengesan tema dan kembangkan melalui kutipan data seterusnya

PERINGKAT ANALISIS

1. Tentukan tema

Baca secara teliti

Koding

Rujuk silang

2. Display data

Lakukan dalam bentuk grafik / jadual

3. Mengesahkan data

Member check

Rujuk silang

26

PERBANDINGAN ANTARA KUANTITATIF DAN KUALITATIF

kuantitatif kualitatif

untuk dapatkan fakta

menggunakan pengukuran objektif

dan analisis statistik data numerik

untuk memahami dan

menjelaskan sesuatu perkara atau

fenomena yang boleh dijadikan

panduan kepada amalan dan

polisi (Gay&Airasian,2000)

untuk mendapatkan maklumat

secara terperinci dan mendalam di

satu kawasan dan tempat yang

kecil melibatkan individu dalam

kawasan berkenaan sahaja.

mengutamakan ‘kuantiti’.

Penyelidikan kuantitatif melibatkan

angka-angka, data-data numerikal

atau statistik

berasaskan ‘kualiti’.

Ianya bersifat deskriptif yang lebih

kepada penghuraian ‘makna’

perkara-perkara yang dikaji.

menggunakan eksperimen yang

melibatkan data-data numerik

yang membolehkan penggunaan

analisis statistik

- pengiraan-pengiraan seperti min,

median, mod, peratusan, sisihan

piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan

sebagainya.

data dikutip melalui teknik

pemerhatian, temu bual,penulisan

diari dan analisis dokumen.

penyelidik tidak terlibat secara

langsung

penyelidik turut terlibat dalam

kajian

contoh:

- Kajian eksperimen

- Kajian kuasai-eksperimen

- Kajian tinjauan

contoh:

- Kajian etnografi

- Kajian kes

- Kajian sejarah

27

- Kajian kolerasi

berstruktur , mempunyai darjah

kekaburan yang minima, makna

yang jelas, bercorak linear,

mempunyai penjadualan yang

jelas, dan menumpukan kepada

hasil

kurang berstruktur, terbuka dan

lebih menumpukan kepada proses

skop kajian boleh melibatkan

responden yang besar

Skop kajian meliputi bilangan

responden yang kecil.

kaedah penyelidikan atau

pendekatan kuantitatif

menggunakan kaedah postivis,

eksperimental, data numarika dan

ujian statistik

penyelidikan kualitatif

menggunakan kaedah interpretif,

penghuraian, kajian lapangan,

kajian sejarah, kajian kes, data

verbal dan triangulasi data.

PERBINCANGAN

Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari

sudut kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis,

eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula

menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian

kes, data verbal dan triangulasi data.

Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif

mengamalkan konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan

dan signifikan. Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei,

pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi.Seterusnya ialah

perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih

menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan,

ekonomi dan pendidikan. 28

Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi,

kemasyarakatan, linguistic, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula,

kaedah kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta,

menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan

menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu

membina tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan

kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal.

Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk

eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan

tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual

tidak berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel

pula, kaedah kuantitatif mengambil sampel bersaiz besar, kaedah persampelan

kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak, kumpulan sampel kawalan dan

sampel berlapis.

Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil,

persampelan bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan

berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang

digeneralisasikan adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kuantitatif berbanding

kaedah kualitatif.

Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data

secara kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula

menjurus kearah penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman

pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi.

Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara

deduktif dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup,

dalam jangka masa yang panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari

29

formal, spesifik, struktur, telah ditetapkan dan menggunakan skala. Manakala kaedah

kualitatif adalah sebaliknya.

3.0 Pre – Post Test

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian dijalankan di akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit

pembelajaran.Sejauh mana kemahiran itu dikuasai dalam satu jangka waktu yang

30

ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan.Ujian ini dinamakan

ujian pra dan ujian pos.

1. Ujian Pra

Menurut Kamus Dwibahasa bermaksud Pra-Ujian Pos. Ujian Pra adalah satu ujian

untuk mengesan konsep di dalam sesuatu bidang dan pemahaman pelajar dalam tajuk

yang hendak diuji dikalangan pelajar yang ingin diuji.

2. Ujian Pos

Ujian Pos dijalankan untuk menguji keberkesan kaedah pembelajaran yang telah

dijalankan dengan membandingkan keputusan antara kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen.

Rumusan

Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan kepada sampel kajian.Selepas kajian

dijalankan untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan maka ujian pos pula menyusul

untuk mengenalpasti sejauh mana kajian yang dijalankan menepati objektif dan

sasaran.

Di bawah disertakan contoh kerangka operasi bagaimana ujian pra dan ujian pos

berfungsi.

31

PERANCANGANPERANCANGAN

( Penyelidikan Kajian Lepas )

Tujuan : Mengenalpasti keberkesanan kaedah terus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

( Reka bentuk Ujian Pra dan Ujian Pos )Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos mempunyai konsep yang sama yang menekan kepada

penyelesaian masalah

( Analisa Data )Tujuan : Mengenalpasti tahap kesukaran dan jenis kesilapan pelajar

( Pembelajaran Secara Terus )Tujuan : Pelajar boleh memperbaiki kesilapan dan menguasai kemahiran melalui

kaedah ini.

(Borang Soal Selidik)Tujuan : Untuk mengetahui tahap motivasi dan minat pelajar herhadap kaedah

terus.

( Analisa Data )

Tujuan : Mengenalpasti keberkesanan kaedah terus

Sebagai contoh, dinyatakan instrument yang digunakan dalam satu-satu kajian

seperti di bawah;

Instrumen Kajian

32

UJIAN PRAUJIAN PRA

UJIAN POSUJIAN POS

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah :

.1. Ujian Pra

Ujian pra yang terdiri daripada 10 soalan untuk menguji ingatan,pengetahuan

dan kefahaman pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari.Tujuan diadakan

ujian ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal pencapaian

pelajar dalam menguasai tajuk yang akan dipelajari.

2.Ujian Pos

Satu ujian diberikan kepada pelajar yang berkaitan. Ujian ini adalah untuk

mengetahui tahap pencapaian mereka diakhir pengajaran yang telah

dilaksanakan.

3. Soal Selidik

.Borang soal selidik dipilih sebagai instrument untuk mendapat data dan

maklumat mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran. Soal

selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian

diminta murid mengisi maklumat diri masing-masing. Manakala bahagian B pula

mengandungi 20 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui

sejauh mana pelajar bermina t terhadap kaedah yang dijalankan .serta

keberkesanannya.

Rumusan

Berdasarkan kutipan pendapat dan teori dari pakar-pakar berkenaan dalam

bidang ini di samping penerangan dan kuliah dari pensyarah , maka saya telah serba

sedikit dapat memahami prosedur hendak menyediakan proposal kajian

33

tindakan.Melalui tugasan ini saya juga telah memahami serba sedikit tentang kuantitatif

dan kualittatif.

Saya dapat memahami bahawa tujuan penyelidikan kuantitatif adalah membina

dan menggunakan model matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian

dengan fenomena semulajadi.Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan,

menjangka dan mengawal fenomena yang menjadi perhatian.Seterusnya keadaan

semasa akan diperjelaskan, diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif

serta dikaji punca dan kesannya terhadap pendidikan.Pengukuran menjadi utama

kerana ia dapat menjelaskan hubungan kuantitatif dengan mengaitkan penemuan

emperikal dengan penjelasan secara matematik.

Sementara itu, tujuan kualitatif pula adalah untuk mengumpulkan pemahaman

mendalam tentang tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca

tingkahlaku tersebut.Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan

dibuat,bukan sekadar apa, di mana dan bila.Hanya sampel yang kecil diperlukan tetapi

diberi tumpuan.

Melalui tugasan ini, saya dapat memahami bagaimana ujian pra dan ujian pos

telah digunakan sebagai intrumen dalam kajian tindakan.Ini dapat dilihat dengan jelas

dalam kerangka operasi yang dirancang seperti dalam contoh yang diberikan di atas.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

IPG : KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT,JOHOR

PENSYARAH : DR.HUSSIN BIN SARIF

34

NAMA PELAJAR : JUHAIRI BIN HARUN

KUMPULAN : PGSR – BAHASA MELAYU

PERINGKAT : KETUJUH

MATA PELAJARAN : BMM 3113

TARIKH PERKARA PERBINCANGAN

ULASAN T/TANGAN DAN NAMA

Mac 2012 Dr. Hussin telah memberi penerangan lengkap tentang tugasan KKP BMM 3113.

Ber soaljawab mengenai tugasan

dari prosedur mutu ,rujukan, cara penghasilan, tarikh hantar, dll

5 April 2012 Saya telah menghubungi rakan-rakan sekelas untuk mendapat pandangan dan bertukar-tukar maklumat.

Mendapat respon yang baik dari kawan-kawan.

Dapat membuat penambahbaikan.

17 April 2012 Berjuma dengan Dr. Hussin tentang penangguhan penghantaran tugasan

Dr. Hussin memberi respon yang baik dgn memberi kelonggran tentang penghantaran tugasan.

27 April 2012 Menghantar KKP BMM 3113 kepada Dr. Hussin

Di bilik Pensyarah Pengajian Bahasa Melayu.

BIBLIOGRAFI

1. Penghantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan, Akhiar Pardi & 35

Shamsina Shamsuddin, Penerbitan Multimedia,Selangor, 2011

2. Penyelidikan dalam Pendidikan, Mok Soon Sang , Penerbitan Multimedia,

Selangor,2010.

3. Modul BMM 3103,Bahagain Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia,

2008

4. Nota Kuliah & Bahan Edaran , Dr.Hussin b. Sarif, Pensyarah BMM 3113, IPG

Kampus Tun Hussein, Johor Bahru.

5. http://www.utm.my/fti/2012/04/04/kursus-kaedah-penyelidikan-kualitatif-kuantitatif-

dan-apl... - Cached

6.http://faruqngabar.wordpress.com/2011/11/13/perbedaan-metode-penelitian-kualitatif-

dan-kuantitatif-2/

36

37