chemistry f4 -

15

Upload: alias-ahmat

Post on 19-Jun-2015

2.213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahan Buatan Dalam Industri

TRANSCRIPT

Page 1: Chemistry f4 -
Page 2: Chemistry f4 -
Page 3: Chemistry f4 -

Bahan komposit ialah bahan baru yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti logam , aloi , kaca seramik dan polimer.

Bahan yang terhasil mempunyai sifat gabungan bahan asalnya.

Bahan komposit mempunyai sifat yang lebih baik daripada yang asal.

Page 4: Chemistry f4 -
Page 5: Chemistry f4 -

KONKRIT YANG DIPERKUKUH

Page 6: Chemistry f4 -

KONKRIT YANG DIPERKUKUHPenerangan

• Konkrit keras tetapi rapuh dan mempunyai daya tegangan yang lemah. Apabila konkrit diperkukuh dengan keluli atau polimer ,bahan yang terhasil ini akan menjadi sangat kuat dan mempunyai tahap regangan yang lebih tinggi

Sifat

• Lebih kuat dan keras• Tahan beban yang berat• Mudah diacukan kepada pelbagai bentuk

Kegunaan

• Digunakan untuk membuat bangunan yang tinggi , jambatan dan pelantar minyak

Page 7: Chemistry f4 -

SUPERKONDUK

TOR

Page 8: Chemistry f4 -

SUPERKONDUKTOR

Penerangan• Dapat mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan apabila

disejukkan ke suhu yang sangat rendah. Kebanyakkan superkonduktor ialah aloi sebatian logam atau seramik oksida logam

Sifat

• Tiada rintangan elektrik

Kegunaan

• Digunakan dalam kereta api laju , sistem penyimpanan tenaga bermagnet, generator , transformer dan cip komputer

Page 9: Chemistry f4 -

GENTIAN OPTIK

Page 10: Chemistry f4 -

GENTIAN OPTIK

Penerangan• Terdiri daripada gentian kaca dengan indeks biasan yang berbeza• Gentian optik ialah bahan komposit yang dapat menghantarkan data digital

dalam bentuk cahaya sepanjang gentian kaca yang panjang ,lutsinar dan halus

Sifat

• Menghantar data dalam kapasiti yang tinggi dan cepat• Stabil secara kimia dan kurang gangguan interferens

Kegunaan

• Digunakan dalam kabel telekomukasi • Digunakan dalam endorskop untuk memeriksa organ didalam badan

manusia

Page 11: Chemistry f4 -

GENTIAN KACA

Page 12: Chemistry f4 -

GENTIAN KACA

Penerangan• Kaca agak keras , kuat dan mempunyai ketumpatan yang agak

tinggi tetapi sangat rapuh. Apabila kaca gentian digunakan untuk memperkukuh plastik , suatu bahan komposit yang dinamakan gentian kaca terhasil

Sifat

• Mempunyai kuatan regangan yang tinggi• Mempunyai ketumpatan yang rendah• Mudah diwarnakan• Mudah diacukan dan dibentuk

Kegunaan

• Digunakan untuk membuat tangki penyimpanan air , raket badminton , bot ,dan papan peluncur salji

Page 13: Chemistry f4 -

KACA FOTOKR

OMIK

Page 14: Chemistry f4 -

KACA FOTOKROMIK

Penerangan• Terhasil apabila hablur argentum klorida,AgCl digabungkan dengan

kaca. Apabila kaca ini didedahkan kepada cahaya , argentum hablur klorida,AgCl akan bertukar kepada argentum . Maka, kaca itu akan menjadi gelap

Sifat

• Peka terhadap cahaya

Kegunaan

• Membuat kanta optik,tingkap kereta , tigkap bangunan,panel paparan maklumat, kanta kamera, suis optik , dan meter untuk mengukur keamatan cahaya

Page 15: Chemistry f4 -