bina insan guru

3
REFLEKSI BINA INSAN GURU Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini, BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penanda aras. Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan “ Guru dan Perundangan”. Ceramah disampaikan oleh Dr. Mohd Ramzan Bin Awang dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kebolehan dan pengetahuan beliau tentang tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Bilik Bestari di IPG Kampus Sultan Mizan. Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenai apakah tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas. Walaupun guru

Upload: noratiqahr

Post on 21-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bina insan guru

TRANSCRIPT

Page 1: Bina Insan Guru

REFLEKSI BINA INSAN GURU

Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan

dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. Semester ini,

BIG terbahagi kepada dua komponen, iaitu ceramah dan lawatan penanda aras. Untuk

komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan “ Guru dan Perundangan”. Ceramah

disampaikan oleh Dr. Mohd Ramzan Bin Awang dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau

dipilih menjadi penceramah kerana kebolehan dan pengetahuan beliau tentang tajuk ini.

Ceramah ini diadakan di Bilik Bestari di IPG Kampus Sultan Mizan. Ceramah ini

memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa pentingnya

pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa disekolah boleh

menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa kes yang pernah

timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan mengenai

perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru benar-benar

tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru mengenai apakah

tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat

pekeliling ikhtisas untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan

yang jelas. Walaupun guru bertindak sebagai ‘in loco parents’ iaitu pengganti ibu bapa

di sekolah, tindakan guru boleh disalah ertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang

bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik. Guru

zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa berhati-

hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik. Setiap

tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan. Perkara

yang paling saya ingati adalah guru harus membayar RM1650 kerana menampar

murid. Itu adalah keputusan mahkamah atas tindakan kasar seorang guru.

Page 2: Bina Insan Guru

Selain itu, guru akan didenda RM5000 atau penjara 3 bulan sekiranya mengajar

tidak mengikut sukatan pelajaran yang disediakan oleh kementerian. Bagi saya, guru

haruslah menggunakan pendekatan selain daripada kekerasan untuk mendidik murid.

Kekerasan hanya akan membuatkan murid memberontak dan tidak mendengar kata.

Setelah tamatnya BIG ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru mengenai

perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut lunas undang-

undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh mengundang

bahaya. Tindakan-tindakan guru juga haruslah berdasarkan perikemanusiaan dan

jangan menidakkan hak murid untuk belajar dan menduduki peperiksaan walaupun

murid kita itu tidak pandai. Mereka masih mempunyai semangat untuk belajar dan

mereka inginkan kejayaan.

Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya.

Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang

diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga

tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah

bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas

kejayaan sesuatu perkara. Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya.

Kedua-dua komponen diselesaikan tanpa banyak masalah. Sekian, terima kasih.

-NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN-

-PENDIDIKAN JASMANI 2-