bab i
TRANSCRIPT
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Perniagaan merupakan suatu bidang kerjaya yang menjamin satu pulangan yang
lumayan. Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang
dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan. Dewasa kini, industri kecil dan
sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan
ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat membantu kepada peningkatan taraf
hidup penduduk di kawasan setempat serta meningkatkan ekonomi negara. Peranan dan
sumbangan IKS ini dijangka akan menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian.
Malah IKS boleh dijadikan asas tulang belakang dan pendukung dalam memenuhi hasrat
dan cita-cita wawasan pembangunan negara selepas 2020 di samping menjadi pemangkin utama
dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara. Walau bagaimanapun,
ketidaktentuan ekonomi dunia dan ditambah pula dengan harga bahan mentah yang tidak
menentu memaksa pengusaha IKS mengatur strategi terutamanya dalam strategi pembuatan yang
seterusnya akan memberi kesan terhadap prestasi syarikat IKS. Lantaran itu, IKS merupakan satu
kegiatan perniagaan yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat dan banyak memberi kesan
kepada kehidupan manusia. Menurut Jaafar Muhammad (1993), manusia yang ingin meneruskan
perniagaan harus menempuh pelbagai cabaran bagi mencapai matlamat dan cita-cita.
Penggunaan peluang yang sedia ada merupakan satu perkara yang amat penting dalam
perniagaan kerana kebiasaannya memberikan hasil yang lumayan dan seterusnya merupakan
tapak untuk mencapai kejayaan dan keuntungan. Mohd Asri dan rakan-rakan (2000) menyatakan
bahawa pengurusan merupakan faktor penting dalam membantu perkembangan perniagaan kecil.
Malah pengurusan yang bijak amat diperlukan dalam perniagaan kecil berbanding dengan firma
besar. Justeru, keperluan utama dalam perniagaan kecil ialah satu pengurusan yang tersusun,
sistematik dan dapat mengenal pasti keperluan-keperluan utama dalam operasi perniagaan kecil
untuk terus berkembang.
1
1.2 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kajian dijalankan di Sekinchan, iaitu sebuah bandar kecil yang terkenal sebagai kawasan
jelapang padi di samping sebuah perkampungan nelayan di daerah Sabak Bernam. Perjalanan
dari pusat Bandaraya ke Sekinchan hanya mengambil dua jam setengah sahaja. Tumpuan
kawasan kajian ialah MHP Enterprise, iaitu kilang pemprosesan kuih muih, kuah kacang dan
makanan ringan yang beroperasi selama 10 tahun di Parit 7, Sungai Leman.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Mengikut Datuk Seri Rafidah Aziz, IKS di Malaysia perlu lebih kompetitif dan mapan
dalam pasaran dalam dan luar negeri memandangkan cabaran-cabaran baru yang timbul dalam
era perniagaan global. Adalah sangat penting bagi IKS untuk merasionalkan operasi dengan
objektif menghasilkan produk yang bermutu tinggi pada harga yang kompetitif. IKS mesti
sensitif kepada cabaran-cabaran baru dan mampu membuat inovasi. Penghasilan produk-produk
yang bertaraf antarabangsa penting untuk membuka pasaran-pasaran baru (Rafidah, 1996).
Kemapanan dan kemampuan bersaing dalam pasaran eksport akan menentukan masa hadapan
IKS di Malaysia.
Antara masalah yang dihadapi dalam IKS adalah kurangnya penglibatan golongan muda
untuk melibatkan diri dalam IKS. Kurangnya penglibatan mereka akan memberikan banyak
masalah yang lain seperti meningkatnya kadar pengangguran negara, kurangnya kualiti produk
dari IKS dan lain-lain. Selain itu, masalah lain yang dihadapi ialah kekurangan modal atau kredit
yang menjadi masalah utama yang perlu dihadapi oleh IKS. IKS turut menghadapi cabaran
dalam pengurusan pemasaran dan penggunaan teknologi yang rendah kemungkinan berpunca
dari kualiti barangan yang dihasilkan.
2
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif terhadap kajian yang dijalankan:
a) Untuk meninjau tahap pengurusan sumber manusia dalam industri kecil dan
sederhana pengusaha MHP Enterprise di Sekinchan.
b) Untuk meninjau tahap pengurusan pemasaran dalam industri kecil dan sederhana
pengusaha MHP Enterprise di Sekinchan.
c) Untuk meninjau tahap penggunaan teknologi dalam industri kecil dan sederhana
pengusaha MHP Enterprise di Sekinchan.
d) Untuk meninjau tahap pengurusan kewangan dalam industri kecil dan sederhana
pengusaha MHP Enterprise di Sekinchan.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang dilihat perlu dikaji bagi menjawab
permasalahan yang timbul iaitu:
a) Sejauh mana IKS menyediakan pengurusan sumber manusia kepada penduduk
setempat?
b) Sejauh mana pengurusan pemasaran yang dapat dipasarkan oleh IKS di Sekincan?
c) Adakah penggunaan teknologi membantu dalam proses penghasilan produk IKS?
d) Adakah faktor pengurusan kewangan mempengaruhi pengeluaran produk?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah bertujuan untuk memberikan manfaat kepada pihak yang terlibat.
Antara kepentingan kajian ini ialah:
a) Memberi kesedaran kepada pengusaha yang terlibat dalam bidang perniagaan kuih-
muih, kuah kacang dan makanan ringan terhadap kepentingan pengurusan
perniagaan.
b) Memberi panduan kepada bakal pengusaha yang berminat untuk menceburkan diri
dalam bidang pemprosesan kuih muih, kuah kacang dan makanan ringan.
3
c) Kajian ini diharap dapat membantu pengkaji-pengkaji lain sebagai sumber rujukan
dalam membuat kajian.
1.7 BATASAN KAJIAN
Dalam proses menjalankan kajian, beberapa batasan kajian yang kemungkinan berlaku adalah
seperti yang disenaraikan berikut:
a) Kajian ini dibataskan kepada pengusaha MHP Enterprise, Sekinchan sahaja. Oleh itu,
hasil kajian ini hanya mengikut keputusan yang diberikan oleh responden-responden
sahaja.
b) Keputusan kajian hanya benar dalam satu tempoh kajian sahaja. Hal ini demikian
kerana perancangan dan perkembangan pengurusan sentiasa berubah dan
berkemungkinan menghasilkan keputusan yang berbeza pada masa akan datang.
1.8 KESIMPULAN
Secara umumnya, pengurusan dalam IKS melibatkan empat fungsi pengurusan yang utama
seperti pemasaran, sumber manusia, kewangan dan pengeluaran. Operasi IKS akan tergendala
sekiranya salah satu pengurusan menjadi tidak cekap. Justeru, perkara ini perlu dibincangkan
dengan lebih mendalam bagi mendapatkan gambaran yang sebenar.
4
BAB 2
KAJIAN LEPAS
2.1 KAJIAN LEPAS
Terdapat banyak kajian lepas dalam bidang keusahawanan, namun kajian yang mengenali
peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjanakan ekonomi negara masih tidak dijalankan
secara terperinci lagi. Antara yang dapat dikenal pasti ialah Peranan IKS dalam Menjana
Ekonomi Maju Berasaskan Pertanian yang ditulis oleh Sofian Mohd Salleh (2005). Dalam kertas
kerja ini, pengkaji ingin membincang tentang peranan IKS sebagai penjana ekonomi maju
berasaskan pertanian. Hal ini kerana sektor pertanian perlu diberikan perhatian dan tumpuan
serta perlu dibangunkan semula bagi memastikan sektor ini dapat bersaing dengan sektor-sektor
lain.
Pengkaji turut menegaskan bagi membangunkan sektor IKS yang berasaskan pertanian,
Dasar Pertanian Negara memainkan peranan yang penting. Selain itu, program-program
pembangunan IKS pertanian juga dapat dilakukan dalam Rancangan Malaysia Ke-7 menerusi
Program Pembangunan Industri Hiliran yang berasaskan pertanian. Pengkaji turut menghuraikan
potensi IKS pertanian dalam menjana ekonomi, antaranya ialah faktor pertambahan penduduk
Malaysia pada tahun 2020, pelbagai insentif diberi seperti pengecualian cukai, penubuhan Hab
Halal yang memberi peluang baru kepada para usahawan dan sebagainya.
Di samping itu, terdapat juga penulisan daripada Norashidah Hashim, Norashimah
Othman dan Noraishah Buang (2009) mengenai Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan
Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia. Kertas kerja ini menekankan
aspek kemanusiaan dalam pembangunan usaha teroka. Kajian yang dilakukan adalah untuk
meneroka aspek kesediaan keusahawanan IKS dalam pelbagai industri di Malaysia. Pengkaji
telah mengenal pasti aspek kebolehan dan kemahuan para usahawan dalam membangunkan IKS
ini. Elemen kemahuan telah dibahagikan kesediaan sikap, kekuatan kerohanian dan kesediaan
pembelajaran. Manakala elemen kebolehan pula terdiri daripada aspek kesediaan aspek
pemikiran keusahawanan, vokasional keusahawanan dan pengetahuan keusahawanan. Di
samping itu, dalam kertas kerja ini, pengkaji turut ingin mengetahui kemampuan dan kebolehan
usahawan IKS berjaya dalam kerjaya pilihannya iaitu dalam bidang keusahawanan.
5
Seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Sarmila Mohd Sum dan Faridahanum
Othman yang bertajuk Industri Kecil dan Sederhana dan E-dagang Satu Kajian Awal. Kertas
kerja ini membincangkan sejauh mana IKS telah melaksanakan E-dagang dalam era yang
semakin moden ini. Kajian ini dijalankan di kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi yang
terletak di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Para pengkaji juga
membincangkan faktor-faktor yang menggalakkan E-dagang dalam perusahaan. Antara
faktornya ialah maklum balas dapat diterima dengan kadar yang segera, dapat menjimatkan kos
pengiklanan, memperluas pasaran dan sebagainya. Terdapat beberapa kekangan penggunaan E-
dagang dalam IKS dapat dikesan melalui kertas kerja ini, iaitu tiada kepakaran, tiada minat
dalam bidang berkenaan, tidak bersesuaian dengan perniagaan dan sebagainya.
Selain daripada itu, kajian daripada Nurulhuda Che Abdullah dan Ramlee Mustafa (2009)
yang bertajuk Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera di
Terengganu. Berdasarkan kepada kajian ini usahawan IKS terutamanya dalam kalangan
bumiputera telah meningkat. Kesedaran ini didorong oleh sektor pertanian yang telah
mewujudkan Industri kecil dan Sederhana yang berasaskan kepada Pertanian. Dalam kajian ini
juga dapat dilihat bantuan agensi kerajaan dan swasta untuk memajukan golongan bumiputera
menerusi bantuan dari segi penyelidikan dan pembangunan, bimbingan, galakan, bantuan dari
segi pemasaran barangan dan pengedaran produk serta kemudahan kredit kepada usahawan-
usahawan bumiputera. Industri Kecil dan Sederhana berasaskan pertanian ini juga banyak
diusahakan oleh golongan bumiputera.
Antara kajian lain adalah kajian yang dilakukan oleh Loh Hock Heng, Siti Zaleha Omain
dan juga PM, Dr Hishamuddin Md. Som (2009) yang membuat kajian tentang perkongsian
pengetahuan dalam industri kecil dan sederhana. Dalam Kajian yang bertajuk Perkongsian
Pengetahuan Di Kalangan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia, mereka menekankan
tentang perkongsian pengetahuan yang penting bagi membolehkan mereka bersaing dengan
industri lain di samping mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Kajian ini menyatakan
bahawa perkongsian pengetahuan dalam kalangan IKS ini memberi pengetahuan dalam bidang
pengurusan dan juga penggunaan konsep baru yang sesuai dengan peredaran masa.
6
Dalam buku yang ditulis oleh Mohd Asri Abdullah di bawah tajuk Pertumbuhan Sektor
Perkilangan dan Peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia menyatakan bahawa
industri kecil dan sederhana (IKS) berperanan dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
dalam negara. Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadikannya
penggerak dan tulang belakang kepada sektor perkilangan, secara tidak langsung IKS telah
menyuntik kepada peningkatan KDNK sektor perkilangan dan seterusnya menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Jumlah sumbangan IKS pada era 90-an kepada sektor perkilangan
lebih kurang 40% dan sumbangan tersebut semakin meningkat di era 2000. Selain itu penulis
juga berpendapat bahawa IKS berfungsi sebagai pelengkap dan pendukung kepada ekonomi
berskala besar, dengan adanya rantaian industri IKS maka firma-firma besar boleh meningkatkan
produktiviti, menjamin keberterusan operasi, mengurangkan beban modal dan kos pengangkutan
barangan separuh siap dan mengurangkan kos pemasaran. Kegiatan IKS baik secara langsung
mahupun tidak langsung dapat membantu meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi
negara.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Professor Madya Dr Hishamuddin Md Som iaitu
Perkongsian Pengetahuan dalam Kalangan IKS di Malaysia, pengkaji ini mengatakan bahawa
tahap perkongsian pengetahuan untuk IKS di Malaysia adalah di peringkat sederhana. Kajian
juga mendapati bahawa cirri utama yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan dalam
kalangan pengurusan atasan organisasi ialah taraf pendidikan di mana mereka yang
berpendidikan tinggi adalah lebih mudah berkongsi pengetahuan berbanding mereka yang
berpendidikan rendah. Pengkaji ini juga menyatakan bahawa semakin tinggi perkongsian sama
ada maklumat dan pandangan di antara IKS ini semakin tinggi penggunaan teknologi yang dapat
meningkatkan produktiviti sesebuah IKS dan sekali gus dapat meningkatkan tahap ekonomi
Negara, di samping dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat di Malaysia.
Sebagai contoh, di Malaysia, setelah beralih nya zaman perindustrian dan zaman pertanian,
Malaysia mula menumpukan perhatian kepada bidang teknologi maklumat dan pengetahuan.
Oleh itu Multimedia Super Corridor (MSC) telah ditubuhkan. Perkara yang sering menjadi
permasalahan IKS adalah kekurangan pengetahuan dan maklumat yang dianggap remeh
sedangkan hal ini boleh mendatangkan impak yang positif kepada IKS di Malaysia.
7
2.2 TEORI TINDAKAN BERTUJUAN
Teori yang berkaitan dengan kegigihan dan kesediaan seseorang usahawan
membangunkan perusahaannya ialah Teori Tindakan Bertujuan yang di pelopor oleh Tora. Tora
memulakan teori ini dengan berpendapat bahawa sikap terhadap tingkah laku bermula dengan
kepercayaan tentang kesan tingkah laku tersebut. Dengan itu, sikap merupakan penentu kepada
sesuatu bentuk tingkah laku. Secara tradisional, pengukuran sikap dapat diukur dengan
mengambil kira sikap seseorang individu terhadap sesuatu objek atau peristiwa. Misalnya, ‘sikap
terhadap keusahawanan’. Di sini, mereka memfokuskan tentang sikap terhadap tingkap laku
yang dijangka seperti melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Namun begitu, menurut ahli
psikologi, satu cara yang paling mudah untuk mengetahui seseorang itu enggan atau mahu
melakukan sesuatu perkara, maka persoalan mengenai keinginan dan hasratnya haruslah dituju
kepada individu tersebut.
Ajzen dan Fishbein memutuskan bahawa sikap dan tingkah laku mempunyai empat
elemen, iaitu tindakan yang khusus, sasaran sesuatu tindakan tersebut dilakukan, konteks di
mana tindakan itu dilakukan dan waktu tindakan itu dilakukan. Teori ini adalah berdasarkan
andaian bahawa sikap seseorang akan terbentuk daripada kepercayaan tentang ciri-ciri dan
tanggapan terhadap ciri tersebut. Pada masa yang sama, teori ini juga mempunyai pemboleh
ubah, iaitu keazaman atau kemahuan tingkah laku, niat untuk melakukan tingkah laku tersebut,
sikap terhadap tingkah laku dan sebagainya.
Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa seseorang usahawan haruslah memahami
kehendak dan keinginan mereka dalam menjalankan perusahaan bagi mengelakkan berlakunya
sebarang kekesalan. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengawal dan merancang tingkah
laku mereka kerana kawalan yang tinggi akan membawa hasil yang lebih tinggi dan
memberangsangkan. Kesediaan tingkah laku amatlah penting bagi membolehkan seseorang
usahawan itu menghadapi sebarang risiko dalam menjalankan perniagaan dalam tempoh yang
berpanjangan.
8
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan suatu pengajaran terhadap kebenaran yang disusun dengan
soalan-soalan yang logik. Dalam bab ini, kita akan membincangkan mengenai metodologi kajian
yang merangkumi reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, proses pengumpulan data, dan
penganalisisan data. Kaedah-kaedah kajian ini digunakan bertujuan untuk melihat sejauh mana
perkembangan dan keberkesanan kajian yang dilakukan. Kaedah-kaedah ini juga digunakan
bertujuan untuk mencapai objektif kajian yang ingin dilakukan. Metodologi juga bertujuan untuk
mencari jawapan tentang fakta-fakta dengan menggunakan pendekatan kesangsian yang
sistematik. Soalan-soalan yang berkaitan haruslah disediakan dengan lebih awal agar proses
kajian dapat berjalan dengan lancar. Ini akan memudahkan pengkaji dalam melakukan kajian.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Salah satu bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan
merupakan salah satu kaedah yang popular untuk mendapatkan data dan maklumat. Dalam
kaedah ini, pengkaji memperolehi data dan maklumat dengan cara membentuk soal selidik
tertentu yang menepati ciri-ciri piawai serta menyerahkan sampel kepada responden. Ciri-ciri
piawai ialah ciri-ciri yang dikehendaki oleh penyelidik itu sendiri, manakala responden ialah
masyarakat atau individu yang ingin dikaji. Sample responden akan ditentukan secara rawak
ataupun secara nisbah dan purata. Terdapat tiga cara untuk mendapatkan maklumat melalui
kaedah tinjauan iaitu tinjauan secara individu, temu bual secara bersemuka dan temu bual
melalui telefon.
9
Tinjauan secara individu ialah melalui cara menghantar borang soal selidik melalui pos
dan menghubungi responden dari rumah ke rumah. Kaedah tinjauan individu dibuat bagi
memberi peluang kepada responden tanpa rasa takut dan sangsi. Kaedah temu bual pula
dilakukan apabila sekiranya didapati kaedah menghantar borang soal selidik tidak berkesan.
Manakala kaedah telefon pula ialah kaedah temu bual yang dilakukan penyelidik dengan
menggunakan telefon. Temubual menggunakan telefon ini mungkin murah dan senang tetapi
penyelidik tidak dapat bertemu dengan responden dan kemungkinan akan berlakunya
penyamaran dan salah dengar maklumat. Kaedah kedua yang digunakan ialah kaedah kerja
lapangan. Dalam teknik ini, data dan maklumat hanya diperolehi dengan cara temu bual yang
dibuat berkaitan dengan apa yang ingin dikaji dan kemudiannya menjurus kepada topik yang
utama.
3.3 SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah.
Menurut Sidek Mohd Noah (2002: 86) terdapat empat kaedah utama dalam membuat
persampelan iaitu persampelan rawak mudah, persampelan rawak berlapis, persampelan
berkelompok dan persampelan sistematik. Kaedah persampelan ini dipilih mengikut kesesuaian
kajian. Oleh yang demikian, dalam kajian ini pengkaji memilih persampelan rawak mudah iaitu
sampel kajian daripada jumlah populasi. Kajian ini melibatkan seramai 15 orang responden iaitu
14 orang wanita dan seorang lelaki yang kesemuanya adalah pekerja di Syarikat Masri.
3.4 ALAT KAJIAN
Alat kajian yang telah digunakan dalam kajian ini ialah temu bual. Temu bual dilakukan
secara lisan kepada responden kajian. Dalam temu bual, antara soalan yang diajukan ialah
bagaimana tahap pengurusan sumber manusia dalam Industri Kecil dan Sederhana di Sekinchan
dilaksanakan, bagaimana tahap penggunaan teknologi dalam IKS di Sekinchan, cara pemasaran,
dan tahap pengurusan kewangan MH Enterprise di Sekinchan.
10
Berikut ialah temu bual bersama pengusaha MH Enterprise:
1. Bagaimana tahap pengurusan sumber manusia IKS MH Enterprise di Sekinchan setakat
ini?
MH Enterprise menerima pekerja sepenuh masa dan juga pekerja separuh masa. Gaji
pekerja dibayar mengikut hari dan bagi perkerja yang melakukan kerja lebih masa akan
mendapat gaji lebih mengikut jam. Setakat ini pekerja di MH Enterprise ialah seramai 40
orang. MH Enterprise juga menerima pelajar yang ingin melakukan latihan industri.
Waktu bekerja ialah dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang. Para pekerja juga diberikan
latihan dan kursus.
2. Bagaimanakah tahap penggunaan teknologi MH Enterprise pada masa sekarang?
Untuk menghasilkan kuih Bahulu, kilang disediakan dengan beberapa buah mesin dan
oven untuk memudahkan kerja-kerja pengeluaran. Kilang mempunyai 4 buah oven dan 5
buah mesin pembancuh. Mesin-mesin pembancuh ini dapat menghasilkan beberapa ratus
bahulu dalam satu hari ditambah dengan oven pembakar yang besar yang boleh
memuatkan banyk kuih bahulu dalam satu-satu masa. Namun pemprosesan secara
manual masih dilakukan.
3. Bagaimanakah cara pemasaran produk MH Enterprise dilaksanakan?
Produk MH Enterprise dipasarkan secara borong dan juga runcit. MH Enterprise
memiliki beberapa cawangan di daerah selangor. MH Enterprise juga memiki kedai
runcit yang mana pembeli boleh datang ke premis jualan untuk mendapatkan produk
yang diperlukan. Selain itu, MH Enterprise juga membekalkan produk keluaran ke
beberapa buah pasaraya mengikut permintaan iaitu seperti pasaraya Giant, Mydin dan
TESCO. Untuk memperkenalkan produk MH Enterprise kepada orang luar, pelbagai
usaha dilakukan seperti mewujudkan blog di internet dan promosi melalui kerajaan
seperti FAMA, MOA dan juga Agromas.
11
4. Jelaskan serba sedikit mengenai pengurusan kewangan MH Enterprise.
Mendapat pinjaman daripada Agro bank RM50 ribu tanpa cagaran. Bank lain yang
digunakan untuk mendapatkan pinjaman ialah My Bank, Hong Leong Bank, dan juga
Public Bank. Pendapatan harian MH Enterprise dulu ialah sekitar RM2 hingga RM3 ribu
sehari, kini meningkat kepada RM5 hingga RM6 ribu sehari. Cukai kerajaan pada tahun
1990 ialah 10%, kini menurun kepada 8.5% setahun. Setakat ini, 99% objektif MH
Enterprise telah tercapai.
3.5 SAMPEL KAJIAN
Seramai seorang responden telah ditemu bual dalam kajian ini iaitu pengasas IKS Masri,
Tuan Haji Punari bin Salleh. Beliau merupakan responden utama dalam kajian ini dan temu bual
telah dilakukan secara terus dengan beliau. Temubual dengan Tuan Haji Punari telah diadakan
pada hari sabtu iaitu 19.03.2011 bertempat di kilang perusahaan beliau di Sekincan, Selangor
Darul Ehsan. Temubual diadakan selama satu jam iaitu sekitar pukul 10.00 am sehingga pukul
11.00am.
3.6 PROSES PENGUMPULAN DATA
Metod dalam cadangan penyelidikan atau laporan kajian merujuk kepada alat
pengumpulan data yang sesuai digunakan dalam kajian yang hendak dilakukan. Ia
menggambarkan bagaimana penyelidik mengumpul data. Terdapat beberapa kaedah yang
digunakan bagi mengumpul maklumat sesuatu kajian contohnya, secara temu bual, eksperimen,
pemerhatian, analisis rekod, simulasi atau juga yang menggunakan borang soal selidik.
Di dalam kajian IKS ini, kami telah menggunakan kaedah pengumpulan data daripada
sumber sekunder, iaitu maklumat yang kami perolehi daripada majalah-majalah, risalah-risalah
dan laman web yang berkaitan dengan industri pemprosesan kuih bahulu. Selain dari sumber
sekunder, kami juga turut memperolehi maklumat melalu sumber kedua iaitu melalui tinjauan
dan temu bual yang kami jalankan melalui kajian lapangan kami. Kami sendiri telah turun ke
kawasan kajian kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan bagi meninjau sendiri aktiviti
perusahaan mengusahakan kuih bahulu ini.
12
Sewaktu melakukan kajian lapangan, kami telah mengambil kesempatan dengan
menemubual secara langsung bersama pengurus dan pengasas MHP Interprise tersebut. Kami
juga telah merekod percakapan dan mengambil beberapa keping gambar bagi menyokong lagi
akan dapatan kajian kami ini. Pengumpulan data yang kami dapat melalui proses ini akan
diterjemahkan kembali dalam bentuk laporan yang merangkumi kesemua soal selidik yang telah
kami jalankan.
3.7 PENGANALISISAN DATA
Pengkaji akan menganalisis maklumat-maklumat yang diperoleh daripada proses temu
bual. Sebelum dan selepas penyelidikan data dijalankan, analisis data dilakukan terhadap data
yang diperoleh dari data primer dan data sekunder. Bagi penganalisisan data primer, pengkaji
menggunakan instrumen-instrumen seperti kamera, buku catatan, dan komputer. Analisis data
yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis data secara kualitatif daripada Model Spradley
iaitu Analisis Komponensial. Analisis ini dibuat melalui pemerhatian dan temu bual yang
dilakukan di MHP Enterprise Sekinchan. Data-data hasil daripada temu bual akan dianalisis
mengikut keperluan dan kehendak objektif kajian yang ingin dikaji. Pembina rantaian bukti logik
dan pertautan teori kajian. Data tersebut kemudiannya akan diterjemahkan melalui penulisan
deskriptif.
Penganalisisan data sekunder pula dilakukan oleh pengkaji melalui kajian literatur yang
dilakukan. Pengkaji hanya akan memilih maklumat yang berkaitan dengan skop kajian bagi
membantu penyelidikan yang dijalankan. Setelah maklumat tersebut diperoleh, pengkaji akan
melakukan pembacaan secara terperinci dan mendalam untuk mendapatkan maklumat yang
boleh membantu dalam memperkukuhkan hasil kajian.
13
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Sebuah kajian berkaitan dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah dilakukan di
sebuah kilang pembuatan bahulu yang terletak di Parit 7, Sg. Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.
Kajian ini telah diadakan pada 19 Mac 20011 bersamaan dengan hari Sabtu. Ketibaan kami kami
di Sekinchan adalah sekitar jam 10.30 pagi dan kehadiran rombongan kami sebanyak dua buah
bas amat dialu-alukan oleh pengurus MHP Enterprise iaitu Pn. Musleha Binti Zainuddin,
merangkap anak kepada pasangan Haji Punari @ Zainuddin Bin Salleh dan Hajah Mastura Binti
Senon. Kami telah diberi penerangan atau taklimat serba ringkas oleh Pn. Musleha berkenaan
dengan industri kuih bahulu yang telah diusahakan oleh kedua orang tuanya pada peringkat awal
di . Setelah selesai taklimat ringkas oleh beliau, kami telah dibawa masuk ke dalam kilang bagi
melihat sendiri pembuatan kuih bahulu yang diusahakan. Selain itu, kami juga turut dibawa
menjelajah kawasan kilang berkenaan yang menempatkan berbagai-bagai bahagian pembuatan
kuih-muih tradisional yang lain seperti kuih loyang, kuih bangkit, pembuatan jem nanas serta
bahagian pembungkusan kesemua jenis kuih yang ada dipasarkan oleh MHP Interprise.
Setelah selesai menjelajah hampir keseluruhan perusahaan milik Haji Punari, kami telah
berusaha mendapatkan beliau dan juga anaknya bagi bertanyakan serba sedikit soalan yang
berkaitan dengan perniagaan yang telah diusahakan bersama isterinya, Hajah Mastura. Beliau
yang telah mengusahakan pembuatan kuih tradisional tersebut secara kecil-kecilan di rumahnya
di Tanjung Karang. Berbekalkan modal sebanyak RM10 000, kini siapa sangka beliau telah
berjaya memperluaskan lagi produk pasarannya melebihi daripada kawasan sekitar Kuala
Selangor. Kini, perniagaan yang beliau dan isterinya usahakan suatu ketika dahulu telah beralih
tampuk pemerintahan kepada anak perempuannya yang merangkap pengurus MHP Interprise.
Semakin hari perniagaan ini mula berkembang apabila turut menerima tempahan bagi majlis-
majlis keraian terentu seperti majlis perkahwinan. Berikut adalah maklumat-maklumat penting
yang telah kami perolehi semasa temubual dijalankan.
14
4.2 SAIZ PERNIAGAAN
Bagi memulakan sesuatu perniagaan antara faktor yang perlu dipertimbangkan adalah
modal, lokasi, jenis dan saiz perniagaan, persaingan, undang-undang dan peraturan, sumber
bekalan dan sebagainya. Dalam aspek jenis dan saiz perniagaan, usahawan mesti menentukan
jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian
dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya. Saiz perniagaan hendaklah juga
bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal
dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus.
Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah
dikendalikan.
4.2.1 JENIS PEMILIKAN
Perniagaan MHP Enterprise ini diasaskan oleh Tuan Haji Punari@Zainuddin Salleh yang
merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan perniagaan perkongsian, perniagaan yang
dijalankan adalah pengeluaran makanan ringan dan kuih muih. Contoh-contoh produk yang
dijual ialah, kuah kacang, kuih bahulu, dodol, biskut Mazola, pelbagai jenis kerepek dan
sebagainya. Semua produk ini berjaya menarik perhatian masyarakat setempat dan juga
pelancong-pelancong datang membeli kerana terdapat pelbagai variasi dan pilihan.
Menurut Tuan Haji Punari, perniagaan ini diusahakan pada tahun 1992 dengan hasil
perkongsian dengan isterinya, iaitu Hajjah Mastura binti Senon. Pada hari ini, perniagaan ini
telah dikongsi bersama dengan anak beliau, iaitu Musleha binti Zainuddin. Cik Musleha telah
banyak membantu Tuan Haji Punari dalam perniagaan ini dan sekarang Cik Musleha telah
menjadi pengurus bagi perniagaan ini, beliau telah melakukan pelbagai pendekatan untuk
mempromosi produk keluarannya. Misalnya, mempromosi produk menerusi laman web
(BlogSpot). Jenama yang dikeluarkan oleh perniagaan MHP Enterprise ialah MASRI dan
Agromas. MASRI ialah nama singkatan Tuan Haji Punari dan Hajah Mastura. Manakala,
Angromas pula di bawah pemerhatian agensi FAMA.
15
Apabila perniagaan kian berkembang, keuntungan kian dirasai oleh beliau dan
sekeluarga, maka perusahaan mereka telah diperkembangkan daripada sebuah premis kecil
kepada sebuah premis yang lebih besar bagi meningkatkan dan menghasilkan lebih banyak
keluaran. Kini, perusahaan ini juga telah membuka beberapa cawangan di kawasan setempat,
antaranya ialah di Kuala Selangor dan dijangka akan membukanya lagi di Merong ataupun
Kampar. Pada masa ini, beliau telah mulai mengupah pekerja yang lebih ramai bagi memastikan
produktiviti perniagaannya dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, ahli keluarganya tetap
membantunya dan sentiasa menyokongnya untuk memastikan kelancaran perniagaan.
4.2.2 PERMODALAN
Modal merupakan ciptaan manusia yang meliputi peralatan, jentera dan bahan mentah
yang digunakan dalam proses pengeluaran. Modal mudah dipindahkan dari satu tempat ke
tempat lain serta mudah ditambah dan dikurangkan. Pulangan kepada modal ialah bunga.
Menurut Tuan Haji Punari, beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1986, iaitu
berniaga di Pasar Tani dengan jumlah modal RM 360. Pada tahun 1990, beliau telah membuka
syarikat yang menjadi pusat pengumpulan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabak Bernam.
Berikutan itu, beliau mula berjinak-jinak untuk membuka perusahaan IKS ini pada tahun 1996
dengan modal RM 10.000.
Menurut Tuan Haji Punari, pinjaman daripada pelbagai pihak turut dilakukan untuk
membantu beliau mengembangkan lagi perusahaannya. Antaranya ialah Agro Bank, Public
Bank, Maybank, FAMA. Misalnya, pada tahun 2004, apabila beliau menghadapi masalah dalam
perniagaannya, Tuan Haji Punari telah melakukan pinjaman dengan Agro Bank dengan jumlah
RM 500,00 tanpa cagaran. Tambahan beliau, pada tahun 1990, cukai bank ialah 10% dan
keadaan ini telah membebankan para peniaga. Dengan itu, kerajaan telah menurunkan kepada
paras 3.5% bagi mengelakkan para peniaga IKS menghadapi masalah kewangan. Di samping itu,
Tuan Haji Punari turut mencagar rumah dan tanah beliau di Sungai Buloh dan kedainya di
Tanjung Karang.
16
Sehingga hari ini, jumlah jentera atau mesin di kilang beliau telah meningkat. Mesin
untuk menghasilkan produk telah bertambah bagi membolehkan hasil keluarannya dapat
dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak semasa. Kini, perusahaan beliau mempunyai empat
ketuhar besar dan lima buah mesin pembancuh yang digunakan untuk menghasilkan kuih bahulu.
Tambahan itu, satu ruang masak telah disediakan untuk memudahkan proses memasak kuah
kacang dan kuih Ros. Selain itu, mesin-mesin untuk membungkus hasil keluaran juga terdapat di
sana bagi mempercepatkan proses pemasaran dan mengelakkan kuih muih cepat rosak.
4.2.3 JUMLAH PEKERJA
Setelah puluhan tahun bertungkus-lumus membina empayar perniagaan Masri ini,
bermula dengan beberapa orang pekerja, kini pemilik perniagaan IKS ini boleh berbangga
dengan memiliki 40 orang pekerja secara tetap dan sambilan. Terdapat 15-16 orang pekerja tetap
yang bekerja dengan perniagaan ini, dan selebihnya adalah pekerja sementara dan juga pelajar-
pelajar dari IPTA/IPTS yang menjalankan praktikal. Pekerja yang bekerja dengan Perniagaan
Masri ini terdiri daripada golongan wanita dan beberapa pekerja lelaki. Pekerja wanita
ditugaskan untuk membuat kerja-kerja seperti membuat kuih baulu, kerepek dan sebagainya.
Golongan wanita yang bekerja dengan Perniagaan Masri ini terdiri daripada golongan wanita
dari pelbagai peringkat umur. Kebanyakannya terdiri daripada golongan ibu dan remaja wanita
lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan seperti SPM dan STPM.
Golongan ibu yang bekerja dengan perniagaan Masri pula bekerja dengan Perniagaan Masri ini
adalah untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah di samping dapat menambahkan
pendapatan bulanan untuk menampung kehidupan keluarga.
4.2.4 CAWANGAN.
Setakat ini Perniagaan Masri mempunyai tiga cawangan yang mana, masing-masing
mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Cawangan utama berada di Lot 51 Parit 7, Sungai
Leman, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan yang merupakan Pejabat Urusan dan Pusat
Jualan utama untuk Perniagaan Masri. Di cawangan inilah segala urusan jual beli dijalankan dan
tempat pelanggan membeli produk keluaran Masri ini. Selain itu, cawangan ini juga merupakan
tempat di mana kilang pemprosesan kuih baulu, kerepek, kuih loyang, baulu gulung dan
beberapa produk lain dijalankan. Di cawangan ini terdapat dua bangunan baru dan lama,
17
bangunan baru yang telah dibina membabitkan kos RM 1 juta ringgit dan bakal menggantikan
bangunan lama yang dibina atas tanah yang disewa daripada penduduk setempat. Bangunan lama
akan dikekalkan dan akan dijadikan sebagai pusat pemprosesan, manakala bangunan baru akan
dijadikan pusat jualan yang baru. Bangunan baru dilihat lebih luas dan selesa, di samping
mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap jika hendak dibandingkan dengan pusat
jualan yang lama.
Cawangan MHP Enterprise yang seterusnya terletak di Bangunan PKPS Landscaping and
Services, Lot PT 4268, Parit 7, Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan.
Cawangan MHP Enterprise ini merupakan kilang pemprosesan Kuah Kacang dan Kuah Rojak,
produk tersebut dihasilkan di cawangan ini dan kemudiannya akan dihantar ke cawangan utama
untuk dipasarkan. Cawangan yang seterusnya terletak di Batu 2, Desa raya FAMA, 45000 Kuala
Selangor. FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran
yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah
ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawal selia dan
memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan.
FAMA telah banyak membantu En Punari dalam mengembangkan perniagaan beliau. Menurut
En Punari, MHP Enterprise akan membuka satu lagi cawangan, sama ada di Merong atau
Kampar.
4.3 SUMBER BEKALAN BAHAN MENTAH
Bahan mentah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pemprosesan produk IKS.
Tanpa bahan mentah akan menyebabkan proses pengeluaran produk tergendala dan seterusnya
membawa kerugian kepada pengusaha. Pengusaha-pengusaha IKS biasanya memperoleh bahan
mentah dari pelbagai pihak, seperti pemborong, peruncit, petani dan sebagainya. Dalam kajian
ini, kegiatan MHP Enterprise merupakan industri yang berasaskan sumber bahan mentah. Oleh
itu, sumber bekalan bahan mentah biasanya didapati di sekitar kawasan operasi. Dalam konteks
ini, bahan mentah yang diperlukan untuk membuat kerepek seperti ubi kayu biasanya diperoleh
dari petani-petani di sekitar Sekinchan.
18
Keadaan ini memudahkan pengusaha MHP Enterprise mendapat bekalan bahan mentah
dengan mudah dan menjimatkan kos pengangkutan. Di samping itu, sumber bahan mentah juga
diperoleh dari pemborong-pemborong di sekitar Sekinchan. Umpamanya pengusaha bagi
syarikat ini membeli bahan mentah iaitu tepung, gula, garam, telur dan sebagainya secara pukal
dari pihak pemborong. Hal ini demikian kerana pemborong dapat menawarkan harga yang lebih
rendah kepada pengusaha IKS. Sehubungan dengan itu, kos bahan mentah untuk pengeluaran
sesuatu produk dapat dijimatkan.
4.4 PROSES PASARAN
Proses pasaran bagi produk IKS ini dilakukan melalui promosi kerajaan seperti FAMA,
MOA dan dilakukan juga di internet dengan pengusaha menubuhkan Blog dan pembeli boleh
melakukan tempahan secara online. Agromas juga turut membantu pengusaha memasarkan
produk seperti dodol dan kuah kacang ke dalam pasaran-pasaran tempatan. Antara kedai dan
pasaraya yang menempah barangan makanan atau produk keluaran Masri Enterprise ialah
pasaraya Giant, Mydin, Tesco dan beberapa kedai runcit lain. Pengusaha juga memasarkan
produk-produk seperti kuah kacang/kuah pecal, kuah rojak,pelbagai jenis bahulu, pelbagai jenis
rempeyek,kuih ros, kuih bangkit dan pelbagai lagi di pasar-pasar tani sekitar Selangor Darul
Ehsan dan Kuala Lumpur. Waktu pasaran ialah sekitar 06.30am sehingga 11.30am. antara lokasi
pasar tani yang dipilih oleh pengusaha ialah Pasar Keramat Permai Ampang Selangor yang
beroperasi setiap hari rabu, Pasar tani Subang jaya Seksyen 13, Selangor yang beroperasi setiap
hari khamis, dan juga di Pasar Tani Segambut Luar, Kuala Lumpur yang beropersi pada hari
sabtu.
4.4.1 DIPASARKAN KE LUAR KAWASAN
Produk-produk IKS Masri ini turut dipasarkan ke Luar kawasan selain di Sekincan.
Antara lokasi yang dipilih untuk pemasaran produk keluaran Masri Enterprise ialah di sekitar
Sabak Bernam, Hulu Selangor, dan beberapa buah pasaraya disekitar Selangor dan Perak. Tuan
Haji Punari iaitu pengasas Masri Enterprise juga bercadang untuk membuka satu lagi cawangan
Masri Enterprise di sekitar Merong atau Kampar Perak. Untuk pasaran antarabangsa, setakat ini,
Masri Enterprise belum lagi berpeluang untuk memasarkan hasil keluarannya ke luar Malaysia.
19
4.4.2 PEMBELI DATANG KE PREMIS
Masri Enterprise mempunyai premisnya yang tersendiri yang terletak di Sekincan,
Selangor dan juga di cawangan Kuala Selangor yang terletak di Batu 2 Desaraya FAMA, Kuala
Selangor Darul Ehsan. Pembeli yang ingin membeli produk keluaran Masri Enterpise boleh
datang sendiri ke premis jualan yang berdekatan dan membeli secara terus dari kedai Masri
Enterprise.
4.4.3 CARA PROMOSI
Produk keluaran Masri Enterprise dipromosikan melalui bantuan kerajaan seperti promosi oleh
FAMA ,MOA dan Agromas. Selain itu, pengusaha juga menggunakan alternatif lain dengan
mempromosikan hasil keluaran di blog dan internet. Promosi yang dilakukan di internet
memudahkan pelangan membuat tempahan secara online dan memilih produk keluaran dengan
mudah tanpa perlu ke premis jualan. Blog ini ditubuhkan oleh Musleha Binti Zainuddin iaitu
pewaris Masri Enterprise bagi memudahkan dan meluaskan lagi pasaran produk yang disediakan
ke luar kawasan. Barang-barang akan dihantar berdasarkan permintaan pelanggan.
4.5 PROSES JUALAN HARIAN
Dari segi penjualan produk, syarikat MHP Enterprise menggunakan beberapa pendekatan
dalam proses jualan produk. Antaranya adalah jualan secara borong, jualan secara runcit dan
juga eksport produk melalui agensi yang terpilih. Proses jualan produk MPH Enterprise ini
dilakukan dengan beberapa cara bagi meluaskan pasaran selepas berkecimpung dalam dunia
perniagaan sekian lama.
4.5.1 JUALAN SECARA BORONG
Dalam proses penjualan produk secara borong, syarikat MHP Enterprise ini menggunakan
kaedah menjual produk mereka dengan cara borong kepada pasar raya seperti Giant, Mydin dan
juga Tecso. Produk-produk keluaran MHP Enterprise yang menggunakan jenama MASRI
banyak terdapat dalam pasar raya-pasar raya ini, seperti Bahulu Cermai, Bahulu gulung jem
Nenas dan sebagainya. Pendekatan jualan secara borong ini banyak memberi keuntungan kepada
Syarikat MHP Enterprise kerana sebahagian besar daripada pendapatan mereka berasal daripada
penjualan secara borong.
20
Selain daripada itu, jualan secara borong ini juga memberi keuntungan apabila tibanya
musim perayaan. Pada musim perayaan biasanya syarikat ini mendapat tempahan yang lebih
banyak berbanding hari-hari biasa. Dari segi pendapatan, pendapatan purata adalah lebih kurang
RM150,000 sehingga RM200,00 melalui jualan produk. Pada musim perayaan pula , pendapatan
meningkat dengan lebih tinggi akibat permintaan yang lebih banyak sehingga mencapai lebih
kurang Rm300, 000. Selain daripada menjadi pemborong kepada pasar raya seperti Giant,
syarikat ini juga turut membekalkan produk kepada peniaga-peniaga pasar tani. Mereka
membekalkan produk secara pukal kepada para peniaga seperti pasar tani di Seksyen 13, Subang
Jaya yang banyak menjual produk daripada MHP Enterprise.
4.5.2 JUALAN SECARA RUNCIT
Selain daripada menjual produk secara borong kepada pelanggan, syarikat ini juga turut
menjual barangan mereka secara runcit di kawasan kilang pemprosesan. Semasa tinjauan
dilakukan, terdapat banyak produk yang dijual secara runcit oleh syarikat ini di kilang
pemprosesan. Antaranya termasuklah, kerepek ubi masin, kerepek pedas kering, kerepak bawang
, kuah ros dan sebagainya. Bagi penjualan secara runcit, produk-produk ini dibungkus mengikut
sukatan kilogram dan dijual dengan harga yang berpatutan. Semua ini dapat dilihat dalam jadual
di bawah.
Produk Kilogram Harga
Kerepek Bawang 5 kg RM36.00
Jejari Bilis 4kg RM29.00
Jejari Udang 4kg RM29.00
Meruku 4kg RM29.00
K.Ubi Masin 3kg RM24.00
K.Ubi Pedas Kering 3kg RM27.00
K.Ubi Pedas Basah 3kg RM27.00
Kuih Tiram 4kg RM29.00
K.Keledek Ungu 2kg RM21.00
Mini Karipap 5kg RM60.00
K.Ubi Halus 5kg RM46.00
Emping Belinjo 1kg RM20.00
21
K.Kacang Dal 1kg RM18.00
Tempe 4kg RM57.00
Kesemua jualan ini memberikan keuntungan kepada peniaga kerana dengan adanya
jualan secara runcit ini membantu mereka menjana pendapatan yang lebih banyak. Biasanya
jualan secara runcit ini juga membantu peniaga kerana kawasan tersebut banyak menerima
kunjungan dan lawatan daripada orang luar, yang kebanyakan membeli produk runcit di tempat
tersebut.
4.5.3 JUALAN SECARA EKSPORT
Selain daripada memasarkan produk dalam negara, terdapat juga produk keluaran syarikat ini
yang dieksport ke negara lain melalui agensi seperti FAMA. Antara produk yang dieksport
adalah produk Kuah Kacang dan Kuah Rojak di bawah jenama AGROMAS. Dengan bantuan
FAMA, syarikat ini berjaya memasarkan keluaran dan menjual produk keluaran mereka ke
kawasan luar.
4.6 PENDAPAT PENGUSAHA
4.6.1 KEJAYAAN
Dalam mengusahakan perniagaan IKS ini, pengusaha telah mendapat
beberapa kejayaan besar dalam perniagaannya. Menurut pengusaha, 99
peratus daripada objektif yang telah dirancang oleh pengusaha berjaya
dijalankan dengan lancar walaupun terdapat beberapa halangan dan
cabaran dalam usaha memajukan perniagaan. Antara kejayaan yang dapat
dilihat mampu memberikan kebanggaan kepada pengusaha adalah
berkaitan dengan pemasaran, pembukaan cawangan, penambahan
pendapatan dan penambahan sumber tenaga. Dalam menguruskan
perniagaan, pemasaran memainkan peranan yang penting dalam
memasarkan sesuatu produk. Dalam kajian ini, pengusaha telah berjaya
membesarkan lagi perniagaan daripada perusahaan secara kecil-kecilan di
22
pasar tani kepada perusahaan yang lebih besar dengan penubuhan syarikat
yang menjadi pusat pengumpulan IKS.
Selain daripada itu, kejayaan yang mampu dibanggakan oleh
pengusaha adalah produk yang dikeluarkan mampu dipasarkan ke syarikat
yang besar seperti Giant, Mydin dan Tesco yang mana membantu dalam
proses peningkatan pemasaran. Penambahan pemasaran sekali gus telah
meningkatkan jumlah pendapatan harian daripada RM 2-3 ribu sehari kepada
5-6 ribu sehari kepada pengusaha.
4.6.2 MASALAH DAN CABARAN
Dalam apa jua perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan kecil ataupun besar
akan mengalami beberapa masalah dan cabaran. Ini termasuklah dalam perniagaan Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) di MHP Enterprise, Sekinchan ini. Dalam meniti kejayaan yang boleh
dibanggakan, industri ini turut menghadapi masalah dan cabaran. Menurut Tuan Haji Punari,
pada awal penubuhan IKS, beliau menghadapi masalah modal yang terhad. Disebabkan itu,
beliau hanya menggunakan RM 360 untuk memulakan perniagaan. Modal ini adalah bagi
membeli sebuah mesin pembancuh adunan baulu yang mula beroperasi di rumah beliau sendiri.
Setelah lebih kurang 10 tahun mengusahakan IKS dengan pendapatan yang mula meningkat,
perniagaan ini mengalami cabaran dari segi persaingan pula. Persaingan ini wujud di sekitar
industri itu ditubuhkan, di mana terdapat beberapa lagi industri-industri yang ditubuhkan. Bagi
mengatasi masalah ini, MHP Enterprise bertindak mengeluarkan produk-produk yang mengikut
cita rasa para pelanggan.
Selain itu, pengusaha industri baulu ini menghadapi masalah setiap kali apabila tibanya
musim perayaan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun. Ini kerana, pada
musim perayaan, industri tersebut akan menerima permintaan yang tinggi daripada para
pelanggan, ini bermakna mereka memerlukan bahan-bahan yang lebih banyak dalam
menghasilkannya. Namun, yang menjadi masalah kepada mereka ialah bekalan bahan mentah
untuk membuat produk-produk ini sering kali tidak mencukupi mengikut tempahan yang dibuat
mereka. Bahan-bahan ini adalah seperti tepung gandum, telur, dan lain-lain lagi. Tambahan pula,
23
bekalan yang sering kehabisan apabila hampir kepada musim perayaan turut menyukarkan
mereka.
Keadaan ini menyebabkan pengusaha tidak dapat memenuhi permintaan daripada
pelanggan sehingga menyebabkan ada pelanggan beralih ke industri yang lain. Jika keadaan ini
berterusan, Tuan Haji Punari bimbang ianya akan membantutkan pendapatan IKS yang
diusahakannya serta menyebabkan industri MHP Enterprise mengalami kerugian serta tidak
dapat setanding dengan industri-industri yang lain.
4.6.2.1 MODAL
Modal merupakan antara masalah yang paling utama yang dihadapi oleh pengusaha
indutri kecil. Masalah ini merupakan masalah umum yang dihadapi oleh negara-negara yang
sedang membangun seperti Malaysia. Kekurangan modal ini berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor. Salah satunya ialah kekurangan tabung kewangan yang boleh dijadikan sebagai modal
dalam industri kecil yang berpunca daripada kekurangan kadar pulangan dan keuntungan.
Kesilapan pengusaha yang membenarkan pelanggan berhutang juga menyebabkan pengusaha
tidak mampu untuk membuat pusingan modal. Pemberian jualan secara kredit ini sudah tentu
akan mempengaruhi kedudukan tabungan dan modal pusingan mereka. Inilah yang berlaku
kepada Tuan Haji Punari kerana beliau telah membuat jualan secara kredit kepada pelanggannya
seperti Giant dan lain-lain lagi. Perjanjian yang dibuat untuk bayaran ‘bill to bill’ telah
tertunggak sehingga hampir 10 bil yang menelan sehingga ratusan ribu ringgit.
Fenomena seperti ini sudah tentu akan mengakibatkan modal dan wang tunai akan
berkurangan bagi mendapatkan bekalan bahan mentah, membayar upah pekerja, atau
menambahkan lagi jumlah pengeluaran barangan mereka. Ini menyebabkan pengusaha terpaksa
menunggu sehingga barangan yang dihasilkan terjual sebelum dapat membuat pesanan bagi
mendapatkan bahan-bahan mentah atau membayar upah pekerja. Industri Kecil Sederhana (IKS)
yang dijalankan oleh Syarikat Masri ini boleh digolongkan sebagai industri yang bersaiz
sederhana. Ini telah memberikan beberapa kelebihan berbanding dengan industri yang kecil
untuk mendapatkan pinjaman. Perusahaan yang dilakukan oleh Syarikat Masri mempunyai rekod
24
perniagaan yang baik dan mempunyai sistem pengurusan akaun yang lebih tersusun. Ini telah
membantu Syarikat Masri mengeluarkan butir-butir lengkap sebagaimana yang diperlukan oleh
pihak agensi kewangan untuk meluluskan sesuatu permohonan. Syarikat Masri telah mencagar
sebidang tanah dan sebuah rumah kedai ketika memohon pinjaman
4.6.2.2 TENAGA PEKERJA
Masalah kedua yang dihadapi oleh Syarikat Masri ialah kekurangan tenaga pekerja.
Masalah ini memberikan kesan yang besar kepada proses perkembangan IKS. Punca utama
berlakunya masalah ini adalah kerana IKS menghadapi dilema dari segi persaingan dalam
mendapatkan pelatih dan pekerja. Persaingan yang dihadapi bukan sahaja daripada firma-firma
besartetapi juga dengan sektor-sektor lain dalam bidang ekonomi seperti pembinaan, pertanian,
perkhidmatan dan sebagainya. Mereka lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam sektor
pembinaan terutamanya golongan remaja kerana sektor ini menawarkan upah yang tinggi.
Golongan remaja juga lebih memilih untuk bekerja dengan syarikat-syarikat besar yang
menawarkan gaji dan faedah-faedah lain yang jauh lebih tinggi serta keadaan kerja yang lebih
baik. Kesukaran untuk menawarkan gaji yang lumayan serta keadaan tempat kerja yang
memuaskan menyebabkan IKS sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja yang mahir. Ini juga
adalah berkaitan dengan masalah kekurangan modal dan wang tabungan. Tidak hairanlah,
terdapat sebilangan daripada pekerja dalam IKS yang terdiri daripada pekerja bawah umur yang
merupakan saudara mara kepada pengusaha. Jika orang luar yang bekerja pula, mereka adalah
daripada golongan orang-orang tua. Sukar untuk mencari pekerja daripada golongan remaja.
Masalah ini akan lebih terasa jika musim perayaan. Syarikat Masri tidak mampu untuk
memenuhi permintaan daripada pelanggan kerana kakurangan tenaga kerja, apabila tiba musim
perayaan, jumlah hasil jualan adalah dua kali ganda daripada jualan hari biasa. Ini menyebabkan
Syarikat Masri telah membenarkan pekerjanya untuk melakukan kerja lebih masa dan bayaran
yang dibuat adalah mengikut jumlah jam bekerja.
25
4.6.2.3 BAHAN MENTAH
Masalah yang ketiga ialah masalah untuk mendapatkan bahan mentah. Kesukaran untuk
mendapatkan bahan mentah telah menyebabkan meningkatnya kos pengeluaran. Hubung jalin
antara kekurangan bahan mentah dengan harga bahan mentah merupakan fenomena biasa dalam
ekonomi. Apabila sesuatu bahan mentah itu berkurangan atau susah untuk mendapatkannya,
maka harga bahan mentah itu akan meningkat. Terdapat tiga fenomena yang berlaku berkaitan
dengan masalah bahan mentah iaitu bahan mentah yang tidak mencukupi, bahan mentah tiada
dalam pasaran dan bahan mentah yang tidak dapat diperolehi secara terus apabila diperlukan.
Kekurangan bahan mentah ini berlaku kerana terdapat peningkatan dalam aktiviti ekonomi dan
kegiatan perindustrian di beberapa negara terutamanya di negara yang sedang membangun
seperti negara kita. Hal ini telah menyebabkan tahap permintaan bahan-bahan mentah yang
tertentu lebih tinggi daripada sumber penawaran yang sedia ada.
Ekoran daripada permintaan yang lebih tinggi daripada penawaran, masa yang diambil
bagi memenuhi permintaan semasa adalah panjang. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an,
masalah kenaikan harga minyak telah memberikan kesan yang dalam kepada harga bahan
mentah. Ini menyebabkan harga bahan mentah meningkat dengan mendadak. Di negara kita
sering berlaku isu menyorok bahan mentah. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
yang tinggi pada masa atau musim yang tertentu. Hal ini jelas berlaku pada beberapa barangan
keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung, beras, gandum, dan sebagainya. Syarikat
Masri turut terlibat dalam masalah ini. Masalah untuk mendapatkan bahan mentah ini selalunya
berlaku ketika musim perayaan. Ini kerana, Syarikat Masri terpaksa bersaing dengan syarikat lain
bagi mendapatkan bekalan bahan mentah. Contoh bahan mentah ialah minyak masak, tepung
gandum dan gula. Terdapat juga pembekal yang menawarkan harga yang tinggi kepada Syarikat
Masri. Ini telah mendorong syarikat Masri untuk mencari lebih banyak pembekal terutamanya
yang menawarkan harga yang lebih rendah. Syarikat Masri juga memberikan deposit kepada
26
pembekal untuk mengelakkan pembekal tidak menghantar barangan kepada mereka. Pengalaman
pembekal tidak menghantarkan bahan mentah telah menyebabkan Syarikat Masri lebih berhati-
hati kepada pembekal.
4.6.3 HARAPAN
Harapan pengusaha agar perniagaan mereka akan berkembang lebih
maju ke hadapan dan dapat meningkatkan ekonomi negara dan membantu
penduduk tempatan. Selain daripada itu, pengusaha berharap akan
membuka beberapa cawangan di kawasan yang lain bagi memasarkan
produk kerepek mereka bagi meningkatkan lagi perniagaan di kawasan yang
lain. Pengusaha juga berharap agar pada suatu hari nanti, beliau akan dapat
mengambil alih kilang aiskrim Indah Sdn Bhd untuk memperkembangkan
empayar perniagaan mereka. Bagi memajukan perniagaan, pengusaha
berharap semua pihak seperti kerajaan, badan bukan kerajaan dan
masyarakat bekerjasama agar perniagaan berkonsepkan IKS di Malaysia kini
mendapat tempat dan setiap pengusaha berpeluang untuk
memperkembangkan perniagaan mereka.
4.6.4 PERANAN IKS DALAM MENINGKATKAN EKONOMI
Dalam membantu meningkatkan ekonomi negara, IKS juga mampu membantu asas
industri negara bagi mengelak pergantungan daripada sensitiviti ekonomi global. IKS perlu
dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh terutama dalam perhubungan ekonomi jangka
masa. MHP Enterprise yang merupakan sebuah IKS di Sekinchan, Selangor juga mempunyai
beberapa sumbangan dalam meningkatkan ekonomi. Peranan IKS ini dilihat dapat membantu
memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Penubuhan IKS tersebut telah meningkatkan kualiti
hidup pengasas bagi perniagaan tersebut, iaitu Tuan Haji Punari yang pada mulanya hanyalah
seorang peniaga pasar tani. Kewujudan IKS juga membantu kualiti hidup masyarakat penduduk
sekitarnya. Masyarakat yang melibatkan diri di dalam industri ini akan memperoleh pendapatan
yang boleh digunakan bagi menampung hidup mereka sehari-hari.
27
Dengan adanya industri-industri ini di negara kita, ia dapat membantu mengurangkan
keperluan import negara dan menjimatkan tukaran wang asing. Produk-produk atau barangan
yang dikeluarkan IKS mampu mengurangkan pergantungan negara daripada mengimport produk
dan barangan dari luar negara. Penghasilan barangan sendiri seperti ini bukan sahaja
mengurangkan keperluan import, malah boleh menjimatkan tukaran wang asing. Keadaan ini
juga akan mengurangkan kerugian ekonomi apabila pengaliran wang ke luar negara dapat
dikurangkan, serta menyebabkan pendapatan ekonomi Malaysia terus meningkat.
Selain itu juga, kegiatan industri kecil membantu meningkatkan jumlah tabungan kepada
ekonomi negara. IKS menjadi sumber utama kepada jumlah tabungan dan simpanan negara
apabila sejumlah besar modal dan sumber kewangan adalah daripada pemilik industri itu sendiri
serta merupakan pengurus kepada operasi industri kecil. Jika sumber modal dan kewangan
tersebut tidak digunakan dalam IKS, kemungkinan besar ia akan digunakan untuk keperluan lain.
Melalui pelaburan dalam IKS, ia boleh meningkatkan keseluruhan kadar simpanan penduduk di
dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi. Berdasarkan sumbangan dan
peranan IKS ini, keupayaan industri kecil tidak harus dipandang rendah. Bagi meningkatkan lagi
keupayaan IKS, pelbagai bantuan dari kerajaan perlu disalurkan.
28
BAB 5
KESIMPULAN, KELEMAHAN, KEBAIKAN
5.0 RUMUSAN
Sesungguhnya memang benar IKS ini telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
terutamanya yang berada di luar bandar. Ini dapat kita lihat apabila Haji Punari dan isterinya,
Hajah Mastura telah menggajikan beberapa orang penduduk di kampungnya bagi menjadi
pekerja di kilang pemprosesan kuih tradisional miliknya. Ini secara tidak langsung telah menjana
pendapatan bagi penduduk kampung tersebut dan melatih serba sedikit kemahiran yang perlu
dipraktikkan semasa bekerja. Penduduk kampung tersebut mempeolehi dan mempelajari
kemahiran baru dan khusus terutamanya dalam pemprosesan kuih bahulu dan kuih-muih
tradisional yang lain.
Industri Kecil dan Sederhana mempunyai pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman. Oleh sebab itu, pengusaha-pengusaha IKS perlu cekap menguruskan perniagaannya
untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah. Seseorang pengusaha IKS perlu mengetahui
kekuatan atau kebaikan yang terdapat dalam perniagaan yang mereka ingin usahakan nanti. Jika
mereka mengetahui kekuatan IKS ini, secara nyata nya mereka dapat menceburi peluang-peluang
yang terdapat dalam bidang ini. Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh nikmati oleh pengusaha
IKS iaitu penawaran pembiayaan, geran, pinjaman dan insentif dan lain-lain lagi. Bantuan ini
dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian,
perikanan, penternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. Kelemahan IKS dalam pelbagai
29
faktor menjadi batu penghalang kemajuan IKS itu sendiri apabila kurangnya tumpuan diberikan
kepada pembangunan penyelidikan menyebabkan mereka sering ketinggalan dalam pelbagai
bidang. Seterusnya, IKS membuka banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor kepada
usahawan-usahawan yang berminat. Peluang-peluang ini boleh didapati menerusi program-
program yang dianjurkan organisasi tempatan dan antarabangsa. Ancaman IKS adalah
persaingan yang wujud dalam pengusaha IKS yang lain. Ancaman persaingan ini dapat
dihapuskan jika barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah berkualiti serta bermutu.
Berdasarkan peluang-peluang di atas, tidak dapat dinafikan bahawa IKS mempunyai
masa depan yang amat cerah di Malaysia terutamanya untuk mencapai Wawasan 2020. Hal ini
amat berkaitan dengan kepercayaan ramai bahawa semakin maju sesebuah negara, semakin besar
peranan dan sumbangan industri kecil. Namun begitu, terdapat kelemahan-kelemahan yang
ketara dalam operasi dan amalan pengurusan IKS di Malaysia. Sebahagian besar mereka masih
lagi mengamalkan teknik dan sistem pengeluaran yang kurang cekap. Mereka rata-rata masih
bergantung kepada sistem pengurusan tradisional dan tidak cekap. Sebagai contohnya, Haji
Punari masih lagi menggunakan jentera mesin yang tidak dapat mengeluarkan kapasiti dalam
jumlah skala yang besar. Penggunaan mesin yang ringkas tidak dapat menampung keperluan
permintaan yang semakin bertambah. Peruntukan stok dan modal yang tidak mencukupi juga
mampu menjejaskan lagi proses pengeluaran kuih-muih Haji Punari. Tahap menggunakan
teknologi moden dan canggih adalah terhad serta daya menghasilkan keluaran baru untuk
memenuhi keperluan semasa dan cita rasa pengguna adalah terbatas.
Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan dalam
program pembangunan IKS, tetapi masih terdapat kelemahan-kelemahan yang ketara dan perlu
diperbaiki. Bagi tujuan itu, kerajaan telah menggunakan pendekatan yang berbeza bagi
meningkatkan pertumbuhan sektor IKS dan menyediakan pemangkin untuk pertumbuhan sektor
swasta. Bagi tempoh jangka pendek, ia meliputi pemakaian berasaskan hasil dalam memantau
dan menilai keberkesanan program pembangunan IKS, manakala jangka panjang tumpuan
adalah terhadap mewujudkan ekosistem perniagaan bagi mempromosi IKS dalam negara.
30
5.1 CADANGAN
Cadangan-cadangan yang sesuai untuk memajukan IKS ialah melalui penubuhan
Perbadanan Pembangunan IKS( SMIDEC). Perbadanan ini merupakan satu agensi kerajaan
utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat
nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan
pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. SMIDEC telah ditubuhkan pada 1996
sebagai sebuah agensi kerajaan yang khusus untuk menggalakkan pembangunan IKS. SMIDEC
berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan daya tahan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
supaya menjadi lebih kompetitif dalam suasana pasaran yang liberal. Perbadanan juga akan
menggalakkan IKS untuk menjadi sebahagian daripada industri penyokong ke arah
pembangunan industri negara serta menjadi pengeluar bertaraf dunia dan global. Peranan
SMIDEC perlu diperluaskan lagi untuk menyeragamkan dan membangunkan IKS yang terdapat
di seluruh Malaysia. Contohnya, dari segi pemberian geran dan pinjaman mudah, SMIDEC perlu
memperluaskan bantuannya supaya ramai pengusaha IKS dapat menceburkan diri dalam IKS
dan membantu menjana ekonomi negara.
Cadangan yang seterusnya adalah, mewujudkan dana khusus untuk membantu sumber
kewangan IKS. Dana yang khusus perlu diwujudkan supaya dapat menangani masalah-masalah
pengusaha IKS ketika kecemasan atau untuk tujuan lain. Contoh sumber dana IKS yang wujud
ialah Tabung Industri Bumiputera, Tabung Usahawan IKS, Skim Kredit Mikro dan sebagainya.
Ekoran daripada itu, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterprise Kecil dan Sederhana
(EKS) yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh
kemudahan pembiayaan. Melalui unit ini, Bank Negara berperanan sebagai pemberi dana utama
31
kepada IKS, manakala institusi kewangan dan dana khas lain menyediakan sumber alternatif
kepada para usahawan. Unit Khas EKS bertujuan membantu pengusaha IKS dengan
menyediakan maklumat tentang sumber-sumber kewangan yang ada, dan seterusnya
memudahkan proses permohonan pinjaman. Unit tersebut turut menyelesaikan masalah-masalah
yang dialami pengusaha IKS dengan memberi perlindungan kewangan dan khidmat nasihat
mengenai keperluan kewangan yang lain. Tidak dapat menafikan dana-dana seperti ini
membantu pengusaha IKS pada waktu kecemasan atau lain-lain.
Oleh sebab itu, sumber-sumber dana ini perlu ditambahkan lagi supaya dapat membiayai
pengusaha-pengusaha yang ingin maju. Cadangan yang berikutnya adalah, mewujudkan dan
memperluaskan program pembangunan vendor. Program Pembangunan Vendor (PPV) adalah
bertujuan untuk membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia sebagai
pengilang dan pembekal komponen-komponen serta perkhidmatan kepada syarikat-syarikat
besar tempatan dan syarikat multinasional (MNCs). PPV juga berfungsi sebagai saluran
kerjasama dan penghubung antara IKS dengan syarikat-syarikat besar. MECD bertindak sebagai
agensi pelaksana dan pemudah cara penyertaan IKS vendor dalam industri dan untuk mengenal
pasti syarikat anchor. Syarikat anchor pula bertanggungjawab menyediakan peluang pasaran dan
memberi bimbingan teknikal kepada syarikat vendor. Pihak bank atau institusi kewangan
berperanan sebagai pemberi khidmat nasihat dan kemudahan kewangan. Sebagai pendorong
yang utama dalam membangunkan IKS usaha-usaha yang diamalkan oleh program
pembangunan vendor perlu diperluaskan lagi untuk melahirkan ramai usahawan IKS.
Cadangan yang seterusnya ialah, mengembangkan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dalam meningkatkan produk keluaran IKS. Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) bagi produk dan pemasaran akan membantu melahirkan usahawan yang kreatif dan
berinovasi selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan budaya inovasi melalui
penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu program ini dengan
fokus utama menyediakan kemudahan bantuan kewangan kepada usahawan IKS bagi kerja-kerja
R&D dan penyelidikan pemasaran. Terdapat enam sektor pilihan yang akan diberi tumpuan
dalam proses penyelidikan dan pembangunan iaitu sektor teknologi komunikasi dan maklumat,
sektor marin, sektor berasaskan kayu, sektor makanan dan lain-lain lagi. Jika pengusaha-
pengusaha IKS melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi produk dan
32
pemasaran, sudah tentunya mereka dapat hasilkan keluaran yang bermutu dan mendapat
keuntungan yang tinggi.
Cadangan yang akhirnya ialah pengusaha IKS tidak semestinya terlalu bergantung kepada
kerajaan. Pengusaha-pengusaha IKS perlu cuba berdikari dalam meluaskan perniagaan. Tidak
dapat menafikan modal amat diperlukan dalam mana-mana permulaan perniagaan. Bantuan yang
diperoleh daripada kerajaan itu perlu diusahakan dengan sebaiknya, untuk lebih memperluaskan
perniagaannya. kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada
usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS. Majlis Amanah Rakyat
(MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan
melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan
perdagangan dan perusahaan. Program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan, skim
latihan perintisan, dan program promosi pemasaran. Melalui agensi-agensi kerajaan, IKS
berdaya maju dan menyumbang kepada pembangunan negara. Pengusaha-pengusaha IKS perlu
memanfaatkan bantuan-bantuan kerajaan dan berusaha berdikari untuk mencapai motif
seterusnya.
33
BIBLIOGRAFI
Jaafar Muhammad, (1993). Pengurusan perniagaan : Konsep, Strategi dan Operasi. Malaysia:
Mc Graw Hill (M) Sdn. Bhd.
Mohd Asri bin Hj Abdullah (1997). Pembangunan perindustrian di Malaysia- Perkembangan
dan permasalahan, Fajar Bakti.
Rafidah, A. (1996, Januari 18). Ucapan perasmian SMI Showcase ‘96. PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
34