bml 3063 sintaksis bahasa melayu

40
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Susunan dan Ragam Ayat: Aktif dan Pasif

Upload: donat

Post on 10-Feb-2016

134 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU. Susunan dan Ragam Ayat : Aktif dan Pasif. RAGAM AYAT. Ragam ayat dalam Bahasa Melayu , ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BML 3063SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Susunan dan Ragam Ayat: Aktif dan Pasif

Page 2: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

RAGAM AYAT

Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.

Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.

Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-….

Contoh ayat aktif:

Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.

Page 3: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

RAGAM AYATAyat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-, teR-, beR-, ke- -an atau mempunyai kata ‘kena’ sebelum kata kerja.

Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua.

Contoh ayat pasif:

Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.

Page 4: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat aktifAyat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat aktif terdiri daripada

(i) Ayat aktif transitif(ii) Ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif

Ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

(a) Ali menunggang basikal(b) Ali menebas rumput

Page 5: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Aktif

Ayat aktif tak transitif

Ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif dalam kluasa utamanya.

Kata kerja tersebut tidak memerlukan objek. Namun demikian, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap atau unsur keterangan.

Contoh :

(a) Rombongan pengantin itu telah tiba. (b) Badannya menjadi kurus.(c) Harga gula naik pada musim perayaan sangat tinggi. (d) Kanak-kanak itu sedang tidur di bawah pokok.

Page 6: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua(iii) Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja

Page 7: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT PASIF

(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Antara imbuhan kata kerja pasif ialah di-, ter-, ber-, dan ke-...-an.

Digunakan dengan KGD ketiga.

Contoh:

(a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. (b) Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.(c) Mereka kehujanan sepanjang hari.(d) Surat itu belum berjawab.

Page 8: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT PASIF

(iii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.

Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar.

Kata ganti nama diri boleh berbentuk penuh atau tidak.

Contoh:

(a) Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.(b) Makanan itu belum kurasai lagi.(c) Hutang itu perlu engkau jelaskan sepenuhnya.(d) Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.

Page 9: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT PASIF

(iii) Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’ yang hadir sebelum kata kerja.

Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.

Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan.

Contoh:(a) Pencuri itu kena tangkap (oleh polis)(b) Dia kena tipu (oleh pemuda itu)(c) Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)

Page 10: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Jenis ayat & Bentuk Ayat

Jenis Ayat (telah dikuliahkan sebelum ini)• Ayat penyata• Ayat tanya• Ayat perintah• Ayat seruan

Bentuk ayati. Ayat tunggal

ii. Ayat majmuk- Majmuk gabungan- Majmuk pancangan - Majmuk campuran

Page 11: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bentuk Ayat

i. Ayat tunggalAyat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh

(a) Salman Khan tampan. (b) Sharmila menyapu halaman rumah.

Dalam ayat di atas, Salman Khan dan Sharmila ialah subjek, manakala tampan dan menyapu halaman rumah ialah predikat.

Page 12: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Bentuk Ayat

ii. Ayat majmuk

Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal yang dihubungkan oleh perkataan kata hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;

(i) Ayat majmuk gabungan.(ii) Ayat majmuk pancangan.(iii) Ayat majmuk campuran.

Page 13: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(i) Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebih yang digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan.

Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.

Page 14: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(i) Ayat majmuk gabungan

Penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu;

(a) Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan.

Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan.

Contoh:

Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur.

Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur.

Page 15: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat majmuk gabungan (samb.)

(b) Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan.

Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.

Contoh

(a) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

(b) Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.

Page 16: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(ii) Ayat Majmuk pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang kedudukannya tidak setara, iaitu ayatnya tidak boleh berdiri sendiri

Ayat majmuk pancangan terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.

Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

(a) Ayat majmuk Pancangan relatif(b) Ayat majmuk pancangan komplemen(c) Ayat majmuk pancangan keterangan

Page 17: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat majmuk pancangan

(a) Ayat Majmuk Pancangan relatif.

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.

Contoh

(a) Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.

(b) Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.

(c) Perompak yang menyamun bank itu telah ditangkap.

Page 18: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Proses pemancangan

Proses pancangan ayat (a):

Wanita itu memakai barang kemas. Barang kemas itu mahal.

Wanita itu memakai barang kemas + barang kemas itu mahal.

Wanita itu memakai barang kemas yang mahal.

Page 19: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Proses Pemancangan

Proses pemancangan ayat (b):

Kanak-kanak itu comel. Kanak-kanak itu anak buah saya.

Kanak-kanak itu comel + kanak-kanak itu anak buah saya.

Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya.

Page 20: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Proses Pemancangan

Proses pemancangan ayat (c):

Perompak menyamun bank itu. Perompak telah ditangkap.

Perompak menyamun bank itu + perompak telah ditangkap.

Perompak yang menyamun bank itu telah ditangkap.

Page 21: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan

(b) Ayat majmuk pancangan komplemen

Ayat komplemen ialah ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut.

Ayat komplemen dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk.

(a) Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.(b) Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang.(c) Ibu ke pasar untuk membeli ikan dan sayur.

Page 22: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat komplemen berbeza daripada ayat relatif dari segi hubungan ayat-ayat kecil dengan ayat induk .

Komplemen bertujuan untuk melengkapkan kata kerja yang terdapat dalam ayat induk tersebut.

Penggunaan kata hubung bahawa dan untuk bertujuan untuk menandakan hubungan tersebut.

ini dapat digambarkan sepertiberikut:

Page 23: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Proses pemancangan ayat komplemen

Ayat (a)

Ayat induk: Dia mengakui (sesuatu) Ayat kompleman: Anaknya itu nakal

Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal.

Ayat (b)

Ayat induk: Nenek itu yakin (sesuatu)Ayat komplemen: Anaknya akan pulang.

Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang.

Page 24: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Proses pemancangan ayat komplemen

Ayat (c)

Ayat Induk : konflik itu adalah rumit.

Ayat Komplemen: (untuk) mereka menangani konflik itu.

Untuk mereka menangani konflik itu adalah rumit.

Page 25: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat majmuk pancangan

(c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh:(a) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.(b) Anak itu menangis kerana ia lapar.

Kedudukan ayat keterangan tidak tetap, boleh hadir di depan atau di belakang ayat induk,

Contoh:(a) Ketika saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya.(b) Anak itu menangis kerana dia lapar.

Page 26: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat majmuk pancangan keterangan terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat.

(i) Keterangan musabab (sebab berlaku sesuatu kejadian/ perbuatan)

Contoh:(a) Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

(b) Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.

(c) Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh- sungguh.

Page 27: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(ii) Keterangan akibat

Contoh:(a) Shafie bersorak terlalu kuat hingga

serak suaranya.

(b) Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya

Page 28: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(iii) Kerterangan syarat

Contoh:(a) Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari.

(b) Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh.

(c) Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya.

(d) Jika diizinkan tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.

Page 29: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(iv) Keterangan waktu

Contoh:(a) Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.

(b) Saya belum berkunjung ke rumah Ali semenjak dia berpindah ke sana.

(c) Sementara menunggu padi masak, petani itu menanam jagung.

(d) Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah.

Page 30: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(v) Keterangan pertentangan

Contoh:(a) Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.

(b) Kendatipun pahlawan itu telah terkena tikaman, dia terus melawan musuhnya.

(c) Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.

(d) Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanan.

Page 31: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(vi) Keterangan harapan

Contoh:(a) Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

(b) Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju dengan cadangan pemimpin itu.

(c) Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya.

Page 32: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(vii) Keterangan cara

Contoh:(a) Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.

(b) Aziz memecahkan tingkap rumah itu dengan menggunakan besi.

(c) Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal.

Page 33: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(viii) Keterangan tujuan

Contoh:(a) Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.

(b) Aziz memecahkan tingkap rumah itu dengan menggunakan besi.

(c) Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal.

Page 34: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

(ix) Keterangan perbandingan

Contoh:(a) Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.

(b) Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

(c) Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan.

(d) Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis.

Page 35: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(iii) AYAT MAJMUK CAMPURAN

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Ayat sedemikian biasanya panjang.

ContohAhmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

Page 36: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat tersebut terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi.

Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

Ayat yang kedua merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.

Page 37: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT MAJMUK CAMPURAN

(b) Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.

Dalam ayat tersebut terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk, iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang telah menerima suntikan tersebut.

Subjek ayat majmuk ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek tepat ialah kanak-kanak.

Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat.

Page 38: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT MAJMUK CAMPURAN

(c) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi.

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan, iaitu murid- murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi.

Page 39: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

AYAT MAJMUK CAMPURAN

Kedua-dua ayat tersebut merupakan ayat majmuk juga, iaitu yang pertama terdiri daripada ayat induk dengan ayat komplemen objek tepat, iaitu murid-murid itu mengetahui (sesuatu ) - ayat induk dan bahawa peraturan itu penting – ayat komplemen.

Ayat yang kedua pula terdiri daripada ayat induk dengan dua ayat komplemen objek tepat.

Ayat induk ialah mereka menyedari (sesuatu ), sementara ayat komplemen ialah bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya dan peraturan itu mesti dipatuhi.

Page 40: BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

~ Tamat ~