assigmnt edu

Upload: jesie-livani

Post on 06-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah EDU 3102 Perkembangan kanak-kanak iaitu En Kamarul Arifin Bin Abd Rahman yang mengajar dan membimbing kami dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara membuat tugasan ini. Seterusnya, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang memberi sokongan moral kepada kami. Mereka juga membantu kami dari segi kewangan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Kami dapat membuat kerja kursus ini tanpa menghadapi sebarang masalah dari segi mental dan fizikal.Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung ribuan terima kasih kepada rakan rakan sekelas kami yang berkongsi pendapat dan memberi idea- idea yang bernas sepanjang menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Kami menghargai segala dorangan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan seperjuangan kami.

2.0 Ulasan Artikel Tajuk Artikel : Pola Bermain Dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-kanak

Jurnal ini merupakan hasil kajian Fatimah Abdullah, Sarnon, N. Hoesni, S.M & Wan Azreena W.J. Jurnal ini menghuraikan isu berkaitandengan pola bermain sejak dulu hingga kinidan fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak. Penulis jurnal ini berpendapat bahawa aktiviti bermain akan memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Namun, penulis mendapati pada zaman moden ini, pola bermain secara berkumpulan di hadapan rumah telah berubah kepada permainan individu di hadapan layar televisyen atau komputer. Penulis telah cuba menghuraikan isu berkaitan pola bermain sejak dulu hingga kini dan fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak.

Dalam jurnal ini, dapatan kajian menunjukkan secara umumnya bermain penting untuk perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Penulis telah menyatakan aktiviti bermain telah menjadi sebahagian daripada pembelajaran yang penting, bermulanya abad ke-20. Turut mengutarakan pendapat ahli psikologi Vygotsky yang berpendapat bermain boleh membantu dalam memperkembangkan personaliti kanak-kanak. Menurut penulis, melalui aktiviti bermain kanak-kanak dikatakan dapat memperkembangkan konsep kendiri, melatih mereka bersabar, bertolak ansur, bekerjasama dan bantu membantu malah yakin pada diri sendiri .

Justeru, penulis berpendapat bahawa perubahan yang berlaku dalam kehidupan masa kini menyebabkan pola bermain kanak-kanak turut berubah. Pola bermain daripada bermain secara kumpulan kepada bermain secara bersendirian mempunyai kaitan dengan perubahan persekitaran iaitu perkembangan teknologi yang sangat pesat. Dapatan kajian penulis juga menyatakan bahawa perubahan itu boleh dikaitakan dengan kemerosotan taraf kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Menurut penulis ,laporan-laporan perunatan memperlihatkan bilangan kanak-kanak yang obes dan menghidap diabetes semakin meningkat disebabkan aktiviti fizikal yang kian berkurangan di kalangan kanak-kanak. Penulis berpendapat bahawa insiden ini kerap dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang semakin kurang akibat perubahan pola bermain.Dalam jurnal ini, penulis menyatakan bahawa bermain penting kepada kanak-kanak kerana melalui aktiviti tersebut mereka belajar mengenal persekitaran sosial dan fizikalnya. Ia juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran baru di samping memperkembangkan konsep dan pengalaman. Menurut penulis, bermain juga akan menyelesaikan masalah berkaitan dengan hubungan sosial, proses intelektual, dan mengawal atau menyesuaikan dengan emosi dan memperoleh serta mempertingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah kanak-kanak tersebut. Pendapat penulis ini, juga boleh disokong dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang berpendapat proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan. Justeru bermain adalah urusan yang serius kepada kanak-kanak kerana aktiviti tersebut juga membantu mereka memperkembangkan sikap yang positif dalam pembelajaran. Oleh itu ,selain daripada meningkatkan kemahiran motor, bermain turut membantu kanak-kanak mengembangkan inisiatif, regulasi diri dan kemahiran sosial. Interaksi antara individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan individu adaptasi situasi baru merupakan faktor faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu yang dikenalpasti oleh Piaget. Jadi, tidak dapat dinafikan aktiviti bermain secara berkumpulan sememangnya membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. (Halizah Hamzah, 2008) Seterusnya, penulis turut menyatakan bahawa bermain akan membantu kanak-kanak memperkembangkan sikap yang positif dalam pembelajaran dan memberi peluang untuk belajar pelbagai kemahiran yang akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap perkembangan mereka. Bermain dikatakan dapat meningkatkan kemahiran motor, mengembangkan inisiatif regulasi diri dan kemahiran sosial. Pendapat penulis ini boleh dikaitkan dengan teori tugas-tugas perkembangan Robert Havighurst yang menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat pada sesuatu peringkat tertentu. ( Mook Soon Sang. 2013) Beliau berpendapat kanak-kanak dalam lingkungan usia 6-12 tahun akan membentuk kemahiran fizikal dan konsep diri yang sihat melalui permainan. Jadi, pendapat penulis jurnal ini memang benar aktiviti permainan akan meningkatkan tahap kesihatan dan membantu perkembangan fizikal. Penulis kajian ini, turut membicarakan kepentingan bermain dari aspek psikologi perkembangan kanak-kanak. Penulis turut menyatakan bahawa perkembangan positif yang diperoleh daripada aktiviti bermain adalah berkaitan dengan kesihatan dan perkembangan fizikal kanak-kanak. Perkembangan fizikal merangkumi kepada perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran kordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Daripada jurnal ini , kita boleh lihat bahawa kanak-kanak akan mendapat faedah daripada aktiviti bermain berkaitan dengan kesihatan dan perkembangan fizikal kanak-kanak .Menurut penulis, apabila mereka bermain seperti kejar mengejar, menolak dan menarik, kanak-kanak akan bergerak aktif malah pada masa yang sama mereka juga perlu berfikir dan berkomunikasi. Aktiviti tersebut membantu perkembangan motor kasar serta melancarkan pergerakan otot dan saraf yang seterusnya menyumbang kepada kualiti kesihatan yang lebih baik. Bermain dikatakan dapat meningkatkan kemahiran motor, mengembangkan inisiatif regulasi diri dan kemahiran sosial. Pendapat penulis ini boleh dikaitkan dengan teori tugas-tugas perkembangan Robert Havighurst yang menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu tugas seperti berjalan, berlari atau melompat pada sesuatu peringkat tertentu. ( Mook Soon Sang. 2013) Beliau berpendapat kanak-kanak dalam lingkungan usia 6-12 tahun akan membentuk kemahiran fizikal dan konsep diri yang sihat melalui permainan. Jadi, pendapat penulis jurnal ini memang benar aktiviti permainan akan meningkatkan tahap kesihatan dan membantu perkembangan fizikal. Menurut penulis jurnal ini, bermain turut menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang berupaya berbual dan meningkatkan kemahiran berbahasa semasa berkomunikasi dengan kanak-kanak yang lain. Penulis menyatakan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Roskos dan Christie(2007) iaitu bermain penting untuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia menggalakkan kanak-kanak untuk berbual, memperkembangkan kemahiran berbahasa dan mengira. Pernyataan ini juga boleh disokong dengan teori perkembangan kognitif Vygotsky. Vygotsky berpendapat dua faktor utama perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Jadi, kanak kanak yang bermain secara berkumpulan secara tidak langsung berinteraksi dengan kanak-kanak lain dengan menggunakan bahasa pertuturan mereka sememangnya membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada pendapat penulis prasekolah digalakkan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain kepada kanak-kanak.Dalam jurnal ini, penulis turut menyatakan pendapat ahli-ahli teori psikologi iaitu Freud dan Erikson bahawa bermain membantu kanak-kanak mengatasi kebimbingan dan konflik dalam kehidupan seharian dan juga meningkatkan penghargaan kendiri mereka. Pendapat Rubin dan Clark (1983) juga turut dinyatakan oleh penulis iaitu kanak-kanak yang terlibat dengan permainan sosial lebih rapat (attached) dengan rakan-rakan dan ibu bapa berbanding kanak-kanak yang tidak terlibat dengan permainan sosial. Penulis menyatakan aktiviti bermain secara tidak langsung membantu kanak-kanak bersosial dengan ahli kumpulan iaitu apabila mereka diterima dan menerima rakan-rakan dalam kumpulan. Penulis berpendapat aktiviti bermain sememangnya membantu perkembangan sosial kerana bermain secara kumpulan bersama kanak-kanak yang lain memberi peluang kepada mereka untuk belajar cara berhubung atau berinteraksi dengan orang lain. Menurut penulis, hal ini akan menjadi asas kepada perhubungan sosial kanak-kanak. Bermain turut dikatakan dapat meningkatkan penerokaan persekitaran dan menyediakan tempat yang selamat bagi kanak-kanak mencuba sesuatu yang baru . Pendapat Rubin dan Clark (1983) bersetuju bahawa kanak-kanak yang terlibat dengan peraturan bersosial semasa bermain lebih Berjaya dalam kemahiran sosial mereka. Penulis turut memberikan pendapat dan pandangan tokoh psikologi Islam, selain pandangan tokoh barat bagi menyokong pendapat penulis dalam kajian ini. Penulis telah menyatakan pandangan tokoh al-Ghazali yang menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain kerana bermain berupaya merehatkan fizikal dan minda kanak-kanak daripada keletihan yang dialami di sekolah. Menurut pandangannya lagi, kanak- kanak yang dilarang bermain dan dipaksa belajar akan melemahkan otak kanak-kanak dan mengakibatkan kecerdasan terjejas. Selain itu menurut pandangannya lagi, kanak-kanak akan berasa terkongkong, bosan dengan aktiviti harian yang sama dan terbatas sehingga menyebabkan mereka memberi alasan yang tidak wajar untuk melepaskan diri dari keadaan ini.Setelah membicarakan kepentingan aktiviti permainan, penulis telah memberikan implikasi permainan kepada perkembangan kanak-kanak. Bermain dikatakan memberi kesan yang positif dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, sosial, emosi dan kognitif atau intelektual kanak-kanak. Antara implikasi permainan tradisonal atau bermain secara kumpulan ialah membentuk disiplin, melahirkan sikap toleransi, meningkatkan komunikasi, meningkatkan ketahanan fizikal dan daya saing, mengeratkan hubungan sesama keluarga, rakan dan jiran, memupuk sikap bertanggungjawab dan melatih kanak-kanak berjimat serta membentuk kreativiti kanak-kanak. Penulis turut membincangkan implikasi negatif terhadap pola bermain yang sudah berubah dari bermain secara berkumpulan kepada bermain secara bersendirian pada zaman sekarang. Penulis berpendapat bahawa kanak-kanak zaman sekarang yang tidak mengemari permainan tradisional menjadi kurang aktif, menjadi obes dan memudaratkan kesihatan dan membataskan kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Tambahan lagi permainan video dikaitkan dengan pencapaian akademik yang rendah, penurunan tingkah laku professional dan peningkatan tingkah laku agresif kanak-kanak. Namun, permainan layar ( video dan komputer) yang berbentuk pendidikan memberikan implikasi yang positif terhadap kanak-kanak. Jadi, penulis berpendapat kesan positif permainan layar bergantung kepada jenis perisian dipaparkan mengikut peringkat umur kanak-kanak mengikut kesesuaian. Penulis turut menekankan bahawa aktiviti bermain telah diganngu oleh pendidikan formal di sekolah. Kebanyakan aktiviti di sekolah merujuk kepada pengajaran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Menurut (Pellegrini &Smith 1998), kebanyakan sekolah lebih mengutamakan aspek akademik sementara permainan hanyalah sebagai aktiviti sampingan.Justeru itu, penulis jurnal ini menekankan kesibukan ibu bapa masa kini yang tidak ada masa untuk bermain bersama kanak-kanak mereka. Selain itu, penulis turut menyatakan faktor-faktor yang berkaitan dengan masa, sumber, ruang dan rakan-rakan memainkan peranan yang penting dalam menentukan pola bermain dan jenis permainan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Penulis mengemukakan pandangan ahli psikologi ( Hoffeth dan Sandberg 2001), bahawa jenis aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak juga bergantung kepada konteks keluarga, termasuk kelas sosial dan pekerjaan ibu bapa, pendidikan dan struktur keluarga. Penulis turut menyatakan kajian yang dilakukan oleh ( Hoffeth dan Sandberg 2001), mendapati ibu berpendidikan tinggi cenderung memberi aktiviti-aktiviti yang tersusun kepada anak mereka berbanding dengan ibu yang kurang berpendidikan. Dengan ini, penulis menekankan bahawa ibu yang mengutamakan pencapaian akademik akan berminat untuk memilih permainan yang membina kemahiran kognitif seperti permainan mengira, membina perkataan atau daya kreativiti kanak-kanak. Pendapat penulis ini turut dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Berk(2006), Proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan yang membawa kepada pengetahuan. Menurutnya proses ini merangkumi segala aktiviti mental yakni mengingat, membuat perwakilan simbol, mengkategorikan, menyelesaikan masalah, mereka cipta, mengkhayalkan dan daya imaginasi.Dalam jurnal ini, penulis turut membicarakan tentang implikasi permainan kepada kesejahteraan kanak-kanak. Penulis menyatakan pendapat Shamsul Anuar dan Ahmad Shahar (2005), Permainan tradisional memberikan kesan yang positif dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dari aspek fizikal, sosial, emosi dan intelektual. Penulis berpendapat bahawa bermain secara berkelompok boleh mempuk semangat kerjasama di samping memeperkembangkan kemahiran sosial kanak-kanak tersebut. Sebaliknya penulis menekankan bermain seorang diri di hadapan komputer atau play station menyebabkan isolasi sosial dan membataskan komunikasi kanak-kanak tersebut. Penulis turut mencadangkan beberapa peranan yang patut dimainkan oleh keluarga dan masyarakat agar membantu perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa harus menyedari kepentingan bermain sebagai satu aktiviti penting dan bijak menyediakan jenis permainan yang sesuai dengan nilai tempatan dan tahap perkembangan kanak-kanak. Penulis juga mengemukakan pandangan Fernie (2005), ibu bapa harus menghargai permainan kanak-kanak, bermain dengan kaank-kanak apabila sesuai, mencipta persekitaran yang menggalakkan bermain, menyediakan alatan baru dan mencampur tangan untuk memastikan permainan mereka selamat. Penulis mencadangkan bahawa selain ibu bapa, komuniti juga bertanggungjawap dalam menyediakan pentas permainan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti permainan. Penulis turut menekankan keluarga dan komuniti bertanggungjawap dalam membantu mengubah corak permainan daripada hanya tertumpu di hadapan layar komputer atau televisyen kepada permainan yang berbentuk sosial.Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bermain penting untuk perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Penulis menyatakan melalui bermain, kanak-kanak dapat mempelajari banyak perkara, antara lain berkomunikasi, bekerjasama, keyakinan diri di samping memberi faedah kepada perkembangan fizikal dan kesihatan. Permainan kreatif akan menggalakkan perkembangan nilai yang sesuai dengan umur minat individu serta keperluan kanak-kanak. Namun perubahan dalam bentuk permainan yang melibatkan layar video dan komputer memberikan implikasi yang berbeza. Implikasi positif atau negatif bergantung kepada jenis perisian yang digunakan. Permainan layar berbentuk keganasan dikaitkan dengan tingkah laku negatif. Manakala, permainan layar yang berbentuk pendidikan memberikan implikasi positif. Oleh itu, orang dewasa terutamanya ibu bapa berperanan memantau aktiviti permainan kanak-kanak dan menggalakkan pola bermain secara kumpulan bagi membantu perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak.

Refleksi tugasan Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami menyiapkan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus EDU3102 Perkembangan kanak-kanak ini, kami telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri kami sebagai bakal guru. Antaranya, kami dapat mengenal subjek perkembangan kanak-kanak dengan lebih terperinci. Selain itu, melalui kerja kursus ini, kami dapat mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan kami terhadap konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas difahami. Dari tugasan ini, kami mendapat banyak pengetahuan baru tentang perkembangan fizikal, kognitif dan bahasa kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, kami seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami perkembangan kanak-kanak, kerja kursus ini membantu kami memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritir, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, kami mempalajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semesta nanti.

Dalam menyiapkan tugasan ini, kami telah mencari informasi daripada pelbagai sumber seperti buku-buku yang kami pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet. Kami pergi ke perpustakaan dan mencari buku yang berkaitan perkembangan kanak-kanak. Selepas itu kami mengumpul maklumat yang berkaitan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah kami dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan kami memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri kami dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.Secara keseluruhannya, tugasan ini sangat berguna kepada kami dalam mencurahkan pengetahuan mendalam tentang perkembangan kanak-kanak . Sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.