laporan pjm sem 7 lokomotor

Upload: nora

Post on 03-Mar-2016

347 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FREE

TRANSCRIPT

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

PJM: LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORDENGAN ALATAN

PENGENALANPergerakan asas ialah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.Pergerakan lokomotor diistilahkan sebagai aktiviti gerak edar dalam ruang am iaitu berubah dari satu tempat yang lain. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, merangkak, mengguling, skip, galop serta polka.Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan statik dalam ruang diri. Ia melibatkan keupayaan pergerakan bahagian tubuh badan atau anggota badan seperti melakukan regangan, fleksibiliti, putaran, kilasan tubuh perubahan daya.Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Misalnya, melambung dan menyambut bola, meleret gelung rotan, ketinting sepanjang sepanjang tali, berlari sambil menggerakkan reben, membaling dan menangkap pundi kacang dan sebagainya.Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang sengaja dipilih.

MATLAMATMatlamat penghasilan kertas kerja ini ialah meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Antaranya ialah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif serta berpengalaman dengan menumpukan kemahiran, nilai dan amalan disamping mendapat pengalaman asas pergerakan fizikal. Perkara ini juga bersesuaian dan selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

OBJEKTIFKertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan parasaan.2. Memberi peluang untuk menjana pemikiran kreatif, mereka cipta serta meneroka pergerakan yang melibatkan tubuh badan.3. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai digabungkan dengan manipulasi alatan.4. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran dan ruang.

TARIKH03 September 2012MASA8.30 pagiKUMPULAN SASARANMurid Tahun 3SENARAI PERALATAN BERATPeti lombol, kon, tilam, bangku panjang dan papan anjalSENARAI PERALATAN RINGANGelung

PANDUAN PELAKSANAAN DEMONTRASIPERGERAKAN 1 : Berjalan memegang gelung (Lokomotor)PERGERAKAN 2 : Melakukan imbangan bangau sambil memutarkan gelung dia atas lantai (Bukan lokomotor)PERGERAKAN 3 (TILAM) : Melakukan gulingan balak di atas tilam. Gelung diletakkan di atas tilam di tempat akhir gulingan (lokomotor & manipulasi alatan)PERGERAKAN 4 : Gallop menggunakan tangan (lokomotor & manipulasi alatan)PERGERAKAN 5 : Memusingkan badan 3600 dengan imbangan satu kaki (bukan lokomotor & manipulasi alatan)PERGERAKAN 6 (BANGKU) : Melakukan gripwine di atas bangku dan tangan memegang gelung (manipulasi alatan)PERGERAKAN 7 : melakukan imbangan di atas satu kaki (bukan lokomotor & manipulasi alatan)PERGERAKAN 8 : Skipping menggunakan gelung (Lokomotor)PERGERAKAN 9 : Melentik ke belakang sambil tangan kanan memegang gelung dan diletakkan di hujung kaki manakala tangan kiri memegang tumit kaki kiri (Bukan lokomotor)PERGERAKAN 10 : Melambung gelung dan melompat serta menyambut kembali gelung tersebut. (Lokomotor)PERGERAKAN 11 : Melakukan regangan tangan dengan membuka sedikit kaki sambil kedua-dua tangan memegang gelung dan diangkat ke atas (Bukan lokomotor)PERGERAKAN 12 : Berdiri sambil mengilas badan ke belakang. Gelung digerakkan ke hadapan . Badan kembali normal dan tangan kiri menahan gelung tersebut dengan pantas.(Bukan lokomotor)PERGERAKAN 13 : Lentik Sisi (Bukan lokomotor)PERGERAKAN14 (KON) : Ketinting (lokomotor )PERGERAKAN 15 : Berjalan sambil memusing gelung di tangan (Lokomotor)PERGERAKAN 16 (PAPAN ANJAL) : Lompatan layang (Lokomotor)PERGERAKAN 17 (PETI LOMBOL) : Imbangan (Bukan lokomotor)PERGERAKAN 18 : Berjalan sambil menggelek gelung(Lokomotor)PERGERAKAN 19 : Melutut dan badan tunduk ke hadapan (Bukan lokomotor)PERGERAKAN 20 : Duduk bertinggung di dalam gelung rotan (bukan lokomotor & manipulasi alatan)

Prosedur pergerakan

Pergerakan 1: lokomotor

1) Melakukan polka sambil membawa gelung rotan.2) Sebelah tangan memegang gelung rotan.3) Gelung rotan digerakkan bersama.

Pergerakan 2: bukan lokomotor

1) Melakukan imbangan bangau.2) Kaki belakang diluruskan dan tangan yang memegang gelung rotan juga diluruskan.3) Sebelah tangan lagi di depakan dan diluruskan.4) Gelung rotan diputar di atas lantai.5) Imbangan dilakukan untuk beberapa saat.

Pergerakan 3: lokomotor

1) Gelung rotan dilempar di hujung tilam.2) Melakukan gulingan balak di atas tilam.3) Badan diluruskan dan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada.

Pergerakan 4: lokomotor

1) Melakukan gallop.2) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan di hadapan.

Pergerakan 5: bukan lokomotor

1) Memusingkan badan 360 dengan imbangan satu kaki.

Pergerakan 6 : lokomotor

1) Melakukan gripwine di atas bangku.2) Tangan kanan memegang gelung rotan dan diangkat ke atas.

Pergerakan 7 : bukan lokomotor

1) Melakukan imbangan di atas satu kaki.2) gelung dipegang dari arah belakang3) Kaki yang melakukan imbangan diluruskan 4) Gelung rotan dipegang dalam keadaan pegun tanpa ada pergerakan.

Pergerakan 8 : lokomotor

1) Melakukan skipping dalam gelung rotan.2) Badan sedikit dibongkokkan supaya dapat melalui gelung rotan.

Pergerakan 9 : bukan lokomotor

1) Melentik ke belakang.

Pergerakan 10 : lokomotor

1) Melambung gelung rotan.2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.

Pergerakan 11 : bukan lokomotor

1) Melakukan regangan.2) Kaki di buka sedikit seluas bahu mengikut keselesaan.3) Kedua-dua tangan memegang gelung rotan.4) Dari bawah, gelung rotan yang dipegang di bawa ke atas dalam keadaan meregang.

Pergerakan 12 : lokomotor

1) Berdiri sambil mengilas badan ke belakang2) gelung dibawa ke hadapan

Pergerakan 13 : bukan lokomotor

1) Lentik sisi

Pergerakan 14 : lokomotor

1) Ketinting

Pergerakan 15 : bukan lokomotor

1) Berjalan sambil memusing gelung di tangan

Pergerakan 16 : lokomotor

1) Lompatan layang

Pergerakan 17 : bukan lokomotor

1) Imbangan

Pergerakan 18 : lokomotor

1) Berjalan sambil menggelek gelung

Pergerakan 19 : bukan lokomotor

1) Melutut dan badan tunduk ke hadapan

Pergerakan 20 : bukan lokomotor

1) Duduk bertinggung di dalam gelung

PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS

PETUNJUK :

PETI LOMBOL PAPAN ANJAL

BANGKU PANJANG TILAM

KON

RUMUSANMelalui kertas kerja dan ujian amali kali ini, ia telah banyak meningkatkan kefahaman saya tentang pergerakan asas. Saya telah banyak memperoleh pengetahuan dalam bidang ini kerana telah banyak mencari maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini.Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti saya dengan menjana idea yang baru. Saya mendapati bahawa gimrama ataupun pergerakan asas adalah amat menaik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

REFLEKSI

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana saya diberi peluang untuk mempelajari pergerakan asas yang amat menarik ini. Kami jarang mempunyai peluang untuk mempelajari teknik-teknik ini. Namun sekarang, kami dibekalkan dengan ilmu serta bimbingan pensyarah yang berpengalaman dalam bidang ini. Melalui aktiviti ini, saya telah memahami teknik-teknik pergerakkan asas serta kecantikan setiap pergerakan. Setiap pergerakan adalah unik dan melibatkan keseragaman serta kelinciran pergerakan. Walaupun saya bukan ahli gimrama, saya juga berlatih bersungguh-sungguh agar mencapai tahap yang memuaskan. Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam mencipta pergerakan-pergerakan bagi setiap stesen yang disediakan. Saya mencipta cara unik untuk memanipulatifkan alatan, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya rasa ini alah peluang yang baik untuk menguji kreativiti serta menambah nilai estetika kami. Saya juga belajar untuk berani mencuba. Jika kita berani mencuba, barulah kita akan mendapat hasil. Pada permulaannya, saya malu membuat pergerakan di depan orang ramai. Namun atas bimbingan pensyarah, saya berani mencuba setiap pergerakan dan akhirnya berjaya mengatasi halangan mental dalam diri saya. Pensyarah juga sabar dan prihatin dalam mengajar, memberi idea serta memperbetulkan setiap pergerakan kami.

Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku, bimbingan pensyarah, siaran langsung gimrama dari Sukan Olimpik, latihan serta ujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah.