bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

17
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam 1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar 2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Abdullah Hassan 3. Tatabahasa Bahasa Malaysia – Arbak Othman NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613) KUMPULAN UPSI 06 AT05 : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH DR. IDRIS BIN MOHD RADZI FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Upload: maee68

Post on 17-Jun-2015

371 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK

Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam

1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat)

– Asmah Haji Omar

2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu – Abdullah Hassan

3. Tatabahasa Bahasa Malaysia – Arbak Othman

NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613)

KUMPULAN UPSI 06 AT05 : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014

PENSYARAH DR. IDRIS BIN MOHD RADZI

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Page 2: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

1.0 PENGENALAN 2

1.1 KATA ADJEKTIF 2

2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR 3

2.1 DEFINISI 3 – 6

2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 6

2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 6 - 7

DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN

3.0 ABDULLAH HASSAN

SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 7

3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF 7 – 15

4.0 ARBAK OTHMAN – TATABAHASA BAHASA MALAYSIA 15

4.1 KATA SIFAT 15 – 21

5.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN 22 - 24

6.0 PENUTUP 24 - 25

RUJUKAN 26

LAMPIRAN 1 27

LAMPIRAN 2 28

Page 3: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

1.0 PENGENALAN

Manusia berkomunikasi dengan menggunakan perkataan. Perkataan boleh terbina

secara semula jadi sebagai perkataan atau dibina dengan mencantum imbuhan kepada

perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah

perkataan baharu. Setap perkataan mempunyai makna. Bahasa adalah kepunyaan

masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah

penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi

penggunaannya. Menurut Nik Safiah Karim et al (1996), proses pembentukan kata dalam

sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi

bahasa itu.

Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang

dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu

Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau

ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku

Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,

proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,

2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk

dan penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa

Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang

daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan

adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk

kata.

1.1 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat, perkataan yang menjadi unsur inti dalam

binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau

beberapa perkataan yang mengandung kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain

seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan

daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh

kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam ayat

berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. (Nik

Safiah Karim et.al 2004)

Page 4: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Ada ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata kerja,

iaitu kata kerja keadaan. Ini adalah kerana kata adjektif itu menyatakan keadaan. Kata kerja

adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah

2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai

golongan ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan

sebagai golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung

rapat dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan

perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)

2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT

2.1 DEFINISI

Kata sifat adalah golongan dari golongan kata karyaan. Fungsi dalam ayat mempunyai

persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak mengambil objek. Ada

beberapa perbezaan antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai penambahan sendiri.

Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak.

Kata Sifat Tabii

Kata sifat tabii memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat atau

perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan

sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan

kepada subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )

Kata Sifat Warna

Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah

berdiri sebagai unsur adverva.

Kata Sifat Ukuran

Merujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.

Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan

saiz atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat

ukuran saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga tidak dapat berdiri sebagai

adverva.

Kata Sifat Bentuk

Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri benda bernyawa atau tidak bernyawa yang

konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat

bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.

Kata Sifat Indera

Menerangkan ciri-ciri sesuatu berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah satu

daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh;

i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat )

ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )

Page 5: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar )

iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik )

v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu )

Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau

bahagian dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya;

a) Dia menyanyi dengan merdunya.

b) Dia masuk dengan senyap-senyap.

Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya.

- Dia bertutur dengan manisnya.

Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap

tidak betul.

- Dia bercakap dengan tawarnya.

Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi

sebagai bahagian daripada adverva gaya. Contohnya:

- Projek ini berjalan dengan licinnya.

- Mereka bercakap dengan kasar sekali.

Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya;

- Dia bercakap dengan menggerutu sekali

- Dia bercakap dengan lembiknya.

Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.

Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera. Contoh;

- tenteram ( gabungan dengar dan pandang )

- selesa ( gabungan sentuh dan pandang )

- bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau )

- kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau )

Kata Sifat Waktu

Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan

sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera.

Kata Sifat Jarak

Menerangkan jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu adalah

seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh;

- Orang jauh sudah pun tiba.

- Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.

Page 6: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Kata Sifat Kecepatan

Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan.

- Dia berjalan cepat.

- Dia bergerak lambat.

Kata Sifat Kuasa Tenaga

Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya.

- Dia menggertak kuat-kuat.

- Dia berdiri dengan tegapnya.

- Sungai mengalir lesu.

Kata Sifat Taraf

Merujuk kepada taraf seseorang dalam masyarakat meliputi aspek kebendaan atau bukan

kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan sebagainya. Kata sifat

subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya atau bahagian dari adverva

tersebut.

2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS

Bentuk kata sifat

Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan.

Bentuk akar

Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan.

Bentuk berlapis

Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat.

Terhasil dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan –se.

2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN

Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat

seperti;

Pro-, anti- ,

Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai kata

sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti ayat

contoh berikut;

- Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada

kerajaan.

- Prokerajaan menang dalam peperangan itu.

-iah

Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah dan akaliah.

-isme

Page 7: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat

akhiran. Contohnya;

- Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol.

- Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.

-wi

Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan

akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi

–is.

-is adalah penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan digunakan

diakhiran. Pinjaman daripada bahasa Belanda Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical.

Contohnya;

Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia

Geographical

Economical

Phonological

Geografis

Ekonomis

Fonologis

3.0 ABDULLAH HASSAN

SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)

menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil

perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968,

1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada

kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.

3.1 Awalan Kata Adjektif

Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-,

se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... –an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan –el-, -er- dan -

em-. Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di

atas tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan

–an, imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini

dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya.

Jadual : rajah Binaan kata adjektif

Awalan Dasar dan Sisipan Akhiran

teR-

peN-

ke- -el-

se- er- -an

Page 8: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

meN- -em

beR-

peR-

Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu:

teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini.

Awalan teR-

Bentuk awalan teR-

Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau Ø. Bentuk R dalam

awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya:

teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik

Fungsi Awalan teR-

menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan

darjah sesuatu kata terbitan tersebut.

Makna Awalan teR-

Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling.

Contoh:

a. Perbandingan ( besar ___ terbesar ‘lebih besar’, labuh ____ terlabuh ‘lebih labuh’ )

b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang )

c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap )

Awalan peN-

Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan

peN- juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti

frasa adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama.

Bentuk Awalan peN-

Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-

bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya.

Fungsi Awalan peN-

Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan

kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila

dilihat fungsinya dalam frasa nama.

Makna Awalan peN-

Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata

dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;

pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat

Page 9: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Awalan ke-

Awalan ke- berlaku sebagaio awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata

adjektif. Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.

Bentuk Awalan ke-

Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan

oleh kata dasar.

Fungsi awalan ke-

Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.

Makna awalan ke-

Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.

a. Menunjukkan keadaan

hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang

b. Bilangan atau giliran

dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta

Awalan beR-

Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.

Bentuk Awalan beR-

Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan.

Fungsi Awalan beR-

Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang

berfungsi sebagai adjektif.

Makna Awalan ber-

Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang

wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;

a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’

b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’

c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’

Awalan meN-

Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun

awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan

yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Bentuk Awalan meN-

Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-,

meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata

dasarnya.

Fungsi awalan meN-

Page 10: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang

berfungsi sebagai kata adjektif.

Makna Awalan meN-

Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar,

meluas dan berlarutan, contohnya:

kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang

Awalan se-

Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat

digunakan sebagai kata adjektif.

Bentuk Awalan se-

Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang

konsonan yang menjadi pangkal kata dasar.

Fungsi Awalan se-

Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.

Makna Awalan se-

Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang

asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam.

Contohnya;

kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil

Awalan pada di- pada Diraja

Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan

ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya

difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif.

Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah,

Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.

Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi

bermakna ‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335

& 445). Dalam bahasa sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam

adhivijaya ‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’.

Apabila imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan

meluasnya, maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di-

timbul setelah adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )

Akhiran Kata Adjektif

Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata

nama juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata

akhiran - an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru

Page 11: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

tatabahasa Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981)

juga membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme

dalam egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam

bahagian akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif.

Bentuk Akhiran –an

Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada

sebarang kata dasar.

Fungsi Akhiran -an

Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan

akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan

sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak

digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif

saja. Contohnya;

duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )

Apitan

Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan

perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.

Imbuhan beR- ... –an

Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang

berfungsi sebagai kata adjektif.

Bentuk Apitan ber- .... –an

Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan

yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.

Fungsi Apitan beR- ... –an

Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini

beR- ... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.

Makna Apitan beR- .. –an

Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata

nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :

hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )

jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )

kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )

Apitan ke- -- - an

Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang

berfungsi bagi menerangkan kata nama.

Bentuk Apitan ke- .... –an

Page 12: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi

pangkal kata dasarnya.

Fungsi Apitan ke- ... –an

Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama

yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi

sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.

Makna Apitan ke- .. –an

Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai

sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi

kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:

Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran.

Apitan peR- ... – an

Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.

Bentuk Apitan peR- .... –an

Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini

adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.

Fungsi Apitan peR- ... –an

Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu

menerangkan sifat kata nama.

Makna Apitan peR- .. –an

Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan.

Contohnya:

hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )

tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )

Sisipan

Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan

perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan

pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.

Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em-

Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em-

adalah tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.

Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em-

Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif

yang memberi sifat pada kata nama.

Makna Sisipan –el-, -er- dan –em-

Page 13: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang

terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada

kata nama. Contohnya:

sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,

serbak .... semerbak ( bau semerbak )

gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )

5.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN

Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan (

2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba

(1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah

Hj Omar ( 1968, 1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002)

bagi merujuk kepada kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah

adjektif.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah

proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil

membawa makna terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah

berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara

bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk bebas ) disenyawakan dalam satu

binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya, jika

diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana

penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan

daripada makna asal.

Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau

sifat sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat

dan tingkah laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau

kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek

ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.

Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat

mudah @ kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata

sifat mudah ataupun yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh

diperluaskan dengan menambah kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum

atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-jenisnya. Pengecaulian kata keterangan

darjah yang boleh berlaku di depan atau di belakangnya, kata keterangan jenis-jenis

Page 14: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja dalam rangkai kata predikat

sesuatu ayat.

Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan

perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra

yang diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat

mempunyai tingkahlaku yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu.

Cuma yang membezakannya dari kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat

itu yang boleh mengambil kata keterangan darjah sebagai keterangannya,

sedangkan kata kerja tidak.

Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa

perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti

merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-

bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur

keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata

adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir

sesudah kata nama.

Contoh-contohnya: (i) frasa adjektif sebagai predikat:

Subjek (FN) Predikat (FA) 1. Kakaknya sangat pandai. 2. Markahnya rendah. 3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Perangainya tentu baik. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6. Warna bajunya kemerah-merahan. 7. Perusahaan itu paling besar sekali. 8. Suara penyanyi itu merdu. 9. Malam ini gelap benar. 10. Pejabatnya jauh dari sini.

(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:

Subjek Predikat Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )

Page 15: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

11 Dia 12 Mereka 13 Kanak-kanak itu 14 Jirannya 15 Jalan itu

berjalan sangat cepat pulang segera tidur sungguh nyenyak datang terlalu kerap menurun amat curam

(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:

Subjek Predikat Frasa Nama Penerang

16 Dia 17 Harimau 18 Pak Lutfi 19 Asam pedas 20 Bas ekspres

budak pandai. binatang liar. orang kaya. masakan asli. kenderaan cepat.

Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan

perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama

ada di hadapan atau di belakangnya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat

- sangat pandai -

- Terlalu nakal -

sudah besar -

belum tua -

- malas benar

- jahat betul

- baik Amat

masih kecil Amat

- cantik Sekali

- ganas -

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian

inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:

(i) binaan satu perkataan

(ii) binaan dua perkataan

Page 16: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

6.0 PENUTUP

Dapatlah disimpulkan bahawa, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti

oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang

seterusnya. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti

frasa adjektif dan disertai dengan kata penguat. Bagi AsmahHaji Omar dan Abdullah

Hassan walaupun terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi

asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang

dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang

diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar memerikan nahu mengikut unsur-unsur

dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah Hassan pula memerikan nahu

mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran

tagmemik. Arbak Othman pula kata sifat boleh berupa kata dasar atau kata sifat

terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata

sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.

Jika kita mengambil satu pegagang atau rujukan terhadap sesuatu

tatabahasa, kita dapat mengesan alirannya. Hal ini cukup mudah keranan sebagai

contoh penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria

teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan

kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada

satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta

menerapkan ke atas bahasa aaamelayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta

tuntas yang boleh dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih

memahami dan berbangga dengan bahasa mereka.

Page 17: Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing

Sdn. Bhd.

2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman

dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan

Bahasa Melayu Malaysia.

3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana

Enterprise.

5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.

Bhd.

7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,

(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.