bdp masyarakat orang asli edited

Upload: amalina-an-nur

Post on 19-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PISMP 5EPensyarah Pembimbing : Puan Sharifah binti SaidPelajar: Nuradilah binti SamiAmalina An Nur binti AnasNur Atiqah binti Mohamad Nor HaidarProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

ORANG ASLI

PENGENALAN

Definisi Orang Asli Orang bermaksud manusia Asli diertikan sebagai orang yang asal keturunannya, lahir dan tinggal di sesebuah negeriOrang Asli ialah orang asal atau orang yang mula-mula menduduki negara ini Perkataan Orang Asli juga dikatakan digunakan bagi menggantikan penggunaan perkataan sakai yang bermaksud hamba dan mempunyai unsur-unsur penghinaan

-Kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu.Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan.Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara sporadic, irregular dan incrementalMenghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini merupakan keturunan daripada manusia Austronesian awal

SEJARAH

Ciri-ciri Orang Asli 1) Barang siapa yang mempunyai bapa yang berketurunan dari salah satu daripada suku Orang Asli, bertutur dalam Bahasa Orang Asli dan mengikut cara-cara hidup Orang Asli, kebudayaan dan kepercayaannya serta termasuk generasi yang terdiri dari kaum lelaki dari orang-orang yang berkenaan

Ciri-ciri Orang Asli 2) Anak yang dilahirkan hasil daripada perkongsian antara seorang perempuan dari keturunan orang Asli dan seorang yang berlainan bangsa dengan syarat bahawa kanak-kanak tersebut bertutur dalam Bahasa Orang Asli, mengikut cara-cara kehidupan Orang Asli, kebudayaan Orang Asli dan kepercayaannya dan masih merupakan ahli masyarakat Orang Asli.

Petempatan Orang Asli

Suku Kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia1) Negrito :KensiuKintak Lanoh JahaiMendriq Bateq2) Senoi : Che WongMahmeri Jahut Semoq BeriTemiarSemai 3) Melayu Proto :KualaKenaq Seletar Jakun Semelai Temuan

LOKASI ORANG ASLI DI MALAYSIA

Rumpun Bangsa Melayu-ProtoTinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.Kebanyakan perkampungan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir bandarMendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan PahangRumpun Bangsa Senoi

Rumpun Bangsa NegritoKawasan pinggir, persisiran, empangan dan kawasan pedalaman

Pemilihan ketuaBudaya Orang AsliOrang yang sangat berpengaruhOrang yang mengetahui selok belok adat resam dan berilmuBerkebolehan berinteraksi dengan masyarakat luarMempunyai ilmu kebatinanKebiasaanya akan disandang secara turun temurun Bertanggungjawab dan aktifDisahkan oleh kerajaanBersikap prihatin dan penyabar

Budaya Orang Asli1) MerisikSetelah kedua-dua pasangan bersetuju untuk berkahwin, mereka akan ditemukan dalam satu pakatan sulit Antara pihak lelaki dan pihak perempuan

2) Meminang pihak lelaki akan menghantar alat-alat seperti salan tiga, belanja tumbuh, selendang, cincin perak dan sirih pinang kepada pihak perempuan (mengikut jumlah tertentu yang telah ditetapkan) ADAT PERKAHWINAN

3) Adat Tanggung NafkahPihak lelaki akan memberi nafkah kepada pihak perempuan dalam tempoh mereka bertunang, mengikut syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. ADAT PERKAHWINAN

4) Bertunang Pihak lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat tertentu sebagai persediaan untuk digunakan pada hari perkahwinan (kelamin, kelambu, bantal dan tilam, salin tiga, kasut pengantin)

ADAT PERKAHWINAN

5) Hari perkahwinan kedua-dua orang pengantin akan dikenakan adat seperti berinai, bergandik, gunting rambut, dan mandi limau, iaitu sebelum upacara persandingan dijalankanSemasa pengantin lelaki berangkat menuju ke rumah pengantin perempuan, isitadat seperti berarak, merenjis bertih dan memohon tanda akan dijalankanSelepas itu barulah upacara bersanding akan dijalankan. kedua-dua orang pengantin akan dibawa naik ke rumah untuk istidat menyembah wali wakil, ibu bapa mertua dan waris-waris.

ADAT KELAHIRAN

Semasa mengandungPasangan suami isteri dilarang untuk mendekati binatang yang boleh memudaratkan kandungan,Kaum bapa dilarang memaku di rumah Tidak dibenarkan memakan daging rusa, kancil, babi dan ayam hutan, tidak dibenarkan menghampiri orang mati, serta dilarang makan pisang yang patah tengkuk

2) Semasa kelahiranSemua jiran wanita akan diberitahu apabila masa kelahiran sudah tiba

4) Selesai proses berpantangBayi akan menjalani istiadat mandi putus ubat manakala si ibu akan menjalani istiadat mandi bidan.ADAT KELAHIRAN

2) Semasa dalam pantang ibu tersebut tidak dibenarkan memakan sayur-sayuran, ikan yang berbisa dan tidak tersisi, cili, minyak masak, dan air sejuk kecuali air kopi dan air suamMereka hanya diberi makan nasi berlaukkan ikan panggang atau digoreng tanpa minyak. Ibu juga tidak dibenarkan mandi air sejuk.

ADAT KEMATIAN

Apabila berlaku kematian di sesebuah kampung, sanak saudara jauh dan dekat akan diberitahu Penduduk tempatan akan datang menziarah dan membantu dalam upacara pengebumian Kebiasaanya mayat tidak akan dikebumikan pada hari kematiannya. Hal tersebut demikian adalah bagi memberi peluang kepada sanak saudara yang jauh datang memberi penghormatan terakhir

ADAT KEMATIAN

Pada malam tersebut, penduduk kampung akan berjaga di rumah si mati sehingga pagi untuk mengelakkan mayat tersebut diganggu oleh hantu atau dilangkahi oleh kucing. Hal tersebut kerana mereka mempercayai bahawa sekiranya perkara seperti itu terjadi mayat tersebut akan bangun dan mengganggu ADAT KEMATIAN

ADAT KEMATIAN

Kanak-kanak pula akan ditinggalkan dengan arang diconteng di kedua-dua belah kening dan tapak kaki, supaya tidak diganggu oleh hantuSetelah mayat selamat dikebumikan, kayu yang telah diukir akan dicacakkan di atas kubur sebagai penanda seterusnya upacara meletakkan makanan, minuman, dan rokok yang telah dinyalakan di atas kubur selama enam hari berturut-turut Pada hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk memberitahu si mati bahawa dia sudah berada di alam lain. ADAT KEMATIAN

ADAT KEMATIAN

PerayaanHari GegulangHari MenuaiHari MembukaLadang BaruHari GegulangBiasanya diraikan pada bulan Januari atau Febuari.Perayaan ini diadakan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan kampung Perayaan dimulakan oleh pawang atau bomoh iaitu dengan mantera atau jampi cenagah bagi memanggil roh, keramat dan penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman nenek moyang mereka. Upacara tersebut akan dilaksanakan di balei (rumah pemujaan) yang telah disediakan dalam satu kawasan khas. Kemuncak perayaan ini, setiap penduduk kampung akan mengadakan kenduri di rumah masing-masing dan orang ramai akan dipelawa. Bagi memeriahkan perayaan tersebut, joget Orang Asli atau Modek akan dijalankan. Upacara tersebut biasanya akan berlarutan sehingga ke pagi. Hari MenuaiDisambut dengan mengadakan kenduri pada hari pertama padi dituai Hari tersebut menjadi hari yang paling sibuk Mereka akan menangkap ikan, memburu, mengutip sayur, menuai, dan menumbuk padi sebagai persediaan untuk mengadakan kenduri besarHari MembukaLadang BaruPerayaan ini berkait rapat dengan tugas yang mesti dilakukan oleh Orang Asli iaitu membuka ladang baharu. Hal ini demikian kerana sumber makanan dan pendapatan mereka datang daripada pekerjaan di ladang. Oleh itu, mereka akan mengadakan kenduri bagi memastikan keselamatan diri dan tapak ladang, iaitu dengan menjamu penunggu atau keramat di daerah tersebut.

Beras dan ubi kayu sebagai makanan utama.sumber protein pula diperolehi daripada binatang buruan dan ikanSayur-sayuran dan buah-buahan didapati dari ladang dan hutan yang berhampiranMakanan

Manuk Bakar

PerubatanCara perubatan mereka menggunakan akar, daun-daun kayu atau bomohBomoh atau pawang memainkan peranan penting untuk mengubat penyakit yang dihidap, iaitu dengan cara jampi, bercadak, berkebut, sewing, gegabor, sangkak, tenghor, cekncat, ne-alin dan bidan atau bidut.

KediamanOrang Asli sebelum ini tinggal di teratak kecil atau rumah panjang yang dibuat daripada buluh, kayu, rotan, dan atap.Namun pada zaman ini bantuan perumahan percuma kepada Orang Asli

Pada tahun 50-an dan sebelumnya, sebahagian besar orang asli memakai pakaian yang paling minima, iaitu untuk menutup bahagian kemaluan mereka sahaja. Pakaian mereka juga diperbuat daripada kulit kayu, daun-daun kering, ataupun kulit binatang.Kemudian, apabila kain mula diperoleh atas kadar yang minima, mereka menggunakan kain tersebut untuk membuat cawat. Walaupun begitu, selari dengan peredaran zaman, pada hari ini masyarakat orang asli sudah memakai baju dan seluar serta kainPakaian

PANTANG LARANG

KELAHIRAN

Kaum SemaiPantang larang seperti mendekati binatang seperti kura-kura, beruk & ularKaum bapa tidak dibenarkan memasang dan memaku rumah, menghampiri org mati, makan daging rusa, kancil, babi, ayam hutan, makan pisang yang patah tengkuk dan lain-lain kecuali dijampi terlebih dahulu

Bayi yang dilahirkan dilarang diminta untuk dipelihara oleh org lain. Jika berlaku juga, hendaklah ditukar dengan benda supaya semangat bayi tidak hilang.Dilarang menutup lubang atau sesuatu laluan seperti kelawar dan sebagainya untuk mengelakkan si ibu susah bersalin.Kaum Semai

Kematian

Kaum SemaiBila berlaku kematian, meraka tangguh aktiviti harian, khuatir roh si mati marah dan akibatnya ditimpa malangMayat tidak boleh dilangkah kucing

Pemakanan

Kaum SemaiDilarang mencampurkan masakan binatang darat dengan binatang dalam air (untuk mengelak penyakit)Dilarang minum air yang bertakung dalam tin, botol dan tunggul kayuDilarang makan buah yang tumbuh di bawah kayu teras atau yang berapit.Dilarang mengeji makanan seperti ikan diumpamakan seperti babi

Aktiviti Berburu

Kaum SemaiDilarang berjanji ke hutan, kalau mungkir janji akan terkena serenlong Dilarang menegur perkara ganjil seperti melihat gua yang besar & pokok yang menyerupai binatang (penyakit @ cacat)Dilarang ketawa pada beruk, cacing & kupu (boleh datangkan ribut petir yang kuat serta banjirDilarang melalui tempat binatang buas membunuh manusia (terkena penyakit)

Pantang larang dalam hal lain

Kaum SemaiSemasa membina rumah kedudukan rumah dilarang menghala laluan matahari tkt penghuni demam & sakit.Dilarang buat kerja waktu senja dan hari yang tidak baik 15, 16 & 17 hb (boleh menyebabkan penghuni tidak aman.Dilarang jatuh ketika membina rumah, tidur di rumah yang belum siap, kanak-kanak dilarang menangis dan dilarang mendiami rumah sebelum ditepung tawar

KEPERCAYAAN

Mereka mempercayai dan mengutamakan peranan dewa \ termasuklah dewa keramat, roh dan sebagainyaDi samping itu, hutan, rimba, gunung, bukit, petir dan sebagainya dianggap mempunyai maksud dan peranan yang tersendiri. AnimismeKEPERCAYAAN

KEPERCAYAAN(makhluk superhuman)

NyenaangMaklikatNyaniik

KUASA NYENANGNyenang merupakan makhluk yang yang tidak dapat dilihat, disentuh atau sebagainya dan dipercayai wujud di kalangan Kaum Semai. Oleh kerana setiap keburukan dan kebaikan yang manusia lakukan pasti ada balasannya. Ianya dianggap sebagai makhluk yang teragung dari sekalian makhluk, mempunyai sifat pengasih, penyayang dan berkuasa. Orang Semai juga percaya bahawa semua kehidupan di dunia ini tertakluk di bawah kuasa Nyenang.Walaupun tidak diketahui di mana Nyenang berada tetapi tetap wujud menyebabkan kaum Semai takut untuk melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan tenghak (dosa) kerana yang bersalah akan menerima akibatnya dari Nyenang

MaklikatMaklikat berperanan sebagai orang suruhan Nyenaang.

NyanikNyanik amat ditakuti oleh Orang Asli kerana Nyanik dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu sakit dan boleh membawa maut, juga dipercayai simati akan menjadi makanan Nyanik.Nyaniik dipercayai bersikap baik dan bersimpati terhadap manusia. Namun begitu, Nyaniik akan mengancam keselamatan manusia sekiranya manusia melakukan perbuatan biadap terhadap mereka. Segala kemarahan, teguran, sapaan dan pertanyaan Nyaniik akan menyebabkan bencana kepada manusia iaitu sama ada dalam bentuk bencana alam ataupun bencana penyakit.

Nyanik KeramatDipercayai mempunyai kuasa di satu-satu daerah atau tempat. Nyanik Pechnoch dan Nyanik Ratah ada di bawah kuasa atau pengawasannya.Orang Asli Semai sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan keselamatan dari semua jenis wabak penyakit serta bencana alam. Permintaan ini dilakukan pada tiap-tiap tahun melalui pawang dimana upacara ini dinamakan gengulang. (minta izin raya)

Nyanik Pechnoch (Penunggu)Dipercayai Nyanik ini menjadi Penunggu atau penghuni susuatu benda. Contohnya pokok besar dan rendang. Pokok-pokok yang menjadi kegemaran Nyanik ialah Pulai, Gelutong, Jawi, Terap, Sena dan sebagainya. Manakala benda-benda yang lain ialah busut, lubuk, tasek,batu besar dan tinggi, gunung serta rumah yang ditinggalkan. Nyanik jenis ini dianggap sebagai penunggu manusia.

Nyanik RatahTerdapat lima jenis Nyanik dalam Kumpulan Nyanik Ratah iaitu Kicmoc, Mai Berlag Mat, Mai Cereg Teg dan Mai Cereg Song. Nyanik-Nyanik ini suka menyakat atau mengganggu manusia terutama Nyanik Cereg Song.

Nyanik KickmockNyanik ini bergerak waktu malam iaitu bermula di antara jam 8.00 malam hingga 5.00 pagi. Tempat kediamannya di kawasan perkuburan.Sebelum kemunculan dirinya ke penglihatan manusia, ia akan mengeluarkan bau yang wangi. Ia menjelma dengan hanya kelihatan manusia dan kadang kala kedengaran bunyi suara manusia yang parau dan kasar dari arah perkuburan. Menurut kepercayaan Orang Asli Semai, Nyanik ini berasal dari manusia yang telah meninggal dunia.

Nyanik Mai Berlag MatIa akan menjelma menyerupai manusia (sedangkan orang itu telah meninggal) kecuali keadaan matanya yang berbeza. Ia tidak mempunyai anak mata kecuali mata putih sahaja. Nyanik ini tidak suka menyakat atau mengusik manusia kecuali manusia akan terkejut atau takut apabila terserempak apabila melihatnya. Ia berada di mana-mana sahaja. Ianya berjalan jika perlu ataupun pada masa-masa tertentu iaitu waktu malam ketika berlaku kematian dan di mana kematian seseorang merupakan makanannya. Salah satu sifat Nyanik ini yang aneh ialah membawa ambong (bakul) bakul yang terbalik ke bawah.

JeetJeet berasal dari Kickmoch kerana umur Kickmoch terhad sehingga 50 tahun sahaja bermula dari kematian seseorang manusia. Apabila umur kickmoch mencapai 50 tahun, ia akan bertukar jadi Jeet. Ia bergerak di kawasan tanah perkuburan seseorang. Nyanik ini tidak mencederakan seseorang. Ia cuma memikul manusia yang masih hidup dan akan meninggalkan paring tersebut di atas kubur. Oleh kerana manusia takut kepada Nyanik maka apabila tersedar dan didapati dirinya berada di atas kubur maka manusa tersebut akan hilang semangat, demand dan seterusnya mati jika tidak mendapat rawatan pemulihan daripada bomoh.

Nyanik Mai Cereg SongNyanik Cereg Song ini suka menyanyi sama ada ianya berada di tengah tasek atau di atas pokok.Ia menjelma sebagai gadis cantik yang berambut panjang dan apabila menyakat atau mengusik manusia maka manusia tersebut akan menjadi gila dan gila tersebut amat sukar untuk diubati.

Nyanik Cereg TegNyanik ini tinggal di atas pokok pulai, jelutong dan terap. Bentuknya menyerupai siamang, biji matanya berwarna merah terutama apabila terkena cahaya lampu. Ia mengusik atau menyakat mangsanya dengan cara menerkam atau menggoncang pokok tempat di mana di menumpang.Ia berbuat demikian supaya mangsanya kehilangan ruai (semangat).

Mai Tepas (Orang Bunian)Mai Tepas merupakan makhluk halus yang mana walahnya menyerupi wajah manusia. Ia tinggal di bukit-bukit atau gunung-gunung di hutan atau pedalaman. Makhluk ini tinggal berkumpulan atau bermasyarakat. Walau bagaimanapun Mai Tepas ini amat sukar dilihat oleh orang biasa kecuali bomoh atau orang perseorangan yang kebiasaannya Orang Asli yang sering berburu atau mencari rotan di man bermalam di pedalaman dan terus mengikut makhluk tersebut dan menyebabkan ianya tersesat. Kesesatan tersebut disebabkan oleh ajakan makhluk halus tersebut. Ini menyebabkan orang berkenaan akan hilang terus masyarakatnya atau bila kembali ia akan hilang ingatan, letih lesu dan akhirnya sakit dan terus meninggal.Kejadian ini dipercayai ia telah dijadikan oleh makhluk tersebut sebagi ahli keluarganya. Mai Tepas tidak memakan manusia tetapi hanya memperdayakannya sahaja.

LudatLudat tinggal di batu-batu, busut terutama di tempat tinggi dan sejuk. Seperti juga Mai Tepas ia tidak memakan manusia, ia sering merayau-rayau dalam hutan dengan membawa buluh sumpit. Ia mencari rezeki dengan menyumpit binatang-binatang atau kehidupan di atas pokok. Ia jarang sekali menyumpit atau memperdayakan manusia kecuali jika perlu, maka ia bergerak atau berjalan pada waktu siang.

GuningGuning bertuankan Mai Halaq (bomoh). Kebiasaan Guning adalah dari kumpulan Nyanik Ratah, Ludat, Mai Tepas dan lain-lain lagi. Peranan Guning untuk memujuk Nyanik yang menyebabkan manusia sakit. Guning boleh memulihkan orang sakit.Bagi Tok Halaq untuk mengubat pesakit, beliau memanggil Guningnya melalui Ramol (berbumbum).Penyakit penyakit yang boleh diubati oleh Guning ialah terkena sampuk, hilang semangat dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh Nyanik.

Konsep TeghakKonsep Tenghaak (berdusta) juga dikaitkan dengan pembalasan oleh makhluk-makhluk superhuman di sekeliling mereka. Pembalasan tersebut biasanya diterima oleh pesalah ketika mereka masih hidup.Bentuk-bentuk pembalasan tersebut termasuklah bencana penyakit seperti gila, lumpuh, kemalangan, tidak ada rezeki, kemiskinan dan sebagainya. Konsep ini dapat menjauhkan orang-orang Semai daripada melakukan sebarang kesalahan.

Konsep TerlaijKonsep Terlaij juga merupakan salah satu kepercayaan masyarakat Semai. Konsep tersebut merujukkepada satu bentuk hukuman yang dilakukan oleh Engku (guruh atau petir) ke atas orang yang melakukan kesalahan yang menimbulkan kemarahan makhluk berkenaan. Antara kesalahan besar yang boleh mendatangkan bencana Tarlaij ialah mentertawakan binatang-binatang kesayangan Engku seperti rama-rama, cacing, patung-patung, beruk yang dihiasi seperti manusia, dan mentertawakan hal-hal ganjil seperti orang cacat, binatang yang sedang mengawan, gambar-gambar dan seumpamanya.

Konsep SrenglookKonsep lain yang turut menjadi kepercayaan masyarakat Semai ialah Srenglook.Srenglook merupakan bencana yang timbul akibat perbuatan memungkiri janji. Antara bencana yang akan menimpa sekiranya orang Semai memungkiri janji ialah rebut petir, banjir, kemalangan, penyakit dan sebagainya.

PuhnanManakala konsep Puhnan pula merupakan bencana yang menimpa seseorang yang gagal memenuhi hasrat atau kehendaknya. Misalnya, jika seseorang itu teringin memakan sesuatu makanan tetapi dia tidak dapat memenuhi keinginannya, sesatu bencana akan menimpanya. Kepercayaan terhadap konsep ini tidak membenarkan perbuatan berangan-angan kosong kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri mereka sendiri.

PENGARUH DAN KESAN KEPADA KEHIDUPAN MASYARAKAT DI MALAYSIAPerubatan(Ubatan tradisional dan herba)Sistem Pertanian(kemahiran Orang Asli dalam pertanian dapat diteladani)Integrasi sosial, Asimilasi dan AmalgamasiMuzium(Golongan muda dapat mengetahui adat dan kebudayaan Orang Asli)Proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakatHal ini dapat dilihat apabila masyarakat luar berinteraksi dengan masyarakat suku kaum Orang Asli ini khususnya apabila adanya lawatan yang dijalankan ke sekitar perkampungan Orang Asli Dalam situasi tersebut kita akan dapat melihat betapa eratnya hubungan dan kesatupaduan yang wujud antara masyarakat kaum lain yang datang melawat dengan masyarakat Orang Asli ini Dalam situasi tersebut juga segala perbezaan dan indentiti masyarakat akan terhapus secara tidak langsung dan seterusnya ikatan yang errat akan terjalin antara merekaIntegrasi Sosial Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosialHal ini jelas dapat dilihat di sekolah-sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Masyarakat Orang Asli yang merupakan kumpulan minoriti di institusi tersebut saling bergaul dengan kumpulan majoriti Akhirnya, kebudayaan mereka diserap dan berubah seiring kebudayaan dan sosial kumpulan dominan yang terdapat di institusi tersebut Antara identiti yang berubah dan diserap termasuklah dari segi bahasa, cara berpakaian, da nada juga Antara mereka yang mulai mempercayai agama seperti agama Islam setelah bergaul dengan kumpulan dominan ini. AsimilasiProses yang terjadi Antara budaya atau ras yang bercampur membentuk jenis dan ras baharuCara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik Dalam hal ini, seringkali terjadi perkahwinan campur di negara ini, dan tidak terkecuali perkahwinan antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat daripada kaum lainJusteru itu, sudah tentu proses amalgamasi ini akan terbentuk apabila terjadinya perkahwinan seperti itu. Hal ini bermakna budaya Orang Asli akan bercampur dengan budaya kaum lain yang dikahwini mereka dan seterusnya membentuk budaya baharuAmalgamasi

Perjuangan menentang penjajahOrang Asli pernah bekerjasama dengan Orang Melayu bagi menetang penjajah asing khususnya British dan Jepun (Orang Asli si Puntum dan si Gondah membunuh Birch di Perak) SUMBANGAN DAN KEJAYAAN ORANG ASLI

Bidang pendidikan ialah Prof. Madya Dr. Juli Edo( Projek Toy Library)\Nur Idrina Abdullah @Oh Ju Lin (Pengurus Besar Kanan Pembinaan Arkitek dan Penolong Pengarah Kanak Arkitek di Jabatan Kerja Raya Pahang)Y.B. Senator Mohammad Olian bin Abdullah (Pengurus RISDA Smallholders Plantation Sdn Bhd)Dr.Ayob. Beliau merupakan graduan Orang Asli pertama yang lulus dalam bidang Sains Perubatan dan sekaligus menjadi doktor perubatan pertama dalam kalangan orang asli.

SUMBANGAN DAN KEJAYAAN ORANG ASLI

Kamahuddin Ang Sew Siang (Bidang perniagaan)Zainab Binti Akin yang merupakan penerbit dan DJ di ASYIKfmYassin Bin Pak Pit (Ketua Unit Bahagian Pemulihan dan Perubatan di ibu pejabat Perkeso di Kuala Lumpur) Dr. Bah Piyan Tan (Ketua Cawangan Kesihatan Haiwan yang beribu pejabat di Wisma Tani, Putrajaya) Ah Tong Wong Kin (pemilik Ladang Limau Nipis)Seriah Binti Dollah (pereka karpet di Carpets International Berhad)

SUMBANGAN DAN KEJAYAAN ORANG ASLI

Jurnal

Jurnal

Jurnal

Isu Kadar Keciciran Pendidikan Yang Tinggi

Pegangan TradisiIbu BapaHubungan KeakrabanPrasarana dan InfrastrukturKadar Pertukaran GuruKeadaan GeografiKewangan Punca

Cara MenanganiSekolah RimbaPerkasa Peranan GuruMembina Hubungan Harmoni Penempatan Baharu untuk Orang AsliKemasukan ke IPTBantuan KewanganInfrastruktur TambahanTeknologi PendidikanGuru di PedalamanTransformasi pendidikan Orang Asli

Kajian Pengoperasian Prasekolah Di Sekolah Orang Asli

Goh Cheok Weng menunjukkan cara untuk mengakses internet kepada kanak-kanak Orang Asli di Kampung Belihoi, Seremban, baru-baru ini. SEREMBAN 7 Feb.

Majlis Pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli

Keratan akhbar Harian Metro

Keratan akhbar Harian Metro

Keratan akhbar Harian Metro

7 Inisiatif Pendidikan orang AsliPemantapan tadbir urus sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid orang Asli, bermula di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian. Transformasi ini adalah dengan memasukkan elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di peringkat menengah rendah di semua sekolah menengah harian yang menjadi tumpuan masyarakat Orang Asli.Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli ke sekolah sebanyak enam (6) peratus setiap tahun mulai tahun 2013.

7 Inisiatif Pendidikan orang AsliKPM telah memutuskan pengambilan pelajar-pelajar bagi Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis ditingkatkan mengikut keperluan semasa.penambahbaikan kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan Orang Asli. memperkasakan jalinan kerjasama (smart partnership) melalui pewujudan hubungan yang lebih strategi dengan rakan sinergi, rakan di lapangan serta rakan antarabangsamewujudkan satu Sistem Pengesanan Prestasi Sekolah dan murid Orang Asli.

Isu Pembangunan dan Pemodenan Negara Memberi Kesan Kepada Pendidikan dan Sosiobudaya Orang Asli

PuncaBudaya berubahKedatangan orang asingTerancam Pemuda tak berminatLupakan warisanPihak penganjur tak berbincang dengan masyarakat

CARA MENANGANIPemeliharaan pengetahuan tradisiPendedahan mengenai warisanMemberi inisiatif dan galakanPameran Kebudayaan Orang AsliPerkampungan BudayaPandangan komuniti orang asli

Sekian, Terima Kasih