bahagian a bml 3113 ok

Download Bahagian a BML 3113 OK

Post on 30-Sep-2015

244 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahagian a BML 3113 OK

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

1ESEI ILMIAH(a)

(b)

2FORUM

3KUIZ/ UJIAN

JUMLAH

BML 3113: SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYUPORTFOLIOTUGASAN

DISEDIAKAN OLEHNAMANO IDNO TELEFON

BALKIS BINTI OMARD201110495590125083101

TUTOR E- LEARNING: DR NORAZIMAH BT ZAKARIATARIKH SERAH: ISI KANDUNGAN

HALAMAN1.0ESEI ILMIAH1.1Kajian mengenai suku bangsa atau etnik dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu.

1.2Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contoh- contoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

2.0 FORUM E- LEARNING2.1Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep kaum dan bangsa Melayu.

2.2Pada penilaian anda kenapa suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu tetapi tidak pada hari ini.

2.3Budaya popular dikatakan menggugat identiti dan jati diri bangsa. Hujahkan.

2.4Pada penilaian anda, mampukah bahasa dan kesusasteraan Melayu memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi.

2.5Dasar kebudayaan kebangsaan masih relevan dilaksanakan. Bincangkan.

3.0KUIZ/ UJIAN3.1Kuiz/Ujian 13.2Kuiz/Ujian 2

1.1 Kajian mengenai suku bangsa atau etnik dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu.

Pengenalan

Pada masa dahulu Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Kesatu yang merupakan sebuah pelabuhan yang bersejarah. Ianya terletak di bahagian utara Selat Melaka. Kedudukannya telah menarik minat kerajaan British bagi mendapatkannya (Clodd 1948 dalam Omar Yusof & Noriah Mohamed, 2010). Semasa Pulau Pinang dibuka oleh Kapten Light pada tahun 1786, semakin banyak golongan pendatang dan pedagang dari gugusan pulau Melayu, Cina, India, Arab dan Eropah migran ke pulau ini.Berbagai-bagai jenis etnik di gugusan pulau Melayu seperti orang Rawa, Minangkabau, Aceh, Jawa, Bugis, Batak (Mandailing) dan yang lain telah membangunkan Pulau Pinang melalui perdagangan (Lee, 1995 dalam Khoo Salma, 2002). Orang Arab, Tamil, Punjabi, Benggali, Gujerati dan Afghani telah berminat dengan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang dan mereka telah mengambil peluang menjalankan perniagaan emas, rempah, bawang dan kain di pulau ini. Di samping golongan ini, terdapat juga orang Portugis, Asia, Denmark, Belanda, Jepun, Siam, Burma dan Armenia yang menetap dan menjalankan perniagaan di Pulau Pinang. (McAlister 1803 dalam Omar Yusof & Noriah Mohamed (2010).).

Kedatangan migran serta peniaga dari India dan Arab telah membuka satu sejarah baru di Pulau Pinang apabila terhasilnya keturunan Melayu kacukan yang dikenali sebagai Jawi Pekan (kemudian dikenali sebagai Jawi Peranakan) melalui perkahwinan campur antara golongan ini dengan wanita Melayu tempatan(Mohd Aris, 1985). Perkahwinan ini dijalankan kerana golongan ini bercadang untuk mengekalkan tempat dan status mereka dalam masyarakat Islam di Pulau Pinang. Perkahwinan campur telah menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja masyur dengan pertumbuhan ekonominya, malah dikenali menerusi pembentukan golongan Melayu baru dengan subbudaya kehidupan seharian mereka. Sub-budaya ini masih dapat dibezakan antara Jawi Peranakan dengan orang Melayu lain di Pulau Pinang. Walaupun demikian, untuk mereka menjadi orang Melayu, banyak adat resam mereka yang didapati bertentangan dengan akidah Islam tidak lagi dipertahankan.

Etnik dan Konsep Kacukan.

Maksud etnik mengikut Kamus Dewan Edisi keempat (2005) menerangkan berkenaan bangsa manusia. Istilah etnik boleh diertikan sebagai satu kelompok manusia yang memiliki ciri-ciri distingtif tertentu misalnya agama, bahasa, keturunan, budaya atau asal usul kebangsaan. Ragayah Eusoff (1997) menerangkan etnik sebagai The term ethnic means of or pertaining to a group of people recognized as a class on the basis of certain distinctive characteristics such as religion, language, ancestry, culture or national origin.

Etnik adalah istilah yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermaksud orang. Satu kumpulan etnik dinilaikan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti boleh dijelaskan sebagai rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ia memberi maksud terciptanya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik selalunya dapat dibezakan melalui ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di negara kita, orang Melayu, Jawa, Portugis, Bugis Minangkabau, Jawi Peranakan, dan sebagainya boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada asasnya bersikap etnosentrik di mana ia menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dipanggil ganjil atau berada ditahap rendah atau tidak bermoral. Rumpun pula bermaksud orang-orang yang berseketurunan dan mempunyai nenek moyang yang sama. Sebahagian besar bangsa (bahasa yang sama) yang sama asal dan jenisnya.(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Dalam konteks penulisan ini, tumpuan etnik yang diberikan adalah etnik Jawi Peranakan.

Kemunculan Jawi Peranakan yang merupakan kaum etnik minoriti di Malaysia adalah satu keunikan kebudayaan yang sukar ditemui di negara lain. Etnik Jawi Peranakan yang ada di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum yang utama di Malaysia terdiri daripada orang kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India. Secara umumnya, etnik Jawi Peranakan ini terhasil daripada perkahwinan wanita tempatan dengan masyarakat India yang beragama Islam. Keunikan etnik ini merangkumi bangsa, kebudayaan, bahasa dan cara hidup yang menjadi warisan penting untuk dijaga agar ianya kekal dan tidak hilang ditelan zaman. Faktor pemodenan dan pengaruh budaya asing, perubahan mudah berlaku di dalam cara hidup dan warisan kebudayaan sesuatu kaum. Contohnya di dalam aspek bahasa kaum peranakan di Malaysia, bahasa Melayu Baba dan bahasa Melayu Chetti semakin kurang penuturnya. Oleh sebab itu, adalah wajar kajian budaya ini diadakan kerana ianya mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu bagi memelihara khazanah warisan bangsa agar tidak hilang ditelan zaman dan juga bagi menyediakan sumber-sumber rujukan untuk penyelidikan generasi akan datang.

Konsep bercampur dalam pengertian biasa boleh difahami sebagai mencampuradukkan atau menambah sesuatu ke dalam sesuatu dan percampuran tersebut menyebabkan sesuatu itu berbaur. Dalam hal ini, konteks identiti dan bahasa, hal yang sama juga boleh berlaku. Namun begitu takat atau cara percampuran dua atau lebih entiti yang dimaksudkan mungkin berbeza bergantung kepada identiti dan bahasa yang beraduk. Dari sudut bahasa, Weinrich (1953 dalam Mohd Aris, 1985) berpendapat bahawa apabila penutur yang menuturkan bahasa atau dialek yang berbeza bertemu, maka berlaku pertembungan antara bahasa atau dialek tersebut. Oleh itu, bahasa-bahasa yang bertembung akan saling mempengaruhi dan berlakulah pembauran unsur dua atau lebih bahasa. Pembauran inilah yang dianggap sebagai hibrid atau kacukan.

Pembentukan Jawi Peranakan Di Pulau Pinang.

Istilah Jawi Peranakan melibatkan adanya unsur jawi dalam definisinya. Maksud Jawi secara khusus dalam bahasa Melayu bersangkut paut dengan agama Islam (Zaharah, 1972). Contohnya, dalam kalangan orang Melayu terdapat ungkapan masuk jawi yang bermakna berkhatan. Aktiviti berkhatan merupakan salah satu aktiviti yang wajib atau mesti dilakukan apabila seseorang memeluk agama Islam. Secara khususnya istilah jawi bermaksud aksara yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan. Kemudiannya istilah ini telah diluaskan maknanya untuk merujuk kepada dua perkara : Pertama, istilah ini dikaitkan dengan bahasa yang menggunakan aksara jawi dan daripada kaitan ini wujudlah istilah bahasa Jawi. Kedua, istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada penuturnya yang menggunakan tulisan Jawi (Islam) dan wujudlah pula istilah masuk jawi (masuk Islam). Berdasarkan kedua-dua perkara di atas dan disebabkan agama Islam sudah dijadikan jati diri penutur bahasa tersebut maka sebab itu orang Islam (termasuk Melayu) dirujuk sebagai orang Jawi (Noriah Mohamed, 2008). Apabila istilah jawi dicantumkan dengan peranakan, ianya membawa maksud kelahiran tempatan dan berdarah campuran Melayu. Dengan lain perkataan ia merujuk kepada orang asing yang mempunyai darah campuran Melayu dan beragama Islam. Huraian ini bertepatan dengan maksud Jawi Peranakan yang merujuk kepada orang Melayu berdarah campuran Arab, India, Benggali, Punjabi, Gujerati dan Afghani (Zaharah Mahmud, 1972). Istilah ini sebenarnya telah mula digunakan pada tahun 1871 iaitu di dalam Laporan Tahunan Banci Penduduk Negeri-negeri Selat.

Sebelum tahun 1871, pelbagai istilah seperti Jawi Bukan, Jawi Pukan atau Jawi Pekan telah digunakan di Pulau Pinang yang merujuk kepada orang Islam. Definisi Jawi Bukan, Jawi Pukan dan Jawi Pekan merangkumi bukan sahaja orang Melayu berdarah campuran Arab, India, Benggali, Punjabi, Gujerati dan Afghani, malah orang India Islam yang dilahirkan di Tanah Melayu (ibu bapa mereka orang India Islam) yang telah diasimilasikan ke dalam kebudayaan Melayu (Khoo Salma, 2002) dan mana-mana orang Islam yang bukan keturunan masyarakat Melayu tempatan. Definisi ini tentulah tidak tepat untuk merujuk kepada elemen peranakan yang bermaksud kelahiran tempatan dan berdarah campuran Melayu. Sebab itulah istilah Jawi Pekan tidak lagi digunakan dalam Laporan Tahunan Banci Penduduk Negeri-negeri Selat pada tahun 1871 dan istilah ini ditukarkan kepada Jawi Peranakan yang hanya merujuk kepada orang Melayu berdarah campuran Arab, India, Benggali, Punjabi, Gujerati dan Afghani (Zaharah Mah