aseimen kebudayaan melayu sem 7

37

Click here to load reader

Upload: sharifah-nur-rasyidah

Post on 05-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

SEKADAR CONTOH..BUKAN TIRU DAN TEMPEK

TRANSCRIPT

Page 1: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

TAJUK PROGRAM :PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN

(MAJOR BAHASA MELAYU)

TAJUK KURSUS : KEBUDAYAAN MELAYU

KOD KURSUS : BMM3142

NAMA GURU PELATIH& KAD PENGENALAN:

SHARIFAH NUR RASYIDAH BT.SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN

(920124-03-5080)

KUMPULAN: PISMP SEMESTER 7A AMBILAN JANUARI 2012

PENSYARAH PEMBIMBING:

DATIN PADLON ABDUL RAHMAN

TARIKH MULA:

TARIKH HANTAR :

19 JANUARI 2015

9 MAC 2015

Page 2: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kepada Allah S.W.T oleh sebab limpah dan kurnia-

Nya, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek Kebudayaan Melayu

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kursus ini, iaitu Datin Padlon Abdul Rahman

mengikut jangka masa yang diperuntukkan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan

kepada pensyarah pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu dan

panduan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Beliaulah yang banyak membantu saya

sepanjang proses penghasilan tugasan ini. Tanpa beliau, tugasan ini tidak dapat disiapkan

seperti mana yang dikehendaki. Secara jujurnya, saya berasa cukup bertuah kerana

mempunyai seorang pensyarah yang banyak membimbing sepertinya.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas yang sudi memberikan

kolaborasi pemikiran dan perkongsian yang cukup baik dalam bersama-sama membantu

memberikan galakan dan panduan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya ingin juga

meminta maaf kepada pensyarah pembimbing sekiranya terdapat sebarang kelemahan

dalam tugasan yang telah saya siapkan ini. Apa yang pasti, saya sudah mencuba berusaha

melakukan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki. Namun demikian, segala

kekurangan yang ada merupakan kesilapan saya sendiri dan segala yang baik itu adalah

hasil tunjuk ajar dan panduan yang jitu daripada pensyarah pembimbing.

Sekian, terima kasih.

( i )

SENARAI KANDUNGAN

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 2

Page 3: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Bil. Perkara Halaman

1.0 Pengenalan 4 - 5

2.0 Banding Beza Budaya dalam Dua Filem Melayu Dari Era 60-An Dan 6 - 25

Terkini.

Filem Era 60-an : Antara Dua Darjat

Filem Terkini : Azura

Kajian dari Aspek Politik, Sosial dan Ekonomi

3.0 Rumusan Hasil Kajian Filem 26

4.0 Penulisan Refleksi 27 - 32

Bibliografi 33 – 36

Lampiran

1.0 PENGENALAN

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 3

Page 4: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Bangsa penyebab adanya budaya yang saling diterima dan diamalkan dalam anggota

masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits (1972), segala sesuatu yang terdapat di dalam

sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang

dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenali sebagai fahaman determinisme (atau

penentuan) budaya dalam kalangan ahli antropologi (kajian manusia). Herskovits seterusnya

memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke

generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya

superorganik).Setiap bangsa di dalam dunia ini mempunyai budaya tersendiri yang menjadi

identiti sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana sesuatu bangsa itu dikenal dek budaya yang

menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Menelusuri definisi kebudayaan, terdapat banyak pendapat dan definisi mengenai

budaya yang berbeza-beza ditakrifkan. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan

membawa konotasi yang sama dengan makna yang serupa. Salah satunya, Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005:212) memberikan tafsiran budaya sebagai tamadun atau peradaban.

Kebudayaan pula ditakrifkan sebagai makna keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara

bertindak serta segala hasil kegiatan masyarakat. Cara hidup inilah yang membentuk

amalan bagi menentukan hala tuju dalam sesuatu bangsa atau masyarakat. Hal ini demikian

kerana masyarakat itu sendiri jelas merujuk kepada sekumpulan orang yang hidup bersama

di sesuatu tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu yang dipersetujui

bersama.

Seterusnya, Sidek Baba (2012) pula memberikan pengertian tentang budaya dalam

konteks yang luas, iaitu pancaran daripada budi dan daya. Menurut beliau, seluruh perkara

yang difikir, dirasa dan direnung adalah diamalkan dalam bentuk daya yang menghasilkan

kehidupan. Budaya ditakrifkan beliau sebagai cara hidup sesuatu bangsa atau umat. Beliau

turut melahirkan kekesalan tentang makna budaya yang pada hari ini dibatasi dengan

maksud lagu, muzik, tarian, lakonan dan kegiatan seumpamanya. Tambah beliau, budaya

tidak lagi dilihat sebagai pancaran ilmu dan pemikiran yang tinggi dan murni dari sesuatu

bangsa untuk mengatur kehidupan berasaskan peradaban. Budaya dirumuskan beliau

sebagai warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh

diwarisi yang merupakan hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku

mereka.

Menyentuh tentang bangsa Melayu yang merupakan salah sebuah masyarakat yang

terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini adalah masyarakat yang digarap kebudayaan

yang utuh. Apabila dikatakan tentang kebudayaan Melayu, Mohd Taib Osman (1988)

memberikan tafsiran kebudayaan Melayu sebagai satu cara hidup atau amalan seharian

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 4

Page 5: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

yang diamalkan oleh masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Menurut beliau, budaya

dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu ‘budaya material’ dan ‘budaya bukan material’.

Menurut Anwar Din (2008), yang dikatakan tentang budaya material adalah budaya

yang bersifat kebendaan. Contohnya alatan permainan, pakaian, bentuk rumah dan

sebagainya. Manakala budaya bukan material adalah budaya yang bersifat bukan

kebendaan yang merujuk kepada unsur yang tidak wujud secara fizikal. Budaya jenis ini

lebih bersifat kepada kepercayaan, adat resam, bahasa dan nilai sesuatu masyarakat itu

sendiri. Kedua-dua budaya ini mencerminkan masyarakat pemakai budaya. Selain jenis

budaya yang dikenal pasti dalam sesuatu bangsa khususnya bangsa melayu yang dikaji,

terdapat aspek lain yang turut ditelusuri, iaitu berkaitan bidang-bidang dalam sesuatu

kebudayaan bangsa. Bidang-bidang tersebut termasuklah bidang politik, sosial dan ekonomi.

Setiap bidang tersebut pula merangkumi pelbagai subbidang dengan elemen kebudayaan

yang cukup menjadi identiti bangsa.

Berdasarkan pengetahuan tentang jenis budaya dan bidang-bidang yang terangkum

dalam kebudayaan Melayu, maka tugasan ini dilaksanakan mengikut tajuk tugasan yang

diberikan, iaitu melibatkan kebudayaan Melayu yang dikaji dalam dua buah filem yang

berbeza era atau zaman. Filem pertama ialah pada era 1960-an sementara filem kedua

datangnya dari filem Melayu pada era terkini dengan lima tahun dari belakang. Tugasan ini

menjurus kepada banding beza budaya yang terkandung dalam kedua-dua buah filem

Melayu yang dipilih dengan melihat kepada tiga aspek besar, iaitu bidang politik, sosial dan

ekonomi yang mewakili kebudayaan Melayu. Aspek-aspek yang dianalisis ini bukanlah

berdasarkan pendapat atas pemikiran sendiri semata-mata tetapi diperkukuhkan menerusi

fakta yang bernama dan bertarikh.

.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 5

Page 6: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

2.0 BANDING BEZA BUDAYA DALAM DUA FILEM MELAYU DARI ERA 60-AN DAN

TERKINI.

Kajian dari Aspek Politik, Sosial dan Ekonomi

Dalam tugasan ini, sebuah filem Melayu dari era tahun 60-an dan sebuah filem

Melayu dari era terkini dibuat banding beza intipati budaya berasaskan kebudayaan Melayu.

Perbandingan ini dilaksanakan dengan melihat kepada tiga aspek penting, iaitu aspek politik,

sosial dan ekonomi. Sebelum kupasan lanjut dibincangkan, harus diketahui bahawa terdapat

dua jenis khazanah kebudayaan Melayu, iaitu bahan sastera dan bahan bukan sastera.

Dalam tugasan ini, naskhah kebudayaan Melayu berbentuk filem telah dipilih sebagai

medium analisis. Menurut Rahim Syam dan Norhale (1985), naskhah filem merupakan satu

daripada khazanah kebudayaan Melayu yang terkandung dalam bahan bukan sastera bagi

kategori media komunikasi selain video, rakaman drama radio dan TV serta selain penulisan

bahan ilmiah. Naskhah filem berbeza daripada kebudayaan Melayu dalam bahan sastera

yang bertumpukan puisi tradisional, prosa tradisonal dan puisi moden.

Filem, mengikut Asiah Sarji, Faridah Ibrahim dan Mazni Buyung (1996: 5) ialah

sebagai “imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur- unsur

penceritaan yang ditulis dalam bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya

dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah teknikal

dan digarap menjadi hasil karya seni, yang mempunyai pelbagai kepentingan dan matlamat

untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-panggung wayang dan televisyen”.

Perkara yang dipaparkan dalam sesebuah filem adalah mencerminkan budaya

masyarakat pada era berkenaan baik budaya berbentuk material mahupun budaya

berbentuk bukan material. Dalam erti kata yang mudah, filem kita cermin kita. Malah, hal ini

sendiri diperkukuhkan oleh Naim Ahmad (1995) yang mengatakan filem adalah “cermin

budaya” kepada masyarakat yang menghasilkannya. Menurut beliau, filem dihasilkan oleh

karyawan yang mewakili masyarakatnya dan dipaparkan kepada masyarakat melalui isi

naratif dan kinematik untuk dilihat, dibaca, ditafsirkan dan dikaji oleh orang lain.

Maka, menyedari akan hal inilah, pemerhatian perlu dilaksanakan terhadap filem-

filem baik dari era yang dahulu mahupun sekarang bagi membolehkan kita mengenal

kehidupan masyarakat dari segi kebudayaan yang dipaparkan. Lebih-lebih lagi kebudayaan

majoriti di negara majmuk ini, iaitu kebudayaan Melayu yang mempengaruhi corak hidup

rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pemerhatian kebudayaan Melayu dalam filem

adalah suatu perkara dan tugasan yang menarik kerana filem merupakan salah satu

khazanah kebudayaan Melayu sebagai hiburan yang dekat dengan masyarakat malahan

semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Malahan, Al-Fatihah Md. Adnan dan

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 6

Page 7: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Normaliza Abd Rahim ( 2014) sendiri dalam dapatan kajian jurnal mereka turut memperakui

bahawa filem dapat dijadikan alat kajian bagi mengenal budaya sesuatu masyarakat.

Oleh itu, bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih sebuah filem dari era

tahun 60-an, iaitu Antara Dua Darjat (1960) dan sebuah filem dari era terkini yang berjudul

Azura (2012). Pemilihan kedua-dua filem ini dibuat setelah pemerhatian dari tontonan teliti

dan pembacaan lanjut bagi membolehkan banding beza budaya yang terdapat dalam kedua-

dua buah filem tersebut dapat dilaksanakan. Sebelum kedua-dua filem ini diperincikan

banding beza budaya berdasarkan kebudayaan Melayu, sinopsis kedua-dua fiem ini akan

dikisahkan terlebih dahulu.

a) Filem ‘Antara Dua Darjat’

Sinopsis:

Filem arahan Tan Sri P. Ramlee ini mengisahkan pertemuan awal antara seorang anak

hartawan, iaitu Tengku Zaleha dengan seorang pemuda kampung yang juga seorang

pemuzik pada satu malam yang mana hujan turun dengan lebatnya. Ketika itu, kereta yang

membawa Tengku Zaleha, iaitu anak Tengku Karim telah terkandas di dalam lumpur.

Namun, para pemuda kampung berdekatan termasuklah Ghazali dan rakan-rakan

pemuziknya membantu menolak kereta tersebut. Di situlah bibit pertemuan antara Ghazali

dengan Tengku Zaleha yang tinggal di banglo mewah Anggerik Villa.

Pertemuan seterusnya adalah pada majlis sambutan hari jadi Tengku Zaleha di mana

Ghazali dan rakan-rakannya telah dijemput membuat persembahan nyanyian. Sejak itu,

hubungan mereka berdua semakin intim dan kelakuan Tengku Zaleha yang suka keluar

bersiar-siar menimbulkan rasa marah dan sangsi Tengku Karim yang begitu berbangga

dengan darah keturunan raja dan memandang hina golongan kebanyakan.

Tengku Karim kemudiannya melarang Tengku Zaleha keluar bercampur dengan orang

kebanyakan. Walaupun begitu, permintaan Tengku Zaleha untuk belajar bermain piano telah

diizinkan ayahnya yang tidak mengetahui bahawa guru piano tersebut ialah Ghazali. Apabila

mengetahui hal sebenarnya, Tengku Karim dengan hasutan anak lelakinya, iaitu Tengku

Hassan mengarahkan supaya Ghazali dipukul sementara Tengku Zaleha dibawa ke

Singapura untuk memisahkan mereka berdua. Di sana, Tengku Zaleha telah diberikan

sejenis suntikan untuk menghilangkan daya ingatannya, manakala Ghazali telah diberikan

perkhabaran oleh Tengku Karim bahawa Tengku Zaleha sudah meninggal.

Bermula dari situlah, berlaku pergolakan dalam keluarga Tengku Karim yang membabitkan

isterinya, iaitu bonda Tengku Zaleha berkaitan status bondanya sebelum berkahwin

sehingga menyebabkan berlaku pembunuhan antara abang tiri Tengku Zaleha dengan

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 7

Page 8: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

bondanya sehingga bondanya meninggal sementara abangnya itu dihukum gantung sampai

mati. Ayahandanya Tengku Karim pula telah menjadi gila dek bebanan emosi. Tengku

Zaleha seterusnya dikahwinkan dengan Tengku Mukri yang sebenarnya mempunyai agenda

tersembunyi untuk membolot harta Tengku Zaleha. Dari Singapura, mereka berpindah

semula ke banglo Anggerik Viila dengan ditemani sahabat karib Tengku Mukri, iaitu Tengku

Aziz. Tengku Zaleha yang sebenarnya telah pulih ingatan telah kembali mencari Ghazali.

Sejak itu, Tengku Zaleha sering keluar malam untuk bertemu dengan Ghazali tanpa

pengetahuan suaminya. Namun, rahsia mereka mula terbongkar sehingga ke pengetahuan

Tengku Mukri apabila Tengku Aziz memberitahu perkara itu dengan niat baik untuk

menyatukan kembali dua hati yang terpisah. Walau bagaimanapun, Tengku Mukri tidak

dapat menerimanya kerana tercabar dengan darjatnya apabila Tengku Zaleha lebih memilih

orang kebanyakan daripada darah keturunannya. Lalu, Tengku Mukri mula bertindak ganas

dengan cubaan membunuh Tengku Aziz yang dilihat tidak berpihak kepadanya. Malah,

Tengku Mukri telah bertindak lanjut mengamuk mencari Ghazali di kampung dan ingin

membunuhnya. Walau bagaimanapun, akhirnya kemenangan di pihak yang teraniaya.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Saadiah, S. Kadarisman, S. Shamsudin, Yusof Latiff, Ahmad

Nisfu, Kuswadinata, Kemat Hassan, S. Sudarmaji, Mustarjo.

Berikut pula adalah sinopsis bagi filem Azura yang diterbitkan pada tahun 2012.

b) Azura

Sinopsis:

Filem arahan Aziz M. Osman ini mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi

cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni,

setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek

atau Zakaria Puteh pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan

membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu

mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali

tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasakan hanya Azura yang dapat

memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Malahan,

Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Namun demikian, ayah Zek, iaitu Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi

seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan

merosakkan masa depannya dan Azura. Dia mahu Zek menyambung pelajaran ke luar

negara. Apatah lagi Tan Sri Puteh tidak menyukai orang kebanyakan yang miskin seperti

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 8

Page 9: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Azura yang baginya hanya ingin mengambil kesempatan atas kemewahan mereka. Baginya

Azura sama seperti perempuan bermata duitan di luar sana. Bagaimanapun, Zek dan Azura

nekad untuk meneruskan niat mereka dan membuat keputusan untuk lari ke London dan

berkahwin. Akibat marah dengan kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk

memutuskan semua kemewahan yag diberikan selama ini. Namun, Zek menerimanya

sebagai satu cabaran dan mencuba memulakan kehidupan baru bersama Azura.

Walau bagaimanapun, lama- kelamaan Zek yang biasa hidup mewah mula rasa terbeban

dek kesempitan hidup yang dialami. Rumah tangga yang dibina mula bergoyang dengan

pelbagai salah faham dan hasutan kakak dan ayahnya. Zek mula kembali kepada keluarga

dengan bekerja di pejabat milik keluarganya atas jaminan hidup. Azura pula mula terabai

sehinggalah dia membawa diri ke luar negara di samping menyambung cita-citanya dek

cabaran, hasutan dan penghinaan Tan Sri terhadap dirinya. Setelah agak lama Zek

ditinggalkan, barulah Zek menyedari kehilangan permata dalam hidupnya. Akhirnya, Zek

kembali kepada isterinya dan meneruskan hidup bersama.

Pelakon: Shahz Jaszle, Neelofa, Afdlin Shauki, Erma Fatima

2.1 HASIL KAJIAN

Setelah menonton, memahami, menghayati, mempelajari dan membuat pembacaan

lanjut secara teliti, saya mendapati banyak perkara yang mewujudkan banding beza budaya

antara kedua buah filem ini. Banding beza ini melibatkan persamaan dan juga perbezaan

budaya masyarakat Melayu bagi kedua-dua buah filem yang datangnya dari era berbeza.

Dalam penerangan ini, hasil kajian menjurus kepada perbincangan banding beza kedua-dua

buah filem yang dipilih dari aspek politik, sosial dan ekonomi secara satu aspek demi aspek

supaya fahamannya lebih jelas dan langsung berkait.

2.2 Banding Beza Dari Aspek Politik

Sebelum analisis banding beza dibincangkan, kita harus memahami definisi politik itu sendiri.

Menurut A. Aziz Deraman (2000), politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk

sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada

kerajaan dan tingkah laku politik, namun politik juga boleh digunakan di korporat, akademik,

agama, dan institusi lain. Malahan, selain sistem pemerintahan dan pentadbiran, institusi

sosial dan sistem kekeluargaan juga termasuk dalam aspek politik.

Berdasarkan pemahaman ini, perkaitan politik yang boleh dibuat banding beza dalam

kedua-dua filem yang dikaji adalah menerusi perkara berkaitan pentadbiran dalam sistem

kekeluargaan. Terdapat persamaan dan perbezaan dari aspek ini dalam kedua-dua filem

yang dikaji. Persamaan yang dapat dilihat adalah menerusi peranan suami sebagai ketua

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 9

Page 10: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

keluarga selaku pemimpin dalam institusi kekeluargaaan. Peranan ini berdasarkan hak dan

tanggungjawab suami dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pengurus

rumahtangga di samping autoriti dalam membuat keputusan. Dalam filem Antara Dua Darjat,

pentadbiran dalam sistem kekeluargaan dapat dilihat menerusi insitusi keluarga Tengku

Karim yang mana beliau ialah ketua keluarga yang menjalankan tanggungjawab sebagai

pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Sebagai ketua keluarga, beliau juga mempunyai

kuasa dalam membuat keputusan berkaitan hal-hal keluarga termasuklah hal pendidikan,

pemilihan jodoh anak dan lain-lain.

Perkara ini mempunyai persamaan dengan pentadbiran dalam sistem kekeluargaan

filem Azura apabila Tan Sri Puteh selaku ketua keluarga memainkan peranan utama dalam

keluarga yang melibatkan semua aspek sama ada ekonomi mahupun sosial anak-anak yang

melibatkan penetapan keputusan tertentu seperti pendidikan, pemilihan jodoh dan perkara-

perkara lain. Berdasarkan persamaan ini dapatlah dibuat dikatakan bahawa dalam

pentadbiran sistem kekeluargaan masyarakat pada zaman 60-an dengan terkini masih

terdapat persamaan menerusi peranan suami sebagai ketua keluarga. Aspek pentadbiran

dalam sistem kekeluargaan ini bertepatan dengan yang dikatakan oleh Khairunnisa Ahmad

dan Zakaria Mustafa (2013) dalam jurnal Politik Gender: Perbandingan Peranan Wanita Dan

Proses Politik Di Malaysia-Jepun: Halangan Dan Prospek bahawa peranan lelaki sebagai

pemimpin keluarga bermula daripada masyarakat pada zaman dahulu lagi sehinggalah

sekarang walaupun ada sedikit perubahan tetap lelaki yang berperanan utama. Malahan,

pengaruh kepemimpinan dalam institusi kekeluargaan ini juga seiring dengan ajaran agama

Islam bagi masyarakat Melayu dalam kedua-dua filem ini yang menggariskan

tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga seperti mana yang dibincangkan oleh Mustafa

Daud (2000) dalam bukunya, Tamadun Islam.

Sementara itu, perbezaan dalam aspek pentadbiran sistem kekeluargaan dalam

kedua-dua filem yang dikaji adalah menerusi perubahan yang berlaku dalam budaya

masyarakat era kini apabila tanggungjawab dan peranan lelaki dalam mengurus

rumahtangga telah diseimbangkan dengan peranan isteri. Hal ini berlaku apabila adanya

keterbukaan cara pentadbiran dalam keluarga apabila peluang dan ruang yang lebih liberal

diberikan juga kepada ahli keluarga dalam bersama-sama mengurus dari segi ekonomi,

sosial mahupun penetapan keputusan secara bersama. Ianya diperlihatkan menerusi watak

Zek dan Azura yang sama-sama bekerja, membuat keputusan bersama namun pemberatan

masih diberikan kepada peranan suami. Hal ini berbeza daripada pentadbiran sistem

kekeluargaan dalam filem pertama apabila mula berlaku perubahan budaya masyarakat

pada masa kini yang telah memberikan peluang kepada peranan wanita dalam sama-sama

terlibat dalam pentadbiran sistem kekeluargaan demi pembangunan institusi kekeluargaan.

Perkara ini turut diperkatakan oleh Hamsiah Abdul Hamid (1995) yang mengatakan bahawa

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 10

Page 11: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

peranan kaum wanita dalam bidang politik pada masa kini termasuklah pentadbiran keluarga

telah liberal apabila peluangnya bertambah baik dan jika dilihat dalam perkembangan status

mereka telah sama tinggi dengan lelaki. Hal ini berbeza dengan peranan wanita dalam

institusi kekeluargaan pada era sebelum merdeka dan awal merdeka seperti mana yang

dikatakan oleh Worran Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib dan Abdul Kadir Rosline

dalam Seminar Politik Malaysia (2008) bahawa peranan wanita pada lewat 1960-an masih

dianggap sebagai surirumah, isteri dan ibu sahaja.

2.3 Banding Beza Dari Aspek Sosial

Berdasarkan kedua-dua filem yang dikaji, terdapat banding beza budaya dari aspek

sosial yang melibatkan beberapa isu sosial yang berkaitan. Menurut Aziz A. Deraman

(2000), sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya, sosial meliputi

aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan

masyarakat secara damai. Tambah beliau, ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat

besar. Oleh sebab itu banyak aspek yang dapat dibincangkan dalam bidang sosial

masyarakat Melayu meliputi kesenian sama ada seni tampak, seni persembahan, seni

muzik, agama islam, adat, kepercayaan, bahasa, nilai murni dan falsafah, perubatan,

pakaian, undang-undang, pendidikan dan permainan.

Dalam kedua-dua filem yang dikaji, terdapat beberapa banding beza dari aspek

sosial yang diketengahkan. Yang pertama, dari aspek kesenian. Menurut A. Aziz Deraman

(2000), kesenian termasuklah seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak

(seni lukis, ukir, arca, tekatan, anyaman) yang dapat menonjolkan identiti budaya dan

tamadun bangsa. Dalam filem Antara Dua Darjat, antara seni muzik yang ditelitikan dalam

filem tersebut adalah seperti muzik keroncong, muzik Melayu berirama perlahan dan muzik

dengan gubahan ala barat. Pada zaman ini, muzik barat telah menelusuri arena muzik

Melayu apabila orang-orang Melayu mula memberi tumpuan dan minat kepada muzik barat

apabila banyak lagu baru dicipta berdasarkan rentak atau tempo yang dipinjam masuk

daripada muzik barat. Menurut Ibrahim Ahmad (2012), bentuk muzik di Malaysia dalam era

60-an adalah serupa dengan bentuk muzik induknya di barat. Yang berbeza hanyalah

bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej lagu.

Dalam filem Azura, seni muzik yang digunakan merupakan aliran muzik daripada

perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam seni muzik di Malaysia. Lagu tema Azura

merupakan lagu tema filem yang digubah berdasarkan muzik berbentuk kotemporari. Pada

zaman ini, berlaku perubahan dalam aliran muzik apabila proses globalisasi melanda dunia

muzik tempatan. Mengikut Ibrahim Ahmad (2012), apabila proses globalisasi melanda dunia,

dunia muzik kita juga berubah kerana proses globalisasi telah mempengaruhi dunia muzik

Melayu di Malaysia dan telah membentuk sebuah wajah muzik kontemporari yang

bertumpangkan nilai-nilai muzik global. Perkara ini merupakan perubahan yang berlaku

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 11

Page 12: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

dalam kesenian budaya pada masyarakat kini kerana pertembungan silang budaya antara

muzik sejagat dengan muzik tempatan. Perubahan ini sendiri diterima oleh masyarakat yang

diwakili yang melibatkan perubahan yang berlaku dalam irama dan melodi, rentak atau

ritemnya serta pematahan atau penyebutan lagu.

Banding beza seterusnya adalah dari segi alatan muzik yang digunakan dalam

kedua-dua filem yang dikaji. Dalam filem Antara Dua Darjat, antara alat muzik yang dikenal

pasti digunakan dalam filem ini adalah gitar, drum, piano, biola, bass drum, arkodian, dan

ukelele. Jenis alatan muzik yang digunakan pada zaman itu adalah jenis alatan muzik

moden pengaruh daripada muzik gubahan ala barat. Menurut Ibrahim Ahmad (2012),

pengaruh muzik barat mempengaruhi alatan muzik yang digunakan apabila barat

memperkenalkan alatan muzik moden di tanah Melayu setelah pengaruh muzik barat mula

bertapak dan kukuh apabila orang-orang Inggeris memerintah Tanah Melayu pada zaman

sebelum 60-an. Budaya kesenian barat ini mempengaruhi perubahan kesenian dalam

budaya tempatan pada ketika itu. Penggunaan alatan muzik ini berbeza seperti mana yang

terdapat dalam filem Azura apabila alatan muzik tradisional, iaitu kompang digunakan

semasa hari persandingan Azura dan Zek. Kompang ialah alat muzik yang diwarisi daripada

masyarakat tradisional yang masih digunakan pada zaman sekarang. Menurut Ismail Hamid

(2008), penggunaan kompang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang secara

asasnya bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi

penggunaan kompang ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Peranan

kompang dalam kehidupan masyarakat pada masa kini telah menjadi begitu penting

khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan atau perarakan tertentu. Penggunaan

kompang yang dipaparkan dalam filem ini menunjukkan bahawa salah satu budaya

masyarakat Melayu terdahulu masih diwarisi oleh masyarakat pada zaman sekarang.

Seni tampak turut ditunjukkan dalam kedua-dua buah filem yang dikaji, iaitu

berkaitan seni bina dari segi bentuk rumah. Rumah merupakan salah satu peralatan budaya

yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya

menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya. Dalam filem

Antara Dua Darjat, seni bina rumah Melayu dapat dilihat berdasarkan dua jenis seni bina

bagi rumah tradisional di kampung dan banglo Anggerik Villa milik Tengku Karim. Gaya seni

bina rumah Melayu di kampung diperhatikan mempunyai bahagian depan atau serambi,

bahagian tengah dan bahagian dapur. Bumbung rumah ialah curam dan unjurannya lebar.

Terdapat jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara.

Pembinaan rumah melayu tersebut juga agak tinggi yang memberikan satu ruang di bawah

rumah. Ruang bawah atau kolong yang yang terbuka ini juga membolehkan peredaran udara

di bawah lantai (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh , 1997: 35). Dari segi bahan

binaan yang digunakan termasuklah kayu, papan, zink dan bahan-bahan asas yang lain.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 12

Page 13: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Bagi rumah golongan atasan, iaitu banglo Anggerik Villa pula dibina dengan gaya

seni bina yang menerapkan unsur-unsur tempatan dan pengaruh kolonial. Menurut Ezrin

Arbi (2002), tinggalan penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina

Melayu pada zaman awal merdeka. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil

alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang,

tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau

pengikat. Dalam filem Azura, seni bina rumahnya dapat dilihat pada reka bentuk kediaman

Tan Sri Puteh yang sepenuhnya mendapat sentuhan moden tinggalan seni bina pengaruh

kolonial. Reka bentuk rumah ini adalah unik kerana keunikan reka bentuk bangunan dan

gaya seni bina barat itu sendiri yang mempunyai seni yang tertentu. Memandangkan filem ini

berlatarbelakangkan bandar sepenuhnya, maka kebanyakan rumah yang dipaparkan lebih

kurang sama yang semuanya ada unsur seni bina kolonial. Othman Mohd Yatim dan Abdul

Halim Nasir (2000) sendiri mengatakan bahawa pengaruh seni bina Inggeris amat

berpengaruh pada zaman kini bukan hanya rumah bahkan pembinaan pejabat, institusi dan

rumah kerajaan.

Sementara itu, seni bina reka bentuk rumah masyarakat Melayu dalam filem Azura

pula sepenuhnya dibina berdasarkan rumah masyarakat Melayu yang tinggal di bandar.

Kesemuanya dibina dari bahan konkrit yang lebih kukuh dan maju berbanding rumah

masyarakat kampung dalam filem pertama. Misalnya rumah agam Tan Sri Puteh. Selain

reka bentuk rumah, seni bina bagi bangunan konkrit yang lain adalah seperti bangunan

mahkamah, hospital, bangunan pencakar langit dan bangunan-bangunan lain adalah

menerima banyak sentuhan kolonial. Kebanyakan bangunan-bangunan pada zaman ini tidak

ada pada zaman era 60-an. Hal ini kerana tanah Melayu pada ketika itu belum banyak

pembangunan yang dibuat kerana masih pada awal kemerdekaan.

Seterusnya, aspek sosial yang ditelitikan dalam kedua-dua buah filem yang dikaji

adalah dari segi agama islam. Bagi masyarakat Melayu, kepatuhan pertama ialah agama

Islam manakala adat di tempat yang kedua. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama

Islam diakui oleh Syed Naquib Al-Attas (1972) yang mengatakan Islam telah

mentamadunkan masyarakat Melayu dan punya pengaruh yang paling kuat dalam

kebudayaan dan adat Melayu. Dalam filem Antara Dua Darjat, aspek sosial berkaitan

agama Islam dipaparkan mesejnya menerusi beberapa babak termasuklah babak ketika

Tengku Zaleha keluar pada waktu malam secara sembunyi tanpa pengetahuan suaminya

untuk berjumpa Ghazali yang sudah lama terpisah. Dalam babak ini, Ghazali menyedari

hakikat bahawa perbuatan mereka salah kerana Tengku Zaleha sudah mempunyai suami

dan meminta Tengku Zaleha pulang. Mesej mengenai agama Islam yang menjadi pegangan

masyarakat Melayu ketika itu disampaikan secara tersurat. Perkara ini menunjukkan watak

Ghazali masih mempunyai emosi dan pertimbangan rasional atas tindakan yang mereka

lakukan walaupun ketika itu mereka hanya berdua pada waktu malam. Benarlah yang

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 13

Page 14: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

dikatakan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) bahawa nilai-nilai Islam telah menjadi

asas kepada nilai sosial masyarakat Melayu pada ketika itu.

Aspek agama islam ini mempunyai persamaan dengan filem Azura semasa babak

Azura dan Zek nekad berkahwin walaupun tanpa restu Tan Sri Puteh namun tetap dengan

cara yang sah setelah mendapat persetujuan dan bantuan nenek Zek. Di sini menunjukkan

bahawa walaupun pasangan sedang dibuai cinta agung, namun pertimbangan diri atas

nama kepercayaan terhadap pegangan agama membuatkan mereka masih mengetahui

batas-batas dan norma agama yang betul. Inilah antara kepentingan Islam dalam budaya

Melayu yang dijadikan asas pertimbangan terhadap sebarang tindakan (Rahimin Affandi

Abdul Rahim, 2010).

Aspek sosial yang berikutnya adalah dari segi aspek adat resam. Menurut Mohd.

Taib Osman (1983), adat resam merupakan kebudayaan yang tidak dapat dipisahkan

daripada bangsa Melayu yang kaya dengan budaya menerusi adat resam yang pelbagai.

Adat resam merupakan budaya bukan material yang menjadi identiti sesuatu bangsa.

Banding beza aspek budaya yang berkaitan adat resam dalam kedua filem yang dikaji

termasuklah adat melamar, iaitu menanyakan persetujuan daripada pihak perempuan

sebelum adat meminang dilakukan.

Dalam filem Antara Dua Darjat, adat melamar dilakukan mengikut kebiasaan adat

masyarakat Melayu terdahulu yang dilakukan oleh orang tengah yang biasanya mempunyai

kepentingan bersaudara atau wakil yang boleh dipercayai. Menurut Amran Kasimin (2002)

dalam bukunya Perkahwinan Melayu, lamaran dilakukan oleh pihak lelaki dengan cara

menghantar beberapa orang wakil yang terdiri daripada saudara-mara yang dipercayai boleh

mengendalikan tugas tersebut. Rasionalnya adat ini dalam budaya masyarakat pada zaman

tersebut adalah bertujuan untuk memastikan pihak perempuan bersetuju dengan

perkahwinan yang dihajatkan kerana pada zaman tersebut, pasangan banyak ditentukan

oleh ibu bapa.

Dalam filem Azura, adat melamar masih diwarisi daripada masyarakat Melayu

terdahulu tetapi telah mengalami perubahan apabila pasangan yang ingin berkahwin lebih

terbuka dan selesa membuat perhitungan sesama sendiri tanpa melibatkan orang tengah.

Menurut Amran Kasimin (1989) dalam bukunya Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian

Perbandingan yang mengatakan adat melamar telah mengalami perubahan dan perbezaan

kerana kebanyakan pasangan dalam masyarakat kini lebih terbuka memperihalkannya

sendiri kerana telah mengenali hati budi antara satu sama lain. Jika dahulu wakil yang

datang merisik akan menentukan sama ada seseorang wanita itu sesuai untuk dijadikan

isteri, namun perkara ini tidak lagi berlaku dalam kebanyakan masyarakat sekarang apabila

tugas ini dipikul sendiri oleh pasangan yang ingin berkahwin yang mengukur tahap

keserasian antara mereka berdua dalam menentukan hala tuju perkahwinan.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 14

Page 15: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Selain adat melamar, banding beza budaya dari segi adat yang dikesan dalam

kedua-dua filem ini adalah adat bersanding. Dalam filem Antara Dua Darjat, terdapat adat

persandingan pasangan pengantin yang diwakili oleh watak Tengku Mukri dan Tengku

Zaleha di atas pelamin. Pada zaman tersebut, adat bersanding merupakan upacara yang

paling istimewa dan kemuncak dalam perkahwinan orang Melayu. Pada hari persandingan,

pasangan pengantin memakai pakaian serba indah dan ditonton oleh semua para jemputan.

Menurut Amran Kasimin (1989), adat bersanding adalah kemuncak dalam adat perkahwinan

budaya masyarakat Melayu pada zaman terdahulu yang diadakan selepas selesai akad

nikah.

Dalam filem Azura, masih dicerminkan pasangan yang baru selesai akad nikah

dipertontonkan kepada jemputan, namun mengalami perubahan dari segi caranya. Dalam

filem ini, pasangan yang selesai akad nikah hanya diperlihatkan kepada jemputan tanpa

duduk bersanding di atas pelamin. Perkara ini menunjukkan bahawa terdapat pasangan

dalam masyarakat sekarang yang tidak lagi mengamalkan adat bersanding mengikut cara

budaya dalam masyarakat terdahulu yang kuat berpegang kepada adat. Menurut Amran

Kasimin (1989), mengatakan terdapat adat dalam perkahwinan Melayu yang tidak lagi

relevan untuk dipraktikkan pada masa kini yang lebih cenderung mengamalkan perkahwinan

secara moden atas faktor kekangan masa dan tenaga seiring dengan pembangunan arus

teknologi yang semakin pesat. Jadi, masyarakat hari ini lebih memilih untuk mengurangkan

kadar penggunaan tenaga, masa dan wang sehingga ke nilai paling maksimum

Aspek sosial seterusnya yang dikaji adalah aspek pendidikan. Menerusi kajian

terhadap kedua-dua buah filem, didapati aspek pendidikan menjadi antara titik persamaan

dari segi sosial yang dipaparkan. Misalnya, dalam filem Antara Dua Darjat, kesedaran

terhadap pendidikan telah mula wujud dalam masyarakat pada zaman tersebut apabila

masyarakat daripada golongan atasan mahupun golongan bawahan digambarkan mendapat

pendidikan mengikut kemampuan tertentu. Pada zaman tersebut, terdapat segelintir

masyarakat di kampung yang telah dapat membaca apabila dapat menulis dan membaca

surat dengan baik. Malahan, terdapat anak perempuan daripada golongan atasan yang

mendapat pendidikan muzik, iaitu belajar piano dari guru piano di rumah. Hal ini demikian

kerana pada zaman tersebut keperluan terhadap pendidikan dalam matlamat mencapai

kemajuan dan perpaduan kaum menjadi visi utama tanah Melayu dalam mengekalkan

kemerdekaan (Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee, 2004).

Persamaan tentang kesedaran pendidikan ini terdapat dalam filem Azura. Watak

Azura sendiri dipaparkan seorang yang bercita-cita tinggi dan berusaha mengubah hidupnya

melalui pendidikan sehingga berjaya membina kerjaya di luar negara. Begitu juga watak Tan

Sri Puteh yang begitu mengutamakan pendidikan anak-anaknya apabila meminta Zek

menyambung pelajaran terlebih dahulu sebelum berkahwin. Dalam masyarakat pada zaman

sekarang, pendidikan diutamakan kerana dipercayai dapat mengubah hidup seseorang dan

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 15

Page 16: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

menjamin kehidupan yang lebih cerah tanpa mengira golongan. Perkara ini menunjukkan

bahawa bangsa Melayu sendiri bukan lagi tercerut di pinggir kampung yang hanya

menjalankan kerja-kerja sara hidup seperti pertanian, namun kini lebih maju ke hadapan

untuk berjaya. Apatah lagi sekarang kerajaan sangat memfokuskan bidang pendidikan

dalam mencapai kemajuan diri dan pembangunan negara Malaysia ( Utusan Online, 2012).

Walaupun persamaan aspek pendidikan wujud dalam kedua-dua zaman ini, namun

perbezaan yang ketara dapat dilihat dengan jelas. Perbezaannya adalah dari segi

keterbukaan hak wanita untuk mendapatkan pendidikan dari peringkat awal sehingga

peringkat tertinggi seperti mana yang dicapai oleh lelaki. Keterbukaan hak wanita untuk

mendapat ruang dan peluang belajar semakin diterima masyarakat pada masa sekarang.

Keterbukaan kini adalah kerana perubahan dan perkembangan budaya yang berlaku dalam

arus kemajuan pada zaman sekarang. Dalam masyarakat yang dicerminkan dalam filem

pertama, terdapat ketidaksamaan dalam pendidikan kerana pada zaman awal kemerdekaan

tersebut, masih terdapat pengaruh kolonial yang tidak memberi peluang kepada semua

kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan untuk mendapatkan pendidikan.

Menurut Abdullah Sani Yahaya (2003) dalam bukunya Perkembangan Pendidikan di

Malaysia yang mengatakan pendidikan pada zaman awal kemerdekaan masih lagi

terpengaruh dengan sistem pendidikan kolonial yang memandang kelas sosial dan jantina.

Hal ini dapat dicerminkan dalam filem pertama apabila peluang pendidikan peringkat tinggi

lebih kepada masyarakat golongan atasan dan diberikan kepada lelaki. Perempuan dinafikan

peluang untuk menerima pendidikan seperti mana lelaki meskipun anak perempuan

golongan atasan yang diberikan belajar hanya bermain muzik di rumah sendiri. Tambah

lagi, peranan wanita dalam mendapat pendidikan pada zaman dahulu masih tidak disedari.

Hal ini berbeza daripada masyarakat zaman sekarang menerusi filem Azura apabila tidak

ada lagi ketidaksamarataan pendidikan sama ada dari segi sosial mahupun jantina. Malah,

aspek pendidikan pada zaman sekarang menjadi agenda utama kerajaan bagi setiap

resolusi yang dibuat untuk memastikan setiap individu mendapat pendidikan yang sempurna

(Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa,1994).

Apabila peluang pendidikan terbuka luas, maka berlakulah perubahan dari pelbagai

bidang kehidupan masyarakat. Misalnya, bidang perubatan yang merupakan salah satu

aspek sosial dalam sesuatu budaya. Dalam kedua-dua filem yang dikaji terdapat banding

beza aspek perubatan yang diamalkan dalam budaya masyarakat yang menunjukkan

persamaan dan juga perbezaan. Berdasarkan filem Antara Dua Darjat, perubatan yang

digunakan oleh masyarakat pada zaman tersebut adalah perubatan moden yang mana

masyarakat mula mendapatkan perkhidmatan daripada pengamal perubatan yang

profesional, iaitu doktor. Perubatan pada zaman itu juga telah mula menggunakan bahan

suntikan. Perkara ini menunjukkan bahawa pada zaman awal kemerdekaan ini, perubatan

moden dalam masyarakat Melayu sudah pun berkembang malahan ahli masyarakat sendiri

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 16

Page 17: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

mendapatkan khidmat golongan profesional yang terlatih seperti doktor dalam mendapatkan

perubatan. Menurut artikel Berita Harian (15 Jun 2013) yang mengatakan perkembangan

bidang perubatan pada zaman awal merdeka adalah disebabkan kemajuan yang

ditinggalkan oleh penjajah British di Tanah Melayu yang memperkenalkan sistem perubatan

moden dengan adanya doktor bagi membawa perubahan yang lebih baik berbanding

perubatan secara tradisional yang diamalkan oleh msyarakat Melayu sebelum kedatangan

penjajah British yang bergantung sepenuhnya kepada pawang atau bomoh untuk mengubati

penyakit.

Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat pada ketika itu sudah pun mencapai

kemajuan dan pemodenan dalam bidang perubatan. Hal ini merupakan satu budaya yang

dicerminkan dalam masyarakat pada zaman tersebut dan budaya ini ternyata ada

persamaan dengan budaya masyarakat dalam filem Azura yang juga mendapatkan

perkhidmatan perubatan moden yang melibatkan doktor dan bahan ubatan moden. Perkara

ini menunjukkan bahawa kepercayaan dan keyakinan terhadap perubatan moden telah pun

berkembang sejak zaman masyarakat Melayu era 60-an. Hal ini demikian kerana

perkhidmatan perubatan selepas merdeka ketika itu diberikan tumpuan oleh kerajaan ke

arah peningkatan prestasi cemerlang dalam penjagaan kesihatan rakyat (Portal Rasmi

Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004).

Namun, perkhidmatan perubatan yang diamalkan oleh masyarakat dalam kedua-dua

filem juga menampakkan perbezaan tertentu. Misalnya, dalam filem Azura, perkhidmatan

perubatan moden mengalami perkembangan dan perubahan dari segi pengguna perubatan

yang tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja bahkan semua individu layak

mendapatkan perubatan terbaik di hospital dengan khidmat doktor dan bantuan jururawat.

Hal ini kerana perkhidmatan perubatan pada zaman sekarang menyediakan pelbagai fasiliti

dan kemudahan sama ada di hospital milik kerajaan mahupun swasta. Menurut Portal Rasmi

Kementerian Kesihatan Malaysia (2004), permintaan untuk rawatan perubatan dan

perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia pada zaman sekarang adalah sangat tinggi.

Ini adalah kerana semakin ramai menyedari hakikat dan kesedaran yang mengutamakan

kesihatan demi kehidupan yang lebih berkualiti apatah lagi dengan kemajuan teknologi

dalam bidang perubatan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Selain itu, aspek sosial yang turut diperhatikan dalam kedua buah filem ini adalah

dari aspek bahasa yang digunakan. Menurut A. Aziz Deraman (2002), bahasa ialah satu

kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud.

Dalam karya filem, bahasa menjadi medium penyampaian cerita yang digunakan dalam

sesebuah filem disamping dapat mencerminkan budaya masyarakat yang diwakili. Dalam

kedua-dua filem yang dikaji, aspek bahasa merupakan aspek sosial terpenting yang

memperlihatkan budaya masyarakat pada kedua-dua zaman yang berbeza.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 17

Page 18: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Banding beza yang dapat dibuat berdasarkan aspek bahasa bagi kedua-dua zaman

dalam filem yang dikaji adalah dari segi penggunaan kosa kata, susunan ayat, gaya bahasa,

penggunaan kata-kata fungsian dan sebagainya yang terkandung dalam aspek bahasa

Melayu. Dalam filem Antara Dua Darjat, penggunaan bahasa masyarakat Melayu pada

zaman 60-an adalah mewakili pemakai bahasa pada zaman tersebut. Dari segi kosa kata,

masyarakat pada zaman itu menggunakan kosa kata bahasa Melayu zaman 60-an yang

turut mengandungi bahasa istana seperti panggilan Tengku, ayahanda, anakanda dan

bonda. Kosa kata bahasa Melayu pada zaman ini turut menerima pengaruh kosa kata

bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris seperti report, dan kabaret, ambulans. Menurut

Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin dan Rosdah Omar (2007), kosa

kata bahasa Melayu lebih meluas dengan kedatangan barat apabila pengaruh yang dibawa

oleh penjajah Inggeris sebelum merdeka yang banyak diserap dan disesuaikan dengan

penggunaan kata dalam bahasa Melayu pada zaman awal merdeka.

Dalam filem Azura, bahasa Melayu yang digunakan merupakan kesinambungan

daripada bahasa Melayu zaman 60-an namun diperluaskan lagi perbendaharaan kata yang

lebih dinamik sesuai dengan sifat bahasa itu sendiri. Apatah lagi, dengan keterbukaan sifat

bahasa Melayu yang membenarkan penyerapan kata dan istilah daripada pelbagai bahasa

seiring dengan kehendak dan perkembangan zaman. Dalam filem ini, kosa kata bahasa

Melayu diperluaskan lagi dengan kosa kata asing selain dari bahasa Inggeris dan bahasa

Arab, iaitu Perancis. Menurut Nagy (2010), menyatakan perubahan yang paling ketara dalam

sesuatu bahasa adalah dari segi leksikal, iaitu perbendaharaan kata atau kosa kata. Pada

zaman ini, perbendaharaan kosa kata dalam bahasa Melayu yang digunakan oleh

masyarakat telah semakin berkembang dan berubah atas faktor yang dicerminkan menerusi

latar belakang penguasaan pendidikan dan kerjaya yang lebih ke hadapan berbanding

masyarakat pada zaman 60-an. Faktor ini turut terkandung dalam kajian Johnson (1993;

Habib, 2005; Nagy, 2010 ) yang mengatakan antara faktor yang diketahui menyumbang

kepada peralihan atau perubahan dalam bahasa termasuklah pinjaman kosa kata daripada

bahasa-bahasa lain dan proses asimilasi, iaitu proses untuk memudahkan artikulasi, faktor

sosial, status ekonomi, proses urbanisasi, atau sikap penutur sesuatu bahasa itu sendiri.

Selain aspek bahasa yang dijelaskan, aspek berpakaian juga merupakan salah satu

aspek sosial yang terdapat dalam kedua-dua filem yang dikaji. Terdapat persamaan dan

juga perbezaan dari segi cara berpakaian masyarakat dalam kedua-dua zaman tersebut.

Dalam filem Antara Dua Darjat, pakaian tradisional orang Melayu seperti baju kurung, baju

kebaya, baju Melayu, selendang, berkain batik, dan bersongkok yang diwarisi sejak turun

temurun diamalkan oleh masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Menurut A. Aziz

Deraman (2000), bangsa Melayu kaya dengan seni busana dan pemakaiannya berupaya

menjaga identiti Melayu. Tambahnya, bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian

sendiri yang dipelihara dari turun temurun. Dalam filem Azura, budaya berpakaian tradisional

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 18

Page 19: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

yang diwarisi daripada masyarakat terdahulu seperti baju kurung, baju Melayu, bersamping

dan bersongkok masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat pada zaman ini. Menurut Nor

Aziah Jaafar (1998) dalam artikel Utusan Malaysia, pakaian tradisional masih diterima oleh

generasi muda pada hari ini terutama pada majlis-majlis rasmi, majlis istimewa bahkan juga

pakaian semasa bekerja. Namun, perbezaan pakaian tradisional yang dipakai oleh

masyarakat era 60-an dengan era terkini menunjukkan perubahan dari segi reka fesyennya

yang lebih moden namun masih mengekalkan ciri-ciri pakaian tradisional Melayu.

Walau bagaimanapun, aspek berpakaian masyarakat pada era 60-an yang

dicerminkan dalam filem Antara Dua Darjat juga tidak sepenuhnya mengamalkan pakaian

tradisional Melayu kerana pakaian masyarakat pada zaman tersebut juga memperlihatkan

unsur pengaruh fesyen ala barat. Pakaian segelintir masyarakat pada zaman tersebut

menampakkan pengaruh Inggeris apabila berlaku perubahan daripada segi pakaian apabila

terdapat segelintir masyarakat yang memakai pakaian ala barat seperti berkemeja, berkot,

bersut lengkap, bertuksedo, bertali leher, berblaus, pakaian gown, fesyen peplum dan

berskirt mini. Budaya berpakaian tersebut merupakan budaya berpakaian pengaruh barat

yang diperkenalkan Inggeris semasa zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu sebelum

merdeka.

Memandangkan pengaruh Inggeris dari segi berpakaian masih kuat semasa era 60-

an, maka berlaku perkembangan dan perubahan berpakaian dalam masyarakat pada ketika

itu terutamanya golongan atasan. Menurut Nor Saleha dalam Portal Islam dan Melayu

(2014), perubahan dan kesan penjajahan serta penerimaan masyarakat Melayu dengan

nilai-nilai barat dari segi berpakaian pada era 50-an, 60-an dan 70-an adalah pengaruh yang

dibawa oleh penjajah barat British yang telah diadunkan menjadi satu dalam masyarakat

Melayu. Menurut beliau lagi, proses islamisasi atau perubahan kepada kebaikan mula

berlaku pada akhir tahun 70-an sehingga kini apabila masyarakat Melayu khususnya wanita

mula bertudung. Proses ini dapat dilihat dalam masyarakat Melayu dalam filem Azura yang

mula mengenakan tudung dan berpakaian berpandukan Islam. Hal ini berikutan lunas-lunas

Islam mula menyerap dan menjadi landasan berpakaian sebahagian besar masyarakat

Melayu pada zaman kini.

Namun begitu, aspek berpakaian dalam masyarakat era 60-an yang menerima unsur

budaya luar juga turut berkesinambungan kepada segelintir masyarakat dalam filem Azura

apabila arus globalisasi dan pemodenan telah membawa perubahan kepada fesyen

masyarakat pada zaman sekarang. Dalam filem ini, segelintir masyarakat terutama generasi

muda lebih gemar memilih pakaian moden yang lebih ringkas seperti memakai jeans, blaus,

T-Shirt dan fesyen-fesyen terkini yang berkaitan. Perubahan dalam budaya berpakaian ini

merupakan fenomena biasa dalam sesuatu kebudayaan masyarakat kerana selagi diterima

oleh masyarakat, maka proses perubahan akan sentiasa berlaku seperti mana sifat budaya

itu sendiri yang dinamik apatah lagi sering berlaku pertembungan budaya pada zaman kini.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 19

Page 20: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Seperti mana yang diperkatakan oleh A.Aziz Deraman (2005), bahawa perubahan dalam

budaya bangsa akan berlaku selagi berlakunya penerapan budaya Melayu dengan budaya

lain yang diterima berdasarkan kesesuaian dan kewajaran sebagaimana pengaruh eropah

terhadap cara berpakaian dalam masyarakat Melayu.

Aspek permainan juga merupakan antara aspek sosial dalam sesuatu budaya

khususnya budaya Melayu yang kaya dengan pelbagai permainan tradisional yang diwarisi

secara turun temurun seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain (Rahim Syam dan Norhale,

1985). Dalam filem Antara Dua Darjat, terdapat beberapa permainan tradisional orang

Melayu, iaitu permainan sepak takraw oleh anak muda di kampung dan lompat getah yang

dimainkan oleh kanak-kanak orang kampung. Menurut Sharifah Nor Syed Abd. Rahman,

Nornajmah Najmuddin dan Rosdah Omar (2007) mengatakan sejarah telah mencatatkan

bahawa permainan tradisional merupakan warisan dan lambang identiti bangsa yang

menjadi aktiviti harian masyarakat silam untuk mengisi masa senggang mereka. Matlamat

permainan ini dimainkan oleh masyarakat zaman dahulu adalah sebagai sebagai aktiviti

masa lapang yang dapat memberikan keseronokan (Portal 1Klik, 2015).

Walau bagaimanapun, meniti zaman sains dan teknologi dengan pelbagai permainan

moden diperkenalkan pada zaman sekarang telah membawa perubahan dalam aspek

warisan bangsa ini. Hal ini kerana permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat

Melayu pada zaman 60-an dalam filem Antara Dua Darjat mempunyai perbezaan dengan

permainan dalam budaya masyarakat filem Azura. Dalam filem tersebut, permainan moden

telah diperkenalkan dan dimainkan oleh anak-anak muda Melayu khususnya yang tinggal di

ibu kota, iaitu permainan paintball. Dapat dilihat di sini bahawa berlaku perubahan sosial

masyarakat dalam aspek permainan. Permainan moden menjadi pilihan masyarakat Melayu

pada zaman sekarang terutama generasi muda yang di tinggal di bandar atas dasar pelbagai

faktor terutamanya penerimaan daripada pengaruh luar yang lebih menarik minat golongan

muda pada zaman sekarang (Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin dan

Rosdah Omar, 2007). Menurut S.M. Zakir (2010), pengaruh luar yang diterima dalam

masyarakat Melayu ini adalah kerana budaya Melayu adalah sebuah ruang yang hidup dan

sentiasa menerima kemasukan pengaruh sehingga kini terutamanya pengaruh budaya

moden Barat malah terbuka kepada perkembangan dan perubahan sepanjang masa

sehingga ke hari ini.

Aspek sosial dalam sesuatu budaya tidak akan lengkap sekiranya tiada unsur unsur

nilai atau falsafah dalam sesebuah masyarakat yang berbudaya. Menurut Mohd Yusof

Hasan (30:1991), nilai ialah asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok

manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara atau benda itu baik atau sebaliknya.

Aspek nilai dan falsafah banyak diterapkan dalam kehidupan budaya Melayu yang

menerima nilai-nilai yang dibawa Islam sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang.

Sebagai contohnya, dalam filem Antara Dua Darjat terdapat banyak nilai-nilai murni yang

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 20

Page 21: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

mengangkat budaya Melayu menerusi nilai-nilai yang dipaparkan. Misalnya, nilai meraikan

tetamu dengan melayani tetamu penuh mesra dan berbudi bahasa meskipun berbeza kelas

seperti yang ditunjukkan dalam babak Tengku Aziz bertandang ke rumah keluarga Ghazali.

Seterusnya, norma hidup positif yang diamalkan oleh masyarakat seperti kerjasama,

muafakat dan tolong-menolong tanpa mengira darjat. Menurut A.Aziz Deraman (2001), nilai-

nilai murni ialah sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap

keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa.

Nilai sosial masyarakat Melayu ini juga terdapat dalam budaya masyarakat Melayu

pada zaman sekarang seperti yang dipaparkan dalam filem Azura. Antaranya nilai

menghormati orang yang lebih tua seperti mana hormatnya Azura terhadap ibu saudaranya

dan keluarga Tan Sri Puteh. Begitu juga nilai bersopan santun dan berbudi pekerti yang

ditunjukkan menerusi watak Azura. Aspek inilah yang membentuk sebahagian nilai tamadun

Melayu yang beradab dan menjadi identiti serta imej masyarakat Melayu dalam budaya

yang penuh nilai-nilai yang dibawa oleh agama. Sehingga kini terlihat jelas bahawa nilai-nilai

Islam telah menjadi asas kepada nilai sosial masyarakat Melayu dan seterusnya menjadi

‘kanta besar’ kepada sudut pandang Melayu. Dalam erti kata lain, Islam adalah etos

masyarakat Melayu (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1972).

Aspek yang turut dibincangkan dalam bidang sosial ialah pengangkutan.

Berdasarkan filem Antara Dua Darjat, terdapat aspek sosial berkaitan pengangkutan yang

digunakan dalam budaya masyarakat pada zaman tersebut. Pengangkutan yang digunakan

oleh masyarakat seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut ialah kereta, ambulans dan

basikal. Namun demikian, pemilikan kereta hanya bagi golongan atasan, sementara

ambulans digunakan semasa berlaku kecemasan terhadap Tengku Zaleha yang menjadi

kenderaannya ke hospital. Basikal pula antara pengangkutan yang banyak digunakan oleh

masyarakat Melayu di kampung. Jika dibandingkan pengangkutan yang ada dipaparkan

dalam filem Azura ialah lebih banyak dan ada antara kenderaan yang menjadi keperluan

hampir masyarakat dalam filem tersebut. Antaranya adalah kereta dari pelbagai harga dan

jenis. Kereta pada zaman ini juga dapat dilihat di sepanjang jalan dan menjadi pengangkutan

utama masyarakat pada zaman ini berbanding masyarakat pada zaman era 60-an yang

hanya mampu dimiliki oleh orang tertentu sahaja.

Jika basikal pada zaman 60-an digunakan sebagai pengangkutan utama masyarakat

kampung, ianya sebaliknya bagi masyarakat dalam filem Azura. Hal ini kerana basikal pada

zaman ini digunakan oleh masyarakat bandar khususnya hanya bertujuan untuk beriadah

seperti mana kegunaannya oleh watak Azura. Selain kereta dan basikal, pengangkutan

awam juga banyak digunakan oleh masyarakat dalam filem ini yang ada antaranya tidak ada

pada zaman era 60-an, iaitu LRT dan komuter. Pengangkutan kapal terbang juga digunakan

oleh masyarakat dalam filem Azura apabila keluar dari negara. Pada zaman ini, kemajuan

dari segi pengangkutan lebih banyak yang dicapai berbanding pengangkutan pada zaman

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 21

Page 22: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

60-an. Menurut Portal Universiti Utara Malaysia (2012), kemajuan pengangkutan di negara

pada masa kini adalah hasil kemajuan, pembangunan dan teknologi negara yang semakin

berkembang pesat.

Aspek teknologi juga antara aspek sosial budaya masyarakat yang dapat dibuat

banding beza dalam kedua-dua filem yang dikaji. Dalam filem Antara Dua Darjat, beberapa

teknologi dalam bidang-bidang tertentu sudah mula berkembang. Misalnya teknologi

penggunaan dapur gas menggantikan dapur arang pada zaman sebelum itu, teknologi dari

segi kemajuan sistem pengangkutan darat seperti kereta dan basikal, teknologi

pengangkutan udara seperti kapal terbang, dan jaringan perhubungan seperti jalan raya,

teknologi komunikasi seperti telefon, dan teknologi dalam bidang perubatan. Perkembangan

teknologi yang dicapai pada era 60-an ini merupakan perkembangan dari kemajuan yang

dibawa oleh pengaruh British yang telah membawa banyak perubahan dalam budaya

masyarakat di tanah Melayu ketika itu. Menurut Nik Hassan Shuhaimi, Muhd. Yusof,

Muhammad Bukhari, dan Rosnanaini (2010) mengatakan kedatangan British di tanah

Melayu telah membawa perkembangan yang asalnya bermatlamatkan kepentingan tertentu

yang membawa pelbagai kemajuan yang tiada pada zaman sebelumnya.

Dalam filem Azura, teknologi yang ada pada zaman 60-an masih diwarisi bahkan

telah diperkembang dan diperluaskan lagi yang meliputi pelbagai bidang. Contohnya, dalam

sistem pengangkutan dan perhubungan semakin meluas dengan pelbagai jenis

pengangkutan tersedia dengan sistem perhubungan yang lebih canggih. Dalam bidang

perubatan pula, fasiliti dan perkhidmatan telah dipertingkat dengan teknologi yang lebih

menyeluruh seperti mana yang dicerminkan dalam filem Azura. malah, terdapat penggunaan

teknologi yang tiada dalam zaman 60-an, iaitu komputer riba tetapi telah diperkembangkan

dan digunakan oleh hampir semua bidang oleh masyarakat dalam filem Azura. Menurut

Ramli Mohamad (1998), kemajuan teknologi yang dicapai pada masa kini adalah manfaat

daripada arus globalisasi yang melanda dunia yang membawa kemajuan dalam peradaban

manusia. Berdasarkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat kini menunjukkan bahawa

berlaku banyak perubahan dan perkembangan yang menjadi budaya masyarakat, iaitu cara

hidup.

2.3 Banding Beza Dari Aspek Ekonomi

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 22

Page 23: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Menurut A. Aziz Deraman (2000), ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang

mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini

termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Berdasarkan dua buah filem yang ditelitikan, aspek ekonomi akan dibincangkan dari segi

aktiviti ekonomi yang melibatkan pekerjaan dalam masyarakat bagi kedua-dua zaman

tersebut. Aspek tersebut akan dijelaskan dalam bentuk persamaan dan perbezaan yang ada

bagi kedua-dua filem yang dikaji.

Dari segi aktiviti ekonomi yang melibatkan pekerjaan dalam masyarakat pada zaman

60-an yang dipaparkan dalam filem Antara Dua Darjat, terdapat pekerjaan-pekerjaan tertentu

masyarakat Melayu mengikut golongan kelas dalam masyarakat. Misalnya, golongan atasan

seperti yang berketurunan tengku banyak terlibat dalam pekerjaan kolar putih, iaitu kerja

yang dilakukan oleh golongan profesional dan ada juga yang berkerja sebagai doktor.

Sementara itu, terdapat juga pekerjaan dalam masyarakat yang melibatkan pekerjaan

seperti polis, penyanyi, pemuzik, pengawal keselamatan, pemandu kereta, orang gaji dan

juga peniaga-peniaga kecil di warung dan gerai-gerai makanan yang terdapat di kawasan

kampung.

Dalam filem ini telah berlaku perubahan aktiviti ekonomi masyarakat apabila tidak lagi

ditonjolkan aktiviti ekonomi sara diri yang kebiasaannya berasaskan pertanian sebaliknya

menonjolkan sisi masyarakat Melayu yang pelbagai pekerjaan dari peringkat golongan

sederhana sehingga golongan atasan. Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang

(1991) sememangnya pada awal 60-an, iaitu pada awal kemerdekaan tanah Melayu, sistem

ekonomi masyarakat Melayu telah bertambah baik dengan adanya pembangunan ekonomi

dengan matlamat untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi seperti Rancangan Malaya

Pertama 1957 -1960 yang dirancang untuk mengatasi masalah sosioekonomi seperti

kemiskinan dan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud akibat dasar kolonial British.

Proses perubahan ini berlaku setelah negara mencapai kemerdekaan yang mana berlaku

kepelbagaian pekerjaan masyarakat Melayu yang sebelum ini terikat dengan ‘Dasar Pecah

dan Perintah’ penjajah.

Walau bagaimanapun, dalam filem Azura, prospek pekerjaan masyarakat Melayu

yang digambarkan adalah lebih meluas pekerjaannya dan banyak yang menceburkan diri

dalam sektor perindustrian dan perniagaan tanpa mengira golongan mahupun jantina.

Misalnya, dalam filem Antara Dua Darjat, hanya mereka yang datang daripada golongan

atasan seperti berketurunan bangsawan dan yang berpendidikan Inggeris sahaja yang dapat

memegang prospek pekerjaan kolar putih, sementara golongan sederhana masih dipisahkan

oleh jurang-jurang tersebut. Namun, dalam filem terkini Azura, kebanyakan masyarakat

Melayu berpeluang mendapat peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor asalkan mempunyai

pendidikan tinggi dan usaha tanpa mengira golongan kerana dasar pembangunan negara

yang tidak lagi memandang status masyarakat sebaliknya mewujudkan pelbagai peluang

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 23

Page 24: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

kesamarataan peluang pendidikan dan pekerjaan. Perubahan yang berlaku dalam aktiviti

ekonomi masyarakat pada masa kini adalah selaras dengan tuntutan negara dalam

mencapai pembangunan dan wawasan negara dengan meningkatkan pembangunan

ekonomi negara. Perkara inilah yang membezakan pekerjaan masyarakat Melayu pada

zaman 60-an dengan masyarakat Melayu zaman ini di mana pada zaman dahulu, pekerjaan

bagi sektor perniagaan hanya bagi golongan atasan yang tinggal di bandar sementara

golongan bawahan yang lain masih sukar untuk setanding dengan aktiviti ekonomi golongan

atasan. Namun, hal ini berbeza dengan perubahan aktiviti ekonomi dalam masyarakat

sekarang yang lebih meluas seperti mana yang dinyatakan oleh A. Aziz Deraman (2005)

bahawa sistem ekonomo masyarakat Melayu yang dahulu berbeza dengan sistem ekonomi

orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor

perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Hal ini menunjukkan berlakunya

perubahan sistem ekonom dalam masyarakat pada zaman sekarang.

Selain jenis pekerjaan masyarakat Melayu dalam kedua-dua zaman yang berbeza

tersebut, terdapat perincian lain dalam aspek pekerjaan yang memperlihatkan perbezaan

masyarakat Melayu dalam pekerjaan, iaitu dari segi peluang dan ruang golongan wanita

dalam pekerjaan. Seperti mana yang diperkatakan oleh Worran Kabul, Shireen Haron, Mat

Zin Mat Kib dan Abdul Kadir Rosline (2008) bahawa peranan wanita dalam institusi

kekeluargaan pada era sebelum merdeka dan awal merdeka pada lewat 1960-an masih

dianggap sebagai suri rumah, isteri dan ibu sahaja. Ainon Muhammad (2001) juga turut

memperkatakan bahawa dalam masyarakat traditional, peranan kaum wanita adalah terhad

kepada peranan pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki sahaja. Hal ini bermaksud

adanya keterbatasan golongan wanita dalam peluang dan ruang untuk bekerja sebagaimana

lelaki. Sebagai contohnya, wanita sama ada isteri atau anak perempuan bagi masyarakat

Melayu dalam filem Antara Dua Darjat tidak mempunyai pekerjaan khusus melainkan berada

di rumah menjadi suri rumah yang hanya menjalankan kerja-kerja rumah. Dalam masyarakat

pada zaman tersebut, hanya lelaki yang memegang status sebagai ketua keluarga sahaja

yang akan keluar bekerja. Hak wanita untuk bekerja sebagaimana lelaki tidak dipaparkan.

Perkara ini juga yang diperkatakan oleh Mohamad Ikhsan (1994) bahawa peranan dan

fungsi kaum wanita dalam bidang ekonomi amat terbatas kerana ketidakterbukaan hak

wanita pada zaman dahulu.

Hal ini berbeza sekali dengan hak wanita masyarakat Melayu pada era terkini dalam

filem Azura yang tidak dinafikan keberadaan mereka dalam mana-mana sektor pekerjaan.

Malahan, kedudukan wanita dalam pekerjaan bagi mana-mana sektor dianggap sebaris

dengan lelaki. Hal ini demikian kerana tanggapan masyarakat pada zaman dahulu bahawa

wanita hanya berperanan secara dominan di rumah. Oleh itu, peranan wanita dalam

masyarakat tradisional hanya terhad kepada peranan pembantu kepada kaum lelaki. Hal ini

berbeza dengan hak wanita pada zaman sekarang di mana bidang yang diterokai oleh kaum

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 24

Page 25: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

lelaki juga dibuka penyertaan yang lebih liberal kepada kaum wanita dengan bilangan yang

semakin bertambah dari semasa ke semasa (Nik Safiah Karim, 1990). Sebagai contohnya

menerusi watak Azura yang bukan sahaja melaksanakan tugas-tugas sebagai isteri di rumah

tetapi paling penting seorang yang bekerjaya sehingga berjaya membuka galeri di luar

negara.

Begitulah perbincangan berdasarkan kebudayaan Melayu yang terdapat dalam

kedua-dua filem yang dikaji dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Seterusnya adalah

rumusan keseluruhan tentang perkara yang dikaji berdasarkan kewujudan persamaan dan

perbezaan budaya yang terdapat dalam kedua-dua era filem tersebut.

3.0 RUMUSAN HASIL KAJIAN FILEM

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 25

Page 26: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Secara keseluruhannya, segala perkara yang dipaparkan dalam kedua-dua filem yang dikaji

mencerminkan budaya masyarakat pada era berkenaan baik budaya yang berbentuk

material mahupun budaya berbentuk bukan material. Benar kata Naim Ahmad (1995) yang

mengatakan bahawa khazanah kebudayaan Melayu dalam bahan bukan sastera menerusi

filem dapat dijadikan sebagai alat dan bahan kajian dalam mengenal budaya Melayu. Hal ini

terbukti menerusi dapatan penelitian terhadap kedua-dua filem yang dipilih, iaitu filem Antara

Dua Darjat dan filem Azura. Kedua-dua kandungan filem ini sarat dengan intipati budaya

Melayu yang dilihat daripada tiga aspek utama, iaitu aspek politik, sosial dan ekonomi.

Berdasarkan aspek-aspek inilah, pengkaji dapat membuat banding beza dari segi

kewujudan persamaan dan perbezaan budaya bagi kedua-dua filem yang datang dari dua

era berbeza.

Kesimpulannya, bangsa Melayu itu dikenal dari budaya Melayu. Memandangkan

masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai, sudah

pasti pelbagai budaya diamalkan. Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan

Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Apabila orang Melayu menjadi majoriti

dalam masyarakat Malaysia, maka budaya yang ada dalam masyarakat kita perlu

diketengahkan dan diperkenalkan kepada keseluruhan masyarakat dari zaman berzaman

agar identiti Melayu ‘tidak luput dek panas dan tidak lekang dek hujan’. Seperti yang

dikatakan oleh Wan Abd. Kadir Yusoff dan Zainal Abidi Borhan (1985) bahawa rantau ini

merupakan pusat pemancaran, pengembangan warisan budaya masyarakat Melayu sejak

zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu itu

sendiri.

4.0 PENULISAN REFLEKSI

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 26

Page 27: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Pada 19 Januari 2015 yang lalu, satu taklimat soalan tugasan kerja kursus Kebudayaan

Melayu telah disampaikan oleh penyelaras kursus, iaitu Puan Zawiah bt. Shukor. Tugasan ini

merupakan salah satu tugasan yang wajib dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan

semester ini. Sewaktu taklimat diberikan, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang

dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang mengenai kehendak tugasan ini.

Dalam perbincangan tersebut, pensyarah memberikan huraian dan penjelasan satu persatu

mengenai kehendak tugasan. Berpandukan penerangan yang cukup jelas diberikan

pensyarah, fahaman saya terhadap skop tugasan lebih jelas dan saya mula mendapat

gambaran awal mengenai tugasan yang akan dilaksanakan. Malahan, saya berasa teruja

untuk menyiapkan tugasan ini kerana tertarik dengan kehendak tugasan yang diberikan.

Saya berharap menerusi pelaksanaan tugasan ini nanti akan dapat memberikan saya

banyak pengalaman dan pengetahuan baharu sebagai nilai tambah dalam profesion yang

dipilih.

Tindakan pertama saya selepas memahami kehendak tugasan seperti mana yang

diterangkan oleh pensyarah ialah dengan mendapatkan segala bahan maklumat berkaitan

tugasan. Untuk ini saya telah berusaha mencari dan mengumpul maklumat tentang aspek

budaya yang menjadi fokus utama kajian. Sebelum carian filem yang sesuai dipilih, saya

terlebih dahulu menyenaraikan butir-butir yang perlu ada dalam kajian tentang aspek budaya

masyarakat yang meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi. Dengan ini, saya mendapatkan

pelbahai bahan daripada pelbagai sumber sama ada internet, jurnal, mahupun buku bagi

membantu pelaksanaan tugasan saya. Selain itu, perbincangan lanjut dengan pensyarah

terhadap sebarang kekeliruan dan kolaborasi pertukaran bahan dengan rakan-rakan juga

menjadi salah satu tindakan awal saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Setelah penelitian terhadap aspek-aspek budaya yang diperlukan dalam

menghasilkan tugasan ini, maka saya mula memilih filem-filem Melayu yang akan dijadikan

alat kajian. Berdasarkan kehendak tugasan, saya perlu memilih sebuah filem dari era 60-an

dan sebuah filem dari era terkini untuk dijadikan alat kajian bagi melaksanakan tugasan

banding beza budaya masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua filem tersebut. Semasa

slot pemilihan filem-filem ini, saya akui menghadapi sedikit masalah atau saya lebih gemar

memanggilnya sebagai cabaran apabila dimaklumkan filem yang dipilih perlu mempunyai

hubungan yang bersangkut paut. Hal ini agak memberikan cabaran untuk memilih filem-filem

yang berpautan demi mendapatkan banding beza budaya masyarakat dalam kedua-dua

zaman yang berbeza. Untuk ini, saya berusaha mengatasinya sebaik mungkin agar proses

pemilihan ini tidak menghalang proses keseluruhan dalam menyiapkan tugasan.

Walaupun, tempoh pemilihan filem-filem ini agak mengambil masa, namun saya

berusaha mengatasi secepat mungkin menerusi perbincangan dengan pensyarah yang

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 27

Page 28: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

sangat membantu dan juga rakan-rakan sekuliah. Bagi saya, pemilihan filem-filem ini

merupakan satu slot atau proses tugasan yang menarik kerana saya berusaha menonton,

memahami, menaakul dan akhirnya memilih filem-filem yang yang dapat memenuhi

kehendak tugasan kursus ini. Akhirnya, setelah keseluruhan aspek budaya diperhatikan

dalam filem-filem Melayu tersebut, maka saya telah memilih filem Melayu Klasik era 60-an

yang berjudul Antara Dua Darjat sementara filem terkini adalah filem Azura. Setelah

penelitian dibuat terhadap aspek budaya dalam kedua-dua filem yang dipilih, maka saya

mula membuat tugasan banding beza budaya yang terdapat dalam masyarakat bagi kedua-

dua era yang berbeza tersebut.

Dari segi masalah lain yang dihadapi tidaklah begitu menyulitkan kerana ianya

memberikan satu pengalaman yang membuatkan saya ingin belajar, mahu belajar dan

mengetahui tentang sesuatu yang merumitkan. Misalnya, dalam huraian banding beza

budaya dari setiap aspek politik, sosial dan ekonomi perlu diperlihatkan bukti ulasan dengan

jelas, maka di sini saya belajar cara untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut menerusi

pencarian sumber yang sahih yang dapat menyokong setiap penjelasan yang diberikan. Di

sini, saya akui adakalanya menghadapi sedikit cabaran untuk mendapatkan setiap bukti

yang diperlukan sehingga mengambil masa yang agak lama bagi setiap penjelasan yang

diberikan. Hal ini kerana untuk memenuhi keperluan tugasan selain memuaskan hati sendiri

kerana proses ini membuatkan saya lebih belajar untuk bersikap ilmiah terhadap tugasan

dan bukannya sekadar melepaskan batok di tepi tangga. Semua pengalaman yang dilalui

semasa proses pencarian bahan bukti ini ternyata memberikan saya banyak pengetahuan

dan ilmu baharu yang sebelum ini saya sendiri pun tidak jelas tentang sesuatu perkara.

Ternyata harapan awal saya untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan

baharu hasil daripada tugasan yang dilaksanakan tercapai dengan baik. Hal ini demikian

kerana menerusi pembacaan, pengamatan dan penelitian yang dibuat, saya berpeluang

mendapat banyak pengetahuan baharu yang sebelum ini kurang jelas dek pengetahuan

yang terbatas. Sebelum saya menyenaraikan pengetahuan baharu yang saya peroleh

menerusi pelaksanaan tugasan ini, perkongsian tentang pengalaman-pengalaman yang

saya lalui akan diperincikan terlebih dahulu.

Benar pernyataan yang dikemukakan oleh seorang penulis Perancis, iaitu Albert

Camus yang mengatakan pengalaman tidak dapat dicipta melainkan dilalui sendiri. Saya

bersetuju dengan pernyataan ini kerana banyak pengetahuan baharu yang saya peroleh

bermula dari pengalaman yang ditempuhi sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Antaranya

pengalaman mendapatkan bahan maklumat dari pelbagai sumber demi menghasilkan

tugasan yang dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Menerusi pengalaman jugalah,

saya mempelajari banyak perkara. Misalnya, dari segi pencarian maklumat mengenai

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 28

Page 29: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

tugasan dengan pelbagai cara dan usaha. Pengalaman yang utama pastinya semasa

mendapatkan maklumat tentang tugasan yang mana saya banyak membuat pembacaan

lanjut disamping membuat penelitian terhadap filem yang dikaji.

Menerusi usaha ini, saya memperoleh pengalaman bagaimana untuk menghasilkan

tugasan yang lebih baik menerusi pencarian dan pengumpulan maklumat yang bukan sahaja

sahih. Bahkan, mendekatkan lagi hubungan dengan rakan-rakan apabila berlaku kolaborasi

sepanjang melaksanakan tugasan ini. Meskipun tugasan secara individu, namun masing-

masing memberikan pertukaran dan penambahan idea yang ditunjangi ilmu yang berguna.

Kolaborasi inilah yang membantu menampung mana-mana kekurangan dalam pengetahuan.

Kesannya, kualiti penghasilan tugasan lebih terjamin.

Sebagai seorang bakal guru yang menjunjung aspirasi pendidikan negara, kualiti

guru sendiri harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi tranformasi keguruan

sebagai profesion pilihan bukannya sekadar istilah ‘tangkap muat’. Bagaimana untuk

menghasilkan guru yang berkualiti? Tidak lain dan bukan adalah menerusi budaya tingkat

kerja yang lebih berkualiti yang dilaksanakan dalam setiap tugasan yang diberikan.

Disebabkan pegangan inilah, maka saya berusaha meningkatkan kualiti tugasan dengan

melalui pelbagai cara dan usaha. Dalam satu daripada sebelas anjakan transformasi sistem

pendidikan negara seperti yang digariskan dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 turut berkehendakkan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

Dalam anjakan tersebut ada ditekankan tentang kepentingan guru yang berkualiti dalam

membentuk laluan kerjaya yang lebih baik.

Pengalaman menonton kedua-dua buah filem dengan tujuan untuk mengenal budaya

masyarakat dan membuat banding beza antara keduanya memberikan saya satu perasaan

yang pelbagai. Pertama, setelah menonton kedua-dua fiilem ini, saya berasa bangga dengan

identiti bangsa sendiri. Hal ini kerana saya dapat lebih mengenali dan memahami budaya

masyarakat Melayu secara khususnya yang berkaitan aspek budaya dari cakupan politik,

sosial dan ekonomi. Menerusi peluang meneliti kedua-dua filem dari era yang berbeza ini

membolehkan saya lebih mengenali budaya bangsa sendiri. Hal ini demikian segala perkara

yang dipaparkan dalam filem-filem tersebut mencerminkan budaya yang diamalkan

masyarakat. Di sinilah saya dapat mengenal pasti kewujudan persamaan dan perbezaan

budaya masyakarat Melayu dari kedua-dua era yang berbeza. Saya juga berpeluang

menganalisis setiap perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam kebudayaan

masyarakat Melayu. Perkara ini memberikan satu perasaan yang cukup menarik kerana

saya dapat melihat setiap pertautan di sebalik perubahan dan perkembangan yang berlaku

dalam budaya bangsa sendiri.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 29

Page 30: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Menerusi pelaksanaan tugasan ini juga, saya berpeluang membuat perkaitan dengan

unsur-unsur yang mempengaruhi setiap amalan budaya yang dipaparkan. Sebelum ini,

setiap kali saya menonton filem, saya tidak pernah ketinggalan memerhatikan budaya

masyarakat yang mana menjadi satu tingkat pengetahuan kepada saya, namun saya tidak

pernah membuat perkaitan secara terus dengan segala unsur yang mempengaruhi budaya

masyarakat yang dipaparkan. Berdasarkan ruang penganalisisan dalam pelaksanaan

tugasan ini, maka saya mendapat peluang untuk cuba memahami budaya masyarakat dalam

kedua-dua filem yang dikaji agar pengalaman meneliti filem bukan sekadar untuk

mendapatkan cerminan budaya tetapi juga perkaitannya dengan unsur yang mendorong

perlakuan budaya itu sendiri.

Apabila setiap perlakuan dalam budaya diperhatikan dengan mengaitkannya dengan

unsur-unsur yang mempengaruhi, maka kajian terhadap budaya akan semakin menarik.

Itulah yang saya rasa kerana di sebalik budaya yang diamalkan masyarakat mempunyai

sebab mengapa ianya wujud. Maka, kajian terhadap budaya dalam filem berupaya

memberikan ilmu pengetahuan baharu kepada saya. Ilmu-ilmu inilah yang menjadi nilai

tambah kepada bakal guru seperti saya. Pengetahuan ini bukan sekadar untuk melunaskan

tanggungjawab sebagai pelajar dalam melaksanakan tugasan yang diberi tetapi lebih

kepada bagaimana saya mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh ini dalam dunia

pendidikan yang sebenar.

Pengetahuan tentang budaya adalah keperluan bagi sesorang guru. Hal ini kerana di

sekolah, guru akan menerima banyak murid dari pelbagai latar budaya. Jika guru tidak

mempunyai ilmu tentang budaya, masalah ketidakfahaman budaya akan berlaku kerana

guru tidak bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya (Syed

Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon, 2010). Hal ini berbeza sekiranya seseorang

guru itu mempunyai ilmu tentang budaya, maka guru akan lebih mengenali budaya

muridnya. Malahan, guru boleh menerapkan pengisian budaya kepada murid. Contohnya,

penerapan nilai-nilai murni dalam sesuatu budaya. Perkara ini jugalah yang ditekankan

dalam anjakan ketiga PPPM 2013-2025 yang menjurus ke arah melahirkan rakyat Malaysia

dengan penghayatan nilai.

Berkaitan penerapan nilai-nilai murni dalam kedua-dua filem yang dikaji boleh

dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Contohnya, nilai

menghormati orang yang lebih tua. Nilai ini sama bagi semua budaya dan dapat difahamkan

kepada murid bahawa setiap budaya dalam masyarakat menekankan nilai-nilai yang baik.

Begitu juga nilai-nilai yang mungkin ada dalam sesuatu budaya tetapi berbeza caranya

dalam budaya-budaya lain. Misalnya, cara masyarakat India memberi hormat kepada orang

yang lebih tua ialah dengan menundukkan badan dan menyentuh hujung kaki orang yang

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 30

Page 31: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

dihormati itu sementara dalam masyarakat Melayu, cara hormatnya adalah dengan

menghulurkan salam dan mengucup tangan orang yang lebih tua. Walaupun nilai yang

diterapkan dalam kedua-dua budaya ini sama, namun berbeza caranya. Perkara

sebeginilah yang harus didedahkan kepada murid-murid yang berlainan latar budaya agar

masing-masing dapat mengenal budaya masyarakat di sekelilingnya kerana dari budaya kita

dapat memupuk perpaduan. Bayangkan situasi apabila murid dari berlainan budaya saling

menghina amalan budaya masing-masing sedangkan amalan itu cara amalan budaya

mereka. Maka, di sinilah peranan guru dalam memperkenalkan budaya setiap latar

masyarakat bagi memupuk perpaduan menerusi budaya bilik darjah yang terapuetik.

Bagaimana sekiranya guru sendiri tidak mengenal dan memahami budaya-budaya tersebut?

Sedangkan dalam PPPM 2013-2025 sendiri menggariskan perpaduan sebagai satu daripada

lima aspirasi sistem pendidikan negara melalui kepentingan interaksi murid dari pelbagai

latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima

serta menghayati perbezaan, perkongsian pengalaman dan aspirasi.

Selain itu, saya juga memperoleh pengetahuan dalam memanfaatkan ICT bagi

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran menerusi pelaksanaan tugasan ini. Hal

ini demikian kerana saya belajar bagaimana untuk mengapllikasikan pengetahuan yang ada

yang mana bahan pengajaran bersumberkan filem boleh dijadikan bahan pengajaran yang

dapat meningkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran murid-murid. Misalnnya saya

menggunakan filem sebagai bahan dan mengajarkan tentang sesuatu aspek budaya yang

terkandung dalam filem tersebut seperti cara berpakaian atau seni bina reka bentuk rumah.

Menerusi pengajaran berbantukan ICT ini, murid pastinya akan lebih tertarik berbanding

teknik pengkuliahan secara konvesional kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran

dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Pengaplikasian ICT ini dapat

mewujudkan inovasi dalam pendidikan yang lebih interaktif dan membantu meningkatkan

kualiti pembelajaran. Perkara ini sendiri selaras dengan anjakan ketujuh PPPM 2013-2025

yang mengarah kepada pemaafatan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

Malaysia. Bahan pengajaran berasaskan ICT juga dapat menyediakan murid dengan

globalisasi dan teknologi negara abad ke-21.

Secara keseluruhan, pelaksanaan tugasan ini banyak memberikan saya input yang

berguna. Bukan sekadar memenuhi keperluan kursus semata-mata tetapi lebih kepada

manfaatnya terhadap profesion keguruan sendiri. Belajar tentang budaya bangsa

menjadikan saya lebih mengenali dan menyanjungi budaya sendiri. Harapan saya agar

semua pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah menyiapkan tugasan

ini akan dapat saya manfaatkan dalam dunia pendidikan apabila ditempatkan di sekolah

kelak. Paling penting, semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh ini dapat

meningkatkan lagi kualiti dalam profesion yang saya pilih khususnya sebagai bakal guru

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 31

Page 32: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

bahasa Melayu. Hal ini sekali gus untuk membantu merealisasikan hasrat Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam merentasi kesebelas anjakan dalam PPPM (2013-2025) dalam

penekanan dimensi kualiti seorang guru.

Bibliografi

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi Baharu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 32

Page 33: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

A.Aziz Deraman. (2001). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh. (1997). Warisan Seni bina Melayu. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti.

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:

PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Al-Fatihah Md. Adnan & Normaliza Abd Rahim. ( 2014). Kritikan Sosial Dalam Filem Melayu

Zombi Kampung Pisang. Journal of Business and Social Development Volume 2 Number

2, September 2014: 62-73.

Amran Kasimin. (1989). Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian Perbandingan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Amran Kasimin. (2002). Perkahwinan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar Din. (2008). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Mazni Buyung. (1996). Pola Pengamalan Profesionalisme

dalam Industri Filem Malaysia. Ulu Kelang: FINAS.

Aziz M. Osman (Penerbit & Pengarah). (2012). Filem Azura. Kuala Lumpur: Ace Motion

Pictures Sdn. Bhd.

Berita Harian. (15 Jun 2013). Menjejaki Kesan Penjajahan British di Tanah Melayu. Kuala

Lumpur: Berita Harian Sdn. Bhd.

Berita Utama Portal Islam dan Melayu. (30 Ogos 2014). Wanita dan Kemerdekaan.

Diperoleh pada: 26 Januari 2015. Daripada: http://www.ismaweb.net/2014/08/wanita-dan-

kemerdekaan-ustazah-nor-saleha/

Ezrin Arbi. (2002). Sejarah Perkembangan Seni Bina di Malaysia: Sebuah Tinjauan Ringkas.

Kertas kerja dibentangkan di Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah

Bersejarah, Hotel Century Mahkota, Melaka, 7-12 Oktober.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 33

Page 34: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Habib, R. (2005). The role of social factors, lexical borrowing and speech accommodation in

the colloquial Arabic of rural migrant families in Hims. Unpublished Master’s thesis,

University of Florida. Retrieved from

http://ufdcimages.uflib.ufl.edu/UF/E0/01/17/20/00001/habib _r.pdf

Halaqah. Net. (12 September 2012). Tanggungjawab Isteri dan Hak Suami. Diperoleh pada:

23 Januari 2015. Daripada: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=18718.

Ibrahim Bin Ahmad. (2012). Muzik Kontemporari Sebagai Alat Pembentukan Nilai Dalam

Komuniti Ke Mana Hala Tuju Kita. Jurnal Jabatan Bahasa Moden 1( 2012): 3-4.

Ismail Hamid. (2008). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Johnson, E. (1993). The relationship between lexical variation and lexical change. Language

Variation and Change, 5, 285-303. doi:10.1017/S0954394500001514

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khadijah Muhamed & Halimah Awang.(1991). Dasar Ekonomi Baru dan Masa Depannya.

Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Khairunnisa Ahmad & Zakaria Mustafa. (2013). Politik Gender: Perbandingan Peranan

Wanita Dan Proses Politik Di Malaysia-Jepun: Halangan Dan Prospek. Jurnal Kajian

Sains Sosial 1 (1) (2013) 5 - 6

Melville J. Herskovits. (1972). Cultural Relativism: Perspectives in Cultural Pluralisme. New

York: Random House.

Mohamad Haji Ikhsan. (1 september 1994). Dilema Wanita Bekerja. Dewan Masyarakat, pp.

32-33.

Mohd Taib Osman. (1988). Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Yusof Hassan. (1991). Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mustafa Daud. (2000). Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Utusan

Publication Sdn Bhd.

Nagy, N. (2010). Lexical change and language contact. Retrieved from http://www.lel.

ed.ac.uk/sssocio/proceedings/Nagy.pdf

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 34

Page 35: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Naim Ahmad. (1995). Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian. Selangor: Penerbit Universiti

Pertanian Malaysia.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Ibrahim, Muhammad Bukhari Ahmad,

& Rosnanaini Sulaiman. (2010). Buku Tes Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (1990). Wanita Malaysia: Harapan dan Cabaran. Kuala Lumpur: K

Publishing & distribution.

Nor Aziah Jaafar. (25 Jun 1998). Pakaian Tradisional Masih Diterima Generasi Muda; artikel

Utusan Malaysia. Diperoleh pada: 26 Januari 2015. Daripada:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=1998&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm

Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir.(2000). Senibina Melayu Islam: Pengaruh

Agama dalam Alam Bina dalam Tamadun Islam di Malaysia (Mohd Taib Osman dan

A.Aziz Deraman, ed), 339-387, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Portal 1Klik. (23 Januari 2015). Permainan Tradisional dan Aktiviti Masa Lapang Masyarakat

Melayu. Diperoleh: 23 Januari 2015. Daripada:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/395-artikel/6670-permainan-

tradisional-dan-aktiviti-masa-lapang-masyarakat-melayu-.html

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. (2004). Sejarah KKM. Diperoleh pada: 21

Januari 2015. Daripada: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1006

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(2013-2025). Diperoleh pada: 24 Januari 2015. Daripada: http://www.moe.gov.my/v/pelan-

pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Rahim Syam dan Norhale. (1985). Mendekati kebudayaan Melayu. Selangor: Fajar Bakti.

Rahimin Affandi Abdul Rahim .( 2010). Kebudayaan Melayu Dan Islam: Analisis Terhadap

Cabaran Semasa. Diperoleh pada: 22 Januari 2015. Daripada:

https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/

kebudayaan-melayu-dan-islam-analisis-terhadap-cabaran-semasa/

Ramli Mohamad. 1998. Teknologi dan Masyarakat; Satu Kaedah Pengembangan Melalui

Komunikasi . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 35

Page 36: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Retro Evergreen. (3 Ogos 2013). Antara Dua Darjat. Diperoleh pada: 20 Januari 2015.

Daripada: http://retroevergreen.com/filem-klasik/filem-melayu-klasik/antara-dua-darjat-

1960

Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar .(2007). Bahasa

Melayu Kertas 1&2. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Sidek Baba. (2012). Melayu Perkasa. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Alaf 21.

S.M. Zakir. (2010). Alam Budaya Melayu. Diperoleh pada: 22 Januari 2015. Daripada:

https://nusacentre.wordpress.com/rencana/alam-budaya-melayu/

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam Faham Agama dan Asas Akhlak. Angkatan

Belia Islam. Kuala Lumpur.

Universiti Kebangsaan Malaysia. (3 Mei 2007). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu.

Diperoleh pada: 19 Januari 2015. Daripada: http://www.ukm.my/penerbit/f805-6.htm

Universiti Utara Malaysia. (2012). Pencapaian Malaysia : Teknologi. Diperoleh pada: 23

Januari 2015. Daripada: http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/karya-merdeka?

layout=edit&id=38

Utusan Online. (9 September 2012). Fokus Pada Pendidikan. Diperoleh pada: 21 Januari

2015. Daripada: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120909/re_13/Fokus-

pada-pendidikan

Wan Abd. Kadir Yusoff & Zainal Abidi Borhan. (1985). Idealogi dan Kebudayaan

Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Worran Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline. (2008). Seminar

Politik Malaysia. Universiti Teknologi MARA: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee. (2004). SPM SEJARAH. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 36

Page 37: Aseimen Kebudayaan Melayu Sem 7

Lampiran

Salinan lembut dan salinan keras pembentangan powerpoint

TUGASAN KERJA KURSUS KEBUDAYAAN MELAYU (BMM3142) 37