bml 3083 tugasana

18
PEMARKAHAN 1 Tugasan A 2 Tugasan B 3 FORUM JUMLAH BML 3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU KUMPULAN : ______________________________ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING : ________________________________ TARIKH SERAH : ________________________________ 1 Tugasan A

Upload: hardawati

Post on 11-Dec-2014

135 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tugasan upsi

TRANSCRIPT

Page 1: BML 3083 TugasanA

PEMARKAHAN

1 Tugasan A2 Tugasan B3 FORUM

JUMLAH

BML 3083

SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

KUMPULAN : ______________________________

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING : ________________________________TARIKH SERAH : ________________________________

1

Tugasan A

Page 2: BML 3083 TugasanA

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3 - 6

2.0 Makna Leksikal 7

3.0 Makna Gramatikal 8

4.0 Makna Kontekstual 9

5.0 Makna Referensial 10

6.0 Makna Asosiatif 10 - 11

Penutup 12

Bibliografi 13

2

Page 3: BML 3083 TugasanA

1.0 Pengenalan.

1.1 Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita

dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..

Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani

“semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan

oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau

makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian

linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).

Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan

dan penambahan makna sesuatu kata.

Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu

perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang

menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh

maknan terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

“semantickos” yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud

‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).

Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan

dan penambahan makna sesuatu kata.

Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan

untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud

makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.

Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada

perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang

mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai

3

Page 4: BML 3083 TugasanA

makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam

konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk

makna daripada hubungan semantik.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai

makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal),

antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan

yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang

mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi

(perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan

yang mempunyai satu makna).

1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain

Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam

setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang

demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.

1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah

Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah

adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa

sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir

yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara

berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut.

Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah ‘Biar

saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya’ membawa

semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun

penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan.

1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi

Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini

bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah

tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan ‘Makan!’

berbeza berbanding ‘Makanlah..’ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan

4

Page 5: BML 3083 TugasanA

tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi

yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan

penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan

bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas.

1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.

Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu

yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu

yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi

dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin

berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin

berkembang. Contohnya perkataan ‘taman’ daripada aspek antropologinya telah

berkembang membentuk perkataan ‘taman hati’, ‘taman buaya’, dan ‘taman rimba’ yang

bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna

yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan.

(Aminuddin 1985).

1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera

Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya

ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak

semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera

yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang

dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan

pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja).

Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

(Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan

yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan

baik juga.

1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah

Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan

sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin

berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang

5

Page 6: BML 3083 TugasanA

bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan

maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’

yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya

menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus

besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan

penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer

Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan

melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang

menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara

struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para

penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang

sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu

dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal

fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan

berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu

diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan

kehendak pengguna kelak.

1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik

Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas

mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim,

pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata ‘kebun’ berbeza

daripada ‘pekebun’ dan ‘pengebun’, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun”

bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang

yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya

membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata ‘langit’ juga

berbeza dengan ‘lelangit’ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam

mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata ‘buah’ dan ‘hati’ mempunyai makna yang

berbeza apabila membentuk kata majmuk ‘buah hati’. Buah ialah benda yang boleh

dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan

tersebut digabungkan.

6

Page 7: BML 3083 TugasanA

2. Makna Leksikal

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna

perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan

pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan

huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna

leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan

perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada

‘lima ekor lembu’.

2.2 Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna

masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal

api, bunga api dsb.

2..3 Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna

tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum

dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan

sebagainya.

7

Page 8: BML 3083 TugasanA

3. Makna Gramatikal.

Makna Gramatikal merupakan konsep makna yang paling penting dalam bahasa.

Tanpa mengaitkan makna gramatikal tersebut, kita tidak mungkin dapat menentukan

maksud, memahami ungkapan atau membuat tafsiran terhadap sesuatu perkataan.

Pemahaman konsep adalah sangat penting. Menurut Abdul Chaer (1990), maksud

‘konsep’ adalah meliputi komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan, atau konsep

lainnya. Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual terdapat konsep asas yang

menjadi pokok dalam komunikasi linguistik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep

adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ melalui perantaraan konsep

pemikiran. Interpretasi yang pelbagai boleh wujud kerana manusia sentiasa meluahkan

akal fikiran yang berbeza. Ogden dan Richards (1923) dalam Nik Safiah Karim, (2003)

telah membuat satu formulasi iaitu ‘segi tiga semiotik’. Mengikut formulasi ini manusia

akan berfikir dahulu sebelum menuturkan sesuatu perkataan. Oleh itu dalam formulasi ini,

‘segi tiga semiotik’ meletakkan pemikiran itu pada tahap yang tertinggi sekali.

Menurut Palmer (1982), organisasi makna gramtikal adalah sesuatu yang rumit dan

sofistikated. Sebagai contoh, mengikut Kamus Dewan (2001) perkataan wanita dan

perempuan mempunyai makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan laki-laki’. Di

sini Leech (1974), mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan

prinsip struktur konstituen. Sebagai contoh, maksud antara ‘wanita’ dan ‘perempuan adalah

berbeza. Dimana ‘wanita’ boleh dimaksudkan sebagai wanita beriman, wanita bekerja,

wanita dewasa dan wanita sopan. Manakala perkataan ‘perempuan’, ia menjadi kurang

sesuai untuk diucapkan untuk maksud di atas.

Jelaslah di sini bahawa konsep telah memainkan peranan penting kepada manusia

untuk mendefinasi, memahami, mentakrif dan memutuskan sesuatu buah fikiran. Tanpa

konsep, kita sebenarnya tidak mungkin berupaya mewujudkan makna sebenar sesuatu

perkataan. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada bentuk ayat atau situasi

penggunaannya. Oleh itu, menurut Palmer (1992), makna gramatikal atau makna sesuatu

keadaan sering juga disebut sebagai makna konseptuall. Makna gramatikal pula boleh

dibezakan dengan makna leksikal. Apabila makna leksikal itu berkaitan dengan makna

leksem yang sesuai dengan rujukannya, maka makna gramatikal ini adalah makna yang

wujud sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. Contohnya, perkataan yang ada

unsur-unsur pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan seperti ber- dalam berlari,

8

Page 9: BML 3083 TugasanA

kedai-kedai yang membawa maksud banyak kedai dan penghasilan kata majmuk buku

cerita daripada gabungan buku dan cerita.

4. Makna Kontekstual.

Makna Kontekstual ialah makna yang ada hubungan dengan nilai positif, nilai negatif

mahu pun nilai rasa. Jika nilai rasa tidak ada, maka sifat perkataan itu mungkin tidak akan

memihak kepada mana-mana makna. Sebagai contoh, perkataan perempuan dan wanita

mempunyai makna denotatif yang sama, namun kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai

rasa yang berlainan. Di mana perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah

berbanding dengan perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Begitulah juga

halnya dengan perkataan jantan dan lelaki. Perkataan babi dan khinzir juga boleh

membawa maksud yang sama. Masyarakat yang beragama Islam mempunyai nilai rasa

yang berlainan dengan tafsiran masyarakat bukan Islam. Menurut umat Islam, babi itu

binatang yang haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang membawa makna yang negatif,

manakala bagi masyarakat bukan Islam, babi itu binatang yang boleh dipelihara dan boleh

dimakan.

Makna kontekstual ini juga boleh berubah berdasarkan kepada faktor-faktor

tertentu. Contohnya perkataan ‘khalwat’, mengikut Kamus Dewan (2004) perkataan ini pada

asalnya membawa maksud ‘suluk’, iaitu duduk bersendirian perihal (perbuatan)

mengasingkan diri ditempat yang sunyi untuk menenangkan fikiran, bertafakur dan

beribadah kepada ’Allah’. Kini, maksud perkataan ini telah berubah, daripada ‘pengasingan

diri’ telah menjadi duduk berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi, di antara

lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap

sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan, 2004).

Makna Kontekstual ini boleh juga dilihat kepada beberapa aspek lain iaitu, pertama,

makna kontekstual tidak spesifik pada bahasa sahaja tetapi telah dikongsi bersama oleh

sistem komunikatif seperti seni muzik dan seni visual. Sebagai contoh, barangan yang

diiklankan di televisyen tidak sama seperti barangan yang dijual dipasaran. Kedua, makna

konotatif juga bersifat periferal. Makna kontekstual sering kali menjadi tidak stabil dan

bervariasi menurut budaya, bergantung kepada tempoh masa dan pengalaman individu.

Bagi orang yang terpelajar, dan berpengalaman makna sesuatu perkataan tidak sama

dengan orang biasa semasa mereka berhujah atau memberi pendapat. Ketiga, maksud

konotatif susah dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Pengucapan kata-kata

9

Page 10: BML 3083 TugasanA

halus, sedap didengar, tepat dan kena pada masanya telah digunakan secara meluas oleh

masyarakat Melayu. Sebagai contoh, perkataan kudapan telah digunakan untuk

menggantikan makan dan minum pagi dengan mengambil sedikit kuih-muih. Ia

dimaksudkan sebagai minum dan makan sedikit minuman kopi dan kuih-muih sekadar

mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu sarapan pagi dan makan tengah hari

atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam (Kamus Dewan, 2004).

5. Makna Referensial

Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan

antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman

nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau

kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial

mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala,

kenyataan, peristiwa maupun proses.

Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang

langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga

dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat

hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang

dapat dijelaskan melalui analisis komponen.

6. Makna Asosiatif.

Menurut Leech (1976), makna asosiatif ditakrifkan sebagai makna yang dimiliki oleh

sebuah kata dengan kata yang lain dan ia termasuk di dalamnya makna konotatif, makna

stilistik, makna afektif, makna refleksi dan makna kolokatif. Manakala menurut Kamus

Linguistik, (1997), makna asosiatif adalah perkaitan (antara satu dengan yang lain),

perhubungan dan pertalian. Menurut Palmer, (1992), makna asosiatif merupakan asosiasi

yang muncul dalam pemikiran seseorang apabila mendengar perkataan tertentu. Oleh itu

asosiasi akan dipengaruhi oleh unsur-unsur psikologi, pengetahuan dan pengalaman

seseorang.

Makna asosiasi adalah simbol yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang

mempunyai persamaan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang terdapat dalam konsep asal

kata atau perkataan tersebut. Contohnya, perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau

10

Page 11: BML 3083 TugasanA

‘ganas’ atau membawa makna seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita.

Begitu juga halnya dengan perkataan ‘mawar’ yang bermakna konseptual iaitu sejenis

bunga yang berwarna putih yang cantik dan berbau harum. Ianya boleh dinyatakan sebagai

perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Justeru, sesuatu yang berasosiasi berkait rapat dengan

makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk

dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa

terhadap perkataan itu. Makna afektif banyak digunakan dalam komunikasi lisan kerana ia

berkait rapat dengan emosi yang dinyatakan oleh penutur terhadap pendengar atau

terhadap objek yang dibicarakan dan dipersembahkan dengan penuh semangat, nada dan

intonansi.

Sebenarnya terdapat banyak perkaitan makna asosiatif di dalam sesebuah

masyarakat dari segi bahasa akibat daripada pengalaman, lingkungan dan latar belakang

budaya yang hampir serupa. Tidak dapat dinafikan bahawa makna asosiatif sememang

mempunyai peranan yang utama dalam menyusun teks sesuatu iklan dan bukan sahaja

makna rujukan sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif mempunyai peranan yang

penting untuk penutur dan pendengar memahamkan sesuatu wacana kerana makna

asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu

wacana. Seterusnya Palmer, (1992), menerangkan bahawa tafsiran bagi sebuah puisi tidak

dapat diasingkan daripada makna asosiatif kerana tafsiran sesebuah puisi menjadi lebih

senang apabila seseorang itu memahami makna asosiatif.

11

Page 12: BML 3083 TugasanA

Penutup.

Banyak sekali ahli yang memberikan pengertian tentang makna kata, ada ahli yang

memberikan 16 definisi tentang makna (Odgen dan Richard, 1923 dalam Abdullah & Ainon

(1994)), sementara itu Carles Morris (1994) dalam Nik Safiah, (2003) berpendapat bahawa

pernyataan-pernyataan akan makna biasanya membuang sejemput unsur yang ada pada

sasaran gejala makna. Alesandro Duranti (2000) mengertikan makna sebagai hubungan antara

tanda. Richard E Palmer (2005) mendefinisikan makna lebih kepada isi teks yang akan dibahas

dalam sebuah karya sastera. Makna dipandang Odgen dan Ricard (1923) dalam Abdullah &

Ainon, (1994) sebagai hasil dari interpretasi dan tafsiran terhadap sebuah teks. Manakala Cruse

(2000) telah mengemukakan bahawa makna terdiri dari makna yang mencakupi makna kata

secara umum, makna leksikal dan makna gramatikal, makna kata dan makna kalimat, serta

kemungkinan-kemungkinan makna yang muncul dari masing-masing kata.

Kesimpulannya bidang semantik mempunyai banyak cabang dalam bidangnya.

Semantik juga boleh dipecahkan kepada beberapa jenis. Jenis makna dapat dibahagikan

berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. Antara jenis-jenis itu telah dibincangkan di

atas berserta dengan contoh untuk menambah kefahaman kita. Perbincangan ilmu semantik

akan melibatkan semua konsep yang terkandung dalam makna. Konsep yang terlibat meliputi

semua bidang termasuk keadaan, tindakan, proses atau benda. Dalam aspek penggunaan

bahasa, tujuan utamanya ialah untuk menjelaskan maksud atau makna. Jadi dengan

mempelajari semantik ianya telah dapat memberi kefahaman yang jelas secara sedar atau pun

tidak sedar, kita sebenarnya telah menuturkan atau mempamerkan tingkah laku yang

mempunyai makna atau maksud yang tertentu tanpa kita sedari.

12

Page 13: BML 3083 TugasanA

Bibliografi.

Abdul Chaer (1994), Linguistik Am,Jakarta, Penerbit Rineka Cipta

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alesandro Dranti. Cambridge Textbook in Linguistics Linguistic Anthropology. Cambridge University Press. United Kingdom. 2003.

D. Alan Cruse. Meaning in Language an Introduction to Semantics and Pragmatics. Oxfor University Press. New York.2000.

Kamus Dewan (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, G. (1974). Semantics. Penguin Books. London.

Nik Safiah Karim, (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Palmer, F.R. (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

13