ass cm2 final

25
Norhayati Nor Hakimi 193910 TUGASAN 2 MGR3113 Pengurusan Perbandingan 1.0 NEGARA DUNIA KETIGA & PENGERTIANNYA Dunia dibahagikan kepada tiga kategori negara iaitu negara dunia pertama, kedua dan ketiga. Pembahagian kategori negara ini dikatakan bermula selepas Perang Dunia Ketiga iaitu semasa Amerika Syarikat menjadi kuasa besar dunia dan Kesatuan Soviet menjadi pesaing kepada Amerika Syarikat. Ketika itu, wujudnya persaingan kuasa di antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya dalam bentuk tekanan ekonomi, bantuan terpilih, perlumbaan senjata dan lain-lain lagi. Negara dunia pertama ialah negara- negara yang maju, berindustri, demokratik dan mengamalkan sistem pasaran bebas seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Belgium dan lain-lain negara yang menjadi anggota NATO. Negara dunia kedua pula ialah negara-negara yang dipimpin oleh kepimpinan Soviet yang sederhana majunya, mengamalkan industri berkonsepkan komunisme, mengamalkan sistem diktator komunis dan ekonomi terancang berpusat (Zin, 2005). Antara negara-negara yang dikatakan negara dunia kedua ialah Soviet Union, China dan sekutu-sekutunya. Manakala negara yang mundur, tidak maju, mengamalkan pertanian, mempunyai sistem politik dan ekonomi yang tidak sekemas negara-negara dunia pertama digelar negara dunia ketiga. Negara dunia ketiga menurut Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah negara- negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yang dianggap masih mundur atau sedang membangun 1

Upload: nnhnorhayati

Post on 03-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Norhayati Nor Hakimi 193910TUGASAN 2MGR3113 Pengurusan Perbandingan 1.0 NEGARA DUNIA KETIGA & PENGERTIANNYADunia dibahagikan kepada tiga kategori negara iaitu negara dunia pertama, kedua dan ketiga. Pembahagian kategori negara ini dikatakan bermula selepas Perang Dunia Ketiga iaitu semasa Amerika Syarikat menjadi kuasa besar dunia dan Kesatuan Soviet menjadi pesaing kepada Amerika Syarikat. Ketika itu, wujudnya persaingan kuasa di antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya dalam bentuk tekanan ekonomi, bantuan terpilih, perlumbaan senjata dan lain-lain lagi. Negara dunia pertama ialah negara-negara yang maju, berindustri, demokratik dan mengamalkan sistem pasaran bebas seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Belgium dan lain-lain negara yang menjadi anggota NATO. Negara dunia kedua pula ialah negara-negara yang dipimpin oleh kepimpinan Soviet yang sederhana majunya, mengamalkan industri berkonsepkan komunisme, mengamalkan sistem diktator komunis dan ekonomi terancang berpusat (Zin, 2005). Antara negara-negara yang dikatakan negara dunia kedua ialah Soviet Union, China dan sekutu-sekutunya. Manakala negara yang mundur, tidak maju, mengamalkan pertanian, mempunyai sistem politik dan ekonomi yang tidak sekemas negara-negara dunia pertama digelar negara dunia ketiga. Negara dunia ketiga menurut Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yang dianggap masih mundur atau sedang membangun (http://prpm.dbp.gov.my/). Contoh negara-negara dunia ketiga ialah Malaysia, Nigeria, Pakistan, Indonesia, Somalia dan lain-lain lagi. Negara-negara dunia ketiga adalah sekumpulan negara yang terbesar di dunia. Persamaan yang wujud diantara negara-negara dunia ketiga mempunyai perkaitan rapat dengan negara-negara barat yang pernah menjajah negara-negara dunia ketiga. Negara dunia ketiga juga adalah negara yang tidak mempunyai sebarang industri yang canggih dan kompleks serta mempunyai pendapatan perkapita yang rendah. Sebagai contoh, negeri-negeri di keseluruhan benua Afrika, Asia dan negara-negara Amerika Selatan. Penduduk di negara-negara dunia ketiga adalah orang yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah, berpenyakit dan di sesetengah negara mengalami masalah kebuluran. Kegiatan ekonomi banyak bergantung pada hasil pertanian utama yang tidak komersial dan berbentuk sara diri, rendah harga pasaran dan tidak begitu berkualiti (Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-Isu Global). Berdasarkan daripada pengertian-pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pembahagian konsep negara-negara ini berdasarkan kepada tahap kemajuan, pembangunan dan kemodenan sesebuah negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

2.0 LATARBELAKANG NEGARA YANG DIPILIH BANGLADESHNegara Bangladesh terletak di Selatan Asia yang bersempadan dengan negara India di sebelah barat, utara dan timur dan negara Myanmar di bahagian tenggaranya. Bangladesh berkeluasan 143,998 kilometer persegi yang hanya merangkumi 0.028% daripada keluasan bumi. Dhaka merupakan ibu negara Bangladesh dan merupakan bandar terbesar di Bangladesh. Negara yang beriklim monsun tropika berhaba ini mengalami cuaca panas dan kering. Pada bulan Oktober hingga Jun, Bangladesh akan mengalami hujan lebat dan lembab yang melampau pada musim tengkujuh serta sejuk yang dingin mengikut bulan-bulan tertentu sepanjang tahun. Bencana alam seperti banjir, siklon dan ribut juga sering terjadi di negara ini. Siklon lazimnya terjadi secara berkala pada bulan April dan Mei (BLiS). Jumlah penduduk negara Bangladesh dikatakan yang ketujuh terbesar di dunia dan merupakan salah satu negara yang padat dengan penduduk. Penduduk Bangladesh pada tahun 2013 menurut laman web The World Bank ialah sebanyak 156.6 juta (The World Bank, 2014). Sebahagian besar daripada penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. Agama rasmi bagi negara Bangladesh ialah Islam dimana lebih daripada separuh penduduknya beragama Islam dan selebihnya beragama Hindu. Bahasa yang lazimnya digunakan oleh penduduk negara Bangladesh ialah Bengali, manakala bahasa lain yang turut dituturkan ialah bahasa Inggeris. Matawang Bangladesh ialah Taka (BLiS). Sebelum digelar negara Bangladesh, Bangladesh dinamakan Pakistan Timur yang telah mengisiytiharkan kemerdekaan dari Pakistan pada tahun 1971. Bangladesh menganggotai beberapa gabungan antarabangsa antaranya ialah NAM, Negara-Negara Komanwel, OIC, IMF dan WTO. Bangladesh merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Negara Bangladesh diketuai oleh Presiden dan pemerintahan negara dikendalikan oleh Perdana Menteri yang dipilih setiap lima tahun. Pada 31 Julai 2000, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mengetuai delegasi 73 anggota dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia. Manakala, pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Bangladesh ialah pada 17 November 2013 dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Bangladesh (BLiS). Presiden Bangladesh yang terkini ialah Abdul Hamid dari parti Bangladesh Awami League yang mula menjawat jawatan tersebut mulai 14 Mac 2013 menggantikan Zillur Rahman yang mati dibunuh pada 20 Mac 2013 (Bangladesh Parliament, 2013). Pada tahun 2008, Bangladesh adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam kumpulan negara-negara di Asia Selatan. Jumlah dagangan meningkat sebanyak 64.6 peratus daripada AS $438300000 (RM1,598.0 juta). Syarikat-syarikat Bangladesh melabur sebanyak AS $5.9 juta (RM21.0 juta) di Malaysia, terutamanya dalam sektor pengilangan makanan, produk getah, produk tekstil dan produk logam fabrikasi. Manakala, Malaysia pula telah melabur AS $ 1.4 bilion (RM5.0 bilion) di Bangladesh dalam perkhidmatan pengangkutan, tekstil, infrastruktur pembuatan dan komunikasi serta produk makanan (Mustapa, 2010).

3.0 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN NEGARA BANGLADESH3.1 RASUAH DAN KORUPSIMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rasuah atau dalam bahasa Inggerisnya bribery bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap); merasuahi, memberi rasuah (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014). Korupsi pula bermaksud amalan atau perbuatan yang salah atau tidak amanah seperti pecah amanah, menerima rasuah. Bangladesh berada ditangga yang ke-136 daripada sejumlah 174 buah negara yang telah diindeks untuk persepsi korupsi bagi tahun 2013 (Lampiran A). Skor minimum ialah 0 dimana ia merujuk kepada negara yang tinggi korupsinya, manakala skor maksimum 100 yang merujuk kepada negara yang rendah kadar korupsinya. Skor Bangladesh ialah 27 dimana ia menunjukkan skor yang lebih menghampiri ke arah skor 0 dan jauh dari skor 100 (Transparency Intenational, 2014). Ini menunjukkan bahawa negara Bangladesh merupakan negara yang mempunyai kadar rasuah yang agak tinggi. Kedudukan Bangladesh pada tangga ke-136 berbanding 175 buah negara yang jauh lebih rendah kadar rasuahnya. Ini bermakna, daripada 175 buah negara, Bangladesh berada di tempat ke-40 negara tertinggi kadar rasuah.Menurut satu kajian yang dibuat oleh National Household Survey, sebanyak 63.7 peratus daripada 7,906 isi rumah yang ditemu bual, terpaksa memberi rasuah untuk mendapatkan khidmat atau servis dari pihak kerajaan. Sejumlah 6,900 takas (RM290.37) setahun terpaksa dikeluarkan oleh penduduk Bangladesh untuk merasuah yang merangkumi satu persepuluh daripada purata pendapatan setahun mereka. Jumlah keseluruhan rasuah mencecah 2.1 bilion euros (RM85 bilion) pada tahun 2013 melebihi dua kali ganda jumlah rasuah yang dibayar oleh penduduk Bangladesh pada kajian lepas (Shaikh Azizur, 2013). Penduduk Bangladesh tanpa mengira kedudukan dan harta terlibat dengan rasuah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka merasuah polis, pegawai pendaftaran tanah untuk memastikan urusan mereka dapat diambil tindakan dan selesai dengan cepat. Lebih banyak rasuah yang diberi, lebih cepat urusan tersebut selesai. Sebagai contoh, seorang peniaga pakaian bernama Abdur Rahim yang berusia 37 tahun terpaksa merasuah polis setiap hari sebanyak 200 takas (RM8.42) semata-mata untuk memastikan kelangsungan perniagaan menjual pakaiannya di Dhaka. Kutipan rasuah itu dibuat oleh agen tempatan yang dikenali sebagai 'lineman'. Abdur menyatakan bahawa pendapatan beliau yang diambil oleh agen tersebut mencecah satu pertiga daripada pendapatan harian beliau (Shaikh Azizur, 2013). Jika rasuah tidak diberi, pada hari yang berikutnya agen tersebut tidak akan membenarkan kedai beliau beroperasi seperti biasa.Rasuah juga melibatkan pemerintahan atasan. Semasa Fakhruddin Ahmed menjadi ketua kerajaan yang sementara, beliau membuka banyak penyiasatan mengenai rasuah di kalangan pegawai-pegawai atasan pemerintah kerajaan. Langkah-langkah yang diambil beliau ialah dengan membekukan akaun bank dan menyita kenderaan-kenderaan mewah pegawai yang terlibat. Antara yang ditahan ialah Tarique Rahman yang merupakan anak kepada Khaleda Zia, mantan Perdana Menteri Bagladesh. Tarique ditahan di atas kesalahan pemerasan ugut. Khaleda juga ditahan pada September 2007 kerana terlibat dengan rasuah. Malahan, Sheikh Hasina juga pernah ditahan atas kesalahan korupsi dan dakwaanmembunuh pihak parti lawan (www.infoplease.com/country/bangladesh.html? pageno=7). Hasil daripada kajian Transparency International Bangladesh, kadar korupsi yang paling tinggi adalah di agensi penghijrahan buruh dengan kadar 77 peratus daripada semua jenis aktiviti di agensi tersebut yang terlibat dengan rasuah. Ini bermakna hanya 23 peratus aktiviti di agensi tersebut tidak terlibat dengan rasuah. Jumlah ini sangatlah kecil dan tidak mencecah separuh daripada jumlah keseluruhan aktiviti. Manakala, sektor lain yang terlibat dengan rasuah dan korupsi dalam kadar yang tinggi ialah penguatkuasaan undang-undang iaitu sebanyak 75.8 peratus, pentadbiran tanah sebanyak 59 peratus dan servis kehakiman sebanyak 57.1 peratus (Shaikh Azizur, 2013).

3.2 KESIHATAN Bangladesh berhadapan dengan pelbagai masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan, antaranya isu tahap kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak, isu penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, masalah kekurangan zat makanan, masalah kebersihan di kawasan setinggan, masalah kecederaan akibat kemalangan jalan raya, dan kesan ke atas kesihatan akibat perubahan iklim dunia yang semakin membimbangkan. Beberapa tinjauan di peringkat nasional yang telah dijalankan menunjukkan kadar kematian ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak di Bangladesh telah menurun. Namun jumlah kes yang dianggarkan oleh agensi UN dan Bank Dunia pada tahun 2010 tersebut yang terdapat di Bangladesh masih dikira tinggi, menjadikan Bangladesh berada di tangga ke-4 dari bawah berbanding negara-negara dari seluruh dunia dengan mencatatkan kira-kira 240 kematian ibu mengandung dalam 10,0000 kelahiran. Jumlah ini tidak mengenai sasaran MDG bagi tahun 1990-2015, yang mensasarkan 200 kematian ibu mengandung dalam 10,0000 kelahiran (Toolkits, 2014).Walaupun kadar kematian bayi dan kanak-kanak telah menurun, namun kanak-kanak di Bangladesh berhadapan dengan masalah kekurangan zat makanan. Hampir separuh daripada kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah menghidapi anaemia, 41 peratus daripada mereka terbantut pertumbuhan, dan 36 peratus mengalami kurang berat badan (Toolkits, 2014). Penduduk Bangladesh menghadapi masalah penyakit berjangkit seperti selsema burung, batuk kering, pneumonia, HIV dan sebagainya telah menyebabkan kira-kira 38 peratus daripada semua kematian. Ditambah pula dengan kadar kematian ibu mengandung dan bayi, dan kematian yang disebabkan oleh masalah kekurangan zat makanan pada tahun 2008. Masalah penyakit tidak berjangkit juga semakin meruncing dan membebankan. Penyakit tidak berjangkit seperti barah, kencing manis, penyakit berkaitan dengan jantung, penyakit pernafasan kronik, dan sebagainya menyumbang kepada kira-kira 52 peratus daripada semua kematian. Penyakit kardiovaskular adalah penyakit tidak berjangkit yang paling kerap berlaku, ianya menyumbang kira-kira 27 peratus daripada jumlah kematian untuk semua peringkat umur pada tahun 2008 (Commonwealth Health Online, 2014).Bangladesh juga mengalami masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang kesihatan yang serius (WHO 2006) dan terdapat ketidaksamarataan dalam pengagihan tenaga kerja tersebut dari aspek kedudukan geografi, bilangan dan kemahiran. Hanya sedikit tenaga kerja yang mahir ditempatkan di kawasan pendalaman. Keadaan ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tenaga kerja yang mahir tidak dapat diserap ke dalam perkhidmatan kesihatan awam. Walaupun terdapat banyak fasiliti perkhidmatan kesihatan awam, namun tenaga kerja dalam bidang tersebut tidak bermotivasi, infrastruktur klinik tidak dijaga dengan rapi dan terdapat kekurangan bekalan ubat. Kurangnya kesedaran terhadap kesihatan menyebabkan ramai pesakit tidak hadir ke klinik yang disediakan untuk mendapat rawatan. Kebanyakan pesakit lebih gemar untuk mendapatkan rawatan daripada pihak yang tidak bertauliah atas faktor kewangan kerana pihak yang tidak bertauliah ini menawarkan kos rawatan yang murah. Setiap tahun, 4-5 milion rakyat Bangladesh menjadi miskin akibat perbelanjaan tinggi dalam bidang kesihatan (Syed Masud, Md. Awlad, & Mushtaque, 2009). Bangladesh kini sedang berusaha untuk memastikan liputan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh untuk keseluruhan populasinya. Untuk itu, program UHC (Universal Health Coverage) diperkenalkan yang bertujuan supaya semua rakyat Bangladesh, terutama yang miskin dan yang berada di kawasan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang asas tanpa sebarang kekangan kewangan. Bangladesh memerlukan lebih banyak pelaburan dalam dana awam, meningkatkan syarat serta memantau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta. Sektor kesihatan awam juga harus sedar akan kepentingan pihak tidak bertauliah dalam aspek penjagaan kesihatan, dimana kapasiti pihak tidak bertauliah ini harus dibangunkan melalui latihan, dan pemantauan yang membina supaya ianya mendapat tempat dalam aliran utama sistem kesihatan (Syed Masud, Md. Awlad, & Mushtaque, 2009). Masalah air yang tercemar juga menjadi salah satu isu yang penting di Bangladesh. Air yang tercemar boleh mendatangkan masalah kesihatan yang kronik kepada penduduk Bangladesh. Ini menyebabkan wujud lebih ramai penduduk yang sakit dan bertambah miskin kerana tidak mampu keluar mencari rezeki kerana mengalami masalah kesihatan. Maka tidak tidak hairanlah Bangladesh dikatakan merupakan negara yang kesembilan paling tercemar di dunia menurut statistik global Environmental Performance Index bagi tahun 2014. Bangladesh juga telah disenaraikan sebagai negara yang mempunyai udara yang paling tercemar di dunia menurut data dari 178 buah negara (Dhaka Tribune, 2014).

3.3 KEMISKINANKemiskinan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal miskin, kekurangan, kepapaan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014). Kadar kemiskinan di Bangladesh mencecah 45 juta iaitu satu pertiga daripada 156.6 juta penduduknya adalah miskin dan papa dimana mereka hidup di bawah garis kemiskinan. Malah ada juga diantara penduduk negara Bangladesh yang hidup dalam keadaan yang terlalu miskin (extreem poverty). Kadar kemiskinan paling tinggi adalah di kawasan luar bandar dimana sebanyak 70 peratus penduduk Bangladesh tinggal di kawasan luar bandar. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1971, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Bangladesh telah berjaya meningkatkan kadar sebenar pendapatan per kapita iaitu sebanyak 130 peratus dan mengurangkan hampir separuh daripada penduduknya daripada kemiskinan, namun, masalah kemiskinan masih tidak dapat diselesaikan (IFAD, 2014). Bangladesh masih dilabel oleh The World Bank sebagai negara yang berpendapatan rendah iaitu pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak US $900 bagi tahun 2013. Nisbah jumlah pekerja yang miskin di garis kemiskinan negara bagi negara Bangladesh pada tahun 2010 ialah sebanyak 31.5 peratus; sedikit lebih rendah berbanding pada tahun 2005 iaitu 40 peratus (The World Bank, 2014). Salah satu punca kemiskinan di Bangladesh ialah faktor kepadatan penduduknya yang ramai walaupun sejak kebelakangan ini kadar kelahiran telah menurun sebanyak 1.4 peratus hingga 3 peratus. Kepadatan penduduk telah menyebabkan kepada penggunaan sumber semulajadi secara berlebihan dan kekurangan tanah. Industri di luar dan dalam bandar juga tidak dapat menampung permintaan untuk peluang pekerjaan kepada keseluruhan penduduk negara Bangladesh. Selain itu, faktor perubahan cuaca yang kerap berlaku di Bangladesh merupakan salah satu faktor kepada kemiskinan (IFAD, 2014). Ini kerana, pertanian dan perikanan merupakan sumber ekonomi penduduk di kawasan luar bandar. Perubahan cuaca menyebabkan banjir monsun dan taufan melanda penempatan penduduk. Apabila berlaku siklon, ribut dan hujan yang berterusan menyebabkan hasil pertanian rosak dan nelayan tidak boleh turun ke laut untuk mencari rezeki. Selain itu, harta benda penduduk Bangladesh juga rosak akibat bencana alam tersebut. Antaranya rumah, kerusi, meja, peralatan lain di dalam rumah dan alatan pekerjaan. Rata-rata penduduknya yang sudah sedia maklum berada dalam keadaan kemiskinan sudah pasti tidak mampu untuk membeli peralatan baru seperti bot, benih-benih tanaman dan baja-baja tanaman dalam masa yang terdekat bagi mencari rezeki. Penduduk Bangladesh yang miskin sering terlibat dengan bencana alam yang berlaku kerana tinggal di kawasan yang padat di mana kawasan perumahan tidak dibina dengan efisien dan terancang (Rural Poverty Portal, 2014). Pertanian merupakan sumber yang utama dari sudut produktiviti, pendapatan dan pekerjaan bagi majoriti penduduk Bangladesh. Oleh itu, kemiskinan dipengaruhi oleh faktor keuntungan dalam pertanian dan perkembangannya. Sekiranya aktiviti pertanian mendatangkan keuntungan dan berkembang dengan baik, maka lebih banyak pendapatan yang akan diperolehi oleh petani dan akhirnya petani akan dapat keluar daripada episod kemiskinan. Malangnya, perkembangan pertanian Bangladesh terbantut disebabkan oleh cukai yang tinggi dan kegagalan perkembangan infrastruktur untuk menyokong semua aktiviti pertanian. Selain itu, faktor pelaburan juga menjadi salah satu halangan kerana aktiviti pelaburan adalah kurang dalam menyokong kemajuan dan kajian berkenaan bidang pertanian. Di samping itu juga, faktor tanah yang mengandungi garam yang tinggi telah menyebabkan tanaman tidak dapat hidup subur (Mandal, & Jones, 2003). Faktor muka bumi ini telah menghalang perkembangan dan kemajuan bidang pertanian di Bangladesh yang rata-ratanya diusahakan oleh segenap penduduk luar bandar di Bangladesh Justeru, sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan amat perlu bagi memastikan golongan miskin ini dapat meneruskan kehidupan mereka dengan mencari rezeki seperti sedia kala. Penubuhan Grameen Bank Group pada awal tahun 1970'an merupakan salah satu contoh terbaik 'social capital in action' di Bangladesh. Penubuhan bank tersebut merupakan 'poverty relief' di Bangladesh di mana bank memberi pinjaman wang kepada pihak yang ingin meminjam dengan mewujudkan 'social development constituition' yang mengandungi 16 prinsip. Kumpulan yang beroperasi di bawah Grameen Bank menjadi alat kawalan yang berkuasa dalam mengawal setiap tindak tanduk ahli kumpulan (Samiul, 2003). Selain itu, masalah ketidakstabilan politik di Bangladesh juga menjadi salah satu faktor masalah kemiskinan tidak dapat diselesaikan. Negara yang kucar kacir dari sudut politik menyebabkan pelabur luar tidak mahu melaburkan wang mereka di Bangladesh. Sebagai contoh pergaduhan pada Januari 2014 semasa proses pengundian telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 24 orang yang bergaduh mempertahankan parti politik yang mereka sanjungi telah menunjukkan ketidakstabilan politik dan keselamatan negara Bangladesh (Sinar Harian, 2014). Penduduk negara Bangladesh bergaduh dan berdemonstrasi demi mempertahankan pendirian mereka. Antaranya kejadian 14 orang yang maut dan berpuluh cedera dalam pertempuran penyokong Hifazat-e-Islam dengan anggota keselamatan di Bangladesh semasa sesi demonstrasi di Dhaka pada Mei 2013 (Sinar Harian, 2013). Namun begitu sehingga kini, masalah kemiskinan tidak dapat ditangani di Bangladesh. Masih banyak lagi golongan yang miskin yang hidup bak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

4.0 KESAN ISU-ISU TERSEBUT KE ATAS BANGLADESHJenayah rasuah dan korupsi sememangnya satu jenayah yang amat berluasa di Bangladesh. Sehinggakan, rasuah dan korupsi dianggap perkara yang biasa dek kerana jenayah itu dilakukan setiap hari oleh penduduk di Bangladesh. Rakyat Bangladesh tidak kira pangkat dan harta melakukan rasuah dan korupsi. Pemberi rasuah sebenarnya berada dalam situasi tersepit kerana terpaksa memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti polis, pegawai di pejabat tanah dan sebagainya. Ini berlaku disebabkan keperluan yang amat mendesak untuk membolehkan pemberi-pemberi rasuah ini menjalankan perniagaan mereka setiap hari. Jika rasuah tidak diberi, mereka tidak dapat membuka kedai untuk berniaga. Perkara ini terjadi kerana peminta rasuah yakni kakitangan tidak jujur dan tidak amanah dengan tugas yang diberikan kepada mereka. Mereka telah diberi gaji oleh kerajaan dan mereka sepatutnya menjadi pegawai-pegawai kerajaan yang menegakkan kebenaran dan melaksanakan tugas tanpa mengira pangkat dan harta seseorang rakyat yang memerlukan bantuan mereka. Situasi ini sebenarnya memberi kesan ke atas kemajuan negara Bangladesh. Negara Bangladesh tidak mampu untuk menjadi negara maju dan moden kerana mengamalkan rasuah dan korupsi. Bayangkan berapa jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan oleh peniaga-peniaga kecil ini setiap bulan semata-mata untuk merasuah. Pendapatan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga kecil tersebut tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan usahawan-usahawan yang berskala besar. Pendapatan yang diperolehi setiap bulan perlu ditolak dalam jumlah yang tertentu untuk membayar rasuah. Justeru, rasuah sudah menjadi sebahagian daripada perbelanjaan tetap setiap bulan yang mesti dibayar. Senario ini membantutkan perolehan kekayaan dan keuntungan kepada para peniaga kecil ini. Hasil yang diperolehi tidak dapat dikumpul untuk menjadi kaya atau hidup senang tetapi hanya cukup untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, tidak hairanlah hampir separuh daripada 156.6 juta penduduk Bangladesh hidup dalam kemiskinan (Shaikh Azizur, 2013). Faktor terlalu ramai rakyat yang miskin membantutkan sesebuah negara untuk menjadi negara maju. Untuk menjadi sebuah negara maju, sesebuah negara perlu mencapai pendapatan berkapita AS$15,000 (RM46,500) (Berita Harian, 2013). Menurut Dunia World Bank (2014), negara Bangladesh merupakan negara yang berpendapatan rendah dan pendapatan berkapita Bangladesh pada tahun 2013 ialah AS$900. Untuk mencapai pendapatan berkapita tinggi, penduduk negara Bangladesh perlu mempunyai pendapatan yang tinggi dan tidak hidup dalam kemiskinan. Kadar rasuah dan korupsi yang tinggi telah menjadi salah satu penyebab kepada kemiskinan penduduk di Bangladesh. Ini telah menyebabkan golongan yang miskin dan papa semakin miskin dan terus miskin, manakala golongan yang menindas dan kaya akan terus kaya. Ini menunjukkan trend pengagihan kekayaan yang tidak sekata dan jurang ekonomi yang sangat tinggi. Faktor kesihatan penduduk Bangladesh juga menjadi salah satu penyumbang kepada kemunduran negara Bangladesh. Penduduk yang hidup dalam kemiskinan tidak dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan bersih lantas menyebabkan kesihatan mereka semakin merosot. Masalah kesihatan penduduk Bangladesh tidak dapat ditangani dengan baik kerana kekurangan infrastruktur dalam sektor kesihatan dan kekurangan ubat-ubatan serta masalah air. Adalah menyedihkan apabila golongan miskin di Bangladesh tidak mampu untuk membayar kos perubatan mereka. Penduduk yang mengalami masalah kesihatan akan menghadapi masalah untuk keluar bekerja. Justeru, mereka akan kekal dalam kemiskinan kerana tidak mampu untuk keluar bekerja dan tidak dapat membangunkan ekonomi negara. Masalah ini yang menjadikan negara Bangladesh sukar untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

5.0 KESIMPULANSecara amnya, isu-isu yang membelenggu negera Bangladesh ialah isu rasuah dan korupsi, masalah kesihatan dan masalah kemiskinan. Masalah rasuah dan korupsi, kemiskinan dan kesihatan merupakan isu sejagat. Isu rasuah dan korupsi sememangnya diketahui memberi kesan yang negatif ke atas pembangunan sesebuah negara dan negara Bangladesh juga tidak ketinggalan mengalaminya dalam satu tempoh yang agak lama. Namun apabila melibatkan soal manusia, kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan manusia yang tamak dan haloba serta mempunyai keinginan untuk hidup senang dengan cara yang mudah iaitu dengan memberi dan meminta rasuah. Sedangkan, isu moral, amanah dan integriti yang wajib diamalkan oleh individu yang beragama Islam dibuang jauh dari amalan kehidupan seharian. Sedangkan Allah telah menetapkan agar hambaNya amanah dalam menjalani kehidupan seperti firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Anfaal ayat 27 yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).(Surah Al-Anfaal ayata 27)

Masalah kemiskinan yang dialami oleh penduduk negara Bangladesh merupakan masalah yang mempunyai perkaitan rapat dengan usaha dan peluang yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah negara. Bantuan-bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada golongan yang miskin seperti zakat dan bantuan-bantuan lain yang melibatkan kewangan dan bukan kewangan. Adalah amat menyedihkan apabila ada di antara penduduk yang hidup dalam keadaan yang teramat miskin sehingga tidak mampu untuk mengadakan makanan dan minuman kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Sesungguhnya dalam Islam golongan yang kaya dan mampu perlu membantu golongan yang miskin agar tidak berlaku masalah seperti ini. Apabila kemiskinan melanda, kesihatan tubuh badan juga merosot kerana makanan yang diambil tidak mengandungi khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Justeru, lahirlah penduduk yang ramai tetapi tidak mempunyai tubuh yang sihat dan otak yang cerdas. Ini kerana, faktor pemakanan mempunyai pengaruh yang besar di dalam kesihatan tubuh badan dan minda seseorang. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah isu rasuah, korupsi, kemiskinan dan kesihatan yang telah dikupas menunjukkan bahawa terdapat hubung kait satu isu tersebut di antara satu sama lain. Jika rasuah dan korupsi dapat dihapuskan, maka penduduk Bangladesh akan dapat keluar dari kehidupan kemiskinan dan dapat menikmati makanan yang sihat untuk terus sihat, hidup dan bekerja yang akhirnya akan memberi kesan yang postitif kepada pembangunan dan kemajuan negara Bangladesh.

RUJUKANBangladesh Parliament. (2013). President and Parliament. Diakses dari www.parliament.gov.bd/

Berita Harian. (2013, Disember 5). Pendapatan perkapita mampu cecah RM46,500, capai negara maju lebih awal: Najib. Diakses dari www.bharian.com.my

Bernama Library & Info Link Service (BLiS). (t.t). Bangladesh Background. Diakses dari http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHomeBypass.do

Dhaka Tribune. (2014, Januari 29). Bangladesh ninth-most polluted country. Diakses dari http://www.dhakatribune.com/bangladesh/2014/ jan/29/bangladesh-ninth-most-polluted-country

IFAD. (2014). Investing in rural people in Bangladesh. Diakses dari www.ifad.org.

Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-Isu Global (MTP 3012). (t.t). Wujudnya konsep negara kaya dan negara miskin selepas berlaku era penjajahan. Diakses dari www.sarjana.tripod.com/jajah1.html

Mandal, M.A. Sattar, & Jones R.W. Palmer. (2003). Agricultural growth and rural poverty in South Asia: Lessons learnt and issues to be addressed. Dalam Moazzem Hussain, Nurun, A.K.M. Nabi, & Iyanatul Islam (Eds). Bangladesh's development agenda and vision 2020 rheotoric or reality? (ms. 139-159). The University Press Limited: Dhaka.

Mustapa Mohamed, Dato Sri. (2010). Ucapan Dato Sri Mustapa Mohamed sempena Showcase Bangladesh 2010, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, 8 Januari 2010. Diakses dari http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHomeBypass.do

Rural Poverty Portal. (2014). Rural poverty in Bangladesh. Diakses dari http://www.ruralpovertyportal.org

Samiul Hasan. (2003). Local governance and local organisations in Bangladesh: A focus on social capital. Dalam Moazzem Hussain, Nurun, A.K.M. Nabi, & Iyanatul Islam (Eds). Bangladesh's development agenda and vision 2020 rheotoric or reality? (ms. 267-288). The University Press Limited: Dhaka.

Shaikh Azizur Rahman. (2013). Bribery becomes a pricey commodity in Bangladesh. Deutsche Welle (DW). Diakses dari http://www.dw.de/bribery-becomes-a-pricey-commodity-in-bangladesh/a-16504202

Sinar Harian. (2013, Mei 7). Bangladesh makin tegang tuntut laksana undang-undang Islam. Diakses dari http://www.sinarharian.com.my/semasa/ bangladesh-makin-tegang-tuntut-laksana-undang-undang-islam-1.157640

Sinar Harian. (2014, Januari 8). Bangladesh dilanda krisis politik. Diakses dari http://www.sinarharian.com.my/semasa/bangladesh-dilanda-krisis-politik-1.238271

Syed Masud Ahmed, Md. Awlad Hossain, &Mushtaque Raja Chowdhuri. (2009). Informal sector providers in Bangladesh: how equipped are they to provide rational health care. Diakses dari http://heapol.oxfordjournals.org/content/early/2009/08/31/heapol.czp037.full

The World Bank. (2014). Bangladesh. Diakses dari www.data.worldbank.org.

Toolkits. (2014). Chapter Three: Major Public Health Issues in Bangladesh Diakses dari https://www.k4health.org/toolkits/bangladesh-health-journalists/overview-health-bangladesh

Transparency International. (2014). Corruption perceptions index 2012. Diakses dari http://www.transparency.org/cpi2012/results

Wahid, Abu N. M. (1993). The Grameen Bank poverty relief in Bangladesh. Amerika Syarikat: Westview Press Inc.

Zin Mahmud. (2005, September 18). Aspek Dunia Ketiga pada AS. Utusan Malaysia Online. Diakses dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0918&pub= Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

LAMPIRAN A

15