kk bml 3053-morfologi

28
PERBANDINGAN GOLONGAN KATA NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DAN …………… PENGENALAN Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji Bustan al-Katibin (1857), Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) Asmah Hj. Omar An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008) Arbak Othman Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986) Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006) Asraf Hj. Wahab Petunjuk Tatabahasa (2007) Nik Safiah Karim dan et. al Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dan Zaharani Ahmad Nahu Praktis (2007), yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain

Upload: perodua1962

Post on 24-Dec-2015

487 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Kk Bml 3053-Morfologi

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DAN ……………

PENGENALAN Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji Bustan al-Katibin (1857), Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) Asmah Hj. Omar An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008) Arbak Othman Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986) Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006) Asraf Hj. Wahab Petunjuk Tatabahasa (2007) Nik Safiah Karim dan et. al Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dan Zaharani Ahmad Nahu Praktis (2007), yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lainWalaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996)

KONSEP

Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing .

a. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Page 2: Kk Bml 3053-Morfologi

Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

8.1 Penggolongan Kata Bahasa Melayu Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti „chameleon‟ iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. Misalnya perkataan rumah adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja dalam merumahkan mangsa kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah. (Abdullah Hassan, 2006). Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. Justeru, kita seharusnya mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolong kata, terdapat empat kriteria yang digunakan dalam linguistik iaitu kriteria morfologi, kriteria sintaksis, kriteria semantik dan kriteria fonologi. Kriteria-kriteria ini dihuraikan secara ringkas untuk mendapat kefahaman asas bagaimana hendak menjeniskan perkataan. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata utama : - Kata Nama

- Kata Kerja

- Kata Adjektif / Sifat

- Kata Tugas / Struktural

Page 3: Kk Bml 3053-Morfologi

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik.

Dalam buku ini, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam bidang sintaksis, iaitu frasa, klusa, dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan hal demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsure bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klusa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja(FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama.

Namun begitu, perbincangan yang akan dihuraikan adalah berkaitan dengan golongan kata nama sahaja.

CIRI

1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama =nik safiah karim

Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996).Golongan kata nama merangkumi

sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan

lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini

boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata

nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.

Page 4: Kk Bml 3053-Morfologi

Kriteria Penggolongan Kata Ada empat ciri yang digunakan dalam menggolongkan perkataan iaitu ciri semantik atau makna, ciri sintaksis, ciri morfologi dan ciri fonologi. Sarjana tatabahasa bahasa Melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini dalam menentukan golongan perkataan dalam bahasa Melayu.

8.1.1.1 Kriteria Semantik atau Makna Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada makna perkataan berkenaan. Berdasarkan kepada makna, maka perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-masing. Sebagai contoh, Za‟ba (1965) menggolongkan kata nama mengikut kriteria semantik. Beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam golongan masing-masing. Sebenarnya pendekatan sebegini sukar untuk menentukan golongan kata. Ini kerana ada kata nama yang berubah menjadi kata kerja atau kerja adjektif. Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria sintaksis dan kriteria morfologi. 8.1.1.2 Kriteria Sintaksis atau Struktur Ayat Ciri sintaksis dikenali ciri formal. Istilah ini membawa maksud bentuk. Oleh kerana itu ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis. Dengan demikian, kriteria ini dilihat lebih bersifat saintifik. Dengan kata lain, subjek biasanya diduduki oleh gatra frasa nama, secara tidak langsung setiap perkataan yang menduduki gatra tersebut digolongkan kepada kelas kata nama. Begitu juga kepada frasa predikat yang diduduki oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif. Peranan setiap frasa tersebut yang menepati kriteria fungsi dalam pembentukan ayat akan dimasukkan mengikut kelas kata yang sesuai. Ciri sintaksis ini dapat dianalisis dengan melihat fungsi sesuatu perkataan itu dalam struktur frasa dan ayat. Sebagai contoh, kata adverba berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif pula menerangkan kata nama. Justeru, ciri-ciri ini dapat diperhati secara sistematis. Dengan tidak merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan penggolongan perkataan itu menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Di samping itu, kriteria ini mengkaji penyebaran kata-kata dan hubungan antara satu kata dengan kata lain dalam satu-satu frasa atau ayat.

8.1.1.3 Kriteria Morfologi atau Pembentukan Kata Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya. Ciri ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis. Sebagai contoh, semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe-, iaitu penulis, pelatih, pemimpin dan lain-lain adalah termasuk ke dalam golongan nama sebab awalan pe- menerbitkan kata nama. Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan me- seperti menari, menyanyi, menulis dan sebagainya termasuk ke dalam golongan kata kerja kerana awalan meN- adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja. Oleh itu, kriteria morfologi mengkaji struktur kata-kata, umpamanya satu kata sempurna atau bermakna boleh terbentuk daripada satu morfem bebas iaitu akar atau morfem bebas dan morfem terikat. 8.1.1.4 Kriteria Fonologi atau Bunyi

Page 5: Kk Bml 3053-Morfologi

Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi. Abdullah Hassan (2006) menyatakan morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi pada sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan perkataan. Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahan-perubahan bunyi yang berlaku semasa proses pengimbuhan. Terdapat lima perubahan bunyi dalam proses pengimbuhan iaitu penyegauan, penggetaran, pengeluncuran, pengglotisan dan penduaan konsonan. Misalnya awalan meN- yang diwakili oleh morfofonem N kemudiannya menjadi , m, n, ny, ng atau nge menurut konteks fonologinya

JENIS/BENTUK/GOLONGAN

Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian

kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama-tatabahasa dewan=nik safiah karim

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama

khas, kata nama am dan kata ganti nama.

a. Kata Nama Khas  

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata

nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996)

menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus

pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-

undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.  Huruf pertama kata

nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula

dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.

Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Page 6: Kk Bml 3053-Morfologi

Rajah 5.6: Kata nama khas

b. Kata Nama Am  

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep

yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak

hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv)

konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

Page 7: Kk Bml 3053-Morfologi

Rajah 5.7: Kata Nama Am

c. Kata Ganti Nama  

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang  menjadi

pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada

dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri

orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang

dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan

ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Page 8: Kk Bml 3053-Morfologi

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

8.2 Golongan Kata Major (Kata Utama) Golongan perkataan major merujuk kepada kelas kata yang bersifat terbuka. Terbuka menurut Quirk dan Greenbaum (1973) mengatakan perkataan yang menjadi anggotanya banyak iaitu tidak terhad bilangannya. Dengan kata lain, anggota dalam golongan yang sama itu mempunyai ciri dan kemungkinan sintaksis yang sama dengan anggota yang lain dalam golongan berkenaan. Seterusnya kata-kata golongan major mempunyai makna. Kebiasaannya, golongan perkataan major dirujuk menggunakan kriteria sintaksis di mana semua perkataan yang dapat menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan major. Itulah sebab kenapa Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif tergolong dalam kata major. Mengapa kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata adverba sendiri tidak tergolong dalam kata major? Walhal kata tersebut semacam fungsi dengan kata adjektif yang menerangkan kata nama. Sekarang, kita meneliti dahulu tiga golongan kata major barulah kita menghayati konsep golongan kata minor nanti pula. 8.2.1 Kata Nama Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Kata nama khas (Melayu, Prof. Ali, Dato‟ Raja Sulaiman)

Kata nama am (jururawat, kolej, rumah, senyuman)

Kata ganti nama (itu, ini, aku, dia, mereka, awak, beta)

Page 9: Kk Bml 3053-Morfologi

PERBANDINGAN /DAPATAN/EPRBINCANGAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi

kepada empat, iaitu :

a. Kata nama

b. Kata kerja

c. Kata adjektif

d. Kata tugas

a. Golongan Kata Nama

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam

binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,haiwan, tempat, benda atau

konsep.

Za’aba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang menyebut benda atau

orang dan sebagainya.Definisi Za’aba diperkemaskan lagi oleh Abdullah Hassan (2003) yang

memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang,

nama tempat dan nama perkara.

Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik

perkataannya iaitu :

i. Kata nama khas

ii. Kata nama am

iii. Kata ganti nama

i.Kata Nama Khas

Nik Safiah karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk

rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa,

bahasa, pangkat dan seumpamanya.Huruf besar digunakan pada huruf pertama kata nama

khas apabila digunakan dalam penulisan.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk

nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

Page 10: Kk Bml 3053-Morfologi

Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :

i. kata nama khas hidup

ii. kata nama khas tak hidup

Kata nama khas hidup dapat dibagikan kepada dua iaitu

i. Kata nama khas hidup manusia

ii. Kata nama khas hidup bukan manusia.

Contoh kata nama khas adalah seperti berikut :

Nama Khas Hidup

Nama khas Tak hidupManusia Bukan manusia

Muhammad Sang Bedal Pasir Gudang

Datuk Sri Shaharudin Si Tompok Gunung Mulu

Datin Sri Normah Bobo Proton Waja

Tun Perak Hibiscus rosasinensis

(Bunga raya)

Bank Simpanan Nasional

Tun Fatimah Hibiscus sabdariffal

(roselle)

Jalan P.Ramlee

Kata nama khas hidup bagi manusia boleh didahului oleh nama panggilan atau

gelaran.Contohnya :

- Datuk Sri Paduka Shaharudin

- Toh Puan Sri Norlini

- Profesor Ismail Abdullah

- Doktor Husna

Penggunaan kata gelaran seperti si dan sang turut boleh digunakan bagi kata nama am yang

sudah diberi pengertian khas.Contohnya :

- si mangsa

Page 11: Kk Bml 3053-Morfologi

- sang pendeta

Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau

gelaran.Contohnya :

- Sang Bedal

- Si Tompok

Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkatan yang merujuk benda-benda yang khusus

tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat,

undang-undang dan lain-lain.Contoh lain selain daripada yang diberi di atas ialah:

- Sang Saka Merah Putih

- Universiti Malaya

- Iban

- Negeri Perak

- Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)

- Datin Sri

- Piala Sumbangsih

ii. Kata Nama Am

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada

benda atau perkara yang umum sifatnya.

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :

Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuh-

tumbuhan.

Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat, dan sebagainya.

Oleh itu kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri

makna perkataannya, iaitu :

Hidup atau tak hidup

Manusia atau bukan manusia

Page 12: Kk Bml 3053-Morfologi

Institusi atau bukan institusi

Konkrit atau abstrak

Berbilang atau tak berbilang

a. Kata nama am hidup manusia

Merupakan kata nama yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung

makna nama am.Contoh kata nama am hidup bagi manusia :

- ibu

- tentera

- guru besar

- pendidik

- jutawan

b. Kata nama am hidup bukan manusia

Merupakan jenis kata nama yang terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup

jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am.Contoh kata nama am hidup bukan

manusia :

- lembu

- unta

- iblis

- jin

- pokok

- itik

c. Kata nama am tak hidup institusi

Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat

tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.kata nama institusi boleh dikenal pasti melalui

kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi tersebut.

Page 13: Kk Bml 3053-Morfologi

Contoh kata nama am tak hidup institusi :

- sekolah

- pertubuhan

- dewan

- balai raya

- kelas

Contoh ayat :

Bantuan dalam bentuk komputer telah diserahkan kepada pertubuhan itu.

Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi bersifat konkrit.Kata nama

golongan ini lebih merujuk kepada tempat dan dalam ayat ia didahului oleh kata sendi nama ke

dan dari.

Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit :

- lebuh raya

- pekan

- pondok

- danau

- waqaf

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang

Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak

sifatnya tetapi boleh dibilang dan boleh disertai dengan kata bilangan.Contoh kata nama am tak

hidup bukan institusi abstrak berbilang :

- program

- kesedihan

- idea

- senyuman

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang

Page 14: Kk Bml 3053-Morfologi

Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi,

abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang.

Contoh kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang:

- kemesraan

- hawa

- roh

- ketibaan

- kedamaian

iii. Kata ganti nama

Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat kata

nama sebagai pengganti .Beliau membahagikan kata ganti nama kepada lima, iaitu :

kata ganti diri

kata ganti Tanya

kata ganti tempat

kata ganti tunjuk

kata ganti tak tentu

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi

pengganti kata nama khas dan kata nama am.Penggolongan kata ganti nama adalah seperti

berikut :

tunjuk

Kata ganti nama

Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk umum

Kata ganti nama tunjuk tempat

Page 15: Kk Bml 3053-Morfologi

Kata ganti nama tunjuk merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan

mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.

Kata ganti nama tunjuk umum adalah kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau

benda.Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu itu yang menunjuk pada yang jauh dan

ini yang menunjuk pada yang dekat.Manakala kata ganti nama tunjuk tempat merujuk kepada

kata ganti nama yang menunjukkan tempat yang terdiri daripada sini (menunjuk pada arah

dekat), situ (menunjuk pada arah agak jauh) dan sana (menunjuk pada arah jauh).

Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk

tanya.Terdapat tiga kata ganti nama diri Tanya iaitu apa yang merujuk benda atau perkara,

siapa yang merujuk orang dan mana yang merujuk benda atau orang.

Kata ganti nama diri orang merupakan perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri

orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

Kata ganti nama diri Kata ganti nama

tunjuk

Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri orang

pertama

kedua

ketiga

Page 16: Kk Bml 3053-Morfologi

Kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, beta, patik, kami dan kita.

Kata ganti nama diri orang kedua adalah seperti anda, saudara, engkau, awak dan kamu.

Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah ia, dia, beliau, mereka dan nya.

Perbandingan Utama Golongan Kata

Nik Safiah Karim (2008) Asraf Abdul Wahab (2008)

Kata Namai. Kata nama amii. Kata nama khasiii. Kata ganti nama

Kata Nama

i. Kata nama am

ii. Kata nama khas

iii. Kata ganti nama

iv. Kata bilangan

Kata Kerjai. Kata kerja aktif

- Kata kerja aktif transitif- Kata kerja aktif tak transitif

ii. Kata kerja pasif

Kata Kerja

i. Kata kerja tak transitif

ii. Kata kerja transitif

iii. Kata kerja pasif

Kata Adjektifi. Kata adjektif sifat @ keadaanii. Kata adjektif warnaiii. Kata adjektif ukuraniv. Kata adjektif bentukv. Kata adjektif waktuvi. Kata adjektif jarakvii. Kata adjektif caraviii. Kata adjektif perasaanix. Kata adjektif pancaindera

Kata Adjektif

i. Kata penguat

Kata Tugasa) Kata hubungb) Kata seruc) Kata tanyad) Kata perintahe) Kata pangkal ayatf) Kata bantu

Kata Tugas

i. Kata sendi

ii. Kata keterangan

iii. Kata hubung

iv. Kata seru

Page 17: Kk Bml 3053-Morfologi

g) Kata penguath) Kata penegasi) Kata nafij) Kata pemerik) Kata sendi namal) Kata pembenarm) Kata arahn) Kata bilangan

v. Kata sandang

Perbandingan kata nama TD dengan NMM Berdasarkan keterangan di atas jelas menunujukkan perbezaan dari segi pengkelasan kata nama. Ini kerana TD lebih meluas dan lebih terperinci mengikut ciri-ciri semantik dengan mengasingkan kepada tiga bahagian iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Seterusnya setiap kata nama itu pula dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lain secara terperinci dan menyeluruh. Pengelompokkan setiap kata nama dengan jelas dan tepat ini telah memudahkan pengguna untuk memahami dan mengaplikasi jenis kata ini dalam kehidupun seharian dengan betul . Manakala dalam NMM hanya mengelaskan kepada dua jenis iaitu kata nama am dan kata nama khas

KESIMPULAN

RUMUSAN Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti ‘chameleon’ iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat.Justeru itu kita perlu mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul agar boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolongkan kata, Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009) menggunakan empat kriteria dalam linguistik iaitu morfologi,sintaksis,semantik dan fonologi.Walaupun terdapat perbezaan dalam golongan kata utama antara Nik Safiah et.al (2008) dan Asmah Haji Omar (2009),namun teknik mengkelasannya masih sama iaitu menggunakan empat kriteria utama. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas oleh Nik Safiah et.al tetapi Asmah Haji Omar mengolongkanya sebagai golongan kata utama. Manakala Asmah mengkelaskan kata nama di bawah subgolongan benda berbanding Nik Safiah et.al yang menggolongkannya sebagai golongan utama. Selain itu, kata sifat dan kata kerja berada di bawah subgolongan karyaan oleh Asmah manakala Nik Safiah et.al menggolongkannya di bawah golongan utama. Buku Nahu Melayu Mutakhir merupakan hasil kajian yang mendalam tentang golongan kata memandangkan pengunaannya yang pesat pada masa kini. Sesuatu bidang ilmu boleh dikaji dan diolah dari berbagai-bagai sudut fikiran ,yang dalam itu sendiri ditunjangi oleh teori dan pendekatan. Asmah Haji Omar (2009) melihat bahasa secara eklektik. Dengan pendekatan seperti itu, maka cara

Page 18: Kk Bml 3053-Morfologi

pemaparan butir-butir bahasa bersifat maksimalis dan dengan demikian memberi kemungkinan menerangkan setiap butir yang berlaku dalam bahasa berdasarkan teori utama dan teori tunjangan yang diterapkan. Buku Tatabahasa Dewan pula merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran.

RUJUKAN

1. Asmah Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. DBP.

2. Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi

Sdn. Bhd.

3. Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4. HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2009

Sumber Internet: Laman Sesawang: Http://id.wikipedia.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks, Sufiks, Afiks) Laman Sesawang: Http://www.wilta.org/ber_prefix.htm. -13.8.2008, (Tajuk: „Prefiks‟)

Laman Sesawang: Http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc. -13.8.2008, (Tajuk: „Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu

Sumber Jurnal: Zaharin Yusoff (Universiti Sains Malaysia, Malaysia) (Tajuk Artikel: “Cintailah Bahasa Kita”) Deny Arnos Kwary (Univerisitas Sumatera Utara, Indonesia)

(Tajuk Artikel: “ Delapan Jenis Afiks : Analisis Afiks Bahasa Arab, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris”)

5.2 Golongan Kata Nama

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan cirri-ciri semantic perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

Page 19: Kk Bml 3053-Morfologi

Kata nama khas

Kata nama Kata nama am

Kata ganti nama

Maksud cirri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

5.2.1 Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut:

manusia

hidup

bukan manusia

Kata nama khas

Tak hidup

(i) Kata nama khas hidup

(a)Manusia

Nina Ahmad Tun Abdul Razak

Rubi Hamid P.Ramlee

Page 20: Kk Bml 3053-Morfologi

Hani Jamil Sultan Mahmud Shah

(b)Bukan manusia

Tompok Ananas comosus (nanas hijau)

Si Belang Vanda Diana ( sejenis orkid)

Sang Lamri Nymphaea stellata (teratai kecil/telepok)

(ii) Kata nama khas tak hidup

Kuala Lumpur Kapal Diraja Malaysia

Pasir Mas Sri Andalas

Ahli Mangku Negara Daya Bumi

Gunung Kinabalu Wisma Pahlawan

Proton Saga Planet Marikh

5.2.2 Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:

Konkrit

Kata nama am

abstrak

(i) Kata nama am konkrit

Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya:

Tangan pekerja

Rumah pelabuhan

Kambing ketua

Page 21: Kk Bml 3053-Morfologi

Sungai jambatan

Lautan kereta

(ii) Kata nama am abstrak

Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya:

Mimpi kedamaian

Roh idaman

Idaman kemerdekaan

Kehendak perpaduan

Serapan penyalahgunaan

5.2.3 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri Tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata nama diri orang ketiga. Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut:

Kata ganti

nama tunjuk

Kata ganti nama kata ganti

nama diri tanya

kata ganti kata ganti pertama

nama diri nama diri kedua

orang ketiga

Page 22: Kk Bml 3053-Morfologi

(i) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat, disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh).

Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini(menunjuk pada arah dekat, situ (arah agak jauh), dan sana (arah jauh).

(ii) Kata ganti nama diri

Kata gani nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

(a) Kata ganti nama diri tanya

(b) Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau, manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita

Kata ganti nama diri orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau

Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya