proposal kajian kes sem 7 baru
TRANSCRIPT
Kaedah Belajar Sambil Bermain (Jigsaw Puzzle) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran Awal Membaca Kanak-kanak Prasekolah terutama dalam mengenal suku kata KVKV( Kajian Kes di Kelas Prasekolah Usaha SK Kampong Selamat )
PENDAHULUAN
Kemahiran membaca merupakan satu proses menterjemah kandungan teks dari
bentuk tulisan kepada idea-idea pemahaman. Ianya juga merupakan proses pembentukan dan
pemberian makna antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Kegagalan berterusan murid
prasekolah dalam menguasai kemahiran asas membaca telah membawa kepada pertambahan
bilangan murid tidak melepasi saringan LINUS apabila mereka memasuki ke tahun satu. Hal
ini sangat menggerunkan bagi guru-guru tahun satu. Mereka perlu berusaha untuk
memulihkan kanak-kanak tersebut agar dapat membaca dan seterusnya dapat mengikuti
pelajaran bersama-sama kanak-kanak arus perdana. Kemahiran membaca dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah penting bukan sahaja mengurangkan murid-murid gagal melepasi
saringan LINUS tetapi juga mampu menjadi penggerak kepada kemahiran berkomunikasi
dan kemahiran berfikir aras tinggi kanak-kanak ( KBAT )
Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar
kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep dan
kemahiran. Apabila kaedah bermain ini dapat digunakan secara berkesan, ianya boleh
menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu kanak-kank tidak
akan dapat memahami atau mengaplikasi konsep atau prinsip yang dipelajari dengan
berkesan dan lebih bermakna kecuali jika mereka diberi ruang dan peluang menyaksikan
sendiri situasi sebenar dan menilai sendiri hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah.
Kakak-kanak berpeluang dan berkeupayaan meningkatkan kebolehan empati, menambah
kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif.
Kaedah belajar sambil bermain merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan
arahan dan bahannya diambil dari kisah benar.
1
PENYATAAN MASALAH
Pengalaman mengajar kelas prasekolah, di salah sebuah prasekolah SK Kampong
Selamat telah menemukan saya dengan masalah murid-murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran asas membaca walau pun ayat yang digunakan hanyalah ayat mudah. Hal ini
ditemui ketika saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Bahasa
Malaysia, dimana saya meminta sebilangan kanak-kanak membaca ayat mudah yang hanya
mengandungi tiga atau empat perkataan sahaja. Contohnya “ Ini ibu saya”. Mereka tidak
dapat membaca ayat tersebut. Seterusnya saya meminta mereka memadan kad gambar ibu
dengan kad ayat, “Ini ibu saya”. Mereka juga gagal berbuat demikian.
Saya menyedari sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan akan menyebabkan kanak-
kanak tersebut gagal untuk menguasai kemahiran membaca apabila mereka melangkah ke
tahun satu kelak. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca secara tak
langsung akan menyebabkan mereka disenaraikan sebagai murid gagal saringan LINUS.
LINUS adalah akronim kepada perkataan LI ( Literasi ), NU ( Numerasi ) dan S ( Screening –
Saringan ). Program ini dibentuk untuk memastikan semua murid tahun satu menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun tiga. Andai kata kanak-
kanak prasekolah tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca setelah tamat tempoh
pendidikan prasekolah, mereka ini akan gagal melepasi saringan LINUS dan akhirnya
menyebabkan murid gagal saringan LINUS bertambah.
Dalam fikiran saya mengapa terdapat sebilangan kanak-kanak prasekolah masih tidak
dapat menguasai kemahiran membaca. Adakah kaedah yang digunakan oleh guru prasekolah
tidak berkesan atau kekurangan bahan bacaan menyebabkan mereka berkeadaan demikian.
Mungkinkah guru prasekolah tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam membantu
kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran asas membaca atau keadaan ini berpunca dari
ketidaksediaan kanak-kanak sendiri untuk belajar membaca.
2
Keadaan ini ditambah pula dengan laporan LINUS tahun 2014 prasekolah SK
Kampong Selamat yang menyatakan bahawa dari jumlah murid seramai 75 orang hanya 40
orang murid sahaja yang menguasai kemahiran awal membaca setelah mereka berada di
tahun 1. Kira-kira 35 orang murid lagi gagal menguasai kemahiran awal membaca. Setelah
melihat pada perkembangan aktiviti yang dijalankan pada sesi pengajaran yang telah
dijalankan, saya beranggapan bahawa kanak-kanak prasekolah ini menghadapi masalah
dalam menguasai kemahiran mengenal suku kata terutamanya suku kata KVKV bagi
membentuk perkataan, ayat mudah dan seterusnya dapat membaca, walau pun ianya hanyalah
sebilangan murid sahaja.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru prasekolah untuk meningkatkan kemahiran
asas membaca kanak-kanak?
2. Adakah Kaedah Belajar Sambil Bermain dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
asas membaca kanak-kanak prasekolah.
3. Apakah peranan guru prasekolah dalam meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam
menguasai kemahiran asas membaca?
4. Apakah masalah yang kerap dihadapi oleh kanak-kanak dalam menguasai kemahiran
asas membaca mereka?
3
TUJUAN KAJIAN
Kajian yang akan saya lakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan
kaedah yang digunakan oleh guru prasekolah dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
asas membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk
memperlihatkan sejauh mana kanak-kanak prasekolah dapat meningkatkan kemahiran asas
membaca mereka melalui kaedah belajar sambil bermain. Selain dari itu, tujuan kajian ini
adalah untuk melihat masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah dalam menguasai
kemahiran asas membaca mereka. Juga tujuan kajian ini untuk melihat peranan yang dapat
dimainkan oleh guru bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas membaca murid-
murid prasekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan kaedah belajar sambil bermain dapat
meningkatkan kemahiran asas membaca kanak-kanak prasekolah.
2. Untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah yang digunakan oleh guru prasekolah
pada murid dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran asas membaca
mereka.
3. Untuk mengenal pasti peranan yang dapat dimainkan oleh guru prasekolah bagi
meningkatkan keupayaan murid dalam menguasai kemahiran asas membaca.
4. Untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam menguasai
kemahiran asas membaca.
4
KEPENTINGAN KAJIAN
i) Kepada guru dan kanak-kanak prasekolah
Menyedarkan guru bahawa kaedah belajar sambil bermain dapat memudahkan
peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi
rangsangan, meningkatkan motivasi serta dapat menarik minat kanak-kanak
menguasai kemahiran asas membaca kerana melalui bermain mereka mudah
mempelajari sesuatu konsep dengan cepat dan bermakna.
ii) Kepada Pihak Sekolah
Menyedarkan pihak sekolah serta pentadbir tentang pentingnya kaedah belajar
sambil bermain perlu dititik beratkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak prasekolah. Pihak pentadbir khasnya guru besar perlu mengambil
langkah- langkah berkesan dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh
guru dalam melaksanakan kaedah belajar sambil bermain terutamannya bahan
bantu belajar (BBM). Contoh seperti pelbagaikan permainan jigsaw puzzle dan
sebagainya. Dengan yang demikian masalah kanak-kanak prasekolah tidak dapat
menguasai kemahiran asas membaca dapat dikurangkan.
iii) Kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Agar Jabatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil kira tentang perlunya
diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman kepada guru-guru prasekolah bagi
menyediakan kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan kaedah belajar
sambil bermain serta dapat meningkatkan penguasaan guru prasekolah dengan
kaedah ini.
5
Tinjauan Literature
Belajar Sambil Bermain
Menurut buku Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan Pembelajaran Menyeronokkan
dan Bermakna Jilid 1 ( 2008 ) menyatakan bahawa belajar sambil bermain adalah satu
pendekatan terancang untuk memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana
yang bebas dan selamat serta memberi makna kepada mereka. Froebel ( 1782 – 1852 ) yang
digelar “Father of Kindergarten” telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal
kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Froebel percaya
bermain merupakan asas kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu.
Jean Piaget ( dalam Nurul Amirah dan Dr Zaidatun )(n.d) pula menyatakan bahawa
aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman yang lebih berkesan
kepada kanak-kanak normal. Pendapat D’ Augustine, Sobel & Maletsky ( 1973 ) pula
menyatakan bahawa permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat
mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti serta memupuk minat murid terhadap proses
pembelajaran mereka.
Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Kesinambungan di
antara belajar dan bermain menjadi rangka yang penting bagi memperkembangkan
keupayaan dan kebolehan kanak-kanak dalam kemahiran bahasa mereka. Bermain adalah
satu proses yang melibatkan kanak-kanak memahami sesuatu konsep. Melalui permainan,
ianya dapat memperkukuhkan kefahaman terhadap konsep bahasa yang ingin diketahui
mereka. Konsep bermain sebenarnya merupakan motivasi intrinsik ( dalaman ) dan
menyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung.
Mengikut Vygotsky ( 1962 ) menyatakan bahawa bermain membantu perkembangan
bahasa dan pemikiran kanak-kanak. Struktur otak akan terbentuk melalui penggunaan simbol
6
dan alat. Ianya juga membantu dalam pembentukkan ini. Bermain juga memberi kebebasan
kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi kehiduaan dunia sebenar.
Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.
Jerome Singer ( Spodek 1983 ) menganggap “Imaginative Play” sebagi usaha kanak-
kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman.
Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh
menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan menjadikan
mereka lebih kreatif.
Selain dari itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ianya merupakan
satu saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapat kegembiraan dan
keseronokkan. Almy ( 1984, Fagen )menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan di
arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain ,
mereka bebas dari segala peraturan. Melalui bermain kanak-kanak mendapat tingkahlaku
yang baharu. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang
dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan tokoh-tokoh pembelajaran yang lain.
Bagi Montessori pula, beliau menyatakan bahawa permainan adalah sebagai satu
pekerjaan bagi kanak-kanak . Bermain memberi peluang pada kanak-kanak meneroka dan
mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka akan menemui pengetahuan
baharu. Aktiviti bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu di
samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran bahasa mereka. Begitu
juga dengan pandangan Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa bermain mengembangkan
sifat semula jadi kanak-kanak, menyuburkan tubuh, menguatkan otot, mendatang
kegembiraan dan kerehatan selepas penat belajar.
Huraian Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) telah memberi
penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan aktiviti yang menjadi
7
kemestian bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, mencari dan menemukan
pelbagai pengalaman langsung dan secara semulajadi. Gawry ( 2009 ) telah memetik
pendapat Nietzsche ( dalam Azizah 2002 ) menyatakan bahawa bermain adalah kerja kanak-
kanak terutamanya dalam memahami tentang kuantitit, pengiraan, bentuk, ruang dan
pengukuran.
PERMAINAN JIGSAW PUZZLE
Puzzle merupakan permainan menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga menjadi
sebuah gambar yang lengkap. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis gambar. Kanak-kanak
dikehendaki menyusun serpihan-serpihan kecil daripada kepingan tersebut untuk dijadikan
sebuah gambar. Selain dari itu, puzzle juga merupakan satu permainan yang memerlukan
ketelitian dan ketekunan serta kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan sesebuah gambar
tersebut. Ianya melatih kanak-kanak supaya memberi perhatian dan fokus semasa
melakukannya serta perlu mempunyai daya ingatan jangka panjang semasa menyusun
kepingan-kepingan puzzle tersebut.
Puzzle yang pertama kali dihasil ialah jigsaw puzzle dan tangram. Kedua-dua
permainan ini dimainkan dengan cara menyusun kepingan-kepingan yang disatukan menjadi
satu objek atau gambar yang lengkap dan bermakna. Jigsaw puzzle mula diperkenalkan pada
tahun 1766 oleh John Spilsbury yang ketika itu ideanya hanyalah menggambarkan sebuah
peta pada kayu yang dipotong kepada kepingan-kepingan kecil untuk pembelajaran ilmu
geografi. Sejak dari itu, pelbagai jenis puzzle yang baharu muncul seperti logic puzzle,
mechanical puzzle dan contruction puzzle.
Disamping itu juga, melalui puzzle, kanak-kanak dapat belajar memahami konsep
bentuk, warna, ukuran dan jumlah ( konsep matematik ). Bagi kanak-kanak yang cerdas dan
pintar puzzle yang semesti diberikan kepada mereka mestilah berbentuk kompleks dari segi
gambar supaya mereka dapat berimaginasi dengan lebih tinggi dalam menyelesaikan
permainan tersebut. Hal ini dapat mengembangkan keupayaan kognitif mereka apabila
8
menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakah bentuk sebenar gambar dalam
permainan puzzle tersebut. Kesimpulannya aktiviti ini dapat meningkatkan daya imaginasi
kanak-kanak bagi melengkapkan gambar tersebut.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Pendekatan penyelidikan yang akan digunakan dalam kajian ini nanti adalah kaedah
gabungan dimana ianya menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah soal selidik
akan dikemukakan kepada guru-guru prasekolah di SK Kampong Selamat, kaedah temubual
dengan kanak-kanak prasekolah dan pemerhatian rekod pengesanan pencapaian asas
membaca kanak-kanak bagi meninaju tahap kemajuan asas membaca kanak-kanak
prasekolah. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan
melaporkan sebarang maklumat yang diperolehai dari soal selidik yang ditujukan kepada tiga
orang guru prasekolah SK Kampong Selamat yang mengajar di ketiga-tiga kelas prasekolah.
Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik yang
ditujukan kepada guru-guru prasekolah SK Kampong Selamat, kaedah temubual bersama
guru dengan murid-murid dan pemerhatian rekod pengesanan pencapaian asas membaca bagi
meninjau tahap kemajuan mereka.
POPULASI KAJIAN
Populasi merupakan satu kumpulan atau kelompok individu yang mempunyai ciri-ciri
yang sama dimana ianya menarik minat pengkaji, hasil dapatan kajian membolehkan
generalisasi dibuat ( Gay & Airasian, 2003 )
Bagi tujuan tersebut, saya memilih kelas Pra Usaha untuk tujuan kajian kes saya.
Rasional pemilihan kelas Pra Usaha untuk kajian ini adalah kerana bilangan kanak-kanak
9
kelas Pra Usaha didapati ramai yang gagal melepasi saringan LINUS apabila mereka berada
di tahun 1. Ini adalah berdasarkan laporan saringan LINUS 2014 dimana didapati kanak-
kanak dari kelas Pra Usaha yang berjaya melepasi saringan LINUS hanyalah satu orang
sahaja berbanding dengan kanak-kanak dari kelas Pra Maju dan Pra Ilmu SK Kampong
Selamat. Sampel yang akan digunakan ialah seramai lima belas orang iaitu tiga orang guru
pra sekolah dan dua belas orang murid, masing-masing lima dari kelas Pra Usaha, empat dari
kelas Pra Ilmu dan tiga dari kelas Pra Maju.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang akan digunakan dalam melaksanakan kajian kes ini ialah soal
selidik, protokol temubual dan pemerhatian. Soal selidik akan ditujukan kepada responden
dalam kalangan guru-guru prasekolah SK Kampong Selamat. Data kajian akan dikutip
dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 30 item yang terdiri daripada
tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Kaedah temu bual digunakan untuk memperoleh
maklumat responden dari kalangan kanak-kanak prasekolah bertujuan meninjau sejauh mana
minat dan motivasi mereka terhadap kaedah belajar sambil bermain dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Manakala pemerhatian rekod pula bertujuan untuk mengesan
pencapaian asas bacaan yang ada dalam setiap kelas prasekolah akan dijadikan instrument
untuk meninjau pencapaian kanak-kanak prasekolah di awal dan akhir kajian.
ALAT PENGUTIPAN DATA / INSTRUMEN
Dalam kajian kes ini saya akan menggunakan empat instrument sebagai alat
pengutipan data. Empat instrumen itu ialah dua set soalan temubual masing-masing satu set
untuk guru-guru dan satu set untuk kanak-kanak prasekolah SK Kampong Selamat.
Instrumen yang kedua pula ialah Senarai Semak Pemerhatian pencapaian kanak-kanak
Prasekolah Usaha sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan. Instrumen ketiga melalui
set soalan yang menggunakan borang kaji selidik manakala instrument keempat pula melalui
pendapat perseorangan guru-guru SK Kampong Selamat yang lain. Jadual 1 di bawah
10
merupakan contoh soalan temubual untuk guru manakala jadual 2 pula menunjukkan contoh
senarai semak pemerhatian yang akan digunakan bagi kanak-kanak prasekolah.
Jadual 1 : Contoh Soalan Temubual Untuk Guru.
Bil Soalan Temu Bual Pandangan Guru Refleksi Pengkaji
1
Bagaimana perkembangan kanak-kanak
semasa cikgu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Adakah
ianya baik atau sebaliknya?
2
Bagaimana pula kalau dilihat dari segi
pencapaian kanak-kanak dalam latihan
dan ujian mereka membaca mereka?
.
3
Apakah kaedah yang cikgu gunakan
semasa melakukan proses pengajaran
dan pembelajaran awal membaca kanak-
kanak.
4
Adakah cikgu rasa kaedah yang
digunakan berkesan untuk
meningkatkan kemahiran membaca
kanak-kanak?
.
5 Apa pula pandangan cikgu terhadap
kaedah belajar sambil bermain, adakah
ianya dapat membantu kanka-kanak
meningkatkan tahap kebolehan
membaca mereka?
.
11
6 Adakah cikgu setuju sekiranya diminta
cikgu menggunakan kaedah belajar
sambil untuk meningkatkan kemahiran
asas membaca kanak-kanak?
7 Sekiranya cikgu bersetuju menggunakan
kaedah tersebut, apakah permainan yang
ingin cikgu guna semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran cikgu?
Jadual 2 :Contoh Borang Rekod Pemerhatian.
Dibawah ini adalah contoh borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan
murid dalam menguasai kemahiran menyebut suku kata Bahasa Malaysia. Sila isikan
kekerapan suku kata yang diucapkan pada ruang yang disediakan. Catat jumlah kekerapan di
dalam kotak yang disediakan.
Nama Murid :
Tarikh :
PEMERHATIAN : 1 2 3 4 5
( Bulatkan nombor mengikut pemerhatian )
Waktu Pemerhatian Suku Kata Bahasa Melayu yang disebut Analisis
Masa : ………
Jumlah Kekerapan
12
Berdasarkan contoh temu bual yang akan di jalankan di atas, jawapan yang diberi
oleh guru akan dianalisis dan dirumuskan secara ringkas. Hasil dapatan temu bual tersebut
akan dapat melihat sejauh mana kekerapan guru-guru prasekolah menggunakan kaedah
belajar sambil bermain semasa pengajaran dan pembelajaran kelas mereka dalam usaha
meningkatkan kemahiran asas membaca kanak-kanak. Begitu juga dengan contoh borang
kekerapan kanak-kanak prasekolah menyebut suku kata dengan betul melalui proses
pengajaran dan pembelajaran kaedah belajar sambil bermain. Hasil dapatan tersebut dapat
menunjukkan penguasaan kanak-kanak dalam menyebut suku kata dan juga perkataan mudah
dalam usaha mereka meningkatkan kamahiran asas membaca mereka.
SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian ialah kumpulan kecil yang diambil dari kumpulan populasi yang
menjadi sasaran pengkaji untuk melakukan kajian. Dalam kajian saya, sampel yang
digunakan adalah guru-guru dan murid-murid Prasekolah di SK Kampong Selamat.
Sampel yang akan digunakan dalam Kajian Kes saya ialah ketiga-tiga guru
Prasekolah, guru-guru Tahun Satu dan juga 12 orang kanak-kanak masing-masing lima dari
kelas Pra Usaha, empat dari kelas Pra Ilmu dan tiga dari kelas Pra Maju SK Kampong
Selamat 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Untuk tujuan tersebut, saya akan
menemu bual ketiga-tiga guru Prasekolah yang dinyatakan dan meminta mereka mengisi
borang soal selidik, manakala kanak-kanak yang terpilih akan diletakkan berasingan dengan
kanak-kanak kelas biasa. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta proses pemerhatian dan penilaian dilakukan.
Bagi mengenalpasti sampel kanak-kanak yang akan diambil saya akan mengadakan
satu ujian secara lisan ( 3X ) dan ( 1 X ) bertulis kepada semua kanak-kanak Prasekolah SK
Kampong Selamat. Hasil dapatan dari kedua-dua ujian tersebut, hanya 12 orang kanak-kanak
yang dikenalpasti menghadapi masalah akan diambil sebagai sampel dalam kajian kes saya
ini.
13
Contoh Borang Hasil Keputusan Ujian Lisan bagi Kemahiran Mengenal Suku Kata yang
akan direkodkan.
Sampel Kekerapan kesalahan mengenal suku kata
Jumlah
Kesalahan
Ujian Lisan 1 Ujian Lisan 2 Ujian Lisan 3
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
14
ANALISIS DATA
Analisis data merupakan salah satu proses penelitian yang dilakukan setelah semua
data yang diperlukan untuk menyelesaikan permasalahan yang kaji sudah diperoleh secara
lengkap. Ketepatan dan keesahan dalam penggunaan intrumen kajian sangat penting untuk
menentukan ketepatan kita membuat analisis keputusan. Oleh yang demikian proses
menganalisis data merupakan satu proses yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja setelah
proses penelitian kajian dilakukan. Kesalahan dalam menentukan intrumen analisis akan
menyebabkan rumusan dan dapatan analisis tidak tepat. Analisis data terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Analisis Kuantitatif dan Analisis Deskriptif..
Analisis Kuantitatif
Analisis Kuantitatif biasanya digunakan adalah analisis statistik. Ianya boleh
ditunjukkan mengikut kesesuaian seperti carta pie graf palang dan graf garis. Analisis jenis
ini terbahagi kepada dua jenis iaitu analisis deskriptif di mana ianya digunakan untuk
menganalisis data dengan cara mendeskripsikan atau menerangkan statistik sampel yang
diperolehi dan data yang telah dikumpul tanpa membuat kesimpulan. Analisis kuantitatif
merupakan data numerikal serta melibatkan statistik.
Analisis Kualitatif
Analisis Kualitatif adalah maklumat yang menghasilkan data melalui permerhatian,
analisis dokumen dan temu bual. Kesimpulan analisis data digunakan bagi memperoleh
jawapan kepada persoalan yang dikaji. Data yang diperoleh akan dianalisis mengikut teknik-
teknik analisis data yang tertentu seperti koding, tema sub tema dan sebagainya.
15
Dalam kajian kes yang dinyatakan, saya akan menggunakan kedua-dua jenis analisis
yang disebutkan di atas untuk tujuan pengumpulan data dan membuat kesimpulan.
PENUTUP
Proposal Kajian Kes saya yang bertajuk “Kaedah Belajar Sambil Bermain (Jigsaw
Puzzle) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran Awal Membaca Kanak-kanak Prasekolah
terutama dalam mengenal suku kata KVKV( Kajian Kes di Kelas Prasekolah Usaha SK
Kampong Selamat )” ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah belajar
sambil bermain dapat meningkatkan kemahiran asas membaca dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Ianya juga turut mempersoalkan peranan guru prasekolah, kaedah yang
digunakan sama ada berkesan atau tidak, serta juga untuk membuktikan bahawa kaedah
belajar sambil bermain dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan kanak-kanak
menguasai kemahiran asas membaca.
Proposal ini juga turut menyatakan bahawa kajian ini nanti akan menggunakan
kaedah gabungan di mana ianya akan menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif
dalam proses pengutipan data dapatan. Kajian ini juga akan menggunakan kaedah
pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian rekod
pengesanan pencapaian asas membaca kanak-kanak prasekoah.
Kajian ini juga akan menggunakan empat instrument sebagai alat pengutipan data
iaitu set soalan kaji selidik, set soalan temu bual, senarai semak pemerhatian serta juga
pendapat perseorangan guru-guru SK Kampong Selamat berkaitan dengan Kaedah Belajar
Sambil Bermain manakala dua belas orang kanak-kanak dan tiga guru Prasekoah SK
Kampong Selamat akan digunakan sebagai sampel kajian.
16
SENARAI RUJUKAN
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (editor).1989. Kaedah pengajaran Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosinah Edinin; PhD (editor), 2011. Penyelidikan Tindakan ( Kaedah dan Penulisan), Kuala Lumpur, Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Shamsina Shamsudin (editor), 2013, Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah, Kuala Lumpur, Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Fazilah Amzah (editor) , Nota Kuliah PPG USM KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah.
17