bab 2

8
BAB 2 MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH 2.1 DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat terkumpulnya pelbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, di katalog dan disusun atur untuk memudahkan pengguna. Ia juga merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri untuk memilih,merencana menerbit dan menggunakan alat dan bahan bantu mengajar dengan pertimbangan untuk menambahkan kecekapan ikhtiar guru demi meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran. PSS juga didefinisikan sebagai satu tempat menyimpan dan memberi pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberi pelbagai maklumat bahan dan organisasi. Dr. Wan Zahid Nordin pula mendefinisikan PSS sebagai satu tempat di mana guru-guru dan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/ kakitangan sumber kesemuanya merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan

Upload: akmal-halim

Post on 05-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Fail Kuasa PSS

TRANSCRIPT

BAB 2

BAB 2

MAKLUMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH2.1

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat terkumpulnya pelbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, di katalog dan disusun atur untuk memudahkan pengguna. Ia juga merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri untuk memilih,merencana menerbit dan menggunakan alat dan bahan bantu mengajar dengan pertimbangan untuk menambahkan kecekapan ikhtiar guru demi meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran.PSS juga didefinisikan sebagai satu tempat menyimpan dan memberi pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberi pelbagai maklumat bahan dan organisasi.Dr. Wan Zahid Nordin pula mendefinisikan PSS sebagai satu tempat di mana guru-guru dan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/ kakitangan sumber kesemuanya merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyediakan/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan mereka. 4.1 MISI

Menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada murid-murid selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan bagi mencapai hasrat di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

5.1VISI5.1 Melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelektual.

5.2 Membekalkan kemudahan pembelajaran bagi membantu guru dalam

pengajaran dan pembelajaran.5.3 Semua murid menguasai kemahiran berfikir dan mencari maklumat.

6.1 PIAGAM

6.1.1 Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran bagi menentukan pencapaian prestasi yang baik.

6.1.2 Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

6.1.3 Menggalakkan tabiat belajar sendiri dan tabiat `ingin tahu.6.1.4 Membantu guru dan pelajar menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran serta fungsinya.

6.1.5 Mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berpendidikan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani.,6.1.6 Mewujudkan pusat sumber yang kondusif, ceria dan harmonis serta mesra pelanggan.

6.1.7 Memupuk semangat daya saing dan cita-cita tinggi ke arah kecemerlangan perkhidmatan untuk menjadi sebuah pusat sumber terbaik di daerah Klang.MATLAMAT

Matlamat Pusat Sumber Sekolah ditubuhkan adalah :

7.1.1 Untuk menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

7.1.2 Melahirkan tabiat belajar dan kegembiraan menggunakan alat dan bahan pengajaran di kalangan murid-murid dan guru.

7.1.3 Untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pendidikan bermutu.7.1.4 Mewujudkan satu sistem pengurusan yang digabungjalinkan antara bahan cetak dan bahan bukan cetak.

7.1.5 Memupuk daya pemikiran murid secara kreatif dan inovatif.7.1.6 Menggalakkan murid-murid dengan daya inisiatif sendiri membuat kerja-kerja projek dengan menggunakan sumber pelajaran yang ada di PSS.

8.1OBJEKTIF PSS8.1.1 Menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran yang kurang didapati di dalam bilik darjah.

8.1.2 Mewujudkan peluang-peluang bagi pengalaman pembelajaran melalui pelbagai media.8.1.3 Menyediakan peluang-peluang bagi pembelajaran kendiri dengan cara bebas yang boleh ditentukan oleh pelajar sendiri.8.1.4 Mewujudkan kemahiran-kemahiran manipulasi dengan menggunakan pelbagai jenis media.

8.1.5 Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian dalam akademik.

8.1.6 Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan dengan membantu mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.8.1.7 Memupuk tabiat membaca di kalangan masyarakat sekolah.

8.1.8 Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran melalui perkembangan staf, bengkel atau seminar.

8.1.9 Menawarkan khidmat rundingan dan nasihat kepada khususnya warga sekolah dan amnya masyarakat setempat.9.1 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

9.1.1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan dan alatan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.

9.1.2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

9.1.3 Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

9.1.4 Menjadi pusat perhubungan antara sekolah dengan agensi maklumat yang lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

9.1.5 Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

9.1.6 Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

9.1.7 Menyediakan peluang kepada pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

9.1.8 Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

9.1.9 Membuat perancangan supaya bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

9.1.10 Menyediakan alat reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.

10.1 KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Keutamaan yang sewajarnya patutlah diberi kepada teknologi pendidikan. Ini adalah penting untuk guru menyampaikan ilmunya secara berkesan. Melalui teknologi pendidikan pelajar akan dibantu menguasai kemahiran, mencari, memahami, mengaplikasi serta menghargai pengetahuan berdasarkan proses pembacaan, penulisan dan pengiraan, mengikut satu sistem pembelajaran yang menitik beratkan keperluan pelajar.

Namun demikian, untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan sumber itu dilakukan secara berkesan serta menjimatkan wang dan tenaga, maka adalah sangat perlu infrastruktur sekolah itu mengadakan satu Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah bukanlah satu tempat ataupun satu koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat kurikulum. Sebaliknya ia lebih merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Konsep Pusat Sumber Sekolah yang unggul adalah seperti yang berikut:10.1.1 Ia mempunyai kemudahan fizikal.10.1.2 Ia menawarkan pelbagai jenis maklumat sama ada dalam bentuk bercetak

atau bukan bercetak.10.1.3 Ia menawarkan pengurusan yang sisitematik dan teratur.10.1.4 Ia dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan media yang terlatih.10.1.5 Ia menjadi pusat pengumpulan dan penyampaian pelbagai maklumat.

10.1.6 Ia menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.

10.1.7 Ia mempunyai matlamat dan objektif yang tersendiri.

10.1.8 Ia merupakan pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Sekiranya tiada salah satu aspek atau kombinasi beberapa aspek tersebut, maka Pusat Sumber Sekolah tidak dapat berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.