big ceramahhh

8
Program Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan atas kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan tunggak utama pembentukan generasi masa hadapan. Program BIG ini dilihat dapat menyediakan bakal guru dalam menghadapi cabaran era globalisasi pada masa hadapan. Oleh itu, banyak aktiviti dirangka untuk mencapai matlamat sebenar program BIG yang dijalankan. Melalui kesemua aktiviti yang dirangka khas dalam program ini, pelajar dapat mengenal diri dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat tiga matlamat utama yang ingin dicapai untuk mencapai objektif bagi kursus Bina Insan Guru ini:- 1. Peserta-peserta dapat belajar mengenai cara-cara untuk beretika di dalam pelbagai situasi. 2. Membina insan guru yang bersopan dan beretika dsecara keseluruhan dan mempunyai nilai-nilai seorang guru. 1 3.0 MATLAMAT 2.0 PENGENALAN

Upload: muhammad-zul-aizzat

Post on 07-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jsdcnsdkcnldsn

TRANSCRIPT

2.0PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan atas kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan tunggak utama pembentukan generasi masa hadapan. Program BIG ini dilihat dapat menyediakan bakal guru dalam menghadapi cabaran era globalisasi pada masa hadapan. Oleh itu, banyak aktiviti dirangka untuk mencapai matlamat sebenar program BIG yang dijalankan. Melalui kesemua aktiviti yang dirangka khas dalam program ini, pelajar dapat mengenal diri dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3.0MATLAMAT

Terdapat tiga matlamat utama yang ingin dicapai untuk mencapai objektif bagi kursus Bina Insan Guru ini:-1. Peserta-peserta dapat belajar mengenai cara-cara untuk beretika di dalam pelbagai situasi.2. Membina insan guru yang bersopan dan beretika dsecara keseluruhan dan mempunyai nilai-nilai seorang guru.3. Melahirkan guru yang berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4.0 OBJEKTIF AKTIVITI

Objektif BIG adalah seperti berikut:1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domian kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG)2. Membina kualiti peribadi dan profesional sebagai insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat.3. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan pendidikan negara.5.0TEMPAT

Dewan Kuliah A6.0 JADUAL PELAKSANAAN/ TARIKH

Tarikh: 7 Mac 2014Hari: JumaatMasa: 2.00 petang-5.00 petang

7.0 REFLEKSI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang bersahsiah tinggi, berilmu, berkemahiran serta berakhlak mulia. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru pelatih. Sesungguhnya program ini menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan guru pelatih menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab dan menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Saya telah menjalani Kursus Bina Insan Guru (BIG) ceramah pada 7 Mac yang lalu. Ceramah ini diwajibkan bagi kesemua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) semester lima. Ia dibahagikan kepada tiga sesi iaitu ceramah tentang fungsi dan peranan PPD, fungsi dan peranan PKG serta sesi soal jawab. Sesi soal jawab melibatkan perbincangan dua hala antara para pelajar dan penceramah dibawah tema yang diberikan. Ceramah ini ternyata telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya untuk seseorang bakal guru bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi dunia sebenar pendidikan.Kesemua guru pelatih menghadirkan diri tepat pada masanya sebelum ceramah ini berlangsung. Ini menunjukkan pengalaman menjalani Program Bina Insan Guru sebelum ini berjaya membentuk disiplin dalam kalangan guru pelatih. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita seharusnya menepati masa dan merancang sesuatu perkara dengan baik agar segalanya berjalan lancar.Selepas mengikuti ceramah ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baru. Sesi pertama dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Peranan dan Fungsi sebagai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Saya berpeluang mempelajari tentang peranan-peranan kakitangan PPD dengan amat terperinci. Mereka memegang peranan yang amat penting dalam sesebuah sekolah dari segi perkhidmatan, kewangan dan pengurusan. Hubungan erat antara PPD dengan pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah juga membolehkan setiap dasar, aspirasi dan inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan dapat dihayati dan direalisasikan dengan Berjaya. Ceramah ini tidak terasa lama kerana penceramah sangat sensitif akan keadaan para guru pelatih dimana penceramah akan membuat selingan untuk menarik perhatian para guru pelatih.Disamping itu, ceramah ini telah membuka mata saya tentang peranan PKG dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah. Ini dapat dilaksanakan melalui perkongsian idea sesama guru dari sekolah yang berbeza. Guru-guru dapat duduk semeja dan bertukar cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan di sekolah masing-masing. Pertukaran idea ini dilihat sangat positif dan membina untuk kebaikan sekolah masing-masing. PKG dalam erti kata lain merupakan agen perubahan kepada institusi sekolah itu sendiri dan guru-guru sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.Kesimpulannya, Kursus Bina Insan Guru ini telah banyak memberi manfaat kepada guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Aktiviti yang disusun sepanjang ceramah juga telah berjaya memberi impak terhadap diri saya terutamanya dari emosi, rohani, intelek dan sosial.Laporan disediakan oleh,

(QHAILANI ASYMUI BINTI RUSLAN)Pengajian Bahasa Inggeris, Kumpulan 3 Januari 2012,Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

8.0 PENILAIAN KENDIRI

Melalui kesemua aktiviti yang telah dilakukan sepanjang ceramah ini, saya sebagai seorang guru pelatih telah mempelajari nilai hormat menghormati, disiplin, memahami konsep nilai dan etika keguruan serta hubungan dengan komuniti. Saya mempelajari nilai hormat menghormati sepanjang ceramah ini dijalankan. Hal ini kerana kesemua guru pelatih yang terlibat telah memberikan tumluan yang baik semasa ceramah disampaikan. Ini menunjukan sikap hormat terhadap orang yang sedang berucap kerana perkara yang sama akan berlaku setelah bergelar seorang guru. Sebagai contoh, para pelajar memberikan sepenuh tumpuan kepada guru yang sedang mengajar. Oleh itu, ini merupakan pengajaran yang penting kepada bakal guru sebagai persediaan untuk menjadi guru pada masa hadapan, untuk mengajar bakal guru tentang pentignya sikap saling menghormati antara satu sama lain semasa sesi pembelajaran dijalankan.Program ceramah ini juga sememangnya telah berjaya membentuk peribadi saya sebagai seorang guru memahami konsep nilai dan etika keguruan. Ceramah ini telah membuka mata saya mengenai peranan PKG dan PPD dan secara tidak langsung etika dan nilai keguruan. Ini melibatkan kesungguhan para guru dalam usaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah dimana kesemua aspek perlu diambil kira dan pihak terlibat perlu memainkan peranan masing-masing. Selain itu juga, program ini telah memberi kesedaran kepada guru pelatih untuk lebih berdisiplin. Disiplin adalah amat penting dalam setiap perkara. Tanpa disiplin, seseorang tidak akan berjaya mencapai matlamat atau impian dalam hidup. Disiplin ini melibatkan pelbagi aspek termasuk aspek ketetapan waktu, pemakan dan cara pembawakan diri seorang guru tersebut. Sebagai bakal guru, saya perlu menampilkan penampilan yang kemas dan peribadi mulia kerana saya bakal menjadi contoh kepada pelajar saya kelak. Oleh itu, pada pendapat saya ini merupakan usaha yang baik dalam melahirkan warga pendidik yang sentiasa berdisiplin.Akhir sekali, ceramah ini telah mebuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan. Hal ini kerana, sepanjang saya mendengar ceramah tersebut, saya dapat membayangkan diri saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Melalui semua maklumat yang diberikan, saya sedikit sebanyak dapat membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Ini telah membakar semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya membentuk pelajar yang cemerlang dan berbakat. Saya ingin menjadi guru yang berjaya mendidik para pelajar menjadi insan yang bersahsiah tinggi dan serba boleh pada masa hadapan.Cadangan penambahbaikan bagi program ceramah ini pula adalah saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan sedikit penambahbaikan dapat dibuat dari segi penglibatan guru pelatih. Aktiviti ini akan lebih bermakna sekiranya guru pelatih diberi peluang yang lebih untuk menyuarakan pendapat serta bertanyakan pendapat. Penceramah mengambil terlalu banyak masa memberi penerangan sehingga tinggal cuma sedikit waktu bagi slot soal dan jawab. Hal ini adalah kerana, program ini dilihat dapat memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari peranan mereka serta, bagaimana mereka dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah. Diharapkan dengan penambahbaikan yang dilakukan, program ini akan menjadi lebih berkesan dan efektif.

9.0 PENUTUP

Program Ceramah Bina Insan Guru ini diharapkan dapat mencapai kesemua objektif dan memberi perubahan kepada guru-guru pelatih. Selain itu, program ini juga diharapkan untuk dapat mengajar guru-guru pelatih tentang cara-cara untuk beradab di khalayak ramai. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diperoleh akan kami gunakan untuk membentuk anak-anak didik kami nanti sebagai insan yang beretika selaras dengan matlamat pendidikan negara serta untuk mencapai Wawasan 2020.

2