bab i terbaru.doc

21
BAB I 1.1 Pengenalan Keperluan kekuatan dan kuasa eksplosif otot bagi sukan yang bersifat pasukan seperti bola keranjang, bola tampar, bola baling, ragbi dan bola sepak merupakan tunjang untuk mencapai kejayaan (Kroon, 2000; Rahimi & Behpur, 2005). Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakan otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot. Bola baling memerlukan setiap pemain untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini adalah penting bagi memastikan setiap pemain dapat memberikan aksi yang terbaik. Antara aspek mekanikal yang perlu ada kepada seseorang pemain bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Oleh itu kemahiran ini perlulah dibentuk secara spesifik dan khusus bagi membentuk pemain yang berkebolehan.Di dalam permainan bola baling, pergerakan yang pantas khususnya mengatasi pihak lawan amat diperlukan dan sangat penting. Pergerakan tersebut memerlukan kuasa dan kepantasan bergerak yang dihasilkan oleh otot. Kemahiran melompat dalam permainan bola baling merupakan salah satu kriteria yang penting dalam keadaan di 2

Upload: thivya-narayasamy

Post on 15-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BAB I

PAGE 15

BAB I

1.1PengenalanKeperluan kekuatan dan kuasa eksplosif otot bagi sukan yang bersifat pasukan seperti bola keranjang, bola tampar, bola baling, ragbi dan bola sepak merupakan tunjang untuk mencapai kejayaan (Kroon, 2000; Rahimi & Behpur, 2005). Kemampuan atlet menghasilkan kelajuan pergerakan otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan potensi kerja otot. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot. Bola baling memerlukan setiap pemain untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini adalah penting bagi memastikan setiap pemain dapat memberikan aksi yang terbaik. Antara aspek mekanikal yang perlu ada kepada seseorang pemain bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Oleh itu kemahiran ini perlulah dibentuk secara spesifik dan khusus bagi membentuk pemain yang berkebolehan.Di dalam permainan bola baling, pergerakan yang pantas khususnya mengatasi pihak lawan amat diperlukan dan sangat penting. Pergerakan tersebut memerlukan kuasa dan kepantasan bergerak yang dihasilkan oleh otot.

Kemahiran melompat dalam permainan bola baling merupakan salah satu kriteria yang penting dalam keadaan di mana pemain - pemain hendak menyambut bola tinggi, memintas sekat hantaran lawan dan membuat jaringan lompat. Pergerakan lompatan secara vertikal dan lateral merupakan dua dimensi gerakan yang berbeza yang mana ianya perlu dilatih dan dikuasai oleh seorang pemain bola baling. Pergerakan fizikal yang menjadi elemen penting di dalam permainan bola baling ialah kualiti daya lompatan secara vertikal maupun lateral (Puhl, Case, Fleck, & Van Handel, 1982). Pergerakan otot yang menggunakan kuasa eksplosif diperlukan dalam bola baling dan sangat penting untuk mencapai tahap prestasi yang maksimum. Kuasa eksplosif otot kaki adalah suatu gerakan otot secara esentrik yang terhasil dari kontraksi otot dalam masa 0 m/saat hingga 6 m/saat dalam sesuatu gerakan (Ebben, 2002).

Dalam permainan bola baling moden masa kini, ketinggian antropometrik pemain merupakan satu kelebihan dan ketinggian lompatan merupakan elemen yang perlu diberikan perhatian utama oleh jurulatih. Ketinggian lompatan bagi seorang penjaring diperlukan antara 32.5 hingga 33.5 sentimeter (Ercolessi, 1999). Ia dirujuk sebagai kemampuan pemain melakukan lompatan vertikal ke atas. Ini jelas menunjukkan bahawa faktor ketinggian lompatan merupakan elemen yang sangat penting bagi seorang pemain bola baling mencapai kejayaan.

Dalam permainan bola baling kemahiran menjaring diaplikasikan apabila seorang pemain mendapat peluang untuk menjaring. Walaupun ada pemain yang ditugaskan sebagai penjaring utama, pemain-pemain lain harus juga menguasai kemahiran menjaring. Kecerdasan, kekuatan(power) dan ketepatan adalah faktor faktor penting dalam membuat jaringan.

Cara jaringan yang berkesan jika dilakukan dengan teknik yang betul iaitu kemahiran menjaring secara melompat. Menjaring secara melompat memerlukan koordinasi dan kuasa bermula dengan menyambut bola, melonjak, keadaan sedia di udara, tindakan menjaring dan berakhir dengan pendaratan yang selamat. Daya balingan secara melompat memerlukan kuasa tangan dan kaki pemain.

Kuasa tangan dan kuasa kaki adalah komponen kecergasan yang penting bagi seorang pemain bola baling. Seorang pemain bola baling yang mempunyai kuasa tangan dan kaki yang baik dapat melakukan persembahan yang lebih sempurna. Semasa melakukan jaringan secara melompat dalam sukan bola baling seorang pemain harus mempunyai kuasa tangan dan kaki yang sangat baik untuk melakukan balingan yang laju serta ketinggian lompatan baik bagi menghasilkan satu prestasi yang cemerlang serta inilah faktor utama yang menentukan kualiti jaringan dalam permainan bola baling.

Antara kepentingan jaringan secara melompat dalam permainan bola baling adalah pemain membuat jaringan secara melompat dengan melemparkan bola masuk ke dalam gol. Semasa menjaring secara melompat bola berada di aras yang berbeza-beza, dari mula sehingga dibaling, keadaaan ini akan mengelirukan pihak lawan yang mengadang di depan pintu gol. Semasa menjaring secara melompat pemain itu boleh menukar haluan bola yang dibaling di saat-saat akhir kearah pintu gol. Keadaan ini akan mengelirukan penjaga gol pihak lawan. Pemain yang menjaring secara melompat juga boleh membaling bola ke arah lantai supaya bola itu melantun melepasi penjaga gol.

Latihan yang saintifik dan sistematik boleh meningkatkan kapasiti kerja kuasa eksplosif otot terutama di bahagian tangan dan kaki semasa melakukan jaringan secara melompat dalam permainan bola baling. Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet, 1996; Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000). Berpandukan kajian berikut, penyelidik ingin mengkaji kesan kombinasi program latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi balingan serta ketinggian lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan.

Tumpuan latihan bebanan yang akan dilaksanakan dalam kajian ini meliputi anggota atas tubuh badan dan bawah tubuh badan. Antara latihan bebanan yang akan diikuti oleh pemain bagi anggota atas tubuh badan adalah Chest press, Shoulder press, Bisep curl dan Trisep press. Manakala latihan bebanan yang dilaksanakan tertumpu pada anggota bawah badan iaitu Hamstring, Leg extension dan Calf raise. Latihan bebanan yang dilaksanakan bersesuaian dengan permainan bola baling.

Latihan bola segar juga merupakan salah satu program latihan sukan yang amat popular di kalangan atlit bagi meningkatkan kuasa otot. Dengan melakukan latihan bola segar seseorang individu boleh mendapat keupayaan menghasilkan daya maksimum dalam masa yang singkat seperti melontar peluru dan lain lain pergerakan yang melibatkan pengecutan otot yang pantas. kesan latihan bola segar ini akan menghasilkan satu peningkatan kepada atlit yang terlibat dalam semua jenis sukan jika program yang dirancang itu berjaya. Antara latihan bola segar yang akan diikuti oleh pemain adalah Standing torso twist, Chest push, Vertical extensions, Lay back double arm throw, Straight arm standing throw, Double leg kicks , Abdominal curl dan Weighted Hanging Knee Raises, ball between knees .

Dengan kombinasi program latihan bebanan dan bola segar juga mendapat kesan maksimum terhadap kuasa anggota atas badan ( prestasi balingan ) dan anggota bawah badan ( ketinggian lompatan ) bagi pemain elit bola baling Negeri Sembilan. Antara faktor yang akan dipengaruhi oleh kombinasi program latihan bebanan dan bola segar terhadap pemain elit bola baling Negeri Sembilan adalah jarak prestasi balingan bagi anggota atas badan dan ketinggian lompatan bagi anggota bawah badan.

1.2Pernyataan Masalah

Dalam permainan bola baling, semasa menjaring gol secara melompat kuasa tangan dan kaki memainkan peranan yang sangat penting. Menjaring secara melompat memerlukan koordinasi dan kuasa bermula dengan menyambut bola, melonjak, keadaan sedia di udara, tindakan menjaring dan berakhir dengan pendaratan yang selamat. Daya balingan secara melompat memerlukan kuasa tangan dan kaki pemain.

Permasalahannya disini adalah sama ada kelemahan dalam balingan dan lompatan semasa menjaring secara melompat disebabkan oleh kurangnya tahap kekuatan otot tangan dan kaki di kalangan pemain elit bola baling Negeri Sembilan. Coleman (2002) menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum melatih kemahiran, kelajuan, kuasa dan daya tahan. Tanpa asas yang kuat pada tubuh badan, atlet tidak mampu beradaptasi dengan bentuk latihan kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi. Selain itu, semasa sesi latihan pemain elit mungkin tidak didedahkan serta tidak diberi penekanan terhadap aspek pembinaan kekuatan otot melalui latihan bebanan serta pembinaan kuasa otot melalui latihan bola segar. Penekanan harus diberi kepada kekuatan kuasa otot tangan dan kaki yang kerap digunakan dalam permainan bola baling semasa menjaring secara melompat.

Kekuatan dan kuasa eksplosif otot merupakan komponen kecergasan fizikal yang sangat penting bagi setiap pemain bola baling. Faktor kuasa juga sebagai keupayaan menghasilkan daya maksimum dalam masa yang singkat mungkin seperti lompat menegak, melontar peluru dan lain lain pergerakan yang melibatkan pengecutan otot yang pantas.

Oleh itu, Kumpulan kajian ini adalah dikalangan pemain elit bola baling Negeri Sembilan 2012. Pelajar ini terdiri daripada lelaki dalam lingkungan umur 16 hingga 18 tahun. kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kombinasi program latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi balingan serta ketinggian lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan dalam tempoh lapan minggu sama ada berkesan atau pun sebaliknya.1.3Objektif Kajian

Majid (2000) menjelaskan objektif penyelidikan merupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif kajian adalah lebih khusus dan digunakan untuk mencapai matlamat. Objektif sesuatu penyelidikan merupakan sasaran sebenar yang boleh dicerap. Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur jarak dan ketinggian lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan selepas menjalani kombinasi latihan bebanan dan bola segar. Antara tujuannya adalah seperti berikut :-

I. Program latihan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kuasa eksplosif dalam balingan dan lompatan.

II. Melihat sejauhmana kesan kombinasi latihan bebanan dan bola segar yang dilakukan oleh pemain elit bola baling Negeri Sembilan yang berumur 16 hingga 18 tahun dapat meningkatkan prestasi dari segi catatan jarak dan ketinggian lompatan.

III. Kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada faktor program latihan yang dijalankan boleh memberi kesan yang besar kepada prestasi balingan dan lompatan pemain.IV. Melihat sama ada faktor lain yang lebih penting dalam mempengaruhi prestasi pemain. V. Kajian ini juga akan melihat kesan kombinasi latihan bebanan dan bola segar yang dilakukan pada anggota atas tubuh dan anggota bawah tubuh yang berkaitan dengan permainan yang disertai iaitu bola baling. Ujian akan dijalankan untuk melihat keberkesanan kombinasi latihan bebanan dan bola segar terhadap kuasa otot tangan dan kaki adalah dengan ujian melontar bola segar dan lompat menegak .VI. Kajian ini juga untuk melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan dari segi prestasi balingan dan lompatan melalui kombinasi latihan bebanan dan bola segar atau dengan hanya menjalani latihan bola baling biasa sahaja. VII. Kombinasi latihan bebanan dan bola segar yang dilakukan oleh pelajar secara terancang adalah untuk melihat keberkesanannya meningkatkan kuasa eksplosif, daya tahan otot dan kekuatan otot. Ini dapat dinilai melalui ujian ujian yang akan diperjelaskan di bab iii.1.4Persoalan kajian1.4.1 Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada

prestasi balingan pemain elit bola baling Negeri Sembilan

dalam pra ujian.1.4.2 Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada

prestasi balingan pemain elit bola baling Negeri Sembilan

dalam pasca ujian.

1.4.3 Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada

prestasi lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan

dalam pra ujian.

1.4.4 Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada

prestasi lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan

dalam pasca ujian.

1.5Hipotesis KajianMenurut Majid (2000) hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara bagi penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah-pembolehubah bukti-bukti daripada cerapan penyelidikan dan akan menentukan samaada sesuatu hipotesis itu perlu diterima ataupun diketepikan.

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dikalangan kumpulan

Eksperimen dan kumpulan kawalan pada pra ujian dalam

Ujian Melontar Bola Segar terhadap prestasi balingan pemain elit bola

baling Negeri Sembilan .Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dikalangan kumpulan

Eksperimen dan kumpulan kawalan pada pasca ujian dalam

Ujian Melontar Bola Segar terhadap prestasi balingan pemain elit bola

baling Negeri Sembilan .

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dikalangan kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan pada pra ujian dalam Ujian lompat menegak terhadap ketinggian lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan .Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dikalangan kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan pada pasca ujian dalam Ujian lompat menegak terhadap ketinggian lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan .

1.6Kepentingan Kajian

Kebanyakan aktiviti sukan melibatkan pergerakan pantas dan pengunaan kuasa amat penting untuk kejayaan seseorang pemain. Jika individu tersebut kekurangan kuasa yang diperlukan dalam permainan bola baling maka amat sukar baginya untuk perolehi kejayaan di dalam sukan tersebut semasa menjaring , mengelirukan pihak lawan dan menhadang bola dari pihak lawan.Kombinasi latihan bebanan dan bola segar diyakini adalah factor yang menyumbang kepada peningkatan prestasi balingan dan kuasa lompatan semasa melakukan jaringan secara melompat. Kombinasi latihan bebanan dan bola segar yang terancang serta mengikut prinsip prinsip latihan akan mendatangkan impak yang positif kepada pemain bola baling seperti meningkatkan kuasa eksplosif, daya tahan otot dan kekuatan otot.

Justeru itu dalam kajian ini akan mengkaji tentang beberapa aspek dalam latihan bebanan dan bola segar serta beri kesan terhadap prestasi balingan dan ketinggian lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan dengan berapa ulangan, set dan intensiti yang perlu diberikan kepada kepada kumpulan ekspermen.Beberapa aspek yang akan dikaji ialah jumlah masa latihan yang dilalui oleh pemain, bilangan latihan yang dijalankan, jenis jenis latihan yang dijalankan, alat alat bebanan yang digunakan oleh pelajar semasa melakukan latihan bebanan, alat alat pliometrik yang digunakan oleh pelajar semasa melakukan latihan bola segar keberkesanannya meningkatkan kuasa eksplosif, daya tahan otot dan kekuatan otot pemain elit bola baling Negeri Sembilan untuk melihat perubahan pada prestasi balingan dan ketinggian lompatan.

Pengetahuan tentang latihan bebanan dan bola segar dikalangan pelajar dan jurulatih serta aspek peningkatan prestasi pelajar untuk minggu kelapan selepas melalui jadual latihan yang terancang akan memberi satu hasil yang positif kepada kumpulan eksperimen untuk meningkatkan prestasi mereka semasa menjaring secara melompat dalam sukan bola baling.Sehubungan dengan itu, hasil kajian yang dijalankan diharap akan dapat memberi gambaran yang jelas terhadap kesan kombinasi latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi pemain bola baling dan khasnya yang dikaji iaitu prestasi balingan dan lompatan.

Diharapkan kajian ini akan menjadi panduan kepada semua pemain, guru guru , jurulatih kecergasan serta guru guru pendidikan sains sukan dan jasmani dapat menggunakan hasil dapatan kajian ini sebagai garis panduan untuk melatih pemain bola baling bagi mencapai satu tahap yang maksimum hasil dari kesan kombinasi latihan bebanan dan bola segar yang dijalankan.

Disamping itu juga, kajian menghasilkan maklumat mengenai sejauhmana ketepatan kajian luar dan kajian tempatan mengenai latihan bebanan da bola segar yang dilakukan boleh menghasilkan prestasi yang tinggi. Latihan latihan dan kemudahan yang tersedia memudahkan kajian ini dilakukan di sekolah sukan negeri sembilan SMK zaba, Negeri Sembilan.Kemudahan kemudahan yang terbaik dan terkini terdapat di sekolah ini untuk digunakan oleh pemain bagi meningkatkan prestasinya. Alatan bebanan dan pliometrik yang diakui menepati piawainya tersedia untuk digunakan oleh pemain elit bola baling Negeri Sembilan ini. Faktor kemudahan bangunan, alatan dan kepakaran adalah faktor terbaik yang disediakan oleh kerajaan untuk pemain ini. Kemudahan yang menepati piawai memungkinkan maklumat yang diperolehi adalah tepat dan boleh digunapakai.Menilai kemampuan pemain terhadap prestasi kuasa anggota atas badan dan anggota bawah badan dalam permainan bola baling untuk membuat menjaringan secara melompat. Pelajar menilai dan memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada dibuat semasa menjaring secara melompat yang dilakukan oleh para pemain.

1.7Limitasi kajianMenurut Thomas dan Nelson (1996) limitasi kajian ialah satu keadaan yang mungkin mempengaruhi atau tidak dapat dikawal oleh penyelidik. Ianya berlaku semasa dan selepas kajian.

Dalam kajian ini terdapat beberapa angkubah yang tidak diambilkira bagi melancarkan lagi kajian ini. Angkubah angkubahnya adalah kajian ini terbatas kepada pemain elit bola baling Negeri Sembilan yang terdiri daripada lelaki yang berumur di antara 16 hingga 18 tahun. Kajian ini juga akan dilaksanakan selama lapan minggu bagi melihat kesan prestasi balingan dan lompatan pemain yang dijalankan dengan kombinasi latihan bebanan dan bola segar secara bersistematik dan spesifik kepada N = 15 ( kumpulan eksperimen ) orang pelajar pemain elit bola baling Negeri Sembilan .

Sikap sampel kajian semasa melakukan ujian, mungkin sample tidak menunjukkan komitmen ketika melakukan ujian atau melakukannya dengan sambil lewa dan tidak bersemangat. Faktor ini diambil kira kerana ia akan mempengaruhi keputusan ujian. Selain itu, faktor seperti cara pemakanan, cuaca serta persekitaran subjek tidak diambilkira dalam kajian ini. Oleh itu, kajian itu tidak boleh mengambarkan keputusan keseluruhan seseorang pemain dengan tepat dan menyeluruh. Kelesuan dan hilang tumpuan juga akan menjelaskan keputusan kajian kerana banyak percubaan yang dilakukan tidak dapat menghasilkan keputusan yang efektif dan sempurna.

1.8Delimitasi kajianThomas dan Nelson (1996) mendefinisikan delimitasi sebagai pilihan membuat kajian atau eksperimen secara terkawal.Tahap prestasi balingan dan lompatan dikalangan pemain elit bola baling Negeri Sembilan ini dibatasi oleh beberapa delimitasi kajian yang ditetapkan oleh penyelidik sendiri. Di antaranya ialah kajian ini terbatas kepada pemain elit bola baling Negeri Sembilan sahaja.

Peserta kajian terdiri daripada N = 30 orang. Daripada N = 30 orang peserta kajian E = 15 ( kumpulan eksperimen ) orang pemain elit bola baling Negeri Sembilan yang akan mengikuti kombinasi latihan bebanan dan bola segar. Seterusnya kumpulan yang kedua adalah kumpulan kawalan seramai K = 15 akan menjalani latihan bola baling biasa sahaja.

Kemahiran yang diuji adalah melibatkan kemahiran balingan dan lompatan dengan mengunakan kuasa tangan dan kaki secara eksplosif. Jangka masa kombinasi program latihan bebanan dan bola segar ini adalah terbatas yang dilakukan 90 minit, dua kali seminggu selama lapan minggu.

1.9Definisi Operasional

Menurut Sulaiman (2000) definisi operasional merupakan pernyataan dan pengertian istilah dalam tajuk yang digunakan oleh penyelidik dalam kontek kajian yang dilaksanakan. Beberapa terminologi akan digunakan dalam kajian ini. Bagi memudahkan lagi pemahaman tentang tajuk kajian ini, di bawah ini dinyatakan definisi konsep atau istilah yang digunakan dalam kajian ini.

Latihan

Merupakan aktiviti senaman khas secara berterusan bagi mencapai sesuatu objektif yang dirancang. Ia melibatkan kemahiran atau prosedur yang tertentu bagi mencapai objektif yang optimum. Latihan juga dijalankan sebelum sesuatu aktiviti yang sebenar berlaku.Latihan bebanan

Latihan yang melibatkan penggunaan mesin atau tanpa mesin yang memberikan rintangan bertujuan untuk meningkatkan kekuatan, daya tahan otot dan membesarkan saiz otot.

Kuasa

Merupakan kombinasi antara kekuatan otot dan kelajuan. Ia juga didefinisikan sebagai suatu kebolehan melakukan pergerakan yang pantas dan kuat dalam masa yang paling minimum ( Johnson dan Nelson, 1986 )

Kuasa tangan

Kebolehan otot atau sekumpulan otot dibahagikan bahu hingga ke hujung jari untuk mengunakan tenaga secara maksimum dalam satu jangka masa yang pantas. ( Johnson dan Nelson, 1986 )Kuasa kaki

Keupayaan otot otot kaki menguncup pada tahap maksima dalam masa yang singkat iaitu prestasi kerja dalam satu unit masa. ( Johnson dan Nelson, 1986 )Lompat menegak

Berdiri sisi selari dengan dinding kemudian bengkokan lutut untuk melompat setinggi yang boleh dengan hayunan tangan. Pengukuran kuasa untuk otot otot tertentu digunakan untuk mengetahui prestasi serta tahap kecergasan fizikal individu. Sebagai contoh, ujian lompat menegak, ( Long, 1972 ), ( petikan Johnson dan Nelson, 1986 )

Melontar bola segar

Pelaku duduk diatas kerusi dengan bersandar. Pelaku memegang bola segar dengan kedua belah tangan dan melontar bola segar sekuat mungkin tanpa mengerakkan badan. Skor akan dikira pada jarak dan kelajuan balingan. Berat bola segar yang digunakan ialah 3 kg ( 6.6 paund ).( Johnson dan Nelson, 1986 )Pemain elit bola baling Negeri Sembilan pemain elit bola baling Negeri Sembilan tahun 2012.Kekuatan Otot Tangan

Bermula daripada deltoid muscle sehingga flexor digitorum profundus muscle (dari bahu sehingga hujung jari tangan).

Prestasi

Mutu pencapaian yang diperolehi hasil menjalankan sesuatu tugas atau usaha.

Ujian

Satu prosedur atau teknik yang khusus digunakan untuk mendapatkan sambutan

dan tindakbalas dari individu yang diuji.