bml 3053-morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif).docx

27
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Perbandingan Bent! A"a#an Kata Ad$e!ti% &a#a' () *a+ Me#a, Mta!+ir -edi.i !ee'/at 1 A.'a+ Ha$i O'ar 2) M r% # gi Siri Penga$aran dan Pe'be#a$aran Ba+a.a Me#a, 1 Abd##a+ Ha..an NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613) KUMPULAN UPSI 06 A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013201! PENSYARAH DR. IDRIS BIN MOHD RADZI "AKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI ISI KANDUNGAN

Upload: puchai68

Post on 07-Oct-2015

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK

Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) Asmah Haji Omar 2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abdullah Hassan

NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613)KUMPULAN UPSI 06A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAHDR. IDRIS BIN MOHD RADZIFAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

ISI KANDUNGANPERKARAMUKA SURAT1.0 PENGENALAN11.1 KATA ADJEKTIF21.1.1 CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF2 - 62.0 ASMAH HAJI OMAR NAHU MELAYU MUTAKHIR EDISI KE EMPAT62.1 DEFINISI6 - 92.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS9 2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN 9 - 103.0 ABDULLAH HASSAN - SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU103.1 AWALAN KATA ADJEKTIF10 - 16 4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN16 - 19 5.0 PENUTUP19 - 20RUJUKANLAMPIRAN 1BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 2

1.0 PENGENALAN

Bahasa digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Manusia berkomunikasi dengan pelbagai cara. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Bahasa Melayu mempunyai morfologi dan sintaksis yang mudah dan ringkas.Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk menyatakan makna yang ingin disampaikan. Perkataan bermakna dan ayat digunakan dalam komunikasi.Perkataan yang digunakan boleh terbina secara semula jadi sebagai satu perkataan atau dibina dengan mencantum imbuhan kepada perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu.Gabungan perkataan perkataan ini akan menghasilkan pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan maklumat dan penerangan.Setiap perkataan pastinya mempunyai makna. Bahasa adalah hak atau kepunyaan setiap masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah atau bilangan penuturnya, semakin luaslah daerah penguasaan dan penyebaran bahasa itu. Secara tidak langsung akan wujud atau berlaku banyak perbezaan dari segi penggunaannya. Dalam hal ini, menurut Nik Safiah Karim et al (1996),proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.

1.1 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif umumnya dikenali sebagai kata sifat, Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa atau ayat adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang terdapat kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam sesuatu ayat berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. (Nik Safiah Karimet.al 2004)Terdapat juga ahli bahasa yangmenganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata kerja, iaitu kata kerja yang berkaitan dengan keadaan.Ini kerana kata adjektif itu akan menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu keadaan.Kata kerja adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan ketiga.Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara.Pendeta Zaba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)1.1.1Ciri-ciri kata Adjektif.Menurut Ahmad Khair dan Norliza Hj Jamaludin ,terdapat enam kriteria dalam menentukan kata sifat yang perlu difahami.a)Kata adjektif sebagai penerang kata nama.Ciri utama dalam kata sifat adalah kata adjektif berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam fungsi ini kata adjektif lazimnya hadir dalan frasa nama. Dalam keadaan ini kata adjektif hadir selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu. Contohnya;-udara nyaman-lelaki tampan-kanak-kanak yang pintar.Dalam contoh ayat yang diberi dapatlah kita fahamkan kata adjektif berfungsi sebagai penerang nama apabila kata adjektif hadir selepas kata nama atau selepas kata hubung relatif yang dan juga hadir selepas kata relatif yang dan kata bantu.b)Fungsi predikat.Kata adjektif juga boleh berfungsi sebagai predikat iaitu pelengkap kepada subjek.Contohnyai.Abang sulung saya rajin.Abang sulung saya ( subjek) dan rajin ( predikat)ii.Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali.Sambutan hari kemerdekaa ( subjek) dan meriah sekali ( predikat)c)Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.Kata penguat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat hadapan , kata penguat bebas dan kata penguat belakang. Contoh penguat hadapan ialah terlalu, paling, makin dan kurang. Kata penguat bebas pula ialah agak , sungguh dan amat. Manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali,benar dan nian. Kata penguat menjadi penanda bagi mengenal pasti kata adjektif .d)Kata adjektif boleh dibuat perbandingan.Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau perbandingan yang tidak setara . Perbandingan sama tara boleh dilakukan dengan menggandingkan imbuhan se bersama-sama kata adjektif atau menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif seperti dalam contoh ayat yang diberikan.1.Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu.2.Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taiping.Perbandingan tidak setara pula menggunakan perkataan lebih dan kurang atau digandingkan kata adjektif dengan imbuhan ter bersama bagi melakukan perbandingan. Contohnya;1.Anak bongsunya lebih manja berbanding anak-anak yang lain.2.Rumah barunya kurang selesa berbanding rumah lamanya dahulu.3. Wanita itu merupakan pelakon terkenal di Malaysia.e)Imbuhan se- dan ter-Setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi golongannya. Bagi kata adjektif penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se dan ter. Imbuhan se dan ter ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalinagan. Kedua-dua imbuhan ini dapat menunjukkan perbandingan (mimbuhan se) atau darjah kepalingan imbuhan ter.Contohnya;PerkataanImbuhanKata terbitan

baiksesebaik

terterbaik

luasseseluas

terterluas

mahalsesemahal

tertermahal

f)Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasaKata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa atau ayat lazimnya terdiri daripada kata dasar ( Norliza Jamaludin, 2011) Kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai penerang atau predikat lazimnya merupakan kata dasar.Contohnya:Zaman awalPerkara anehPemimpin bijak. Contoh ayat;- Makanan di restoran itu enak sekali.- Kakak sulungnya tidak cerewek dalam memilih pakaiannya. Pangkat-pangkat adjektif Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat: Pangkat biasa Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh: Baju dia cantik. Buah betik itu manis. Pangkat perbandingan Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh: Tenaganya sekuat Badang. Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh: Cuaca hari ini sangat mendung. Buah rambutan ini terlalu masak. Pangkat penghabisan Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh: Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia. Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

2.0 ASMAH HAji omAR Nahu melayu mutakhir, edisi keempat

2.1 definisiKata sifat adalah kata dari golongan kata karyaan. Fungsinya dalam sesuatu ayat mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak diikuti atau mengambil objek. Ada beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai penambahan sendiri. Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak. Kata Sifat TabiiKata sifat tabii pula lebih memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat atau perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan kepada subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )

Kata Sifat WarnaWarna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah berdiri sebagai unsur adverva.

Kata Sifat UkuranMerujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan saiz atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat ukuran saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga seperti kata sifat warna iaitu tidak dapat berdiri sebagai adverva.

Kata Sifat BentukMenerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri pada benda bernyawa atau tidak bernyawa yang konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.

Kata Sifat InderaMenerangkan akan ciri-ciri sesuatu perkara berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah satu daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh;i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat )ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar )iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik )v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu )Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau bahagian dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya;a) Dia menyanyi dengan merdunya.b) Dia masuk dengan senyap-senyap.Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya. Dia bertutur dengan manisnya.Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap tidak betul. Dia bercakap dengan tawarnya.Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi sebagai bahagian daripada adverva gaya. Contohnya: Projek ini berjalan dengan licinnya. Mereka bercakap dengan kasar sekali.Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya; Dia bercakap dengan menggerutu sekali Dia bercakap dengan lembiknya.Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.

Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera. Contoh;- tenteram ( gabungan pandang, dengar dan pandang )- selesa ( gabungan sentuh dan pandang )- bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau )- kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau )Kata sifat gabungan indera merupakan satu perkataan yang mengandungi lebih daripada dua indera.

Kata Sifat WaktuKata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera. Perkataan perkataan ini berkait rapat dengan waktu atau masa.

Kata Sifat JarakMenerangkan mengenai jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu adalah seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh; Orang jauh sudah pun tiba. Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. Kata Sifat Kecepatan Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan. Dia berjalan cepat. Dia bergerak lambat. Kata Sifat Kuasa TenagaKata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya. Dia menggertak kuat-kuat. Dia berdiri dengan tegapnya. Sungai mengalir lesu. Kata Sifat TarafMerujuk kepada taraf kedudukan atau tahap pengiktirafan seseorang dalam masyarakat meliputi aspek kebendaan atau bukan kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan sebagainya. Kata sifat subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya.

2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS Bentuk kata sifatKata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan.Bentuk akarHanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan.Bentuk berlapisTerdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat. Terhasil dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan se.

2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN

Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat seperti; Pro-, anti- , Dalam sistem bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai kata sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti ayat contoh berikut; Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan yang baru dipilih.. Prokerajaan menang dalam peperangan itu.-iahPinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah, rohaniah dan akaliah. -isme Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat akhiran. Contohnya; Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol. Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.

-wi Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi is. -is digunakan pada penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan digunakan diakhiran. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Belanda Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical. Contohnya;Bahasa InggerisBahasa Malaysia

GeographicalEconomicalPhonologicalGeografisEkonomisFonologis

3.0 Abdullah Hassan Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MelayuKata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Zaaba (1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993), Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.

3.1 Awalan Kata AdjektifAda beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-, se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan el-, -er- dan - em-. Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di atas tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan an, imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya.Jadual : rajah Binaan kata adjektifAwalanDasar dan SisipanAkhiran

teR-

peN-

ke--el-

se- er--an

meN--em

beR-

peR-

Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu:teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini.Awalan teR-Bentuk awalan teR-Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau . Bentuk R dalam awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya:teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantikFungsi Awalan teR-menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan darjah sesuatu kata terbitan tersebut.Makna Awalan teR-Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling.Contoh:a. Perbandingan ( besar ___ terbesar lebih besar, labuh ____ terlabuh lebih labuh )b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang )c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap )Awalan peN-Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan peN- juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama.Bentuk Awalan peN-Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge- bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya. Fungsi Awalan peN-Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila dilihat fungsinya dalam frasa nama. Makna Awalan peN- Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat Awalan ke-Awalan ke- berlaku sebagai awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.Bentuk Awalan ke-Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan oleh kata dasar.Fungsi awalan ke-Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.Makna awalan ke-Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.a. Menunjukkan keadaan hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawangb. Bilangan atau gilirandua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam jutaAwalan beR-Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.Bentuk Awalan beR-Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan. Fungsi Awalan beR-Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang berfungsi sebagai adjektif.Makna Awalan ber-Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;a. lima --- berlima keadaan seramai lima, atau lima-limab. susun --- bersusun dalam keadaan bersusunc. uniform --- beruniform dalam keadaan memakai uniformAwalan meN-Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Bentuk Awalan meN-Bentuk awalan meN boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-, meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya.Fungsi awalan meN- Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif.Makna Awalan meN-Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar, meluas dan berlarutan, contohnya:kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjangAwalan se-Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat digunakan sebagai kata adjektif.Bentuk Awalan se-Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan yang menjadi pangkal kata dasar.Fungsi Awalan se-Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.Makna Awalan se-Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang asalnya, makna se- itu satu yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam. Contohnya;kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegilAwalan pada di- pada DirajaAwalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif. Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah, Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna pertama, utama, penting, agung ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445). Dalam bahasa Sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya kemenangan agung adhinatha tuan besar dan adhipati Putera Mahkota. Apabila imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya, maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )Akhiran Kata AdjektifAda satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran - an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru tatabahasa Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian akhiran an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif. Bentuk Akhiran anBentuk akhiran an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada sebarang kata dasar.Fungsi Akhiran -anDalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran an adalah sama dengan akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran an menerbitkan perkataan yang tidak digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif saja. Contohnya;duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )ApitanAda tiga apitan, iaitu beR .... an, ke- .... an, dan peR ... an yang juga menerbitkan perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.Imbuhan beR- ... anPada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang berfungsi sebagai kata adjektif.Bentuk Apitan ber- .... anBentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.Fungsi Apitan beR- ... anWalaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR- ... an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.Makna Apitan beR- .. anApitan beR- .. an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )Apitan ke- -- - anApitan ke- ... an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang berfungsi bagi menerangkan kata nama.Bentuk Apitan ke- .... anBentuk apitan ke- ... an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi pangkal kata dasarnya.Fungsi Apitan ke- ... anKata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. an memberi penerangan kepada kata nama yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... an juga berfungsi sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.Makna Apitan ke- .. anApitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran.Apitan peR- ... anApitan peR- ... an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.Bentuk Apitan peR- .... anBentuk apitan peR-... an adalah sama dengan bentuk peR- .. an dalam kata nama. Ini adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.Fungsi Apitan peR- ... anApitan peR- .. an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu menerangkan sifat kata nama.Makna Apitan peR- .. anApitan peR- .. an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan. Contohnya:hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )SisipanAda tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.Bentuk Sisipan el-, -er- dan em-Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan el-, -er- dan em- adalah tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.Fungsi Sisipan el-, -er- dan em-Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif yang memberi sifat pada kata nama.Makna Sisipan el-, -er- dan em-Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya:sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,serbak .... semerbak ( bau semerbak )gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )

4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATANKata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Zaaba (1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal.Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama. Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @ kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-jenisnya. Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di belakangnya, kata keterangan jenis-jenis yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat.Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan darjah sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak. FrasaAdjektifFrasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.Contoh-contohnya:

(i) frasa adjektif sebagai predikat:Subjek(FN)Predikat(FA)1.Kakaknyasangatpandai. 2.Markahnyarendah.3.Orangmudaitubaiksungguh.4. Perangainyatentubaik.5.Anaknyamasihkecillagi.6.Warnabajunyakemerah-merahan.7.Perusahaanitupalingbesarsekali.8.Suarapenyanyiitumerdu.9.Malaminigelapbenar.10.Pejabatnyajauhdarisini.(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:

Subjek PredikatFrasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )

11 Dia12 Mereka13 Kanak-kanak itu14 Jirannya 15 Jalan ituberjalan sangat cepatpulang segera tidur sungguh nyenyakdatang terlalu kerap menurun amat curam

(iii) frasa adjektifsebagaiunsur penerang:

Subjek PredikatFrasa Nama Penerang

16 Dia17 Harimau18 Pak Lutfi19 Asam pedas20 Bas ekspresbudak pandai.binatang liar.orang kaya.masakan asli.kenderaan cepat.

Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa AdjektifFrasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:Kata bantuPenguatKata adjektifPenguat

-sangatpandai-

-Terlalunakal-

sudahbesar-

belumtua-

-malasbenar

-jahatbetul

-baikAmat

masihkecilAmat

-cantikSekali

-ganas-

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:(i) binaan satu perkataan(ii) binaan dua perkataan

5.0 PENUTUP Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa, setiap perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif dan disertai dengan kata penguat. Bagi Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan walaupun terdapat perbezaan dengan Zaba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula menegaskan kata sifat boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.

Rujukan dan kajian terhadap sesuatu aspek tatabahasa, membolehkan kitab mengesan aliran penahunya. Penggolongan kata dalam sesuatu aspek tatabahasa yang diklasifikasikan berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga dengan bahasa mereka.Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguatTatabahasa merupakan satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam konteks ahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

20

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia. 3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.8. Zainal Abidin Ahmad (Zaba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN 1

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)KriteriaPenggolonganKata

LAMPIRAN 2Binaan frasa adjektif