bdp ulangkaji

2
SOALAN STRUKTUR 7. NYATAKAN DUA ASPEK UTAMA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH SEORANG GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA Aspek iklim dan persekitaran bilik darjah. - berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. - tempat duduk murid harus diambil kira supaya dapat mewujudkan semangat kekitaan yang boleh mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif. - Bahan bantu mengajar haruslah pelbagai supaya boleh disesuaikan dengan pelajar yang pelbagai pemikiran dan papan pameran harus mengandungi kepelbagaian maklumat mengenai kaum yang berbilang supaya boleh mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap kaum lain di Malaysia. Aspek komunikasi dalam bilik darjah - Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. - Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi. - Guru haruslah mengamalkan demokrasi dalam komunikasi bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Demokrasi ini haruslah dilaksanakan kepada semua pelajar tanpa mengira agama dan bangsa pelajar. Pelajar akan berasa meeka ini dihargai. Selain itu, guru juga haruslah menggunakan bahasa yang berkesan dan bersedia untuk mendengar. Di samping itu, guru juga haruslah menghormati perasaan orang lain atau pelajar tanpa mengambil kira bangsa, adat dan budaya. Ini

Upload: angeline-hazel

Post on 11-Jul-2016

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

FRF

TRANSCRIPT

Page 1: Bdp Ulangkaji

SOALAN STRUKTUR

7. NYATAKAN DUA ASPEK UTAMA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH SEORANG GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Aspek iklim dan persekitaran bilik darjah.

- berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.

- tempat duduk murid harus diambil kira supaya dapat mewujudkan semangat kekitaan yang boleh mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif.

- Bahan bantu mengajar haruslah pelbagai supaya boleh disesuaikan dengan pelajar yang pelbagai pemikiran dan papan pameran harus mengandungi kepelbagaian maklumat mengenai kaum yang berbilang supaya boleh mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap kaum lain di Malaysia.

Aspek komunikasi dalam bilik darjah

- Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. - Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid,

perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.

- Guru haruslah mengamalkan demokrasi dalam komunikasi bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Demokrasi ini haruslah dilaksanakan kepada semua pelajar tanpa mengira agama dan bangsa pelajar. Pelajar akan berasa meeka ini dihargai. Selain itu, guru juga haruslah menggunakan bahasa yang berkesan dan bersedia untuk mendengar. Di samping itu, guru juga haruslah menghormati perasaan orang lain atau pelajar tanpa mengambil kira bangsa, adat dan budaya. Ini boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsa yang lain dan mereka ini tidak berasa tesingkir.

- Dengan ini, satu suasana bilik darjah yang harmoni dan kondusif boleh diwujudkan dan sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berjalan dengan lancar