big

Upload: parkmickyboo

Post on 05-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran, serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji.Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Program ini dijalankan berdasarkan Sukatan Wajib Pro Forma (WAJ 3114) yang wajib ke atas setiap Guru Pelatih. Program ini melibatkan semua pelajar Institut Pendidikan Guru. Melalui aktviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.Program Bina Insan Guru mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Satu sukatan pelajaran yang standard telah disediakan bagi program pra perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan tanggungjawab Insan Guru.Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Program ini juga bagi melahirkan kesedaran diri akan peranan sebagai seorang guru.YAB Dato Seri Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.

2.0MATLAMAT

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.

3.0OBJEKTIF

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar dapat mencapai objektif berikut :-

3.1Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.3.2Memupuk nilai empati dan prihatin terhadap golongan kurang upaya dalam kalangan guru-guru pelatih.3.3Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.3.4Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.3.5Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.3.6Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

4.0JADUAL PELAKSANAAN / AKTIVITI

Tarikh : 1 Februari 2013Hari : JumaatMasa : 2.00 petang 5.00 petang.

5.0TEMPAT

Dewan Kuliah B, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan Kolej Kuching, Sarawak

6.0KUMPULAN SASARAN

Kumpulan Pengajian PISMP TESL 1, TESL 2, TESL 3, TESL 4, BC 1, BC 2, PRA dan BM JANUARI 2012.7.0JAWATANKUASA KELAS

Jawatankuasa kelas PISMP BM JAN 2012Pengerusi : Mohamad Najib Bin MarasanNaib Pengerusi : Pylissia Jannet anak LiapSetiausaha : Calvin anak BrianBendahari : Nur Azizah Binti DirmantoAhli Jawatankuasa Kecil :(i)JK PeralatanAziz Bin PolaiTerence Galaw anak Balut

(ii)JK PengangkutanMohd Fakhrullah Bin Mohd SallehudinAbdul Hanafi Bin Ibrahim

(iii)JK Kebajikan / Keselamatan / KecemasanSumanti Binti AbdullahAdibah Shakirah Binti Rehal

(iv)JK KebersihanNur Haziqah Binti NoraniLydia Saling

(v)JK MakananSofianie SulaimanSyaza Izzati Binti Amir

(vi)JK Pertandingan dan Pengadilan ( Aktiviti)Mathew Anak NasemMuhammad Alif Bin Mahmud

(vii)JK KerohanianAllan Bacelon Anak GubenKhairul Aizat Bin Saini

(viii)JK Hadiah dan CenderamataMayrone RiaHamzah Bin Masleh

(ix)Dokumentasi dan FotografiAllan Bacelon Anak GubenSumanti Binti Abdullah

8.0SENARAI NAMA PESERTA

Senarai guru pelatih PISMP BM JAN 2012

9.0KANDUNGAN

SEBELUMCeramah yang bertajuk Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif telah disampaikan oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Batu Lintang. Ketika program ini dijalankan, tutor kumpulan turut hadir sebagai pemantau.

SEMASASesi penyampaian ceramah diadakan pada pukul 2 petang. Penyampaian ceramah berjalan dengan lancar walaupun sedikit lambat kerana ketiadaan LCD di dalam dewan kuliah. Walau bagaimanapun, sesi penyampaian ceramah amat memuaskan dan mendapat respons yang amat baik daripada peserta-peserta program. Penyampaian ceramah pada petang itu amat baik kerana penceramah begitu bersungguh-sungguh menyampaikan ceramah beliau. Para peserta program juga menunjukkan minat dalam ceramah ini kerana tajuknya yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian para peserta.Dalam ceramah ini, Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah selaku penceramah telah menyampaikan elemen-elemen penting dalam kesantunan berbahasa. Terdapat tiga jenis kesantunan berbahasa dalam bahasa Melayu. Jenis-jenis kesantunan berbahasa ini ialah bahasa lisan, bahasa tubuh dan bahasa tulisan. Setiap bahasa ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh dalam komunikasi harian dan dalam surat-surat rasmi dan tidak rasmi.Selain itu, antara intipati dalam ceramah pada petang itu ialah ciri-ciri kesantunan berbahasa. Antaranya ialah menegakkan nilai-nilai sosial ketika berbahasa, memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain, norma berkomunikasi yang mencerminkan jiwa masyarakat berkenaan, memperlihatkan timbang rasa yang diberikan kepada orang lain ketika berbahasa, menyeimbangkan kemesraan dan keramahan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan kerana ianya merupakan perkara yang amat penting dalam kesantunan berbahasa.Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa kita tidak boleh menggunakan bahasa yang tidak baik dalam pertuturan seharian seperti bahasa yang menunjukkan kepura-puraan, bahasa sindiran dan bahasa yang menghina seseorang mahupun pihak-pihak tertentu. Hal ini demikian kerana ianya boleh menjejaskan orang lain dan diri kita sendiri. Jadi, bahasa yang sesuai haruslah digunakan untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan sejagat.

SELEPASPada penghujung ceramah, kami amat berpuas hati dengan penyampaian ceramah kerana beliau bukan sahaja memfokuskan tajuk yang disampaikan, malah beliau turut memberi banyak contoh yang berkaitan dengan tajuk yang disampaikan. Malah, beliau turut menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam ceramah ini bagi menjadikan sesi ceramah ini tidak membosankan. Sesi ceramah berakhir pada pukul 5 petang.

10.0PENILAIAN KENDIRI

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, satu program ceramah telah dilaksanakan oleh pihak institut di bawah program Bina Insan Guru (Semester 3). Ceramah ini telah disampaikan kepada pelajar PISMP ambilan Januari 2012. Ceramah yang bertajuk Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif telah disampaikan oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Batu Lintang. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah B (DKB) pada pukul 2 petang dan turut dipantau oleh tutor kumpulan masing-masing.Ceramah yang telah disampaikan pada kali ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Ceramah yang menggabungkan lapan kelas PISMP ambilan Januari 2012 ini memberikan keseronokan bukan sahaja kepada penceramah malah kepada peserta program itu sendiri. Hal ini demikian kerana penceramah boleh mendengar respons yang pelbagai daripada para peserta. Sebagai contoh, apabila penceramah bertanya tentang contoh-contoh kesantunan berbahasa, beliau dapat mendengar pendapat yang berbeza daripada kelas-kelas yang berbeza ini. Secara tidak langsung, kepelbagaian pendapat ini menjadi input kepada peserta-peserta program.Selain itu, ceramah yang bertempat di DKB ini telah memudahkan lagi proses penyampaian ceramah ini dengan berkesan. Hal ini demikian kerana kedudukan para peserta yang berdekatan dengan kedudukan penceramah memudahkan kontak mata di antara kedua-dua pihak. Dengan adanya kontak mata yang berkesan, para peserta dapat memberikan fokus terhadap ceramah yang ingin disampaikan. Malah, kedudukan tempat duduk ala-ala auditorium ini memudahkan penceramah untuk meluaskan pandangan ke seluruh ruang dalam dewan.Dalam setiap program yang dilaksanakan, sudah pastinya ada kelemahannya yang tersendiri. Begitu juga dengan program ceramah ini yang mempunyai kelemahannya tersendiri. Penglibatan kumpulan sasaran yang terdiri daripada lapan buah kumpulan ini sudah semestinya membawa kepada kesesakan dan membawa kepada bunyi bising. Hal ini demikian kerana ruang di dalam dewan yang tidak cukup besar dan hanya boleh memuatkan 90 peratus daripada para peserta. Selebihnya terpaksa berhimpit-himpit dan terdapat sebilangan para peserta yang duduk di bahagian belakang. Perkara ini seterusnya menyukarkan mereka untuk mendengar ceramah yang disampaikan.Bunyi-bunyi bising pula terhasil kesan daripada para peserta itu sendiri yang tidak menumpukan perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Bunyi bising ini sedikit sebanyak mengganggu peserta lain yang ingin mendengar ceramah yang disampaikan. Gangguan bunyi-bunyi bising ini telah menyukarkan penyampaian ceramah ini dengan berkesan.Walaupun terdapat pelbagai jenis gangguan ketika pelaksanaan ceramah ini, namun di sini para peserta program telah sedaya upaya untuk memberikan fokus terhadap sesi ceramah ini. Gangguan yang terdapat di sekitar telah kami gunakan sebagai peluang untuk fokus dan mendengar dengan lebih baik setiap perkara yang disampaikan dan dibincangkan.Selain itu, penglibatan lapan buah kumpulan PISMP ambilan Januari 2012 juga telah memberikan peserta-peserta program peluang untuk mendengar pendapat yang pelbagai dan juga memberikan respons yang pelbagai kepada penyampai ceramah. Melalui interaksi dua hala ini, kami dapat menerima banyak input yang berguna untuk kegunaan pada masa akan datang.Masalah-masalah yang timbul ketika sesi ceramah ini berlangsung haruslah diatasi dengan segera. Banyak alternatif lain yang boleh digunakan bagi menangani masalah ini. Sebagai contoh, ceramah pada masa akan datang boleh diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Hal ini demikian kerana runag dan tempat duduk yang besar boleh memuatkan lapan buah kumpulan PISMP ambilan Januari 2012 ini. Ruang yang besar dan tempat duduk yang mencukupi mampu memberikan keselesaan kepada para peserta program itu sendiri.Alternatif seterusnya ialah dalam pelaksanaan program seperti ceramah, haruslah kiranya ada pemantau yang boleh memantau pergerakan para peserta. Hal ini demikian supaya pemantau dapat memantau dan menegur perlakuan para peserta yang tidak memberikan fokus terhadap sesi ceramah ini. Sebagai contoh, sekiranya ada dalam kalangan para peserta yang bermain komputer dan telefon bimbit, perkara ini haruslah ditegur oleh pemantau. Para peserta program yang membuat bising juga perlu ditegur supaya peserta-peserta lain lebih selesa dan seterusnya dapat mendengar ceramah dengan baik.Secara kesimpulannya, pelaksanaan program ceramah ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Walaupun terdapat kekangan-kekangan dalam penyampaian ceramah ini, hal itu bukan menjadi penghalang kepada peserta-peserta program untuk menerima ilmu dan input-input baharu. Malah, ia telah menjadi satu cabaran bagi para peserta untuk menjadi lebih fokus dan lebih peka ketika ceramah ini dilaksanakan.

11.0REFLEKSI KENDIRI

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, satu program ceramah telah dilaksanakan oleh pihak institut di bawah program Bina Insan Guru (Semester 3). Ceramah ini telah disampaikan kepada pelajar PISMP ambilan Januari 2012. Ceramah yang bertajuk Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif telah disampaikan oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Batu Lintang. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah B (DKB) pada pukul 2 petang dan turut dipantau oleh tutor kumpulan masing-masing. Pelaksanaan program ceramah ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya terutamanya sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang.Ceramah pada hari itu adalah berkaitan dengan kesantunan berbahasa dan kemahiran mendengar secara efektif. Melalui ceramah ini, kami telah belajar tentang beberapa perkara asas dalam kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri yang melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Sebagai contoh, gelaran warisan (Raja, Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda, Tengku), dan gelaran kurniaan (Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka) hendaklah sesuai dan betul mengikut gelaran yang telah diberikan. Sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang, penggunaan gelaran kepada individu-individu ini haruslah dikenalpasti dan tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan pangkat dan gelaran seseorang.Melalui ceramah ini, kami turut mengetahui elemen-elemen penting dalam kesantunan berbahasa. Antaranya ialah, menegakkan nilai-nilai sosial ketika berbahasa, memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain, norma berkomunikasi yang mencerminkan jiwa masyarakat berkenaan, memperlihatkan timbang rasa yang diberikan kepada orang lain ketika berbahasa, menyeimbangkan kemesraan dan keramahan dan sebagainya. Di sini, apabila kita telah mengetahui elemen-elemen penting dalam kesantunan berbahasa, kita dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian terutamanya apabila telah bergelar seorang guru kelak. Sebagai contoh, ketika kita sedang berbual dengan orang yang lebih tua, bahasa yang digunakan dalam perbualan seharusnya bahasa yang memperlihatkan rasa hormat kita kepada mereka. Malah bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami oleh golongan ini. Contoh kedua ialah, sekiranya kita ingin menolak permintaan seseorang, bahasa yang digunakan haruslah bahasa yang tidak mengecilkan hatinya. Hal ini demikian supaya beliau tidak ambil hati dan tidak terguris hatinya apabila permintaannya ditolak.Dalam ceramah ini juga kami telah belajar mengenai bahasa tubuh. Bahasa tubuh merupakan satu cara untuk berkomunikasi tanpa menggunakan alat pertuturan secara lisan. Bahasa tubuh menggunakan bahagian tubuh badan seperti gerakan mata, mimik muka dan gerakan anggota badan untuk berkomunikasi. Penggunaan bahasa tubuh ini amat penting terutamanya ketika kita berhadapan dengan orang-orang kurang upaya. Malah, penggunaan bahasa tubuh juga sesuai digunakan apabila seseorang guru mengajar murid-muridnya. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa tubuh mampu menarik minat murid-murid untuk mendengar ajaran guru. Sebagai contoh, ketika mengajar kata kerja bahasa Melayu, guru boleh menggunakan bahasa tubuh agar murid-murid lebih mudah untuk memahami dan seterusnya dapat menarik minat mereka untuk belajar.Di samping itu, pelaksanaan program ceramah ini juga telah membuka minda kami tentang kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian terutamanya apabila bergelar seorang pendidik pada masa akan datang. Sebagai seorang guru, amat penting untuk kita memahami dan mengaplikasi kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bukan rakan sejawatan dan murid-murid sahaja yang bergaul dengan kita, malah ibu bapa turut bergaul dengan kita terutamanya pada hari permuafakatan ibu bapa dan guru. Jadi amat penting untuk kita menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila apabila berkomunikasi dengan mereka. Di sini, ibu bapa akan melihat kita sebagai rol model yang harus diteladani oleh anak-anak mereka. Tetapi sekiranya kita tidak menggunakan bahasa yang sopan, ibu bapa akan mempunyai persepsi yang lain terhadap kita sebagai seorang guru.Secara kesimpulannya, ceramah ini memberi banyak input yang berguna kepada kita dalam kehidupan seharian terutamanya apabila kita berkomunikasi dengan banyak pihak dalam urusan harian kita.

Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan binasa.Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

12.0KESIMPULAN

Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruandalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancangsecara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini jugadiperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).Sesungguhnya Program Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.