big sem 7
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR
JALAN PANTAI BARU, 52900 KUALA LUMPUR
Kertas Kerja Program Membina Sudut Doktor Muda
1.0 PENGENALANSekolah adalah sebuah insitusi pendidikan yang dapat membangunkan insan kea rah kecemerlangan akademik , sahsiah dan ko kurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah sama ada aktiviti kurikulum, ko kurikulum mahu pun aktiviti sahsiah atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga akan dapat berlangsung dengan sempurna . Aktiviti Ko kurikulum yang dijalankan setiap minggu dapat memberi pendedahan baru kepada murid dan penglibatan dalam setiap aktiviti kelab yang terdapat di sekolah dapat membentuk disiplin dan kepimpinan dalam diri murid-murid.
2.0 RASIONALPrasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta sering dijadikan sebagai satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah.Persekitaran yang akan diwujudkan mestilah sesuai dan selari dengan kehendak sesuatu perancangan atau program yang telah dirangka terlebih awal sebelum ianya direalisaikan.Justeru sebagai tempat yang akan menjadi perhatian ramai, setiap sudut di kawasan sekolah mestilah berperanan menarik perhatian semua orang khususnya warga sekolah. Sudut tersebut mestilah senang dikunjungi dan dapat memberikan perkhidmatannya secara optimum kepada sesiapa sahaja selain persekitarannya yang kondusif di gabungkan pula dengan keselesaan yang dapat menarik minat semua orang untuk mengujunginya pada bila-bila masa sahaja.Secara tidak langsung sudut yang bermaklumat ini akan menjadi sumber kepada murid untuk mendapatkan info-info yang berkaitan.Sudut ini juga diharap akan menjadi satu wadah yang boleh menonjolkan budaya sekolah .
3.0 OBJEKTIF 1) Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh pihak sekolah2) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap pihak
sekolah.3) Menjadikan sudut –sudut di sekolah sebagai kawasan yang menarik serta
bermaklumat kepada semua.4) Aktiviti yang dijalankan sebagai satu gerak kerja ko kurikulum yang menarik kepada
guru dan murid-murid.
5) Menjadikan prasarana sekolah sebagai tempat yang dihargai oleh semua.
4.0 TEMPOH DAN PELAKSANAAN
Tempoh : Tiga mingguTempat : Sudut bawah tangga kaknan Blok A
5.0 SASARANMurid-murid dan guru-guru SK Bangsar serta pelawat , orang ramai yang datang berkunjung.
6.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Pn.Che Norizam Bt Abdullah ( Guru Besar)
Pengerusi : Pn.Siti Maziah Bt Malik (GPK Kurikulum)
: Pn.Nor Shafina Bt Yasak ( GPK HEM)
Penyelaras Projek : Pn.Norsilah Bt Dali ( GPK Ko kurikulum )
Pen.Peny.Projek : En.Wan Roshdan Bin Wan Ahmad
Setiausaha : Pn.Zuhaida Bt Zainal Abidin (Peng.Kelab Doktor Muda)
Pereka Grafik : Aidid Bin Ab Rahman
Ahli Jawatankuasa : Siti Aminah Bt Ahmad
Maria A/P Joseph
Nurliyana Bt Abdullah
Azni Bt Abu Bakar
Suzana Bt Ahmad
Mohd Azman Bin Mohd Ismail
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA / KOS
1.Berus Cat / Thiner RM 20.00
2. Cat Dinding / Pelaka / Cat Grill RM 80.00
3. Tikar Getah RM 40.00
JUMLAH RM140 .00
8.0 SUMBER KEWANGAN
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sek.Keb.Bangsar
9.0 PERANCANGAN PROJEK
BIL AKTIVITI BAHAN TINDAKAN
1.Perbincangan bersama rakan kumpulan mengenai projek yang akan di jalankan .
Draf kasar gambar berkenaan projek yang akan dijalankan
Rakan dalam kumpulan
2.Pembinaan kertas kerja projek dan anggaran perbelajaan.
Kertas Kerja Setiausaha
3.
Perbincangan dan pemilihan konsep serta reka bentuk bersama ahli jawatan kuasa dan pihak pentadbir untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada guru besar
Kertas Cadangan
- Guru Besar- Pengerusi
Projek- Penyelaras
projek- AJK
4.Pemilhan konsep yang bersesuaian dengan matlamat Kelab Doktor Muda
Tema atau konsep yang bersesuaian
Semua AJK kerja
5.Projek dimulakan dengan membersihkan sudut yang telah dipilih terlebih dahulu
Penyapu, berus , sabun dan air
Semua AJK kerja
6. Projek dimulakanBahan dan alatah mengecat
Semua AJK kerja
7. Refleksi dan dokumentasiKertas dokumentasi
Setiausaha
10.0 PENUTUP
Perancangan kertas kerja projek membina sudut Doktor Muda ini sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan projek yang akan dikendalikan oleh semua Ahli jawatankuasa. Saya berharap projek membina sudut Doktor Muda ini akan dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang telah dirancang.Projek ini akan memberi satu pengalaman yang berharga kepada semua Ahli jawatankuasa dalam menghasilkan sesuatu kepada sekolah dan dapat dimanfaatkan oleh semua warga sekolah dalam mencari info-info yang berkaitan.Selain itu, pembinaan Sudut Doktor Muda ini juga akan mewujudkan satu lagi kawasan yang ceria di Sekolah Keb. Bangsar.
Disediakan oleh,
……………………….. ( PN.ZUHAIDA BT ZAINAL ABIDIN ) Setiausaha,, Projek Sudut Doktor Muda, SK Bangsar
Disemak oleh,
…………………….( PN.NORSILAH BT DALI )GPK Ko KurikulumPenyelaras Projek Sudut Doktor MudaSek.Keb.Bangsar
Disahkan oleh,
………………………(PN.SITI MAZIAH BT MALIK )GPK Tadbiran dan KurikulumSek.Keb.Bangsar
Diluluskan oleh ,
……………………………..(PN.CHE NORIZAM BT ABDULLAH )Guru Besar,Sek.Keb.Bangsar